• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Amalan penggunaan tmk dalam p&p
 

Amalan penggunaan tmk dalam p&p

on

  • 3,975 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,975
Views on SlideShare
3,975
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
223
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Amalan penggunaan tmk dalam p&p Amalan penggunaan tmk dalam p&p Document Transcript

    • Amalan Penggunaan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Di Sebuah Sekolah Orang Asli Di Hulu Perak, Grik: Satu Kajian Kes Oleh Cheah Chee Keong Linda Liang Salmiah Said Siti Hajar ManInstitut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 2010 1
    • ABSTRAK Pendidikan di abad ke 21, menuntut warga pendidik menggunakan TeknologiMaklumat dan Komunikasi (TMK) dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar selaridengan perkembangan pendidikan dunia. Konsep “Pendidikan Untuk Semua” tanpamengira kaum atau bangsa khususnya kepada orang-orang asli perlu diberi perhatian yangsewajarnya dalam aspek penerapan penggunaan TMK di dalam kelas. Kajian ini bertujuanmengkaji persepsi guru terhadap amalan penggunaan TMK dalam pengajaran danpembelajaran , tahap amalan TMK di kalangan guru serta faktor pendorong danpenghalang penggunaan TMK semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Rekabentukkajian adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secara asas amalanTMK oleh guru-guru di sekolah orang asli. Dapatan kajian menunjukkan guru-gurumempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalammembantu proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kajian menunjukkan amalanpenggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepadapenggunaan bahan pengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihakKementerian Pelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajarandigital adalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yangmasih pada peringkat “Entry”dan “Adoptation” Kajian mendapati faktor sokongan dari .pihak pentadbir dan organisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMKdalam pengajaran dan pembelajaran. Bekalan elektrik menjadi faktor utama amalanpenggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan di sekolah orang asli. 2
    • ABSTRACT Education in the 21st century, requires educators to utilize Information andCommunication Technology (ICT) in their teaching and learning process. The concept of"Education For All" regardless of race or nation, especially for the indigenous peopleshould be given due attention in terms of implementation of the use of ICT in theclassroom. This study aims to investigate the perceptions of teachers towards the use ofICT in teaching and learning, the level of ICT usage among teachers as well as the drivingand hampering factors in the use of ICT for teaching and learning. This is a qualitativeexploration and descriptive study to explore the basic practices of ICT by teachers inindigenous schools. The findings showed that teachers have positive perceptions about theeffectiveness of using computers to assist teaching and learning. In addition, the studyshows the practice of using computers in teaching and learning process is focused on theusage of interactive CD-ROM materials that is supplied by the Ministry of Education. Theproduction of digital learning materials is limited due to the level of knowledge and skillsof teachers who are still at the "Entry" and "Adoptation” stage. The study found thatsupport from the school administration is the key factor in promoting the usage of ICT inteaching and learning. Electricity supply is also a major factor why the usage of ICTcannot be fully implemented in the indigenous schools. 3
    • BAB 1 Pengenalan Dasar penggunaan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaranmerupakan keutamaan fokus pendidikan abad ke 21 seiring dengan era masyarakatbermaklumat. Penekanan kepada Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) di sekolahbukanlah satu perkara baru. Projek literasi komputer bermula pada tahun 1986 danditeruskan dengan projek seperti Jaringan Pendidikan, Pusat Sumber Elektronik sertaprojek sekolah bestari (Lee, 2000). Sehingga kini, amalan pelaksanaan TMK dalampengajaran dan pembelajaran berdepan dengan cabaran-cabaran dan halangan terutama disekolah pedalaman dan sekolah orang asli. Dalam konteks pendidikan orang asli, Seksyen 17 Akta 134 dalam PerlembagaanMalaysia menjelaskan perincian hak-hak keistimewaan peruntukan pendidikan untukanak-anak orang asli dalam menerima pelajaran seperti kaum-kaum lain di Malaysia.Konsep “Pendidikan untuk Semua”tidak meminggirkan pendidikan untuk golongan initermasuklah dari aspek pelaksanaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Memandangkan penggunaan komputer amat bermanfaat, ia sememangnya sesuaidigunakan untuk membantu pembelajaran murid-murid sekolah orang asli terutamamereka yang kurang minat terhadap alam persekolahan. 4
    • Latar Belakang Kajian Usaha kerajaan membudayakan TMK dalam kehidupan masyarakat adalahsebahagian besarnya bermula di sekolah. Arahan kabinet (Musa Mohamed, 2001) ialahproses pengajaran dan pembelajaran (p & p) perlu mengaplikasikan TMK sepertipenggunaan CD-ROM dan komputer di sekolah. Hal ini selaras dengan programpembestarian sekolah yang merupakan agenda besar Kementerian Pelajaran Malaysiadalam Rancangan Malaysia ke-9. Bagi memastikan keberkesanan penggunaan teknologimaklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran, Kementerian Pelajarantelah memberikan latihan praperkhidmatan dan latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru dan menerbitkan Buku Panduan Pelaksanaan Pengkomputeran di Sekolah dandibekalkan ke sekolah-sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2003). Anjakan paradigma pendekatan pengajaran dan pembelajaran ini menuntutperubahan peranan guru sebagai fasilitator dalam membantu pelajar meneroka maklumatdan pelajar perlu membina hipotesis, meneroka, menganalisis serta membuat keputusanterhadap masalah yang diberi (Salmiah Said, 2008). Inisiatif untuk mengintegrasikanTMK dalam pengajaran dan pembelajaran adalah perlu. Melalui integrasi TMK berlakuperubahan pendekatan p & p ke arah berpusatkan pelajar (Rusmini Ku Ahmad, 2007).Penggabungan TMK dalam p & p memerlukan kemahiran dan komitmen guru secaratekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan TMK terlibat dalam semuaperingkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa danpenilaian selepas sesi p & p. 5
    • Kajian ini cuba meninjau tahap amalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) dalam p & p di sebuah sekolah orang asli, di Grik, Perak. Skop kajian ini jugacuba meninjau faktor-faktor yang mendorong tenaga pengajar dalam menggunakankelengkapan TMK dan faktor-faktor yang menghalang penggunaan kemudahan dankelengkapan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Pernyataan Masalah Pembestarian sekolah merupakan satu agenda pendidikan negara. PelaksanaanTMK bermula dengan projek sekolah bestari pada tahun 1999-2002. Terdapat sekolahorang asli di pedalaman seperti SK Chini dan SK Runchang telah dilengkapi dengankomputer dan talian internet (Wahid Hashim, 2006). Namun persoalannya sekarang,apakah kita masih ditahap melengkapkan sekolah dengan komputer? Apakah bekalankomputer ini dimaksimumkan penggunaannya dalam proses pengajaran danpembelajaran? Banyak pelaburan untuk mengintegrasikan TMK dalam pendidikan namunmenghasilkan impak yang sedikit (Loveless, 1995; Willis, 1996) termasuklah di Malaysia(Tan Soon Yin, 2000). Pelaburan dalam usaha mengintegrasikan TMK di sekolah-sekolahMalaysia belum menjangkau peringkat projek rintis (Gan, 1997). Keberkesanan Pelaksanaan TMK di peringkat sekolah rendah masih belummencapai tahap yang optimum terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran (IAB,2009). Data-data deskriptif menunjukkan min penggunaan TMK dalam pengajaran danpembelajaran adalah sederhana (2.76). Adakah amalan TMK berada pada tahap yangsama di sekolah orang asli? 6
    • Di samping itu, tahap kemahiran TMK dalam kalangan guru sekolah rendah jugamerupakan isu yang penting bagi menjayakan pelaksanaan TMK. Seseorang guru ituperlu mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalammengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkankaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah (Mc Lellan, 1991). Untukmemastikan hal ini berlaku, kajian ini turut meninjau tahap kemahiran TMK dalamkalangan guru di sekolah rendah orang asli. Persepsi penggunaan TMK sebagai alat membantu pembelajaran dalam kalanganguru adalah pada tahap sederhana (IAB, 2008). Inovasi ini adalah sesuatu yang baru bagisebahagian guru dalam konteks tertentu (Tan Soon Yin, 2000). Satu faktor guru yangterlibat ialah persepsi guru tentang kepentingan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.Di sinilah kepentingan persepsi guru diambil kira dalam melihat integrasi TMK dalam p &p di sekolah. Terdapat kajian-kajian yang memberikan tumpuan kepada faktor pendorongpelaksanaan integrasi TMK dalam p & p manakala sebahagian mengkaji faktor halangan.Kesuntukan masa mengggunakan TMK oleh guru-guru menjadi penghalang manakalasikap positif, keyakinan dan kemahiran menggunakan TMK mendorong pelaksanaannyadalam p & p (IAB, 2008). Zaini Ahmad (2006) pula mendapati faktor-faktor yangmenyokong pelaksanaan TMK ialah kesedaran terhadap kepentingan TMK, kerjasamaantara warga sekolah, peralatan yang lengkap, kursus dan pendekatan TMK kepada gurudan insentif kepada guru. Walaupun dasar Kementerian Pelajaran mewujudkan integrasi 7
    • TMK di sekolah namun penerimaan setiap sekolah terhadapnya adalah berbeza (ZamriAbu Bakar & Rusmini Ku Ahmad, 2006). Berdasarkan pernyataan masalah tersebut, kajian ini meninjau amalan TMK dalamp & p di sekolah orang asli yang mempunyai budaya tersendiri.Objektif Kajian Objektif kajian adalah : 1.3.1 mengenal pasti persepsi guru terhadap amalan TMK dalam p & p 1.3.2 mengenal pasti tahap amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. 1.3.2 mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang atau menyokong amalan penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid sekolah orang asli.Soalan Kajian Berikut adalah soalan kajian: 1.4.1 Apakah persepsi guru terhadap amalan TMK dalam p & p? 1.4.2 Apakah tahap amalan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas? 1.4.3 Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran ? 1.4.4 Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran? 8
    • Signifikan Kajian Kajian ini adalah bertujuan untuk memberi satu input kepada Bahagian TeknologiPendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuat pelantindakan susulan bagi memastikan saranan penggunaan kelengkapan TMK dilaksanakansepenuhnya bagi sekolah-sekolah orang asli di luar bandar. Di samping itu, dapatan kajian membolehkan strategi dirangka untuk mengatasimasalah pelaksanaan TMK di peringkat sekolah. Hal ini membolehkan guru-gurumengenalpasti halangan-halangan umum yang terpendam dan mencari jalan mengatasinyamelalui pendekatan inovasi yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan. Kajian ini boleh dijadikan sumber rujukan bagi pelaksanaan dasar ”PendidikanUntuk Semua” (EFA) yang melibatkan murid-murid orang asli. Justeru dapatannyamenambah data-data bagi merungkai permasalahan tentang pelaksanaan TMK untuksekolah orang asli yang berdepan dengan cabaran budaya masyarakat yang kurangmenggalakkan pendidikan. Data-data yang didapati akan dapat membantu pihak kurikulum untuk membuatpenambahbaikan dari aspek perisian p & p dan kurikulum yang sedia ada.Batasan Kajian Terdapat beberapa batasan kepada kajian ini. Kajian ini merupakan kajian kestentang amalan penggunaan TMK di sebuah sekolah orang asli. Responden kajian adalah 9
    • spesifik dan tidak boleh digunakan untuk digeneralisasikan dari aspek penggunaan TMKoleh guru di semua sekolah di Malaysia.Definisi Operasi Amalan TMK Amalan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK) ialah tahap amalan penggunaan komputer dalam membantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sekolah Orang Asli Merujuk kepada sekolah yang diguna oleh murid-murid sekolah dalam kalangan masyarakat orang asli di kawasan RPS Banun.Rumusan Amalan TMK dalam kalangan guru akan memberi impak yang positif dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Persoalannya sejauhmana guru-guru di SekolahOrang Asli menjadikan TMK sebagai satu amalan dalam proses pengajaran danpembelajaran. Adakah adanya halangan-halangan yang menyebabkan guru-guru tidakdapat menjadikan ianya satu amalan yang berterusan. Justeru itu, kajian ini dijalankanuntuk melihat tahap amalan TMK dalam kalangan guru-guru di Sekolah Orang Aslidalam proses pengajaran dan pembelajaran. 10
    • BAB 2 TINJAUAN KAJIAN Dasar Penyata Razak (1965) menjelaskan bahawa Sistem Pelajaran Kebangsaanmeliputi pembelajaran di peringkat rendah dan menengah memberi peluang kepadasemua kanak-kanak untuk belajar mengikut kecenderungan dan kemampuan mereka.Keadaan ini tidak terkecuali dengan kanak-kanak orang asli. Justeru, Dasar PenggunaanTMK dalam pengajaran dan pembelajaran meliputi sekolah orang asli dalam usahakerajaan memastikan tidak ada golongan yang ketinggalan dalam perkembangan arusperdana yang pantas. Bab ini mengutarakan perbincangan kajian-kajian lepas berkaitan pendidikanorang asli dan hubungan dengan amalan TMK, peranan dan faedah TMK dalampengajaran dan pembelajaran, tahap pelaksanaan TMK dalam pengajaran danpembelajaran dan faktor mendorong dan penghalang penggunaan TMK dalam pengajarandan pembelajaran.Pendidikan Untuk Orang Asli (EFA) Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008), berkaitan usaha merapatkan jurangpendidikan telah menyarankan program serta projek infrastruktur dan TMK luar bandar.Tujuannya supaya dapat membina kesediaan pembelajaran awal dalam kalangan kanak-kanak khususnya murid-murid luar bandar, orang asli dan Penan. 11
    • Pelancaran Kelas Dewasa bagi ibu bapa murid orang asli pada tahun 2008merupakan wahana membasmi keciciran anak-anak golongan ini. Mereka yangmenghadiri kelas akan diberikan elaun sebagai usaha meningkatkan tahap pendidikanyang masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa-bangsa lain (Basir Baharom,2008). Dengan menguasai kemahiran 2M, ibu bapa ini dapat membantu anak-anakmereka ke arah perubahan mentaliti sejajar dengan masyarakat berpengetahuan. Masalahjurang pendidikan orang asli dengan bangsa lain seharusnya dapat dikurangkan denganpenempatan ramai guru-guru siswazah di kawasan pedalaman. Sarjit Kaur, Maarof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Norbaya Ahmad danHaslinda Abdullah (2007), pula mengkaji pengetahuan TMK dalam kalangan belia orangasli termasuklah kefahaman, penggunaan, dorongan, halangan dan persepsi terhadappenggunaan TMK. Dapatan menunjukkan halangan besar yang dihadapi ialah masalahkewangan dan kemudahan infrastruktur yang terbatas disediakan di kawasan penempatanmereka. Hasil kajian tersebut menimbulkan persoalan sama ada masalah yang sama dialamioleh sekolah orang asli? Apakah guru di sekolah orang asli dapat mengintegrasikan TMKdalam p & p? Masih kurang kajian yang meninjau permasalahan ini dalam konteks guruyang mengajar di sekolah orang asli. 12
    • Peranan dan Faedah TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran Banyak kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan dalam melihatpengintegrasian dan amalan pelaksanaan TMK dalam proses pengajaran danpembelajaran. Bagaimana amalan TMK akan mengubah keadaan dalam bilik darjah danjuga mempengaruhi cara pelajar belajar dan guru mengajar? Persoalannya, apa yang akanberlaku kepada pelajar dan guru-guru sekiranya mereka mempunyai keupayaan capaiantanpa had kepada penggunaan komputer pada setiap masa ? Integrasi TMK dalam p & p bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untukmemperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mestidigabungjalin bersama kaedah pengajaran (Pisapan, 1994). Kebolehan-kebolehanmengguna, mengurus dan memahami TMK penting dikuasai oleh murid semasa prosespembelajaran dalam setiap bidang kurikulum (Jonassen, 1996). Peranan TMK bolehdilihat melalui penggunaan internet dan bahan-bahan multimedia interaktif yangmembantu mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap sesuatu konsep (Laurillard,1992; Abdul Rahim Saad, 2000).. Laurillard (1992) berpendapat bahawa kaedah simulasidan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah.Integrasi TMK dalam p & p memberikan peluang kepada guru memperkenalkanpembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid berdasarkan aktiviti masalahsebenar dan meletakkan murid sebagai penyelesai masalah (Rosenberg, 2001). Muriddapat menguasai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan,pangkalan data dan pembentangan menggunakan alat-alat teknologi. 13
    • Mc Lellan (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu gurumelaksanakan aktiviti pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Heinich (1993)menyatakan komputer berkemampuan untuk mengawal dan mengurus bahan pengajaranyang banyak. Kemampuan komputer berinteraksi dengan penggunanya membolehkanguru menerapkan pengajaran pembelajaran dengan lebih mudah dan menarik. Pendapat inidisokong oleh Sandholtz (1997) yang menyatakan bahawa penggunaan teknologi disekolah boleh memudahkan pengajaran pembelajaran. Penggunaan internet dapatmenyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan murid seperti portal pendidikan(Zalina Yahya, 2001), penggunaan emel dan chat room yang membolehkan pertukaranidea dan fikiran sesama sendiri atau dengan guru dan murid sekolah lain. Maurer (1993), Fisher (1994), Cox (1997), Toh (1999) dan Che Rogayah (2005)menegaskan kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran.Sistem multimedia berasaskan komputer membolehkan pencapaian maklumat yangbersesuaian (Mauer, 1993) dan memberikan kebaikan dari aspek interaksi penggunamelalui dokumen dalam perisian multimedia yang boleh dikorelasikan dengan mana-manaaplikasi dalam komputer di samping kombinasi video dan audio dengan teks dan grafik(Fisher, 1994). Dapatan kajian penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar menunjukkan 50%pelajar sekolah menengah rendah mengatakan teknologi media menjadikan sesuatu subjekitu penting (Cox, 1997). 75% pula berpendapat multimedia meningkatkan minat belajarmanakala 50% mengakui multimedia membantu pemahaman yang lebih mendalam subjek 14
    • yang dipelajari. Kajian turut mendapati pembelajaran menggunakan TMK dapatmeningkatkan pencapaian pelajar dan mengurangkan masa pengajaran (Kulik & Kulik,1991; Toh, 1998; Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki & Herzig, 2002). Unsurinteraktif membolehkan pelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah, mudahmengingat, memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikutgaya pembelajaran meraka (Alessi & Trollip, 2001). TMK menjadikan bidangpembelajaran lebih seronok, menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar (LiliNurliyana Abdullah, 1996). Maka dapat dikatakan bahawa komputer mempunyai kelebihannya menjadi mediayang sesuai dan berkesan dalam konteks pengajaran pembelajaran dalam bidangpendidikan.Tahap Evolusi Amalan TMK Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Model “Apple Classrooms of Tomorrow (Dwyer et al, 1991) telah menggariskanlima tahap evolusi amalan TMK guru-guru dalam bilik darjah: Entry, Adoption,Adaptation, Appropriation dan Invention. Pada tahap Entry dan Adoptation, guru berada pada peringkat membiasakan diridan mempelajari kemahiran baru penggunaan teknologi tersebut serta menggunakannyauntuk menyokong kaedah pengajaran dan pembelajaran cara tradisional. TahapAdaptation,berlaku apabila tekonolgi baru tersebut cuba diintegrasikan dalam prosespengajaran dan pembelajaran dengan menggalakkan penglibatan dan sumbangan pelajar 15
    • dengan penggunaan perisian-perisian seperti pemprosesan kata, Hamparan Elektronik dangrafik. Aktiviti-aktiviti yang menekankan aspek berkumpulan seperti bekerjasama,berteraskan projek dan merentasi mata pelajaran menjadi fokus dalam tahapAppropriation. Sementara pada tahap Invertion, guru dan pelajar membuat penemuanterbaru cara teknologi tersebut dapat digunakan untuk menyokong proses pengajaran danpembelajaran. Bagi Heppel (1993), Tahap Topicality merupakan tahap permulaan dimana TMKitu sendiri menjadi kandungan pembelajaran. Guru dan pelajar belajar menggunakanteknologi baru tersebut, dengan membiasakan diri dengan penggunaan peralatan danperisian. Tahap kedua Surrogacy, dimana teknologi mengambil alih peranan guru sebagaimedia penyampaian maklumat dan tahap Progression, TMK digunakan sebagai alatpenerokaan maklumat baru dan akhir sekali tahap Pedagogical Change, TMK sebagaiagen perubahan dan penentuan dalam aspek apa yang dipelajari dan bagaimana ia pelajari.Faktor pendorong dan penghalang integrasi TMK dalam P & P Integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran menjadi satu cabarankepada guru-guru didalam menghadapi kepelbagaian pelajar di abad ke 21 ini. Terdapatfaktor yang mendorong dan faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam prosespengajaran dan pembelajaran. 16
    • Menurut Abdul Wahab Ismail Gani;Kamaliah Hj. Siarap;Hasrina Mustafa (2006),dalam Kajian Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam KalanganGuru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang menyatakan majoritiresponden iaitu 41.6% (67 orang) menyatakan bahawa faktor utama yang mendorongmereka menggunakan komputer adalah disebabkan oleh keperluan akademik. Seterusnyadiikuti 30.4% (49 orang) didorong oleh faktor minat, 18% (29 orang) didorong oleh faktorpersekitaran, 6.2% (10 orang) didorong oleh faktor imej. Hasil kajian keatas guru pelatihyang dilakukan oleh Chin Yoon Poh et. al. (2000) juga mendapati faktor personalitimempengaruhi tahap persetujuan guru pelatih terhadap penggunaan komputer. Inimenjelaskan faktor personaliti atau imej memainkan peranan yang tidak kurangpentingnya dalam menjayakan integrasi TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Zulkifli dan Raja Maznah(1994), mengatakan sikap terhadap komputer adalahsalah satu faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru terhadap penggunaankomputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kazlauskas(1995), pula mendapatifaktor pengetahuan dalam kalangan guru mempengaruhi penggunaan komputer di sekolah.Dapat dirumuskan bahawa tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru adalahbermula daripada sikap guru terhadap komputer dan juga tahap pengetahuan merekatentang peri pentingnya integrasi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak Kementerian Pelajaran sentiasa membekalkan CD multimedia Interaktifkepada pihak sekolah, untuk digunakan oleh guru-guru semasa proses p&p khususnyasemasa Program PPSMI. Ini memudahkan guru dan mendorong mereka 17
    • mengintergrasikan komputer dalam p&p. Lucas (1986), menyatakan bahawa sokongandaripada pihak organisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumberorganisasi yang mencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakanpenggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi. Penggunaan komputer dapat menarik perhatian dan pada masa yang sama“menakut-nakutkan” guru-guru. Umum mengetahui TMK berupaya menjadikanpembelajaran lebih menarik , lebih praktikal dan terkini. Malangnya, ramai gurumendapati sukar untuk mengintegrasikan TMK di dalam bilik darjah(Jasmy,Arif,Shahidah & Rosnani, 2001). Kajian oleh Rosnah Mansor (2002), terhadap 53 orang guru sebagai responden di 5buah sekolah di kawasan Terengganu menunjukkan guru-guru kurang kemahiran dankurang latihan dalam perkhidmatan khususnya dalam penggunaan Media TeknologiPendidikan. Kajian ini juga menunjukkan terdapat kelemahan dalam aspek pengurusansekolah dari segi memainkan peranan dalam menggalakkan penggunaan Media TeknologiPendidikan Berdasarkan kajian oleh Abdul Wahab Ismail Gani et.al.(2006), terhadap guru-guru di tiga buah Sekolah Di Pulau Pinang, didapati faktor utama yang menghalangresponden tidak menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran ialahdisebabkan oleh kemudahan yang tidak mencukupi iaitu 28.6% (46 orang). Ini diikuti 14.9%(24 orang) disebabkan tidak bersedia untuk menggunakannya, 10.6% (17 orang) 18
    • disebabkan tidak berkeyakinan menggunakannya, 9.3% (15 orang) disebabkan tidakpandai menggunakannya, 8.7% (14 orang) merasa komputer sesuatu yang membebankandan 5.6% (9 orang) tidak berminat untuk menggunakannya. Menurut Mohd Sarif Abd Manap (1999), menggariskan beberapa faktorpenghalang kepada integrasi TMK iaitu: i. Media tidak memberi simulasi perhubungan antara guru dengan pelajar. ii. Masa tidak mencukupi iii. Tidak ada elaun untuk penggunaan Media iv. Tidak terlibat dalam proses pembinaan koswer yang disediakan v. Jadual waktu terlampau padat vi. Peralatan di Pusat Sumber Sekolah tidak diselenggarakan dengan baik vii. Penggunaan media tidak mengurangkan beban kerja guru viii. Peralatan di bilik sumber tidak mencukupi ix. Kemahiran merancang, memilih, menggunakan media instruksi x. Tidak berpeluang untuk mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan xi. Tidak ada arahan khusus untuk menggunakan Teknologi Pendidikan xii. Tidak ada pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan daripada Pusat Sumber Negeri xiii. Kurang pendedahan penggunaan Teknologi Pendidikan di peringkat sekolah xiv. Tidak ada program khas mengenai media xv. Tidak ada pemantauan tetap daripada Jabatan Pelajaran Negeri 19
    • Rumusannya, bagi menjayakan integrasi TMK dalam proses pengajaran danpembelajaran, ianya memerlukan sokongan padu dari kalangan guru, pentadbiran dan jugakementerian. Faktor penghalang integrasi TMK, perlu diberi perhatian dalam menjayakanwawasan Negara.Rumusan Dasar pendidikan untuk semua dalam PIPP, menggariskan pendidikan mesti diberikepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kaum dan tempat tinggal. Justeruitu, pendidikan untuk orang asli tidak boleh diabaikan begitu sahaja, ianya harus setandingdengan pendidikan kaum lain. Amalan TMK yang mampu membuka minda murid-muridtelah terbukti memberi kesan positif dalam proses p&p, wajar diberi perhatian yang yangserius oleh semua guru, tanpa mengira di mana mereka mengajar. Atas sebab ini, kajianini dijalankan untuk mengetahui ditahap manakah amalan TMK telah dilaksanakan olehguru-guru di sekolah kajian. 20
    • BAB 3 METODOLOGI Bab ini membincangkan tentang rekabentuk kajian, persampelan, instrumen,pentadbiran data dan analisis dataRekabentuk Kajian Kajian ini adalah explorasi kualitatif dan kajian deskriptif untuk meninjau secaraasas amalan TMK oleh guru-guru di sekolah orang asli.Persampelan Kajian Bagi tujuan ini, kaedah persampelan bertujuan digunakan iaitu kajian ini dengansengaja memilih sampel untuk memenuhi kehendak kajian (Mohd. Najib, 2003). Walaubagaimanapun kajian ini mengandaikan bahawa sampel yang dipilih dapat mewakilibilangan populasi sebenar kerana mereka mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi.Responden merupakan guru sekolah rendah yang mengajar pelbagai mata pelajaran darisekolah RPS di bawah Projek Jaringan Utara. Guru sekolah yang terlibat dalam kajian iniadalah SK RPS Banun.Instrumen Soal selidik Item soal selidik ini dibina oleh kumpulan pengkaji sendiri. Ianya terbahagi kepada 3 bahagian utama. Bahagian A mengenai latarbelakang responden, Bahagian B tentang penggunaan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran, 21
    • Bahagian C berkaitan pengetahuan penggunaan komputer. Soal selidik ini telah diuji tahap kebolehpercayaan dan kesahan bagi setiap item sebelum kajian sebenar dijalankan. Temu bual Bentuk temubual yang dilakukan adalah tidak berstruktur. Merriam (1998) menjelaskan pemerolehan data daripada teknik temu bual perlu dilakukan sebaik- baiknya secara tidak berstruktur dan dalam keadaan tidak formal. Soalan-soalan juga perlu berbentuk soalan terbuka, fleksibel, boleh diteroka dan lebih menjurus kepada bentuk perbualan. Pasukan pengkaji menjalankan sesi temu bual bersama 3 orang responden secara lisan (dirakam dan ditranskrip). Ini memandangkan temu bual secara lisan yang dirakamkan dan ditranskripkan adalah yang terbaik (Colby and Kohlberg, 1987).Pentadbiran Data Soal selidik Pengkaji tidak mengedarkan soal selidik akibat masalah logistik. Sebaliknya, pensyarah yang pergi ke sekolah orang asli untuk program KIA 2M telah diberi taklimat bagaimana untuk mengedarkan soal selidik. Guru-guru pelbagai mata pelajaran diminta mengisi soal selidik. 22
    • Temubual Tiga orang guru telah dipilih untuk menghadiri sesi temu bual bersama dengan pengkaji dalam melihat faktor-faktor yang menggalakkan dan menghalang amalan TMK di sekolah mereka. Temubual dijalankan secara informal dan tidak berstruktur. Setiap temubual berlangsung di antara 1 hingga 2 jam. Temubual ini direkod dan transkrip dijalankan.Analisis Data Soal selidik Soal selidik dianalisis secara dekskriptif mengggunakan frekuensi dan peratus. Temu bual Transkrip rakaman audio disediakan Maklumat yang diterima akan dianalisis mengikut tema seperti persepsi amalan TMK, tahap amalan TMK dan faktor pendorong serta penghalang pelaksanaan integrasi TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah kajian.Rumusan Bab ini telah mengemukakan reka bentuk kajian adalah kaedah kuantitatifmenggunakan soal selidik dan kaedah kualitatif berdasarkan temu bual. Persampelankajian adalah persampelan bertujuan. Instrumen kajian melibatkan soal selidik dan temubual tidak berstruktur. Data soal selidik dianalisis secara deskriptif sementara data temubual menemukan jawapan bagi persoalan faktor pendorong/penghalang kepada amalanTMK dalam pengajaran dan pembelajaran. 23
    • BAB 4 ANALISIS DATA Bab ini membentangkan dapatan kajian berdasarkan latar belakang sekolah, latarbelakang responden, dapatan soal selidik dan dapatan temu bual. Data kajian telahdiperolehi melalui:Soal-Selidik Guru Soal-selidik telah diedarkan secara rawak kepada 20 orang guru yang mengajar ditiga buah sekolah di bawah rancangan penempatan semula (RPS) Orang Asli. Dari 20soal-selidik yang diedarkan,pengkaji hanya menerima kembali 11 borang sahaja. Selainsoalan-soalan mengenai latar belakang literasi komputer ,guru-guru juga ditanya mengenaifaktor-faktor yang menghalang dan menggalakkan penggunaan TMK di sekolah mereka.Walaupun bilangan responden adalah rendah, namun ia telah dapat di dilengkapi denganjawapan-jawapan yang diterima dalam proses temubual yang dijalankan selepas itu.Temu-bual Sesi temubual telah dilaksanakan dengan 3 orang guru yang telah dipilih darisenarai responden soal-selidik di atas. Dalam sesi temubual ini guru-guru telah digalakkanmemberi respon mereka kepada faktor-faktor penghalang dan pendorong yang dihadapisemasa menggunakan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka.Bagaimana amalan penggunaan TMK dijalankan di sekolah dan dalam matapelajaranmasing-masing. Semua sesi temubual telah dirakamkan dan ditranskripkan sebagaiTemubual1, Temubual2 dan Temubual3 untuk rujukan. 24
    • Latar belakang Sekolah Sekolah Kebangsaan RPS Banun merupakan salah sebuah sekolah yang dibina dibawah rancangan pengumpulan semula (RPS) orang asli. Sekolah ini terletak lebih kurang62 km dari pekan Gerik, Perak. Kedudukannya yang terletak bersebelahan dengan jalanutama, Leburaya Timur-Barat merupakan satu kelebihan dari segi logistik. Dari aspekkemudahan infrastruktur TMK, sekolah ini dilengkapi dengan sebuah Makmal Komputerdan bekalan Komputer Riba (Laptop) beserta dengan LCD (Liquid Crystal Display)Projektor di bawah program Pengajaran dan Pembelajaran Sains Dan Matematik DalamBahasa Inggeris (PPSMI). Buat masa sekarang, pihak sekolah mempunyai seramai 15 orang guru yangmempunyai kelayakan ikhtisas perguruan sama ada di bawah Program Diploma PerguruanMalaysia (KDPM) ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Kebanyakan muridSK RPS Banun terdiri daripada suku Jahai. Mereka tinggal di Perak, terutama di kawasanHulu Perak iaitu Banun, Sungai Tiang dan Persisiran Empangan Temenggor.Latar belakang responden Responden soal-selidik kajian merupakan 11 orang guru yang sedang mengajar ditiga buah sekolah yang terlibat dalam program Jaringan Utara Institut Perguruan SultanAbdul Halim (IPSAH). Program ini merupakan satu program khas IPSAH yang bertujuanuntuk meningkatkan kualiti pengajaran guru dan serentak untuk meningkatkan kualitipembelajaran murid di sekolah Orang Asli (ipsah 2006). Kesemua responden telah melaluilatihan perguruan asas sama ada program Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) 25
    • ataupun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) anjuran Kementerian PelajaranMalaysia dengan pengalaman mengajar antara 1 hingga 8 tahun. Responden mengajarpelbagai matapelajaran teras dan wajib seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains,Matematik , Bahasa Arab, Muzik, Kemahiran Hidup,Pendidikan Jasmani danKesihatan,Sivik dan Al-Quran. Sebanyak 55% dari keseluruhan responden merupakanguru-guru yang terlibat dengan program Pengajaran Dan Pembelajaran Sains DanMatematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Ketiga-tiga responden bagi sesi temu bual adalah guru-guru yang berkelayakanprogram KPLI dan terlibat dengan pengajaran beberapa mata pelajaran teras sepertiBahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu, Kajian Tempatan dan Bahasa Arab. 2 orangresponden adalah guru perempuan dan seorang guru lelaki. Ketiga-tiga orang guru inidipilih sebagai lanjutan daripada penglibatan mereka dalam sesi soal-selidik. Guru-gurulain tidak dapat ditemubual kerana masalah logistik dan faktor kekekangan masa. Jadual 4.1 Kelayakan responden Kelayakan Peratus Tertinggi Diploma 36% Ijazah 64% 26
    • Dapatan Data Dapatan data dari soal-selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian Ms-Excel. Jawapan yang diberikan dianalisis secara dekskriptif mengggunakan frekuensi danperatus. Dari 20 borang soal-selidik yang diberikan, pengkaji hanya berjaya mendapatkembali 11 borang soal-selidik yang lengkap diisikan. Analisis yang dijalankanmenunjukkan bahawa hampir 82% daripada responden mempunyai kemahiran pada tahap“Agak Mahir” dan ke atas dalam aspek penggunaan komputer. Mereka juga mempunyaikemahiran dan pengalaman menggunakan perisian-perisian automasi pejabat seperti Ms-Words dan Ms-Power Point. Responden-responden juga mempunyai keupayaan untukmengendalikan elemen multimedia seperti mencari dan menyimpan bahan-bahan digitaldalam format imej, audio dan video dari Internet serta mempunyai kemampuan untukmelakukan pautan bahan-bahan tersebut dalam perisian automasi pejabat Ms-Office.Malah 64% daripada responden mampu menggunakan kemudahan email sebagai saluranberkomunikasi dan 36% memberi respon positif mengenai aspek pengetahuan asas dalampenyelenggaraan sebuah unit komputer. Jadual 4.2: Pengetahuan Penggunaan Perisian Automasi Pejabat Ms-Office Perisian Peratus Ms-Words 73% Ms-Power Point 73% Ms-Excel 64% 27
    • Apakah persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p? Dari analisis data yang diperolehi, guru-guru mempunyai persepsi yang positiftentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran danpembelajaran dan sebagai menjimatkan masa. 9% 36% Negatif Positif 55% T.Menjawap Rajah 4.1 : Penggunaan Komputer Menjimatkan Masa Amalan penggunaan komputer dalam kelas dilihat mampu merangsangkanpembelajaran pelajar dan menjadikan mereka sentiasa ternanti-nanti sesi pembelajaranyang seterusnya. ”Sebenarnya banyak mendatangkan faedah.benda ini boleh juga apa orang kata meransangkan pembelajaran budak.”(Temubual 2, 03) ”Bila dah tahu ada jadual tahun 3, dia orang akan minta.. cikgu, komputer cikgu, memang excited nak pi”(Temubual 1,05) Sebanyak 64% guru yang mengembalikan soal-selidik bersetuju dengan akibatkeberkesanan positif amalan penggunaan komputer dalam proses pengajaran danpembelajaran (Jadual 4.3). Malah 73% daripada responden bersetuju bahawa amalan inidapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik, menyeronokkan dan tidakmembosankan. Pada masa yang sama 54% responden bersetuju bahawa proses pengajaran 28
    • dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami, terutama sekali bilaelemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Intergrasi TMKdalam sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pembelajaran di kelas lebihbermakna (63%). Jadual 4.3: Keberkesanan Penggunaan komputer Dalam P&P Pernyataan Bil. Peratus Tidak menjawap 2 18% Tidak Berkesan 2 18% Berkesan 7 64% Jadual 4.4: Persepsi Integrasi TMK Dalam P&P Pesepsi Tidak Agak Setuju Sangat Setuju Setuju Setuju Pelajaran Menarik - 9% 18% 55% pelajaran jelas - 27% 36% 18% pelajaran senang difahami 9% 18% 27% 27% pelajaran lebih bermakna - 9% 36% 27% Pelajaran lebih - 9% 9% 64% menyeronokkan Pernyataan positif di atas disokong responden sesi temubual dimana pelajar dilihatsebagai lebih cepat memahami isi pembelajaran dengan bantuan elemen multimedia. “ ada CD dia..Budak dengar,budak ikut. Macam nyanyian. Budak lebih cepat dia pick-up kalau dengar kita nyanyi sendiri..” (Temu-bual 2 , 01) 29
    • Selitan bahan-bahan multimedia seperti animasi, imej dan audio menjadikanpelajar lebih tertarik dan tidak jemu untuk mengikuti proses pembelajaran. ” Kalau guna CD, ada bunyi, animasi budak-budak lebih tertarik.” ( Temu-bual1, 05) ” Budak lebih suka tengok benda tu,sebab ada gambar..dia tak boring.. kadang-kala kalau kita nyanyi sendiri..dia boring”. (Temu-bual 2 , 01) Malah ada responden yang melihat penggunaan elemen TMK dalam kelas sebagaialat bantuan yang memudahkan guru terutamanya bila pengajaran melibatkan bilangankelas yang banyak, kerana bahan tersebut boleh diulang pakai. “Tapi tak penat kalau guna ini dah ada suara.. kita relek sikit la...” (Temubual 1, 05) “Lagi pun,kalau ada banyak kelas, boleh ulang-ulang..” (Temubual 2, 01)Apakah tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran danpembelajaran? Tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilokasi kajian adalah rendah. Peratus pelaksanaan pada tahap “Kerap” berada dalamlingkungan 9% sahaja manakala peratusan pada tahap ”Kadang-kala” adalah 18% untuksatu tempoh masa seminggu. Tahap “Jarang” pula adalah pada 64% dari keseluruhanresponden. 9% daripada responden tidak menjawap soalan ini. Analisis data temubual responden menunjukkan bahawa amalan penggunaanTMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian, dilaksanakan secara 30
    • rawak dan atas inisiatif guru masing-masing. Ia dilaksanakan bergantung kepada waktulapang guru dan juga minat belajar pelajar. Kalau dirasakan pelajar tidak dapatmenumpukan perhatian kepada isi kandungan pembelajaran, maka mereka dibawa masukke makmal komputer . “Hari biasa pun guna, bergantung kepada budak, kalau kita tengok,budak itu kalau kita panggil pun, tak beri perhatian, masuk dalam ini la.” (Temubual 2,04) “Waktu BM, tengok kalau ada free… ” (Temubual 1 ,01) ”Tengok la budak, minggu ini saya dah buat.” (Temubual 2,04) Dengan kata lain, tidak wujud satu jadual waktu rasmi penggunaan makmalkomputer di sekolah kajian. Penggunaannya bergantung kepada suasana proses pengajarandan pembelajaran. Kadang-kala makmal komputer digunakan disebelah petang hari dandihadiri oleh ramai pelajar-pelajar yang bukan terdiri dari kelas yang diajar tetapi pelajar-pelajar tahun lain. “ Kadang-kala saya buat sebelah petang, tapi dalam masa P&P saya juga la. ramai bukan takat darjah satu, darjah tiga.. join juga” (Temubual 2, 01) Amalan penggunaan komputer dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran lebihtertumpu kepada penggunaan bahan pengajaran CD-ROM Interaktif yang dibekalkan olehpihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Elemen multimedia yang digunakan dalam CD-ROM Interaktif, dilihat dapat menarik perhatian dan merapatkan jurang pengalaman 31
    • pelajar, terutama sekali pelajar Orang Asli yang dikatakan jarang mempunyai peluanguntuk keluar dari kawasan penempatan mereka. “Kalau guna CD, ada bunyi, animasi budak-budak lebih tertarik.” (Temubual01,05) “Ada CD, boleh nampak.. setengah tu tak pernah pi...” (Temubual01,06) Bahan CD-ROM Interaktif yang dibekalkan bersama-sama dengan buku teksdilihat sebagai memenuhi kehendak aspek pengajaran dan pembelajaran dan tersusundalam aspek penyampaiannya. “Semua benda sudah disediakan dalam bentuk itu.. Vokal, cara berkomunikasi. semua telah diajar dalam itu. Semua kandungan CD Bahasa Arab itu,dia ada lima slot. Lagu last sekali dia letak. Tersusun.” (Temubual02,03) Penumpuan penggunaan bahan CD-ROM Interaktif sebagai bahan pelaksanaanamalan TMK dalam kelas nyata sekali apabila guru menghadapi masalah apabila bahan initidak dibekalkan. “Macam saya.. JQAF, subjek dia bagi CD tapi problem dia,bila tak ada… ” (Temubual02, 01) Selain dari penggunaan CD-ROM Interaktif , perisian persembahan jugadigunakan sebagai bahan penyampaian dalam kelas. Namun tahap penggunaannya adalahterhad dan pada matapelajaran-matapelajaran yang tertentu sahaja. ”Pembentangan... Kalau subjek lain ada juga. Macam BI,...... saya tengok dia orang guna la..” (Temubual02,01) 32
    • Penggunaan perisian persembahan sebagai bahan penyampaian banyak bergantungkepada sama ada bahan penyampaian tersebut telah disediakan atau tidak. Oleh kerana,guru menghadapi masalah kekekangan masa dan juga faktor kurang pengetahuan khususdalam menghasilkan sesuatu bahan penyampaian yang sesuai, maka guru hanya akanmenggunakan mana-mana bahan penyampaian yang telah dibekalkan sahaja. “Ya la power point, tapi kurang ada masa nak buat” (Temubual 01,05) ”Kalau buat bahan sendiri, Tak reti” (Temubual01,05) “Senang saja, dengan slide.. tapi tak pernah buat sendiri.. Guna mana yang diberi” (Temubual01,05) Dari segi pengetahuan penggunaan aplikasi TMK di kalangan pelajar, tidak wujudsatu jadual waktu rasmi untuk kelas literasi komputer. Guru-guru matapelajaranbertanggungjawab untuk mendedahkan pelajar dengan tatacara penggunaan komputeryang betul, dari aspek pengetahuan peralatan sehinggalah ke pengetahuan penggunaanaplikasi komputer. “Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer. Masing-masing mengajar..... “ (Temubual01,05) ”Mula-mula taiplah panjang-panjang, tak erti nak bawah turun, sekarang dah boleh la..” (Temubual01,05) 33
    • Apakah faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran danPembelajaran ? Sekolah lokasi kajian di lengkapi dengan sebuah makmal komputer yang siapterpasang dengan kemudahan LCD. Pada masa yang sama, di bawah pelaksanaanprogram PPSMI, pihak sekolah telah dilengkapi dengan sebilangan komputer riba yangboleh digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Semua kemudahan inisememangnya menggalakan amalan penggunaan TMK dalam pengajaran danpembelajaran. Namun, pada masa yang sama wujud dua faktor yang menyokongpelaksanaan amalan ini secara khusus. Ianya berkait rapat dengan kewujudan elemenmultimedia yang terkandung dalam bahan pengajaran yang digunakan dan juga bekalanCD-ROM interaktif yang disediakan bersama-sama dengan buku teks. Kewujudan elemen multimedia merupakan faktor penarik utama yang menyokongpenggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran di lokasi kajian. Elemenmultimedia seperti audio, imej, dan animasi menjadikan proses pengajaran danpembelajaran lebih menarik dan tidak menjemukan. Pelajar-pelajar lebih terangsang danakan sentiasa ternanti-nanti untuk mengikuti sesi kelas yang seterusnya. Bahan multimediayang digunakan dapat merapatkan lagi jurang pengalaman pelajar, terutama sekali untukpelajar-pelajar Orang Asli yang jarang mendapat peluang untuk keluar dari kawasanpenempatan mereka. Keadaan ini memudahkan lagi kefahaman pelajar terhadap isikandungan yang ingin dipersembahkan. “Bila dah tahu ada jadual tahun 3, dia orang akan minta.. cikgu komputer, cikgu memang excited nak pi” (Temubual 01,05) 34
    • “Ada CD,boleh nampak.. setengah tu tak pernah pi...” (Temubual01,06) Keadaan ini juga dikaitkan dengan latarbelakang sosiobudaya pelajar-pelajarOrang Asli yang cenderung ke arah aktiviti-aktiviti yang mempunyai unsur-unsurhiburan. Aktiviti pembelajaran seperti nyanyian dan penggunaan media imej sertaanimasi merangsangkan pembelajaran dan dengan itu pelajar lebih cepat memahami isikandungan yang disampaikan. “Dia lebih kepada hiburan… ”(Temubual02,01) “Budak dengar,budak ikut. Macam nyanyian. Budak lebih cepat pick-up...” (Temubual02, 01) “Budak lebih suka tengok benda tu,sebab ada gambar..dia tak boring… (Temubual02, 01) Kewujudan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang berkaitan danbersesuaian, menggalakkan lagi amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran danpembelajaran. Media pengajaran digital seperti CD-ROM interaksi yang dibekalkan olehpihak Kementerian Pelajaran Malaysia mendorong guru-guru untuk menggunakannyadalam kelas. Contohnya untuk matapelajaran Bahasa Melayu Tahun 1, penggunaan CD-ROM “Mutiara” dalam sesi mengenali abjad. Begitu juga untuk matapelajaran BahasaArab, CD-ROM digunakan dalam latihan sebutan perkataan-perkataan dan juga nyanyiansebagai latihan pengukuhan pembelajaran. (Temubual 02,02) Isi kandungan CD-ROM interaktif yang bersesuaian dengan kehendak pengajaran,dan cara susunan bahan pengajaran tersebut; pengenalan, penggunaan dan pengukuhan,memudahkan lagi proses penggunaan CD-ROM interaktif tersebut. 35
    • “ Semua kandungan CD Bahasa Arab itu, dia ada lima slot. Lagu last sekali dia letak. Tersusun. Dia ABM, lengkaplah..” (Temubual02,03) “Dia ada, mula-mula cara memperkenalkan benda, lepas tu.cara sebut..cara komunikasi, penggunaan benda tu dalam komunikasi dan last sekali pengukuhan nyanyi.” (Temubual02, 03) Kandungan CD-ROM yang meliputi elemen interaktif juga menggalakkanpenglibatan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar tidak hanyamenjadi pemerhati pasif terhadap bahan yang dipersembahkan oleh guru malah merekamenjadi “penggerak”kepada proses pembelajaran yang dijalankan. Penglibatan langsungini menjadikan proses pembelajaran itu menjadi lebih bermakna. ” Bukan software, CD, CD.... CD Interaktif. Datang tu, budak akan klik “A”dia akan keluar… .” (Temubual01, 01)Apakah faktor yang menghalang penggunaan TMK dalam Pengajaran danPembelajaran? Walaupun pihak sekolah dilengkapi dengan kemudahan makmal komputer danbekalan LCD, namun tahap pelaksanaan amalan penggunaan TMK dalam prosespengajaran dan pembelajaran adalah rendah. Salah satu faktor utama yang menghalangpelaksanaan amalan ini jelas berkaitan dengan ketiadaan bekalan elektrik secaraberterusan ke premis sekolah. Bekalan elektrik hanya dibekalkan untuk kegunaan padasebelah malam sahaja. Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generatoruntuk mendapatkan bekalan elektrik pada sebelah siang hari. Masalah timbul apabila tiada 36
    • bekalan petrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan dimakmal komputer. “Kalau sekarang ini dah tak jalan dah sebulan juga la sebab minyak dah tak ada.” (Temubual01, 01) “Tulah nak senang macam ini la... Masalah generator. Kalau ada memang kami guna.” (Temubual02, 01) Ketiadaan bekalan petrol (minyak) ini boleh berlaku dalam satu tempoh yangpanjang, dari sebulan hingga ke beberapa bulan. Keadaan ini tidak merangsangkan guru-guru dalam membuat perancangan yang melibatkan amalan penggunaan TMK. “Nak harap makmal, dah berapa bulan tak buka. Selepas cuti tak buka langsung. Tak ada minyak.” (Temubual02, 06) Selain masalah ketiadaan bekalan elektrik, guru-guru juga menghadapi masalahketiadaan bahan pengajaran dan pembelajaraan yang sesuai dan berkaitan. Guru-gurubanyak bergantung kepada bekalan CD-ROM interaktif yang didatangkan bersama-samadengan buku teks sahaja. Namun bukan semua bahan CD-ROM interaktif yangdibekalkan itu berkaitan dan sesuai. “Bahan CD yang sesuai, related tak banyak..” (Temubual 01,05) Sekiranya bahan pengajaran itu tidak dibekalkan, kemungkinan besar amalanpenggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku. “Macam saya.. JQAF, subjek dia bagi CD tapi problem dia,bila tak ada… Kita guna macam tu saja la...” (Temubual02, 01) 37
    • Untuk menghasilkan bahan pengajaran digital yang sesuai, guru-guru memerlukanpengetahuan yang spesifik dari aspek penggunaan perisian tersebut dan juga dari aspekpengetahuan pedagogi kandungan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan (PedagogicalContent Knowledge Shulman (1999)), merupakan satu proses dimana kandungan danpedagogi dapat diintegrasikan untuk menghasilkan kefahaman bagaimana sesuatu topik,masalah atau isu boleh disusun, dipermudah dan diadaptasikan mengikut minat dankemampuan pelajar serta dilaksanakan. Faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalamhal ini menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahan pengajaran yang sesuai danjuga penggunaannya dalam kelas. Ini selaras dengan jawapan responden apabiladicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakan bahan bantuan pengajaran yangbersesuaian, guru menjawap: “ reti” tak .(Temubual01, 05) Dapatan ini disokong oleh datapermohonan kursus yang ingin diikuti, dimana 44% responden memohon kursus yangberkaitan pengetahuan pedagogi kandungan manakala 33% memohon kursus yangberkaitan dengan kemahiran penggunaan perisian persembahan Pedagogi 11% Kandungan 11% Perisian 44% Persembahan Pengaturcaraan 33% Penyelenggaran Komputer Rajah 4.2 : Permohonan Kursus 38
    • Ketiadaan capaian Internet menghalang usaha-usaha mendapatkan bahan-bahanpengajaran digital dan maklumat yang bersesuaian. Walaupun pelaporan telah dibuatnamun pemasangan kemudahan ini masih belum dapat dipastikan. Untuk itu, guru-guruterpaksa bergantung kepada buku panduan dan bahan pengajaran yang sedia ada disekolah. “Untuk access jurnal dan bahan eletronik, susah nak cari maklumat kat sini”. (Temubual02 02) Kat sini, susah nak dapat internet..tak boleh cari bahan pun.. harap ka buku panduan sahaja la... (Temubual 02 03) Guru-guru juga menghadapi halangan-halangan teknikal semasa melaksanakanamalan penggunaan TMK dalam kelas. Pemasangan peralatan LCD dan pemeriksaan unitkomputer perlu dilakukan lebih awal sebelum sesi pengajaran dapat dijalankan. Tempohmasa 1 waktu pengajaran (30 minit), yang diperuntukkan dalam jadul waktu rasmi, adalahtidak mencukupi. Proses pengajaran dan pembelajaran sering terganggu akibat kesukaranpenggunaan bahan media pengajaran seperti CD-ROM, yang memerlukan lebih masauntuk disediagunakan. Ini menyebabkan banyak masa terbuang. “Kalau setengah jam tu tak sempatla..Nak buka pun dah berjam-jam.. budak tanya mana cikgu,mana cikgu, budak tak tahu kah?” (Temubual 01,05) Lagi pun Guna laptop dan pasang LCD buang masa.. (Temubual 01,06) 39
    • Tiada jadual waktu rasmi untuk pengajaran kemahiran Literasi Komputerdisediakan, setiap guru, masing-masing bertanggungjawab untuk mendedahkan pelajardengan kemahiran penggunaan komputer Tak ada guru yang mengajar menggunakan komputer, Masing-masing mengajar. (Temubual 01,05) Berdepan dengan keadaan ini,guru lebih rela menggunakan bahan-bahan mediaberunsurkan tradisional seperti radio kaset kalau ada bahan media pengajaran yang sesuai “ kalau ada kaset..lagi senang ka..kaset kita boleh guna dengan hak yang bateri itu.” (Temubual2,01) Semasa menggunakan CD-ROM dalam kelas, guru juga menghadapi masalahbahan CD-ROM yang tidak dapat digunakan akibat masalah-masalah teknikal. “Ada CD yang tak nak run..” (Temubual 01,05) Penggunaan kemudahan komputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalamkawasan sekolah sahaja, kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadimasing-masing. Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak kementerian hanyaterhad kepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja. ” ada, Subjek Bahasa Melayu tak ada laptop” Tak (Temubual1 01) “Sekarang ini, yang kerajaan bagi, guru Matematik , Sains dan Bahasa Inggeris. Kami tak ada peruntukan,” (Temubual02, 03) 40
    • Rumusan Dapatan kajian ini memberi gambaran yang jelas tentang permasalahan utamaperlaksanaan TMK kurang dilaksanakan di sekolah-sekolah, khususnya Sekolah OrangAsli. Faktor utama yang dikenalpasti ialah faktor sumber tenaga elektrik serta talianInternet yang tidak dapat dibekalkan ke makmal komputer secara berterusan. Guru-gurumemberi respon yang positif terhadap keberkesanan penggunaan TMK semasa prosesp&p dan menjelaskan murid-murid juga turut berminat menggunakan komputer. 41
    • BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN Kajian ini bertujuan melihat persepsi guru terhadap intergrasi TMK dalam p&p.Selain itu , kajian ini juga bertujuan mengenalpasti tahap amalan TMK dalam p&p didalam kelas. Faktor menyokong dan menghalang penggunaan TMk dalam p&p jugadikaji. Data yang dikumpul, dianalisis menggunakan Statistik Deskriptif (Chua,2006) danmembuat transkrip bagi pengumpulan data temubual.Perbincangan Dapatan Persepsi guru terhadap integrasi TMK dalam p & p Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mempunyai persepsi yang positif tentang keberkesanan penggunaan komputer dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Integrasi TMK dalam p&p dilihat sebagai menjimatkan masa, dapat menjadikan suasana pempelajaran itu lebih menarik, menyeronokkan dan tidak membosankan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih jelas dan mudah difahami, terutama sekali bila elemen multimedia diselitkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu lebih bermakna. Hasil dapatan ini, dapat disokong oleh Maurer(1993), Fisher (1994), Cox (1997), Toh (1999) dan Che Rogayah (2005) yang menegaskan kelebihan mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut Lili Nurliyana Abdullah (1996), TMK menjadikan bidang pembelajaran lebih seronok, menarik dan mampu meningkatkan kefahaman pelajar. 42
    • Dapatan ini selari dengan kajian emperikal oleh Kulik & Kulik, 1991;Toh,1998; Schaumburg & Issing, 2002; Tuldoziecki & Herzig, 2002, yangmendapati pembelajaran menggunakan TMK dapat meningkatkan pencapaianpelajar dan mengurangkan masa pengajaran. Unsur interaktif membolehkanpelajar belajar dengan lebih mudah, pantas, selesa, murah, mudah mengingat,memindah serta mengaplikasikan pengetahuan kepada situasi baru mengikut gayapembelajaran mereka (Alessi & Trollip, 2001).Tahap amalan penggunaan TMK dalam proses pengajaran danpembelajaran. Hasil dapatan kajian, menunjukkan amalan penggunaan komputer dalamproses pengajaran dan pembelajaran lebih tertumpu kepada penggunaan bahanpengajaran CD-ROM interaktif yang dibekalkan oleh pihak KementerianPelajaran Malaysia. Pembinaan bahan pembelajaran dan pembelajaran digitaladalah terhad disebabkan oleh tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru yangmasih pada peringkat “Entry” dan “Adoptation” seperti mana yang digariskandalam Model “Apple Classrooms of Tomorrow”(Dwyer et.al,1991). Pada masayang sama, kemahiran TMK itu sendiri menjadi kandungan sesi pengajaran danpembelajaran dimana guru-guru dan pelajar-pelajar belajar menggunakanteknologi baru tersebut untuk membiasakan diri dengan penggunaan peralatan danperisian tertentu. Tahap ini selaras dengan tahap amalan Topicality yang disarankan oleh Heppel (1993). 43
    • Faktor yang menyokong penggunaan TMK dalam Pengajaran danPembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan sekolah ini mempunyai kemudahaninfrastruktur yang agak lengkap, seperti kemudahan makmal komputer, LCD,komputer riba dan juga CD multimedia yang dibekalkan oleh pihak KementerianPelajaran. Namun dapatan kajian menunjukkan tahap amalan penggunaan TMKdalam Pengajaran dan Pembelajaran adalah rendah. Tahap penggunaan ini adalahtidak selaras dengan kemudahan infrastruktur yang telah disediakan. Hasil kajianini, adalah selari dengan dapatan beberapa kajian yang tidak menggariskan faktorkemudahan infrastruktur sebagai faktor penyokong penggunaan TMK dalamPengajaran dan Pembelajaran. Abdul Wahab Ismail Gani et. al (2006),menyatakan majoriti responden kajiannya mengatakan faktor pendorong utamamereka menggunakan komputer adalah disebabkan faktor keperluan akademik.Manakala bagi Zulkifli dan Raja Maznah (1994), sikap terhadap komputer menjadifaktor utama penerimaan guru untuk menggunakan komputer. Bagi Kazlauskas(1995), faktor pengetahuan mempengaruhi penggunaan komputer dalam kalanganguru semasa proses p&p berjalan. Hasil kajian mendapati faktor sokongan dari pihak pentadbir danorganisasi penting dalam menggalakkan amalan penggunaan TMK dalampengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat dalam bentuk bekalan CD-ROMmultimedia interaktif yang disediakan oleh pihak kementerian. Sumber-sumberpengajaran dan pembelajaran yang tersedia dan sesuai menjadikan para guru lebihterangsang untuk melakukan integrasi TMK dalam sesi pengajaran dan 44
    • pembelajaran. Namun ketiadaan usaha penyediaan jadual rasmi dan peruntukkanpembelian bekalan petrol (minyak) yang berterusan dari pihak pentadbir sekolahmenyukarkan usaha amalan tersebut. Dapatan ini, adalah selaras denganpandangan Lucas (1986) yang menyatakan bahawa sokongan daripada pihakorganisasi seperti daripada pengurusan atasan dan sumber-sumber organisasi yangmencukupi mempunyai perkaitan dengan kejayaan untuk melaksanakanpenggunaan teknologi maklumat di dalam sesebuah organisasi. Kesimpulannyapendorong kepada penggunaan TMK dalam kalangan guru adalah di dorongkanoleh faktor sikap guru dan juga kemudahan dan sokongan yang disediakan olehpihak organisasi.Faktor penghalang intergrasi TMK dalam p &p Dapatan kajian mendapati, bekalan elektrik menjadi faktor utama amalanpenggunaan TMK tidak dapat dilaksanakan. Bekalan elektrik hanya dibekalkanmengikut jam tertentu sahaja dan sentiasa berjimat untuk bertahan lebih lama.Pihak sekolah terpaksa bergantung kepada kegunaan generator untuk mendapatkanbekalan elektrik pada sebelah siang hari. Masalah timbul apabila tiada bekalanpetrol (minyak) yang diperlukan untuk menghidupkan generator bagi kegunaan dimakmal komputer. Faktor sokongan daripada sumber-sumber organisasi sepertipembelian bekalan elektrik , amat penting dalam menjayakan penggunaan TMKdalam p&p (Lucas ,1986) 45
    • Hasil kajian juga mendapati, faktor kurangnya pengetahuan guru-guru dalamperisian komputer menjadi faktor penghalang kepada penghasilan bahanpengajaran yang sesuai dan juga penggunaannya dalam kelas. Ini selaras denganjawapan responden apabila dicadangkan oleh pengkaji agar guru menyediakanbahan bantuan pengajaran yang bersesuaian, guru menjawap,”Tak reti” Dapatan .ini disokong oleh data permohonan kursus yang ingin diikuti, dimana 33%memohon kursus yang berkaitan dengan kemahiran penggunaan perisianpersembahan. Dapatan kajian ini, selari dengan hasil kajian oleh Mohd Sarip AbdManap (1999), yang menyatakan faktor penghalang pengintergrasian TMK adalahtidak berpeluang mengikuti Kursus Teknologi Pendidikan, tidak ada pendedahanpenggunaan Teknologi Pendidikan dan kurangnya pendedahan penggunaanTeknologi Pendidikan di peringkat sekolah. Faktor seterusnya yang menjadi penghalang ialah penggunaan kemudahankomputer dikalangan guru-guru hanya terhad di dalam kawasan sekolah sahaja,kerana ramai guru-guru tidak mempunyai komputer peribadi masing-masing.Bilangan komputer riba yang dibekalkan oleh pihak Kementerian hanya terhadkepada guru-guru yang terlibat dalam program PPSMI sahaja. Menurut Williamset al (2000), guru-guru yang menggunakan komputer di rumah mempunyaikecenderungan untuk lebih menggunakan komputer di sekolah. Ini kerana guru-guru lebih mempunyai peluang dalam meningkatkan kemahiran penggunaan danpembinaan media pengajaran yang sesuai.. Ketiadaan capaian yang berterusantidak membolehkan guru-guru mempelajari penggunaan teknologi baru tersebut. 46
    • Kerajaan Malaysia bertekad untuk menjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sekolah Bestari selewat-lewatnya pada 2010. Maka dengan adanya sekolah Bestari dan program-program yang menggalakkan lagi penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah yang dikendalikan oleh pihak KPM ini secara tidak langsung akan dapat menyediakan tenaga kerja mahir di masa hadapan yang mampu menghadapi cabaran dan saingan di abad ke- 21.Cadangan Penambahbaikan Penambahbaikan Capaian Kemudahan TMK. Walaupun penambahan capaian kemudahan TMK, seperti komputer dan capaian Internet, tidak menjanjikan penambahan penggunaan atau amalan elemen TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun ini merupakan langkah pertama ke arah menggalakkan penggunaan TMK dikalangan guru-guru. Hubungan yang positif dari aspek penggunaan ini juga boleh didapati dalam kajian (Williams et al, 2000), Harrison et al (1998) dan Thomas et al (1999). Penambahbaikan ini boleh juga dalam bentuk memastikan kemudahan komputer di sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik dan boleh digunakan pada bila-bila masa, terutama sekali yang berkaitan rapat dengan penggunaan Makmal Komputer. Masalah capaian yang terhalang perlu di atasi dengan kadar segera dengan penglibatan pihak pentadbiran sekolah mahupun kementerian. 47
    • Penglibatan Pihak Pentadbiran Pihak pentadbiran sekolah perlu aktif dalam mengalakkan amalanpenggunaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru-guru. Perana ini penting,terutama sekali dalam mewujudkan satu keadaan yangkondusif di sekolah. Sokongan dan dorongan pihak pentadbiran secara tidaklangsung dapat memberi satu kesedaran kepada guru-guru bahawasa mereka tidakkeseorangan dalam tugasan mereka dan segala usaha mereka dalam meningkatkankemahiran serta pengetahuan ke arah ini di hargai. Pihak pentadbir juga perluboleh melihat faedah amalan ini dan cuba melaksanakannya dalam pengajaran danpembelajaran mereka. Perana ini penting dan sememangnya diperjelaskan dalampenulisan Williams et al (2000) yang mengesyorkan penglibatan pihak gurupenyelia (Head Teachers) dalam menggalakkan kewujudan persekitaran yangboleh menyokong pelaksanaan integrasi TMK di sekolah mereka.Peningkatan Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical ContentKnowledge ) Guru-guru juga perlu lebih didedahkan dengan aspek PengetahuanPedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) dalam pengintergrasianelemen TMK, agar pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebihmenarik. Pengetahuan ini lebih kepada kemahiran dan kaedah serta strategiaplikasi TMK dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Semua ini bersertadengan kemahiran teknikal yang telah dikuasai akan membolehkan guru-gurumerancangkan kaedah serta strategi penyampaian yang lebih sistematik supayasatu keadaan atau situasi pembelajaran yang lebih berorientasikan pelajar dapat 48
    • diwujudkan. Strategi penyampaian buat masa kini lebih menggunakan elemenTMK sebagai satu alternatif media pengajaran dan bukannya sebagai satu kaedahdalam mempelbagai teknik penyampaian. Contohnya guru menggunakan sebutanperkataan-perkataan Bahasa Arab yang terdapat dalam CDRI sebagai panduan danlatihan pengkukuhan dalam kelas. Bahan ini akan di ulangpakai pada kelas-kelasyang lain. Sementara perisian persembahan digunakan untuk tujuan pemyampaianmaklumat pengajaran.Penambahbaikan Perkhidmatan Sokongan Perkhidmatan Sokongan yang bersifat teknikal perlu difikirkan, terutamasekali dalam memastikan keadaan kemudahan TMK sentiasa berada dalamkedaaan yang terbaik untuk digunakan. Masalah-masalah teknikal sepertikerosakan komputer dan kesulitan penggunaan peralatan pengajaran seperti LCD(Liquid Crystal Display) dan CDRI perlu di atasi dengan kadar segera. Guru-guruperlu disediakan dengan satu keadaan dimana mereka tidak perlu memikirkanmasalah-masalah tekinikal yang akan timbul semasa proses pengajaran danpembelajaran dijalankan. Penyenggaraan berkala yang di jalankan oleh syarikatlantikan kerajaan perlu dikemaskinikan lagi agar ianya dapat memberiperkhidmatannya dengan kadar segera bila berlaku laporan kerosakkan. Dalamkeadaan ini, jika dibenarkan,seorang juruteknik Makmal Komputer bolehdisediakan seperti mana adanya pembantu makmal bagi makmal-makmal sains disekolah-sekolah. Pembantu makmal akan dapat memastikan keadaan kemudahanTMK berada dalam keadaan yang terbaik sebelum guru-guru menggunakannya. 49
    • Pembantu Makmal juga boleh menbantu penyediaan peralatan seperti LCD (Liquid Crystal Display) , capaian Internet dan bahan CDRI jika diperlukan. Selain dari itu, penyediaan bahan CDRI yang dibekalkan oleh pihak kementerian juga perlu dilihat semula agar kandungannya lebih bersesuaian dengan tahap pembelajaran yang berbeza-beza. Perkara ini serba sedikit akan dapat mengatasi masalah kandungan bahan CDRI yang dikatakan tidak bersesuaian dan berkaitan. Bahan pembelajaran CDRI yang disediakan perlu bersifat mesra- pengguna sepenuhnya tanpa perlu banyak instalasi perisian tambahan. Ini adalah untuk mengelakkan keadaan dimana bahan CDRI tersebut tidak dapat digunakan akibat kekurangan pengetahuan teknikal guru-guru.Kesimpulan Kesungguhan Kerajaan Malaysia dalam menggalakkan amalan TMK dalam prosesp&p tidak harus terhenti dengan penyediaan kemudahan TMK sahaja. Walaupun faktorsokogan ini penting namun ia tidak seharus dilihat secara terasing dalam meningkatkanamalan TMK dalam bilik darjah. Peningkatan pengetahuan guru dari aspek-aspekPengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge ) juga perludititikberatkan. Pengetahuan Pedagogi Kandungan melihat kepada aspek-aspek bagaimanakemahiran, kaedah serta strategi aplikasi TMK dalam konteks pengajaran danpembelajaran dapat dilaksanakan dengan terbaik. Perancangan dan aplikasi amalan TMKyang sesuai kekal akan dapat meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran dalamkelas. Pada masa yang sama, sokongan dan penglibatan aktif pihak pentadbiran sekolahdan pihak kementerian penting dalam memastikan amalan ini dapat dipertingkatkan. 50
    • Persekitaran sekolah yang kondusif dan penyediaan bahan rujukan dan pengajaran yangbersesuaian dapat memberi sokongan kepada golongan pendidik agar lebih bersedia untukmenggunakan TMK. Perkhidmatan sokongan teknikal setempat juga penting dalammengurangkan beban penyediaan dan penggunaan TMK dikalangan guru-guru.Gabungan faktor-faktor sokongan ini penting dalam menggalakan amalan TMK dalamproses p&p. 51
    • RujukanAbdul Rahim Mohd Saad (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi: Keperluan pertimbangan semula program pendidikan tinggi. Kertas kerja dibentang di Seminar Dinamika Perubahan Pengurusan Menuju Era K pada 20 & 21 September 2001.Abdul Wahab Ismail Gani, Kamaliah Hj. Siarap, Hasrina Mustafa (2006), Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran-Pembelajaran Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah: Satu Kajian Kes Di Pulau Pinang, Kajian Malaysia, Vol. XXIV, No. 1 &2Alessi, S.M. & Trollip,S.R.(2001). Multimedia for learning: Methods and Development. Massachusetts: Allyn & Bacon.Che Rogayah Seman (2005). Kesan Visual Dinamik Terhadap Pencapaian Pelajar Yang Berbeza Tahap Kebimbangan Matematik Dalam Pembelajaran Trigonometri. Tesis Sarjana Pendidikan, USM (tidak diterbitkan)Chin Yoon Poh, Ab. Rahman Darus, Tan Teck Seng dan Sanmuga Sundaram, 2000, Persepsi Guru Pelatih Terhadap Penggunaan Komputer dalam Pengajaran- Pembelajaran di Maktab Perguruan Teknik, Kuala Lumpur. Kuala Lumpur.Chua Yan Piaw (2006). Asas Statistik Penyelidikan.. Mc Graw Hill, Malaysia.Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Mc Graw Hill, Malaysia.Colby, Anne; Kohlberg, L. (1987). The Measurement of Moral Judgment Vol. 2: Standard Issue Scoring Manual. Cambridge University Press. ISBN 0-521-24447-1.Cox M.J (1997). The Effects of Information Technology on Students’Motivation: Final report. NCET.ISBN 1871984289Dasar Penyata Razak (1965)Dwyer, D. C., Ringstaff, C. & Sandholtz, J. H. (1991) Changes in Teachers’Beliefs and Practices in Technology-rich Classrooms, Educational Leadership, 48(8), pp. 45-52.Fisher. S. (1994). Authoring Multimedia. Boston. Academic Press.Inc 52
    • Harrison, C., Youngman, M., Bailey, M., Fisher, T., Phillips, R. & Restorick, J. (1998) Multimedia Portables for Teachers Pilot. Coventry: British Educational Communications and Technology Agency.Heinich (1993) The school development plan for IT in B. Tagg (ed), Developing a whole-school IT policy . m.s. 51 - 71. London: Pitman.Heppell, S. (1993) Teacher Education, Learning and the Information Generation: the progression and evolution of education computing against a background of change, Journal of Information Technology for Teacher Education, 2, pp. 229- 238.Jasmy, Arif, Shahidah & Rosnani, 2001Jonassen, D. (1996). Computers in the classroom: Mindtools for critical thinking. Inglewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.Kazlauskas, E.J., 1995, Innovation, Information and Teacher Education. Technology and Teacher Education Annual: Technology Diffusion. Association for the Advancement of Computing in Education, http://www.coe.uh.edu/insite/elec_oub/html.Konvensyen Nasional PIPP Kedua (2008). IAB, 24 –27 November 2008.Kulik,C. , & Kulik,J.A. (1991). Effectiveness of Computer-based instruction: An updated analysis. Computer in Human Behavior, 7, 75-94Laurillard, D. (1992). Learning through collaborative computer simulations. British Journal of Educational Technology, 23, 164-171.Lili Nurliyana Abdullah (1996).Multimedia in Education Arming Our Students for Future. Seminar What is?, Serdang, Selangor. Universiti Putra Malaysia.Lucas, H., 1986, Information Systems Concept for Management, New York: McGraw Hill.Maurer, H. (1993). Educational Multimedia and Hypermedia Annual. Proceeding of ED- Media 93 World Conference on Educational Media and Hypermedia, Orlando, Florida. June, 23-26. 53
    • Mc Lellan (1991). Teachers and classroom management in a computer learning environment. International Journal of Instructional Media, 18(1), 19-27.Merriam, S. B. (1988). Case study research in education: A qualitative approach. San Francisco: Jossey-Bass.Mohd Sarif Abd Manap (1999). Faktor-faktor Penghalang Terhadap Pendifusion Teknologi Pendidikan di kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Sains di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Abstrak. Di muat turun daripada http://www.moe.edu.my:8080/c/journal-articles/view_articles-contentMohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Rekabentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.Pisapa, J. (1994). In Williams, D.M. (2000), Integrating technology into teaching and learning. Singapore: Prentice Hall.Rosenberg, J.M., (2001). E-learning: Strategies for delevering knowledge in the digital age. U.S.A: McGraw-Hill.Rosnah Mansor .(2002. Memahami Faktor-Faktor Penggunaan Media Teknologi Pendidikan. Abstrak. Di muat turun daripada http://www.moe.edu.my:8080/c/journal-articles/view_articles-contentSandholtz J. H., Ringstaff, C., Dwyer, D. C. (1997). Teaching with technology: creating student-centered classrooms. New York: Teachers College, Columbia University.Sarjit Kaur, Maarof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah, Norbaya Ahmad dan Haslinda Abdullah (2007)Schaumburg, H. & Issing,L.J. (2002). Lernen mit Laptop. Dalam Alexandra, W., Jutta, K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and tool in Geography schooling in Germany and at the University of Education Heidelberg. Dimuat turun daripada http://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf.Shulman, L. S. (1999) Knowledge and Teaching: foundations of the new reform, in J. Leach & B. Moon (Eds) Learners and Pedagogy. London: Paul Chapman.Strauss, A. & Corbin, J. (1998) Basics of Qualitative Research: techniques and procedures for developing grounded theory. Thousand Oaks: Sage. 54
    • Thomas, A. & Pettigrew, N. with Cotton, D. & Tovey, P. (1999) The Use of Multimedia Portables in Supporting the Achievement of the National Professional Qualification for Headship: an evaluation. Research Report RR92. London: DfEE.Toh, S.C. & Wong, H.C. (1999). Merekabentuk unsur-unsur motivasi dalam pengajaraN Sains dan Matematik. Kertas kerja Seminar dan Bengkel Pembinaan Modul Sains dan Matematik Sekolah Menengah dan Rendah. Daerah Seberang Perai pada 19 Jun 1999Toh, S.C. (1998). Seven Levels of Interactivity in Multimedia Courseware Design. Kertas kerja dibentang di Multimedia Design Workshop for Sciene and Mathematics Education, Penang at Sekolah Menengah Abdullah Munsyi, Pulau Pinang pada 22 Oktober 1998.Tuldoziecki, G. & Herzig,B.(2002).Computer and Internet im Unterricht. Dalam Alexandra, W., Jutta, K.B.,Siegmund, A. The Computer as a learning aid and tool in Geography schooling in Germany and at the University of Education Heidelberg. Dimuat turun daripada http://www.heredot.net/conferences/brno2005/book3-ICT.pdf.Williams, D., Coles, L., Wilson, K., Richardson, A. & Tuson, J. (2000) Teachers and ICT: current use and future needs, British Journal of Educational Technology, 31, pp. 307-320.Williams, D., Coles, L., Wilson, K., Richardson, A. & Tuson, J. (2000) Integrating Information and Communications Technology in Professional Practice: an analysis of teachers’needs based on a survey of primary and secondary teachers in Scottish schools, Journal of Information Technology for Teacher Education,Vol 9, No. 2 2000. pp 167-183Zalina Yahaya. (2002, 15 Julai). IT dan komputer: Nadi sekolah bestari. Utusan Malaysia. 55