Your SlideShare is downloading. ×
Dialog Antara Tamadun Di Malaysia
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Dialog Antara Tamadun Di Malaysia

14,939

Published on

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Published in: Education
0 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
14,939
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
618
Comments
0
Likes
6
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Pegenalan Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga, „cabaran‟ bermaksud sesuatu (unsur, faktor dansebagainya) yang mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan) seseorang atau sesebuahorganisasi dan lain-lain. Manakala dialog bermaksud perbincangan antara dua pihak atau lebih.Tamadun pula bermaksud keadaan kemajuan atau pemikiran , budaya , sosial ,politik ,peradaban dan lain-lain.Menurut Leonard Swidler, dialog bererti perbincangan mengenaisesuatu perkara antara dua orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utamauntuk setiap pihak dapat mempelajari dari pihak lain agar mereka boleh berubah danberkembang maju ; (a coversation on subject between two or more persons with different views,the primary purpose of which, is for participant to learn from each other so that he or she canchange and grow).Manakala Yusri Mohamad Ramli mendifinisikan dialog antara tamadunmerupakan suatu komunikasi interaktif antara dua individu atau pihak yang mempunyai nilaidan pandangan yang berbeza merangkumi hiwar ( dialog interaksi ) ,munazarah( mencarikebenaran ) dan mujadalah ( menyanggah pendapat yang salah ) di dalam isu-isukenegaraan ,wilayah, agama , bangsa , etnik , suku, budaya , pemikiran , sejarah dan juga masa kini. Pembinaan tamadun Malaysia banyak dipengaruhi oleh tamadun utama sepertiTamadun Islam , Tamadun China dan Tamadun India. Kejayaan Tamadun Malaysia banyakbergantung kepada keberkesanan dialog antara tamadun-tamadun tersebut dalam prosesmemurnikan persamaan nilai antara tamadun. Namun keharmonian , kemurnian ,kesepakatan ,penerimaan serta toleransi yang wujud dan dijalinkan bukanlah suatu proses yang mudah.Pelbagai cabaran perlu ditangani dengan bijaksana dalam sebuah negara yang mempunyaimasyarakat majmuk.Pengaruh ketamadunan yang pelbagai ini akan mewujudkan persamaandan perbezaan dalam pelbagai sudut sama ada agama , politik dan sosio-budaya. Maka dialogantara tamadun memainkan peranan untuk mencari persefahaman. Cabaran yang paling ketaradalam mencari persefahaman adalah kerana ia banyak menuntut perubahan dari segipendirian, malah kadangkala kepercayaan. Dialog juga adalah bersifat pragmatik. Ia adalahtindak balas (reaction) kepada kemelut permasalahan yang timbul.Prinsip-Prinsip Dialog Menurut Yusri Mohamad Ramli, dalam proses berdioalog kita perlu mengamalkan 11prinsip utama agar hasil dialog tersebut mempunyai kualiti dan diterima secara adil antara duapihak yang terlibat. Prinsip-prinsip tersebut ialah : 1
  • 2. 1. Berdasarkan kebenaran, tiada pendustaan , serius intipatinya dan tiada syak wasangka.2. Iltizam kepada perkara yang dibincangkan.3. Mempunyai dalil yang jelas , logik dan banyak.4. Matlamat mencari kebenaran , walaupun kebenaran berada di pihak yang lain.5. Bersikap rendah diri, bersopan santun dan tidak sombong.6. Memberi peluang kepada pihak lain memberi pendapat serta tidak memburukkan peribadi dan kepercayaan yang dipegang oleh pihak lain.7. Menghormati para cerdik pandai dan ilmuan.8. Tidak menyanggah secara membuta tuli atau menghukum pihak lain.9. Dialog berdasrkan realiti yang kukuh dan mempunyai matlamat yang tepat.10. Menentukan konsep , hukum serta peraturan- peraturan tertentu.11. Berbahas, berdiaolog dengan cara yang baik , tidak emosional dan provokatif. Medium dalam pelaksanaan dialog boleh berlaku dalam pelbagai situasi sama adadalam bentuk formal atau pun tidak formal seperti komunikasi seharian , diskusi , wacana ,forum , perdebatan , pembentangan , bual bicara , sembang-sembang , facebook , twitter ,pembacaan , pengkajian serta saluran media massa seperti radio dan televisyen.Dialog adalahsuatu usaha yang baik kerana ia adalah pendekatan yang berguna dalam mencaripenyelesaian kepada permasalahan yang timbul. Keadaan sebegini akan memungkinkan kitamembentuk sebuah tamadun yang unik, yang berteraskan kesemua tamadun dan budayayang ada di Malaysia.Cabaran-Cabaran Dialog Antara Tamadun Cabaran menjadi lebih sukar apabila melibatkan Teologi. Teologi melibatkan pegangan,kepercayaan dan keyakinan bersifat mutlak. Agama merupakan “wilayah” suci yang amat sukarmenerima ruang perubahan.Di dalam agama Islam misalnya,unsur-unsur utamanya sepertikepercayaan dan keimanan terhadap Allah, Nabi, Hari Akhirat, soal hukum hakam dansebahagian nilai-nilai akhlakiah adalah tetap dan tidak boleh diubah.(Dr. Mohd FaridShahran.2008). Unsur-unsur seperti ini tidak memberikan ruang kepada tolak ansur untukdiubahsuai agar dapat berinteraksi dengan agama lain yang nyata bercanggahan dengannyadan boleh membawa kepada apa yang digelar syirik dan kekufuran. 2
  • 3. Teologi adalah suatu cabang perbezaan yang paling ketara dan amat sukar untuk dicaripersefahamannya. Konsep monoteisme dalam Islam begitu ketara perbezaannya dengankonsep kepercayaan monoteisme lain. Islam berpegang teguh kepada konsep tauhid danmengagungkan Allah yang Esa dan Maha Pencipta. Agama Hindu pula berpegang kepadakonsep penyembahan dewa-dewa.Walaupun Islam, Yahudi dan Kristian adalah agamamonosteitik, tetapi sebenarnya ketiga-tiganya adalah jauh berbeza antara satu sama lain.Agama Buddha yang banyak dianuti oleh Masyarakat Cina di Malaysia pula adalah lebihberkonsepkan kepercayaan nenek moyang. Kadang-kadang kerana terlalu ingin mewujudkankeserasian dan kesepakatan dalam masyarakat di Malaysia , ada pihak yang sanggupmemandang remeh permasaalah agama, contohnya “ Kongsi Raya”. Apabila Hari Raya Aidilfitriyang disambut seiring “ Tahun Baharu Cina”, maka sambutan tersebut disatukan dan diraikanbersama seolah-olah perayaan umat Islam boleh disamakan dengan sambutan perayaan lain.Kerana inginkan kesempurnaan dalam pembentukan Tamadun Malaysia ada pihak lupabahawa matlamat tidak semestinya menghalalkan cara. Ini merupakan suatu cabaran terhadapkesyumulan agama Islam itu sendiri. Namun dari perspektif yang lebih liberal penerimaan iniadalah suatu kejayaan terhadap penyatuan tamadun di Malaysia. Walau bagaimanapun, terdapat ruang-ruang di mana dialog antara agama dan tamadunini telah berjaya mengawal keadaan agar kesemua tamadun dan penganut agama yangpelbagai ini dapat hidup dalam keadaan harmoni di Malaysia. Tamadun Islam misalnya,walaupun dilandasi dengan prinsip dan pandangan agama yang agak ketat, namun sejarahtamadun yang telah sedia ada ternyata lebih realistik dan terbuka dalam mewujudkanperhubungan yang sihat antara penganut-penganut agama. Contohnya, walaupun Islammenentang keras kekufuran dan syirik,namun ruang untuk bebas beragama tetap diberikankepada penganut-penganut agama lain. Usaha-usaha dialog telah lama berkembang sejak dahulu untuk mencapaikesempurnaan dalam kehidupan bermasyarakat yang pelbagai. Antaranya oleh golonganMutakallimun ( berdebat dengan Pendeta Nasrani dan agama-agama lain ), Sufiyyun (hubungan antara agama secara metafizik dan fizik ) , Fuqaha ( hukum hakam antara agama)dan Falsafah( kajian saintifik , antropologi dan sosiologi serta agama ). Penerimaan Islamsebagai agama Persekutuan oleh kaum-kaum lain melalui perlembagaan menjadikanmasyarakat di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengecapi hidup secaraharmonis. Islam menjadi tunjang kepada pembentukan Tamadun Malaysia, tanpa menindasagama-agama lain untuk dianuti. 3
  • 4. Kepelbagaian etnik yang mengamalkan kepercayaan , adat, cara hidup atau pun budayaberbeza-beza menjadikan cabaran yang lebih kuat dalam pembentukan Tamadun. Perbezaanini dapat dinilai dan ditinjau dari aspek politik, ekonomi dan sosial. Peristiwa 13 Meiyang berlakudi antara kaum-kaum utama yang terdapat di Malaysia adalah bertitik tolak daripada rasa tidakpuas hati antara kaum Melayu, Cina dan India. Ketegangan yang berlarutan telah mencetuskanperselisihan faham dan seterusnya pertumpahan darah. Konflik yang dicetuskan ini telahmenggugat kestabilan politik ,ekonomi dan sosial masyarakat di Malaysia. Pembentukantamadun Malaysia telah tercalar akibat tiada penerimaan dan toleransi antara kaum yang ada. Peristiwa itu adalah suatu contoh kegagalan dialog antara budaya dan komunititamadun-tamadun yang terdapat di Malaysia. Ia telah memberikan suatu impak yang besarterhadap politik di Malaysia. Persefahaman tidak wujud lantaran ketidaksamaan ideologi antarakaum. Pada dasarnya, walaupun telah lama berhijrah ke Tanah Melayu dan menetap di sinisehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, ada di antara kaum pendatang dari NegaraIndia dan China masih berkiblatkan negara asal mereka. Arus pemikiran serta pegangan politikmereka masih berbau politik di negara asal. Keadaan ini telah menyukarkan kewujudansemangat nasionalisme Malaysia di kalangan semua kaum tersebut. Dari aspek politik juga, setiap kaum di Malaysia adalah berkecenderungan menyertaiparti politik yang dapat mewakili kaum mereka demi kepentingan bersama. Kecenderungan inimenyebabkan pelbagai parti politik ditubuhkan. Kepentingan ideologi , dasar , pegangan danpembawaan parti-parti poltik ini sebenarnya menjarakkan hubungan antara kaum yang ada.Namun kita dapat melihat persepakatan dapat dicapai bersama untuk mewujudkan kerjasamadalam pemerintahan dengan tertubuhnya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang masing-masing bertoleransi sesama parti kompenan untuk mewujudkan persefahaman. Persepakatanini dilihat perlu oleh para pemimpin dalam usaha pembinaan tamadun Malaysia .BarisanNasional yang terdiri dari parti-parti kompenan dominan iaitu UMNO,MCA,MIC dilihat lebihmemberi impak dalam usaha mewujudkan persefahaman dan Tamadun Malaysia berdasarkanpencapaian yang yang telah ditunjukkan.“ Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” YAB Dato‟ Sri NajibTun Abdul Razak. Perucapan YAB Dato‟ Ssri Najib Tun Abdul Razak merupakan suatu iltizam Malaysia kearah pembentukan suatu Tamadun Malaysia yang unggul. Konsep Satu Malaysia yang 4
  • 5. diperkenalkan oleh beliau adalah bertujuan memperkukuhkan hubungan dan kerjasama antararakyat pelbagai kaum di negara ini untuk menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran yangboleh menggugat kesejahteraan hidup rakyat Malaysia. Pelbagai usaha dan dialog diadakandari semasa ke semasa ke arah mencapai kemurniaan tamadun. Di dalam sistem ekonomi Islam, konsep riba adalah diharamkan sama sekali. Sebarangurusniaga berteraskan riba adalah dilarang tegas. Ini adalah bertujuan untuk memelihara hak diantara penjual dan pembeli agar tidak berlaku penindasan ke atas mana-mana pihak. Manakaladi dalam ekonomi tamadun bukan Islam, konsep halal haram tidak pernah timbul apabila berkaitdengan keuntungan yang diperolehi. Apa yang dipentingkan hanyalah untuk memaksimumkankeuntungan di dalam sebarang urusniaga. Hal ini telah memberikan tekanan kepada penganut-penganut agama Islam dan berlarutan sehingga ke hari ini. Di dalam sistem ekonomi yangdiamalkan pada hari ini, masyarakat Islam sebenarnya masih tidak dapat lari daripada menjadimangsa urusniaga berteraskan riba. Ini adalah kerana dasar ekonomi global adalah dimonopolioleh kaum bukan Islam. Inilah cabaran yang telah mewujudkan jurang yang ketara dari segiekonomi di antara komuniti di dalam Tamadun Islam berbanding komuniti lain. Selain itu, faktor sejarah juga telah meletakkan bidang ekonomi sebagai suatu cabarandialog antara pelbagai tamadun yang terdapat di Malaysia pada hari ini. Kesan daripadapenjajahan British di Tanah Melayu telah mewujudkan perbezaan sektor ekonomi antarakaum.Penjajah British melalui Sistem Kangany telah membawa masuk buruh dari India Selatanbermula pada tahun 1890 sehingga 1938. Mereka telah ditempatkan untuk bekerja di ladang-ladang getah. Sementara itu, menjelang tahun 1820-an, buruh-buruh Cina pula telah di bawamasuk ke tanah Melayu.Mereka ditempatkan di lombong-lombong bijih timah. Oleh keranasikap gigih dan sanggup bersusah payah untuk maju, kaum Cina telah berjaya membeli danmenguasai sebahagian besar lombong-lombong bijih timah yang terdapat di Tanah Melayupada masa itu. Meraka telah berjaya menjadi majikan dan mengupah orang Melayu tempatanuntuk menjadi buruh. Bermula semenjak itu, sumber ekonomi ketiga-tiga kaum ini telahditentukan dan ini berlarutan sehinggalah ke hari ini di mana keadaannya masih tidak jauhberubah. Sumber ekonomi ketiga-tiga kaum terbesar di Malaysia ini masih tidak jauh bezanyadengan keadaan asal. ( Asmawati Ahmad Ishak .1992) Perbezaan tersebut telah menyukarkan dialog dan persefahaman antara komunititamadun yang terdapat di Malaysia kerana sukar untuk mewujudkan tahap ekonomi yang samataraf. Situasi menang menang tidak dapat diwujudkan di antara ketiga-tiga kaum utama ini. 5
  • 6. Akan tetapi, sikap tolak ansur dan tidak berhasad dengki antara satu sama lain telah berjayamengekalkan keharmonian di kalangan pelbagai kaum. Pelbagai dasar ekonomi yangdirancang kerajaan dilihat dapat menseimbangkan jurang ekonomi antara kaum. DasarEkonomi Baru (DEB) yang berlangsung selama 20 tahun merupakan tujuan untuk mewujudkankeseimbangan dan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum tanpa mengambil hak kaumlain. Toleransi antara kaum dapat dilihat dengan tiada berlakunya konflik yang menggagalkanhasrat murni kerajaan ini ke arah pembentukan Tamadun Malaysia yang unggul.(Yew CheeWai.2001). Dari aspek sosial, kita dapat lihat terdapat 7 era perubahan dalam sosio-budayamasyarakat di Malaysia. Bermula dengan Empayar Melayu Melaka, Keruntuhan EmpayarMelaka , Penjajahan Portugis dan Belanda , Penjajahan Inggeris , Penjajahan Jepun , PraKemerdekaan dan Selepas Kemerdekaan. Perubahan-perubahan ini meninggalkan kesan yangmendalam dalam pembinaan Tamadun Malaysia. Tanah Melayu asalnya terdiri dari pendudukMelayu dan Bumiputera telah berkongsi hidup dengan kaum-kaum lain terutamanya kaum Cinadan India. Dasar pecah dan perintah oleh Inggeris mewujudkan jurang yang besar sehinggaMalaysia mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tamadun Islam, amat menekankan kesamarataan hak dan taraf semua manusia. Tidakwujud perbezaan di antara seorang manusia dengan manusia yang lain kecuali tahapketaqwaannya kepada Allah s.w.t. Apa yang benar-benar membezakan seseorang adalahkeimanannya kepada Allah serta amal ibadah yang dilakukannya. Hal yang demikian adalahjauh berbeza dengan Tamadun India di mana manusia adalah terbahagi kepada kasta. Kastaitu pula boleh diwarisi dari generasi ke generasi. Meraka dari kasta yang lebih tinggi iaitu KastaBrahmin berhak mendapat layanan kelas pertama serta layak melakukan pekerjaan yang lebihmulia. Manakala mereka yang berketurunan Paria, iaitu kasta yang paling rendah tidak berhakmendapat sebarang keistimewaan dan hanya layak menjadi hamba suruhan kasta yang lebihtinggi. Bagi Komuniti Tamadun Cina pula, mereka mengelaskan komuniti mereka berdasarkantahap pendidikan dan kemahiran yang dimiliki oleh individu. Di sini juga tidak wujudkesamarataan hak antara individu di dalam kelompok tersebut. Ketidaksamaan di antara tamadun inilah yang mewujudkan cabaran yang amat sukardicarikan persefahamannya. Namun kini kita dapat melihat kegiatan ekonomi tidak lagididominasi oleh sesuatu kaum sahaja. Kaum India ( Paria ) yang dikelaskan golongan bawahanbebas memperoleh apa-apa pekerjaan dan menguasai ekonomi yang lebih tinggi. Ini Kerana 6
  • 7. jalinan tamadun Islam yang diterima oleh kaum India memberi kebebasan kepada merekauntuk tidak terkongkong dengan pegangan asal mereka.Pelbagai usaha dilakukan olehkerajaan untuk menangani permasalahan ini. Antaranya penubuhan Jabatan PerpaduanNegara , Jabatan Penerangan dan pelbagai lagi untuk memberi kesedaran betapa pentingnyahubungan antara kaum dijalinkan dengan kesedaran saling memerlukan antara satu sama lain.Sekiranya masyarakat sentiasa prejudis antara satu sama lain , tiada semangat penerimaandan toleransi amatlah sukar dalam usaha pembinaan tamadun bersama. Walaubagaimanapun,sebagai sebuah negara yang terdiri dari berbilang bangsa, masyarakat di Malaysia adalahbebas berpegang teguh kepada budaya masing-masing dan tidak perlu memandang serongterhadap satu sama lain. Inilah yang membentuk keunikan Masyarakat majmuk di Malaysiaberbanding masyarakat lain. Dari aspek globalisasi ataupun dunia tanpa sempadan , pelbagai unsur positif dannegatif menyerap masuk dalam negara kita. Oleh itu adalah amat penting negara menyusunpelbagai strategi agar pembinaan bangsa Malaysia tidak tergugat. Unsur-unsur negatifantaranya isu-isu terorismedan pelampau Islam yang digembar-gembur oleh Barat merupakansatu ancaman dan cabaran penting. Imej buruk Islam sebagai agama pengganas, sukakanpeperangan sedikit sebanyak memberi impak kepada Malaysia sebagai sebuah negarapendokong Islam. Pelbagai kegiatan dialog dapat memberi pandangan yang jelas terhadapIslam. Unsur-usur negatif lain seperti pemakaian, muzik , budaya “Barat” seharusnya disekatdari menjadi ikutan masyarakat di Malaysia. Pengaruh-pengaruh negatif ini bolehmembantutkan usaha-usaha pembentukan Tamadun Malaysia yang unggul.Kesimpulan Usaha pembinaan Tamadun Malaysia bukanlah suatu yang mudah , usaha inimemerlukan kerjasama , penerimaan dan toleransi yang tinggi antara semua kaum terlibat.Semua kaum di Malaysia perlu menganggap mereka adalah bangsa Malaysia yang manasegalanya perlu dinikmati bersama. Malaysia adalah negara kita , tiada masyarakat atau kaumyang akan dipinggirkan. Penghayatan nilai-nilai murni diharap dapat menyatu padukan rakyatMalaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iatu satu negaradan satu bangsa. Interaksi yang dijalin tanpa rasa syak wasangka, sentiasa bertolak ansur ,menerima dengan hati yang terbuka diharapkan dapat mewujudkan sebuah Tamadun Malaysiayang unggul. 7
  • 8. Refleksi Syukur Alhamdulillah, dengan sedaya upaya saya cuba menyiapkan kerja kursusTamadun Islam dan Tamadun Asia ( WAJ 3101). Pada mulanya apabila mendapat kerja kursusini saya rasa tidaklah terlalu sukar untuk menyiapkan penulisan dengan bahan-bahan yang 8
  • 9. dikumpul sama ada dari internet mahu pun buku-buku yang berkaitan. Setelah mendalami tajukini dan membaca bahan-bahan rujukan yang dikumpul, saya merasakan betapa kerdilnya diriini. Makin dibaca makin tidak tahu , makin dibaca makin tidak faham. Penulisan-penulisanilmiah berkaitan Tamadun Islam terlalu banyak dan meluas ditulis para Sarjana tempatan mahupun luar negara. Terutama apabila hendak dikaitkan dengan cabaran-cabaran dialog antaratamadun khasnya di Malaysia. Maksud cabaran itu sudah pastinya melibatkan permasaalahan yang timbul danpenyelesaian yang telah diambil mahu pun yang boleh dicadangkan. Konteks dialog itu sendirisebenarnya membawa maksud yang amat luas , adakah secara formal yang dicetuskan olehpara ilmuan , pihak kerajaan , parti-parti politik untuk mencapai kesepakatan dalam membinatamadun. Adakah perbualan seharian seorang rakan kaum Cina dan Melayu di kedai kopi bolehmencetuskan pembinaan Tamadun Malaysia. Saya merasakan persoalan yang dikemukanterlalu luas untuk dikupas. Adakah penulisan esei hanya berbentuk naratif ataupun memerlukanpemberian pendapat dengan hujah-hujah para ilmuan yang ahli dalam bidang ketamadunan. Secara tidak langsung melalui pembacaan dibuat para ilmuan Islam dan bukan Islammenjadi rujukan dalam pengumpulan bahan. Para ilmuan lampau dan masa kini menjadisumber maklumat. Melalui pembacaan dibuat saya begitu kagum dengan bekas PerdanaMenteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan. Semasabeliau menjadi Perdana Menteri Malaysia dapat kita lihat betapa Malaysia menempa kejayaandemi kejayaan sehinggakan dikenali di mata dunia. Era pertanian dimajukan kepada industriyang pesat membangun. Beliau merupakan tokoh pembinaan Tamadun Malaysia yang unggul.Beliau menyediakan tapak yang kukuh dalam pembinaan tamadun Malaysia. Secara tidaklangsung tokoh-tokoh Tamadun Islam seperti Ibnu Sina(1037M) , Al Farabi(950M), IbnuKhaldun(1406M) dan pelbagai tokoh lagi dikaji untuk memperoleh intipati berkaitan tajuk ini.Tokoh-tokoh lain seperti Kung Fu Tze ( China ) , Mahatma Ghandi (( 1948M ) , SiddhartaBuddha ( 623SM) turut menjadi rujukan untuk memahami Tamadun Asia. Daripada dialog-dialog antara tamadun umumnya di Asia khasnya di Malaysia, telah mewujudkan interaksiantara kaum ke arah kebaikan dan keperluan untuk hidup bersama sebagai masyarakat ataupun warga sesebuah negara. Dalam menyiapkan tugasan ini sudah pastilah perbincangan bersama-sama rakan amatperlu sama ada rakan sekuliah mahu pun di tempat kerja. Percanggahan pendapat tentang 9
  • 10. tajuk itu sendiri , penghuraian berkaitan isi-isi yang perlu diutarakan yang tidak perludibincangkan menjadikan tugasan ini lebih sukar untuk dilaksanakan. Namun kepada saudaraAriff rakan sekuliah yang sentiasa berhubung, terima kasih diucapkan. Kepada isteri yang turutsama-sama mengumpul bahan, jasa mu ku kenang hingga ke akhir hayat. Buat rakan-rakansekuliah dan di SK Siong jasa kalian amat dihargai. Buat Ustaz Jazmin Md Isa yang sentiasamemberi ilmu pengetahuan dalam siri-siri kelas diadakan, terlalu banyak sumbangan anda,kadang-kadang masa yang diperuntukan terlalu singkat untuk membicarakan kursus ini yangbegitu menarik untuk dikaji dan diperhalusi dan didalami.Terima Kasih. 10

×