PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB
(KPT 6044)

TUGASAN 3:
KAEDAH TINJAUAN
APLIKASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBEL...
PENGENALAN
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan
teknologi komunikasi. Teknologi...
Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tahun 1
Kurikulum Standard TMK Tahun 1 telah dibina bersesuaian dengan ta...
Walaupun terdapat pelajar yang agak lemah dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar
dan menggunakan komputer di kelas. ...
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti keupayaan guru-guru Tahun Satu menggunakan aplikasi ICT.
2. Mengkaji bagaimana ICT memud...
menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh
disediakan bagi kegunaan pelajar dan guru.
...
4. Apakah respon para pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan
ict?
5. Bagaimanakah pencapaian pela...
merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kongnitif,
kreativiti dan inovasi, reka cipta, rek...
pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit
sebanyak sudah pasti akan mengubah...
pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit
sebanyak sudah pasti akan mengubah...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Tugasan3 ict tinjauan

1,370 views
1,248 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,370
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
13
Actions
Shares
0
Downloads
91
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan3 ict tinjauan

  1. 1. PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB (KPT 6044) TUGASAN 3: KAEDAH TINJAUAN APLIKASI ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MURID TAHUN 1 DISEDIAKAN OLEH; MOHD NUSI B SIBULAH M2012100786 PENSYARAH; Prof. Madya Dr. Abd. Latif Bin Haji Gapor 1
  2. 2. PENGENALAN Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran, memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antarasekolah-sekolah dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar. Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata . KPM merangkumi 3 polisi utama iaitu ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara sekolah, fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan dan menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sesuatu sistem pengurusan. Biarpun penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran sudah lama diperkenalkan, masih ramai guru yang mengelak daripadanya. Guru lebih selesa dengan kaedah tradisional dan tidak mengaplikasikan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran mereka. Jika dilihat matlamat utama pengintegrasian ICT adalah untuk melibatkan pelajar dalam pembelajaran bermakna dan bukannya untuk pelajar menggunakan teknologi semata-mata. Pembelajaran berkomputer lazimnya dikaitkan dengan beberapa istilah dalam bahasa Inggeris iaitu Computer Assisted Learning (CAL) iaitu pembelajaran berbantukan komputer, Computer Assisted Instruction (CAI) iaitu pengajaran berbantukan komputer dan Computer Based Learning (CBL) iaitu pembelajaran berasaskan komputer. Pendekatan yang terbaik dalam penggunaan ICT ialah penggunaan yang sesuai dengan keperluan murid, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek, iaitu aspek pengajaran di mana guru menggunakan ICT dan aspek pembelajaran iaitu pelajar menggunakan ICT. 2
  3. 3. Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Tahun 1 Kurikulum Standard TMK Tahun 1 telah dibina bersesuaian dengan tahap perkembangan dan bersesuaian dengan aspek pembangunan dan kemajuan masa kini. Walaupun kaedah dan sistem yang ada cukup untuk membantu dalam perkembangan pelajar Tahun Satu dari segi JERI namun kelebihan ICT juga amat berguna dan membantu dalam melicinkan lagi proses pembelajaran di Tahun 1 sekolah rendah . Terdapat banyak kepentingan ICT ini termasuklah membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan membantu pelajar untuk menjelajah dunia ICT agar tidak ketinggalan dengan arus pemodenan. Penggunaan peralatan ICT seperti komputer amat penting dalam membantu pelajar untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak.Antara kepentingan internet kepada pelajar adalah seperti membantu mereka untuk memperolehi maklumat dan bahan yang mereka sukar dapatkan di sekolah. Selain itu, pelajar juga dapat membuat aktiviti yang melibatkan interaksi dengan pelajarpelajar lain dari luar negara melalui perkhidmatan internet. Mereka juga dapat membuat projek kelas menggunakan komputer dengan bantuan internet. Contohnya di negara barat, pelajar berumur 4 tahun berpeluang untuk melayari laman web sekolah mereka dan memasukkan gambar mereka. Di samping itu, mereka juga boleh memasukkan suara mereka sekali. Seterusnya, ICT juga dapat meningkatkan pembelajaran secara kolaboratif. Seperti contoh diatas, penggunaan ICT dapat meningkatkan penglibatan pelajar-pelajar dengan aktiviti-aktiviti serta proses pembelajaran melalui “peer group” yang lebih bersifat global. ICT merupakan sesuatu yang amat luas penggunaannya dan ini memberikan banyak pilihan kepada guru Tahun Satu dalam merancang pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Antaranya adalah, ICT boleh digunakan untuk pengayaan bagi pelajar yang agak cerdik berbanding dengan pelajar lain supaya mereka tidak merasa bosan dalam kelas dengan memberikan mereka aktiviti yang lebih mencabar minda. Malah, ICT juga sesuai digunakan untuk pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah kehidupan sebenar. Aktiviti yang berkaitan dengan masa depan juga boleh dibuat serta aktiviti yang berbentuk simulasi. Penggunaan ICT dapat memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing dan mendorong murid terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran. Secara umumnya, ICT berupaya membantu untuk meningkatkan kefahaman serta penguasaan murid terhadap pelajaran yang disampaikan. 3
  4. 4. Walaupun terdapat pelajar yang agak lemah dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan komputer di kelas. Ini dapat meningkatkan motivasi mereka sebagai pelajar walaupun lemah dan melatih mereka kearah pembelajaran individu. DEFINISI KONSEP Pengajaran Pengajaran adalah proses di mana kegiatan-kegiatan disusun untuk pelajar bertujuan untuk membawa perubahan tingkah laku pada diri mereka dalam proses pembelajaran. Ianya melibatkan kegiatan Merancang dan Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, Memilih strategi pengajaran, Aktiviti pengajaran dan pembelajaran, Menilai dalam satu-satu pengajaran Pembelajaran Pembelajaran diertikan sebagai proses perubahan tingkah laku yang agak kekal akibat pengalaman atau latihan ICT ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan ‘Information and Communication Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasimaklumat Teknologi maklumat boleh di takrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat. ICT merupakan teknologi yang diperlukan untukpemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan segalaaspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumattanpa mengira tempat dan waktu. PERNYATAAN MASALAH Kajian ini dijalankan untuk melihat pengaplikasian kemudahan ICT di Tahun Satu. Pengalikasian ICT menjadi semakin penting hari ini sebagai alat bantu mengajar dan ia dikatakan amat berkesan dalam menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran. Jadi kejian ini akan memberi gambaran bagaimana guru-guru Tahun Satu memainkan peranan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran serta melihat keberkesanannya dalam menarik minat pelajar. 4
  5. 5. OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenal pasti keupayaan guru-guru Tahun Satu menggunakan aplikasi ICT. 2. Mengkaji bagaimana ICT memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Mengkaji prestasi pelajar apabila kemudahan ICT digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. PERSOALAN KAJIAN 1. Adakah guru-guru Tahun Satu memanfaatkan kemudahan ICT dengan sebaik mengkin? 2. Apakah ICT memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran? 3. Adakah penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran menarik minat pelajar? KAJIAN LITERATUR Burnett (2010) mengatakan bahawa, kanak-kanak pada masa kini membesar dalam textual landscape di mana mereka mempunyai pelbagai cara berinteraksi dan bermain dengan aktif di dalam persekitaran yang dicipta melalui teknologi digital seperti permainan komputer, telefon bimbit dan dunia virtual. Kajian-kajian penggunaan ICT pada peringkat awal kanakkanak menunjukkan pendedahan kepada komputer multimedia boleh memberangsang dan mendorong kanak-kanak belajar dengan lebih baik, cepat dan berkesan.Pendedahan awal kanak-kanak kepada ICT dan teknologi digital dapat membina pemikiran kritikal, meningkatkan kreativiti, meneroka pelbagai bidang, mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam situasi, di samping meningkatkan minat dan perhatian. Banyak konsep asas dalam pembelajaran boleh disampaikan dengan berkesan melalui program pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer multimedia (Maier & Warren 2002; Parker 2008). Menurut Alessi dan Trollip (2001) pula, pembelajaran menerusi ICT mempunyai banyak kelebihan. Antara kelebihan itu ialah: murid boleh mencapai bahan pembelajaran pada bilabila masa dan di mana jua mereka berada; bahan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan yang terdapat di seluruh dunia; pengurusan dan mengemas kini bahan 5
  6. 6. menjadi semakin mudah dan pantas; dan pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar dan guru. Pada asasnya, kanak-kanak mendapat pengalaman melalui manipulasi benda benda maujud atau konkrit serta penerokaan persekitaran mereka. Kanak-kanak belajar daripada persekitaran mereka melalui lima deria semula jadi yang dianugerahkan sejak mereka lahir. Daripada pengalaman ini kanakkanak akan menganalisis pengetahuan dan mengukuhkan konsep pembelajaran mereka. Teori kematangan kanak-kanak yang diasaskan oleh Rousseau dan teori perkembangan kognitif kanak-kanak oleh Piaget, Bruner dan Vygotsky menekankan bahawa kanak-kanak berkembang mengikut keupayaan apabila didedahkan pada persekitaran yang optimum. Dalam pasaran masa kini, terdapat pelbagai jenis program dan perisian yang boleh diperoleh dengan mudah. Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai bahan pembelajaran yang berbentuk akademik mahu pun permainan. Semua ini alat rangsangan yang menyediakan pengalaman pembelajaran berharga sekiranya diurus dan diselia dengan baik (Marsh 2004; Abdul Halim 2008). Dalam Kurikulum Standard Sekolah Kebangsaan, guru disaran menggunakan pelbagai pendekatan aktiviti yang sesuai dengan perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat dan minat kanak-kanak. Guru perlu menjalankan aktiviti yang melibatkan kanak-kanak secara aktif supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan dan menggembirakan. Pendekatan aktiviti menggunakan ICT disarankan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran; memperoleh maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya; dan memperkayakan pengalaman pembelajaran. Kajian ini akan melihat kaedah yang telah digunakan oleh guru-guru Tahun Satu bagi mangadaptasikan kemudahan ICT dalam pengajaran mereka dan keberkesanannya kepada murid-murid. Dapatan kajian merupakan maklumat yang diperoleh persoalan-persoalan berikut: 1. Adakah anda menggunakan sepenuhnya kemudahan ict dalam pengajaran dan pembelajaran? 2. Adakah anda mahir mengaplikasikan kemudahan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran? 3. Adakah penggunaan ICT banyak membantu dalam Pengajaran dan pembelajaran? 6
  7. 7. 4. Apakah respon para pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan ict? 5. Bagaimanakah pencapaian pelajar apabila penggunaan ict diaplikasikan? METODOLOGI Reka Bentuk kajian Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kualitatif, temubual dan pemerhatian. Populasi dan Sampel Populasi kajian ini adalah guru-guru Tahun Satu di SK AU Keramat. Seramai 5 orang guru yang mengajar di Tahun Satu telah dijadikan sampel dalam kajian ini. Instrumen kajian Daripada 5 soalan yang telah digubal dan ditemubual kepada responden, maklumat yang diperoleh akan dijadikan dapatan kajian dalam kajian ini. DAPATAN KAJIAN Diantara dapatan yang diperolehi daripada kajian di atas adalah seperti berikut; 1.Kekangan Dalam Menghabiskan Silibus Daripada temubual dengan lima orang guru yang kurang atau tidak menggunakan komputer untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mereka didapati masalah utama yang dihadapi mereka adalah kekangan untuk menghabiskan silibus kerana menurut mereka penggunaan internet memerlukan masa yang lama untuk dilayari dan diakses walaupun dari segi sikap mereka bersedia menggunakan komputer dalam pengajaran. 2.Tidak Mahir menggunakan aplikasi Penggunaan IT mempunyai hubungan yang signifikan dengan bidang pelbagai kecerdasan atau multiple-intelligences yang mencorakkan budaya pembelajaran yang tidak lagi terikat kepada pembelajaran konvensional. Kecekapan dan kemahiran komputer dalam pembelajaran 7
  8. 8. merupakan satu kebolehan yang dikaitkan dengan kecerdasan, perkembangan kongnitif, kreativiti dan inovasi, reka cipta, reka bentuk, visual, pembelajaran maya dan sebagainya. IT juga merupakan bidang kecerdasan artificial yang penting dalam era ICT 3. Kekurangan Prasarana dan Bahan Sokongan Era teknologi maklumat memerlukan sistem pendidikan dan institusi sekolah menggubal matlamat utama pendidikan bagi membentuk generasi muda yang celik dan mahir komputer. Satu cabaran penting pendidikan di sekolah ialah menyediakan kemudahan komputer untuk semua pelajar. Ini bermakna kemudahan komputer tidak terhad kepada kelas tertentu sahaja Penyediaan prasarana komputer yang tidak mencukupi untuk kaedah pembelajaran dan pengajaran di sekolah serta kemudahan mengakses Internet yang lembab dan selalu terganggu tidak menjamin keberkesanan pembelajaran pengajaran secara on-line. 5.0 Rumusan dan Cadangan Sebagai rumusannya, sebelum seseorang itu menjadi guru, mereka perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu penggunaan dan pengaplikasian kemudahan ICT yang terkini dan moden. Kegagalan pengaplikasian sumber-sumber atau alat bantu pengajaran ini perlu diberi perhatian agar tidak berlaku pembaziran sumber. Jadi, isu ini perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar generasi anak Malaysia celik IT (information technology) sejak dari awal lagi supaya mereka lebih berdaya saing sekaligus melahirkan modal insan yang serba boleh. Program perkembangan staf yang melibatkan guru di sekolah-sekolah harus dirancang dengan baik. Ini boleh membawa kepada inovasi pendidikan dilakukan. Program itu dan inovasi baharu dalam dan perlaksanaan dasar pembaharuan harus sentiasa terbuka kepada perubahan, pembaharuan penggunaan ICT di sekolah.Guru juga perlu bersedia meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka bagi menjadikan komputer sebagai teknologi pengajaran dan pembelajaran menggantikan pendekatan konvensional. Pihak sekolah perlu memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia kemudahan komputer, sambungan seperti Internet makmal komputer. Selain itu, pihak sekolah juga perlu meningkatkan infrastruktur seperti rangkaian, kandungan tempatan, insentif dan perundangan untuk membentuk persekitaran yang membolehkan penyediaan infrastruktur. Dalam keghairahan mengguna teknologi maklumat dalam pendidikan, kita harus berwaspada terhadap bahaya dan kesan negatif akibat penggunaan yang tidak terkawal. Walau apapun 8
  9. 9. pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanakkanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakanteknologi canggih ini. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam bidang pendidikan ini memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan antara penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi maka Teknologi Maklumat dan Komunikasi dilihat mampu memperkasakan ekonomi penduduk melalui kejayaan dalam pendidikan. BIBLIOGRAFI Azizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan, PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. www.moe.gov.my/.../index.php?...168%3Akurikulum. www.moe.gov.my/kssr.bpk.my/ http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/pen_pem.htm http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN http://www.slideshare.net/ISMAILMAMAT/ict-dan-multimedia-kanak-kanak-prasekolah http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_maklumat 9
  10. 10. pandangan kita, penggunaan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran sedikit sebanyak sudah pasti akan mengubah corak pendidikan masa depan dan tingkah laku kanakkanak. Oleh itu, pengawalan dan pengawasan yang rapi harus diberikan apabila menggunakanteknologi canggih ini. Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam bidang pendidikan ini memberi kesan besar kepada usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang berdaya saing. Memandangkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi merupakan antara penentu utama dalam proses pembangunan bagi meningkatkan ekonomi maka Teknologi Maklumat dan Komunikasi dilihat mampu memperkasakan ekonomi penduduk melalui kejayaan dalam pendidikan. BIBLIOGRAFI Azizi Yahaya et al. (2007). Menguasai Penyelidikan, PTS Profesional Publishing Sdn Bhd. www.moe.gov.my/.../index.php?...168%3Akurikulum. www.moe.gov.my/kssr.bpk.my/ http://members.tripod.com/jpn_sem3/publish/pen_pem.htm http://www.scribd.com/doc/4762752/PERANAN-ICT-DALAM-PENDIDIKAN http://www.slideshare.net/ISMAILMAMAT/ict-dan-multimedia-kanak-kanak-prasekolah http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_maklumat 9

×