• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 

Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia

on

  • 22,537 views

 

Statistics

Views

Total Views
22,537
Views on SlideShare
22,535
Embed Views
2

Actions

Likes
8
Downloads
532
Comments
1

2 Embeds 2

https://www.facebook.com 1
https://twitter.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • good la information hehehe...
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia Document Transcript

    • Soalan 1 Implikasi sekiranya tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di Malaysia Perpaduan bermaksud satu keadaan di mana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kenagsaan berlandaskan kepada Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang dibawa oleh individu. Manakala Integrasi Nasional adalah satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembangaan Persekutuan dan Rukun Negara. Justeru, perpaduan kaum dan integrasi nasional adalah satu perkataan yang membawa makna yang amat jelas kepada pembangunan negara yang harmoni. Oleh itu, hubungan etnik yang harmoni adalah sangat diperlukan dalam kalangan masyarakat sesebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dari segi agama, bahasa, budaya dan kaum. Sehubungan itu, persoalan mengenai hubungan etnik, perpaduan dan integrasi adalah amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya membawa kepada pembangunan negara yang lancar dan konsisten tanpa sebarang gangguan. Selain itu daripada kepentingan dalam pembunganan negara, perpaduan dan integrasi ini juga penting dalam membantu negara untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan kepelbagaian etnik yang wujud di negara. Persoalannya, apakah implikasi sekiranya tidak wujud perpaduan dan integrasi nasional dalam negara? Salah satu implikasinya adalah keharmonian negara terjejas. Keharmonian negara terjejas bermaksud tidak ada kesepaduan di kalangan rakyat. Contohnya, rakyat tidak mempunyai matlamat yang serupa dan tidak dikongsikan bersama. ini boleh menyebabkan keamanan negara, integrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, keadilan, kerjasama sesama masyarakat dan dedikasi masyarakat kepada negara tidak dipupuk serta disempurnakan dengan jaya. Seperti mana yang kita tahu bahawa semua masyarakat inginnya keamanan dan
    • keharmonian namun sia-sia tanpa usaha daripada pihak pentadbiran negara untuk memupuk perpaduan dan integrasi nasional dalam negara. Implikasi yang kedua ialah keadaan masyarakat sekeliling berasa tidak tenteram, bebas dan maju dengan keyakinan diri sendiri serta bangga dengan apa yang dicapai disebabkan tiada perpaduan dan integrasi di dalam negara. Ketidakwujudan perpaduan dan integrasi menyebabkan rakyat berasa terkongkong dengan aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah terhad. Hal ini menyebabkan perasaan tidak puas hati akan wujud di kalangan rakyat dan akhirnya mencetus kepada pertelingkahan dalam etnik. Sebagai contoh, dalam aspek ekonomi. Merujuk kepada peristiwa 13 Mei 1969 di mana rusuhan kaum telah tercetus akibat ketidakadilan dalam arus aktiviti ekonomi di mana setiap etnik telah dipisahkan iaitu kaum melayu bekerja sebagai nelayan dan petani, kaum india pula bekerja di kawasan estet dan kaum cina pula bekerja di bahagia perindustrian. Hal ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum disebabkan pembahagian dalam sektor ekonomi yang tidak adil. Oleh itu, jelas betapa penting perpaduan untuk mengelakkan peristiwa 13 Mei berulang. Implikasi yang ketiga ialah pembangunan ekonomi yang tidak stabil. Menurut Joseph Stiglitz yang merupakan ketuan ahli ekonomi bank dunia, kunci bagi survival Malaysia ialah hubungan etnik yang harmonis atau dalam erti kata yang lain perpaduan rakyat dalam negara. Beliau menyatakan sekiranya hubungan etnik tergugat maka survival Malaysia sebagai satu negara bangsa juga turut terjejas. Peristiwa 1969 jelas membuktikan hubungkait ekonomi dan etnik dimana wujugnya stereotaip di kalangan etnik pada masa itu. Sehubungan itu, dalam penyelesaian ekonomi ahaja tidak mencukupi seperti yang kita sedia maklum dimana hubungan ekonomi dan etnik adalah sangat rapat. Masalah ekonomi terjadi maka masalah ini akan menjadi masalah etnik. Oleh itu, sebarang penyelesaian masalah ekonomi mesti diambil kira dalam etnik. Hal ini jelas dimana perpaduan dan integrasi rakyat adalah amat penting untuk memastikan pembangunan ekonomi yang lancar dan konsisten. Implikasi yang keempat ialah pendidikan di Malaysia. Sekiranya tidak ada perpaduan secara tidak langsung menjejaskan sistem pendidikan di Malaysia. Seperti mana yang kita tahu misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah
    • membangunkan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia di samping memperkembangankan potensi individu dan memenuhi aspirasi negara. KPM menetapkan matlamat, iaitu melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia, bersepadu, beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperlua kemajuan negara dan memberi peluang pendidikan kepada semua warganegara.Jelas dinyatakan odalam misi Kementerian Pelajaran Malaysia yang mana misinya juga amat menitikberatkan hal kesepaduan dan perpaduan. Apabila wujudnya masalah perpaduan dalam negara maka timbul ketidaksamaan matlamat dan pendapat dalam masyarakat dalam membantu pendidikan dalam negara dalam erti kata lain menjejas pembangunan pendidikan dalam negara. Implikasi yang kelima adalah masyarakat yang demokratik, mengamalkan bentuk kesefahaman yang matang tidak dapat dipupuk dalam masyarakat. Masyarakat yang demokratik serta matang dalam membentuk kesefahaman merupakan satu kunci kepada pembangunan negara. Masyarakat yang demokratik adalah masyarakat yang boleh menerima pandangan, berkongsi dan melaksanakan segala sesuatu yang berfaedah. Masyarakat perlu berfikirkan lebih terbuka dalam menghayati erti kata perpaduan. Hal kesepakatan di kalangan rakyat adalah amat penting di kalangan rakyat akan mempercepatkan lagi pembangunan negara seterusnya menjadi contoh kepada negara-negara membangun yang lain. Implikasi yang keenam ialah wujudnya masyarakat yang tidak bermoral, tidak bertolak ansur, tidak beretika, tidak kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan. Apabila tidak wujud perpaduan maka secara tidak langsung akan wujud masyarakat yang tidak bermoral dan bertolak ansur. Apabila wujud masyarakat seperti ini pergaduhan dan pertelingkahan di kalangan rakyat boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Hal ini tidak boleh dibiarkan kerana sekiranya tidak dibendung, ia boleh menyebabkan kematian akibat pergaduhan yang teruk. Masalah adalah etnik sangat sensitif sekiranya tidak dihadapi yang teliti. Implikasi yang ketujuh ialah negara tidak dapat mengubah semua corak ekonomi dan kehidupan daripada pertanian kepada perindustrian. Seperti mana yang kita tahu sebelum peristiwa 1969 ekonomi dalam negara lebih dikuasai oleh golongan cina berbanding rakyat tempatan yang hanya bekerja sebagai nelayan dan
    • petani. Sekiranya hal ini dibiarkan pembangunan ekonomi secara menyeluruh di dalam negara tidak dapat dijalankan dengan baik disebabkan wujud stereotaip di kalangan rakyat. Akibat ketiadaan perpaduan dalam negaratranformasi ekonomi negara sukar lakukan kerana ia juga melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Jelas disini bahawa hanya perpaduan yang dapat memudahkan proses ini kerana ia banyak melibatkan sosial dan kebudayaan masyarakat. Implikasi yang kelapan ialah dalam aspek sosial. Aspek sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar yang perlu dihadapi. Tanpa perpaduan komunikasi di antara rakyat tidak berlaku. Tanpa komunikasi antara rakyat masalah perpaduan sukar untuk dihadapi. Contohnya, sekiranya aspek sosialisme tidak wujud dalam negara akan wujud kelompok-kelompok kecil di mana kelompok-kelompok ini menunjukkan jurang di antara masyarakat dalam negara. Jurang antara masyarakat membawa simbol tidak perpaduan di dalam negara ini sekaligus menyebabkan negara-negara lain akan memandang rendah kerana tiada keamanan dalam negara. Kesimpulannya, konteks sosialisme adalah penting dalam negara. Implikasi yang kesembilan ialah berkaitan kestabilan politik. Seperti mana yang kita tahu sistem politik dalam negara berfungsi untuk mentadbir negara. Namun sekiranya wujud masalah perpaduan maka ia juga akan menjejaskan kestabilan. Sebagai contoh, sekiranya tidak wujud perpaduan akan wujud parti-parti kecil di mana parti-parti ini membawa gerakan atau wakil daripada etnik masing-masing untuk mempertahankan hak masing-masing. Apabila wujud terlalu banyak parti-parti secara tidak boleh menyebabkan pertelingkahan atau perang parti sehingga boleh menyebabkan kecederaan dan kematian. Melalui hal ini, pentadbiran negara terpaksa melakukan langkah-langkah konkrit untuk menstabilkan semula aktiviti- aktiviti politik dalam negara. Contohnya, penubuhan Jabatan Perpaduan Negara. Semakin lama masa yang diambil untuk menjalankan langkah konkrit tersebut maka semakin menjadi-jadi masalah politik dalam negara. Implikasi yang seterusnya ialah amalan nilai materialisme yang melampau. Nilai materialisme yang melampau bermaksud nafsu mencari keuntungan yang maksimum dalam ekonomi yang bebas. Hal ini sekaligus memupuk ketidakadilan dikalangan rakyat. Disebabkan amalan nilai ini maka wujud ramai rakyat yang miskin
    • dan tidak mampu untuk menyara keluarga dan kehidupan. Nilai materialisme ini boleh mendorong pengguna melakukan apa sahaja seperti penyelewengan, pecah amanah, menipu, mencuri dan membunuh. Oleh itu, perpaduan adalah penting untuk mengikis nilai metarialisme. Selain itu, implikasi yang turut timbul kesan daripada masalah perpaduan rakyat ialah wujud sikap mementingkan diri dalam masyarakat. Sering kali kita dapati ada segolongan dalam masyarakat sanggup menggadai prinsip politik, ekonomi, keadilan dan prokemanusian kerana mencari kepentingan diri. Rakyat seharusnya ingat bahawa kebanyakan masalah peribadi adalah berpunca daripada masalah perpaduan masyarakat. Namun, sekiranya tidak wujud perpadua rakyat masing- masing mahu mencari kepentingan sendiri sehingga melupa hal kemasyarakat yang sepatutnya didahulukan. Sikap ini perlu dikikis sekiranya tidak masyarakat akan menjadi suatu masyarakat yang berjiwa kosong. Kesimpulannya, menerung kepada usaha memupuk perpaduan integrasi nasional telah dimulakan sejak awal penubuhan negara dan kemerdekaan Malaya. Perlembangaan Negara merakamkan aspirasi ini dengan menetapkan perundangan penting negara. Dengan ini masyarakat hari ini perlu lebih fasih dan arif mengenai Perlembangaan Negara dan jangan melemahkan Perlembagaan Negara. Inilah keluhuran Perlembagaan dalam lafaz Rukun Negara. Selain itu, Rukun Negara perlu juga dihayati dan dipraktikkan setiap hari kerana ia mengingati kita kepentingan perpaduan dan kedaulatan negara. Hal-hal berikut adalah penting dan harus diketahui oleh masyarakat negara agar dapat mengelakka implikasi-implikasi negatif yang timbul kesan daripada masalah perpaduan dalam negara.
    • Soalan 2 Program untuk Memupuk Perpaduan Program 1 : Program Bulan Kebersihan Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Kepelbagaian ini telah menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang unik. Perpaduan kaum merupakan kunci pembangaunan dan kemajuan bagi sesebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Apabila wujud perpaduan kaum, suda pasti segala yang direncanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi, taraf hidup dan pembangunan.Pemimpin negara mahu anak-anak dididik akan pentingnya perpaduan kaum menerusi kerjasama, muafakat dan toleransi. Oleh itu, sesuatu yang perlu dilakukan pada peringkat IPG untuk menyemai nilai jati diri ke arah perpaduan membabitkan semua bangsa. Salah satu program boleh membabitkan semua bangsa dalam IPG untuk memupuk perpaduan adalah Program Bulan Kebersihan. Program ini merangkumi aktiviti seperti gotong royong, pertandingan keceriaan bilik dalam asrama dan ceramah. Aktiviti sebegini secara tidak langsung dalam melibatkan semua warga dalam IPG untuk memupuk hubungan yang lebih erat sesama bangsa. Pelaksanaan program ini perlu dilakukan secara berpanjangan. Sebagai contoh, pada minggu pertama dalam sebulan, pihak penganjur hanya menjalankan satu aktiviti seperti aktiviti gotong royong di kawasan IPG. Minggu kedua pula aktiviti pertandingan keceriaan bilik dan minggu seterusnya ceramah dan perasmian penutup bulan kebersihan. Kesimpulannya, dengan menjalankan program nescaya perpaduan dan hubungan yang harmoni sesama kita dapat dipupuk secara beransur-ansur. Program ini harus dijalankan sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun di dalam IPG untuk menjamin perpaduan yang berpanjangan dan kekal dalam membantu pembangunan negara yang aman dan harmoni dari segala aspek.
    • Program 2 : Sukan Niat untuk menjalankan program di dalam IPG adalah satu niat yang amat baik. Hal ini kerana individu atau kumpulan penganjur tersebut sedar bahawa sesuatu program boleh membawa banyak manfaat terumata sekali dalam memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat setempat. Salah satu program lagi yang boleh dianjur untuk memupuk perpaduan ialah Program Sukan. Jenis sukan yang perlu anjurankan dalam IPG harus aktiviti sukan yang boleh disertai oleh semua warga IPG termasuk pensyarah. Sebagai contoh, sukan rakyat seperti bola tampar, bola jaring, takraw dan badminton. Berdasarkan pemerhatian saya di dalam IPG dengan melaksanakan sukan permainan sebegini sudah tentu boleh mengeratkan hubungan pelajar dengan pensyarah seterusnya memupuk perpaduan. Program ini bukan sahaja dapat memupuk perpaduan, namun program ini juga boleh memupuk gaya hidup yang sihat. Seperti mana yang kita tahu bersukan itu merupakan satu amalan gaya hidup sihat. Dengan bersukan, individu dapat menyegarkan tubuh badan dan melancarkan peredaran darah di dalam tubuh. Kesimpulannya, jelas dengan melaksanakan program ini kita dapat memperolehi banyak kebaikan dalam aspek kesihatan mahupun dalam perpaduan. Demikian itu, program ini harus dilaksanakan di dalam IPG kerana ini program ini adalah satu program yang menyeronokkan.
    • Program 3 : Penubuhan Kelab Rukun Negara Secara umumnya perpaduan kaum dapat diwujudkan dengan membentuk persefahaman antara kaum. Sejarah membuktikan, prasangka kaum bumiputera terhadap kaum lain jua amat tinggii. Aktiviti sosial dalam masyarakat adalah amat penting. Salah satu program yang boleh membentuk persefahaman antara kaum ialah dengan menubuhkan Kelab Rukun Negara di dalam IPG. Penubuhan kelab amat sesuai dalam membentuk persefahaman antara kaum. Seperti mana yang kita tahu, kelab ini membawa objektif untuk memperkenalkan prinsip-prinsip rukun negara, memberi pengertian dan kefahaman tentang lima prinsip Rukun Negara, menyuburkan dan mempertingkatkan kesedaran kerohanian akan kepentingan Rukun Negara sebagai asas norma kehidupan dan menjadikan prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai satu amalan cara hidup yang berterusan bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai jati diri, setia, bersepadu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka dan beretika sejajar dengan wawasan negara. Salah satu aktiviti yang boleh dijalankan melalui Kelab Rukun Negara di dalam IPG ialah, pertandingan menghasilkan karya kreatif mengenai Rukun Negara. Dalam karya tersebut membincangkan perlakuan yang dapat menggambarkan kecintaan kepada negara dan pelajar boleh mencipta pantun tentang Rukun Negara dan nilai- nila murni yang perlu diterapkan. Kesimpulannya, penubuhan Kelab Rukun Negara adalah sangat sesuai untuk memupuk perpaduan dalam masyarakat. Kelab ini juga boleh meningkatkan lagi penghayatan individu terhadap prinsip Rukun Negara.