Your SlideShare is downloading. ×
ISI KANDUNGAN               HALAMANPENGENALAN                             2           (i)    SINOPSIS NOVEL       4       ...
PENGENALAN      Perkembangan yang dinamik dalam dunia sastera hari ini memperlihatkankehadiran penulis daripada multidisip...
terhadap masyarakatnya. Seni sastera juga wujud dalam diri setiap manusia,terpulang kepada insan tersebut sama ada mahu me...
SINOPSIS NOVEL      Melalui novel ini kita dibawa menyusuri perjalanan hidup seorang gadisyang menghadapi pelbagai cabaran...
kerana gadis itu seorang yang sopan, lembut dan sentiasa menjaga batasanagama.      Puan Marina menentang keras percintaan...
TEORI SOSIOLOGI       Dalam konteks kesusasteraan Melayu menurut Ungku Maimunah Mohd.Tahir, konsep sosiologi sastera umumn...
besar dan substansial serta dalam konteks budaya yang luas. Sosiologi lebihmenekankan perhatiannya pada persoalan pengaruh...
riwayat hidup pengarang termasuk tempat lahir, sosiolisasi, pendidikan, alamsekitar, status sosial, nilai-nilai kehidupan ...
Walaupun kehidupan masyarakat dijadikan bahan untuk berkarya namunbahan tersebut telah dipilih dan disaring serta diberika...
yang berlaku dalam masyarakat sebagai sumber inspirasi penulis dan tugasmereka ialah mencerminkan atau menggambarkan      ...
2.     Selain daripada itu juga Pendekatan Sosiologi yang kami pilih jugamemberi penekanan kepada aspek aspek-aspek sosial...
KAEDAH KAJIAN / METADOLOGI      Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan. Rujukan telah dibuat diperpustakaan Universi...
menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang mampu mengugat keimanandan ketabahan seorang gadis miskin dan naif sepertinya....
KESIMPULAN      Satu jalur pemahaman ‘sosiologi sastera’ dalam sastera Melayu modendapat dilihat pada tulisan yang mengand...
BIBLIOGRAFI    1. Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. 2006. Sastera Melayu    Suatu Pengantar. Kuala Lumpur : ...
LAMPIRAN           16
Tajuk novel   : Tangisan Bulan MaduPenerbit      : CESBTerbitan      : 2001                                      17
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU

3,618

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
3,618
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
97
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Transcript of "KAJIAN NOVEL TANGISAN BULAN MADU"

  1. 1. ISI KANDUNGAN HALAMANPENGENALAN 2 (i) SINOPSIS NOVEL 4 (ii) TEORI SOSIOLOGI 6PERNYATAAN MASALAH 10OBJEKTIF 11METADOLOGI 12ANALISIS KAJIAN 12KESIMPULAN 14BIBLIOGRAFI 15LAMPIRAN 16
  2. 2. PENGENALAN Perkembangan yang dinamik dalam dunia sastera hari ini memperlihatkankehadiran penulis daripada multidisiplin atau pelbagai bidang. Kehadiran penulisini telah menambah rencah dan warna-warni dalam karya kreatif. Dahulu,kehadiran penulis dari bidang luar sastera dianggap suatu yang asing. Mereka inipernah dikatakan menjungkar balikkan sastera dan turut dilabelkan sebagaipenulis yang suka bereksperimen dalam karya. Namun, kelainan mereka inimembuatkan nama mereka cepat mendapat tempat meskipun keluhan-keluhandaripada pengamal sastera yang tulen menyatakan bahawa penulis inimenghasilkan karya yang sukar dihadam oleh pembaca. Bukan mudah membaca pemikiran atau karya orang lain. Apalagi jikatidak menghayati pengarang dan kepengarangannya. Hal yang demikian keranaidea yang dicurahkan dalam tulisannya melalui karya kreatif bukan buah fikiransemata-mata, tetapi mengandungi makna yang tersurat dan tersirat Pengarang generasi baharu adalah pengarang yang aktif berkarya,serta hadir dengan gaya dan teknik yang berbeza dalam mengangkat sesuatusubjek dalam karyanya. Pangarang ini dikatakan tidak lagi terkongkong di bawahpanji realisme sebaliknya melakukan transformasi dan aliran lain sepertisurealisme, absurdisme dan neutrealisme. Melihat kepada cerpen dan novelpenulis mutakhir ini, karya mereka kental dengan penggunaan ilmu bantu bagimemperkukuhkan muatan karya. Mereka dilihat tidak lagi membicarakan tema-tema yang klise tetapi lebih yakin membicarakan isu-isu global. Selain itu,mereka begitu lancar menggunakan teknologi maklumat, ekologi, geografi,falsafah, undang-undang, politik antarabangsa, perubatan, dan pelbagai ilmu luarsastera sebagai landansan pengkaryaan mereka. Penulis mempunyai sumbangan yang tertentu dalam masyarakat keranasetiap manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing 2
  3. 3. terhadap masyarakatnya. Seni sastera juga wujud dalam diri setiap manusia,terpulang kepada insan tersebut sama ada mahu mengeksploitnya semaksimumataupun seminimum mungkin. 3
  4. 4. SINOPSIS NOVEL Melalui novel ini kita dibawa menyusuri perjalanan hidup seorang gadisyang menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang mampu mengugatkeimanan dan ketabahan seorang gadis miskin dan naif sepertinya. Dugaan ygmendatang bukan melemahkan gadis ini tetapi berjaya membentuk kekuatanmental dan emosi untuk menghadapi pelbagai halangan yg mendatang. Novel inimembawa kite ke alam nyata iaitu kenyataan bukan seindah yg kita impi daninginkan tetapi segalanya telah ALLAH tentukan sejak azali lagi... TANGISAN BULAN MADU 1 mengisahkan tentang Amira seorang pelajar lepasan universiti yangmasih belum mempunyai pekerjaan. Ibunya pula sentiasa risau dengankeadaannya yg masih memerap di rumah. Bosan dengan leteran ibu,dia mencarikerja sebagai jurujual di sebuah butik milik seorg perempuan kaya yang bernamaPuan Marina. Amira terpaksa menipu dengan mengatakan dia cuma lepasanSPM kerana terlalu menginginkan pekerjaan. Ketika itu dia bercinta dengan Azaliyang dikenalinya semasa belajar di universiti dulu. Namun cinta mereka tidak kesampaian kerana Azali memilih untukmenuruti kehendak keluarga yang mahukannya berkahwin dengan jodoh pilihanibunya. Amira kecewa kerana impiannya musnah. Ketika itu anak Puan Marinayg bernama RIZAL AFFENDY HAZWANI atau mesra dipanggil BOGATT seringberkunjung ke butik itu untuk melawat ibunya. Pada awalnya Amira bencikan Bogatt kerana tingkahlakunya yang sukardiramal. Bogatt seorg yang ceria tetapi kadang - kadang pemarah. Tetapiakhirnya Amira mula mencintai lelaki itu kerana bogatt sebenarnya seorg lelakiyang pada pandangannya seorang yang berani. Bogatt terpikat kepada Amira 4
  5. 5. kerana gadis itu seorang yang sopan, lembut dan sentiasa menjaga batasanagama. Puan Marina menentang keras percintaan ini. Tetapi cinta mereka terlalukukuh. Ayah Bogatt, Tn. Amir merestui percintaan ini. Amira diherdik dandicemuh oleh Puan Marina kerana tidak setaraf dengan Bogatt Tetapi Bogatttetap mempertahankan cinta mereka. Setelah berjerih ke pelamin, takdir menentukan segalanya.benar. Merekaberjaya disatukan sebagai suami isteri tetapi tuhan lebih sayangkan Bogatt.Bogatt jatuh pengsan sebaik sahaja selepas melafaz akad nikah. Bogattmeninggal dunia seminggu selepas itu kerana menghidap barah otak ygdideritainya sejak sekian lama. Amira yang ditinggalkan terkapai sendirian mengharungi kepahitan hidup.Amira masih sunti ketika bogatt meninggal. Amira bersumpah dengan Bogattbahawa dia tidak akan berkawin lagi. Tetapi Bogatt tetap mahu Amira mencarikebahagiaannya sendiri suatu hari nanti. Amira telah membawa diri ke sabahselepas permohonannya untuk menjadi guru diterima. Hubungannnya denganemak mertuanya pula semakin baik. Amira kemudian menjadi guru di samping menghasilkan puisimenggunakan nama pena Delima. Antara puisinya yang terkenal termasukPengantin yang diangkat daripada kisah benar dengan arwah suaminya. 5
  6. 6. TEORI SOSIOLOGI Dalam konteks kesusasteraan Melayu menurut Ungku Maimunah Mohd.Tahir, konsep sosiologi sastera umumnya terbahagi kepada tiga bentukpemahaman dan penerapan. Pemahaman pertama bertolak daripada andaianbahawa teks sastera bebas daripada tuntutan dan pengaruh persekitaran.Justeru, kajian dipusatkan kepada tekssemata-mata dan ditumpukan kepadausaha menyerlahkan gambaran masyarakat fiktif seperti yang tertera dalam teksyang dikaji. Kajian seperti ini tidak jauh berbeza daripada kajian intrinsik yanglumrah ditemui hanya ianya kini ditumpukan kepada gambaran masyarakatdalam teks sastera. Pemahaman kedua menghujahkan bahawa persekitaran mempunyaikaitan yang penting dengan karya yang terhasil. Justeru, kajian menganalisisdinamika antara teks dengan konteksnya dan bagaimana konteks tersebutmempengaruhi karya yang terhasil daripada segi isi dan bentuknya. Pemahaman ketiga, yang juga meyakini eratnya jalinan antarapersekitaran dan karya, lebih menjurus kepada penggunaan sesuatu paradigmatertentu untuk mengkaji permasalahan yang dibangkitkan dalam teks sastera.Secara bandingan, pemahaman pertama adalah jauh lebih dominan danmerupakan ‘ilmu’ tentang sosiologi sastera yang dianuti dan diamalkan dalamsastera Melayu. Pada dasarnya, sosiologi dapat difahami sebagai ilmu yang mempelajarikehidupan sosial manusia dalam menjalani kehidupan bersama. Ilmu inimemusatkan telaahnya pada kehidupan kelompok dan tingkah laku sosiallengkap dengan produk kehidupannya. Sosiologi tidak tertarik pada hal-hal yangsifatnya kecil, pribadi, dan unik. Sebaliknya, ia tertarik pada hal-hal yang bersifat 6
  7. 7. besar dan substansial serta dalam konteks budaya yang luas. Sosiologi lebihmenekankan perhatiannya pada persoalan pengaruh kelompok pada sikap-sikapdan perilaku anggotanya. Namun yang perlu ditegaskan, sosiologi hanya dapatmeneliti dan memahami yang lahiriah (manifest) Pendekatan Sosiologi dalamkritikan sastera ialah satu kaedah kritikan yang menggunakan prinsip-prinsipteori Sosiologi. Sosiologi merupakan salah satu bidang sains sosial. Walaupun Sosiologibersumberkan bidang sains sosial, namun ia tetap mempunyai hubungkaitdengan kesusasteraan. Sosiologi berkait rapat dengan aspek sejarahsebagaimana yang dibincangkan dalam pendekatan Historikal sebelum ini.Sosiologi melibatkan pelbagai perkara yang melibatkan latar sosial masyarakatbaik di dalam teks mahupun di luar teks. Aspek-aspek yang menjadi teraskemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya dan etikasosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhikepengarangan dan latar tekstual karya. Falsafah pemikiran Auguste Comte (1798-1875) yang meletakkansosiologi sebagai ilmu yang tertinggi dan patut dipelajari, maka kritikan sasteradan penulisan teksnya juga turut dipengaruhinya. Pemikiran Auguste Comtetelah mendapat sambutan yang hangat dan turut mempegaruhi pemikiran ahlifalsafah Inggeris John Staurt Mill. Lanjutan daripada permikiran inilah makaberkembangnya pengaruh positivisme dan aliran realisme dalam kesusasteraanPerancis dan Barat (Abdul Halim Ali,1998:4). Secara ringkas, pendekatan ini memberi penekanan kepada aspek aspek-aspek sosial tentang bagaimana seseorang rakyat atau individu itu seharusnyamenjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab demikepentingan masyarakat umumnya. Dalam hal ini, pendekatan Sosiologi tidakdapat lari dari turut membicarakan tentang pengkarya. Aspek sosiologipengkarya akan diteliti sama. Sebelum memasuki perbicaraan intrinsik karya, 7
  8. 8. riwayat hidup pengarang termasuk tempat lahir, sosiolisasi, pendidikan, alamsekitar, status sosial, nilai-nilai kehidupan dan sebagainya hendaklah ditinjauterlebih dahulu (Mana Sikana, 1983:110). Menggunakan teori Sosiologi dalam kritikan kesusasteraanmengkehendaki pengkritik mendalami ilmu sosiologi. Pengkritik perlu mahirmengenalpasti aspek-aspek sosiologi yang berkait dengan teks dan pengkaryadi samping mampu menghubungkan sosiologi itu dengan kesusasteraan. Pengertian sosiologi menurut, Diana Laurenson dan Alan Swingewoods(1972:13) menjelaskan bahawa pengkajian sosiologi yang berfokuskan aspekmasyarakat dan kemasyaratan merupakan satu bidang ilmu yang memberikantumpuan terhadap individu dan masyarakat secara saintifik dan objektif. Selainitu, kajian sosiologi juga merangkumi kajian tentang kedudukan individu dalammasyarakat, kajian mengenai institusi sosial, proses bersosialisasi serta sejarahmasyarakat itu. Berkaitan dengan pertalian antara masyarakat denganpersekitaran sewaktu berkarya, Diana Laurenson dan Alam Swingewoods(1972:13). Mengatakan bahawa hubungan masyarakat dan persekitaran sangatrapat dan saling melengkapi untuk memahami isu-isu masyarakat dan sejarah. Diana Laurenson dan Alan Swingewoods (1972:13) seterusnyamemperincikan lagi pendekatan Sosiologi ini dengan melihat tiga dimensi,pertamanya melihat karya sastera sebagai dokumen sosiobudaya yangmencerminkan satu zaman. Hal yang kedua, melihat dari segi penghasilan karyasastera terutama yang berhubungan dengan kedudukan sosial seorang penulis.Dan hal yang ketiga merujuk kepada penerimaan sesuatu masyarakat. Terhadapkarya-karya , justeru, pendekatan sosiologi sastera dijadikan landasanpengkajian disebabkan wujudnya hubungan yang erat antara sastera denganmasyarakat. 8
  9. 9. Walaupun kehidupan masyarakat dijadikan bahan untuk berkarya namunbahan tersebut telah dipilih dan disaring serta diberikan tanggapan sendiri olehpengarang. Namun begitu, semasa berkarya mereka juga masih terikat dengan ruangdan wakrtu. Oleh itu, semasa berkarya seseorang itu tidak akan melepaskandirinya daripada tanggungjawab untuk menyampaikan mesej sama ada dalambentuk peringatan, nasihat atau panduan kepada khalayak pembaca. Isu-isumasyarakat yang menyentuh sensitiviti mereka dijadikan idea sebelummengolahnya dalam bentuk karya kreatif bagi mengungkapkan pemikiran melaluibahasa. Walaupun begitu, pemikiran mereka berhubung dengan persoalanmasyarakat dan kemasyarakatan terungkap dalam aspek sosiobudaya,sosiopolitik dan sosioekonomi. Menurut Diana Laurenson dan Alan Swingewood( 1972:12) lagi,pendefinisian sosiologi juga merangkumi ruang lingkup kehidupan individu danmasyarakat secara meluas, lengkap dan mendalam. Gambaran umum sesuatumasyarakat itu dapat dikesan melalui penelitian terhadap institusi sosialkepercayaan, ekonomi dan politik dalam masyarakat itu. Kesesuaian penerapan pendekatan sosiologi sastera untuk meneliti aspekpemikiran penulis yang berhubung dengan persoalan masyarakat dankemasyarakatan selaras dengan pendapat Mohamad Mokhtar Hassan (1995:11)mengatakan, pada dasarnya pendekatan sosiologi cuba untuk melihat segalamacam nilai-nilai masyarakat, institusi sosial serta sesuatu komoniti atau indivivudaripada hasil karya tertentu. . Menurut Mana Sikana (1986:106-107) pula, terdapat dua konseppendekatan sosiologi ini. Pertama, melihat karya sastera sebagai cerminansejarah, terutama mengenai sejarah perkembangan ekonomi, teknologi danperhubungan kelas. Tegasnya pendekatan ini melihat konfrantasi dan pertikaian 9
  10. 10. yang berlaku dalam masyarakat sebagai sumber inspirasi penulis dan tugasmereka ialah mencerminkan atau menggambarkan peristiwa yang terjadi, disamping aspek perwatakan turut dirakamkan. Watak-wataknya hendaklahmenggambarkan sifat individu, personal dan berperibadi seperti yang telahditentukan oleh masyarakat. Penerapan teori sosiologi sastera dalam kajian, walaupun masih dianggapbaru, namun kajian terhadap masyarakat dan kemasyarakatan yang berkaitandengan masyarakat dan individu telah dilakukan sejak zaman Plato lagi. Halyang demikian, disahihkan lagi dengan penemuan bukunya yang bertajukRepublik. dalam bukunya itu, beliau menyarankan bahawa sastera mestimengungkapkan unsure didaktif yang bermoral serta mengarah kepada aspekkebenaran yang hakiki. Justeru, sebuah karya sastera tidak akan menjadi agungdan bermutu tinggi sekiranya tidak menjelajahi alam masyarakat serta kehidupanmanusia sedalam-dalamnya. Hal ini, memperlihatkan bahawa karya sasteradalam apa juga bentuk dan genre mempunyai pertalian yang rapat denganmasyarakatnya. PERNYATAAN MASALAH 1. Kami mahu menkaji novel bertajuk Tangisan Bulan Madu 1 inikerana aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatanseperti ekonomi, politik, budaya dan etika sosial yang dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi kepengarangan dan latar tekstual karyamemenuhi kriteria Pendekatan Sosiologi yang akan digunakan sepanjangtempoh membuat kajian berdasarkan novel ini. 10
  11. 11. 2. Selain daripada itu juga Pendekatan Sosiologi yang kami pilih jugamemberi penekanan kepada aspek aspek-aspek sosial tentang bagaimanaseseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yangberguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya. Kriteria inidapat kami temui melalui perjalanan watak utama yang menjadi teras subjekkajian kami dlam novel yang dipilih.OBJEKTIF Objektif kajian novel ini adalah untuk melihat Hasil kesusasteraandigunakan utk mengetahui nilai hidup, sikap dan tingkah laku masyarakat yangmampu melihat kelebihan dan kelemahan watak utama ( Amira ) dari segiPendekatan Sosiologi yang merupakan ilmu yang mempelajari kehidupan sosialmanusia dalam menjalani kehidupan bersama. Selain daripada itu kajian novel yang bertajuk Tangisan Bulan Madu karyaSamsiah Mohd Nor dipilih bertujuan untuk mengkaji masalah sosial sepertiprofesion, ekonomi yang dihadapi watak utamanya iaitu Amira serta bertujuanuntuk : • Menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya • Memberikan pandangan, menilai karya sastera secara kritis dan menyuburkan nilai • Memupuk budaya membaca untuk memperkembang dan mengekalkan minat terhadap hasil dalam bidang penulisan Melayu. 11
  12. 12. KAEDAH KAJIAN / METADOLOGI Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan. Rujukan telah dibuat diperpustakaan Universiti Putra Malaysia, Perpustakaan Universiti KebangsaanMalaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain itu rujukan turut dibuatberdasarkan jurnal Dewan sastera dan Dewan Bahasa. Kajian ini juga turut menggunakan kaedah perbincangan yang melibatkanahli dalam kumpulan untuk mendapatkan hasil yang lebih memuaskansepanjang kajian dijalankan berdasarkan novel yang dipilih menggunakanpendekatan sosiologiANALISIS KAJIAN PENGENALAN NOVEL Novel Tangisan Bulan Madu 1 merupakan sebuah karya Samsiah MohdNor, terbitan Creative Enterprise Sdn.Bhd ( CESB) pada tahun 2001, pertamakali diterbitkan pada 1991 dan sudah diulang cetak 13 kali, malah telahdiadaptasi ke drama bersiri oleh Asia Media Content Sdn Bhd. Beliau merupakanseorang novelis dilahirkan pada 21 September 1965 di Kuantan, Pahang. Beliaumendapat pendidikan menengah pada 1972 – 1976. KAJIAN NOVELNilai hidup, sikap dan tingkah laku Watak Amira terpaksa mengorbankan diri demi mencari kebahagiaan,tetapi cekal berdepan dengan penderitaan itu sehingga jarang sekali menangis dihadapan orang lain. Watak Amira digambarkan sebagai seorang yang gadis 12
  13. 13. menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan yang mampu mengugat keimanandan ketabahan seorang gadis miskin dan naif sepertinya. Dugaan yg mendatangbukan melemahkan gadis ini tetapi berjaya membentuk kekuatan mental danemosi untuk menghadapi pelbagai halangan yg mendatang. Dia juga merupakangadis yang yang berpegang teguh pada nilai kehidupan di mana dia sentiasamenjaga tingkah lakunya agar sentiasa bersopan santun dan menjaga batasanagama meskipun diherdik caci oleh orang lain. Sikap watak Amira jelas digambarkan sebagai seorang gadis tabah yangtidak pernah berputus asa menjalani setiap dugaan yang ditentukan buat dirinya.Masalah sosial seperti profesion, ekonomi Dalam novel ini, masalah sosial seperti profesion dapat dilihat melaluiwatak Amira yang hanya bekerja sebagai pembantu di sebuah butik meskipundia memiliki segulung ijazah yang seharusnya melayakkannya untuk mendapatpekerjaan yang lebih baik, dan kerana status dirinya yang hanya pembantu kedaiini juga telah menyebabkan Amira dipandang hina dan sering diherdik olehpemilik tempatnya bekerja yang juga merupakan ibu kepada kekasih hatinyaBogatt lantaran tidak menyetujui perhubungan antara mereka. Dalam novel ini turut merungkaikan masalah ekonomi yang merupakanpenghalang sebenar perhubungan cinta antara Amira dan Bogatt. Ibu Bogattsangat menentang perhubungan anaknya dengan Amira kerana menganggapAmira tidak setaraf dengan kedudukan yang dimiliki oleh mereka. Gambaran inimenjelaskan sikap segelintir masyarakat masa kini yang sangat mementingkantaraf dari segi kedudukan dan ekonomi yang disandang seseorang. 13
  14. 14. KESIMPULAN Satu jalur pemahaman ‘sosiologi sastera’ dalam sastera Melayu modendapat dilihat pada tulisan yang mengandaikan ‘sosiologi sastera’ sebagaigambaran masyarakat seperti yang diserlahkan oleh teks sastera. Penekananbahawa sastera adalah gambaran masyarakat memang sering didengar.Sehubungan ini, selain daripada penyataan umum seperti “sastera adalahcerminan masyarakat”, “sastera adalah terjemahan realiti masyarakat. Penceritaan dalam Novel Tangisan Bulan Madu menyerlahkan andaiantertentu sebagai dasar pemahaman dan kajian. Pertama, kajian seperti inimengakui kaitan antara sastera dengan masyarakat adalah erat dan tidak dapatdipertikaikan. Ini kerana masyarakat adalah bahan mentah dan sumber ilhamsastera, dan sastera seterusnya menyerlahkan masyarakat atau realitimasyarakat tersebut dalam ciptaannya. Oleh itu, kami yakin penggunaan Pendekatan Sosiologi adalah jelas bolehdigunakan untuk menjalankan kajian terhadap novel yang telah dipilih dalamkajian ini meskipun ruang lingkup masyarakat yang perlu dikaji tidak terlalubesar. Tetapi cukup sekadar watak utamanya yang menjalani kehidupan dalammasyarakatnya sendiri yang mengalami permasalahan yang dikupas sepanjanghuraian dalam kajian ini. 14
  15. 15. BIBLIOGRAFI 1. Arba’ie Sujud, Nik Rafidah Nik Muhamad Affendi. 2006. Sastera Melayu Suatu Pengantar. Kuala Lumpur : Tinta Press Sdn. Bhd. 2. Djamaludin Ancok, Fuat Nashori Suroso. 1994. Psikologi Islamisasi : Salusi Islam Atas Problem-Problem Psikologi. Yogyakarta : Penerbit Pustaka Pelajar 3. S. M. Zakir. 2003. Dunia Sastera Pelbagai Dsiplin Selangor. 4. http://qunia-mimpiyangindah.blogspot.com/2009/01/tangisan-bulan- madu-shamsiah-mohd-nor.html 5. http://www.kedai-buku.com/kedai-buku/details/658/55/novel- umum/creative-enterprise/cesb-tangisan-bulan-madu.html 6. http://ms.wikipedia.org/wiki/Sosiologi 15
  16. 16. LAMPIRAN 16
  17. 17. Tajuk novel : Tangisan Bulan MaduPenerbit : CESBTerbitan : 2001 17

×