Teks pengacara program 3 penjuru sk palong 7 2014

1,967 views

Published on

teks pengerusi majlis

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,967
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
43
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teks pengacara program 3 penjuru sk palong 7 2014

  1. 1. TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU SK PALONG 7 2014 TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU SK PALONG 7(F) 2014 Pembuka Bicara ‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ ‫السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته‬ ‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬ .‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬ ‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬ .‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬ Assalamualaikum dan salam 1 malaysia Protokol 1. Yang berbahagia YDP PIBG SK Palong 7 En.Ghazali Zakaria 2. Yang dihormati wakil Tuan Pengurus Felda Palong 7 3. Yang berusaha Pn.Ainy Bt Ahmad,GPK SKP7 4. Ahli –ahli Jawatankuasa Pelaksana majlis program 3 penjuru 5. Para Guru SKP7 6. Calon-calon UPSR SKP7 2014 berserta penjaga dan keluarga serta murid-murid Tahun 5 7. Ibubapa tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelian Kata alu-aluan Bukan lebah sebarang lebah Lebah bersarang di pohon kayu Bukan sembah sebarang sembah Sembah adat pusaka Melayu
  2. 2. Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam menjayakan program pertemuan 3 penjuru bagi tahun 2014 di dewan gemilang yang serba indah ini. Terlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran yang dikasihi En Ghazali Bin Zakaria, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan guru yang telah sudi meluangkan sedikit masa majlis yang penuh bermakna ini. Pergi berhuma di Tanjung Rokan Sebelum pulang mengail ikan Kehadiran tuan-puan kami alukan Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan Bacaan Doa Sidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan, Kalau pergi ketanjung keramat Anak manis jangan di angkat Bersama kita memohon rahmat Moga majlis mendapat berkat Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Alfadhil Ustz Mohd Razfaishal Bin Muhammad untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan. ....Tamat Bacaan doa Amin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustz Mohd Razfaishal Bin Muhammad atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Ucapan alu-aluan MC
  3. 3. Hadirin- hadirat yang dihormati , Program tiga penjuru ini bermatlamat bagi memberi Peluang kepada penjaga/ibu bapa/pensyarah dan pelajar berinteraksi supaya dalam membincangkan sahsiah anak mereka terutama di sudut akademik sepanjang proses pembelajaran mereka di SK Palong 7. Hal ini juga dapat membuka peluang murid, guru dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi semasa diskusi nanti. Di antara objektif pertemuan ini diadakan adalah: 1. Ibu bapa / penjaga berpeluang berkenalan dengan para guru yang mengajar anak mereka 2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka 3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di sekolah 4. Para gurudapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah 5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan guru di sekolah. Ucapan GPK 1 Para hadirin yang dihormati sekalian, Majlis dimulai dengan ucapan GPK 1 SKP7 Pn.Ainy Bt Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan puan. ……………….Tamat Ucapan Majlis mengucapkan terima kasih kepada yang berusaha Pn.Ainy Bt Ahmad atas ucapan sebentar tadi. Penerangan carta aliran pergerakan ibu bapa Program diteruskan dengan sesi Ceramah Motivasi. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama ibu bapa untuk merujuk seketika buku program yang telah diedarkan semasa pendaftaran tadi.
  4. 4. Jika ibu bapa merujuk carta alir pergerakan ibu bapa, sebaik sahaja selesai ucapan GPK 1 SKP7, bagi ibu bapa dan semua murid tahun 5 dan 6 akan mendengar dan mengamati perkongsian dan tips berguna untuk mencapai kecemerlangan. InsyaAllah…dengan itu tanpa melengahkan masa majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Kamarol Zaman Bin Rashid untuk menyampaikan ceramah beliau..Dipersilakan. Pengumuman Hadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian, Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai sesi Ceramah Motivasi, ibubapa dan para murid akan diserahkan kepada Mentor masing-masing. Penutup Sebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf. Bersinar mentari memberi cahaya Cahaya bersinar panas terasa Adat majlis ada pincangnya Maafkan kami insan biasa puteri bersiram tepi perigi mencedok air berhati-hati izinkan kami berlalu pergi jangan ada dendam dihati Kami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

×