Dokumen tersebut memberikan delapan cara bagi menjadi suami yang hebat, termasuk menjadi imam solat, mengajarkan ilmu agama, memasak, dan membantu mengurus anak-anak. Suami perlu memimpin keluarga dengan baik, memiliki pengetahuan luas, dan membantu mengurangai beban isteri untuk membina rumah tangga bahagia.
1. 8 Cara Menjadi Suami Yang Hebat
Setiap isteri amat mendambakan seorang suami yang boleh menjadi pembantu dan juga
penyenang hatinya, bukan hanya si isteri sahaja yang perlu menyenangkan dan juga
menolong suaminya. Inilah rahsia kebahagiaan rumah tangga yang jika suami dan isteri
sama-sama dapat memahami dan memenuhi keperluan dan kehendak pasangannya,
rumah tangga yang sedia terbina akan terus terjalin bahagia dan dibarkahi. Berikut adalah
beberapa tip yang boleh dijadikan panduan kepada suami mahupun bakal suami dalam
meningkatkan pengetahuan tentang kehendak hati isteri dan sekaligus meningkatkan
kepercayaan dan keyakinan si isteri terhadap suami dalam memimpin keluarga.
1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin
rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang
sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat
adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam
agama.
2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan
untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini
mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan
peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru
yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.
3. Suami yang matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak
setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana
isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat
keputusan terhadap sesuatu perkara.
4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami
yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih
menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan
hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.
5. Suami yang ‘independent’
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh
pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat
2. melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan
comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!
6. Mempunyai prinsip dan pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan
ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga.. Pendirian ini akan menunjukkan
bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah
pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.
7. Menjaga anak-anak bersama isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang
mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak
kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong.
Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan
anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam
ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang
anda berikan.
8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri
amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik
dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang
sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.