Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044

on

  • 810 views

 

Statistics

Views

Total Views
810
Views on SlideShare
809
Embed Views
1

Actions

Likes
0
Downloads
21
Comments
0

1 Embed 1

http://nuraishahtulakmar.wordpress.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044 Ulasan jurnal e learning bagi subjek KPT 6044 Presentation Transcript

  • Tajuk : Faktor-FaktorYang Mempengaruhi Penggunaan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Tahun Akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT dan SPP) Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Disediakan oleh NURAISHAHTUL AKMAR BINTI KAMARUDDIN M20111000251
  •  Kajian ini telah dijalankan oleh Janarthini A/P Krishnan, Mohd Nihra Haruzuan Mohamad Said, dan Noor Azean Atan, dan Johari Hassan dari Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini telah diterbitkan dalam Journal of Social Science, Volume 3, Sept 2011, Page 206- 225/ ISSN: 2231-7333 Kajian ini juga telah dibentangkan dalam 1st International Malaysian Educational Technology Convention
  •  E-pembelajaran membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran secara berdikari dan berkomunikasi dengan pengajar melalui e-mail. Ia memberi peluang kepada setiap individu berhubung sesama mereka untuk berkongsi pengalaman melalui internet walaupun terdapat jarak di antara mereka. Sistem pengurusan e-pembelajaran juga dapat membantu para pengajar untuk menyesuaikan bahan pengajaran dengan keperluan pembelajaran pengajar, contohnya bahan pengajaran berasaskan kepada masalah problem based learning. Pengajar juga boleh memampatkan bahan pengajaran atau kursus seperti modul di laman web manakala pelajar pula boleh menghantar tugasan individu kepada pengajar dengan melalui e-mail atau dalam bentuk yang lebih interaktif di laman web.
  •  E-pembelajaran adalah sebuah aplikasi yang dibangunkan untuk kegunaan projek kampus siber UTM dan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan pada tahun 1997. Bermula pada semester II, sesi 2001/2002, UTM telah memulakan inisiatif ke arah pelaksanaan pembelajaran elektronik sebagai salah satu kaedah pembelajaran baru khusus untuk pelajar-pelajar sarjana muda. Melalui projek ini bahan pegajaran dan pembelajaran boleh dicapai pada bila-bila masa melalui rangkaian meluas UTM. Antara tujuan perlaksanaan projek ini ialah untuk memudahkan pelajar mencapai maklumat mengenai sesuatu mata pelajaran yang mereka ambil, meningkatkan minat serta kefahaman pelajar, menyediakan kemudahan untuk pelajar belajar mengikut kemampuan sendiri dan pendedahan kepada pelajar, konsep pendidikan tanpa batas.
  •  Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM dan mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menggunakan e-pembelajaran.
  •  Terdapat 3 objektif kajian yang ingin dicapai oleh penyelidik. Obektif 1 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM menggunakan e-pemebelajaran dari segi lima aspek iaitu peranan pengajar, persekitaran pembelajaran, peralatan pembelajaran, kandungan kursus, dan proses e-pembelajaran. Objektif 2 Mengenalpasti perbandingan min diantara demografi seperti jantina, kursus dan bangsa dengan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan epembelajaran kalangan pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia, (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM. Objektif 3 Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia, (SPK, SPT, dan SPP), Fakulti Pendidikan, UTM semasa menggunakan e-pembelajaran.
  •  Terdapat 3 persoalan kajian yang ingin dijawab melalui hasil penyelidikan ini. Persoalan kajian 1 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, UTM menggunakan e- pemebelajaran dari segi lima aspek iaitu peranan pengajar, kandungan kursus, peralatan pembelajaran, persekitaran pembelajaran dan proses e-pembelajaran.
  •  Persoalan kajian 2 Apakah terdapat perbandingan min diantara demografi seperti jantina, kursus dan bangsa dengan faktor-faktor penggunaan e- pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, UTM.
  •  Persoalan Kajian 3 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar tahun akhir, Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, UTM semasa menggunakan e-pembelajaran.
  •  Analisis kajian menunjukkan daripada lima faktor yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran didapati faktor kandungan kursus mencatat min yang paling tinggi iaitu 3.81. Adalah didapati item-item yang mengandungi kenyataan bahawa responden mengakses e-pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus berada pada tahap tinggi. Kebanyakkan pelajar menggunakan e-pembelajaran disebabkan oleh kandungan kursus yang disediakan adalah sesuai, bersistematik dan juga membantu pelajar dalam kerja mereka (tugasan, kuiz, ujian dan lain-lain).
  •  Didapati bahawa pelajar lelaki dan pelajar perempuan mencatat min yang tertinggi bagi faktor kandungan kursus yang mempengaruhi pembelajaran menggunakan e-pembelejaran. Kajian ini juga mendapati pelajar lelaki kurang setuju dengan faktor pengajar yang mempengaruhi penggunaan e-pembelajaran. Kajian ini juga mendapati pelajar perempuan kurang bersetuju dengan faktor peralatan pembelajaran mempengaruhi penggunaan e- pembelajaran.
  •  Analisis kajian menunjukkan bahawa masalah luaran seperti server down, database error, virus dan juga pengajar jarang mengemaskini nota merupakan masalah-masalah yang sering dihadapi oleh pelajar SPK, SPT, dan SPP menggunakan e-pembelajaran. Manakala masalah dalaman seperti minat, pembahagian masa, masalah login, dan maklum balas yang negatif diberikan oleh rakan-rakan dalam aktiviti peer tidak menjadi satu masalah serius bagi responden menggunakan e-pembelajaran
  •  Pembelajaran berasaskan teknologi adalah sesuai bagi proses pembelajaran yang menggunakan teknologi multimedia untuk membantu dan memudahkan pelajar, sambil pengajar sebagai fasilitator
  •  http://eprints.utm.my/11779/1/Faktor.pdf