UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL

KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS
BBR 36903

TAJUK
A Picture’...
SEBUAH GAMBAR MEMILIKI RIBUAN MAKNA....

Tajuk

: Tragedi Disember

Tarikh

: 8 Disember 2010

Lokasi

: Taman Bukit Indah...
Kejadian tersebut berlaku akibat daripada terlalu yakin dengan cara pemanduan saya yang
berbahaya dan kemampuan kereta say...
rawatan pakar dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Syukur Alhamdullillah anak saya
tidak mengalami kecerderaan seriu...
Sebuah gambar memiliki ribuan makna
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Sebuah gambar memiliki ribuan makna

413 views
298 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
413
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
2
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sebuah gambar memiliki ribuan makna

  1. 1. UNIVERSITI TUN HUSSIEN ONN MALAYSIA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL KEMAHIRAN TUMPUAN DALAM SAINS BBR 36903 TAJUK A Picture’s Worth a Thousand Words - From Image to Detailed Narrative PENSYARAH : EN. GHAZALLY SPAHAT BIL NAMA 1 LOKMAN NOR HAKIM BIN ZULKIFLI NO KAD MATRIK DB100313
  2. 2. SEBUAH GAMBAR MEMILIKI RIBUAN MAKNA.... Tajuk : Tragedi Disember Tarikh : 8 Disember 2010 Lokasi : Taman Bukit Indah, Johor Bahru Kamera: : Telefon Bimbit Nokia X6 Spesifikasi Kamera : 5 MP, 2592x1944 pixels, : Carl Zeiss Optics : Autofocus : Dual LED Flash Kita sering diingatkan bahawa sentiasa berhati-hati memandu kereta terutamanya apabila hujan lebat. Antara perkara yang perlu dilakukan adalah memasang lampu dan memandu secara perlahan. Apa yang kita lihat pada hari ini, ramai pemandu yang suka bertindak memasang lampu kecemasan dan ini mengelirukan isyarat bagi pemandu yang lain. Apabila terkenang gambar ini saya termenung seketika. Adakah kemalangan ini di sebabkan kecuaian dan keegoan cara pemanduan saya. Kisah ini berlaku pada tahun 2010, dimana kemalangan ini menyebabkan saya lebih berhati hati apabila memandu sewaktu hujan. Kemalangan kereta ini berlaku semasa saya memandu dari Taman Universiti ke Taman Bukit Indah. Pada hari tersebut saya bersama sama isteri dan dua orang anak saya.
  3. 3. Kejadian tersebut berlaku akibat daripada terlalu yakin dengan cara pemanduan saya yang berbahaya dan kemampuan kereta saya dalam pengambilan selekoh. Kadang kadang saya terlupa pepatah mengatakan malang tidak berbau. Kereta saya telah mengalami beberapa modifikasi dari aspek pengendalian. Saiz rim yang lebih besar, Saiz tayar yang lebih lebar dan kerendahan kereta yang membolehkan cengkaman. Modifikasi ini di lakukan kerana saya percaya bahawa keadaan kereta akan lebih stabil semasa pemanduan laju dilakukan. Kecuaian saya dalam aspek pemanduan tidak pernah saya fikirkan. Saya terlupa bahawa setiap kenderaan mempunyai had kemampuan yang tersendiri. Kecuaian dan terlalu yakin kemampuan kereta saya menyebabkan kemalangan ini hampir meragut nyawa orang yang saya sayang. Kejadian kemalangan ini berlaku sewaktu hujan renai. Saya bersama-sama keluarga telah pergi ke Taman Universiti untuk makan tengahari di sebuah restoran. Sesudah makan kami sekeluarga ingin ke pasar raya Tesco Taman Bukit Indah kerana ingin membeli barang keperluan harian. Dalam perjalanan ke sana saya memandu dengan kelajuan sederhana. Setibanya di satu selekoh saya seolah olah lupa bahawa jalan licin akibat hujan akan menyebabkan kemalangan. Saya tidak menekan brek semasa melalui selekoh tersebut dan kejuan kereta saya semakin bertambah. Tiba-tiba saya dapati tayar belakang kereta saya hilang cengkaman. Saya cuba membuat kilasan balas stereng dan menyebabkan kereta saya hilang kawalan dan terpusing ke arah bertentangan dan seterusnya menyebabkan kereta saya terbalik. Dalam situasi panik dan terkejut, saya dapati isteri dan anak anak saya telah berada dibumbung kereta dan saya masih lagi tergantung pada tali pinggang keselamatan. Saya cuba membuka pintu tetapi tersekat pada kedalaman tanah. Mungkin Tuhan masih beri kesempatan untuk saya hidup. Beberapa orang pemandu kenderaan yang telah melihat kejadian ini datang menolak agar pintu dapat dibuka. Saya serta isteri dan anak anak saya berjaya di keluarkan, tetapi selepas anak saya keluar dia telah muntah dan mengalami lebam di kepala akibat terhentak tombol gear semasa kereta terbalik. Hujan masih turun renai renai. Semakin ramai orang yang berhenti menghulurkan bantuan. Saya berterima kasih kepada seseorang hamba Allah telah memberikan payung untuk anak anak saya berteduh. Saya telah menghubungi rakan sekerja iaitu Encik Khairul Nizam Bin Kasim kerana beliau berada berhampiran kawasan saya kemalangan. Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana banyak membantu saya menguruskan perjalanan ke hospital. Anak saya yang masih berumur 2 tahun pada masa kejadian itu telah mendapatkan
  4. 4. rawatan pakar dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Syukur Alhamdullillah anak saya tidak mengalami kecerderaan serius dalam kemalangan ini. Anak saya telah di x-ray di bahagian kepala kerana mengalami hentakan kuat semasa kemalangan berlaku. Saya takut dan insaf akibat daripada kecuaian cara pemanduan saya. Sememangnya kemalangan ini banyak mengajar saya tentang aspek pemanduan selamat dan lebih peka dengan keadaan sekeliling semasa memandu. Walaupun keluarga saya tidak mengalami kecederaan serius tetapi saya tetep risau mengenai tahap kesihatan anak saya akibat daripada kecuaian pemanduan saya. Saya amat terhutang budi kepada keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga yang benyak memberi bantuan dan sokongan semasa saya trauma dengan kemalangan yang seteusnya menjadi mimpi ngeri dalam nota hidup saya. Semoga jasa baik dan bantuan daripada mereka semua mendapat Rahmat daripada yang Esa.

×