Your SlideShare is downloading. ×
BUDAYA SEKOLAH
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

BUDAYA SEKOLAH

7,661
views

Published on

THE WRITE UP FOR SCHOOL CULTURE

THE WRITE UP FOR SCHOOL CULTURE


0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
7,661
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
204
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. ISI KANDUNGAN1.0 PENGENALAN 12.0 BUDAYA SEKOLAH 1-33.0 ISU YANG BERKAITAN DENGAN BUDAYA SEKOLAH 3 3.1 MASALAH DISIPLIN GURU DAN PELAJAR `3-6 3.2 JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK ANTARA PELAJAR 6-7 DI SEKOLAH 3.3 PENGGUNAAN TRACKING SYSTEM DI SEKOLAH 7-8 3.4 KESAN PPSMI KE ATAS BUDAYA SEKOLAH 8-9 3.5 PEMBUDAYAAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN 9-10 PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DI SEKOLAH4.0 PENUTUP 115.0 BIBLIOGRAFI 12
  • 2. 1.0 PengenalanSekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalammerubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan sekolah adalah penentukepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan. Disini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikanyang berkesan. Jikalau sistem pendidikan dan carta organisasi sahaja yang berkesan tetapipengurusannya lembab, maka cita-cita negara, dan perbelanjaan yang begitu besar diperuntukkanoleh kerajaan hilang begitu sahaja dan cita-cita serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan hanyatinggal terukir di pejabat atau bilik pengetua dan menjadi rujukan serta kajian ilmiah semata-mata. Sekolah juga sering kali diungkapkan sebagai sebuah institusi yang menyeluruh bagisegolongan manusia berkumpul dan bekerja bersama-sama untuk sesuatu tempoh masa yangtertentu. Organisasi seperti ini ditadbirkan secara formal. Oleh sebab sekolah merupakan sebuahorganisasi, maka wujudlah suatu budaya yang tersendiri dan berkembang di sekolah. Budayasecara ringkasnya merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajari olehsekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya.2.0 Budaya Sekolah Budaya menurut Deal dan Peterson (1999) merupakan entiti keseluruhan komples. Iamerangkumi aspek-aspek kehidupan serta kebiasaan yang diwarisi ataupun diperoleh dandipraktikkan oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Manakala budaya sekolah didefinisikansebagai keadaan yang merangkumi norma-norma, nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan, dantradisi-tradisi yang membentuk peraturan-peraturan yang tidak mengenai cara berfikir, merasadan bertindak dalam organisasi (Terry Deal, 2002). Menurut Deal dan Peterson (1998), merekamengutarakan budaya sekolah sebagai set norma dan nilai, ritual dan tradisi dan cerita yangterbentuk menerusi jangka panjang yang membolehkan warganya bekerja dan belajar bersama. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kewujudan budaya sekolah. Salah satudaripadanya adalah peraturan dan undang-undang. Sebagai sebuah institusi formal, sekolah
  • 3. mewujudkan objektif dan peringkat tingkah laku tertentu di kalangan pelajar mengikut rangkaianperaturan dan undang-undang. Faktor yang mempengaruhi kewujudan sekolah yang seterusnyaadalah waktu persekolahan sekolah. Sekolah bermula dan tamat pada waktu yang telahditetapkan. Oleh sebab itu pelajar yang datang lewat akan dikenakan tindakan disiplin ataudidenda oleh pihak sekolah. Faktor ketiga pula ialah pengasingan pelajar mengikut umur dan sesetengahnya mengikutkebolehan dan keupayaan. Sistem ini dikenali sebagai “tracking system” dan dikenali jugasebagai “streaming” atau “phasing” di sesetengah sekolah. Seterusnya, faktor keempat adalahupacara dan keramaian di sesebuah sekolah. Seperti yang kita sedia maklum, setiap sekolahmempunyai upacara dan keramaian yang tersendiri seperti upacara menaikkan bendera dan lagukebangsaan, upacara penyampaian hadiah, hari sukan tahunan dan sebagainya. Budaya sekolah turut ditentukan melalui matlamat institusi berkenaan. Matlamatpendidikan ialah pemindahan budaya,sosialisasi golongan muda, menyerapkan pengetahuan dankemahiran serta mengembangkan kebolehan pelajar. Sekiranya sekolah hanya memberikanperhatian kepada pemindahan pengetahuan dan kemahiran dengan tujuan lulus dalampeperiksaan, akan wujudlah sub budayanya yang berorientasikan akademik. Sebahagian besarsekolah di negara kita mempunyai budaya akademik yang amat kuat di samping subbudaya yanglain seperti olahraga, sukan, permainan dan persatuan. Sebenarnya, terdapat tiga jenis budaya sekolah iaitu, budaya Instrumental, budaya Moraldan budaya Ekspresif. Budaya Instrumental bertujuan untuk mengumpul pengetahuan,kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk lulus di dalam peperiksaan di samping melahirkanpelajar dan warganegara yang sempurna. Budaya Ekspesif pula bertujuan untuk memenuhikehendak kreatif dan seni pelajar. Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk menghilangkantekanan seperti menyanyi, melukis, menari dan bermain alat muzik. Berlainan pula denganbudaya Moral yang bertujuan untuk melahirkan pelajar yang bermoral yang berkemampuanmembuat pertimbangan tentang tingkah laku yang betul dan salah. Sekolah akan menhukumpelajar yang melakukan kesalahan dan memberikan ganjaran kepada pelajar yang membuatperkara yang betul dan baik.
  • 4. Dalam membicarakan tentang budaya sekolah, beberapa ahli sosiologi telahmengenalpasti dua bentuk budaya yang dominan si sekolah iaitu budaya formal dan budayainformal. Budaya formal dicerminkan oleh matlamat rasmi sekolah yang menumpu kepada aspekakademik dan tingkah laku. Perkara ini dimanifestasi melalui jadual waktu, kurikulum, saiz danruang serta susunan bilik darjah. Ianya adalah sesuatu perkara yang telah dirancang. Contohnyaseperti aktiviti kokurikulum, kegiatan kokurikulum seperti persatuan akademik, kelab-kelabsosial dan unit beruniform yang telah dibentuk secara formal. Budaya informal pula dibentukoleh sub budaya guru, murid, pentadbir, pekerja sokongan, ibubapa dan dipengaruhi oleh statusekonomi sosial, jantina dan lain-lain. Antara sub budaya sekolah yang amat mempengaruhisesebuah sekolah ialah sub budaya pelajar dan sub budaya guru. Terdapat banyak kesan daripada budaya sekolah. Sebagai contoh, budaya sekolah yangterlalu menekankan pencapaian akademik akan menimbulkan beberapa masalah kepada remajaseperti pelanggaran peraturan tatatertib, masalah emosi dan jurang pencapaian akademik antarapelajar yang pandai dengan pelajar yang lemah. Oleh yang demikian, Beberapa isu akan dikupaspada bab yang seterusnya yang mengenai kesan budaya sekolah.3.0 Isu yang Berkaitan Budaya Sekolah3.1 Masalah Disiplin Guru dan PelajarMasalah disiplin di sekolah merupakan masalah budaya yang telah wujud sejak sekian lama lagi.Masalah disiplin yang wujud di sekolah bukan sahaja berlaku kepada pelajar malah guru jugatidak terkecuali dalam masalah ini. Disiplin guru merupakan masalah yang tidak diambil serius oleh sesetengah pihak.Walaupun disiplin guru adalah masalah yang kecil jika dibandingkan dengan disiplin murid,tetapi masalah ini hendaklah dibendung kerana guru merupakan salah satu elemen yang pentingdalam membentuk budaya sekolah yang sihat, bak kata pepatah, guru kencing berdiri, muridkencing berlari. Antara isu yang berkaitan dengan disiplin guru ialah sikap guru yang sukamelepak. Walaupun perkara ini kurang diambil perhatian oleh sesetengah pihak terutamanyapihak pengurusan sekolah, tetapi perkara ini dapat memberi kesan yang buruk kepada pelajar
  • 5. terutamanya. Masalah ini semakin menjadi-jadi sekarang apabila guru yang suka melepak telahmempengaruhi guru yang lain. Kebanyakannya guru di sekolah suka menghabiskan masaberjam-jam duduk di kantin sekolah dengan berborak kosong. Bukan sahaja kantin sekolah,malah bilik guru, makmal komputer dan pondok pengawal keselamatan juga menjadi lokasimereka melepak. Sepatutnya guru menghabiskan masa yang terluang untuk merangkapengajaran mereka seterusnya atau mencari idea yang lebih menarik untuk pengajaranseterusnya. Isu yang kedua melibatkan disiplin guru adalah isu kelewatan guru datang ke sekolah.Perkara ini merupakan salah satu yang menjadi lumrah kepada anata guru-guru di setiap sekolah.Guru tidak mengambil berat akan waktu persekolahan yang sepatutnya. Sebagai contoh,kebanyakan guru terutamanya guru yang sudah lama berkhidmat mempunyai masalah dalam halini. Mereka memberikan alasan seperti menghantar anak ke sekolah, menguruskan anak-anakdan mempunyai kes kecemasan. Perkara ini menjadi serius sejak akhir-akhir ini dan kurangpihak yang ingin tampil ke hadapan untuk membangkitkan isu ini. Perkara ini seharusnyadibendung dan diambil tindakan yang sewajarnya untuk mengelakkan masalah disiplin ini.Antara sebab mengapa perkara ini harus dibendung adalah ia akan mengganggu prosespengajaran dan pembelajaran dimana guru akan kelam kabut masuk ke kelas dan tidakmelakukan persediaan langsung dalam pengajaran dan pembelajaran. Isu yang seterusnya membelenggu guru adalah guru yang menjalankan perniagaansampingan. Perkara ini menjadi tren atau ikutan kepada kebanyakan guru-guru di sekolah.Alasan yang biasa diberikan oleh guru apabila ditanya nmengapa mereka melakukan perniagaansampingan ini adalah kerana mereka ingin mencari pendapatan sampingan. Perniagaansampingan mereka termasuklah menjual produk-produk kesihatan, produk kecantikan malahguru juga menjual perkakas dapur di sekolah. Walaupun isu ini hanyalah isu yang kecil, tetapiguru seharusnya tahu dan peka bahawa tujuan utama mereka ke sekolah adalah untuk mengajardan bukannya melakukan perniagaan. Hal ini kerana perkara ini secara tidak langsung bolehmengalihkan tumpuan guru dalam pengajaran. Isu yang terakhir berkaitan dengan disiplin guru ialah guru terlalu garang. Seperti kitaketahui perangai guru yang garang boleh mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran.Guru yang terlalu garang akan menimbulkan suasana yang tidak selesa bagi pelajar. Perkara ini
  • 6. secara tidak langsung menyebabkan pelajar akan belajar dalam keadaan ketakutan. Hasilnya,pelajar tidak dapat menumpukan pelajaran dengan sepenuhnya dan boleh menyebabkanpencapaian pelajar terjejas. Selain guru, pelajar juga mempunyai masalah dalam disiplin. Antara isu atau faktor yangberkaitan dengan disiplin pelajar ialah sikap pelajar, pengaruh media dan teknologi, suasana danpersekitaran, pengaruh rakan sebaya dan kurangnya didikan dari keluarga. Isu atau faktor yang dinyatakan berkaitan dengan masalah disiplin pelajar adalah salingberkait rapat antara satu dengan yang lain. Sikap pelajar yang buruk adalah disebabkan olehpengaruh daripada rakan sebaya yang tidak baik. Pelajar-pelajar banyak menghabiskan masayang terluang dengan melepak dengan rakan sebaya. Deshion et al (1991), seseorang individuakan mencari kumpulan rakan sebaya dengan menggunakan usaha yang minimum. Menurutpandangan ini, pelajar yang tidak diterima oleh rakan sebaya akan mencari kumpulan rakansebaya lain yang dapat menerima mereka tanpa mengkehendaki mereka membuat perubahantingkah laku. Perkara tersebut secara tidak langsung menyebabkan pelajar terpengaruh denganperangai dan sikap buruk daripada rakan sebaya. Di samping itu, pengaruh media dan teknologi juga merupakan satu pengaruh yang besarpada masa kini, pelajar yang terlalu mudah mengakses maklumat dari media dan teknologiseperti internet dan laman-laman sosial yang lain akan mudah terpengaruh dengan benda yangtidak baik. Hal ini kerana mereka menganggap pengaruh ini sebagai tren yang mereka harus ikutiuntuk mendapatkan perhatian orang lain. Selain itu, sokongan daripada keluarga yang kurangmenyebabkan pelajar rapuh dalam didikan agama. Ibu bapa sekarang kebanyakannya sibukmencari rezeki untuk menampung kehidupan keluarga. Ini secara langsung telah mengabaikantanggungjawab mereka dalam mendidik anak untuk menjadi insan yang berguna. Bagi mengatasi masalah disiplin pelajar ini, ibu bapa seharusnya mencari masa yangsesuai untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Hal ini akan dapat membantu pelajar dalammengelakkan mereka dari terjebak dan pengaruh dan persekitaran luar yang tidak baik. Selainitu, pelajar-pelajar yang mempunyai masalah ini seharusnya diberikan motivasi dan kaunselingyang sesuai bagi membantu mereka untuk membina jati diri dan seterusnya menjadi insan yang
  • 7. berguna. Selain itu, pihak sekolah juga harus membimbing pelajar ini untuk menjadi insan yangberguna dan bukannya mengabaikan mereka hanya kerana mereka tidak cemerlang dalampelajaran.3.2 Jurang Pencapaian Matematik antara Pelajar di SekolahJurang pencapaian subjek matematik merupakan satu masalah yang telah menjadi budaya kepadasetiap sekolah di Malaysia. Setiap sekolah di negara ini mempunyai matlamat pendidikan yangsama, kurikulum yang selaras, tetapi jurang itu masih wujud.. Sebuah kajian yang telahdilakukan di Malaysia mendapati pencapaian pelajar dalam matematik berkait rapat dengankeyakinan pelajar itu sendiri terhadap matematik, sumber rujukan yang mencukupi, kekerapanmenggunakan komputer dan selalunya golongan bukan melayu yang mempunyai pencapaianyang tinggi dalam bidang matematik. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi jurangpencapaian dalam subjek Matematik adalah petempatan sekolah itu sama ada berada di luarbandar atau bandar, iklim sekolah, halangan bahasa dan motivasi pelajar. Kita dapat lihat jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar sangat ketaraterutamanya dalam subjek sains dan matematik. Jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar danluar bandar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini (2010) masih ketara,kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. (berita harian, 2010). Perkara initelah mendapat perhatian dari banyak pihak dan kerajaan juga telah melakukan beberapapendekatan untuk mengurangkan lagi jurang antara bandar dengan luar bandar. Antaranyakerajaan telah memperuntukkan sebahagian daripada duit kerajaan untuk menyumbangkankomputer riba kepada golongan yang kurang berpendapatan termasuk penduduk daripada luarbandar. Selain daripada langkah memberikan komputer riba secara percuma, kerajaan seharusnyamembuat pemasangan wifi secara percuma kepada sekolah yang berada di luar bandar. Perkaraini dapat membantu pelajar yang beraa di luar bandar untuk mengakses maklumat dengan lebihmudah. Faktor halangan bahasa juga menyebabkan jurang pencapaian dalam subjek Matematik.Bradby, Owing, dan Quinn (1992) menemui kemahiran bahasa inggeris adalah mempunyaihubungan positif dengan pencapaian matematik apabila mengkaji hubungan skor pencapaianpelajar keturunan Hispanik dan Asia. Ini menunjukkan bahawa pelajar yang menggunakan
  • 8. bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua akan mempunyai masalah dalam proses pengajaran danpembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris. Faktor yang terakhir mempengaruhi pencapaian pelajar dalam subjek Matematik adalahmotivasi pelajar sendiri. Menjadi budaya pelajar apabila mereka menganggap matematik adalahsalah satu subjek yang sukar untuk dipelajari. Siakp yang sedemikian boleh menyebabkankemahiran mereka dalam bidang matematik menjadi lemah seterusnya pencapaian mereka dalamsubjek matematik juga akan terjejas. Isu ini dapat dibendung dengan kerjasama dari semua pihak. Pihak sekolah seharusnyamengendalikan banyak motivasi kepada pelajar tentang sikap mereka terhadap subjekmatematik. Ini juga menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membimbing pelajar dalampembelajaran anak mereka. Bimbingan daripada ibu bapa akan menyebabkan pelajar merasadihargai dan diterima. Selain itu, guru harus mengambil peranan dengan mengadakan aktiviti-aktivit yang mudah dan menarik untuk pelajar.3.3 Penggunaan “Tracking System” di SekolahPenggunaan „tracking system‟ juga dikenali sebagai „phasing‟ atau „phasing‟ di sesetengahsekolah. Sistem ini adalah sistem yang rata-rata digunakan di semua sekolah di negara kita.Melalui sistem ini, pelajar akan dibahagikan dalam kelas mengikut pencapaian pelajar itu sendiri.Pelajar yang cerdik pandai akan ditempatkan dalam satu kelas yang berbeza manakala pelajaryang lemah pula akan ditempatkan pada satu kelas yang berlainan. Aktiviti yang diberikankepada setiap pelajar juga berlainan mengikut kemampuan pelajar itu sendiri. Pemberian gurumengikut kelas juga mengikut tahap pengalaman guru dimana guru yang pakar danberpengalaman akan mengajar kelas yang pandai dan begitu juga sebaliknya. Faktor yang menyebabkan wujudnya pengelasan pelajar ini adalah untuk memudahakanpengajaran guru di dalam bilik darjah. Kelas yang cerdik pandai akan mempunyai aktiviti yangberlainan dengan pelajar yang lemah. Selain itu, ini boleh mengurangkan masalah disiplin disekolah dimana pelajar yang cerdik pandai akan kurang bergaul dengan pelajar yang bermasalah.Selain itu, sistem ini akan membantu meningkatkan mutu bagi pelajar yang cerdik pandai.
  • 9. Kesan daripada penggunaan sistem ini adalah wuud dua golongan pelajar di sekolah iaitupelajar yang pandai dan pelajar yang lemah. Selain itu, pelajar yang lemah akan mempunyaimasalah emosi seperti kurang keyakinan diri terhadap pelajaran. Pelajar yang lemah juga akanmerasakan guru berat sebelah dan hanya memberikan perhatian kepada pelajar pintar.3.4 Kesan PPSMI ke Atas Budaya SekolahPPSMI merupakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.Dasar ini telah diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2003. Tujuan PPSMIdiperkenalkan adalah untuk memperkukuh penguasan Bahasa Inggeris dalam kalanganmasyarakat Malaysia. Tetapi, selepas menerima banyak tentangan daripada pelbagai pihak, dasarini telah dimansuhkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 8 Julai 2009.Pemansuhan PPSMI bermula pada tahun 2012. Antara faktor mengapa PPSMI mendapat tentangan adalah kerana dasar ini bertentangandengan Perlembagaan Negara Perkara 152 iaitu memrtabatkan Bahasa MElayu. Selain itu,prestasi pelajar merosot dalam subjek Sains dan Matematik terutamanya pelajar di luar Bandar.Oleh yang demikian, wujud jurang pencapaian yang tinggi antar pelajar Bandar dan luar Bandardalam dua mata pelajaraan ini. Selain itu, wujud bantahan dari pejuang-pejuang Bahasa Melayu,tokoh-tokoh akademik dan pihak Non Government Organisation (NGO) yang memperjuangkanBahasa Melayu. Pelaksanaan PPSMI telah meninggalkan kesan negatif terhadap budaya sekolah. Ramaipelajar Melayu keciciran dalam mata pelajaran Sains dan Matematik kerana lemah menguasaiBahasa Inggeris kerana mereka hanya bertutur Bahasa Melayu di rumah. Kesan jangka panjangadalah wujudnya jurang pencapaina yang tinggi dalam mata pelajaran Sains dan Matematikdalam kalangan pelajar sekolah. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan hanya kebanyakangolongan pelajar yang bijak pandai, mereka yang datang daripada keluarga yang berpendidikantinggi dan dari keluarga yang mampu sahaja boleh mengikuti dasar ini. Sebaliknya, ramai pelajaryang datang daripada keluarga yang mempunyai sosioekonomi yang rendah tercicir dalampengajaran dan pembelajaran PPSMI.
  • 10. Bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan mengambil langkah memansuhkan PPSMIdan menggantikan dengan Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris(MBMMBI). Untuk mencapai objektif MBMMBI ini, langkah yang perlu diambil adalahmenambahkan bilangan guru Bahsa Inggeris yang berkualti dan menambahkan waktupembelajaran dan pengajaran Bahasa Inggeris dari 60 minit ke 90 minit. Bukan itu sahaja, bahasaMelayu perlu dijadikan bahasa ilmu dan bahasa komunikasi.3.5 Pembudayaan ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik diSekolahICT ialah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)dan berkenaan dengan semua aspek dan pengurusan dan pemprosesan maklumat. Dalam erti katayang lain, ICT adalah keperluan manusia di dalam mengambil dan memindahkan, mengolah danmemproses informasi dalam konteks sosial yang menguntungkan diri sendiri dan masyarakatsecara keseluruhan. Antara contoh-contoh ICT yang terdapat di sekolah termasuklah mesinpencetak, kaset video dan audio, radio, televisyen, komputer dan internet. Seperti yang kita sedia maklum, ICT pada era globalisasi ini sangat penting dalam prosespengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana ICT memudahkan para pelajarmemahami isi kandungan pelajaran teutamanya subjek Sains dan Matematik. Selain itu, ICT jugadapat membantu guru-guru Sains dan Matematik dalam melaksanakan pengajaran dengan lancardan teratur. Menurut Abu Bakar Nordin (1991), perkembangan baru ini telah mewujudkanpersekitaran dan pembelajaran baru yang lebih fleksibel dari segi masa, tempat, kaedah danbahan pembelajaran. Bukan itu sahaja, dengan ICT, guru-guru boleh mendedahkan pelajar disekolah dengan teknologi baru sejajar dengan era teknologi yang mencabar ini. Persoalan utama sekarang adalah bagaimana hendak membudayakan ICT di sekolahdalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di Sekolah? Oelh itu, bagi menyokongpembudayaan ICT, kerajaan memberikan sumbangan komputer riba 1Malaysia kepada pelajaryang terpilih. Tujuan pemberian subangan ini adalah untuk memastikan setiap keluarga di negaraini memiliki sebuah komputer riba.
  • 11. Selain itu, untuk membudayakan ICT, dana berbentuk wang amat diperlukan dari pihakkerajaan untuk membina makmal ICT di sekolah terutamanya sekolah-sekolah luar Bandar dandi kawasan pedalaman agar pelajar di kawasan tersebut boleh memperoleh akses yang samaseperti pelajar di bandar. Di samping itu, pihak sekolah pula perlu memastikan guru-gurumelakukan pengajaran menggunakan ICT sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Sekolahjuag perlu mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan ICT seperti bengkel ICT, hari ICT danpameran yang berkaitan dengan ICT untuk memberikan pendedahan kepada pelajar. Ibu bapa juga turut berperanan dalam membudayakan ICT ini di sekolah. Menurut DatukSeri Mohd. Ali Rustam, Ibu bapa harus bijak mengajar anak-anak mereka menggunakankomputer untuk mencari maklumat bagi meningkatkan pengetahuan dan sumber pembelajaran.Para pelajar pula seharusnya mempelajari bagaiman hendak menggunakan bahan-bahan ICT disekolah. Bagi membudayakan ICT di sekolah sudah tentu banyak cabaran yang akan dihadapi.Antaranya adalah terdapat guru yang kurang mahir dalam mengendalikan peralatan dan perkakasICT. Guru juga kurang mahir dalam selok-belok penggunaan komputer untuk menghasilkanbahan pengajaran atau alat bantu mengajar. Pelajar pula menyalahgunakan ICT di sekolah iaitumenggunakan ICT ke arah yang tidak baik dengan melawati laman social seperti Facebook,Twitter dan Friendster. Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah juag turut tidak mendapatsambutan daripada pelajar. Bagi mengatasi masalah yang timbul, Kementerian Pelajaran Tinggi perlu mewajibkanbakal guru di universiti mengambil kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras. Pihaksekolah pula seharusnya mengadakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk menarik minat pelajarmenyertainya. Aktiviti-aktiviti ini perlulah bersesuaian dengan jiwa pelajar. Akhir sekali, untukmengatasi masalah penyalahgunaan ICT di sekolah pula, Guru yang bertugas perlu memantaupergerakan pelajar semasa mereka menggunakan ICT.
  • 12. 4.0 KesimpulanSecara kesimpulannya, terdapat lima isu berkaitan budaya sekolah yang telah dikupas iaitumasalah disiplin guru dan pelajar, jurang pencapaian Matematik antara pelajar di sekolah,penggunaan “Tracking System” di Sekolah, kesan PPSMI ke atas budaya Sekolah danpembudayaan ICT dalam Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah.Berdasarkan kelima-lima isu tersebut dapatlah disimpulkan bahawa budaya sekolah telahmemberikan banyak kesan bukan sahaja terhadap pelajar, pihak sekolah, guru, persekitaran,pihak kementerian tetapi kepada negara secara keseluruhannya. Secara simplistik, ciri-ciri yang tergolong di bawah budaya sekolah ialah budaya ilmu,budaya insan yang kamil seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan, budayakepimpinan, budaya kerja, budaya komunikasi dan seterusnya budaya bilik darjah. Budayasekolah yang sihat itu ialah ciri-ciri budaya dan sub budaya yang dapat menyumbangkan kepadaperwujudan dan pertumbuhan sekolah sebagai institusi pendidkan dengan erti kata yangsebenarnya, yang mana dapat membantu merealisasikan segala yang tersurat dan yang tersirat didalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 13. 5.0 BibliografiAmir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan edisi kedua. Tanjung Malim:Quantum Books.Bradly, D., Owing, J., & Quinn, P. (1992). Language characteristics and academic achievement:A Look at Asian and Hispanic grades in NELS.Dishion, T. J., Patterson, G. R., Stoolmiller, M., & Skinner, M. L. (1991). Family, school andbehavorial antecedents to early adolescent involvement with antisocial peers. Developmentalpsychology.Fatimah Daud, 1992. Pengenalan teori-teori sosiologi.Kuala Lumpur; Fajar BaktiKamaruddin Haji Husin, 1995. Dinamika sekolah dan bilik darjah.Kuala Lumpur: UtusanPublication & Distributions Sdn.Bhd.Omar Mohd. Hashim, 1991. Pengisian misi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.Sharifah Alwiah Alsagoff, 1985. Sosiologi pendidikan. Petaling Jaya: Longman.