Teori kedatangan islam ke tanah melayu

26,605 views
25,785 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
17 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
26,605
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
24
Actions
Shares
0
Downloads
542
Comments
0
Likes
17
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teori kedatangan islam ke tanah melayu

  1. 1. NAMA KUMP:RADIYATUL SARMI DIANA NADWAH
  2. 2. Kerlinger (1973:9) mendefinisikan teori sebagai satu himpunan konsep, takrifan dan definisi yang paling berkait yang memberikan gambaran secara sistematik tentang fenomena dengan memperincikan hubungan antara pembolehubah. Berasal dari PERKATAAN YUNANI (therio) yang membawa maksud pemandangan. Definisi ini bermaksud teoriberasaskan kepada konsepsi seseorangyang kemudiannya mengemukakannyadalam bentuk suatu pandangan (view).
  3. 3. Teori Kedatangan Islam China India Arab/Parsi Teori Kedatangan islam Ke dalam Tamadun Melayu Sejarawan : Antaranya Wilayah Islam di India : Pijnapple, Snouck Hugronje, B. A) Gujerat dan MalabarHarisson, Thomas Arnold, Morquette, B) Bengal Coromandel R.O Winstedt, S.Q. Fatimi, SyedMuhammad Nuqaib al-Attas, HAMKA ...
  4. 4. Islam datang dari INDIA
  5. 5. Pijnapple1. Kedatangan islam oleh para pedagang islam berbangsa Arab yang bermukim di GUJERAT DAN MALABAR. Gujerat ialah pelabuhan penting semasa pemerintahan Alaudin Khilji di India2. Disokong : Snouck Hugrunje dan Harry Hazzard (Hubungan perdagangan India dan Asia Tenggara) Bukti : Marmar pada batu nisan di Pasai adalah ciri buatan India. “memandangkan aktiviti perdagangan oleh para pedagang Islam di Tanah Melayu sama ada sebagai “orang tengah” atau pedagang premier yang membawa barang dagangan dari wilayah tersebut merentasi Nusantara untuk pergi ke China dan sebagainya.”
  6. 6. Morquette1. Penemuan batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428M dan di Gerisik bertarikh 1419M.2. Kedua-dua batu nisan mempunyai ciri yang sama di Gujerat dan kesimpulannya Islam telah sampai pada kurun ke-15M3. Syed Muahmmad Naquib AL-Attas menolak kenyataan tersebut. “Asas jumpaan dan persamaan fizikal batu nisan sebagai di atas tidak munasabah. Sepatutnya, jumpaan dan persamaan tersebut hanya dilihat sebagai hujah tempat asal batu nisan tersebut adalah dari Gujerat, India.”
  7. 7. S.Q Fatimi1. kedatangan Islam di Tanah Melayu dari Bengal, Coromandel, India.2. Bengal lebih awal menerima Islam berbanding Gujerat dan Malabar.3. Pandangan ini telah disokong oleh Arnold dalam buku akademinya, The Muslim World. “Para pedagang Bengal ini bermazhab Shafie; sama dengan mazhab umum di Tanah Melayu. Manakal Gujerat dan Malabar pula bermazhab Hanafi lain daripada mazhab Tanah Melayu.Rasionalisme sejarawan membawa pada relatifnya teori satu-satu peristiwa.”
  8. 8. Ibnu Batutah1. Menurut Ibn. Batutah, dalam persinggahan beliau di Pasai, pandangan empire, beliau mendapati wujud persamaan budaya khususnya pakaian diraja dengan kebudayaan yang terdapat di Bengal, India.2. Malah, Ibn Batutah juga mencatatkan bahawa Merah Silu sebenarnya beragama Hindu, kemudiannya memeluk Islam dan baginda mempunyai hubungan bernegara dengan masyarakat Islam Bengal, India.
  9. 9. Abdul Rahman Haji Abdullah1. Menurut Abdul Rahman Haji Abdullah, Pasai menerima Islam lebih awal iaitu pada 1042M2. Malik al-Salih bukanlah pemerintah pemerintah pertama memeluk Islam.3. Meurah Giri atau Mahmud Shah lebih awal memeluk Islam yang akhirnya Pasai sendiri menerima Islam secara bernegara.4. Jumpaan batu nisan Malik as-Salih , Islam sampai lebih awal daripada tarikh tersebut.5. Bukti sejarah Gujerat sendiri sebenarnya menerima Islam secara bernegara 1301M apabila berlakunya futuwwah (pembukaan) wilayah tersebut oleh Kerajaan Islam Delhi.
  10. 10. Islam datang dari CHINA
  11. 11. Gardener & Emmanuael1. Islam sampai ke China oleh para pedagang Arab lembah Arabia zaman Khalifah Uthman al-Affan lagi.2. seawal kurun ke-8M, wujud penempatan masyarakat Arab di Canton.3. Realiti di atas ini menjadi hujah bahawa Islam yang sampai ke alam Melayu dilakukan oleh para Pedagang Arab yang tinggal di Canton (China) paling lewat pada kurun ke-8M.4. Dakwah Islamiyyah tersebut dilakukan sendiri oleh pedagang-pedagang Arab, bukan para pedagang berketurunan Cina. Maka, secara teorikalnya Islam itu bukan datang daripada rantau Arabia, tetapi datang daripada China
  12. 12. Syed Muhammad Naquib (Peristiwa di pelabuhan Canton).1. Pada sekitar tahun 878 M, iaitu pada zaman Hsi Tzung peristiwa krisis etnik di Pelabuhan Canton berlaku.2. Kediaman dan nyawa para pedagang asing di sana banyak musnah disebabkan pemberontakan bangsa setempat. Lebih 100 000 nyawa termasuk daripada para pedagang Arab dan Islam telah menjadi korban dalam peristiwa berdarah tersebut.3. Implikasi tersebut membawa pada penghijrahan para pedagang yang terselamat ke Kedah dan Parlembang demi mendapatkan perlindungan.4. Kedatangan mereka ke Kedah dan Parlembang ini dijadikan asas teori Islam datang dari China.
  13. 13. Dinasti Tang 1. Pemberontakan Dinasti Tang pada 618-906M = 5000 para pedagang asing termasuk komuniti Arab telah dibunuh. 2. Para pedagang yang terselamat telah berhijrah ke Champa, Nusantara demi mendapat perlidungan. 3. Kedatangan mereka ke Champa, Nusantara sebagai tanda teori kedatangan Islam AM tersebut dari China. A. Buktinya penemuan batu Nisan seorang wali Allah berketurunan Arab di Pekan, Pahang yang bertarikh 1028M di mana atas batu nisan ini terukur ayat-ayat al-Quran. B. Temuan batu nisan turut berlaku di Leran, Surabaya bertarikh 1082M atau 1102M yang sangat ketara ciri-ciri keIslaman batu nisan tersebut.
  14. 14. Penemuan Batu nisan. 1. Beberapa batu nisan yang hampir sama dengan batu nisan di Pekan dan Leran turut dijumpai di Phangrang, Kemboja (juga dikenali sebagai Champa). Buktinya: a) Kuala Berang, Terengganu terdapat Batu Bersurat bertarikh 1303M berkaitan peraturan dan kewajipan menunaikan hukum-hakam Allah seperti hukuman bagi penzina. b) Di Langgar, Kedah turut dijumpai batu nisan milik Syeikh Abd. Al Qadir ibn Husain Syah Alam bertarikh 903M 2. batu bersurat di Teluk Cik Munah, di Pahang yang bertarikh 702 H (1303 M). Ini menunjukkan bahawa kemungkinan Islam masuk melalui Pantai Timur iaitu bererti dari China dan Indochina.
  15. 15. Islam dari Semenanjung Tanah Arab
  16. 16. John CrawfordMenurut John Crawford, :1. Islam berkembang menerusi aktiviti para pedagang. Bukti catatan China : Orang Arab dan Parsi mempunyai pusat peniagaan dan petempatan di Canton atau Amoy sejak tahun 300M2. Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China3. Terdapat pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita tempatan.4. Pedagang Arab yang berdagang ke China telah singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggara5. Pelabuhan menjadi tempat menunggu perubahan angin monsun untuk ke China6. Pembinaan perkampungan Arab di Asia Tenggara7. Perkampungan tersebut dijadikan tapak untuk berdagang/mengumpul barang jualan8. Perlaku perbincangan antara pedagang Arab dan pedagang tempatan/pedagang Asia Tenggara semasa menunggu perubahan angin monsun9. Perbincangan berkaitan kepercayaan dan agama10. Pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh sheikh di Semenanjung Tanah Arab.
  17. 17. Syed Muhammad Naquib al-Attas 1. Adat resam dan kebudayaan orang Melayu banyak dipengaruhi oleh budaya Arab, seperti amalan menghormati tetamu dan muzik Melayu seperti dabus dan tarian zapin. 2. Pengislaman raja di Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Semenanjung Tanah Arab, misalnya Hikayat Raja-Raja Pasai yang menceritakan bahawa mubaligh / pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah sufi berketurunan Arab yang bernama Syeikh Ismail dan Merah Silu bergelar Malik al-Salih 3. persamaan bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab 4. perkataan Arab pada tulisan Jawi diambil daripada bahasa Arab.
  18. 18. Hijriah Saidina Mu’adz bin Jabal1. Selain itu, pada tahun ke-8 Hijriah, telah berlaku ‘Amul Wufud (Tahun Perutusan).2. Rasulullah s.a.w telah mengutuskan para Sahabat ke seluruh rantau Arabia demi menyebarkan Islam secara bernegara atau berdelegasi.3. Buktinya : Saidina Mu’adz bin Jabal pernah diutuskan ke Yaman untuk menjalankan dakwah Islamiyyah.4. Di Yaman tersebut terdapat perlabuhan intreport dan antarabangsa yang terletak di Hadramaut. Perlabuhan tersebut menjadi tempat persinggahan pelbagai pedagang seantero dunia termasuk pedagang-pedagang Melayu yang datang untuk berdagang rempah ratus dan kāfūrā ( ) sendiri.5. Saidina Mu-adz telah menjalankan dakwah dikawasan tersebut sehingga ada pedagang yang memluk islam.
  19. 19. Rasulullah s.a.w mengutuskan Wahab Abi Kabsyah ke ChinaAsas lain bagi teori kedatangan Islam pada tahap iniadalah Rasulullah s.a.w pernah mengutuskan seorangSahabat yang bernama Wahab Abi Kabsyah ke China danbeliau sendiri telah meninggal dunia di Canton.Walaupun asas ini sepatutnya menjadi teori kedatanganIslam ke China, namun masih boleh dijadikan sandarandakwah Islamiyyah ini telah pergi sejauh China sejakzaman Nabi dan China sendiri sudah mempunyaihubungan perdagangan secara langsung dengan Champadi Nusantara seawal kurun paling lewat pada kurun ke-7M.
  20. 20. Khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian (661-680M) menyeberangi Nusantara1. Dalam catatan Arab, Khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian (661-680M) pernah cuba menyeberangi Nusantara demi membuka (futuwwah) Pulau Jawa.2. Pada ketika itu, Pulau Jawa di bawah pemerintahan Ratu Sima.3. Selepas mendapati Ratu Sima seorang raja yang adil, maka khalifah menangguhkan hasratnya sebagai menghormati “keadilan hak” di pulau tersebut.4. Selain itu, Khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian turut melakukan dakwah Islamiyyah ke atas kerajaan Srivijaya.5. Pemerintah kerajaan Srivijaya pada ketika itu dikenali sebagai Raja Lokitavarman. Ada pandangan mengatakan Raja tersebut memeluk Islam, dan pandangan lain adalah sebaliknya.
  21. 21. Pengislaman Raja Srindavarman dan Raja Jay Sima 1. Pada zaman Khalifah Umar bin Abd al-Aziz (717-720M), pemerinta Srivijaya yang dikenali sebagai Raja Srindavarman telah memeluk agama Islam. 2. Srivijaya telah dinamakan sebagai “Sribuza Islam” sekitar tahun 718M. 3. Peristiwa tersebut berlaku sekitar tahun 718M. 4. Masih dalam tahap pertapakan, Raja Jay Sima, iaitu anak kepada Ratu Sima juga telah memeluk Islam pada sekitar tahun 726M. 5. Pemelukan Islam oleh kedua-dua pemerintah tersebut (Raja Srindavarman dan Raja Jay Sima) telah membuka peluang perdagangan oleh para pedagang Arab; hatta mereka menetap di Nusantara secara implisit.
  22. 22. Asas sampingan teori sejarawanPara Sejarawan tempatan cenderung pada Teori Kedatangan Islam datangnya dariArab. Antara asas sampingan lain termasuk:- Pertama, kewujudan tulisan Jawi dipercayaan hasil sintesis tulisan Arab(Aramic) dan tulisan non-Aramic. Tulisan non-Aramic yang dimaksudkan adalah “Ga”,“Cha”, “Nya: dan sebagainya. Segelintir Sarjana berpendapat asal tulisan non-Aramicini dari Parsi (di Asia Tengah) Kedua, sebutan dan tatacara bacaan al-Quran di Nusantara lebih hampirdengan sebutan dan tatacara bacaan al-Quran di Timur Tengah (khususnya rantauArabia); tidak mirip pada bacaan ala penganut Islam di India mahupun China. Ketiga, boleh dikatakan hampir semua catatan sejarah (written sources)menonjolkan pengIslaman para pemerintah di Nusantara (dari Institusi KesultananMelayu Melaka hingga Institusi Kesultanan Melayu Sulu) telah dilakukan oleh paraPedagang Arab atau du’at berbangsa Arab. Keempat, bahasa Melayu turut menerima pengaruh perbendaharaankata dan tatabahasa arab. Sebagai contoh, fakir. Syukur, sahabat, kertas, dakwat,sultan, soleh dan sebagainya adalah berasal dari perbendaharaan kata bahasa Arab.Ketiga-tiga asas ini lebih cenderung pada unsur rasionalisme; tidak nas sejarah.
  23. 23. RUJUKAN INTERNETAbdul Halim Ali, 2009. Dilayari pada 12. Januari 2013 pada 8.00pm //teorisastera.blogspot.com/2009/04/apa-itu- teori.html(t.p)., 2010. Dilayari pada 13 Januari 2013 pada 10.08am http://pismpmathc5ipgkba.blogspot.com/2010/02/teori- kedatangan-islam-ke-alam-melayu.html(t.p) 2011. Dilayari pada 13 Januari 2013 pada 10.20am http://cikgu06.blogspot.com/2011/04/nota-titas-bab- 4.htmlhttp://cikgu06.blogspot.com/2011/04/nota-titas- bab-4.html BUKUAhmad Zaki Abdul Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros, (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Shah Alam Selangor.

×