Dokumen tersebut merupakan ringkasan mengenai masalah yang dihadapi dalam pembelajaran Matematik dan Sains di Malaysia berdasarkan kajian TIMSS. Dua masalah utama yang diidentifikasi ialah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang menyebabkan penurunan pencapaian pelajar, serta cara pengajaran guru yang kurang kreatif dan kekurangan kemudahan pembelajaran. Beberapa penyelesaian dicadangkan sepert
1. SEMESTER 1 SEISI 2011/2012
SME 3023
TRENDS AND ISSUE IN EDUCATION FOR
MATHEMATICAL SCIENCE
“SKILLFUL PROBLEM SOLVING”
LECTURE NAME:
PROF. DR.MARZITA PUTEH
NAME: SITI MUSYRIFAH BT MOHD SUFIEE
MATRIC NO: D20091035237
GROUP: A
2. 1. Apakah masalah yang wujud?
Melalui kajian dalam TIMSS kedudukan Malaysia bagi mata pelajaran Matematik telah
merosot daripada kedudukan tempat ke-10 daripada 46 buah negara yang mengambil
bahagian di dalam TIMSS 2003 kepada kedudukan tempat ke-20 daripada 49 buah negara
yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007. Kedudukan Malaysia di dalam TIMSS
bagi mata pelajaran Sains juga telah merosot daripada kedudukan tempat ke-20 daripada 46
buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2003 kepada kedudukan tempat ke-
21 daripada 49 buah negara yang mengambil bahagian di dalam TIMSS 2007.
2. Kenapa masalah itu wujud?
Masalah ini dikenalpasti wujud apabila penggunaan bahasa Inggeris menjadi bahasa
pengantar bagi subjek Sains dan Matematik. Faktor yang dikaitkan dengan pencapaian
Matematik dan Sains ialah di kebanyakan negara, pelajar menyatakan mereka belajar
Matematik dan Sains dalam bahasa keluarga puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS
berbanding pelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini menggunakan bukan bahasa
keluarga. Wujud hubungan rapat antara proses pembelajaran Matematik dan Sains dalam
bahasa asing. Peranan penting bahasa keluarga dalam pembelajaran akademik, misalnya
Matematik dan Sains banyak dikaji dan hasil kajian mendapati kemahiran kognitif akademik
berkembang terutama melalui bahasa pertama. Jadi jika pelajar cuba belajar bahasa kedua
dan terus belajar bagi subjek Matematik dan Sains pelajar akan menggunakan kemahiran
kognitif yang lemah. Penjelasan ini relevan dalam konteks hasil kajian TIMSS yang
mendapati pencapaian Matematik dan Sains pelajar menggunakan bahasa keluarga untuk
pengajaran dan pembelajaran kedua-dua subjek ini secara purata lebih tinggi berbanding
mereka yang belajar subjek berkenaan dalam bahasa kedua kerana mudah difahami mereka.
Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yang pelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam
pembelajaran matematik dan sains di sekolah seperti Taiwan, Korea, Jepun ,Singapura dan
England mencapai skor yang tinggi.
Selain itu, cara pengajaran guru yang kurang kreatif dan kurang menyediakan
kemudahan pembelajaran menyebabkan pencapaian pelajar menurun dalam subjek
Matematik dan Sains melalui kajian TIMSS. Guru tidak menyediakan bahan untuk mengajar
dan hanya berorientasikan buku teks sahaja. Mereka juga tidak kreatif dalam mengajar
pelajar untuk memahami konsep-konsep subjek itu.
3. Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Masalah 1
-Penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains menyebabkan
penurunan pencapaian pelajar dalam subjek Matematik dan Sains melalui kajian
TIMSS.
Penyelesaian Masalah
1. Menghapuskan dasar PPSMI dan melaksanakan dasar MBMMBI dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Para guru boleh mengajar dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu mengikut
kefahaman dan tahap penguasaan pelajar. Melalui cara ini pelajar dapat memilih
untuk menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantaraan memudahkan pelajar lebih memahami sesuatu konsep dan
penyelesaian terutamanya pelajar yang kurang pandai dan lemah dalam
penguasaan sesuatu subjek.
2. Menyelidik semula kurikulum dan penggunaan buku teks.
Pihak-pihak yang berkenaan dalam membentuk kurikulum perlu menyelidik
semula kurikulum dan penggunaan buku teks. Kandungan buku teks Matematik
dan Sains, rujukan dan sebagainya dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar
tidak dapat menguasai bahasa Inggeris. Kajian oleh Aziz (2005) yang mendapati
pelajar tidak memahami kandungan buku disebabkan penggunaan bahasa
Inggeris itu sendiri.
Dapatan kajian Tarmizi (2003) iaitu mereka yang tidak mempunyai asas bahasa
Inggeris yang baik sukar untuk memahami buku buku dan bahan-bahan.
bacaan.mahupun nota dalam bahasa Inggeris.
4. Pertimbangan masalah
Masalah yang boleh dipertimbangkan adalah menyokong pelaksanaan MBMMBI iaitu
pemilihan bahasa Inggeris atau bahasa melayu dalam pengajaran dan pembelajaran seperti
disarankan oleh Menteri Pelajaran. Menteri Pelajaran telah mencadangkan bahawa pada sesi
akan datang para guru dan pelajar-pelajar diberi kelonggaran sama ada meneruskan
menggunakan bahasa Inggeris atau menggunakan bahasa melayu dalam pengajaran dalam
pembelajaran atau kedua-duanya sekali sebelum dihapuskan PPSMI.
Kesan/Akibat Pro dan Kontra Nilai
-Para guru dan pelajar dapat belajar -Setuju dengan penyataan - Adil dan
dengan lebih seronok apabila terdapat ini kerana pelajar akan bertimbang
pilihan semasa menggunakan Bahasa lebih faham sesuatu rasa.
Melayu atau Bahasa Inggeris. topik itu.
-Para guru dan pelajar masih berada -Tidak setuju kerana cara -Kesabaran dan
pada keadaan yang sama dan tidak percakapan dan berdaya saing.
maju dalam cara percakapan dan pemikiran boleh dibentuk
pemikiran. tetapi memerlukan masa
yang sesuai.
-Terdapat kekecelaruan dalam sistem - Setuju kerana para guru - Tegas, tetap
pendidikan negara jika pemilihan atau pelajar mungkin pendirian.
bahasa digunakan dalam pengajaran akan sering keliru dengan
dan pembelajaran Bahasa Melayu konsep atau penggunaan
atau Bahasa Inggeris. ayat kerana berbeza
dalam penggunaan bahasa.
5. Bagaimana membuat
penyelesaian masalah
yang terbaik?
Membuat penyelesaikan dalam menetapkan satu dasar sahaja supaya tiada
kecelaruan dalam sistem pendidikan sama ada meneruskan PPSMI atau
melaksanakan MBMMBI. Maka, para pelajar dapat mencapai keputusan yang
cemerlang dalam subjek Matematik dan Sains sekiranya penggunaan dasar yang
sesuai dapat dilaksanakan. Secara tidak langsung dapat membantu dalam
meningkatkan kedudukan negara Malaysia dalam kajian TIMSS pada tahun yang
berikutnya.
6. Masalah 2
-Cara pengajaran guru yang kurang kreatif dan kurang menyediakan
kemudahan pembelajaran menyebabkan pencapaian pelajar menurun dalam
subjek Matematik dan Sains melalui kajian TIMSS .
Penyelesaian Masalah
1. Guru perlu menyediakan kemudahan –kemudahan pembelajaran yang banyak
supaya pelajar lebih seronok belajar subjek matematik dan sains yang
menggunakan bahasa inggeris.
Kemudahan-kemudahan pembelajaran seperti bahan bantu mengajar dan bahan-
bahan rujukan memberi rangsangan kepada pembelajaran pelajar. Kajian
Ibrahim (1995) turut membuktikan keperluan kemudahan dan kelengkapan
peralatan adalah unsur yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru yang cemerlang berupaya memaksimum dan mengoptimumkan
penggunaan bahan dan sumber pengajaran pembelajaran, di samping memiliki
pelbagai koleksi bahan-bahan tersebut seperti buku rujukan, panduan guru,
.
perisian komputer, audio video, dan sebagainya (Wiseman, D.L., Conner, D.D.
& Knight, S.L. 1999).
2. Guru perlu menukar cara pengajaran tradisional kepada yang lebih moden.
Guru sekarang amat terikat dengan cara tradisional dan masih sama dengan
dasar kurikulum lama yang menekankan kaedah hafalan. Aspek lain seperti
pemahaman, amalan, dan penghayatan kurang diberi perhatian yang sewajarnya.
Manakala penglibatan murid secara aktif adalah terhad.
7. Pertimbangan masalah
Masalah yang boleh dipertimbangkan adalah para guru perlu menyediakan kemudahan yang
kreatif bagi pengajaran dan pembelajaran subjek matematik dan sains supaya dapat menjana
pemikiran pelajar menjadi lebih kreatif dan mampu untuk menyelesaikan masalah berkaitan
matematik dan sains.
Kesan/Akibat Pro dan Kontra Nilai
-Cara pengajaran guru yang -Setuju kerana para pelajar -Menjana idea,
kreatif dapat membantu para pelajar dapat menjana idea dan kreatif.
menyelesaikan masalah dalam merangsang minda untuk
matematik dan sains. berfikir.
-Bahan bantu mengajar dan buku -Setuju kerana para pelajar -Dorongan
rujukan yang pelbagai akan akan cepat teransang
merangsang para pelajar untuk melalui penyediaan bahan
belajar. bantu mengajar yang
menarik dan rujukan yang
banyak sekiranya mereka
tidak faham.
-Para pelajar memilih dalam cara -Tidak setuju kerana -Kreatif
pengajaran guru yang seronok cara pengajaran guru itu
sahaja tanpa mementingkan adalah tanggungjawab
input yang diperoleh daripada guru tersebut yang perlu
mereka. menarik perhatian pelajar
supaya mengikuti
pengajarannya.
8. Bagaimana membuat
penyelesaian masalah
yang terbaik?
Membuat penyelesaikan iaitu para guru perlu memperbanyakkan bahan bantu
mengajar dan buku rujukan. Guru juga perlu kreatif dalam memberi cara
penyelesaian secara kreatif supaya para pelajar dapat menjana idea serta
memudahkan teknik hafalan supaya dapat diingati. Secara tidak langsung dapat
meningkatkan pencapaian para pelajar dalam subjek Matematik dan Sains.