PEMARKAHAN

KOD & NAMA KURSUS

Semester 1 Sesi 2013/2014
KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB

TAJUK:

TUGA...
PENGENALAN
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan
baru-baru ini oleh Menteri ...
1BestariNet merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh KPM dengan kerjasama YTL
Communication bagi mentransformasik...
responden yang dipilih telahpun menerima latihan atau kursus penggunaan program Frog
VLE di sekolah dalam beberapa sesi.

...
DAPATAN KAJIAN

Jadual 1 di bawah menunjukkan dapatan soal selidik yang berkaitan dengan pendapat para
responden mengenai ...
6

Semua butang item (cth:

2

5

15

6

widget, Quick Launch)

(7.14%)

(17.86%)

(53.57%)

(21.43%)

Belajar menggunakan...
25% yang menyatakan “Sangat Tidak Setuju” dan “Tidak Setuju” pada item nombor 5 dan 6, ia
boleh difahami dengan jelas meng...
3

Suasana di dalam makmal

0

0

4

24

(0%)

(0%)

(14.29%)

(85.71%)

4

8

6

10

(14.29%)

(28.57%)

(21.43%)

(35.71...
yang tertera di dalam Jadual 1 dan Jadual 2 dan melalui pemerhatian umum penyelidik. Dapatan
analisis SWOT adalah seperti ...
KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan soal selidik dan analisis SWOT, rumusan yang dapat dibuat ialah program
Frog VLE ini mampu ...
Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat bahawa program Frog VLE ini perlu diteruskan
kerana ia memiliki potensi yang be...
LAMPIRAN

11
BORANG SOAL SELIDIK
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJUNG MALIM, PERAK.
Tujuan: Soal selidik ini dijalankan bagi meni...
Bahagian A – Program FROG VLE
Arahan:

Nilaikan setiap item di bawah berdasarkan pendapat anda mengenai Program
FROG VLE y...
Bahagian B – Infrastruktur & Kemudahan ICT Sekolah
Arahan: Nilaikan setiap item di bawah berdasarkan pendapat anda mengena...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Tugasan 3 Kajian Tinjauan

1,335

Published on

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,335
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
144
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Tugasan 3 Kajian Tinjauan

  1. 1. PEMARKAHAN KOD & NAMA KURSUS Semester 1 Sesi 2013/2014 KPT 6044 PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TAJUK: TUGASAN 3 KAJIAN TINJAUAN DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK PROGRAM MOHD HARMAN BIN MD RODZI M20121000447 PEDAGOGI (MT13) PENSYARAH : PROF. MADYA DATO’ DR. ABD. LATIFF HJ GAPOR TARIKH : 30 NOVEMBER 2013 0
  2. 2. PENGENALAN Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang dilancarkan baru-baru ini oleh Menteri Pendidikan 1, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat untuk meningkatkan tahap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kalangan guru dan murid. Ini kerana berdasarkan kajian yang dijalankan oleh KPM pada tahun 2010, didapati penggunaan ICT di sekolah adalah terhad, di mana 80% guru hanya menggunakan ICT kurang daripada satu jam seminggu (PPPM 20132025). Maka, KPM telah menggariskan beberapa langkah penting bagi memastikan guru dan murid-murid dapat memanfaatkan sepenuhnya penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran: Menyediakan murid dengan kemahiran dan pengetahuan untuk belajar dengan berkesan dan hidup secara produktif dalam dunia global dan digital Melengkapkan kesemua 10,000 sekolah seluruh negara dengan capaian Internet 4G dan platform pembelajaran maya (virtual learning platform) yang boleh digunakan oleh guru, murid dan ibu bapa menerusi program 1BestariNet Memberi latihan kepada semua guru untuk menerapkan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyokong pembelajaran murid Meningkatkan nisbah peralatan ICT berbanding murid kepada 10:1. Nisbah ini mungkin boleh dikurangkan lagi bergantung kepada pentaksiran impak dan adanya dana Merintis cara penyampaian pembelajaran dengan menggunakan inovasi ICT seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran kadar kendiri (self-paced) sebelum disebarkan ke seluruh negara 1
  3. 3. 1BestariNet merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh KPM dengan kerjasama YTL Communication bagi mentransformasikan sistem pendidikan negara berteraskan ICT. Di bawah projek ini, 10,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan dilengkapkan dengan akses Internet 4G dan persekitaran pembelajaran maya (virtual learning environment (VLE)) pada penghujung 2013. Sambungan internet berkelajuan tinggi dan akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu (Integrated Learning Solution) bertaraf dunia akan menjadi pemangkin kepada penerapan ICT dalam operasi harian KPM dan mampu memacu Malaysia ke barisan hadapan inovasi ICT dalam pendidikan. KPM juga berhasrat untuk memastikan semua guru dilatih dan cekap menggunakan VLE menjelang 2015. Penyelidikan ini dijalankan bagi meninjau pendapat dan persepsi murid-murid terhadap program persekitaran pembelajaran maya (Frog VLE) yang baru diperkenalkan dengan berfokus kepada aspek program itu sendiri dan penyediaan infrastruktur serta kemudahan ICT di sekolah. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjelaskan sama ada program Frog VLE ini berpotensi dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang dilalui oleh murid-murid di sekolah. OBJEKTIF KAJIAN Penyelidikan ini dijalankan dengan berpandukan kepada objektif-objektif berikut iaitu: 1. Menilai pendapat murid-murid terhadap program Frog VLE dari aspek program itu sendiri dan infrastruktur serta kemudahan ICT yang disediakan di sekolah 2. Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan program Frog VLE yang dijalankan di sekolah bagi melihat potensinya dalam membantu guru dan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran METODOLOGI KAJIAN (a) Reka bentuk Kajian Penyelidikan ini menggunakan kajian tinjauan, di mana para responden yang dipilih akan menjawab borang soal selidik yang disediakan. Sebelum diberikan borang soal selidik, para 2
  4. 4. responden yang dipilih telahpun menerima latihan atau kursus penggunaan program Frog VLE di sekolah dalam beberapa sesi. (b) Pemilihan sampel Bagi menjalankan penyelidikan ini, seramai 28 orang murid telah dipilih sebagai sampel kajian atau responden iaitu merangkumi 10 lelaki dan 18 perempuan. Para responden ini dipilih dalam kalangan murid Tahun 5 di sebuah sekolah di Daerah Batang Padang, Perak. Mereka ini merupakan kumpulan pertama di sekolah terbabit yang didedahkan dengan latihan penggunaan Frog VLE. Sebagai kumpulan pertama yang menjalani kursus tersebut, penyelidik mengandaikan bahawa para responden terbabit telahpun memiliki sedikit sebanyak pengetahuan dan kemahiran mengenai penggunaan program Frog VLE tersebut. Oleh sebab itu, penyelidik memilih kumpulan tersebut sebagai subjek dalam kajian ini. (c) Instrumen Bagi menilai pendapat murid-murid mengenai program Frog VLE, borang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian. Borang soal selidik tersebut terdiri daripada 15 soalan yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 10 soalan bagi Bahagian A yang melibatkan penilaian murid terhadap program Frog VLE dan 5 soalan bagi Bahagian B yang merupakan pendapat murid mengenai kemudahan infrastruktur ICT yang disediakan di sekolah (Rujuk Lampiran). Para responden perlu menjawab soal selidik yang disediakan berdasarkan Skala Guttman yang mempunyai empat interval iaitu 1 – “Sangat Tidak Setuju”, 2 – “Tidak Setuju”, 3 – “Setuju” dan 4 – “Sangat Setuju”. (d) Analisis data Dapatan soal selidik akan dianalisis berdasarkan peratusan. Manakala, bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan Program Frog VLE yang dijalankan di sekolah tersebut, Analisis SWOT, dapatan soal selidik dan pemerhatian akan digunakan. 3
  5. 5. DAPATAN KAJIAN Jadual 1 di bawah menunjukkan dapatan soal selidik yang berkaitan dengan pendapat para responden mengenai Program Frog VLE yang dijalankan di sekolah. Soal selidik ini terkandung di dalam Bahagian A borang soal selidik yang diedarkan kepada semua responden: Jadual 1: Dapatan soal selidik Bahagian A: Pendapat responden mengenai Program Frog VLE BIL ITEM SKALA Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Setuju Setuju (bil. Setuju (bil. responden) (bil. responden) (bil. responden) 1 Saya sangat memahami responden) 0 5 5 18 (0%) (17.86%) (17.86%) (64.28%) 0 0 3 25 (0%) (0%) (10.71%) (89.29%) Program FROG VLE 0 0 2 26 dapat membantu saya (0%) (0%) (7.14%) (92.86%) 0 0 12 16 (0%) (0%) (42.86%) (57.14%) 4 4 17 3 (14.29%) (14.29%) (60.71%) (10.71%) tujuan pelaksanaan Program FROG VLE di sekolah saya. 2 Belajar menggunakan Program FROG VLE amat mudah dan menyeronokkan. 3 dalam pelajaran. 4 Guru membimbing saya menggunakan FROG VLE dengan baik. 5 Saya sudah mahir membina dashboard peribadi. 4
  6. 6. 6 Semua butang item (cth: 2 5 15 6 widget, Quick Launch) (7.14%) (17.86%) (53.57%) (21.43%) Belajar menggunakan 0 0 5 23 Program FROG VLE (0%) (0%) (17.86%) (82.14%) 0 0 9 19 (0%) (0%) (32.14%) (67.86%) Program FROG VLE 0 0 0 28 boleh meningkatkan (0%) (0%) (0%) (100%) 0 0 0 28 (0%) (0%) (0%) (100%) yang disediakan dalam dashboard mudah digunakan. 7 adalah lebih menarik daripada belajar secara tradisional di dalam kelas. 8 Semua mata pelajaran seharusnya diajar menggunakan Program FROG VLE. 9 pengetahuan dan kemahiran saya dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 10 Saya sangat berminat dan bersedia untuk terus mempelajari Program FROG VLE. Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan Jadual 1 di atas ialah para responden menunjukkan maklum balas yang positif mengenai program Frog VLE yang dilaksanakan di sekolah. Ini jelas terbukti apabila sebahagian besar responden (majoriti) memilih untuk menyatakan “Sangat Setuju” pada item nombor 2, 3, 7, 8, 9 dan 10. Ini menunjukkan bahawa program Frog VLE telah berjaya menarik minat para responden walaupun baru diperkenalkan di sekolah tersebut. Berkaitan dengan seramai lapan orang responden atau 28.58% dan tujuh orang responden atau 5
  7. 7. 25% yang menyatakan “Sangat Tidak Setuju” dan “Tidak Setuju” pada item nombor 5 dan 6, ia boleh difahami dengan jelas mengapa mereka menyatakan sedemikian. Ini kerana para responden baharu sahaja didedahkan dengan program Frog VLE ini dalam beberapa sesi latihan. Masih banyak yang perlu mereka pelajari. Maka, adalah sesuatu yang normal terdapat beberapa orang responden yang masih belum memahami dan menguasai sepenuhnya penggunaan program tersebut. Penyelidik percaya masalah tersebut akan ditangani apabila mereka didedahkan dengan lebih banyak lagi mengenai program Frog VLE pada sesi-sesi latihan akan datang. Sementara itu, Jadual 2 di bawah pula menunjukkan hasil soal selidik mengenai pendapat para responden mengenai infrastruktur dan kemudahan ICT yang terdapat di sekolah: Jadual 2: Dapatan soal selidik Bahagian B - Pendapat responden mengenai infrastruktur dan kemudahan ICT di sekolah BIL ITEM SKALA Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Setuju Setuju (bil. Setuju (bil. responden) (bil. responden) (bil. responden) 1 Saya mudah mengakses atau mempelajari Program responden) 0 0 11 17 (0%) (0%) (39.29%) (60.71%) 0 0 7 21 (0%) (0%) (25%) (75%) FROG VLE kerana talian internet di sekolah saya sangat baik. 2 Kemudahan ICT yang disediakan di dalam makmal komputer sekolah saya (cth: komputer, LCD Projektor, mesin pencetak dsb) adalah lengkap dan memuaskan. 6
  8. 8. 3 Suasana di dalam makmal 0 0 4 24 (0%) (0%) (14.29%) (85.71%) 4 8 6 10 (14.29%) (28.57%) (21.43%) (35.71%) Kemudahan ICT yang ada 0 0 6 22 di sekolah telah membantu (0%) (0%) (21.43%) (78.57%) komputer sangat selesa dan kondusif untuk pembelajaran Program FROG VLE 4 Saya hanya bergantung kepada kemudahan ICT di sekolah untuk mempelajari Program FROG VLE. 5 meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam penggunaan ICT. Berdasarkan Jadual 2 di atas, didapati majoriti responden sangat berpuas hati dengan kemudahan dan infrastruktur ICT yang disediakan di sekolah. Mereka juga menyatakan bahawa talian internet yang baik di sekolah telah memudahkan mereka untuk mengakses program Frog VLE. Namun begitu, seramai 16 orang responden atau 57.14% menjelaskan bahawa mereka bergantung sepenuhnya dengan kemudahan komputer di sekolah untuk mengakses program Frog VLE kerana tidak memiliki komputer dan talian internet di rumah. Ini menunjukkan bahawa tahap pemilikan dan penggunaan ICT dalam kalangan responden masih lagi rendah khususnya di rumah. ANALISIS KEKUATAN DAN KELEMAHAN PROGRAM FROG VLE Bagi menganalisis kekuatan dan kelemahan program Frog VLE yang dijalankan di sekolah, analisis SWOT (Strengh-Kekuatan, Weakness-Kelemahan, Opportunity-Peluang, ThreatAncaman) telah digunakan. Analisis ini juga turut mengambil kira dapatan soal selidik seperti 7
  9. 9. yang tertera di dalam Jadual 1 dan Jadual 2 dan melalui pemerhatian umum penyelidik. Dapatan analisis SWOT adalah seperti berikut: KEKUATAN (STRENGH) KELEMAHAN (WEAKNESS) Sekolah mempunyai kemudahan dan infrastruktur ICT termasuk talian internet yang baik untuk tujuan akses program Frog VLE. Murid menunjukkan minat yang positif dan menggalakkan terhadap program Frog VLE Ketiadaan komputer dan talian internet di rumah menyebabkan murid hanya bergantung sepenuhnya kepada kemudahan ICT di sekolah untuk mengakses program Frog VLE. Pergantungan sepenuhnya kepada kemudahan komputer di sekolah menyebabkan kekerapan murid untuk mengakses program Frog VLE menjadi terhad. PELUANG (OPPORTUNITY) ANCAMAN (THREAT) Pendedahan awal yang diberikan kepada murid-murid mengenai program Frog VLE telah memberi sedikit sebanyak pengetahuan kepada mereka untuk terus menerokai program tersebut Guru yang berkemahiran bersedia membantu murid untuk meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam program Frog VLE. Program Frog VLE ini boleh meningkatkan kemahiran murid-murid dalam ICT Program ini boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik melalui pengaplikasian ICT bagi menggantikan kaedah pengajaran konvensional. Guru kesuntukan masa untuk mengajar program Frog VLE kepada murid-murid secara lebih kerap kerana dibebani tugastugas lain. Objektif program Frog VLE ini dikhuatiri akan terjejas jika guru tidak mengaplikasikannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 8
  10. 10. KESIMPULAN Berdasarkan dapatan soal selidik dan analisis SWOT, rumusan yang dapat dibuat ialah program Frog VLE ini mampu membantu dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Ini kerana perkembangan pesat teknologi telah menyebabkan muridmurid telah terdedah dengan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian mereka. Oleh itu, pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak akan menimbukan masalah besar kepada mereka, malahan mereka akan cepat tertarik untuk menerokainya atas sifat ingin tahu yang kuat dan cepat belajar. Selain itu, pendedahan terhadap program Frog VLE ini juga secara tidak langsung mampu meningkatkan kemahiran murid-murid dalam penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Mereka akan lebih berkeyakinan untuk menggunakan ICT dan akan menguasainya sedikit demi sedikit. Melalui program Frog VLE ini juga, guru boleh mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran untuk menyampaikan ilmu. Sudah tiba masanya untuk para pendidik mengubah amalan pedagogi mereka daripada kaedah konvensional seperti “chalk and talk” kepada suatu kaedah yang lebih kontemporari dan mengikut perkembangan zaman. Harus diakui, murid-murid pada era ini lebih terdedah dan berpengetahuan mengenai ICT. Malah, mereka adakalanya lebih mahir menggunakan ICT berbanding dengan ibu bapa dan guru mereka. Maka, mahu atau tidak mahu, guru-guru mesti melengkapkan diri mereka dengan kemahiran dan pengetahuan mengenai ICT agar tidak ketinggalan dengan arus semasa. Kerjasama yang terjalin di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan YTL Communication dalam memperkenalkan program 1BestariNet ini adalah suatu usaha yang amat baik dan tepat pada masanya lebih-lebih lagi dengan transformasi yang sedang giat dilaksanakan kerajaan terhadap sistem pendidikan Malaysia. Sistem pendidikan Malaysia memerlukan perubahan sejajar dengan perubahan sejagat. Perubahan bukan sahaja perlu dilakukan dari aspek fizikal semata-mata, malahan turut merangkumi perubahan minda. Guru sebagai barisan hadapan sistem pendidikan negara perlu mengubah minda mereka dengan memandang ke hadapan dan berfikiran positif terhadap transformasi yang dilakukan oleh kerajaan. Segala transformasi termasuk pengaplikasian ICT di sekolah dilaksanakan demi membawa sistem pendidikan Malaysia ke arah satu dimensi baru dan mempunyai kualiti yang setanding dengan negara maju lain di dunia. 9
  11. 11. Oleh yang demikian, penyelidik berpendapat bahawa program Frog VLE ini perlu diteruskan kerana ia memiliki potensi yang besar untuk memodenkan sistem pendidikan Malaysia. Jika sebelum ini, pengaplikasian ICT sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di Malaysia hanya terhad di sekolah-sekolah bestari sahaja, namun begitu, melalui program Frog VLE ini, semua sekolah tidak kira di bandar atau pedalaman dan semua murid tidak kira apa juga bangsa dan kepercayaan mereka berpeluang untuk menerokai suatu program yang boleh mengubah minda mereka mengenai pembelajaran. Memang tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat kekangan yang timbul seperti guru kurang mahir menggunakan ICT dan sekolah kekurangan kemudahan ICT. Namun begitu, masalah tersebut akan cuba ditangani oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Apa yang lebih penting kini ialah penerimaan dan kesediaan guru untuk melaksanakan program tersebut seperti yang dirancang sehingga berjaya. Program Frog VLE ini akan membantu kerajaan memacu hala tuju pendidikan negara ke arah suatu tahap yang boleh dibanggakan dan boleh dijadikan rujukan oleh negara-negara lain khususnya negara-negara membangun. 10
  12. 12. LAMPIRAN 11
  13. 13. BORANG SOAL SELIDIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJUNG MALIM, PERAK. Tujuan: Soal selidik ini dijalankan bagi menilai pendapat murid mengenai Program FROG VLE yang dilaksanakan di sekolah. Arahan: Borang soal selidik ini mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Para pelajar perlu melengkapkan kedua-dua bahagian tersebut seperti yang diarahkan bagi setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik ini. Segala maklumat yang diberi akan dirahsiakan. Kerjasama yang anda berikan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Maklumat latar belakang responden Arahan: Sila isi jawapan bagi setiap ruang yang disediakan dengan jujur dan ikhlas. Bulatkan jawapan yang anda fikirkan sesuai. 1. Umur: __________________________ 2. Jantina: _________________________ 3. Kaum: __________________________ 4. Agama: _________________________ 12
  14. 14. Bahagian A – Program FROG VLE Arahan: Nilaikan setiap item di bawah berdasarkan pendapat anda mengenai Program FROG VLE yang dijalankan di sekolah anda, kemudian bulatkan nombor yang mewakili pandangan anda mengenai perkara-perkara berikut: 1 – Sangat Tidak Setuju 3 – Setuju 2 – Tidak Setuju 4 – Sangat Setuju ITEM PERKARA 1 Saya sangat memahami tujuan pelaksanaan Program FROG VLE di sekolah saya. Belajar menggunakan Program FROG VLE amat mudah dan menyeronokkan. Program FROG VLE dapat membantu saya dalam pelajaran. Guru membimbing saya menggunakan FROG VLE dengan baik. Saya sudah mahir membina dashboard peribadi. 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 Semua butang item (cth: widget, Quick Launch) yang disediakan dalam dashboard mudah digunakan. Belajar menggunakan Program FROG VLE adalah lebih menarik daripada belajar secara tradisional di dalam kelas. Semua mata pelajaran seharusnya diajar menggunakan Program FROG VLE. Program FROG VLE boleh meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Saya sangat berminat dan bersedia untuk terus mempelajari Program FROG VLE. 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 2 3 4 5 6 7 8 9 10 SKALA 13
  15. 15. Bahagian B – Infrastruktur & Kemudahan ICT Sekolah Arahan: Nilaikan setiap item di bawah berdasarkan pendapat anda mengenai infrastruktur dan kemudahan ICT yang disediakan di sekolah anda, kemudian bulatkan nombor yang mewakili pandangan anda mengenai perkara-perkara berikut: 1 – Sangat Tidak Setuju 3 – Setuju 2 – Tidak Setuju 4 – Sangat Setuju ITEM PERKARA 1 Saya mudah mengakses atau mempelajari Program FROG VLE kerana talian internet di sekolah saya sangat baik. Kemudahan ICT yang disediakan di dalam makmal komputer sekolah saya (cth: komputer, LCD Projektor, mesin pencetak dsb) adalah lengkap dan memuaskan. Suasana di dalam makmal komputer sangat selesa dan kondusif untuk pembelajaran Program FROG VLE Saya hanya bergantung kepada kemudahan ICT di sekolah untuk mempelajari Program FROG VLE. Kemudahan ICT yang ada di sekolah telah membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya dalam penggunaan ICT. 2 3 4 5 SKALA 14 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

×