Contoh penulisan graf 'bakat'

566 views
432 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
566
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
5
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Contoh penulisan graf 'bakat'

  1. 1. 1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALUPada keseluruhan pencapaian pelajar tingkatan 5E adalah agak lemah. Ini dapatdilihat melalui keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimana3% pelajar mendapat C, 94% pelajar mendapat D dan 3% pelajar mendapat gred Edalam mata pelajaran sains.Sikap pelajar yang negatif banyak memberikan kesan buruk terhadap prosespengajaran dan pembelajaran serta menyumbang kemerosotan prestasi mereka.Ketika membincangkan jawapan bagi soalan peperiksaan pertengahan tahun,semasa membincangkan soalan no. 5 (soalan objektif) pengkaji ada menyelitkankata-kata leteran dan teguran kerana didapati hanya 5 orang sahaja yang lulusdalam peperiksaan itu. Seorang pelajar terus menyampuk “O. K cikgu, kitateruskan soalan no. 6”. Bila mendengar pelajar itu menyampuk, pengkajimerasakan amat geram kerana pelajar itu tidak lansung ingin mendengar leterandan teguran pengkaji. Pada pandangan pengkaji leteran itu amat bermakna untukmerubah sikap pelajar tetapi leteran itu dianggap hanya membuang masa sahaja.Kadang-kadang pengkaji merasakan agak “boring” mengajar pelajar dalam kelas iniyang kebanyakan daripada mereka mempunyai “ego yang tinggi”. Pengkaji jugamemikirkan sekiranya pengkaji berterusan dengan sikap begini tentu pengkaji tidakberjaya mendidik pelajar ini untuk berjaya.Melalui luahan rasa seorang guru Sastera, beliau menyatakan “Pelajar Tingkatan5E, ramai yang berlagak, engkau tengok X tu, meluat akak. Bukan pandai sangatpun tapi lagak yang lebih”. “Si Y, hari tu dia soal akak, akak layan orang lain dulu,dia merajuk. Dia buatlah kerja lain masa akak mengajar, akak malas nak tegur,menyampah akak, mengada-ngada”. Pengkaji juga ada membuat temubualdengan guru B. Inggeris yang mengajar 5E. Pengkaji bertanya “can you give mesome comment about form 5E students”Beliau menyatakan “ There are notmotivated to succeed, their target is not excellent, for them excellent is notimportant. There just want to finish form five”.
  2. 2. Daripada pandangan yang diberikan oleh rakan guru dan pengalaman pengkajisendiri menyebabkan pengkaji membuat kesimpulan bahawa pelajar tingkatan 5Eini mempunyai ego mereka tersendiri dan mereka ini memerlukan perhatian dandorongan agar mereka lebih berminat untuk belajar. Pengkaji memikirkanbagaimana hendak mendorong sifat ego, sifat ingin bersaing dan sifat memerlukanperhatian ke arah positif yang dapat meningkatkan minat mereka dalam pelajaran.Hasil daripada permasalahan ini maka tercetuslah idea menggunakan graf“BAKAT” sebagai dorongan untuk memotivasikan pelajar supaya lebih berminatdengan pelajaran terutamannya mata pelajaran sains.2.0 FOKUS KAJIANSains merupakan mata pelajaran teras dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM). Kertas peperiksaan terbahagi kepada dua iaitu Kertas Satu (soalan objektif)dan Kertas Dua (soalan struktur dan soalan esei). Kertas Satu yang terdiri daripada50 soalan objektif menyumbangkan 50% daripada markah keseluruhan.Berdasarkan pengalaman pengkaji, pelajar tidak boleh menjawab soalan objektifdengan tepat seperti yang dikehendaki oleh soalan. Peperiksaan pertengahantahun menunjukkan 70.3% mendapat gagal bahagian objektif. Ini menunjukkankebanyakan pelajar masih belum dapat menguasai soalan objektif dengan baik.Sekiranya pelajar mempunyai sikap yang positif terhadap pembelajaranya makamereka boleh berjaya menjawab soalan objektif dengan baik dan dapat menguasaimata pelajaran sains.
  3. 3. Memupuk semangat motivasi merupakan perkara yang amat penting bagimewujudkan perasaan terdorong untuk berjaya. Pelajar tidak mungkin akan berjayasekiranya mereka tidak didorong dengan kuat untuk berjaya.Menurut Noraini Ahmad (1998), “kejayaan seseorang itu 90% ditentukan olehsikapnya dan sebanyak 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada”Motivasi diri merupakan pemangkin kejayaan dan merupakan langkah pertamakecemerlangan diri pelajar kerana hanya motivasi sahaja dapat merubah sikappelajar.Menurut Pn. Chin Mee Moi (2003) dalam Kajian Tindakannya menyatakan bahawaterdapat tiga perkara utama yang membolehkan pelajar itu cemerlang iaitu sikap,kemahiran asas dan latihan. Beliau menyimpulkan sikap yang ada pada diri pelajarpaling utama. Sikap yang positif akan menjamin perubahan yang lain.Berdasarkan permasalahan ini telah mendorong pengkaji memfokuskan kajiandengan menggunakan graf ‘BAKAT’ terutamanya menjawab soalan objektif bagimenjana sikap positif pelajar dengan memupuk minat pelajar. Minat merupakansatu motivasi secara langsung untuk meningkatkan lagi kesungguhan belajar.Tanpa motivasi pelajar akan kehilangan minat.3.0 OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu objektif am danobjektif khusus.3.1 Objektif AmMeningkatkan motivasi pembelajaran pelajar-pelajar tingkatan 5 terhadap matapelajaran sains.3.2 Objektif Khusus
  4. 4. 1. Menjawab soalan objektif dengan tepat2. Menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains3. Mewujudkan pembelajaran yang bermatlamat4. Menambahkan keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan5. Mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bersemangat4.0 KUMPULAN SASARANKajian ini melibatkan seramai 27 orang pelajar tingkatan 5 Efektif yang terdiridaripada 17 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan.5.0 PERLAKSANAAN KAJIAN5.1 Analisis Tinjauan MasalahPengkaji mendapati terdapat dua masalah yang perlu diatasi iaitu sikap pelajar itusendiri dan sejauh manakah guru berjaya menarik minat pelajar terhadappengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pengkaji telah mengadakan UjianPra, pemerhatian dan temubual bagi mengenalpasti punca masalah.Masalah pertama ialah dari segi sikap pelajar yang kurang bermotivasi terhadappembelajaran mereka. Melalui pemerhatian pengkaji, pelajar di dalam kelas inimudah berpuas hati dengan markah yang dimiliki oleh mereka. Mereka merasabangga jika markah mereka melebihi rakan mereka walaupun satu markah.Malahan kalau diperhatikan markah mereka masih tetap rendah dari peratus yangsepatutnya. Perkara ini dapat dibuktikan melalui peristiwa yang dicatatkan dibawah :Pada 16.6. 2003 pengkaji memulangkan kertas jawapan objektif yang telahdisemak bagi peperiksaan pertengahan tahun. Pengkaji biasanya memanggil namapelajar dan markah yang didapatinya. Selepas beberapa pelajar mendapat kertas
  5. 5. jawapan mereka, tibalah giliran seorang pelajar yang namanya dan markahnyadisebut oleh pengkaji. Apabila pelajar ini mengambil kertasnya tiba-tiba beliauberteriak, “Aku lebih daripada X, ye ! Pengkaji mendapati markah beliau ialah 16/50(32%) dan rakannya itu 15/50 (30%). Di dapati markahnya masih rendah.Pengkajipun menyampuk, “Lebih satu markah aje”. Beliau menjawab “Janji lebihcikgu”. Ekoran dari peristiwa ini, terlintas difikiran pengkaji sebenarnya pelajar inimasih mempunyai semangat dan ego untuk bersaing dengan rakan mereka tetapiperlu dipupuk lagi supaya lebih bersemangat.Pengkaji merasakan guru memainkan peranan yang agak penting untuk menarikminat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah terutamabagi pelajar yang agar lemah seperti tingkatan 5E ini. Pengkaji telah memintabantuan guru tingkatan tersebut untuk menemuduga pelajar tentang pandanganmereka terhadap pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Tinjauan ini tidakdilakukan sendiri oleh pengkaji kerana dikuatiri data yang akan diperolehi tidaktepat. Setelah menganalisa keseluruhan hasil temuduga dengan guru tingkatan,kami telah membuat kesimpulan seperti berikut :1. Pelajar pada keseluruhannya menyatakan pengkaji adalah guru yanggarang.2. Pelajar tidak suka kepada cara pengkaji mengajar kerana sering meleterimereka.3. Pelajar menyatakan bahawa pengkaji jarang memberi kata pujian padamereka5.2 Tindakan / AktivitiBagi mengatasi masalah yang dikenalpasti seperti di atas, pengkaji telahmenggunakan graf “BAKAT” dalam sesi latih tubi bagi memotivasikan pelajar danmembolehkan pelajar menguasai soalan objektif. Penggunaan graf “BAKAT” inilebih banyak memfokuskan kata-kata pujian dan kata-kata semangat. Pengkajitidak langsung menggunakan leteran yang dianggap membosankan pelajar.
  6. 6. 5.3 PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIANSelepas menghabiskan sukatan pelajaran, pengkaji mengedarkanUjian Pra untuk dijawab oleh pelajar. Setelah pelajar tamat menjawab soalan,pengkaji mengumpulkan soalan dan jawapan pelajar. Pengkaji tidakmembincangkan jawapannya dalam bilik darjah kerana set soalan ini akandigunakan oleh pengkaji dalam ujian Pos 1.Pengkaji menyediakan 9 set soalan objektif yang terdiri daripada 35 soalan untuksetiap set. Setiap set mengandungi 2 atau 3 soalan dari setiap bab tingkatan 4 dantingkatan 5. Tajuk set ujian ini adalah berbentuk kata-kata motivasi seperti “SayaBoleh, Yakin Boleh 1”. Di akhir setiap set pengkaji juga meletakkan kata-katadorongan seperti “Saya Boleh, Saya Yakin Boleh”, “Disediakan Untuk PelajarTersayang Oleh Pn. Sabiah Ninggal”, dan “ Pastikan Kali Ini Lebih Baik Dari YangLepas”. Pelajar diberi masa selama 30 minit untuk menjawab soalan. Apabilapelajar selesai menjawab soalan, guru akan memunggut kertas jawapan merekadan setiap pelajar akan menyemak jawapan rakan mereka disamping perbincangandengan guru untuk mendapatkan jawapan yang betul. Setelah selesaiperbincangan jawapan, pelajar diminta mengira markah yang betul untuk kertasjawapan rakan mereka dan menukarkannya dalam bentuk peratus. Setelah selesaipengiraan markah kertas jawapan tadi akan diserahkan semula kepada pelajarberkenaan.Semua pelajar diminta menyediakan kertas graf untuk membuat graf “BAKAT”.Bentuk graf “BAKAT” ditunjukkan seperti di bawah :Markah (%)BAKAT
  7. 7. 805040101 2 3 4 5 6 7 8 9Bilangan UjianBerjaga-jaga. Bangkit segera untuk baiki graf anda.Ada Peningkatan. Giatkan lagi usaha anda. Anda ada potensiuntuk meningkatTahniah. Tentukan kejayaan milik anda untuk hari ini, esok danselamanyaAnda Hebat. Tingkatkan lagi usaha anda supaya lebih cemerlangKejayaan Milik Anda. Tapi jangan terlalu selesa. PERJUANGANBELUM SELESAI
  8. 8. Aras-aras yang dibuat dalam graf “BAKAT” adalah untuk memotivasikan pelajarsupaya dapat memupuk keyakinan bahawa mereka masih boleh berjaya jikamereka berusaha lebih. Aras-aras yang dibuat tidak mengikut mana-mana“standard” dan dicipta oleh pengkaji sendiri bertujuan semata-mata memberiharapan kepada pelajar agar lebih berusaha untuk mencapai aras yang merekainginkan.Selepas membuat graf seperti yang ditunjukkan di atas, pelajar diminta memplotkanmarkah yang didapati dalam ujian 1. Perkara ini diulang sehingga ke set ujian yangke 9. Setiap pelajar akan disediakan dengan fail poket. Pelajar diminta menampalkertas graf yang mereka buat di bahagian dalam kulit fail dan perkataan “BAKAT”berserta dengan maknanya di bahagian poket fail mereka. Ujian diberikansebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Kertas-kertas ujian yang telah mereka jalani akandikumpulkan di dalam fail merekaSetelah selesai menghabiskan 9 set soalan, pelajar akan diberi Ujian Pos 1.Perbincangan jawapan dibuat bersama pelajar bersama-sama dengan pelajar.Seminggu kemudian pelajar diberi Ujian Pos 2.Soal selidik diberikan kepada pelajar untuk mendapat pandangan pelajar terhadappenggunaan graf “BAKAT”. Dalam masa yang sama pemerhatian dibuat terhadaptingkah laku pelajar dan beberapa pelajar dipilih secara rawak untuk ditemubual.Kajian ini telah dijalankan selama dua bulan iaitu dari pertengahan bulan Ogoshingga pertengahan bulan Oktober 2003.5.4 REFLEKSI KAJIAN5.4.1 Analisis Pencapaian PelajarJadual 1 menunjukkan pencapaian pelajar dalam ujian pra, ujian pos 1 dan ujianpos 2. Markah ini direkodkan untuk mengesan perubahan dalam pencapaianpelajar.
  9. 9. Jadual 1 : Pencapaian pelajar dalam Ujian Pra, Ujian Pos 1 dan Ujian Pos 2Gred Ujian Pra Ujian Pos 1 Ujian Pos 2Bil. Peratus Bil. Peratus Bil. Peratus1A 0 0.0 1 3.7 0 0.02A 0 0.0 2 7.4 2 7.43B 1 3.7 0 0.0 2 7.44B 0 0.0 7 25.9 3 11.15C 1 3.7 3 11.1 4 14.86C 2 7.4 7 25.9 9 33.47D 5 18.5 4 14.9 4 14.88E 3 11.1 2 7.4 3 11.19G 15 55.6 1 3.7 0 0.0Jumlah 27 100.0 27 100.0 27 100.0Ujian Pra menunjukkan bahawa terdapat seramai 15 orang (55.6%) pelajar gagaldalam menjawab soalan objektif sains. Hanya seorang pelajar (3.7%) mendapat3B,1 orang pelajar(3.7%) mendapat 5C, 2 orang pelajar (7.4%) mendapat 6C, 8orang pelajar (25.6%) mendapat hanya lulus sahaja.Ujian Pos 1 menunjukkan terdapat peningkatan yang memberansangkan olehpelajar. Jumlah pelajar yang gagal telah berkurang kepada seorang sahaja (3.7%).Terdapat seorang pelajar (3.7%) mendapat 1A, 2 orang pelajar (7.4%) mendapat2A, 7 orang pelajar (25.9%) mendapat 4B, 3 orang pelajar (11.1%) mendapad 5C, 7orang pelajar (25.9%) mendapat 6C dan 6 orang pelajar (22.3%) mendapat lulus.Ujian Pos 2 membuktikan keupayaan pelajar dimana tidak ada seorang pelajar punyang gagal. Dua orang pelajar (7.4%) mendapat 2A, 2 orang pelajar (7.4%)mendapat 3B, 3 orang pelajar (11.1%) mendapat 4B, 4 orang pelajar (14.8%)mendapat 5C, 9 orang pelajar (33.4%) mendapat 6C dan 7 orang pelajar (25.9%)mendapat lulus sahaja.
  10. 10. 5.4.2 Analisis Soal SelidikKajian soal selidik dilaksanakan dengan mengira min (purata) untuk setiap item.Keputusannya adalah seperti dalam Jadual 2.Jadual 2 : Kajian Tentang Keberkesanan Penggunaan Graf “BAKAT”Bil. ItemJumlah Skor(27 pelajar) Min1. Pengajaran menggunakan graf “BAKAT” dapatmenarik minat saya. 125 4.62. Pengajaran menggunakan graf “BAKAT” lebihseronok. 117 4.33. Saya boleh menilai prestasi saya menjawabsoalan objektif melalui graf “BAKAT”. 129 4.84. Saya lebih bersemangat belajar denganmenggunakan graf “BAKAT”. 118 4.45. Graf “BAKAT” dapat mewujudkan perasaansentiasa ingin memperbaiki prestasi sayamenjawab soalan objektif. 125 4.66. Pembelajaran saya lebih bermatlamat denganmenggunakan graf “BAKAT”. 110 4.17. Saya rasa tercabar bila mendapat markah yangrendah.123 4.68. Penggunaan graf “BAKAT” tidak mematahkansemangat saya untuk belajar. 119 4.49. Saya suka membuat graf “BAKAT”. 120 4.4Pada keseluruhannya penggunaan graf “BAKAT” memberi kesanpositif terhadap perubahan tingkah laku pelajar. Kebanyakan pelajar sangatbersetuju penggunaan graf “BAKAT” dapat menarik minat mereka, boleh menilaiprestasi mereka, mewujudkan perasaan sentiasa ingin memperbaiki prestasi
  11. 11. mereka dan mencabar mereka sekiranya mendapat markah yang rendah di dalamujian. Pelajar juga menunjukkan respond yang positif dimana mereka bersetujudengan pernyataan menggunakan graf “BAKAT” lebih seronok, lebih bersemangatuntuk belajar, pembelajaran mereka lebih bermatlamat, tidak mematahkansemangat mereka untuk belajar dan mereka suka membuat graf bakat.Melalui soalan terbuka yang dikemukakan didapati semua pelajar meminati sainsdan suka menjawab soalan objektif kecuali seorang pelajar menyatakan beliau tidakminat menjawab soalan objektif tetapi meminati sains dan seorang lagi pelajarmenyatakan beliau tidak meminati sains tetapi minat menjawab soalan objektif.Menilai komen pelajar terhadap penggunaan graf “BAKAT” didapati kebanyakanpelajar menyatakan graf “BAKAT” membolehkan mereka menilai prestasi merakadalam mata pelajaran sains, pembelajaran lebih seronok, lebih bersemangat danada yang menyatakan bahawa dahulu beliau tidak meminati sains tetapi selepasmenggunakan graf “BAKAT” minatnya terhadap sains bertambah.Antara komen yang diberikan oleh pelajar tehadap pengkaji setelah penggunaangraf “BAKAT” ialah seorang guru yang kreatif, mengambil berat terhadap muridnya,seorang yang tegas dan garang tapi baik hati, kelakar, menarik minat sayaterhadap sains dengan semangat dan kata-kata peransangnya, lebih yakinmenjawab soalan objektif kerana setiap soalan dibincangkan oleh guru,mementingkan prestasi pelajarnya, guru bersungguh-sungguh mengajar pelajarnya,guru ada cara tersendiri mengajar pelajarnya, memberi nasihat dan teguran,seorang guru yang perihatin dan rajin berusaha untuk melihat muridnya berjaya,guru yang berpandangan jauh, guru memberi saya semangat untuk meningkatkanprestasi pelajar, guru bertanggung jawab dan buat macam-macam cara untukmuridnya berjaya, sentiasa berkepercayaan kami boleh,, guru yang rasional, danada juga pelajar yang memberi komen “ada gaya mengajar yang tesendiri dansemoga Kak Sal begitu sukses lagi klass …..”5.4.3 Analisis Pemerhatian
  12. 12. Suasana proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menunjukkanperubahan sikap yang positif. Sebelum kajian dilaksanakan ketika pelajarmenduduki ujian topikal, ada dikalangan mereka yang bercakap dengan kawan danada juga yang tidur. Semasa pengkaji menjalankan kajian ini didapati pelajar lebihbersungguh-sungguh menduduki ujian yang diberi dan tidak ada seorang pundikalangan mereka yang bercakap ataupun tidur. Pelajar kelihatan tekun menjawabsoalan yang diberi. Semasa sesi perbincangan didapati pelajar menumpukanperhatian dan kadang kala kedengaran beberapa orang pelajar berteriak, “yes !betul” dan ada juga mengeluh “ala… salah”. Pengkaji merasa seronok melihatperubahan tingkah laku pelajar yang kelihatan lebih bersemangat. Selepas sesiperbincangan didapati pelajar sibuk menjumlah markah dan mengira peratusnya.Apabila selesai mereka terus memberi kertas ujian rakannya yang telah disemakdan mencari manakah kertasnya. Mereka terus memplot graf tanpa diarahkan lagioleh guru. Pengkaji ada membuat pemantauan dan bertanya sama ada grafmereka naik atau turun. Kalau turun pengkaji akan terus memberi kata-katasemangat. Kalau graf mereka naik pengkaji akan mengucapkan tahniah kepadamereka dan usaha lagi.Sebelum kajian pengkaji sering memarahi pelajar kerana tidak menyiapkan kerjarumah tetapi selepas kajian ini pengkaji mendapati pelajar rajin menyiapkan latihanyang diberi di rumah. Kini pengkaji tidak perlu lagi memarahi dan meleteri pelajarlagi. Pengkaji dapat merasakan pelajar kini lebih bersedia dan bersemangat untukbelajar tanpa perlu dipaksa oleh guru lagi. Pengkaji amat terharu denganperubahan ini. Pengkaji sendiri merasakan amat seronok mengajar merekaberbanding dengan sebelum kajian dimana pengkaji merasakan ‘boring’ untukmengajar pelajar di kelas ini.5.4.4 Analisis TemubualBerikut adalah beberapa temubual antara guru dan pelajar yang telah dijalankan.Pelajar A :Guru : Anda minat mata pelajaran sains ?
  13. 13. Pelajar : Minat.Guru : Bagaimana dengan ujian anda ?Pelajar : Naik sikitlah, dulu gagal je.Guru : Seronok tak belajar sains ?Pelajar : SeronokGuru : Kenapa ?Pelajar : Keputusan makin meningkat cikguGuru : Rasa-rasa SPM nanti boleh lulus sains tak ?Pelajar : Saya yakin boleh, cikguGuru : Kenapa ?Pelajar : Minat saya makin bertambah pada sains, jadisaya yakinboleh.Pelajar B :Guru : Anda minat mata pelajaran sains ?Pelajar : Mula-mula tak minat, bila beri perangsangbertambahminat.Guru : Suka buat graf “BAKAT”Pelajar : Sukalah, sebab dapat tengok prestasi diri sendiri.Cikgu,kenapa tak buat macam ni dulu ?Guru : (Tepinga-pinga sebentar.)Dulu belum dapat ideaGuru : Dah sedia untuk SPM ?Pelajar : Bagi saya dah cukup sedia.Pelajar C :Guru : Anda minat mata pelajaran sains ?Pelajar : Dulu tak minat tapi sekarang minat.Guru : Kenapa ?
  14. 14. Pelajar : Cikgu banyak beri kata semangat.Guru : Ye ke nie… ?Pelajar : Ye cikgu, memang betul.Guru : Anda suka buat graf “BAKAT” ?Pelajar : Suka sebab dapat tengok prestasi diri sendiri.Pelajar D :Guru : Anda minat mata pelajaran sains ?Pelajar : Minat.Guru : Macam mana keputusan anda sekarang?Pelajar : Sekarang lebih baik dari dulu sebab banyaklatihan.Guru : Suka buat graf “BAKAT”Pelajar : Suka sebab dapat tahu pemikiran saya.Guru : Apa anda rasa kalau graf anda jatuh ?Pelajar : Sakit hati, saya lebih semangat untuk naikkangrafPelajar E :Guru : Anda berminat dengan sains ?Pelajar : Sikit-sikit.Guru : Kenapa ?Pelajar : Sains susahGuru : Dah bersedia nak ambil SPM ?Pelajar : Belum.Guru : Kenapa ?Pelajar : Saya tak belajar kat rumah.Guru : Suka buat graf “BAKAT” ?Pelajar : SukaGuru : Kenapa ?Pelajar : Dapat tengok diri sendiri.
  15. 15. Guru : Bagaimana prestasi anda sekarang ?Pelajar : Meningkat.Guru : Baru sedikit minat sains, keputusan meningkat juga.Kalau awak minat lagi meningkat ye !Pelajar : (tersenyum-senyum sambil mengaru kepalanya)Guru : Apa azam awak sekarang ?Pelajar : Nak lulus sains.Guru : Ye, ke … Bagaimana ?Pelajar : Belajar betul-betul.Guru : Kena belajar dekat rumah le.Pelajar : (tersenyum sahaja)6.0 PENILAIAN DAN REFLEKSI KENDIRI SELEPASPERLAKSANAANKAJIANKajian Tindakan ini memberi peluang kepada pengkaji untuk mengenalpastikelemahan dan kekurangan pada diri sendiri. Menurut Atan Long (1976), “sebagipencipta situasi pengajaran, seseorang guru mestilah melakukan sesuatu untukdapat melaksanakan pengajarannya”. Menyedari hakikat ini pengkaji telahmengambil inisiatif untuk menggunakan graf “BAKAT” sebagai pendekatanmemotivasikan pelajar supaya lebih berminat terhadap pembelajaran mereka.
  16. 16. Dengan bertambahnya minat maka daya ingatan pelajar terhadap sesuatu yangdipelajarinya lebih kukuh.Penggunaan graf “BAKAT” juga dapat menilai potensi pelajar. Dengan inipelajar mengetahui prestasi mereka. Pelajar boleh menilai adakah pencapaiannyasekarang sudah mencukupi atau perlu diperbaiki lagi. Dengan ini mewujudkansituasi pembelajaran yang lebih bermatlamat. Keadaan ini menyebabkan pelajarlebih bersemangat untuk membuat persediaan dan melatih diri mereka untukmencapai matlamat yang dikehendaki.Kata-kata galakan dan pujian yang terdapat dalam graf “BAKAT” dapatmemberi dorongan dan semangat kepada pelajar untuk lebih berusaha kearahmeningkatkan prestasi mereka. Sesungguhnya tidak ada yang lebih beertidaripada kata-kata pujian. Maslow dan Heori Hirarki (1970) menjelaskan perlunyamanusia kepada perasaan dihargai. “Ini dalam proses menuju kesempurnaan diri.Individu yang dihargai dan dihormati akan merasakan kehadirannya amat pentingkepada kelompok”Daripada analisa ujian yang dibuat didapati penggunaan graf “BAKAT”memberi kesan positif terhadap perlakuan pembelajaran pelajar. Sikap dansemangat pelajar telah dapat merubah keputusan ujian yang semakin meningkat.Pelajar perlu meneruskan lagi usaha mereka sehinggalah menjelang peperiksaansupaya mereka berjaya kelak.Pengalaman menarik semasa mengkaji dan bertindak telah memberisemangat baru pada pengkaji untuk terus berusaha mencari pendekatan yangboleh menarik minat dan mudah diterima oleh pelajar supaya mereka lebih bersediauntuk belajar. Sebagai seorang pendidik pengkaji dapat merasakan denganmembuat Kajian Tindakan dapat menambah ilmu di dada dan dapat meningkatkanlagi profesionalisma keguruan. Semasa menjalankan kajian ini pengkaji sempatmerujuk beberapa buah buku yang berkaitan dengan motivasi. Banyak perkara-perkara yang pengkaji tidak tahu berkenaan dengan motivasi telah pengkaji jumpai.Ini menambahkan lagi ilmu pengkaji terhadap bidang kaunseling yang bolehpengkaji gunakan dalam bilik darjah. Pengkaji percaya sekiranya pengkaji tidak
  17. 17. menjalankan kajian tindakan, pengkaji tidak akan membaca buku-buku ini.Pengkaji berazam akan menjalankan kajian tindakan untuk tahun-tahun seterusnyasupaya pengkaji dapat menjadi guru yang berkesan.7.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYAPenggunaan graf “BAKAT” dapat memotivasikan pelajar untuk memperbaikiprestasi mereka. Graf “BAKAT” dapat menarik minat pelajar untuk menguasaisains terutama menjawab soalan objektif. Pelajar didapati lebih bersemangat dansentiasa cuba memperbaiki prestasi mereka dengan menggunakan graf “BAKAT”.Daripada kajian ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar amat memerlukandorongan dan perhatian dari gurunya untuk berjaya. Guru memainkan perananyang amat penting bagi menjana suasana pengajaran dan pembelajaran yangmenarik minat pelajar.Hasil daripada kajian ini pengkaji mencadangkan untuk terus menggunakan graf“BAKAT” sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datangsupaya dapat memotivasikan pelajar untuk terus berusaha meningkatkan prestasimereka. Pengkaji mungkin akan mengubah aras yang terdapat pada graf “BAKAT”mengikut kesesuaian pelajar.Pengkaji juga akan terus berusaha untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran danpembelajaran pada masa akan datang supaya dapat menarik minat pelajarterhadap matapelajaran matematik.RUJUKAN1. Atan Bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Penerbit Adabi Sdn. Bhd. Kuala
  18. 18. Lumpur.2. Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KementerianPendidikan (2003) Manual Kursus Kajian Tindakan. Unit Penerbitan3. Chin Mee Moi (2003). Kemahiran Penyelesaian Persamaan Kuadratik DalamMata Pelajaran Matematik Tingkatan Empat Sek. Men. Keb. Alor Akar, KuantanPahang.4. Noraini Ahmad (1998) Mengekalkan Daya Ingatan. Berita Publishing Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.LAMPIRAN AKAJIAN TENTANG KEBERKESANAN PENGGUNAAN GRAF ‘BAKAT’ARAHAN : Tandakan ‘/’ di ruangan yang berkenaan.Perkara Ya TidakAdakah anda meminati mata pelajaran sains ?Adakah anda suka menjawab soalan objektif ?ARAHAN : Bulatkan pilihan anda berdasarkan tahap persetujuanberikut:
  19. 19. 1. Sangat tidak setuju2. Tidak setuju3. Kurang setuju4. Setuju5. Sangat setujuBil. Pernyataan Skala1. Pembelajaran menggunakan graf‘BAKAT’ dapat menarik minat saya.5 4 3 2 12. Pembelajaran menggunakan graf‘BAKAT’ lebih seronok5 4 3 2 13. Saya boleh menilai prestasi sayamenjawab soalan objektif melalui graf‘BAKAT’5 4 3 2 14. Saya lebih bersemangat belajar denganmenggunakan graf ‘BAKAT’5 4 3 2 15. Graf ‘BAKAT’ dapat mewujudkanperasaan sentiasa ingin memperbaikiprestasi saya menjawab soalan objektif5 4 3 2 16. Pembelajaran saya lebih bermatlamatdengan menggunakan graf bakat5 4 3 2 17. Saya merasa tercabar bila mendapatmarkah yang rendah5 4 3 2 18. Penggunaan graf ‘BAKAT’ tidakmematahkan semangat saya untukbelajar5 4 3 2 19. Saya suka membuat graf ‘BAKAT’ 5 4 3 2 1KOMEN :_________________________________________________________________KOMEN ANDA TERHADAP GURU ANDA
  20. 20. ____________________________________________________________________GRAF “BAKAT” MEMOTIVASIKAN PELAJARDALAM MATA PELAJARAN SAINSOleh :Sabiah Bte NinggalSek. Men. Keb. Durian Tunggal,Durian Tunggal, 76100 Melaka.Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengatasi masalah sikap pelajaryang menyebabkan mereka tidak menguasai mata pelajaran sains dan tidakdapat menjawab soalan objektif dengan betul dan sejauh manakahpenggunaan graf “BAKAT” dapat memotivasikan pelajar. Tinjauan awalmendapati sikap pelajar dan cara pengajaran dan pembelajaran gurumenyumbangkan kemerosotan prestasi pelajar terhadap mata pelajaransains. Kajian ini tertumpu kepada 27 orang pelajar tingkatan 5 Efektif .Kajian tindakan ini dilaksanakan dengan menggunakan Graf “BAKAT”sebagai satu cara memotivasikan pelajar supaya lebih bersikap positifterhadap pembelajaran mereka. Di dalam Graf “BAKAT” terdapat kata-katadorongan dan semangat yang boleh memotivasikan pelajar. Ujian Pramenunjukkan terdapat seramai 15 orang pelajar (55.6%) yang gagal dalammenjawab soalan objektif. Prestasi pelajar bertambah baik dalam Ujian Pos 1dimana hanya seorang pelajar (3.7%) sahaja gagal manakala di dalam UjianPos 2 didapati tidak ada seorangpun pelajar yang gagal. Temu bual denganpelajar dan pemerhatian yang dijalankan menunjukkan bahawa penggunaangraf “BAKAT” memberi kesan positif memotivasikan pelajar. Pelajar kinilebih berminat untuk belajar, sentiasa bersemangat untuk baiki prestasimereka dan mempunyai keyakinan untuk menghadapi peperiksaan yangbakal menjelang.

×