• Save
Pentaksiran holistik
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Pentaksiran holistik

on

  • 681 views

 

Statistics

Views

Total Views
681
Views on SlideShare
681
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
0
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Pentaksiran holistik Pentaksiran holistik Document Transcript

  • KAEDAH BERKESAN KE ARAH PENTAKSIRAN HOLISTIKDALAM PEMBANGUNAN MURID BERASASKANSISTEM PENTAKSIRAN MURID MUSLEH ( SPMM )Oleh:Mohd.Ismail Bin Hj.Mohamood 1Penolong Kanan 1 SMK Segambut Jaya Kuala Lumpur_______________________________________________________________________AbstrakDewasa ini guru adalah tenaga terpenting dalam rangka melahirkan generasi danmembentuk mereka menjadi pewaris untuk pembangunan bangsa dan negara. Gurumerupakan pembentuk karektar anak bangsa agar mereka sedar bahawa merekalahpenggerak perubahan hadari. Oleh demikian guru seharusnya mempunyai kemahiran-kemahiran profesional untuk menjadi “character builder” agar guru mampu mendidikmurid dengan amanah dan penuh tanggungjawab. Justru guru perlu mengetahui apakahkeperluan yang diperlukan oleh murid dari aspek fizikal, keintlektualan, emosi,kerohanian, psikological, biological dan ‘human being’. Proses menolong dalampendidikan adalah satu pendekatan ke arah memenuhi tuntutan amanah tersebut dalammembantu murid-murid memperkembangkan potensi yang tersedia ada pada mereka.Akhirnya keseimbangan JERI akan tercapai dan proses kematangan EQ ( emosionalqualities) berjaya terbentuk dalam diri seorang murid. Sistem Pentaksiran Murid Muslehadalah di antara instrumen yang dicadangkan sebagai kaedah berkesan ke arah sistempentaksiran holistik dalam pembangunan murid terutama dalam tempoh umur 7 hingga12 tahun iaitu diperingkat sekolah rendah. Sistem pentaksiran hari ini adalah untukmelahirkan generasi pewaris yang berwibawa bukan sahaja bijak tetapi mempunyai ciri-ciri kepemimpinan dan jati diri yang utuh serta personaliti dan sahsiah yang unggul.Sesungguhnya untuk mencapai kecemerlangan dalam konteks pendidikan disekolah danpentaksiran holistik kita perlu wujudkan mekanisme ‘instrinsic motivation’ danpersekitaran yang menggalakan dan soleh.1.0 PENDAHULUANMotivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atauinginkan mencapai sesuatu matlamat. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rancanganatau kehendak untuk menuju kejayaan dan mengelakkan dari kegagalan hidup. Dengankata lain motivasi adalah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan diarahkan untukmencapai sesuatu matlamat. Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna ia telah1Mohd.Ismail bin Mohamood adalah Penolong Kanan Pentadbiran & Kurikulum SMK Segambut JayaKuala Lumpur .Beliau seorang Kaunselor dan Ahli Lembaga Akademik MUSLEH . Kertas kerjadibentang di Seminar SPMM anjuran Lembaga Peperiksaan Malaysia di Hotel Dynasty pada 20 -24 Nov20051
  • memperolehi kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan..Dengan adanya motivasi, maka wujudlah kerjasama, sifat suka tolong-menolong antarasatu sama lain.. Guru dan murid memerlukan motivasi untuk mengerakkan dirinya untukmencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang. Di sini motivasi bolehditakrifkan sebagai kebolehan atau persetujuan yang dilaburkan untukmengembangkan potensi dan tenaga demi mencapai matlamat atau jugapenghargaan. Oleh yang demikian motivasi adalah merupakan keadaan apabilakeperluan manusia itu dipenuhi dengan diberi ganjaran dan sesuatu status yang baik.Ekoran daripada itu, mereka akan bekerja dengan lebih baik kerana tiada lagikebimbangan, rasa selamat dan kehidupan yang terjamin telah tersedia untuk mereka.Begitu juga dengan kepuasan, jika seseorang itu diberi motivasi, maka secara tidaklangsung kehendak mereka telah dipenuhi . Terpenuhnya kehendak dan kemahuan olehseseorang itu boleh memberikan suatu kepuasan yang tidak terhingga pada diriseseorang. Pada masa yang sama guru juga menjadi “motivator” kepada pelajar-pelajarnya untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Seorang guru yang baik mestimempunyai motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan sertameningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang bermotivasijuga mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak kepada pelajar-pelajarnya.Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai minat untuk belajar bagimencapai matlamatnya. Mereka akan mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnyakepada pelajarannya. Mereka aktif di dalam dan di luar kelas, mudah bertindak dan sediamenerima teguran dan arahan guru. Mereka boleh berdikari dan suka memberikanpandangan dan pendapat dalam kelas. Pelajar-pelajar seperti ini mempunyai penggerakdalam dirinya untuk mencapai kecemerlangan akademik dan juga dalam hidupkeseluruhannya. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah bolehdicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa bermotivasi. Ahli-ahli psikologiberpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor.Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri dan jugakadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling. Melalui apa cara pun, manusiabertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudahuntuk mencapai matlamat tersebut.2
  • 2.0 Konsep MenolongMenolong adalah suatu proses yang sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata sebab iamempunyai makna-makna persendirian bagi tiap-tiap individu. Menolong seseorangmanusia lain adalah pada dasarnya suatu proses untuk membolehkan orang ituberkembang mengikut arah-arah yang dipilihnya bermakna memilih matlamatperkembangannya sendiri tetapi juga menentukan samada ia mahukan pertolongan.Dalam Islam, konsep menolong menjadi satu kewajipan muslim sebagaimana firmanAllah “Ertinya : Bertolong-tolonglah kamu dengan kebaikan dan taqwa dan jangan kamubertolongan di atas kejahatan .Rajah 1. Satu Formula Untuk Proses MenolongPersonalitiPenolong +Kemahiran-kemahiran =MenolongKeadaan yangmenggalakkanperkembanganHasil-hasil Khusustretsikapnilaiuntuk kefahamanuntuk keselesaanuntuk tindakankepercayaanhormat-menghormatikebebasanuntuk seseoranguntuk masyarakatDigambarkan dalam rajah 1 ; bahawa personaliti orang yang menolong digabungkandengan kemahiran-kemahiran khusus akan menghasilkan keadaan – keadaanperkembangan yang akan membawa kepada hasil tertentu yang penting kepadaseseorang dan masyarakat. Manakala personaliti dan kemahiran orang yang menolongmerupakan unsur-unsur asas di dalam proses menolong.3.0 Pentaksiran HolistikPentaksiran adalah satu proses yang berlaku terus menerus tanpa henti sepanjanghayat manusia, sama ada seperti proses pembelajaran yang melibatkan pengumpulan,penganalisisan dan penyatuan maklumat ( Hoy & Gregg, 1994 ) . Apabila kitamenjalankan pentaksiran sebenarnya kita tidak mentaksir orang itu secara langsung. Kitahanyalah menilai konstruk/ trait/ fitrah yang wujud secara mujarrad dalam diri orang ituseperti keupayaaan berbahasa, keupayaan berfikir , kepengetuan dan sebagainya.3
  • Dari segi pengertian, istilah pentaksiran itu sendiri merupakan evolusi istilah pengukuranyang lahir lebih awal daripada istilah pentaksiran. Istilah pengukuran pendidikandipinjam daripada sains fizikal dalam kerja –kerja pengukuran objek fizikal sepertipanjang kayu, berat batu dan isipadu cecair. Oleh itu, peringkat awal, teori yangdigunakan dalam pengukuran fakulti pemikiran manusia seperti pengetahuan, kemahirankebolehan, kecerdasan dan kecekapan sama seperti yang digunakan dalam pengukuranfizikal. Konsep keesahan dan kebolehpercayaan pengukuran misalnya sama seperti yangdigunakan di dalam pengukuran fizikal.Perkembangan masa dan pemikiraan manusia telah memberi perbezaan diantarapengukuran dan pentaksiran iaitu;Measurement of psychological attributes occurs when a quantitative value is assiggnedto the behavioural sample collected by using a test ( Croker & Algina , 1986 )Assesment could use qualitative or / and quantitive data, and could be formal ( e.g test )or informal ( e.g.obsetvasion ) ( Hoy & Gregg,1994 )Anak-anak murid kita sekarang sebenarnya berada dalam dunia yang berlainan denganapa yang kita duduki dahulu. Saidina Omar Al Khatab pernah berkata “ Didiklah anakkamu satu dunia yang bukan menjadi dunia kamu” Apabila kita mendidik anak kita satudunia yang bukan menjadi dunia kita bermakna kita juga mentaksir anak kita denganteori dan kaedah yang tidak terdapat dalam dunia kita. Oleh itu kita harus sentiasamemperkemaskan diri kita dan bersedia dengan perkembangan pesat dunia pentaksiran.4.0 Teori Keperluan Dan Motivasi MaslowMenolong bererti memberi keadaan – keadaan kepada yang ditolong untuk memenuhikeperluan-keperluannya. Maslow ( 1962) mengatur kan keperluan-keperluan ini dalambentuk hieraki kompleks yang saling berhubung yang mengandungi lima peringkatmenurut keperluannya bagi kewujudan manusia.4
  • Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang tertentu.Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluanyang kompleks. Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telahmenjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatuperingkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yanglebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asasterdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhibaharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkatpenghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagikeperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri.Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat seperti rajah 1 dibawah.:Rajah 1 ; Hieraki Teori Keperluan MaslowModel Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ‘ontological’individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya padamasa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikutidengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehinggakepada peringkat penyempurnaan kendiri. Kajiannya mendapati semakin tinggikeperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social5Nirwana kendiri( self-actualization )Harga diriKasih sayang dan rasa milikKeselamatanFisiologi ( makan,minum dan tempatKeperluan MengetahuiKeperluan Estetik
  • kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukantingkah-lakunya. Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman,kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaransosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Maka dengan itulahjuga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangandan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan.5.0 Teori EmosiKestabilan emosi merupakan salah satu elemen terpenting yang disarankan menerusiFalsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu marhalah emosi dalam pembelajaran sangatpenting untuk difahami. Gangguan emosi dalam pembelajaran akan mempengaruhiprestasi akademik seseorang murid. Oleh yang demikian pemahaman terhadap beberapadomain-domain emosi dari sudut pandangan beberapa tokoh dan pengkaji dalam bidangpendidikan dapat membantu mengenalpasti ketidakstabilan emosi di kalangan murid.Emosi adalah signifikan di dalam tingkahlaku manusia. Interaksi `inter-personal’ berlakuapabila sesuatu pertemuan individu menggunakan bahasa lisan mungkin mempunyaipengaruh emosi yang sangat kuat. Penguasaan bahasa lisan oleh kanak-kanak berkaitrapat dengan peniruan penguasaan bahasa lisan oleh kanak-kanak yang lebih dewasasedikit. Bahasa ini datangnya dengan mengandungi (imbued) dengan segala tenaga dankepelbagaian suara yang hidup, maknanya yang jelas, dan diperbesarkan `enhanced’dengan intonasi, takanan, lantang dan `pace’. Suara yang terdengar mungkin berbunyimarah, penuh kasih sayang atau cemas (Donaldson, (1984). Jadi kualiti suara memainkanperanan yang signifikan dalam perspektif emosi kanak-kanak hingga ke dewasa.Keran (1996) mengatakan manusia mencari satu keadan selesa atau `a hedinik frame ofreference’ sebagai satu asas bagi semua tingkah lakunya. Faktor-faktor yang bolehmempengaruhi keadaan ini adalah seperti kelaparan, kesakitan, marah, seks, dan naluriingiin tahu. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi emosi semasa membuat keputusan danjuga mempengaruhi keperluan untuk tindakan-tindakan yang lain. Berasaskan sarananHirarki Keperluan Maslow (1954), emosi individu akan menerajui proses membuat6
  • keputusan. Jadi untuk mencari keselesaan, seseorang mungkin melepaskan keuntungan(trade-off) dalam jangkamasa yang lama untuk mencapai keuntungan jangka pendeksemata-mata untuk memuaskan nafsu yang dominan dalam situasi-situasi yang tertentu.Singer (1975) menyatakan emosi berkait rapat dengan fantasi yang mempunyai tiga polakhayalan yang berkait rapat dengan ciri-ciri tret tersebut. Pola-pola ini mempunyai aspek-aspek positif seperti kegembiraan; tidak berfokas pada suatu fantasi; aspek negatif sepertirasa bersalah. Dalam keadaan fantasi, kanak-kanak akan mempamerkan emosi menurutfantasi yang dikhayalkan pada ketika itu. Harre dan Lamb (1986:84) mendapatitingkahlaku berasaskan emosi boleh berubah dalam perjalanan hidup seseorang. Merekamencadangkan 5 domain dalam perkembangan emosi;• Emosi berkembang melalui situasi-situasi yang dirancangkan dapat mewujudkanmatlamat-matlamat yang diingini dari segi persepsi, kognisi dan pembelajaran.• Emosi juga berkembang melalui perubahan-perubahan semasa reaksi-reaksiindividu semasa menyesuaikan diri pada sesuatu tugasan atau keadaan.• Ekspresi emosi boleh berubah selaras dengan perkembangan umur.• Keadaan emosi mengalami tranformasi semasa proses perkembangan• Ekspresi-ekspresi menjadi `sosialised’ iaitu ekspresi dipengaruhi oleh budaya,atau persekitaran penduduk, misalnya individu harus menggunakan bahasa lisandan bukannya ekspresi muka yang marah.Ekspresi emosi berlaku dari peringkat bayi hingga ke dewasa. Bayi mampu menunjukkanemosi melalui banyak viarasi dalam suara, mimik muka dan postur badan. Reaksi inibertujuan untuk berkomunikasi, mengekekalkan pertalian kasih sayang dengan penjaga(Trevathen, 1979).Terdapat pelbagai jenis emosi yang dialami seseorang dari peringkat bayi hingga keperingkat dewasa .Pluchik (1989) menyatakan perkara- perkara berikut mengenai emosi;• Emosi adalah usaha dalam individu untuk melaksanakan kawalan pada kejadian-kejadian berkaitan dengan kehidupan.7
  • • Emosi adalah rangkaian yang kompleks, peristiwa-peristiwa yang empunyaielemen-elemen yang penting seperti idea, imej atau peristiwa-peristiwa yangmelibatkan individu yang lain• Kompleksiti keadaan emosi bergantung kepada pengalaman individu denganpenggunaan bahasa.• Struktur emosi berbeza mengikut intensiti (misalnya takut, panik); emosi adapersamaan (misalnya malu – segan); berbeza mengikut polariti (misalnya gembira–sedih).• Emosi mempunyai konsep Derivatives – beberapa perkataan yang lain untukmenghuraikan emosi asal dalam konteks yang lain.Kanak-kanak yang pada kali pertama melangkah ke alam persekolahan memikirkanbahawa sekolah mungkin satu pengalaman yang `susah’. Akan tetapi alam persekolah inimembantu;i. Memperkembangkan `sense of hummor’ kerana ada banyak kawanii. Menjaga `harta’ dan berminat pada `collection – making’iii. `Sense of concsience’ – dapat mengenalpasti yang baik dan yang jahat.iv. Bersedia untuk memikul tanggungjawab `want to please and be good’.5.1 Impikasi Ketidakseimbangan EmosiDi antara implikasi emosi yang tinggi adalah seperti berikut;• Tubuh tidak berfungsi dengan normal kerana ketidakseimbangan homeostatis• Tingkahlaku yang kurang terurus• Masalah pembacaan, kerja sekolah kurang memuaskan• Affects perhubungan sosial dan social adjustments• Personaliti dan konsep kendiri yang semakin bertambah buruk.8
  • 5.2 Emosi – Berdasarkan Perspektif IslamMeskipun banyak kajian yang dirujuk oleh pelajar dan sarjana dalam bidang emosi danpersonaliti berpunca dari kajian-kajian oleh ahli-ahli psikologi barat, terdapat beberapahadis, kitab dan al-Quran yang menyebutkan berkaitan emosi. Walaupun tidakdinyatakan secara khusus, emosi disebut-sebut beberapa kali dan diterima sebagaitingkahlaku manusia yang sememangnya ciri semulajadi manusia. Mohd Daud Hamzah(1990) mentakrifkan emosi sebagai proses integratif yang abstrak daripada gabunganproses Qalb, Nafs (Jiwa), Hawa dan Bangkitan yang berlaku serentak. Menurut Imamal-Ghazali (1982) emosi merupakan panaksiran tenaga berapi dari dalaman yang perludijana dengan sebaik mungkin. Segala bentuk dan variasi dalam emosi berpunca daripadaperubahan dalam Nafs (jiwa) . Namun begitu tenaga dalaman seseorang individu jugaberpunca daripada roh yang menyediakan nyawa kepada jasad untuk terus hidup danberfungsi.Oleh yang demikian roh dan nafs sangat mempengaruhi variasi emosi yang dihasilkan.Sifat dan keadaan antara roh serta nafs mengakibatkan perubahan dalam emosi seseorang.Keadaan ini menjadikan emosi seseorang berkeadaan stabil atau tidak stabil.Hakikat kejadian manusia bermula apabila Allah meniupkan roh ke dalam jasad manusiadan kemudiannya manusia diberikan nafs yang membolehkan manusia hidup mempunyaihawa nafsu"Mereka itulah orang-orang yang dituliskan oleh Allah keimanan di dalam hati mereka, dandiperlengkapkan mereka dengan roh daripada-Nya"(Al-Mujadalah: 22)Di dalam al-Quran juga banyak diperkatakan dengan kejadian jiwa manusia."Sesungguhnya jiwa itu suka menyuruh berbuat keburukan"(Yusuf: 53)9
  • Rumusannya di dalam Islam, kesetabilan jiwa dan roh menjadi tuntutan utama di dalamkehidupan kerana ia menjadi titik tolak kepada pembentukan emosi yang stabil dantingkah laku yang stabil. Gangguan yang berlaku didalam jiwa dan roh seseorang akanmenjadikan emosi individu tersebut terganggu. Gangguan inilah yang menyebabkanseseorang individu berkelakuan baik atau jahat. Walaupun diberikan akal untukmelakukan aktiviti pemikira, namum pengaruh jiwa dan roh ini sangat kuat sekali.6.0 Emosional Qualities ( EQ )Dalam mendidik murid-murid perkembangan EQ (emosional qualities) sama pentingnyadengan perkembangan IQ. Kalau IQ merujuk kepada kepintaran murid, EQ pula merujukkepada kebolehan murid menangani konflik emosi mereka. Tahap IQ seseorang bolehdiukur melalui ujian-ujian tertentu tetapi EQ sebaliknya tidak mampu diukur. Sehinggasekarang takrif yang tepat tentang EQ masih dicari. Salovey dan Mayermendefininisikan EQ sebagai, suatu subset dari kecerdasan sosial yang merujukkepada kebolehan seseorang meneliti emosi atau perasaan dirinya atau orang lain,membezakan emosi ini dan menggunakannya sebagai panduan membentuk suatu carafikir dan tindakan.Dalam meniti kecemerlangan hidup, ramai pakar percaya bahawa 80% bergantungkepada kekuatan EQ dan hanya 20% sahaja berdasarkan ketinggian IQ. Guru-guru padaawalnya mungkin diambil diterima sebagai guru kerana kebolehan IQ mereka tetapihanya yang mempunyai EQ yang tinggi sahaja kelak yang cepat dinaikkan pangkat. EQlebih merujuk kepada ciri-ciri diri seperti:• Empati.• Meluahkan dan memahami perasaan.• Mengawal perasaan marah.• Berdikari.• Kebolehan menyesuaikan diri dengan persekitaran.• Kebolehan menyelesaikan masalah pergaulan.• Persistensi iaitu sikap tidak mudah mengaku kalah.10
  • • Mudah mesra dan ramah.• Baik budi.• Pandai menghormati diri sendiri dan orang lain dan sebagainya.Secara ringkasnya EQ lebih condong kepada sikap, tingkahlaku dan peribadi seseorangindividu.Kajian menunjukkan bahawa terdapat tiga pendekatan utama yang sering diambil olehguru dalam mendidik murid-murid iaitu sama ada secara keras, lembut atau sederhana.Rasulullah s.a.w sendiri menyarankan agar kita mengambil jalan tengah ataubersederhana dalam mendidik anak-anak. Apa yang rasulullah s.a.w sarankan ini kinitelah dibuktikan benar oleh masyarakat barat yang membuat kajian tentang pendidikanEQ ini. Ada ketikanya kita perlu keras dengan anak-anak dan ada ketikanya pula kitaperlu lebih memahami dan bertolak ansur. Apabila guru bersikap empati dan membantumurid memahami dan mengatasi setiap perasaan negatif mereka (seperti marah, sedih,cemburu, memberontak, takut, malu dan sebagainya), guru sebenarnya telah membinakepercayaan dan kasih sayang dalam diri murid terhadap mereka. Kepercayaan dan rasakasih yang berputik ini perlu disuburkan dan dibajai kerana ia sebagai penyebab untukmurid mendengar nasihat dan menghormati kita sebagai guru.Kita perlu faham, guru bersifat keibubapaan yang baik memerlukan lebih daripadapendekatan intelek. Kita memerlukan pendekatan emosi. Sebagai manusia, murid dananak-anak (malah kita sendiri) membuat satu-satu keputusan itu berdasarkan alasan-alasan emosi. Hanya sedikit sahaja boleh disandarkan atas alasan logik. Misalnya, kitamembeli kereta kerana memerlukan kenderaan untuk bergerak sama ada dihari panas atauhujan. Kalau begitu kenapa tidak beli kereta yang ala kadar sahaja. Kenapa mereka yangmampu akan membeli kereta yang lebih mahal, lebih besar dan berprestij? Inidisebabkan kita mempunyai alasan emosi yang jauh lebih besar dari alasan lojik. Sebagaimanusia, murid-murid juga seperti kita. Mereka akan mudah membuat keputusan atasalasan emosi. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan "cinta itu buta". Sebab apabilaseseorang dibawah pengaruh emosi maka daya inteleknya akan kurang dimanfaatkan.Atas sandaran inilah maka guru perlu belajar bagaimana untuk menggunakan pengaruhemosi ini bagi membentuk, membimbing dan mendidik murid-murid.11
  • Guru yang menggunakan pendekatan emosi biasanya melibatkan lima langkah utamaiaitu:1. peka terhadap emosi murid;2. menyedari yang perubahan emosi murid sebagai peluang untuk merapatkanhubungan dan mendidik;3. mendengar secara empati, memahami dan mengesahkan apa yang sedang anakalami;4. membantu murid mengenali dan memahami emosi mereka sendiri;5. nyatakan dengan jelas batas atau tahap sesuatu emosi sambil mencari jalanmenyelesaikan masalah yang timbul.6.1 Guru Sebagai Ibubapa Di SekolahMurid yang tinggi EQ akan menghargai setiap perasaan negatif yang terbit dari diri.Perlu diingat, murid-murid yang membesar atas bimbingan sebegini bukan bermaknamereka tidak punya perasaan lagi. Murid-murid masih tetap akan rasa marah, sedih,malu, takut dan sebagainya tetapi mereka akan punya kemahiran untuk menenangkan dirisendiri dan bangkit kembali setelah sesuatu kegagalan atau desakan. Malah mereka akanlebih baik lagi selepas itu. Kajian menunjukkan bahawa anak-anak yang dibesarkanmelalui pendekatan bijak emosi ini lebih mampu bertahan dan meneruskan kehidupanmeskipun berlaku penceraian ibu bapa. Mereka lebih realistik dan mampu menerimakenyataan. Sekiranya anak-anak diiringi pula dengan ajaran agama yang mantap makapastinya mereka bakal menjadi orang yang cemerlang satu ketika nanti.Guru juga perlu faham, pendekatan bijak emosi bukanlah bermakna murid tidak perludidisiplinkan lagi. Sebaliknya apabila guru dan murid atau ibu bapa dan anak salingpercaya mempercayai maka bermakna telah terbentuk satu pengaruh yang kuat. Ketikaini anda boleh gunakan pendekatan keras, apabila kekerasan diperlukan. Apabila anakanda melanggar peraturan, bersikap kasar dan sebagainya anda perlu menegurnya. Andaletakkan batas-batas tertentu tanpa ragu-ragu. Anda tidak bimbang untuk menyatakanakan kekecewaan aanda dan anda tahu yang anak anda boleh lakukan lebih baik.12
  • Disebabkan anda sentiasa gunakan pendekatan bijak emosi maka sekali anda bertegas,ketegasan dan kata-kata anda akan memberi kesan. Anak-anak akan memahami kenapaanda berkelakuan demikian malah lebih menghormati anda. Begitu juga anda bolehmenjadi cukup penyayang apabila pendekatan memujuk secara lembut pula diperlukan.Dengan pendekatan bijak emosi ini anak-anakPengalamanlah yang akan mengajar kita pendekatan mana yang lebih sesuai dalamkeadaan-keadaan tertentu. Beberapa perkara dibawah boleh dijadikan panduan:• Sekiranya anak anda dibesarkan dalam keadaan anda selalu marah ataumembebel, maka marah anda dan bebelan anda sudah hilang makna kepadamereka.• Apabila anak anda mengaku secara jujur akan kesalahan dan kesilapan mereka,maka anda tidak sepatutnya marah. Sebaliknya memahami mereka. Sekiranyaperbuatan mereka itu salah, maka perbetulkan dengan cara yang baik dan penuhkasih sayang.• Sekiranya anak anda melakukan kesalahan buat kali pertama, maka anda tidakboleh marah. Sebaliknya gunakan pendekatan bijak emosi. Tetapi kalaukesalahan yang sama berulang-ulang, ketika itu anda perlu bertegas dan gunakankekerasan (bukan deraan).• Sekiranya kesalahan yang dilakukan berkaitan dengan pembentukan akhlak danperibadinya, seperti mencuri, menipu, dan sebagainya maka gunakan ketegasanuntuk mendisiplinkan anak.• Jangan biarkan sampai anak anda boleh menjangka apa reaksi atau tindakbalasanda terhadap kesalahan atau masalah mereka. Mereka tidak pasti sama ada andaakan marah, diamkan atau menegur dengan baik.• Jangan marah setiap kali anak anda menceritakan masalah mereka, sebabsekiranya anda tidak melayan mereka dengan baik mereka akan menyangka yanganda bencikan masalah. Ini membuatkan mereka tidak mahu berbincang dengananda dilain masa.• Puji secara ikhlas dan suburkan setiap perkara baik yang ditunjukkan oleh anakanda.13
  • Kaunseling juga merupakan proses menolong, murid dibimbing membuat keputusansendiri. Dengan kata lain, guru bukannya semata-mata memberi nasihat atau maklumatmalah lebih menjurus kepada proses introspeksi diri murid. Jadi kaunseling membantuseseorang murid:• Memahami dirinya dan situasinya• Mengenalpasti keperluannya• Menerima realiti hidupnya• Membuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya• Bertanggungjawab ke atas dirinya• Menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya7.0 Sistem Pentaksiran Murid Musleh ( SPMM )Sistem Pentaksiran Murid Musleh ialah pendekatan pentaksiran yang mengambil kiramanusia secara keseluruhan. SPMM mengintegrasikan penilaian kognitif denganpentaksiran aspek-aspek penghayatan Islam. Murid ditaksirkan mengenai aspek ilmu ,iman , akhlak , kemampuan dan ibadat khusus yang dihayati dalam kehidupan seharian.Pentaksiran dibuat dengan menggunakan pelbagai instrumen yang merangkumi senaraisemak, amali dan perbincangan. Proses menghasilkan perlbagai instrumen itu melibatkanmurid, guru dan pentadbir. Keberkesanan pentaksiaran holistik seperti ini sudah tentumemerlukan pemantauaan dan pembaikan dari masa ke semasa dan memerlukankomitmen yang tinggi serta keikhlasan guru , ibubapa dan murid.Pendidikan yang kita perlu fahami adalah proses membentuk hati, jiwa , akal danperibadi ( El Muhammadi, 1987 ). Matlamatnya adalah untuk mengihsankan qalbu insan,memperkembangkan mindanya. Memuliakan akhlaknya dan tahan lasak jasadnya. Selainitu, ia juga bertujuan untuk memantapkan kemahirannya. Pendedahan dan segala potensiyang sedia ada mengikut minat sehingga menjadikannya insan yang paling bermanfaatkepada agama , negara dan ummat sejagat.14
  • Hari ini pentaksiran afektif kurang mendapat sambutan dari kalangan pendidik. Alasanyang diberi ialah subjektif. Oleh itu terlalu sukar untuk membentuk instrumen yangmampu memberi skor yang sah dan boleh dipercayai. Penekanan terhadap prestasi danpencapaian yang hanya melihat keupayaan murid dari aspek kognitif sahaja sangatmembimbangkan kerana tanpa pentaksiran afektif , kedudukan pembentukan dimensikemanusian insan secara menyeluruh tidak dapat dikenalpasi. Contohnya; Bagaimanatahap pencapaian pelajar dalam ibadat khusus, adab dan akhlak? Apakah petunujk yangada untuk mengambarkan prestasi dan potensi mereka ? Adakah petunjuk-petujuktersebut pula jelas sehingga memudahkan usaha untuk membangunkan lagi dimensikemanusiaaanya. Ini beberapa persoalan yang tidak di tangani oleh sistem penilaian ataupentaksitaran yang sedia ada.Pentaksiran holistik merujuk kepada al quran dimana terdapat banyak peristiwa yangmemaparkan pentaksiran allah s.w.t terhadap manusia. Diantaranya :i) Dalam surah al Mumtanah ayat 10. : Allah s.w.t menyuruh orang-orang berimanmentaksir keimanan perempuan-perempuan yang datang berhijrah. Dan setelah pengujiantersebut jika didapati bahawa mereka benar-benar beriman maka perempuan -perempuantersebut tidak dibolehkan untuk dikembalikan kepada suami-suami mereka( Prof. Dr. Mahmud Yunus , 1973)ii) Dalam surah al Hujurat ayat 4 – 5 , Allah s.w.t telah mentaksir sekumpulan Arab agartidak memekik –mekik memanggil Rasulullah s.a.w. diluar bilik baginda . Ternyatamereka tidak lulus pentaksiran tersebut dan Allah menyifatkan mereka tiada memikirkandan tidak sabar menugggu ( Prof.Dr.H.Mahmoud Yunus , 1973 )iii) Melalui pembacaan , terdapat juga dalam kisah salafus saleh ; menceritakanbagaimana beliau telah menguji muridnya tentang konsep ihsan. Beliau telah menyuruhsemua muridnya menyembelih ayam di tempat tiada siapa yang melihat. Maka semuamuridnya kembali dengan ayam sembelihan kecuali seorang murid. Apabila ditanyakenapa beliau tidak menyembelih. Maka murid tersebut menyatakan tidak terdapat mana-15
  • mana tempat yang tidak dilihat oleh sesiapa. Allah s.w.t Maha Melihat dan beradadimana-mana sahaja.Peringkat Program pembangunan murid spmmPeringkat 1 : KesedaranMurid sedar dan mengetahui konstruk yang akan ditaksirPeringkat 2 : ilmu dan kefahamanmurid mempunyai ilmu dan kefahaman tentang konstrukPeringkat 3 : latihan dan amalanMurid berusaha untuk beramal dan menghayati konstrukPeringkat 4 : penghayatanMurid menghayati konstruk sebagai amalan harian tanpa pengawasanPengiktifaran8. Kesimpulan Dan PenutupTugas guru semakin mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagaipendidik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsuryang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif. Di samping itu ianya menjadikanproses pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna,berfaedah dan menyeronokan.Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabilamereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagaibentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapatmempertingkatkan lagi aras motivasi serta meningkatkan prestasi murid-muridnya. Gurujuga harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorangpelajar demi hendak memenuhi kehendak pelajar. Dengan itu kepuasan belajar dalamkeperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat pelajar mengembangkanpotensinya. Untuk mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang pelajardari aspek keseimbangan JERI. Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar gurudapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang16
  • semaksimumnya. Seterusnya pentaksiran dapat dilaksanakan secara holistik setelahkomitmen asas dapat disempurnakan.BIBLIOGRAFI1. Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa danPustaka.2. Drs. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta, PT BinaAksara.3. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan UntukPerguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.4. Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, SecondEdition, New York. American Book Company.5. Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikandi Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur : KumpulanBudiman Sdn. Bhd.6. Moustakas (1953), Children in Play Therapy, New York, McGraw-HillBook Company.7. Rohaty Mohd. Majzud (1992), Psikologi Perkembangan,Kuala Lumpur,8. Saedah, Zainun, Tunku Mohani (1996). Motivasi Dalam Pendidikan.Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd..9. Sufean Hussain (1993). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem danFalsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka10. Khodori Hj.Ahmad Dan Dr. Jamil Adimin ( 2003) . Memasyarakatkan Pentaksiran .Kertas Kerja Dibentang Di Seminar Pendidikan Kebangsaan 5-8 Mei 2003 . LembagaPeperiksaan Malaysia.11. Megat Mohamad Amin Megat Mohamed Nor ( 2003 ) Sistem Pentaksiran PelajarMusleh ( SPPM) Kertas Kerja Dibentang Di Seminar Pendidikan Kebangsaan 5-8 Mei2003 . Lembaga Peperiksaan Malaysia.17
  • 18