SASTERA DAN BUDAYA
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

SASTERA DAN BUDAYA

on

  • 1,704 views

SASTERA DAN BUDAYA

SASTERA DAN BUDAYA
KESANTUNAN BERBAHASA :
SEMAKIN KURANG DIPRAKTIKKAN KETIKA BERKOMUNIKASI

Statistics

Views

Total Views
1,704
Views on SlideShare
1,689
Embed Views
15

Actions

Likes
0
Downloads
32
Comments
0

2 Embeds 15

http://kissannishan.blogspot.com 12
https://www.facebook.com 3

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    SASTERA DAN BUDAYA SASTERA DAN BUDAYA Document Transcript

    • SASTERA DAN BUDAYA KESANTUNAN BERBAHASA : SEMAKIN KURANG DIPRAKTIKKAN KETIKA BERKOMUNIKASIABSTRAKSetakat ini, kesantunan berbahasa merupakan fenomena yang menarik untuk dikaji dariberbagai perspektif. Kesantunan berbahasa yang merupakan salah satu aspek komponensosiolinguistik dan sosiobudaya dalam pendidikan bahasa. Kesantunan bahasa ialahtatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa. Kesantunan bahasa sering kali dapatdilihat dalam interaksi antara individu yang berkomunikasi. Namun pada masa kini,kesantunan bahasa semakin kurang dipraktikkan ketika berkomunikasi. Oleh itu kertaskerja ini akan turut membahaskan tentang bahasa yang tidak baik didengar atau kurangsopan di dengar oleh telinga (bahasa yang tidak berbahasa) ketika sedang berkomunikasi.PENDAHULUANMasihkah kesantunan bahasa itu dipraktikkan ketika berkomunikasi pada zamanglobalisasi ini? Apa yang dapat kita sendiri lihat adalah semakin banyak penggunaankata-kata yang kurang sopan, yakni penggunaan bahasa yang tidak berbahasa ketikaberkomunikasi, serta tidak lagi menggunakan sapaan yang bersesuaian ketikaberkomunikasi.Oleh itu kertas kerja ini akan membincangkan tentang kurangnya aspek kesantunanberbahasa ketika berkomunikasi, di mana semakin kurang tatabahasa atau tatacaraberbahasa dalam interaksi antara individu. Sebelum membincangkan aspek tersebut,terlebih dahulu akan diterangkan tentang kesantunan berbahasa.Turut dibincangkan di sini ialah siapakah golongan yang tidak atau kurang dalammenggunakan kesantunan bahasa ketika sedang berkomunikasi dan juga tempat atausituasinya berlaku hal yang demikian. Apabila sudah dibincangkan tentang siapa dantempat atau waktunya, maka akan turut dikemukakan faktor-faktor penyebab merekaberbahasa yang kurang sopan dan penyebab yang menunjukkan individu tidakmempunyai kesantunan bahasa ketika berkomunikasi. Sebelum menyimpulkanperbincangan ini akan diterangkan juga saranan atau cara kesantunan berbahasa ketikaberkomunikasi.KESANTUNANBERBAHASABahasa sebenarnya wujud kerana kata, tiada kata tiadalah bahasa. Perhubungan untukmenyampaikan dan menerima gagasan antara seorang dengan seorang dan seterusnyaantara seluruh anggota masyarakat dengan anggota masyarakat yang lainnya di seluruhjagat ini adalah melalui bahasa (Keris Mas, 1988:31). Bahasa bukan setakat alat untuk 1
    • menyampaikan maklumat (fakta) semata-mata, tetapi turut berperanan dalammenyampaikan perasaan prejudis penggunanya.Dalam bahasa yang kita gunakan, kata Ludwig Wittgenstein, ahli falsafah bahasa dariAustria, tersirat suatu orientasi hidup yang bukan saja merangkumi konsep yang menjadipegangan kita mengenai sekitar, melainkan juga perasaan, nilai, fikiran, kebudayaan,hingga tahayul. Bahasa amat penting kerana ia yang menentukan hubungan danpergaulan dalam segala segi di masyarakat .Dengan bahasalah kita dapat menyembunyikan dan mengungkap fikiran, dengan bahasapula kita mencipta dan mengakhiri sesuatu konflik. Kerana bahasa juga, kitamenyerahkan cinta dan dengannya pula kita mengumumkan perang. Singkatnya, bahasaadalah petunjuk kehidupan dan gambaran dunia kita. Maka dengan bahasa yang kitagunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita,sosiobudaya kita, pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada iasesuatu hal yang baik mahupun sebaliknya.Yang kurik itu kundi,yang merah itu saga,yang baik itu budi,yang indah itu bahasa.Pantun di atas menggambarkan bahawa pentingnya penggunaan bahasa bagimenggambarkan budi seseorang. Penggunaan bahasa yang betul oleh si pemakainyamenggambarkan si pemakai mempunyai budi pekerti yang tinggi. Kesantunan bahasaadalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab dan bersopan. Selain itupenggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain.Kesantunan bahasa ialah tatacara atau peraturan yang wujud dalam berbahasa, di mana iamerujuk kepada cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang itu dengan penuhsopan, tidak biadab atau kurang ajar. Kesantunan bahasa merangkumi aspek-aspek sepertipemilihan kata yang digunakan ketika bertegur sapa (bahasa sapaan), nada, gerak lakudan gaya yang digunakan ketika berkomunikasi.Kesantunan bahasa sering kali dapat dilihat dalam interaksi antara individu yangberkomunikasi. Tatabahasa atau tatacara berbahasa harus sesuai dengan norma-normabudaya sesuatu masyarakat yang menggunakan bahasa. Kesantunan bahasa sesuatumasyarakat sering kali dipengaruhi oleh norma-norma budaya masyarakat tersebut.Bahasa yang baik menunjukkan budaya yang sihat sesuatu masyarakat dan sebaliknya.Bangsa Melayu amat terkenal dengan kesantunan bahasa mereka. Bahasa Melayu seringdikaitkan dengan bahasa yang indah, sopan dan lembut yang diperlihatkan melaluipertuturan kita. Kesantunan orang-orang Melayu akan terserlah dengan penggunaan 2
    • penanda-penanda sopan, iaitu beradab sebanyak mungkin kepada si pendengar. Semakinbanyak penanda santun digunakan dalam sesuatu ujaran maka akan bertambahlah tingkatkesantunan si penutur. Ia sesuai dengan ciri-ciri kesopanan yang dimiliki oleh orang-orang Melayu yang dianggap pemalu, lembut dan penuh keprihatinan terhadap oranglain.Walau bagaimanapun, kesantunan berbahasa dalam sesebuah bahasa atau masyarakat itubersifat khusus. Apa yang dianggap sebagai sopan dalam sesuatu bahasa atau masyarakatitu mungkin dianggap sebaliknya dalam bahasa atau masyarakat lain. Ini adalah keranabukan semua bahasa atau masyarakat memberikan penekanan yang sama kepada sesuatuaspek kelakuan itu dalam menentukan atau menetapkan soal kesopanan.KURANGNYA ASPEK KESANTUNANBERBAHASAa. Dang, ka mari ko … ambil ni nombor ah.b. Bah duduk tah dulu.Ayat di atas sebagai contoh ujaran yang diucapkan oleh individu ketika sedangberinteraksi dengan pelanggan atau tetamu yang hadir ingin meminta perkhidmatan dijabatan atau syarikat mereka. Ayat (a) tersebut sudah dapat kita tafsirkan betapa kasarnyabahasa mereka yang mengujarkan ayat ini, begitu juga ayat (b). Cara yang lebih sopanialah dengan mengujarkan atau mengucapkan ayat tersebut dengan:c. Dayang, silakan ambil nombor terlebih dahulu.d. Boleh abiskita tunggu sekajap, silakan duduk.Ayat (c) dan ayat (d) di atas lebih menunjukkan tutur kata yang mesra dan bersopan.Begitu susahkah kita menggunakan kesantunan bahasa ketika berkomunikasi. Sepertiyang kita tahu dengan berkomunikasi secara lemah lembut dan ramah mesra sertapenggunaan tatacara bahasa yang sesuai, maka kita tidak akan dibenci oleh mereka atauindividu dengan kita berkomunikasi.Selain contoh ayat (a) dan ayat (b) yang menggambarkan tiadanya atau kurangnya aspekkesantunan berbahasa, kita perhatikan pula ungkapan di bawah ini.e. Pak cik Sulaiman, awak dah makan?f. Cikgu, kamu dah lama sampai?Apa pula permasalahan dengan kedua-dua ayat di atas? Dalam bahasa Melayu, kedua-duaayat di atas sememangnya betul dari segi tatabahasanya. Tetapi yang salah ialah 3
    • pemilihan perkataan yang tidak mengikut tatasusila masyarakat orang Melayu. Ayat-ayattersebut tidak mempunyai kesantunan berbahasa.Selain aspek kesalahan pemilihan kata yang bersesuaian atau pemilihan kata yang lebihbertatasusila, terdapat juga aspek lain iaitu mencarut atau menyumpah (swearing) jugaturut mempunyai kesan negatif terhadap kesantunan berbahasa. Mencarut ataumenyumpah ialah bentuk dan penggunaan bahasa yang dianggap kasar, keji dan lucaholeh sesebuah masyarakat. Antara kata-kata yang sering digunakan ketika mencarut ataumenyumpah ialah kata-kata kotor yang dikaitkan dengan seks dan najis, misalnya shitdalam masyarakat Inggeris, dan juga menggunakan kata-kata yang merujuk kepadahaiwan yang disalahgunakan semasa memanggil atau merujuk kepada seseorang,misalnya babi, anjing, beruk dan sebagainya.Kurangnya aspek kesantunan berbahasa juga disebabkan oleh nada atau intonasi yangkeras, kasar dan nada suara yang meninggi mungkin membangkitkan rasa kemarahanbagi yang mendengar. Begitu juga bahasa kasar dan penggunaan gaya bahasa yangkurang sesuai juga antara kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Penggunaan bahasayang kasar menjejaskan imej diri penutur dan boleh membangkitkan kemarahanpendengar, oleh itu hal ini hendaklah dielakkan. Begitu juga gaya bahasa yangberunsurkan bahasa ejekan, bahasa herdik atau bahasa sindiran akan membuat berbekasdalam hati penerima dan dia akan memendam dendam.SIAPA DAN DI MANAATAU BILA(SITUASI)?Akhir-akhir ini semakin banyak orang yang mempunyai bahasa tetapi tidak berbahasayakni tiada kesantunan bahasa, baik orang tua, baik muda, baik orang bawahan mahupunatasan. Hal ini berlaku di tempat-tempat kerja seperti di ladang, di kilang, di firma swastadan di pejabat-pejabat awam dan juga turut berlaku di rumah, di tempat membeli-belahdan sekolah.Masalah kurangnya aspek kesantunan berbahasa ini sering terjadi pada pihak-pihak yangberkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan (costumer services). Tiada lagikesantunan berbahasa ketika tetamu atau pelanggan yang hadir meminta bantuan atauminta perkhidmatan pada para anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisan hadapan dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalampenguatkuasaan seperti polis dan imigresen. Bahkan cara pertuturan mereka pula amatatau sedikit kasar serta tiada senyuman yang terukir di wajah mereka.Manakala mereka yang menggunakan kata carutan atau sumpahan boleh berlaku padadua tahap iaitu secara sedar atau sengaja semasa bercakap untuk tujuan tertentu sepertiingin menyakiti hati atau menghina atau menghina sesuatu pihak, menjadi agresif sertaperlihatkan sikap tertentu terhadap pihak yang dicemuhkan itu. Tahap yang kedua ialah 4
    • secara tidak sedar atau tidak sengaja yang mengakibatkan pengucapan kata kotor secaraspontan, di tahap ini berlaku semasa seseorang itu menghadapi tekanan emosi sepertidipermalukan secara tiba-tiba di khalayak, atau sewaktu melatah dalam kalanganmasyarakat Melayu.FAKTOR-FAKTORSetelah membincangkan tentang siapa, di mana dan bila (situasinya), maka dapatlah kitamengambil sedikit kesimpulan tentang punca atau faktor-faktor penyebab kurangnyakesantunan bahasa ketika berkomunikasi. Di sini terdapat beberapa faktor yangmenyebabkan terhasilnya bahasa yang tiada kesantunannya, iaitu disebabkan olehgangguan emosi, kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu dankebudayaan masyarakat Melayu dan juga diujarkan atau dituturkan secara disengajakanatau sekadar bergurau senda.Kurangnya aspek kesantunan berbahasa dalam suatu situasi kemungkinan disebabkanoleh gangguan emosi, mungkin sedang marah atau sedang ada masalah yang menimpa sipenutur maka terkeluarlah kata-kata yang tidak sopan atau kata yang agak kasar nadanya.Hal ini boleh jadi disengajakan ketika menuturkan kata-kata demikian untuk melepaskanperasaan marah atau kekusutan fikiran, dan besar kemungkinan juga tidak disengajakankerana sedang alpa atau lalai dibuai perasaan emosi tersebut.Selain itu kurangnya ilmu pengetahuan tentang tatabahasa atau tatasusila bahasa Melayudan kurang pengetahuan tentang adat budaya masyarakat orang Melayu juga bolehmenjadi faktor kurangnya aspek kesantunan berbahasa. Hal ini terjadi pada mereka yangbahasa ibundanya bukan bahasa Melayu atau mereka tidak di didik dalam masyarakatMelayu. Tetapi terdapat juga penutur adalah orang Melayu tetapi tetap juga kurangpengetahuan tentang tatabahasa bahasa Melayu misalnya mereka tidak bersekolah.Walau bagaimanapun, penilaian tentang kesantunan berbahasa sebenarnya ditentukansecara mutlak oleh pihak yang mendengar atau yang diajak bercakap. Di mana sering kaliterjadi apabila pihak yang mendengar atau diajak bercakap menganggap dan menuduhpihak yang bercakap itu berlaku kurang sopan terhadapnya, misalnya si penutur sengajamenuturkan sesuatu yang menyinggung perasaan si pendengar, padahal si penutur tidakpernah berniat untuk berbuat demikian.SARANAN BAGI CARAKESANTUNANBERBAHASATerdapat beberapa cara menunjukkan cara kesantunan berbahasa, di antaranya ialah carasapaan lisan atau bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidakdianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Terdapat juga pelbagai situasi yangberbeza yang menuntut kita, yakni penutur bahasa untuk menggunakan bahasa yang 5
    • menepati situasi dan kehendak sosial. Maka kita harus menggunakan bahasa yangbersesuaian, nada atau intonasi yang tepat serta gaya bahasa yang sesuai dengan situasidan sekeliling.Hal yang perlu juga selain kebolehan menghasilkan dan menginterpretasi ayat-ayat dalambahasa Melayu dengan tepat (ayat yang betul dari segi nahu bahasa Melayu) ialahberkebolehan menggunakan bahasa Melayu yang sesuai (yang mematuhi adat dan resamberbahasa Melayu) mengikut pelbagai situasi sosial atau budaya yang sudah tentu harusmematuhi prinsip dan laras kesantunan berbahasa Melayu.Oleh itu, para anggota Perkhidmatan Awam yang berkhidmat di kaunter-kaunter barisanhadapan dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan seperti polisdan imigresen akan memberikan perkhidmatan dengan penuh beradab melalui tutur katayang mesra, bersopan dan sentiasa ingin membantu. Senyuman yang diberikan haruslahikhlas dan anggaplah ianya sebagai hadiah atau sedekah. Ini adalah cara tidak langsungdapat meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian Perkhidmatan Awam sertamenaikkan imej perkhidmatan.Maka berucap salamlah ketika bertemu. Mulakan dengan sikap ramah dan terbuka.Rasulullah Sallalahu Wasallam bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allahmenyukai sikap berlemah-lembut dalam semua perkara." Kepentingan kesantunanberbahasa bukan sahaja untuk keluarga, tetapi juga untuk guru, rakan sekerja dan parapelanggan yang memerlukan khidmat kita.KESIMPULANSebagi kesimpulan dari perbincangan di atas tadi, maka kita harus mempertahankanpenggunaan aspek kesantunan bahasa ketika kita berkomunikasi. Kesantunan berbahasaketika kita berinteraksi akan membuat hidup kita lebih aman dan tenteram kerana tiadasatu pun individu yang akan sakit hati pada kita yang mempunyai kesantunan bahasaketika berinteraksi antara satu dengan yang lain.Oleh sebab itulah penggunaan kesantuanan bahasa itu perlu ketika berkomunikasi keranakesantunan bahasa adalah alat untuk menunjukkan kehalusan budi bahasa, beradab danbersopan, selain itu penggunaannya adalah untuk menjaga perasaan orang lain. Sepertiyang kita tahu bahawa masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan budi pekertidan kesantunan bahasa yang mulia. Oleh itu, kita harus mempertahankannya. Kalauboleh, marilah kita sama-sama menjadikan bahasa itu benar-benar jiwa bangsa!RUJUKANAbdull Sukor Shaari, Nuraini Yusoff & Mohd Isha Awang, 2003. Bahasa MelayuKomunikasi. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.Keris Mas, 1988. Perbincangan Gaya Bahasa Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka. 6
    • Jalil A. Rahman. Bahasa Yang Tidak Berbahasa dlm. Pelita Bahasa, Jilid 3, Bil 8, Ogos1991. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Riris K Toha-Sarumpaet. Merebut Makna, Belajar Bahasa Kehidupan, diambil dariwebsite: http://www2.kompas.com/kompascetak/0305/05/opini/292386. htmS. Nathesan. Kesopanan dan Kesusilaan Bahasa MAS. dlm Pelita Bahasa, Jilid 5, Bil.12, Disember 1993. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7