Kamu sentiasa layak diuji

453
-1

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
453
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
31
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kamu sentiasa layak diuji

  1. 1. Kamu Sentiasa Layak DiujiDecember 5th, 2008 by Abu Saif 12:12 am | 19,613 views | Print | Email | Leave a reply »“Mak kambing, maafkan saya. Saya nak ambil anak makcik untuk buat rendang ya!” pintaseorang pengusaha ternakan kambing kepada seekor kambing betina tua, yang terpinga-pinga.Perlukah beliau meminta izin si emak untuk menyembelih si anak?Tidak perlu.Hakikatnya, emak kambing, ayah kambing, anak kambing dan seluruh ahli keluarganya adalahmilik pengusaha ternakan kambing tersebut. Mahu diambil si emak, mahu diambil si anak, kuasamutlak ada padanya.Namun kerana ihsan yang ada pada diri, penternak kambing sentiasa mengambil si kambingdewasa untuk jualan dan sembelihan. Sesekali sahaja keadaan sebaliknya berlaku. Tiadapertikaian, kerana seluruh kandang itu milik dirinya. Manusia yang memberi makan, minum,penjagaan, rawatan, perlindungan dan segala yang diperlukan oleh si kambing untuk hidupsejahtera.RUBUBIYYAH ALLAHAda apa di sebalik kisah kambing?Ia cara mudah untuk memahami kesan mengimani Rububiyyah Allah.
  2. 2. “Katakanlah: Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi atau siapakah yang memiliki penciptaan, pendengaran dan penglihatan? Siapakah yang mengeluarkan yanghidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka akan menjawab: Allah! Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertakwa kepadaNya?” [Yunus 10: 31]Mengimani bahawa Allah sebagai RABB, bahawa Dia itu Pencipta alam, Pentadbir alam,Pengatur alam dan Pemilik alam… adalah sari pati pengertian iman kita kepada RububiyyahAllah.Rububiyyah bukan iman muqaddimah yang remeh. Ia adalah iman asas, tempat di mana terbinadan berpijaknya kehambaan kita kepada Allah SWT. Sepatutnya, kesan mengimani RububiyyahAllah inilah yang membawa kita kepada perbuatan menghambakan diri kepada-Nya,menunaikan tuntutan-tuntutan Uluhiyyah Allah, sebagai Ilah dan Keutamaan Tertinggi dalamhidup ini.Namun, Iman warisan yang tiada nilai pilihan, mungkin tercicir akan hakikat ini. Dalam keadaanmanusia beribadah kepada Allah, jiwanya gagal berhubung dengan Rububiyyah Allah.Justeru dalam „kesempurnaan‟ ibadah dan ritualnya, dia terlupa akan hakikat diri sebagaiHAMBA.HAMBA YANG LUPA
  3. 3. Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya,dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji.“Apa salah anak saya. Mengapa dia yang mati, bukan saya!” kata-kata manusia yang terlupa.Terlupa bahawa dirinya, anaknya dan seluruh ahli keluarganya, adalah milik mutlaq Allah,Pemilik mutlaq alam ini. Terikatkah Allah kepada peraturan kita bahawa anak yang sepatutnyamenghantar ibu bapa ke kubur dan bukan sebaliknya?AYAT-AYAT CINTA“Oh, novel itu sangat bagus. Ia panduan bercinta menurut Islam,” komen gadis-gadis Islamikyang jatuh hati dengan novel Habiburrahman El Shirazy.“Ceritanya indah sekali. Ana kepingin menjadi Fahri,” ulas seorang akh yang larut dalam kisahsyahdu di bumi Kinanah itu.Mana mungkin Habiburrahman El Shirazy menulis sebuah novel, hanya untuk membentangkansoal cinta!
  4. 4. Saya bukan seorang pembaca novel. Namun dek kerana gahnya karya Ayat-ayat Cinta ini, sayagagahkan jua membacanya. Sungguh luar biasa. Filemnya juga ditonton. Bukan sekali tetapi dua.Tetapi saya tidak melihat novel itu kemuncaknya adalah cinta. Saya tidak jadi „mabuk cinta‟membaca bait Ayat-ayat Cinta. Sebaliknya jiwa saya remuk meneman Fahri ketika di dalampenjara, kerana di situlah mesej teragung yang sepatutnya diangkat sebagai muhasabah terbesarke atas jiwa.Sama ada rakan sepenjara Fahri itu adalah Profesor Abdur Rauf yang dinukil novel, atau lelakigila tanpa nama di dalam filem, ungkapannya bagai panahan lintar menampar pipi Fahri, jugasaya yang membacanya:“Allah sedang berbicara kepadamu tentang SABAR dan IKHLAS… SABAR dan IKHLASitulah Islam”Ya… kesalahan Fahri adalah pada sangkaan dirinya, bahawa setelah hidup dalam ilmu danketaatan, beliau tidak wajar diuji. Beliau itu bersih, suci, bagai yang dimahukan oleh Allah.Apatah lagi ujian itu adalah pada sesuatu yang bertentangan dengan nilai hidupnya. Manamungkin seorang yang begitu bersih dari menggauli manusia berlawanan jantina, tertuduhdengan sebusuk-busuk fitnah, merogol Nora?“Apa salah saya kepada Allah???” soalan seorang manusia bernama Fahri, yang tertipu dengandirinya sendiri.“Istighfar! Allah sedang memberitahu kamu supaya jangan sombong! Ingat siapa diri kamu!”bicara waras seorang manusia gila.Itulah beban Ayat-ayat Cinta, bahawa segala tentang Fahri adalah untuk mempotretkan seorangmanusia yang sempurna pada ilmu, pada amal, pada ibadahnya kepada Dia. Tetapi ikhlas dan
  5. 5. musuh ikhlas itu sulit. Sulit dan tersembunyi bagai semut hitam merayap di atas batu hitam padamalam yang hitam pekat.MUSIBAH ITU ADA TUJUANNYAAgar keikhlasan itu dapat dirasa, datanglah segala musibah untuk berbicara, dalam bentuk yangdi luar bayangan dan jangkaan kita. Kerana kita manusia yang lupa, bahawa kita semua adalahhamba. Status yang menjadikan kita sentiasa layak untuk diuji, dan diperlakukan apa sahaja olehPemilik kita (dengan selautan hikmah). Masakan kita boleh terlupa bahawa sujudnya kita adalahkerana kita hamba, milik Dia?Lulus ujian itu, meningkatlah darjat kita. Daripada seorang hamba yang kurang baik, kepadahamba yang lebih baik. Namun masih tetap seorang HAMBA.Buruk sangka, tidak mencari „bicara Tuhan‟ di sebalik musibah dan berantakan menyelaputijiwa, binasalah kita sebinasa-binasanya.Seorang lelaki yang baik, menjaga iman dan beramal soleh, difitnah berzina?Seorang isteri yang baik, taat, melakukan segala kebaikan untuk kesempurnaan rumahtangga,dihadapkan dengan khianat suami bermain kayu tiga?Seorang suami yang bertanggungjawab, melakukan kebaikan kepada rumahtangga tak berbelahjiwa, diuji dengan isteri dan anak-anak yang kufur nikmat bernafsu rakus meminta dunia?Seorang anak yang datang dari sebuah keluarga bahagia, berdepan dengan keluarga mertua yangmengundang sengsara?Seorang ibu dan seorang bapa, yang sangat menjaga hal ehwal pendidikan dan akhlaq anak-anakmereka, diuji dengan salah seorangnya menjadi pelesit menconteng arang ke muka?Mengapa semua ini berlaku?
  6. 6. Itulah bicara Allah kepada kamu…Kamu pernah mendakwa yang kamu menjaga pergaulan adalah KERANA DIA.Kamu pernah mendakwa bahawa kamu mentaati suami dan menjaga kebajikannya adalahKERANA DIA.Kamu pernah mendakwa bahawa kamu memelihara isteri dan anak-anak adalah KERANA DIA.Kamu pernah mendakwa bahawa kamu menjadi anak yang baik adalah KERANA DIA.Kamu pernah mendakwa baahwa kamu menjadi ibu dan bapa yang melaksanakan segala tugasandengan sempurna adalah KERANA DIA.LUPATetapi kamu terlupa.Ketika kamu tidak bergaul bebas, menjaga hubungan, dan berakhlaq baik, kamu terlupa kepadaAllah hingga menyangka yang kamu seharusnya menerima yang baik-baik sahaja dalam hidupini. Bukan cela, bukan hina. Lelaki baik harus lancar memiliki perempuan yang baik.Ketika kamu mentaati suamimu, menjaga segala keperluannya, kamu terlupa kepada Allah danmeletakkan jangkaan bahawa mencintai sama dengan memiliki, dicintai sama dengan dimiliki.Tatkala kamu menjaga isteri dan anak-anakmu, kamu lupa kepada Allah hingga kamu sangka itusemua jasa, dan jasa mesti dibalas budi.Ketika kamu menjadi anak soleh, kamu lupa kepada Dia dan kamu sangka kebaikanmu itu suatujaminan. Mustahil anak yang baik dikeji manusia ibu dan manusia bapa, biar pun mereka hanyamertua.Semasa kamu mendidik anak-anak dengan sebaik-baik didikan, kamu lupa kepada Allah lalumengharap kebaikanmu dikenang dan dibalas mereka, hingga terlupa niat kamu berkaitan Dia.BAIK DAN MUKHLISGaris yang memisahkan di antara seorang manusia yang berlaku baik, dengan seorang manusiayang ikhlas dalam kebaikannya, amat tipis.Justeru datanglah ujian yang tidak disangka-sangka, untuk menzahirkan keikhlasan itu.
  7. 7. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “kami beriman”, sedang mereka tidak diuji? [Al-Ankabut 29: 2]Maka lelaki soleh yang difitnah zina, maka isteri solehah yang dikhianati suami, maka suamisoleh yang dikufuri isteri, maka anak soleh yang disakiti ibu bapa, baik kandung atau mertua,maka ibu bapa solehin yang dikecewakan anak oleh perlakuan buruknya, ketahuilah bahawaALLAH sedang berbicara kepada kamu.Bicara untuk menyedarkan kamu, bahawa hati harus puas kerana mengikhlaskan kehambaankepada-Nya. Bahawa sebaik mana sekali pun ibadah kamu, tanpa JIWA HAMBA, segalanyatidak bermakna.HAMBA sentiasa sedar dirinya dimiliki dan tidak memiliki.HAMBA sentiasa sedar dirinya sentiasa layak diuji.HAMBA sentiasa sedar bahawa lahirnya hanya untuk DIA. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang telah melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka melupakan tentang diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasik – derhaka. [Al-Hasyr 59: 19]Kita sentiasa layak diuji…Kerana kita adalah HAMBA.Justeru hancurkanlah RASA MEMILIKI!ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala LumpurTanggungjawab Tanpa CintaApril 29th, 2008 by Abu Saif 7:44 pm | 30,771 views | Print | Email | Leave a reply »
  8. 8. “Kenapa mesti bercouple sebelum berkahwin?”, soal seorang ustaz dengan tegas.“Mana mungkin sebuah rumahtangga mendapat keredhaan Allah jika permulaannya sudah tidaktentu hala!”, ujar seorang pendakwah dengan penuh yakin.Segala nasihat tertuju kepada menyeru agar maksiat dihindarkan oleh mereka yang di usia muda.Jangan mulakan alam rumahtangga dengan dosa dan noda. Kelak binasa.Tidak susah untuk memahami seruan ini. Itulah kehendak agama. Dosa tidak menjanjikanbahagia. Kebahagiaan letaknya pada ketaatan kepada Allah. Semua itu telah banyak sayaungkapkan di dalam artikel yang lalu. Sebahagian besarnya sudah termuat di dalam buku AKUTERIMA NIKAHNYA.Dosa tidak menjanjikan bahagia.Tetapi pastikah bahagia hanya kerana sudah terhindar dari dosa? Jika dosa itu derita, taat itunikmat kebahagiaan, maka bahagiakah rumahtangga yang jauh dari dosa?Soalan ini tidak boleh dijawab dengan bahasa praktikal oleh anak-anak muda yang barumenceburkan diri ke alam mencari dan memilih pasangan hidup. Perbincangan kali ini lebihmerupakan sebahagian daripada tuntutan Begin with the End in Mind untuk mereka renungkan.Ada pun persoalan yang sedang saya ketengahkan ini, ia adalah untuk mereka yang sudahseparuh atau suku jalan menempuh kehidupan berumahtangga.Persoalan ini banyak mengganggu fikiran saya. Sedikit demi sedikit saya didatangi dengan kes-kes yang luar biasa. Mula-mula ia hanya sekali dua, tetapi lama kelamaan segalanya menjadiseperti timbunan tanah membentuk busut. Hingga tercetus suatu kebimbangan.Satu demi satu rumahtangga retak dan ribut.
  9. 9. Bukan rumahtangga yang kotor dengan dosa. Bukan suami isteri yang lupa Tuhan. Rumahtanggaini adalah rumahtangga yang dibentuk menurut lunas-lunas Islam. Permulaannya bersih darimasalah pergaulan bebas, malah kedua pasangan ini „disatukan‟ atas cita-cita Islam, dakwah danperjuangan yang menemukan mereka.Seorang „akhi‟ dan seorang „ukhti‟, dalam suasana taat kepada Allah… bersatu dalam sebuahBait Muslim yang berslogankan Baiti Jannati (rumahku syurgaku). Perkahwinan mereka adalahapa yang diimpikan oleh setiap mereka yang mahu mencari separuh kesempurnaan beragamamelalui jalan perkahwinan, yang terbina di atas asas taqwa.Tetapi perkahwinan yang ideal ini sedang diuji. Sangka saya satu atau dua. Ia mungkin kesterpencil. Tetapi sedikit demi sedikit kes ini bertambah dan bercantum, hingga menghasilkansuatu kerisauan yang mendalam. Di manakah silapnya?Terlalu sulit untuk saya lakarkan kes-kes yang membabitkan rumahtangga ini kerana ia amatsensitif. Rumahtangga seorang lelaki yang berfikrah Islam dan seorang perempuan yangberfikrah Islam, kecundang selepas perkahwinan menjangkau usia matang. Ada di antaranyayang membabitkan perbuatan-perbuatan suami, ada juga yang membabitkan masalah yangditimbulkan oleh pihak isteri.Ada suami yang berfikrah Islam, sama ada seorang ustaz mahu pun seorang profesional,mencemarkan rumahtangganya dengan perbuatan-perbuatan curang, bermain kayu tiga, malahada yang menjadi abusive terhadap isteri dan anak-anak. Ada juga isteri yang berfikrah Islam,merosakkan rumahtangganya dengan perbuatan yang sama… hingga menjadi beban kepadafikiran saya untuk menanggung rahsia mereka.Saya terpaksa beristighfar, menenangkan diri sendiri dan isteri, sebelum mampu untukmenyelami masalah seperti ini. Gerun dan kesah memikirkan rumahtangga sendiri. Segala yangdiperlukan untuk membina rumahtangga dalam sebuah ketaatan telah dilakukan, tetapi sayasedang berdepan dengan insiden kehancuran rumahtangga seperti ini. Jika bukan silap berkaitandosa dan taat kepada Allah, apa lagi yang tidak kena.“Rumahtangga ini hanyalah sebuah tanggungjawab. Saya gagal menemui cinta. Saya tidakcintakan suami saya!”, salah satu kes yang saya tangani, tiba kepada jawapan yang dicari.Saya kebingungan.Biar pun kali ini jawapannya sungguh jelas dan terus kepada lubuk masalah, ia bukan satu ataudua kes, tetapi saya sedang menanggung beban kes yang berbilang.
  10. 10. TIDAK BERTEMU CINTAJika mereka yang asyik berkasih sayang hingga lupa kepada batas-batas agama dalam sebuahpergaulan, nasihat lazim yang disampaikan kepada mereka adalah pada menyedarkan diri merekatentang soal tanggungjawab. Perkahwinan bukan hanya soal cinta. Tanggungjawab harus dipikulbersama. Soal peranan masing-masing sebagai suami dan isteri, serta bakal ayah dan ibu mestidilihat dari sudut agama.“Kalau merancang perkahwinan, jangan rancang hanya ke pelamin, tetapi rancanglah hingga kelampin!”, itu nasihat komprehensif saya kepada perkahwinan sepasang kekasih yang sebegini.Tetapi bagi seorang Muslim dan Muslimah, yang mempunyai semangat agama yang tinggi, yangmerelakan sebuah perkahwinan dibentuk tanpa pendahuluan yang lazimnya popular dalammasyarakat kebanyakan, terlalu berat untuk saya nukilkan, bahawa nampaknya mereka harussedar bahawa perkahwinan bukan sekadar tanggungjawab. Ia harus diisi dengan cinta.Cinta!Bukan cinta ala Hollywood atau Bollywood, tetapi cinta yang itu. Perasaan yang mendatangkanbahagia.
  11. 11. Seperti kata Ustaz Pahrol Mohamad Juoi di dalam bukunya, Satu Rasa Dua Hati, tanda bahagiaialah apabila adanya tenang. Itulah cara mengukur bahagia. Bahawa di dalam sebuahrumahtangga, kebahagiaan itu boleh diukur dengan tahap ketenangan yang dikecapi oleh suamidan isteri. Jika suami beroleh tenang tatkala pulang ke pangkuan isteri, juga isteri hilang tekanandan kerunsingan hidup tatkala pulang ke pangkuan suami, maka adalah tenang di situ. Adalahbahagia.Sukar untuk saya ungkapkan bagaimanakah yang dikatakan sebuah rumahtangga tanpa cinta. Inibukan kahwin paksa. Ia kahwin rela. Cumanya, demi menjaga agama, mereka tidak bercintasebelum berumahtangga. Rumahtangga ini adalah rumahtangga orang sekarang yang mencubaresepi bercinta „orang dulu‟, mengharapkan cinta selepas berkahwin, tetapi malangnya merekagagal bertemu cinta.
  12. 12. Izinkan saya meminjam kata-kata John Gray di dalam buku terbaru beliau yang mesti dibacaoleh mereka yang sudah menghadam buku awal Men Are From Mars, Women Are From Venus,iaitu buku Why Mars and Venus Collide: “As I travel the world, teaching the Mars and Venus insights, I have witnessed a new trend in relationships linked to increasing stress. Both couples and singles believe they are too busy or too exhausted to resolve their relationship issues, and often think their partners are either too demanding or just too different to understand. Attempting to cope with the increasing stress of working for a living, both men and women feel neglected at home. While some couples experience increasing tension, others have just given up, sweeping their emotional needs under the carpet. They may get along, but the passion is gone.” (muka surat xiv)Mereka bertahan, tetapi emosi, keinginan dan cinta itu hilang. Segalanya adalah soaltanggungjawab, tentang peranan… tiada perasaan, cinta dan belaian.Entahlah…Apakah kerana pengaruh filem, pengaruh persekitaran, pengaruh tempat kerja, atau silap tarbiyaholeh gerakan-gerakan Islam yang mengacukan mereka ini semasa duduk dalam gelanggangtarbiyah, persoalan tanggungjawab tanpa cinta menjadi punca keruntuhan rumahtangga.Ada yang tidak percaya… menempelak saya kerana menimbulkan isu ini tanpa hujung pangkal.Sangkanya, saya mahu lelaki multazim dan perempuan multazimah ini bercinta dengan cintamazhab Bollywood dan Hollywood. Tidak sama sekali.Tetapi ada sesuatu yang masih dalam kerangka agama yang tidak kita sempurnakan, sekurang-kurangnya di peringkat menguruskan jodoh, sama ada oleh institusi Bait Muslim atau melaluimedium keluarga.MANIFESTASI
  13. 13. Kecacatan cinta dalam rumahtangga yang „Islamik‟ ini terserlah, seawal tahun-tahunperkahwinan, malah boleh juga muncul selepas beranak pinak.Suami akan berkahwin dua dengan alasan isteri pertama adalah pilihan jemaah manakala isterikedua adalah pilihan hatinya! Isteri pula tanpa peruntukan agama untuknya menduakan suami,mencari cinta di luar.Hubungan hambar antara dirinya dan suami, terubat dengan rakan sepejabat yang lebihunderstanding, lebih bijak mendengar dan memujuk, atau mungkin juga beralih minat kepadaustaz-ustaz dan ceramahnya. Asasnya, suami dan isteri, kedua-duanya mengkhianatiperkahwinan pertama yang begitu ideal, kerana perkahwinan itu ada segalanya kecuali cinta!TAQWAKhutbah Nikah pada sunnahnya, terisi dengan ayat-ayat al-Quran yang dipilih dalam genreTAQWA. Ia adalah suatu peringatan daripada Nabi S.A.W bahawa rumahtangga yang diredhaiAllah itu harus dibina di atas asas-asas taqwa. Persoalannya di sini, bagaimanakah kitamemahami maksud taqwa?Jika taqwa itu diertikan sebagai kepatuhan yang menyeluruh terhadap peraturan-peraturan Allah,datang pula soalan yang kedua, apakah itu peraturan Allah? Bagaimanakah keseimbangan dalamberagama dapat dibuktikan dalam kepatuhan ini?SYARIAT ALLAHHimpunan peraturan Allah SWT diperturunkan melalui wahyu, terhimpun di dalam hukum yanglima. Persoalan wajib, mandub, harus, makruh dan haram, sentiasa diambil kira oleh sebuahrumahtangga yang dibina di atas asas Taqwa. Inilah yang diberikan penekanan selama ini,bahawa sebuah rumahtangga yang diredhai Allah SWT itu harus mematuhi ketetapan Allah yangdihimpunkan di dalam apa yang disebutkan sebagai SYARIAT ALLAH atauSYARIATULLAH.Menjaga halal dan haram dalam perbelanjaan.Memelihara peraturan-peraturan Allah dalam persoalan rukun Iman dan rukun Islam.SUNNATULLAHTetapi peraturan Allah juga merangkumi hukum kedua yang disebut sebagai hukum alam.Peraturan yang ditentukan Allah sebagai sistem alam dan manusia yang menghuninya.Sebagaimana hard science menzahirkan hukum Sunnatullah melalui peraturan kimia, fizik danbiologi, maka begitu jugalah soft science menghimpunkan Sunnatullah melalui peraturankomunikasi, psikologi yang dalam hubungan percintaan, kadang-kadang orang sanamenyebutnya sebagai chemistry!
  14. 14. Cinta bukan kefahaman. Bukan pengetahuan. Cinta tidak muncul sebagai hasil mengetahuipengertian ilmu cinta yang dicerna oleh akal. Tetapi cinta itu adalah hati dan perasaan. Allahmengurniakannya, dan manusia bertanggungjawab untuk mencari dan berikhtiarmenyuburkannya.Rumahtangga yang bersih dari dosa, adalah rumahtangga yang berjaya mematuhi Syariatullah,tetapi mungkin kehancuran itu masih melanda kerana Taqwanya tidak menyeluruh. Aspek-aspekSunnatullah diabaikan.Seorang suami mungkin terlupa untuk melihat zaujah yang dikahwininya itu sebagai seorangperempuan. Perempuan itu, biar pun dipanggil sebagai ukti, atau dibahasakan sebagai enti,berjawatan ustazah, atau ketua Muslimat cawangan, dia adalah perempuan pada fisiologi,biologi, naluri dan perasaannya.Mungkin selama ini suami lupa untuk membelainya, lupa menghargainya, lupa berusahamengekalkan kehangatan perasaan di dalam sebuah rumahtangga. Suami yang ustaz, mujahid,haraki lagi manhaji ini, mungkin tidak serius dalam menelaah hadith-hadith Nabi SAW yangmemperlihatkan passion baginda dalam mengekalkan suburnya cinta dalam sebuahrumahtangga.
  15. 15. Seorang isteri yang bersuamikan seorang pejuang, seorang ustaz atau seorang Ketua Cawangansekali pun, tidak harus lupa bahawa suaminya itu tetap seorang lelaki.Rumahtangga seorang akhi dan seorang ukhti, tetap sebuah rumahtangga seorang lelaki danperempuan. Jika mereka bertaqwa dalam menjunjung Syariatullah, tinggal satu lagi persoalan,bagaimanakah pula Sunnatullah dalam hubungan mereka?Sesungguhnya kejayaan menghindarkan diri dari pergaulan bebas serta bantuan institusi BaitMuslim, hanyalah ikhtiar kita untuk membina permulaan rumahtangga yang baik. Tetapi selepasberumahtangga, suami dan isteri harus peka dengan perkembangan emosi dan komunikasimasing-masing kerana ketaatan kepada halal dan haram hanya separuh dari maksud Taqwa.Bagaimana dengan cinta? Bagaimana Sunnatullah ke atas lelaki dan perempuan yang dicipta-Nya?Saya meratapi tragedi yang sedang merebak ini…ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala LumpurDemi meredakan keresahan jiwa kesan menulis dan membaca artikel ini, saya hadiahkan lagu di bawah ini untuk Ummu Saif yang saya kasihi sepenuh hati ini LyricsTRANSLATION- Zawjati (My wife)(as given in the album Da‟ani)I love you the way you are,I love you the way you were,No matter what did or will happen,You are and will be my darling.You‟re my rightful wife, I care not aboutThose who like to reproach and irritate me.It is our destiny to beTogether eternally.In my heart you instilled loveWith grace and good deeds.Happiness vanishes when you disappear,Life brightens when you‟re there.Hard is my dayUntil you return home.
  16. 16. Sadness disappearsWhen you smile.Life turns blackWhen you‟re upset,So I work hardTo make your wish come true.You‟re my happiness.May you be happy forever.Our souls are unitedLike soil and plants.You‟re my hope, my peaceMy good company and inspiration.Life is good, no matter how hard it is,When you‟re fineSaifulislam.Com kini dihoskan di sebuah Dedicated Server. Sumbangan anda untuk membiayaikos operasinya amat dialu-alukan. Jazakumullahu khayr al-jazaa© SAIFULISLAM.COM (1998 – 2011)Hak cipta terpelihara. Setiap artikel yang tersiar di Saifulislam.Com dihasilkan untuktujuan pendidikan dan bersifat non-komersil. Pembaca bebas menyalin danmenyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat Saifulislam.Com hendaklahdisertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Manakala untuk penerbitansemula dan berorientasikan komersil, setiap bahagian daripada artikel ini tidak bolehditerbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain,sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dansebagainya, tanpa izin SAIFULISLAM.COM terlebih dahulu."Erti Hidup Pada Memberi"

×