Your SlideShare is downloading. ×
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Bmm3104
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Bmm3104

2,292

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,292
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
160
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN KEPUJIANKEPUJIAN MODUL BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3104 PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2011
  • 2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAANPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh danbersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segiintelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dankepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyatMalaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sertamemberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,masyarakat, dan negara Falsafah Pendidikan GuruGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisankebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memeliharasuatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, danberdisiplin. Cetakan Jun 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 3. MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR- PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.Cetakan Jun 2011Institut Pendidikan GuruKementerian Pelajaran Malaysia
  • 4. KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Panduan Pelajar Pengenalan Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 1.0 Sipnosis 1.1 Hasil Pembelajaran 1.2 Kerangka Tajuk ………………………………. ………………………………. Tajuk 1 2.0 Sipnosis 2.1 Hasil Pembelajaran 2.2 Kerangka Tajuk ………………………………. ………………………………. Bibliografi Panel Penulis Modul Ikon Modul
  • 5. PANDUAN PELAJARPENGENALANModul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajarananda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semulauntuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda jugamungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran inimemberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.PEMBELAJARAN ARAH KENDIRIPembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajarananda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesanjika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda.Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohonbantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untukpembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.SASARAN KURSUSPelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan InstitutPendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah ProgramPensiswazahan Guru (PPG).JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jampembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalahseperti dalam Jadual 1: Agihan Jam pembelajaranAktiviti-aktiviti Pembelajaran Mengikut Kredit Kursus 3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Ada Tanpa Ada Tanpa Ada Amali Amali Amali Amali Amali Amali (3+0) (2+1) (2+0) (1+1) (1+0) (0+1) (1+2) (0+2) (0+3)Membaca modulpembelajaran danmenyiapkan latihan / 70 60 70 62 70 65tugasan terarah / amali
  • 6. Menghadiri kelas interaksi 10 10 5 5 5 5bersemuka (5 kali)Latihan Amali* - 10 - 8 - 5Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15Ulangkaji 10 10 10 10 5 5Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.SUSUNAN TAJUK MODULModul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semulaapa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang andatelah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihanyang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincangdengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untukdibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor ataurakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.IKONAnda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar padasekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRANAnda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikhdan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis iniakan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan jugaperbincanganTip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
  • 7. modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda.4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna.7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
  • 8. PengenalanModul ini disusun untuk membolehkan para pelajar Program PensiswazahanGuru Sekolah Rendah (PPG) bagi mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memahamitentang kursus Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Modul inimemperkenalkan kepada anda, tentang kemahiran mendengar dan bertutur,kemahiran membaca, pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan, teknikpengajaran kemahiran membaca, penilaian kemahiran membaca dan kemahiranmenulis . Terdapat juga maklumat berkaitan strategi, pendekatan, kaedah danteknik pengajaran bahasa Melayu secara umum. Ia juga memberi pendedahankepada anda tentang pengaplikasian pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Iaturut dilengkapi dengan pengaplikasian pendekatan pembelajaran bahasa yangmerangkumi pemusatan murid dan bahan. Pembelajaran berasaskan projek,masalah, aktiviti, situasional/senario dan permainan juga dimasukkan.Modul ini dibahagikan kepada enam Tajuk Pembelajaran seperti yang berikut:Tajuk Pembelajaran 1: Kemahiran Mendengar dan BertuturTajuk Pembelajaran 2: Kemahiran MembacaTajuk Pembelajaran 3: Kemahiran MenulisTajuk Pembelajaran 4: Kemahiran MengarangTajuk Pembelajaran 5: Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu MengajarTajuk Pembelajaran 6: Penilaian Kemahiran MenulisLatihan berbentuk latihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman anda. Modul inidiharap dapat membantu para pelajar menerangkan tentang teori huraian danpemerolehan bahasa dan konsep asas pedagogi bahasa. Para pelajar juga diharapkanakan lebih jelas dengan konsep pengaplikasian pendekatan pengajaran mahupunpembelajaran bahasa.
  • 9. AGIHAN TAJUKKod & Nama Kursus: BMM 3104 : Pengajaran Kemahiran Bahasa MelayuKandungan modul ini dibahagi kepada 5 interaksi. Jadual di bawah menjelaskan agihantajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. JUMLAH JAM MENGIKUT INTERAKSI TAJUK/TOPIK PRO FORMA KURSUS 1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Konsep  Objektif  Proses dan Bentuk  Peringkat Penguasaan 1  Unsur dan Faktor 2 Keberkesanan  Prinsip Pengajaran  Kaedah Pengajaran  Teknik Pengajaran 1. Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar dan bertutur  Objektif, Langkah-langkah sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti  Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran  Prinsip dan prosedur 2 Pembinaan Instrumen 2 Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur. 2. Kemahiran Membaca.  Matlamat dan Jenis Bacaan  Peringkat Pengajaran Bacaan  Teknik Bacaan – Intensif, Ekstensif, Skimming, Scanning. 1. Pendekatan dan Kaedah Pengajaran 3 Bacaan. 2
  • 10.  Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif, dan Pengalaman Bahasa.  Kaedah Pandang Sebut  Kaedah Abjad dan Fonik 2. Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca.  Survey, Question, Read, Review, Recite, (SQ3R), Read, Review, Recite, (3R), Know, What, Learn, How, (KWLH), dan lain-lain.  Lingkaran Soalan, Tatacerita  Bimbingan Menjangka, Teater Pembaca. 3. Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca.  Objektif  Langkah-langkah Sebelum, Semasa, dan Selepas Aktiviti  Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar. 1.Penilaian Kemahiran Membaca.  Mengenal pasti Idea Keseluruhan  Mengesan Idea Utama dan Idea sokongan  Membuat Ramalan/Kesimpulan  Pembinaan Instrumen Penilaian 2.Kemahiran Menulis.  Matlamat dan Peringkat4  Tujuan Penulisan 2  Jenis Penulisan Karangan. 3.Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis.  Proses Pengajaran  LEA (Pengalaman Bahasa) 1.Kemahiran Mengarang.  Mencari Isi – Menggunakan Bahan Rangsangan5 2  Mengaitkan Isi dengan Tajuk, Kohesi, Koheren, dan Pemerengganan  Kemahiran Kosa kata, Gaya
  • 11. Persembahan, Mengedit dan Mengembangkan Idea – Peta Minda.2.Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar.  Ejaan  Imlak  Karangan3.Penilaian Pengajaran Kemahiran Menulis.  Mengenal Pasti Idea Keseluruhan  Mengesan Idea utama dan Idea Sokongan  Membuat Ramalan / Kesimpulan. JUMLAH 10
  • 12. Tajuk 1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Konsep  Objektif  Proses dan BentukSinopsisTajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas KemahiranMendengar dan Bertutur: konsep objektif proses dan bentukAspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertutur,Membaca dan Menulis. Walau bagaimanapun kemahiran mendengar dan bertuturmerupakan aspek asas yang paling penting dalam kemahiran berbahasa. Hal inidemikian kerana murid-murid yang menguasai kemahiran mendengar dan bertuturdengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca danmenulis dengan lebih baik. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorangmemperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yangmempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikanperasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar danpenutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulisdengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur dengan baik akanmembantunya dalam proses membaca dan menulis.Hasil PembelajaranPada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:1. menjelaskan konsep kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;2. mengenal pasti tujuan-tujuan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur;3. menerangkan beberapa kaedah, teknik dan aktiviti untuk kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur;4. menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur; dan
  • 13. 5. mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur.Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif Rajah Perilaku - Ucapan Teori Chomsky (Disesuaikan daripada Pengantar Psikolinguistik Moden, 1987: 51)
  • 14. KEMAHIRAN LISAN: KEMAHIRAN BERTUTUR DAN MENDENGARDefinisi KonsepKemahiran lisan secara umum dirujuk kepada keupayaan seseorang atau beberapaorang bertutur, berkomunikasi / berinteraksi menyampaikan idea, pandangan, mahupunpendapat dalam percakapan dan perbualan. Dalam apa-apapun keadaan, di mana ataubagaimana proses ini berlaku, orang yang terlibat akan saling menghantar danmenerima, yakni memberi gerak balas @ respon tertentu. Ini bermakna dalam proseslisan itu, komponan kemahiran mendengar dan bertutur yang tidak kurang pentingnya.Dalam konteks ini, kemahiran mendengar ialah proses yang melibatkan aktivitipemerolehan mesej atau maklumat; manakala kemahiran bertutur pula melibatkanproses menjana dan menghasilkan penghasilan maklumat.Kebolehan untuk mendengar dan bertutur dengan baik dan berkesan sangat pentingdalam kehidupan seharian. Ini bermakna, seorang pendengar yang baik dapat memahamidan memperoses maklumat yang didengarinya dalam sesuatu interaksi. Begitu juga,seorang penutur yang baik dapat menyampaikan perasaan dan pemikirannya dengan tepatdan berkesan dalam interaksi tersebut.Kemahiran Mendengar dan Bertutur Dalam Sukatan PelajaranDalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) menegaskanpengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Melayu bertujuan:(a) mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat dalam kehidupan sehari-hari sama ada di dalam atau di luar rumah;(b) bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang sesuai dalam perbagai keadaan perhubungan seperti perbualan dengan rakan- rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya, serta dalam majlis bahas, syarahan dan lain-lain. Bagi tujuan mencapai objektif yang dinyatakan, Sukatan Pelajaran BahasaMelayu Sekolah Rendah KBSR (1983:3) turut mencadangkan beberapa cadangansubkemahiran kecil kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) yang perlu dikuasai olehmurid, antara lain menguasai kemahiran:(a) mendengar dan menyebut bunyi. Antara lain, meliputi aspek perlakuan bahasa melibatkan kemahiran mengenal, membeza dan mengajuk bunyi yang
  • 15. diperdengarkan; mengecam dan menunjukkan sumber arah datangnya bunyi berkenaan.(b) memberi dan menerima arahan dan permintaan. Perlakuan bahasa, antara lain mencadangkan kemahiran menyampaikan arahan dan pesanan tertentu secara berurutan supaya mudah difahami, menghasilkan permintaan yang mudah – untuk diri sendiri dan orang lain;(c) menyampaikan ucapan bertatasusila – meliputi kemahiran melafazkan ucapan bertatasusila, secara beradab dengan menggunakan kata sapaan;(d) bersoal jawab – kemahiran membina dan mengemukakan soalan bagi tujuan memperoleh maklumat tertentu;(e) bercerita – kebolehan menyampaikan cerita dengan menggunakan daya kreativiti – ayat, gaya, sama ada menggunakan berbantukan gambar atau tidak;(f) menyampaikan berita dan laporan – kebolehan menyampai dan melaporkan sama ada yang dilihat, didengar atau dialaminya sendiri dengan ringkas dan padat;(g) menyampaikan ucapan dan syarahan – kebolehan menyampaikan ucapan dan syarahan secara bertatasusila dengan penuh yakin menggunakan gaya tersendiri, nada dan intonasi, dan suara secara berkesan;(h) berlakon dan melafazkan puisi – memperlihatkan murid mempersembahkan keupayaan berlakon, melafazkan dialog dan puisi (pantun, syair, sajak mengikut nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai) secara lisan sama ada secara hafalan atau bebas dengan penuh perasaan; dan(i) berbincang dan berbahas – menegaskan kebolehan menyampaikan idea dengan menggunakan kemahiran berbahasa secara tepat dan berkesan, menggunakan nada, intonasi, sebutan, rima dan nada yang sesuai.Kemahiran BertuturKemahiran bertutur merupakan proses komunikasi yang amat kompleks. Semasabertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) dan para linguistik (bagi bahasaisyarat dan pergerakan badan). Walau bagaimanapun, selain menggerakkan alatpertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur jugamelibatkan proses mental: memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan
  • 16. memberi gerak balas tertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baikakan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuanmenghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosidi danmelaksanakan proses mental – mendengar dan membaca secara berkesan.Konsep Pertuturan(a) Pertuturan merupakan gabungan daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan. Misalkan bunyi-bunyi, /b/, /a/, /t/, /u/ digabungkan menghasilkan bunyi [batu];(b) Pertuturan berlaku di peringkat produksi, yakni setelah penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa-apa yang didengarinya;(c) Individu banyak belajar kemahiran bertutur daripada pengalaman kecerdasan otaknya;(d) Aspek fizikal, kesihatan, kecerdasan otak, persekitaran, jantina dan tahap sosioekonomi boleh mempengaruhi tahap pertuturan kanak-kanak; dan(e) Kemahiran bertutur yang baik boleh dikuasai dengan memberi perhatian kepada aspek fonologi, struktur, intonasi dan penguasan aspek bunyi yang lain.Aspek-Aspek Pertuturan(a) Sebutan: Dalam aspek sebutan murid-murid diajar mengenal dan membunyikan setiap huruf, suku kata, perkataan, frasa kata dan ayat. Dalam hal ini, murid- murid diajar menyebut dan membunyikan suku kata dan perkataan dengan jelas dan tepat mengikut kaedah bunyi, sebutan dan maknanya. Aspek ini penting, terutamanya melibatkan perkataan yang mempunyai ejaan yang sama tetapi kaedah sebutan dan makna yang berlainan seperti semak, boleh dibunyikan sebagai /semak/ dan /sǝmak/ dan seumpamanya;(b) Tekanan: Tekanan merujuk kepada cara dan bagaimana penutur menyebut dan memberi tekanan kepada sama ada suku kata, perkataan atau rangkai kata tertentu bagi tujuan menegaskan sama ada keras atau lembutnya sesuatu pengucapan;(c) Mora (panjang-pendek): Mora atau panjang-pendek merupakan kadar (dalam bahasa Arab disebut ‘harakat’), tidak begitu membezakan makna dalam bahasa Melayu;
  • 17. (d) Jeda (persendian): Unsur ini merujuk kepada aspek persendian – memisahkan elemen-elemen linguistik dalam perkataan, rangkai kata atau ayat. Dalam ayat, jeda digunakan sebagai hentian sementara yang boleh membezakan makna jika unsur ini digunakan. Misalnya ungkapan, ‘jangan tembak,’ jika tidak menggunakan jeda bermaksud larangan melepaskan tembakkan, sebaliknya jika jeda digunakan, ‘jangan/tembak,’ bermaksud menangguhkan seketika dan kemudiannya melepaskan tembakkan!(e) Intonasi: Intonasi merujuk kepada kedaan sama ada dilafazkan secara menurun atau menaik sesuatu. Intonasi dalam ayat sama ada menaik, menurun atau mendatar berbeza-beza mengikut jenis ayat. Misalnya, ayat tanya biasanya mempunyai intonasi menaik, manakala ayat penyata mempunyai intonasi menurun di hujung ayat.(f) Nada: Nada merujuk kepada keadaan bunyi sama ada menaik atau menurun ketika sesuatu perkataan itu disebut. Dalam muzik misalnya terdapat lapan nada: Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do – setiap nada mewakili satu suku kata. Pun demikian dalam bahasa Melayu, nada tidak bersifat fonemik berbanding dengan bahasa Cina, kewujudannya lebih jelas.(g) Tatabahasa: Aspek tatabahasa merujuk kepada aturan, formula, kaedah dan tatacara menentukan hukum dalam berbahasa – meliputi bidang fonologi, sintaksis dan semantik. Aspek tatabahasa dalam pertuturan kerap kali tidak diberatkan berbanding dalam aktiviti penulisan. Walau bagaimanapun untuk memperoleh kebiasaan yang baik dan kesan yang mendalam dalam pengucapan, aspek tatabahasa perlu diguna pakai sebaik-baiknya;(h) Kelancaran: Aspek kelancaran menegaskan perihal dan keupayaan murid bertutur dengan baik, teratur dan kemas tanpa gangguan/tersekat. Ini banyak dipengaruhi dan ditentukan oleh tahap penguasaan dan kecekapan berbahasa dalam kalangan murid-murid.(i) Kefasihan: Aspek kefasihan menentukan bukan sahaja murid boleh bertutur dengan baik, lancar dan berkesan, sebaliknya boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan dalam ayat dengan jelas, betul dan betul;(j) Laras bahasa: Aspek laras bahasa dalam konteks ini menegaskan kemahiran murid-murid menggunakan bahasa dalam konteks yang situasi, keadaan dan disiplin ilmu berlainan. Ini penting bagi tujuan mempastikan murid-murid boleh berkomunikasi secara berkesan.
  • 18. Objektif Kemahiran BertuturKemahiran bertutur, antara lain membolehkan seseorang murid:(a) menyebut dengan jelas;(b) menyampai atau melahirkan pendapat peribadi;(c) melaporkan peristiwa dan memberi sesuatu huraian dengan tepat;(d) memberi penerangan dan alasan;(e) menunjuk arah;(f) membina soalan untuk mencari maklumat;(g) bertemu ramah;(h) bertukar-tukar pendapat dan maklumat;(i) bertutur secara bertatasusila; dan(j) bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan situasi.Proses dan Bentukya:Aktiviti dalam Kemahiran Bertutur:(a) Mengaitkan aksi dengan pertuturan;(b) Menjawab soalan-soalan rakan dan guru;(c) Membina soalan berdasarkan bahan;(d) Memberi arahan kepada rakan;(e) Menerangkan gambar dan bahan grafik;(f) Berbual melalui telefon;(g) Bercerita berdasarkan cerita yang diketahui atau pengalaman sendiri;(h) Membuat laporan lisan berdasarkan tajuk yang telah disediakan dan menjawab soalan yang diajukan;(i) Permainan komunikatif;(j) Mengadakan perbahasan;(k) Perbincangan forum;(l) Memberi taklimat dan ceramah;(m) Main peranan;(n) Simulasi;(o) Teater bercerita; dan(p) DramaKemahiran Mendengar
  • 19. Mengapa kemahiran mendengar? Mengapa kemahiran mendengar penting? Apamasalahnya, sekiranya seseorang itu menghadapi masalah pendengaran yangserius? Hakikatnya kemahiran mendengar merupakan kemahiran utama danpertama yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak sebelum ia boleh mengujarkanperkataan atau bunyi awal tertentu dalam proses belajar berkomunikasi ataubercakap. Tentu sekali sebelum kanak-kanak ini boleh berkomunikasi ataubercakap, ia telah terlebih dahulu terdedah kepada berbagai-bagai bunyibahasa dan bukan bahasa. Sebenarnya, kanak-kanak sentiasa berkomunikasidengan alam sekelilingnya, mengusai bahasa – memperoleh, mempelajari,mengajuk dan meniru daripada apa yang didengar dan dialaminya daripadaorang-orang yang berada di sekelilingnya. Mereka meniru, mengajuk, mencubadan mengungkapkan perkataan tertentu secara berulang kali sebelum sesuatuperkataan itu tekal dalam ingatan dan dapat digunakan dalam konteks maknanyayang sebenar. Justeru, alam persekitaran merupakan model pentingpembelajaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini. Ini bermakna, kanak-kanak yang hidup dalam kerangka model alam persekitaran yang baik,cenderung untuk menguasai kemahiran berbahasa: bertutur dan mendengaryang baik mengikut standard tertentu.Mengapa kemahiran mendengar perlu?Kemahiran mendengar merupakan kemahiran menerima menaakul danmemproses maklumat dalam komunikasi secara lisan. Di sekolah, murid-muridperlu mendengar untuk menerima dan memahami idea yang disampaikan dalamperbualan, perbincangan, dialog, mesyuarat dan penjelasan dalam prosespengajaran guru. Manakala dalam kehidupan harian pula, aktiviti mendengar
  • 20. sentiasa wujud dalam interaksi sosial (perbualan, perbincangan dan mesyuarat);untuk mendapat hiburan (radio, televisyen, filem), memperoleh maklumat(pengajaran guru, berita di radio dan televisyen) serta pernyataan perasaan danapresiasi seni (drama, lakonan, dialog dan kesusasteraan).Proses MendengarUmumnya, komunikasi lisan melibatkan dua proses, iaitu penghasilan danpenerimaan mesej. Proses pertama terlaksana melalui pertuturan sementaraproses yang kedua berlaku melalui pendengaran. Terdapat pernyataan bahawadalam pengajaran bahasa, aspek pendengaran amat kurang diberi perhatianoleh guru. Proses mendengar biasanya berlaku secara berperingkat. Empatperingkat proses mendengar:(a) mendengar deretan bunyi-bunyi bahasa;(b) memahami bunyi-bunyi bahasa tersebut;(c) menilai bunyi-bunyi yang diperdengarkan; dan(d) bertindak balas terhadap bunyi-bunyi tersebut.
  • 21. Dalam erti kata lain ketika mendengar, seseorang itu akan membuat tanggapanterhadap gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengarinya itu. Kemudianpendengar itu akan menghubungkan bunyi-bunyi bahasa itu dengan maknaberasaskan pengetahuan dan pengalamannya. Proses menanggap bunyi danmentafsir makna sesuatu sebutan berlaku secara serentak berdasarkanpengalaman dan pengetahuan pendengar berkenaan. Akhirnya, bunyibermakna sebagaimana yang ditanggapi oleh pendengar itu tadi akan digunakansebagai asas bagi membuat tindakan, huraian atau menyatakan pengalamannyakepada orang yang menghasilkan bunyi bahasa tersebut.Penjelasan ini menegaskan bahawa dalam proses mendengar, seseorangpendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnyasecara bijaksana. Justeru, anggapan bahawa mendengar merupakan kemahiranbahasa yang pasif tidak boleh diterima. Ini kerana mendengar merupakan prosesyang kompleks melibatkan proses mendengar, memahami, menghurai danmenilai apa yang didengarinya itu sebelum sesuatu gerak balas yang sewajarnyadapat dilakukan.
  • 22. Objektif mengajar kemahiran mendengarMelalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:(a) memperoleh idea;(b) mencari isi-isi penting;(c) melakukan arahan/ tindak balas;(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan;(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;(f) mentafsir makna-makna yang tersirat,(g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/ konteks, dan(h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.Konsep-konsep asas dalam kemahiran Mendengar:Justeru sebenarnya, kemahiran mendengar merupakan kemahiran yang palingasas dalam kemahiran lisan dan ini berlaku pada peringkat penerimaan.Seseorang kanak-kanak @ murid yang telah menguasai kemahiran mendengar,dia seharusnya dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan olehorang lain kepadanya dan boleh pula memahami @ maksud; boleh mentafsirapa sahaja yang didengarnya itu dengan tepat.Sehubungan dengannya, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasihberkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya, kemahiran mendengar initidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya di peringkat awalpengajaran bahasa sebelum kemahiran-kemahiran lain diajar kepada mereka.
  • 23. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu bolehdikonsepsikan dengan pelbagai cara, antara lain:(a) gabungan bunyi-bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingat;(b) proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi, dan neurologi;(c) berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat; dan(d) berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika.Apakah bentuk kemahiran mendengar itu?Dengan itu, kemahiran mendengar boleh berlaku dalam pelbagai bentuk, antaralain proses mendengar:(a) secara pasif;(b) secara bertelau-telau;(c) tanpa tindak balas;(d) secara menebuk-nebuk;(e) dengan beremosi;(f) secara berhati-hati dengan pengamatan; dan(g) secara kritikal.Prinsip penting dalam proses mengajar kemahiran mendengar(a) mendengar merupakan gabungan daripada segala yang pernah dilihat, didengar dan dingati;(b) proses mendengar berlaku melalui latihan secara khusus yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat;(c) individu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding daripada kecerdasan otaknya;(d) aspek fizikal, psikologi dan neorologi mempengaruhi proses pendengaran seseorang;(e) pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan;(f) mendengar berlaku melalui proses akal bukan perasaan;(g) mendengar untuk mengkritik perlu berasaskan idea utama, hujah dan bukti tertentu;
  • 24. (h) mendengar untuk hiburan memerlukan tindak balas terhadap muzik, aspek kesusasteraan dan aspek seni serta estatika; dan(i) mendengar untuk apresiasi memerlukan perlakuan bahasa menganalisis secara kritis terhadap bentuk dan isi.Kesimpulannya:Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid,pertamanya menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyibahasa; dan keduanya, memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasatersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan betul dan tepat, bersesuaian denganmesej yang diterima itu. Latihan 1. Kenapakah dikatakan bahawa mendengar sebagai asas pembelajaran bahasa lisan? 2. Huraikan maksud kemahiran mendengar dalam situasi formal dan tidak formal beserta dengan contohnya.
  • 25. Tajuk 2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Peringkat Penguasaan  Unsur dan Faktor Keberkesanan  Prinsip PengajaranSinopsisTajuk ini akan membolehkan anda mengetahui perkara-perkara asas KemahiranMendengar dan Bertutur: Peringkat Penguasaan Unsur dan Faktor Keberkesanan Prinsip PengajaranAspek kemahiran berbahasa meliputi Kemahiran Lisan: mendengar dan bertutur,Membaca dan Menulis. Telah ditegaskan, antara kemahiran berkenaan, aspekkemahiran lisan perlu diajar terlebih dahulu. Hal ini demikian kerana murid-murid terlebihdahulu perlu menguasai kemahiran berbahasa aspek mendengar dan bertutur terlebihdahulu sebelum kemahiran berbahasa membaca dan menulis. Sebagaimana kebiasaan,seseorang guru perlu menyedari hakikat mengenai prinsip pengajaran dan keperluanmengajar kemahiran berbahasa: mendengar dan bertutur perlu diajar secaraberperingkat, selain menyedari terdapat unsur-unsur @ faktor-faktor yangmempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Hasil Pembelajaran Menghuraikan tentang kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa.
  • 26. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektifPeringkat-Peringkat Penguasaan Kemahiran Lisan - Mendengar dan bertutur(a) Peringkat Penerimaan (mendengar dan memaham) Sebelum murid diberi peluang berlatih bertutur, mereka perlu diberi kefahaman mendengar. Pada peringkat ini latihan diberi kepada murid-murid, tidak memerlukan mereka bertindak balas dalam bentuk pertuturan. Bahan-bahan yang diperdengarkan hendaklah mencerminkan penggunaan bahasa yang baik dan boleh dijadikan model dalam kalangan murid-murid berkenaan.(b) Penghasilan Semula (bertindak balas) Pada peringkat ini, latihan yang diberi memerlukan murid bertindak balas secara pertuturan. Semasa bertutur banyak aspek yang terlibat, seperti intonasi frasa dan ayat, aspek sebutan, kelancaran, kefasihan, tatabahasa, gaya dan isi penyampaian.Peringkat –Peringkat Kemahiran BertuturUntuk mencapai objektif pengajaran bertutur, iaitu bertutur dengan fasih dandapat mengeluarkan buah fikiran dengan menggunakan bahasa yang tepat dansesuai mengikut situasi perhubungan di sekolah dan dalam kalanganmasyarakat. Hal ini menegaskan betapa perlunya kemahiran bertutur itu perlu
  • 27. dikuasai secara berperingkat-peringkat, yakni peringkat awalnya melibatkanpertuturan di antara murid dengan murid dalam bilik darjah sehinggalah muridboleh bertutur dengan ahli masyarakat di luar bilik darjah. Dengan demikian,pengelompokan pengajaran kemahiran bertutur dapat diklasifikasi mengikutperingkat: peringkat awal, pertengahan dan maju.Peringkat awal(a) Melafazkan pengucapan bertatasusila;(b) Mengajuk perkataan dan ayat yang didengar;(c) Menyoal untuk mendapatkan maklumat;(d) Membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi;(e) Menyoal soalan-soalan mudah berdasarkan situasi-situasi tertentu;(f) Bertindak terhadap soalan-soalan mudah;(g) Memberi arahan;(h) Membuat ayat tentang diri, rakan, ibu dan bapa; dan(i) Membuat ayat-ayat daripada gambar.Peringkat pertengahan(a) Membuat deskripsi tentang objek atau gambar;(b) Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar-gambar bersiri;(c) Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa;(d) Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu;(e) Menyoal dan menjawab soalan-soalan misalnya, berhubung dengan peribadi seseorang, masa bersekolah, persekitaran dan di rumah;(f) Membaca iklan, peraturan-peraturan;(g) Memberi ucapan pendek dan mudah;(h) Mengambil bahagian dalam perbualan mudah;(i) Memberi komen secara mudah; dan(j) Membuat ulasan, memberi pendapat atau pandangan secara mudah.
  • 28. Peringkat maju(a) Mendeskripsi sesuatu peristiwa, kejadian, pengalaman, objek, permainan, proses dan sebagainya;(b) Bercerita dengan menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya;(c) Mengambil bahagian dalam perbincangan, perbualan atau dialog;(d) Bertanya untuk mendapatkan maklumat;(e) Menerangkan proses, kejadian, prosedur dan peraturan;(f) Memberitahu arah atau hala sesuatu tempat;(g) Memberi ceramah, syarahan (yang disediakan);(h) Mengambil bahagian dalam perbahasan, diskusi, forum, perbincangan, seminar dan lain-lain;(i) Mengambil bahagian dalam drama dan lakonan;(j) Mendeklamsi puisi;(k) Menyampaikan komen, laporan atau ulasan; dan(l) Mengkritik cerpen, pendapat, puisi, novel dan sebagainya. Anda telah mengetahui bahawa kemahiran bertutur itu dikuasai secara berperingkat - peringkat. Huraikan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi tahap penguasaan kemahiran bertutur dalam kalangan murid-murid.
  • 29. Unsur-unsur dan faktor keberkesanan pengajaran kemahiran lisanTerdapat beberapa faktor yang cukup mempengaruhi keberkesanan pengajaran danpembelajaran kemahiran lisan. Antara lain, faktor,(a) Kecerdasan: Hal ini merujuk kepada tahap kecerdasan otak yang menentukan keupayaan berfikir dalam proses memperoleh, menyampai dan memproses maklumat - aspek penting dalam pertumbuhan dan perkembangan bahasa;(b) Kesihatan: Hal ini merujuk kepada tahap kesihatan yang cukup menentukan tahap dan keupayaan berbahasa dalam kalangan murid-murid. Murid yang tidak sihat atau sakit berpanjangan akan mengalami gangguan dalam proses pemerolehan bahasa, bahkan gagal berfikir dan berkomunikasi secara berkesan;(c) Fizikal: Hal ini, terutamanya yang berkaitan dengan aspek tubuh badan yang berhubung langsung dengan proses mendengar seperti telinga dan alat artikulasi: lidah, gigi, gusi dan seumpamanya akan menjejaskan proses penglahiran bunyi-bunyi bahasa, makna dan tahap pemahaman maklumat yang hendak disampaikan. Kanak-kanak yang pekak atau menghadapi masalah pendengaran, terencat anggota badan dan seumpamanya akan mengehadkan pergaulan, dan dengan demikian kerap kali menghadapi masalah kosa kata dalam proses pertuturan;(d) Persekitaran: Hal ini terutamanya yang melibatkan kalangan ahli keluarga ibu, bapa dan ahli keluarga keseluruhannya, jiran tetangga, tahap pendidikan, lokasi petempatan sama ada di bandar atau di luar bandar, tahap dan status sosioekonomi akan mempengaruhi tahap penguasaan bahasa kanak-kanak. Umumnya, benak fikiran kanak-kanak yang hidup dalam kalangan masyarakat petani dan nelayan mempunyai kosa kata terhad berbanding dengan kanak-kanak yang hidup dan membesar dalam kalangan masyarakat di bandar-bandar;(e) Jantina: Faktor yang menentukan tahap pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berbeza-beza. Kajian menunjukkan kadar pertumbuhan kanak-kanak perempuan jauh lebih cepat berbanding dengan kadar pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak lelaki. Hal ini demikian kerana urat saraf pertuturan dalam
  • 30. kalangan kanak-kanak perempuan berkembang jauh lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki; dan(f) Dwibahasa: Kajian mendapati kanak-kanak ekabahasa biasanya boleh bertutur jauh lebih baik berbanding dangan kanak-kanak dwibahasa. Ini kerana, dalam proses pertuturan, kanak-kanak dwibahasa kerap kali mengalami gangguan daripada bahasa ibundanya.Prinsip pengajaran kemahiran mendengar(a) Kemahiran mendengar perlu diajar bersama-sama kemahiran berbahasa bertutur, membaca dan menulis;(b) Kemahiran mendengar, seperti kemahiran berbahasa yang lain juga bersifat dinamik dan aktif. Justeru, aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran mendengar perlu dirancang berteraskan tugasan yang menjurus kepada sesuatu aktiviti tertentu;(c) Setiap aktiviti dan kemahiran yang hendak diajar hendaklah dirancang dan disampaikan dalam bentuk pelbagai. Dengan demikian murid-murid boleh melibatkan diri secara proaktif, memberi respon yang pelbagai diberi peluang sebaik-baiknya memberi tindak balas terhadapnya secara maksimum. Dengan demikian murid-murid boleh merperlihatkan tahap kemahiran berbahasa masing- masing melalui aksi/lakonan dan aktiviti yang berkaitan;(d) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara berperingkat- peringkat, didahulukan daripada yang konkrit kepada yang abstrak, daripada yang dekat kepada yang lebih jauh, daripada perkara-perkara yang mudah kepada perkara-perkara yang lebih sukar dan seumpamanya.(e) Guru tidak perlu terlalu gahirah untuk mengajar kemahiran mendengar sehingga begitu membebankan atau menyusahkan dirinya semasa melaksanakan proses berkenaan;(f) Motivasi guru sangat penting bagi tujuan mengekalkan minat dan kecenderungan mendengar dalam kalangan kanak-kanak;(g) Paling penting, kanak-kanak perlu diberi peluang sebanyak mungkin untuk berlatih kemahiran mendengar sama ada melalui aktiviti yang ditentukan oleh guru atau melalui daya insiatif murid sendiri.
  • 31. Tajuk 3 Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Kaedah  Teknik PengajaranSinopsisTajuk ini menghuraikan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran lisan: kemahiranmendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Sehubungan dengannya secara umumdihuraikan perkara-perkara asas mengenai pendekatan situasi dan pendekatankomunikatif, yakni pendekatan yang mempunyai hubungan langsung dengan kemahiranmendengar dan bertutur itu sendiri. Melaluinya dicadang dan dibincangkan beberapakaedah dan teknik pengajaran yang sesuai diaplikasi oleh guru dalam pengajaranpembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah.Hasil PembelajaranMenghuraikan aspek kemahiran bahasa: pendekatan, kaedah dan teknik pengajarandan pembelajaran.Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektif
  • 32. Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Aktiviti Kemahiran BertuturPemahaman mengenai keperihalan pendekatan, kaedah, teknik dan aktivitisangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.Bagi tujuan menentukan kaedah dan teknik pengajaran kemahiran mendengardan bertutur dalam bilik darjah, ada baiknya dijelaskan terlebih dahulu aspekpendekatan mengajar kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dalam bilikdarjah. Demikian juga, perlu ditegaskan bahawa pengajaran kemahiran lisan(kemahiran mendengar dan bertutur), perlu dilakukan serentak, berurutan danmenyaling. Walau bagaimanapun, guru boleh memberi perhatian mengenaikemahiran yang hendak diajar dalam bilik darjah – merancang dan memilihaktiviti yang sesuai mengenainya. Dengan berbuat demikian guru bolehmenentukan fokus utama pengajarannya sama ada menguasai menguasaikemahiran mendengar atau bertutur. Paling penting semasa mengajar aktivitimendengar, guru sebenarnya juga mengajar kemahiran bertutur. Sehubungandengannya, tidak terdapat perbezaan yang jelas antara strategi pengajaranmendengar dan bertutur itu, bahkan aktiviti yang dilaksanakan itu kerap kalimeliputi kedua-dua aspek kemahiran lisan tersebut.Pendekatan Pengajaran Kemahiran BertuturModul ini akan hanya membincangkan dua jenis pendekatan sahaja,pendekatan situasi dan pendekatan komunikatif. Ini kerana kedua-dua jenispendekatan ini amat berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajarankemahiran lisan (bertutur dan mendengar) dalam bilik darjah
  • 33. (a) Pendekatan SituasiPendekatan situasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yangdiperkenalkan oleh Mackey (1965), antara lain menegaskan bahawa pernyataanlisan itu merangkumi semua unsur kefahaman mendengar dan penggunaanunsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola, nada dan intonasi tertentu.Pernyataan lisan ini juga meliputi aspek pemilihan kata-kata dan unsur-unsurinfleksi yang disusun dengan betul supaya tergambar juga makna-makna yangbetul mengenainya. Tegasnya, pendekatan situasi yang berlandaskan teoristruktural dan teori pembelajaran behaviouris yang beranggapan bahawa untukmembolehkan seseorang itu menguasai kemahiran lisan (khasnya bertutur),terlebih dahulu beberapa kemahiran asas yang lain perlu dikuasai terlebihdahulu. Antara lain, menguasai kemahiran membuat tanggapan, mengingat,membunyikan perkataan dan juga aspek struktur bahasa berkenaan. Hal inidemikian kerana melaluinya aspek penggunaan dan penguasaan bahasa secaralisan dapat diperbaik dari semasa ke semasa. Dengan demikian, pendekatansituasi mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut:(a) Guru perlu memberi peneguhan kepada setiap satu gerak balas murid yang betul supaya gerak balas itu diulangi lagi;(b) Murid mesti dilatih bertutur dengan menggunakan unsur-unsur bahasa yang digunakan oleh masyarakat;(c) Guru perlu memahami proses yang terlibat dalam pertuturan supaya dia dapat memandu dan melatih murid-murid menggunakan alat-alat pertuturan mereka serta dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul;(d) Pengajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran bahasa untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jika pengajaran kemahiran bertutur ini diajar pada peringkat lanjutan, iaitu
  • 34. setelah murid menguasai bahasa tulisan, keupayaan murid-murid bertutur dengan menggunakan bahasa yang betul akan terganggu. Hal ini deemikian kerana murid telahpun membentuk kelaziman sebutan bahasa yang salah;(e) Penggunaan pita rakaman dapat membantu guru-guru melatih tubi murid- murid dalam latihan bertutur;(f) Kelaziman bertutur dalam sesuatu bahasa berbeza. Apabila murid-murid mempelajari bahasa kedua, guru tidak boleh membiarkan mereka menghasilkan sebutan-sebutan bahasa sasaran secara automatik. Sebaliknya, guru perlu memandu murid-murid secara sedar (melalui aktiviti latih tubi) menggunakan alat-alat pertuturan mereka bagi menghasilkan sebutan-sebutan bahasa yang baru mereka pelajari itu;(g) Bagi penutur-penutur bahasa kedua, kelaziman-kelaziman bahasa pertama mereka akan mengganggu pembentukan kelaziman bahasa yang baru. Oleh itu, guru perlu melatih tubi murid-murid tersebut supaya dapat menghasilkan sebutan-sebutan yang betul.Walau bagaimanapun Walkins (1975), berpendapat murid sukar memindahkanpengetahuan kemahiran bertutur yang dipelajari dalam bilik darjah kepadapenggunaan dalam kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana guru biasanyabegitu menentukan bahasa yang perlu dihasilkan oleh murid-murid. Tujuannya,guru ingin membantu murid-murid memilih bahasa untuk digunakan dalamsituasi tertentu. Maka, sebenarnya pembelajaran bahasa perlu berdasarkankepada pengalaman yang sedia ada dalam kalangan murid-murid dalamkehidupan harian mereka. Sekiranya semua hasilan bahasa dikawal oleh faktorluaran, misalnya oleh guru, maka murid tidak mempunyai pengalaman untukmenguasai kecekapan bahasa mereka secara bersendirian. Ini bermakna muridtidak mampu memindahkan kemahiran bertutur yang diperoleh melalui situasi
  • 35. pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah untuk digunakan dalam situasipenggunaan bahasa yang sebenarnya dalam kalangan masyarakat.(b) Pendekatan KomunikatifPendekatan komunikatif cuba mengatasi masalah pengajaran bertutur yangterdapat dalam pendekatan situasi. Melalui pendekatan ini, penguasaankemahiran bertutur bukan sahaja meliputi penguasaan kemahiran kecil untukmenanggap, mengingati, menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatubahasa, tetapi kemahiran ini juga merangkumi kebolehan untuk menggunakanunsur-unsur tersebut dengan tepat dan sempurna dalam sesuatu interaksibahasa. Ini bermakna, pendekatan komunikatif menegaskan bahawa kemahiranbertutur merangkumi kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yangterkandung dalam kemahiran bertutur tersebut serta kecekapan berkomunikasidalam sesuatu interaksi atau komunikasi bahasa. Untuk memastikan kemahiranbertutur itu bukan sahaja meliputi kecekapan bahasa tetapi juga kecekapanberkomunikasi, pendekatan komunikatif mencadangkan bahawa pengajaranbertutur mestilah berlandaskan prinsip-prinsip berikut:  Kemahiran bertutur melibatkan murid menguasai kecekapan berbahasa dan menggunakannya dalam konteks penggunaan bahasa yang sebenarnya. Dengan demikian, kedua-dua kecekapan itu perlu diajarkan dalam pelajaran bertutur;  Guru perlu mendorong murid berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Justeru, komunikasi sebagai objektif kemahiran bertutur perlu menjadi objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru dalam bilik darjah;
  • 36.  Pembelajaran kemahiran bertutur melibatkan proses kognitif. Sehubungan dengannya guru perlu mendedahkan murid kepada pelbagai situasi formal dan tidak formal dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dengan demikian, murid dapat menggunakan berbagai-bagai strategi komunikasi yang sesuai dengan situasi bertutur tersebut. Pendedahan yang begini dapat melatih murid memikir dan menggunakan berbagai-bagai bentuk bahasa, bentuk paralinguistik dan bukan linguistik bagi menyampaikan mesej mereka dengan lebih berkesan;  Guru perlu membentuk hubungan yang positif antara dan dalam kalangan murid dengan guru. Dengan ini, terbentuklah persekitaran pembelajaran yang boleh mendorong murid untuk bertutur dengan lebih selesa, yakin dan berkesan; dan  Sesuatu aktiviti bertutur dapat terlaksana dengan lebih berjaya jika murid mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang perkara yang dibincangkan. Dengan demikian guru perlu mendedahkan murid kepada pengalaman dan pengetahuan itu melalui alat bantu mengajar, lawatan, keratan akhbar, bahan bacaan dan bahan rakaman menjadi semakin perlu.Pendekatan situasi mengutamakan ketepatan penggunaan unsur-unsur bahasadalam pertuturan. Dengan itu, aktiviti bertutur merupakan aktiviti latih tubisupaya murid dapat menyebut bunyi dan struktur bahasa dengan betul.Contohnya, menyebut sesuatu dialog atau karangan lisan sebagaimana berikut.
  • 37. Wanita : Pak cik, bil air boleh bayar di kaunter ini ke?Kakitangan pos : “Pak cik”?Wanita : (terdiam)Kakitangan pos : Cik adik...umur saya ni baru 35 tahun, kenapa panggil pakcik?Wanita : Maafkan saya. Tetapi bapa saudara saya yang bongsu baru berumur 30 tahun. Dia pak cik saya.Kakitangan pos : Lain kali panggil saya abang atau encik. Saya berkahwinpun belum.Sebenarnya, terdapat persamaan pendekatan situasi dan komunikatif dalampengajaran kemahiran bertutur. Kedua-dua pendekatan ini menggambarkandalam pengajaran kemahiran bertutur, guru perlu memberi latihan kepada murid-murid menggunakan unsur-bunyi bunyi dan struktur bahasa terlebih dahulusebelum menyuruh murid melaksanakan sesuatu aktiviti melibatkan kemahiranbertutur. Tanpa latihan daripada guru, murid-murid tidak akan dapat menguasaikemahiran bahasa: bertutur dengan menggunakan bahasa yang tepat danberkesan.Kaedah Pengajaran Kemahiran BertuturTelah dimaklumkan bahawa kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) dapatdiajar melalui dua pendekatan, iaitu pendekatan situasi yang mementingkanpenyebutan unsur-unsur bunyi bahasa atau kecekapan bahasa (tatabahasa);
  • 38. manakala pendekatan komunikatif mengutamakan kecekapan komunikatif, iaituketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaannya dalaminteraksi pertuturan. Berikut merupakan kaedah pengajaran yang dicadangkanberdasarkan sama ada pendekatan situasi mahupun pendekatan komunikatif.Kaedah TerusKaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasadengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dankemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlakusebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan caramendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengarisehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa.Pengajaran bertutur melalui kaedah ini memperlihatkan beberapa ciri yangketara, antara lain:(a) murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut;(b) sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain;(c) aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai;(d) murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif, dan(e) guru bahasa perlu menggunakan pengetahuan linguistik bagi mengajar sebutan dan intonasi yang betul.
  • 39. Berdasarkan ciri-ciri di atas itu, langkah-langkah pengajaran guru bolehlahditetapkan seperti berikut:(a) Guru akan memperdengarkan kepada murid satu perbualan mudah yang mengandungi ayat-ayat yang sempurna.(b) Murid dilatih untuk berbual dengan menggunakan dialog perbualan yang diberi.(c) Guru menggunakan teknik latih tubi bagi memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi serta dapat menyerapkan peraturan nahu yang terdapat pada pola-pola ayat dalam perbulan tersebut.Kelebihan kaedah terus, murid boleh menguasai kemahiran bertutur denganbaik . Mereka juga terlibat secara aktif dalam pertuturan. Kaedah ini dianggapberjaya, jika murid dapat mempraktik atau menggunakan kemahiran berbahasayang diajarkan itu di luar bilik darjah.Kelemahan kaedah terus terletak pada bahan pengajarannya. Bahan-bahanpengajaran yang digunakan oleh guru dalam kaedah ini merupakan bahan yangboleh dihafaz ataupun bahan perbualan yang telah ditetapkan. Bahan-bahanseperti ini mungkin tidak sesuai digunakan dalam situasi perbualan yang lazimdigunakan dalam sesuatu masyarakat.Kaedah Fonetik atau Kaedah LinguistikKaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkanpenggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan
  • 40. dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh muridsebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yangdipelajari itu. Bahan-bahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dandisusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru,ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: coffee - kopi school - sekolah radio - radio bicycle - basikal biscuit - biskutManakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang samajuga. Subjek Kata kerja Objek Saya pergi ke sekolah. I go to school. Dia minum susu. He drinks milk.
  • 41. Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasarandengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancangpengajarannya seperti berikut:(a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran;(b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut;(c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan(d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.Kaedah Audio-LingualKaedah audio-lingual ini menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuanmemudahkan murid menjalankan latihan bahasa, khasnya latihan bertutursecara intensif. Kaedah pengajaran ini berlandaskan prinsip-prinsip berikut:(a) Bahasa adalah alat pertuturan bukan penulisan;(b) Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman;(c) Murid mestilah diajar untuk menggunakan bahasa bukan dajar tentang pengetahuan bahasa;(d) Bahasa ialah apa yang dituturkan oleh penutur natif; dan(e) Bahasa berbeza antara satu sama lain.Berdasarkan prinsip tersebut, kaedah ini mementingkan aspek pertuturan.Kaedah ini juga beranggapan bahawa pengajaran kemahiran bertuturmerupakan proses untuk membentuk kelaziman pertuturan murid. Dengandemikian, kaedah ini mengutamakan penggunaan bahasa, justeru bahan sama
  • 42. ada yang digunakan atau diperdengarkan perlu mengambil contoh bahasa yangdipertuturkan oleh penutur natif bahasa berkenaan. Pun demikian, unsur-unsurbahasa asing yang berbeza dengan bahasa natif akan dilatihtubikan secaraintensif supaya murid dapat membiasakan dirinya dengan kemahiran bahasaberkenaan dengan lebih mudah. Di samping itu, kaedah ini juga membolehkanmurid memahami kebudayaan asing melalui amalan bahasa, iaitu melaluikemahiran bertutur. Untuk memastikan kaedah ini berjaya dilaksanakan, guruboleh mengatur langkah-langkah pengajarannya seperti berikut:(a) Murid mendengar dialog dalam bahasa asing;(b) Murid meniru dan menghafal dialog tersebut;(c) Setelah menguasai sebutan, murid dilatih tubi untuk berdialog; dan(d) Apabila murid telah dapat menghasilkan struktur ayat, guru memberi rumus-rumus ataupun peraturan struktur ayat yang dipelajari itu.Kaedah ini berjaya menghasilkan murid yang mahir dalam kemahiran bertutur.Kaedah ini juga dianggap sesuai dengan kanak-kanak kerana mereka sukameniru dan menghafaz. Walau bagaimanapun, murid sukar untuk menggunakanbahasa dalam konteks yang sebenar kerana situasi penggunaan bahasatersebut tidak sama dengan dialog-dialog yang dihafaz.
  • 43. Kaedah KomunikatifPembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teoriinteraksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:(a) Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi bahasa. Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran kecekapan bahasa dan komunikatif.(b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti bahasa yang bermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar.(c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana dan bukan secara ayat pencilan. Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan berkesan, ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.(d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuan tentang bahasa dan penggunaan unsur bahasa dalam konteksnya. Dengan kata lain, pengajaran kemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal tersebut.(e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan. Mereka melakukannya semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka gunakan.Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedahkomunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapanbahasa (tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur
  • 44. bahasa yang dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalamkomunikasi bahasa.Teknik Pengajaran Kemahiran BertuturKaedah pengajaran kemahiran berbahasa memerlukan guru merancangprosedur atau cara untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran dalam bilikdarjah. Apabila seseorang guru memilih dan menentukan langkah-langkahpengajaran, cara penyampaian isi kandungan pelajaran dan bahan bantumengajar yang sesuai, bermakna guru tersebut sedang memilih dan menentukanteknik pengajaran yang paling sesuai. Meskipun setiap pendekatan dan kaedahmempunyai teknik pengajaran yang tertentu, seseorang guru bolehmenggabungkan beberapa teknik pengajaran sesuai sebagai strategi pengajarankemahiran bahasa yang dipercayainya paling berkesan.Sebenarnya, terdapat banyak teknik pengajaran kemahiran bertutur yang bolehdigunakan oleh guru untuk mengajar murid bertutur dengan fasih, lancar dantepat. Antara lain ialah teknik:(a) Latih tubi; (b) Bercerita;(c) Bersoal jawab; (d) Perbualan / dialog/ wawancara(e) Perbincangan; (f) Berbahas/ debat(g) Main peranan dan simulasi; (h) Sumbang saran(i) Drama atau lakonan; (j) Melapor berita(k) Permainan bahasa; (l) Pengajaran puisi(m) Penyelesaian masalah; (n) Tunjuk cara
  • 45. Berdasarkan senarai teknik pengajaran kemahiran bertutur di atas, dengan mengemukakan contoh-contoh yang sesuai buat rujukan mengenai konsep, cara pengendalian, kelebihan dan kelemahan bagi setiap teknik tersebut. Buatlah catatan nota dan peta minda yang sesuai bagi setiap teknik berkenaan.Aktiviti Pengajaran Kemahiran BertuturTeknik pengajaran boleh dipraktikkan dalam bilik darjah melalui aktiviti-aktivitipembelajaran. Sebagaimana teknik, terdapat jpelbagai aktiviti yang bolehdijalankan semasa prose mengajar kemahiran bertutur dalam bilik darjah. Walaubagaimanapun, modul ini hanya membincangkan beberapa contoh aktiviti yangsering digunakan oleh guru di dalam bilik darjah.Latih Tubi SebutanLatih tubi sebutan dijalankan untuk melatih murid menguasai bunyi-bunyibahasa, sebutan dan pola ayat berdasarkan bahagian-bahagian dialog yangakan ditiru dan dihafaz oleh murid. Bola. Murid- Ali menendang murid, ikut bola. cikgu sebut. Ali menendang bola di padang. Bola. Ali menendang bola. Ali ….
  • 46. Latih tubi penyebutan bunyi ini juga meliputi latih tubi menyebut bunyi fonemdalam perkataan yang mungkin menimbulkan masalah sebutan, dan pasanganminimal yang boleh menghasilkan makna yang berbeza. daki - laki tari - lari malu - baluLatih tubi pemintal lidah bertujuan untuk melatih murid-murid menyebut sesuatubunyi itu dengan betul dan tepat. Biasanya latih tubi jenis ini mengandungibunyi-bunyi yang menjadi masalah kepada murid. Misalnya, kelemahanmenyebut fonem /p/- Pandang pandan tepi pagar depan padang.- Cuba pandang lopak-lopak air tepi jalan dengan pantas.NyanyianSeni kata lagu digunakan sebagai bahan untuk ditiru dan dihafaz oleh murid-murid. Aktiviti nyanyian dapat membantu murid menguasai kemahiran bertuturkerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikutrentak dan nada yang tertentu.
  • 47. Selamat datang. Sila masuk ke dalam. Mari kita duduk. Apa khabar sekarang. Sudilah minum. Janganlah segan-segan. Minum air kopi. Makan kuih di pinggan.Latihan Pandang dan SebutGambar-gambar boleh digunakan sebagai bahan rangsangan untukmenghasilkan pertuturan. Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubibertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam tekslatihan. Di samping itu, kad imbasan bergambar, carta bergambar, bahagianfilem dan slaid sering juga digunakan. i. Pak Abu seorang petani. ii. Dia bekerja di sawah. iii. Dia menggunakan kerbau untuk membajak tanah.
  • 48. Teliti gambar di atas dan rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan: mendengar dan bertutur bahasa Melayu dalam kalangan murid muurid Tahun 4.Karangan LisanKarangan ini disampaikan dalam bentuk lisan, dihasilkan oleh murid-muridberdasarkan bahan yang diberi oleh guru. Bahan tersebut menjadi bahanrangsangan kepada murid untuk bersoal jawab, membuat latihan lisan bagitujuan memperoleh bahan untuk menulis karangan bebas.Latihan bersoal jawabMerupakan latihan lisan sama ada berdasarkan petikan yang dibaca ataupunsenarai gambar yang disediakan. Dalam latihan ini, murid-murid dikehendakimenjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.
  • 49. Latihan PenghasilanDalam latihan penghasilan pula, murid-murid diberi petikan untuk dikaji.Kemudian, murid-murid dikehendaki menghasilkan petikan itu semula denganmenggunakan perkataan mereka sendiri. Dalam hal ini aspek kemahiran lisan:mendengar dan bertutur jauh lebih penting daripada menghasilkan karanganbertulis.Memproses MaklumatAktiviti ini dilakukan dalam kumpulan berempat atau berlima. Umumnya, murid-murid mempunyai jurang maklumat. Dalam hal ini komunikasi wujud keranatimbul keperluan untuk berbincang dan menilai fakta-fakta yang diberi dalamkumpulan bagi tujuan menyelesaikan sesuatu tugasan/masalah yang berkaitan.Contoh: Senarai barang yang diberi oleh guru.  Khemah  Lampu picit  Makanan kering  Makanan basah  Alat memasak  Pakaian  Baldi  Alat menjahit  Pisau  Kapak  Bantal  Selimut  Air  Susu tin  Cangkul  Surat khabar  Radio  Mancis api
  • 50. Murid diminta berimaginasi bahawa mereka akan pergi berkhemah di bukit selama tiga hari. Tiap-tiap seorang hanya boleh membawa barangan seberat tidak melebihi 20 kilogram. Kumpulan mesti mengambil keputusan apa yang paling perlu mereka bawa dari senarai yang diberi oleh guru. Mereka juga dikehendaki memberi alasan mengapa mereka membuat keputusan begitu.Interaksi SosialAktiviti ini berfokus kepada penggunaan bahasa yang sesuai dalam kontekssosial/situasi tertentu, dilaksanakan dalam bilik darjah berbentuk perbualan,perbincangan, simulasi dan lakonan. Sebaik-baiknya, aktiviti ini disusun dariperingkat mudah kepada peringkat yang lebih mencabar.Contoh: Lakonan TerkawalMurid A : Pada suatu petang, anda tiba di sebuah hotel. Anda berjumpa penyambut tetamu hotel itu dan tanyakan sama ada, ada bilik kosong atau tidak. Tanyakan harga bilik itu. Beritahu berapa malam anda akan bermalam di situ. Tanyakan di mana anda boleh meletakkan kereta anda.Murid B : Anda adalah penyambut tetamu sebuah hotel yang terkenal dengan pekerjanya yang peramah. Hotel mempunyai dua bilik kosong, satu bilik untuk seorang dan sebuah lagi untuk dua orang. Harga bilik untuk seorang ialah RM 10.00 dan RM 15.00 untuk bilik dua orang untuk satu malam. Di belakang hotel ada tempat letak
  • 51. kereta. Hotel anda juga menyediakan sarapan pagi bagi pelanggannya. ( Kamaruddin Hussin : 2001) Teliti gambar di bawah, kemudian jawab soalan berikut: (a) Perihalkan situasi yang anda lihat dalam gambar tersebut; (b) Jelaskan mengapa fenomena ini boleh berlaku (c) Buat dialog yang sesuai bagi tujuan memperbaik dialog yang terdapat dalam gambar ini.RumusanPerhubungan antara pendekatan, kaedah dan teknik dalam pengajaran danpembelajaran bahasa, khasnya kemahiran bertutur adalah sangat rapat. Dalamproses pengajaran dan pembelajaran bertutur, unsur-unsur ini bukanlahbersendirian atau terpisah sifatnya malahan ia kelihatan berinteraksi, selaras danmenyaling. Oleh itu, perancangan yang baik dan lengkap untuk menggunakan
  • 52. unsur-unsur ini akan menghasilkan satu pengajaran yang bermutu sertapembelajaran yang berkesan.
  • 53. Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Mendengar Tajuk 4 dan Bertutur  Objektif, Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti  Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan PembelajaranSinopsisRancangan Pengajaran sama ada mingguan dan harian mengandungi setpengetahuan lengkap yang menghuraikan rancangan aktiviti pengajarankemahiran mendengar dan bertutur dalam bilik darjah. Antara lain RancanganPengajaran Mingguan/Harian guru sedikit banyak mengandungi keteranganmengenai objektif, langkah pengajaran sebelum, semasa dan selepaspelaksanaan sesuatu aktiviti. Dalam hal ini terutamanya yang berkaitan denganpembinaan dan penggunaan bahan bantu pengajar, prinsip-prinsip asasmengenainya perlu dipatuhi supaya tahap keberkesanaan pengajaran gurudapat dipertahankan.Hasil Pembelajaran1. Menentukan objektif dan aktiviti: sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan2. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, pengasilan dan penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur
  • 54. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektifPenyediaan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar danBertutur: Komponan Persediaan Mengajar Persediaan Penyampaian PenutupMaklumat Am Set Induksi KesimpulanPengetahuan Sedia Ada Perkembangan PenilaianObjektif Pengajaran i. Kemahiran Tugasan PeneguhanIsi Pelajaran ii. Kemahiran Ulasan Kendiri menerangkan Ilustrasi iii. Kemahiran Menggunakan Papan Tulis iv. Kemahiran Variasi Rangsangan v. Kemahiran Menyoal
  • 55. Menulis Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan BertuturMenyediakan Rancangan Mengajar Kemahiran Lisan: Mendengar dan Bertuturpenting, sebagaimana pentingnya guru menyediakan rancangan mengajarkemahiran berbahasa yang lain. Cuma, berbanding dengan kemahiranmembaca dan menulis, kemahiran mendengar dan bertutur merupakan asaskepada penguasaan kemahiran berbahasa yang berikutnya. Justeru, dalamusaha merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengardan bertutur, guru perlu lebih berhati-hati memilih dan menyediakan aktivitipengajaran yang lebih sesuai, tepat dan berkesan. Maknanya, guru perlumenentukan matlamat / objektif pengajarannya secara tepat meliputi aspekpengetahuan (menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, mengenali)kemahiran intelek (menjelaskan, menggunakan dan menyelesaikan), psikomotor(menyampaikan dan melaksanakan) dan afektif (memilih).Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Lisan: Mendengar dan BertuturPerancangan aktiviti lisan melibatkan tiga peringkat berikut:(a) Peringkat persediaan (sebelum melaksanakan proses P & P) Pada peringkat ini, guru sekurang-kurangnya perlu melakukan tiga perkara asas, iaitu: (i) guru menerangkan tugasan atau dengan memberi contoh-contoh yang sesuai membuat tunjuk cara mengenai apa yang akan dilakukan oleh murid dalam proses pengajarannya nanti; (ii) guru menyedia dan mengedarkan bahan-bahan (kad kiu, kad imbasan, bahan stensilan, gambar, alat tulis dan seumpamanya) yang akan digunakan
  • 56. dalam proses P & P; (ii) guru perlu memastikan semua alat dan bahan yang disediakan itu berada dalam keadaan baik, mencukupi, boleh digunakan dan murid tahu menggunakannya, semasa mereka membuat atau melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan.(b) Peringkat pelaksanaan aktiviti (semasa melaksanakan proses P & P) Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara penting, iaitu (i) murid-murid melaksanakan tugasan sebagaimana diarahkan; (ii) guru menyelia dan memberi bimbingan secara kelas, kumpulan atau berpasangan, bahkan secara individu sekiranya perlu.(c) Peringkat susulan dan penilaian Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peringkat membuat tindakan susulan dan penilaian dianggap paling penting kerana pada peringkat ini guru boleh menentukan sama ada, (i) objektif pengajarannya tercapai atau tidak, (ii) murid-murid boleh atau tidak melaksanakan tugasan yang diberikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, (iii) apakah kekuatan @ kekurangan yang terdapat dalam proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, dan (iv) berdasarkan maklum balas yang diperolehnya dalam perkara (i – iii), guru boleh membuat penambahbaikan mengenainya. Paling penting sebagai tindakan susulan, guru boleh meminta murid melaksanakan tindakan susulan sama ada aktiviti pemulihan (untuk murid-murid yang lemah) dan aktiviti pengajayaan (untuk murid-murid yang berpotensi cemerlang).
  • 57. Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran(a) Bahan yang sesuaiPrinsip pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan:mendengar dan bertutur sebenarnya berkaitan dengan kriteria pemilihan bahanberkenaan hendaklah sesuai dengan objektif dan matlamat pengajaran bahasaMelayu (secara khusus kemahiran lisan), pendekatan, kaedah dan teknikpengajaran; keadaan dan keselamatan murid-murid, suasana dankecenderungan pembelajaran murid:
  • 58. Kesesuaian dengan PenjelasanperkaraObjektif dan matlamat (a) Guru boleh memilih bahan yang sesuai danpengajran dapat membantunya mencapai objektif dan matlamat pengajaran; (b) Selaras dan menepati hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia , Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia; (c) Sesuai dengan kebudayaan, adat resam, kepercayaan dan amalan dalam kalangan masyarakat tempatan.Pendekatan, kaedah dan (a) Bahan yang dipilih hendaklah jelas danteknik pengajaran pemilihannya ditentu lebih terdahulu.Keadaan pelajar (a) Pemilihan bahan perlu sesuai dengan keadaan murid-murid yang belajar bahasa Melayu; dan (b) Mengambil kira latar belakang pendidikan, status sosioekonomi dan tahap pencapaian pelajar;Suasa pembelajaran (a) Bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik kepada murid-murid; (b) Elemen penting dalam suasana pembelajaran ialah murid-murid, guru, isi pelajaran dan bahan; dan (c) kesesuaian bahan yang dipilih merupakan motivasi tinggi, mendorong, menggerak, merangsang, mengarah dan menentukan reaksi murid-murid terhadapnyaMinat pelajar (a) Bahan pengajaran yang dipilih mesti sesuai, selari dan dengan minat dan kecenderungan murid-murid belajar.
  • 59. Selain menimbang aspek kesesuaiannya, seseorang guru juga perlu memberiperhatian kepada perkara-perkara berikut:(b) Bahan yang dipilih mesti mencabar. Tiga perkara penting dalam proses pengajaran, iaitu aspek rangsangan, pemikiran dan tingkah laku. Dalam hal ini, aspek rangsangan akan menggerakkan akal (pemikiran), kemudiannya mempengaruh tindakan (tingkah laku) seseorang. Sehubungan dengannya, bahan yang pilih dalam proses P & P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat murid-murid untuk belajar. Antara lain, mematuhi prinsip-prinsip berkikut: (i) bahan konkrit kepada bahan abstrak, (ii) bahan mudah kepada yang kompleks, (iii) bahan yang mempunyai fakta terasing kepada bahan yang mengandungi fakta bersepadu, (iv) bahan yang khusus kepada bahan yang umum, (v) bahan umum kepada bahan teori, (vi) bahan masa kini kepada bahan masa akan datang, dan (vii) bahan yang bersifat duniawi kepada bahan yang bersifat ukhrawi!(c) Bahan yang menepati objektif pengajaran. Hal ini penting kerana yang hendak diajar itu ialah subjek yang berkaitan dengan bahasa Melayu. Sehubungan dengannya, bahan yang dipilih itu mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Selain itu, bahan P & P yang dipilih itu semestinya juga mengandungi maklumat (fakta) tertentu. Antara lain, perkara yang boleh diberi perhatian, ialah (i) pertautan bahan itu dengan isi kandungan, tahap pencapaian, kebolehan, minat, latar belakang, pengalaman murid-murid, (ii) urutan susunan bahan perlu teratur – mempunyai hubungan, kandungan bab kepada bab yang lain, (iii) mengandungi maklumat @ fakta penting dan kemas kini - semasa, (iv) kosa kata yang sesuai mengikut tahap/umur murid, (v) bahan berbentuk buku perlu dirujuk kepada kementerian dan agensi kerajaan, dan (vi) bahan – bahan berkenaan perlu mengandungi soalan latihan dan ulangkaji.
  • 60. (d) Bahan yang menarik minat murid-murid. Hal ini demikian kerana reka letak, saiz, ilustrasi dan grafik, kualiti kulit dan cara buku itu dijilid; bahan bantu mengajar berkenaan mengandungi arahan yang jelas;(e) Bahan yang jimat dan murah – perkara penting perlu diberi pertimbangan kerana kewajaran kosnya (munasabah);(f) Bahan yang praktikal – dari segi boleh guna, ekonomik – digunakan secara berulang kali, bahkan boleh dimanfaat juga dalam P & P mata pelajaran lainnya;(g) Bahan yang bersifat luwes - bahan yang boleh ubah cenderung untuk diguna pakai dalam kalangan dan di antara mata pelajaran, kelas dan antara sekolah dan wilayah.Sebenarnya, proses pemilihan bahan untuk kemahiran bertutur dan kemahiranmendengar adalah sama sahaja. Perbincangan mengenai jenis bahan bantumengajar untuk kemahiran bertutur itu dinyatakan sebagaimana berikut:Aktiviti latih tubi untuk pertuturanAktiviti latih tubi bertujuan membolehkan murid-murid bertutur dengan baikmenggunakan alatan seperti pita rakaman, gambar-gambar bersiri, carta, kad-kad imbasan tanpa gambar dan bergambar, filem dan slaid.Aktiviti peniruan dan hafazanBahan-bahan untuk aktiviti peniruan dan hafazan ini selalunya disediakan olehguru dan disesuaikan dengan kebolehan dan kematangan murid. Contohnyaadalah seperti dialog, seni kata lagu, dan petikan karangan.
  • 61. Aktiviti kemahiran komunikatifAlat yang berkesan untuk aktiviti komunikatif ialah pita rakaman video keranamelalui pita rakaman ini murid dapat mendengar contoh–contoh sebutan, nada,intonasi dan gaya pengucapan penutur dalam satu interaksi bahasa. Selain itu,murid dapat melihat cara penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti geraktangan, kepala, mimik muka dan lain-lain yang dapat menyampaikan sesuatumaksud. Misalnya:(a) Guru menayangkan cerita Peristiwa di Sebuah Pasar Raya tanpa suara kepada kelas;(b) Murid secara individu meramal dan mencatat kata bual watak tersebut;(c) Murid berbincang dalam kumpulan kecil tentang kata bual yang diramalkan, dan menghasilkan sebuah dialog daripada kata bual yang telah dipersetujui bersama;(d) Dialog dibentangkan kepada kelas dalam bentuk lakonan;(e) Guru menayangkan semula cerita tadi dengan bersuara supaya murid boleh membandingkan dialog ciptaan mereka daripada dialog rakaman; dan(f) Setiap murid dikehendaki menyambung cerita tadi dalam bentuk penulisan.Aktiviti lawatan boleh memberi pengalaman bermakna kepada murid-murid.Aktiviti lawatan boleh membantu mereka menjalankan aktiviti komunikasi sepertiperbincangan. Antara lain, aktiviti lawatan boleh dilakukan seperti melawattempat-tempat bersejarah, kawasan-kawasan perindustrian, kawasanmelombong dan tempat-tempat peranginan. Di samping itu, alat bantu mengajar
  • 62. dalam bentuk pandangan seperti gambar, rajah, peta, jadual, iklan boleh jugamembantu murid dalam aktiviti prakomunikatif dan komunikatif.Aktiviti pengumuman lisanPengumuman lisan boleh dipetik daripada pengumuman yang dibuat di lapanganterbang, di stesen keretapi, dan dalam upacara-upacara tertentu. Perhatian kepada semua penumpang Malaysian Airlines dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah. Pesawat akan berlepas pada pukul 3.00 petang. Semua penumpang diminta masuk melalui pintu B3.Bahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti latihan kemahiran bertuturmestilah terdiri daripada bahan–bahan yang authentic ataupun bahan-bahanyang diambil daripada sumber asal. Contohnya, laporan cuaca, beritapengumuman, wawancara, forum, bacaan sajak, syair dan lain-lain yang diambildaripada siaran radio atau televisyen. Penggunaan pelbagai bahan daripadasumber asal dalam pengajaran bertutur ini penting kerana bahan-bahan tersebutmengandungi ciri-ciri utama dalam bahasa pertuturan yang perlu dicontohi olehmurid-murid.
  • 63. Anda telah mengetahui beberapa alat yang digunakan untuk menjalankanbeberapa aktiviti bertutur. Sekarang mari kita lihat bagaimana beberapa alatbantu mengajar digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti bertutur.Boneka(a) Murid membaca dan memahami dialog Tutu dan Titi.(b) Kelas dibahagi kepada dua kumpulan, satu kumpulan membaca dialog Tutu, dan satu kumpulan lagi membaca dialog Titi sambil guru memainkan boneka.(c) Murid membaca sekali lagi secara kumpulan dan murid lain memainkan boneka.(d) Dua orang murid diminta membaca dialog Tutu dan Titi dan dua orang lagi memainkan boneka. Aktiviti ini dibuat bergilir-gilir dengan murid lain.(e) Dua orang murid diminta melafazkan dialog sambil memainkan boneka.(f) Guru dan murid bersoal jawab tentang pengajaran yang terdapat daripada cerita tadi.
  • 64. Bahan Kartun(a) Murid meneliti gambar kartun bersiri Dua Ekor Kambing tanpa dialog.(b) Murid bercerita tentang gambar bersiri dengan menggunakan bahasa yang sesuai.(c) Guru dan murid berbincang tentang simpulan bahasa yang digunakan dalam cerita dan dari segi ketepatan maknanya.(d) Murid menulis cerita Dua Ekor Kambing dalam bentuk karangan.Video dan Bahan Sastera(a) Murid menonton rakaman drama.(b) Murid dibahagikan kepada kumpulan.(c) Setiap kumpulan diberi dua tugas iaitu memberi pendapat sama ada bersetuju atau tidak dengan tindakan yang diambil oleh watak Hang Tuah, Hang Jebat dan Sultan Melaka dalam cerita Hang Jebat.(d) Kemudian kumpulan diminta memainkan peranan watak yang berkenaan dengan membuat tindakan sendiri.Gambar Foto (potret) (a) Murid diminta menerangkan keadaan emosi seorang kanak-kanak yang terdapat dalam foto yang diperlihatkan iaitu sama ada sedih, gembira, takut, marah dan sebagainya. (b) Murid kemudian meramalkan peristiwa yang mencetuskan perasaan demikian. (c) Murid diminta menyenaraikan beberapa perkara yang menarik tentang pemuda itu (d) Murid membuat karangan pendek tentang kanak-kanak tersebut.
  • 65. KesimpulannyaPenggunaan alat bantu mengajar yang dinyatakan sebenarnya boleh diubah suaimengikut keadaan dan keperluan peringkat pembelajaran murid. Apa yangpenting ialah bagaimana murid dilibatkan secara aktif dalam aktiviti yangdilaksnakan itu – menggunakan bahasa dengan berkesan dan berkeyakinanuntuk bertutur, memberikan pendapat secara kreatif dan kritis. Sesungguhnya,keberkesanan alat bantu mengajar bergantung kepada sejauh manakah deriaseseorang itu dilibatkan. Dengan demikian, pendekatan yang melibatkanpelbagai deria melalui pelbagai bahan, media atau alat bantu mengajar ituadalah perlu untuk menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan danbermakna. Anda telah membaca beberapa jenis teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar kemahiran bertutur. Sekarang sila hasilkan tiga rancangan pengajaran harian yang menggunakan teknik, aktiviti dan alat bantu mengajar yang sesuai untuk mencapai kemahiran bertutur yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu.
  • 66. Tajuk 5 Kemahiran Mendengar dan Bertutur  Prinsip dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur.SinopsisPenilaian merupakan aspek penting dalam pengajaran bahasa. Pun demikiandalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur, aspek penilaianterutamanya perihal menentukan instrumen penilaian yang sesuai sebagaimengukur prestasi kemahiran mendengar dan bertutur dalam kalangan murid-murid bukan sesuatu yang mudah. Justeru, modul ini mencadangkan beberapaprinsip dan prosedur memilih, menentu dan menggunapakai instrumen tretentusebagai alat mengukur kemahiran mendengar dan bertutur salam kalanganmurid.Hasil Pembelajaran1. Menyatakan beberapa prinsip pemilihan, penghasilan dan penggunaan bahan yang sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur; dan2. Mengemukakan bentuk penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur.
  • 67. Kerangka Konsep Menganalisis Ciri-Ciri Pelajar Menetapkan Menulis Membentuk Membentuk Memilih Media Melaksanakan Matlamat Objektif ujian aktiviti Pengajaran Pengajaran pengajaran Meneliti Semula Teks Menyemak Pengajaran Modul untuk membangunkan strategi pengajaran efektifPengenalanKemahiran lisan: mendengar dan bertutur melibatkan kemahiran memperoleh, membuattaakulan, memproses dan kemudian menyampaikan maklumat: bertutur denganmenggunakan kaedah sebutan (intonasi) yang tepat, betul dan berkesan. Selain itu,kemahiran mendengar dan bertutur juga bermakna keupayaan seseorang menyebutfrasa dan ayat-ayat yang dibentuknya dengan menggunakan intonasi yang betul danmembuat hentian mengikut unit-unit makna yang sesuai. Nada, kenyaringan dankelantangan suara mesti dikawal dan dihasilkan bersesuaian dengan situasi dankonteks pertuturan. Aspek kepantasan bertutur dengan gerak anggota seperti mimikmuka, gerak mata, tangan dan sebagainya banyak membantu seseorang muridmenyatakan perasaan, idea dan pandangan seseorang mengenai sesuatu. Semua iniakan menghidupkan lagi suasana pertuturan yang baik kerana ini dapat menentukanmakna sesuatu ujaran yang diucapkan.Seseorang yang dianggap petah berkata-kata, ialah seseorang yang menguasaiperbendaharaan kata, memilih dan boleh menggunakannya bertepatan dengankonteks untuk menyampaikan maklumat itu dengan jelas dan tepat. Dengan itu,dia mampu membentuk frasa dan ayat-ayat yang betul, iaitu tepat dari segimakna dan struktur. Dia juga pandai menggunakan sesuatu perkataaan itudengan berbagai cara dan makna yang berbeza-beza berdasarkan bentukbinaannya yang berbeza pula.
  • 68. Satu lagi aspek yang penting dalam pertuturan, ialah aspek ketatasusilaanberbahasa yang perlu diguna mengikut situasi yang sesuai. Contohnya, bahasaMelayu mempunyai ujaran-ujaran hormat untuk mempersilakan tetamu masuk kerumah, mempersilakan makan, meminta pertolongan dan berbagai-bagai lagi.Demikian juga, bahasa Melayu mempunyai sistem panggilan dan sapaan yangkhusus untuk merujuk seseorang yang menjadi lawan kita bertutur. Kata sapaanitu hendaklah digunakan dengan betul dalam suatu interaksi yang kita hadapi.Tegasnya, pengguna bahasa Melayu perlulah menggunakan bahasa itu denganbetul, iaitu tepat dari segi tatabahasa dan juga kesesuaian penggunaannyadengan konteks-konteks tertentu. Sehubungan dengannya, penilaian danpengujian terhadap kemahiran bertutur haruslah mempertimbangkan semuaaspek bahasa dan tahu berbahasa ini.Bahagian-bahagian Penilaian BertuturPenilaian bertutur terbahagi kepada dua:Pertama: penilaian kemahiran menyebutPenilaian kemahiran menyebut lazimnya dijalankan dalam kalangan murid-muridpada peringkat awal pembelajaran, khususnya kepada murid yang belum bolehbertutur dalam bahasa yang mereka pelajari. Misalnya, dalam kalangan murid-murid bukan Melayu, mereka masih memperlihatkan pengaruh bahasa ibundayang kuat sehingga menyebabkan bahasa Melayu yang mereka gunakan itumengalami gangguan.Walau bagaimanapun murid Melayu juga mengalami gangguan daripada dialekdaerah. Selain itu, penilaian sebutan ini perlu juga dilakukan dalam kalangan
  • 69. murid yang sukar membunyikan sesuatu lambang atau huruf atau bunyi daripadabunyi-bunyi pinjaman seperti kh, gh, sy, z, v, s dan f.Penilaian dan pengujian kemahiran menyebut merangkumi penyebutan fonem,suku kata, frasa dan ayat-ayat. Ini secara langsung melibatkan pula unsur-unsurtekanan, hentian dan intonasi.Penilaian kemahiran bertuturKemahiran bertutur merujuk kepada kemahiran berkomunikasi secara lisandengan menggunakan bahasa, iaitu untuk melahirkan perasaan, pendapat,kehendak dan sebagainya. Kemahiran ini memerlukan seseorang itu berfikir danmenghasilkan ayat-ayat secara spontan dan bertepatan dengan maksud yanghendak disampaikan.Baiklah. Dapatkah anda merumuskan aspek apakah yang akan dinilai dalamkemahiran bertutur ini? Mari kita rumuskan semula. Penilaian lisan memfokuskepada sebutan dan pertuturan. Pertamanya, untuk melayakkan seseorang ituditerima sebagai penutur yang fasih dan berkesan, ia perlulah dapat menyebutbunyi bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengankonteks pertuturannya, kemudian, diadun pula dengan ciri-ciri paralinguistik danketatasusilaan bahasa yang santun. Keduanya, seseorang itu tidak mungkinpetah berbahasa sekiranya dia tidak mempunyai kosa kata yang cukup. Denganitu, dia juga memerlukan penguasaan perbendaharaan kata yang luas. Bersamaketepatan tatabahasa barulah seseorang itu dapat melahirkan perasaan danpendapat secara spontan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
  • 70. Teknik menguji kemahiran bertutur Mengajuk atau meniru sebutan yang diperdengarkan. Murid mendengar sebutan perkataan, frasa atau ayat yang diperdengarkan oleh guru sama ada daripada pita rakaman atau disebut sendiri, mengikut gaya sebutan yang betul mengikut konteks dan situasi. Ayat-ayat itu boleh dipetik daripada bahan bercetak seperti cerita. Menyebut perkataan pasangan minimal Murid menyebut pasangan Membaca kuat. perkataan yang sukar Ujian membaca kuat disebut dan boleh digunakan untuk dideikriminasikan murid yang telah tahu bunyinya. Guru membaca. Dengan memaparkan perkataan membaca kuat, murid TEKNIK dan menyuruh murid dinilai dari segi MENGUJI menyebutnya. Kemudian kelancarannya membaca KEMAHIRAN guru memaparkan dengan nada, intonasi MENYEBUT perkataan lain yang dan gaya mengikut hampir sama bunyi dan wacana dan konteks menyuruh murid ayat-ayat dalam petikan menyebut. Kemudian yang dibaca itu. guru merumuskan perbezaan bunyi kedua perkataan tersebut. Pemarkatan. Untuk memudahkan pemarkatan ditentukan bahawa hanya satu atau dua perkara sahaja yang dinilai (misalnya intonasi ayat dan penyebutan dua atau tiga fonem yang menjadi masalah.
  • 71. Bertutur dengan gerak balas terhadBertutur mengikut arahanMengikut teknik ini, guru memberikan arahan tertentu supaya murid memberigerak balas secara terhad terhadap arahan tersebut. Misalnya,Guru : Beritahu rakan kamu bahawa saya akan datang ke rumahnyaesok.Murid : Ali, cikgu akan ke rumah kamu esok.Ujaran-ujaran bertatasusila boleh juga dinilai berdasarkan teknik ini.Guru : Kamu telah tersesat jalan dan telah bertemu dengan seorang tua yang tidak kamu kenali. Tuturkan bagaimanakah kamu harus meminta bantuan daripada orang tua itu. Kamu hendaklah menggunakan kata sapaan dan kata-kata hormat yang sesuai untuk berkomunikasi dengan orang tua itu.
  • 72. Bertutur berdasarkan gambarDi sini, gambar, peta, objek atau apa sahaja bentuk pictorial diagram perludigunakan dan beberapa soalan dikemukakan oleh guru. Murid perlu memberigerak balas kepada soalan-soalan itu.Guru boleh mengemukakan beberapa soalan mudah berdasarkan gambardi atas.Misalnya:(a) Siapa yang dapat kamu lihat dalam gambar ini?(b) Apa yang sedang mereka lakukan?(c) Pada pendapat kamu apakah yang sedang dilakukan oleh orang yang bertutur itu? (soalan ini lebih tinggi arasnya untuk menggalakkan murid berfikir dengan lebih kritis).
  • 73. Membaca Kuat(a) Aspek yang diuji - sebutan, pertuturan dan intonasi.(b) Bahan - sederhana panjang, sesuai dengan umur murid dan tahap penguasaan bahasa. Masa yang sesuai untuk membaca ialah 2-3 minit.Kelebihan: Guru mudah membuat perbandingan kerana gerak balas muridtetap dan terkawal. Banyak subkemahiran bertutur yang dapat dinilai sepertikecekapan menyebut bunyi, kecekapan memberhentikan pembacaan mengikutunit makna dan nahu, dan kecekapan mengucapkan ayat dengan nada, intonasi,dan tekanan yang betul. Kelemahan: Tidak menunjukkan ciri-ciri komunikasiyang sebenar mengikut konteks kerana murid hanya membaca bahan. Oleh itu,aspek-aspek kecekapan memilih struktur kata hormat, spaan membina ayatsecara natural dan spontan tidak dapat dinilai.Bertutur Secara BerpanduBertutur secara berpandu memberi peluang yang lebih bebas kepada muridbertutur dengan menggunakan kemahiran yang mereka telah kuasai. Pertuturanmereka tidaklah terikat kepada perbendaharaan kata dan bentuk-bentuk ayatsoalan guru sebaliknya mereka berpeluang memilih perkataan dan membinaayat-ayat mereka sendiri. Walau bagaimanpun, batasan masih ada, iaitu fokuspertuturan mereka itu tertakluk kepada sesuatu yang telah ditetapkan oleh guru.Antara teknik-teknik yang tergolong dalam penilaian jenis ini ialah:
  • 74. Menceritakan semula sesuatu cerita atau petikan yang diberikan oleh guru.(a) Guru memberi murid petikan cerita pendek;(b) Murid membaca senyap;(c) Guru membaca kuat petikan;(d) Murid menceritakan semula petikan yang dibaca oleh guru;(e) Aspek yang diuji ialah kemahiran mendengar dan memaham ( jika petikan dibaca oleh guru). Kemahiran membaca dan memaham ( jika petikan dibaca oleh murid). Kecekapan menggunakan kata, frasa dan ayat dengan gaya bercerita yang betul.Membuat penjelasan atau pemerian mengenai sesuatu perkara:  Murid diminta mengingat atau mengimaginasikan sesuatu dan menjelaskan sesuatu mengenainya. Misalnya: percutian semasa cuti sekolah.  Teknik ini dapat menilai kecekapan bertutur secara spontan, tanpa bimbingan guruMain perananTeknik ini juga digunakan untuk menguji kemahiran bertutur. Guru perlumemikirkan situasi tertentu yang membolehkan murid memainkan peranantertentu. Guru perlu menerangkannya dengan jelas sebelum mengarahkan muridmelakonkan apa yang dikehendakinya. Penilaian ini boleh dijalankan secaraindividu ataupun secara berpasangan. Misalnya:
  • 75. Pilih dua orang murid, masing-masing diarahkan untuk memainkan peranan, murid A sebagai inspektor polis dan murid B sebagai seorang awam yang hendak membuat aduan tentang suatu kes ragut yang baru sahaja disaksikannya, tidak jauh dari balai polis itu. Minta kedua-dua murid melakonkan peranan masing-masing secaara spontan.Teknik ini dapat menilai kecekapan murid memilih bentuk bahasa yang sesuaidengan situasi dan dengan penutur tertentu, di samping dapat menilai berbagai-bagai subkemahiran bertutur sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini.Temu bual dan Temu dugaTeknik temuduga atau temubual dalam menilai kemahiran bertutur dengan caramemberi peluang yang lebih bebas kepada murid untuk bertutur denganmenggunakan kecekapan berbahasa mereka sendiri. Teknik ini mewujudkansituasi komunikasi yang sebenar dalam kalangan penemuramah denganpenemuduga, sama ada antara guru dengan murid atau murid dengan murid.Dengan demikian, guru boleh menilai kebolehan sebenar murid-muridmenggunakan bahasa secara lisan dalam konteks sebenar.Pemarkatan Ujian BertuturTerdapat dua bentuk pemarkatan yang boleh diterapkan untuk mengujikemahiran berturur, iaitu pemarkatan secara objektif dan pemarkatan secaraholistik.Pemarkatan Secara Objektif
  • 76. Pemarkatan secara objektif sesuai digunakan untuk murid-murid peringkatrendah yang belum mempunyai asas penguasaan lisan yang kukuh dan belumboleh bertutur dengan lancar. Soalan yang dikemukakan pula berbentuk itemyang memerlukan murid memberi gerak balas langsung dan bertutur denganmenggunakan ayat-ayat yang pendek berdasarkan gambar; menjawab soalan-soalan pendek yang mudah, ataupun menyebut ayat-ayat yang ditunjukkankepada mereka dengan sebutan dan intonasi yang betul. Untuk menentukanmarkat yang sesuai, senarai semak mestilah disediakan dan guru menandakanpada ruang-ruang yang disediakan markat murid bagi setiap gerak balas yangmereka berikan.Bahagian ABaca ayat-ayat di bawah ini denganintonasi yang betuli. Kami bertiga sahabat baik berlainan sekolahii. Tolong ambilkan ayah surat khabar itu.iii. Dengan siapa adik bermain bola tadiiv. Wah, besarnya rumah awak!Bahagian BJawab soalan ini dengan menggunakan ayat yang lengkap.i. Apakah cita-cita kamu?ii. Mengapakah kamu memilih itu sebagai cita-cita kamu?iii. Bagaimana kamu berusaha untuk mencapai cita-cita kamu itu?Bahagian CTeliti gambar berikut dan jawab soalan-soalan yang disediakan.
  • 77. Soalan: i. Apakah yang dilakukan oleh orang-orang itu? ii. Apakah alat-alat yang digunakan oleh mereka? iii. Bagaimanakah cara mereka melakukannya?Penilaian kemahiran lisan, antara lain boleh dilaksanakan melalui tugasanberikut:(a) memadankan – memadankan objek dengan tulisan; gambar dengan tempatnya dan memadankan harga dengan objeknya; memadankan pasangan, aspek yang berlawanan, sama dan sebagainya.(b) megelompok – misalnya haiwan mengikut jenis dan jantinanya; buah- buahan, tempat kediaman, kumpulan etnik dan sebagainya.(c) menyusun dan melengkapkan – menyusun maklumat mengikut saiz, warna, umur, kepentingan dan seumpamanya; menyusun perkataan menjadi ayat, peristiwa, isi karangan dll.(d) menyelesaikan masalah – menerangkan cara untuk sampai ke destinasi tertentu dengan selamat;(e) berinteraksi – melalui telefon, lakonan, dialog, forum dll(f) simulasi – main peranan dalam lakonan, forum dll(g) projek – perbincangan mengenai prestasi, prosedur, bahan projek: kos, pelaporan dll.Senarai Semak untuk Pemarkatan.Nama Murid: .....................................................................................................
  • 78. MarkatBahagian No: Gambar Nombor Soalan 2 1 0 1 2 A 3 J= 4 5 1 2 J = 3 4 5Nilai Markah (cadangan) 2 Bagi jawapan yang tepat, betul sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa. 1 Jawapan betul tetapi terdapat kesalahan yang kecil dari segi sebutan, intonasi atau tatabahasa. 0 Jawapan salah, sebutan, intonasi, pemilihan perkataan dan tatabahasa juga menunjukkan kesalahan yang ketara.
  • 79. Untuk mengubah markat kepada peratus, darabkan markat setiap bahagiandengan 2. Misalnya, jika pencapaian murid ialah 6, 7 dan 20, darabkansemuanya dengan 2; menjadi 12, 14 dan 40. Jumlah markatnya = 66.Pemarkatan Secara HolistikPemarkatan bagi ujian lisan juga boleh dilakukan secara holistik ataukeseluruhan, iaitu kebolehan bertutur yang diperlihatkan oleh murid itu diberikanmarkat secara keseluruhan, bukan secara perincian sebagaimana yangdicontohkan sebelum ini. Di sini, penguasaan kemahiran pertuturan itudibahagikan kepada beberapa pecahan dan markat diperuntukkan bagi setiappecahan itu. Semasa murid bertutur atau menjawab soalan-soalan yangdikemukakan, guru mendengar dengan teliti dan memberi markat secarakeseluruhan.Bagi tujuan pemarkatan secara keseluruhan ini, kemahiran bertutur bolehdibahagikan kepada lima komponen yang besar, iaitu:i. sebutanii. kefahamaniii. ketatabahasaniv. keluasan perbendaharaan kata, danv. kelancaran pertuturan.Setiap komponen ini haruslah diberikan peruntukan markat yang sama berat danperlu ditakrifkan dengan jelas supaya dapat dijadikan panduan oleh guru.Rumusan
  • 80. Topik ini membicarakan tentang konsep kemahiran lisan (mendengar dan bertutur),penghasilan bahan, dan penilaian aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur dalampengajaran bahasa Melayu. Kemahiran bertutur merupakan kemahiran yang penting,awal diajar dan perlu dikuasai oleh murid, maka guru mesti memainkan perananpenting untuk memastikan kejayaan murid-muridnya. Guru mesti faham, sedar danpandai menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajarankemahiran lisan berlandaskan prinsip-prinsip tertentu. Untuk mengesan kejayaanpengajaran dan pembelajaran itu, guru harus pula menguji kecekapan murid denganmenggunakan pelbagai teknik dan cara memberi markah. Diharap modul ini dapatmemberi kefahaman kepada anda untuk membimbing murid anda menguasaikemahiran lisan dengan baik dan berkesan. (a) Huraikan tentang lima komponan kemahiran bertutur yang dapat dinilai dengan menggunakan pemarkatan secara holistik. (b) Anda telah mengetahui bentuk pemarkatan secara objektif dan holistik. Pada pendapat anda, kaedah pemarkatan yang bagaimanakah lebih bersan untukmenguji kemahiran berbahasa Melayu?
  • 81. Kemahiran Membaca Tajuk 6  Matlamat dan Jenis Bacaan  Peringkat Pengajaran Bacaan  Teknik Bacaan – Intensif, Ekstensif, Skimming dan ScanningSinopsisTajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran membaca. Tajuk iniakan menjelaskan matlamat dan jenis bacaan, peringkat bacaan dan teknik bacaan.Empat teknik bacaan yang akan dimuatkan ialah teknik bacaan intensif, ekstensif,skimming dan scanning.Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walaubagaimanapun, kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnyasupaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat.Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar. Akhirnya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca.Dalam konteks ini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakanstrategi, kaedah, pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan.Hasil Pembelajaran1.1 Menjelaskan kemahiran membaca; matlamat, jenis bacaan dan peringkat pengajaran bacaan1.2 Menghuraikan teknik bacaan.
  • 82. Kerangka konsep Matlamat dan Jenis Bacaan: Peringkat Pengajaran Bacaan:  Mekanis  Kesediaan membaca  Mentalis  Prabacaan  Intensif  Mekanis  Ekstensif  Bacaan dan Kefahaman  Teknik bacaan:  Intensif  Ekstensif  Skimming  Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU  Scanning  Prabacaan Memahami Matlamat dan Jenis Bacaan serta Peringkat pengajaran Bacaan dan Aplikasi Teknik Bacaan Intensif, Ekstensif, Skimming dan ScanningFikirkan:Apakah matlamat guru melaksanakan pengajaran kemahiran membaca di sekolahrendah? Arahan: Sila baca dan fahami tentang matlamat pengajaran kemahiran membaca di sekolah. Setelah anda memahami matlamat pengajaran kemahiran membaca, sila fahami jenis bacaan yang boleh anda aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Sila berbincang dengan rakan anda sekiranya anda masih kurang faham tentang teori ini.MatlamatKemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya merekadapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan.Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakamdalam bahan bertulis.
  • 83. Anda perlu tahu matlamat anda mengajar kemahiran membaca kepada pelajar-pelajar ! Kini, fahami pula jenis-jenis bacaan.Jenis BacaanBacaan mekanisBacaan mekanis adalah bacaan bersuara dengan sebutan yang jelas dan tepatmengikut sistem bunyi bahasa Melayu. Bacaan kuat ini mementingkan sebutan hurufdan bunyi dengan betul, membaca mengikut intonasi, nada dan tekanan yang betul .Bahan bacaan yang digunakan ialah bahan yang mudah difahami dan tidakmembebankan fikiran.Bacaan MentalisBacaan mentalis dikenali juga sebagai bacaan akliah. Bacaan ini dilaksanakan dalamhati tanpa suara setelah pelajar menguasai bacaan bersuara. Tujuan bacaan mentalisadalah untuk memahami maklumat / idea atau buah fikiran.Bacaan IntensifBacaan intensif adalah bacaan secara mendalam. Bacaan ini dilaksanakan dengantujuan untuk memperkembang kebolehan meneliti, memahami dan mentafsirkanperkara yang dibaca. Bacaan ini memfokuskan kepada ciri-ciri tatabahasa, menelitipembentukan dan penggunaan bahasa dalam konteks dan situasi yang berlainan.Konsep bacaan intensif adalah untuk memperkembang pembelajaran bahasa murid;memberi penjelasan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaankata; mengkaji ciri-ciri tatabahasa; memperkembang usaha mengawal bahasa lisan danpertuturan serta kepentingan gerak laju dan kelainan latihan.
  • 84. Bacaan EkstensifBacaan ekstensif adalah bacaan meluas yang dilaksanakan di luar bilik darjah. Bacaanini menitikberatkan pengukuhan asas bacaan, menambah kemahiran pemahaman danmeningkatkan kepantasan membaca. Melalui pembacaan ekstensif akan membolehkanpelajar mencari isi-isi penting. Konsep bacaan ekstensif ialah kegiatan membacadilakukan di luar kelas; bahan bacaan perlu sesuai dengan murid; bahan yang berbezadan murid mendapat kepuasan, keseronokan dan terhibur. Anda sekarang telahpun memahami jenis-jenis bacaan, lakukan rujukan untuk mengetahui bagaimana jenis bacaan ini dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.PERINGKAT PENGAJARAN BACAANPeringkat Kesediaan MembacaMenurut Juriah Long et.al (1994), kesediaan membaca ialah satu peringkatperkembangan sama ada faktor-faktor alam sekitar ataupun faktor tersedia yangmenyediakan seseorang kanak-kanak itu untuk membaca. Peringkat ini dikatakansebagai satu peringkat yang menyediakan kanak-kanak dengan bacaan awal ataubacaan asas. Konsep kesediaan membaca bukan sahaja meliputi pengajarankemahiran-kemahiran sebelum bacaan, tetapi juga merangkumi setiap kemahiransebelum kemahiran membaca secara khusus dan berterusan.Faktor-faktor yang mempengaruhi kesediaan membaca seseorang kanak-kanak ialahkeadaan fizikal, pengalaman dan persekitaran, emosi dan motivasi serta kecerdasandan perkembangan kognitif. Dari segi fizikal, kemampuan kanak-kanak dilihat dari sudutkeupayaan alat-alat sebutannya menghasilkan bunyi-bunyi yang diajarkan, keupayaanmatanya mengecam bentuk, dan keupayaan pendengarannya mengecam bunyi-bunyi.Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi minatnya terhadap bahan-bahan bacaan dan minatnya untuk mendengar bacaan terutamanya bahan cerita. Darisegi mental pula, kemampuan kanak-kanak dilihat dari segi keupayaannya mengingatapa yang telah diberitahu dan kebolehannya menyatakan semula apa-apa yang telahdiketahuinya.Kesimpulannya, untuk membolehkan kanak-kanak menguasai peringkat kesediaanmembaca ini, anda sebagai guru hendaklah membimbing kanak-kanak menguasai
  • 85. pelbagai kemahiran lain yang akan membantu mereka mencapai kemahiran membacadengan lebih mudah. Sediakan latihan yang dapat mengukuhkan kemahiran peringkat kesediaan dalam kalangan murid-murid yang anda ajar.PrabacaanPrabacaan merupakan kesediaan murid untuk membaca. Peringkat prabacaan meliputikemahiran pengamatan pendengaran, kemahiran pengamatan penglihatan, aktivitikoordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan, dan latihan bahasapertuturan. Peringkat bacaan pula meliputi kemahiran mengenal abjad hingga membacaayat. Pada tahap ini, murid didedahkan kepada aktiviti-aktiviti yang boleh mendorongmereka mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran .Untuk mencapai kemahiran-kemahiran tersebut, aktiviti prabacaan boleh dilakukandengan menggunakan permainan huruf, suku kata dan perkataan untuk mengukuhkanlagi kemahiran tersebut.Bacaan MekanisPada tahap ini murid sudah boleh menyebut huruf, suku kata, perkataan, frasa dan ayat-ayat mudah. Mereka juga boleh membatangkan perkataan yang mengandungi suku kataterbuka dan tertutup yang bermula dengan konsonan. Kaedah-kaedah membaca yangsistematik yang boleh digunakan ialah pandang dan sebut, kaedah terus, bunyi kata danabjad atau mengeja.Bacaan dan KefahamanKefahaman merupakan pelengkap kepada keperluan bacaan. Tanpa kefahamanterhadap apa yang dibaca perlakuan bacaan itu tidak bermakna. Pada tahap bacaandan kefahaman ini murid sepatutnya mempunyai keupayaan untuk mengumpulmaklumat dan makna daripada apa yang dibaca dan mentafsir dan menilai sesuatudengan sepenuhnya tentang apa yang dibaca.
  • 86. Anda telah pun mempelajari peringkat-peringkat pengajaran bacaan. Cuba laksanakan peringkar-peringkat tersebut secara kontekstual mengikut tahap kesesuaian pelajar anda.Teknik Bacaan Kita boleh gunakan pelbagai teknik Banyak bahan yang yang telah diajar perlu kita baca ! oleh guru kita. Bacaan Intensif Teknik bacaan ini akan meningkatkan pemahaman kita.Membaca intensif ialah kegiatan membaca yang menuntut ketelitian dan dilakukansecara saksama. Ia melibatkan telaah isi dan pandangan terperinci sesuatu bahanbacaan. Biasanya ia dilakukan berdasarkan petikan yang pendek-pendek untukmengkaji pola-pola kalimat, latihan kosa kata, diskusi umum dan sebagainya. Teksbacaan yang benar-benar sesuai sahaja yang digunakan, iaitu bacaan yang dipilihsecara berhati-hati dengan mengambil kira bentuk dan isinya. Dua perkara yangdilibatkan dengan bacaan intensif ini adalah membaca telaah isi dan membaca telaahbahasa. Dalam membaca telaah isi, membaca teliti, membaca pemahaman, membacakritis dan membaca idea sangat dititikberatkan. Sementara membaca telaah bahasa,aspek-aspek yang berkaitan dengan bahasa, ditegaskan.Bacaan intensif adalah bacaan yang pada asasnya bertujuan memperkembangkebolehan dalam meneliti, memahami dan mentafsir apa sahaja yang dibaca dengantepat. Ia juga memberi penekanan kajian terhadap ciri-ciri tatabahasa, menelitipembentukan dan penggunaan perkataan, serta pemakaian bahasa itu dalam konteksdan situasi yang berlainan. Latihan-latihan bacaan intensif biasanya memerlukanbimbingan dan bantuan penuh daripada guru-guru.
  • 87. Konsep-konsep bacaan intensif(a) Kegiatan membaca yang dikaitkan dengan usaha melanjutkan lagi perkembangan pembelajaran bahasa pelajar bawah pimpinan guru;(b) Asas kepada pengajar memberi penjelasan atau keterangan tentang struktur yang sukar dan memperkembang perbendaharaan kata;(c) Berkaitan dengan aktiviti mengkaji ciri-ciri tatabahasa, iaitu susunan kata dalam ayat dan pengertian menurut kamus yang ditemui oleh pelajar dalam bacaannya;(d) Memperkembang usaha mengawal penggunaan bahasa dalam pertuturan dan tulisan; dan(e) Gerak laju dan kelainan latihan adalah dianggap penting.Tujuan:(a) Untuk membolehkan kanak-kanak membaca dengan baik, betul dari segi sebutan, intonasi, lancar dan tahu menggunakan tanda-tanda bacaan dengan baik;(b) Untuk mengembangkan kebolehan mentafsir apa yang tertulis dalam bacaan dengan mengkaji susunan kata dalam ayat dan pengertian dalam kamus;(c) Membaca secara senyap dengan kepantasan yang sewajarnya;(d) Menilai atau mengulas isi yang diperoleh daripada bahan-bahan yang dibaca;(e) Mengesan, memahami dan menikmati unsur-unsur estetik dalam bahasa;(f) Mengenal pasti laras-laras bahasa yang pelbagai; dan(g) Membuat rumusan atau kesimpulan daripada bahan bacaan.Bacaan EkstensifMembaca ekstensif ialah kegiatan membaca secara luas. Objeknya meliputi sebanyakmungkin teks dalam jangka waktu yang singkat. Tujuannya adalah untuk memahami isi-isi penting dengan cepat dan menganjurkan aktiviti membaca yang berkesan. Membacaekstensif biasanya melibatkan perkara-perkara berikut:(a) membaca tinjauan
  • 88. (b) membaca sekilas(c) membaca dangkalMembaca tinjauan dilakukan sebelum memulakan sesuatu bacaan. Pembaca akanmeneliti apa yang akan dibaca terlebih dahulu dengan cara memeriksa, meneliti indeks,daftar kata yang terdapat dalam buku, atau melihat judul, bab, rangka kasar, kandungandan sebagainya. Latar belakang pengetahuan seseorang akan menentukan tepat atautidaknya, cepat atau lambatnya tinjauan dapat dilakukan.Membaca sekilas adalah sejenis kegiatan membaca yang melibatkan pergerakan matayang cepat untuk melihat, memerhati bahan-bahan bertulis bagi mencari danmendapatkan maklumat dan penerangan. Ada tiga tujuan utama dalam membaca kilas.Pertama, untuk memperoleh suatu kesan umum daripada sesuatu isi bacaan. Kedua,untuk mendapat hal-hal tertentu daripada sesuatu bacaan. Ketiga, untuk mendapatbahan-bahan bacaan daripada perpustakaan.Membaca dangkal adalah untuk mendapat pemahaman yang dangkal yang bersifatluaran atau tidak mendalam daripada sesuatu bahan yang dibaca. Membaca beginitidak memerlukan pemikiran yang mendalam seperti keadaan membaca karya-karyailmiah.Bacaan ekstensif ialah bacaan meluas yang menekankan aktiviti-aktiviti membaca yangdilakukan di luar kelas. Bacaan bentuk ini menekankan aspek pengukuhan asasbacaan, menambah kemahiran memahami, dan menaakul isi bacaan, meningkatkankepantasan membaca, membina dan mengukuh minat membaca dan kebolehanmemetik isi-isi penting. Melalui bacaan ini, pelajar-pelajar akan mendapat kepuasan dankeseronokan di samping berpeluang menimba ilmu pengetahuan.KONSEP BACAAN EKSTENSIF(a) Dilakukan di luar kelas secara sendiri tanpa bimbingan guru;(b) Pelajar membaca tanpa menghadapi kesukaran dan seronok;(c) Bahan bacaan adalah luas dari segi perbendaharaan kata, sesuai dengan minat, umur, jantina, pengalaman, sikap dan cita-cita pelajar; dan(d) Bahan-bahan yang berbeza.
  • 89. TujuanBacaan ekstensif membolehkan pelajar-pelajar:(a) Membaca dengan cara tersendiri tanpa bimbingan secara langsung daripada orang lain;(b) Membaca dengan fasih dalam bahasa yang dipelajari;(c) Mendapat pengetahuan sambil berhibur;(d) Memperkaya bahasa - perbendaharaan kata, ungkapan, struktur ayat dan sebagainya;(e) Memberi peluang murid-murid terutama yang cerdas untuk meluaskan bacaan dan membina daya kreatif;(f) Menambah minat membaca;(g) Membina daya berfikir dan membentuk sikap yang baik;(h) Mempertingkat mutu dan kepantasan membaca;(i) Memperluas dan mempertingkat tahap penguasaan bahasa;(j) Membentuk tabiat gemar membaca, membuat rujukan dan menggunakan perpustakaan;(k) Mendedahkan murid kepada pelbagai laras bahasa;SKIMMINGSkimming adalah satu kaedah membaca cepat dengan cara mengutip maklumat secarasepintas lalu bagi mendapatkan idea penting. Strategi skimming ini penting kepadapembaca yang hendak membaca banyak bahan dalam jangka masa yang singkat danhanya memerlukan maklumat penting sahaja. Skimming merupakan proses melihatsepintas lalu atas sesuatu perenggan untuk mendapatkan idea utama.Prosedur SkimmingLangkah-langkah skimming:(a) Mulakan dengan menyelidiki secara keseluruhan tentang petikan. Carilah maklumat tentang pengarang, tajuk dan maksud keseluruhan tajuk;(b) Tentukan sumber pilihan supaya anda bersedia dengan sesuatu jenis penulisan seperti hujah, teknikal dan sebagainya;
  • 90. (c) Bacalah perenggan pertama, walaupun tidak penting tetapi perenggan ini menjadi asas untuk ‘skim’;(d) Semasa membaca perenggan pertama, cuba cakupkan isu utama dan konteks petikan tersebut. ‘Konteks’ ini bermakna bukan sahaja idea dan perkataan tetapi latar kepada petikan tersebut, seperti bila dan mengapa teks itu ditulis; apakah sikap pengarang dan perkara-perkara yang boleh membantu anda untuk memahami tajuk secara umum dan signifikannya;(e) Baca ayat pertama dan ayat akhir bagi setiap perenggan – anda akan dapati idea yang penting dan fakta; dan(f) Baca perenggan akhir dn teliti – di sini biasanya terdapat unsur-unsur penyimpulan dan rumusan.Perkara penting ialah memahami perhubungan antara idea yang dikemukakan danselepas itu cuba mengecam maklumat sokongan. Kecepatan membuat skiming ini,berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain.SCANNINGScanning adalah kemahiran atau keupayaan untuk mendapatkan maklumat secaracepat dan untuk mencari jawapan kepada sesuatu soalan atau maklumat secarakhusus. Tujuan scanning untuk menentukan sejauh mana kecekapan kita mencarisesuatu maklumat tertentu (bukan menghabiskan bacaan dengan cepat). Kecekapanscanning bergantung kepada penumpuan mental.ProsedurLangkah-langkah untuk scanning:(a) Perkara paling penting ialah menentukan maklumat apa yang hendak dicari.(b) Perhatikan sepintas lalu ke atas bahan dan tumpukan perhatian kepada maklumat yang di cari tanpa mempedulikan perkataan atau angka yang lain.(c) Untuk mempercepatkan proses scanning, gunakan jari anda dan gerakkan secara cepat ke atas barisan perkataan ketika membaca.(d) Anda boleh gunakan panduan-panduan yang ada seperti tajuk kecil, perkataan yang dihitamkan atau italic yang mudah dilihat.
  • 91. (e) Jika anda scan daripada bahan seperti surat khabar, fokus perhatian anda di tengah-tengah kolum dan gerakkan mata anda terus ke bawah. Syabas! Anda telah pun mahir dengan teknik membaca yang terdapat dalam modul ini. Terdapat banyak lagi teknik bacaan yang boleh anda pelajari. Sila lakukan bacaan ekstensif untuk mengatahui dan mempelajari teknik-teknik bacaan lain dan aplikasikan dalam pembacaan anda untuk meningkatkan kemahiran membaca anda.
  • 92. PENDEKATAN DAN KAEDAH PENGAJARAN BACAAN Tajuk 7  Pendekatan Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa  Kaedah Pandang Sebut  Kaedah Abjad  Kaedah FonikSinopsisTajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang pendekatan dan kaedahpengajaran bacaan.Tajuk ini akan menjelaskan pendekatan binaan, cerakinan,komunikatif dan pengalaman bahasa. Tiga kaedah bacaan yang akan dimuatkan ialahkaedah pandang sebut, kaedah abjad dan kaedah fonikKemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Walaubagaimanapun, untuk mencapai kemahiran tersebut pengajaran bacaan perlu diajarmenggunakan pendekatan dan kaedah tertentu yang dapat memberi kesan dalampembacaan. Kemahiran membaca mesti diajar mengikut peringkat-peringkatnya supayapenguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Dalam konteksini bahan bacaan perlu dipelbagaikan dan diajar dengan menggunakan strategi, kaedah,pendekatan dan teknik yang sesuai dan berkesan bagi mencapai hasil pembelajarankemahiran membacaHasil Pembelajaran1.1 Menghuraikan kemahiran bahasa; pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran kemahiran-kemahiran bahasa
  • 93. Kerangka konsep Pendekatan Pengajaran Kemahiran Bahasa : Kaedah Bacaan  Binaan  Cerakinan  Pandang Sebut  Komunikatif  Abjad  Pengalaman  Fonik bahasa   Pengajaran Kemahiran BAHASA MELAYU: Pendekatan dan Kaedah Bacaan Asas Aplikasi Pendekatan Kemahiran Membaca Binaan, Cerakinan, Komunikatif dan Pengalaman Bahasa. Kaedah Bacaan Asas iaitu Pandang Sebut, Abjad dan FonikPENDEKATAN PENGAJARAN BACAANPendekatan BinaanPendekatan binaan juga dikenali dengan pendekatan sintesis. Mengikut pendekatan inipengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecilterlebih dahulu, kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Unsur-unsuryang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar. Dalam pengajaran kemahiranmembaca, murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. Huruf-hurufdigabungkan menjadi suku kata, dan suku kata digabungkan menjadi perkataan.Kemudian perkataan akan membentuk ayat. Pendekatan ini menghasilkan kaedahabjad.
  • 94. Pendekatan CerakinanPendekatan cerakinan (analisis) adalah pendekatan pengajaran yang mendahulukanunsur-unsur yang besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsuryang kecil yang membentuk struktur yang besar itu. Pengajaran kemahiran membacamengikut pendekatan ini dimulakan dengan cerita atau ayat. Kemudian ayat itudicerakinkan kepada perkataan, dan daripada perkataan dicerakinkan kepada suku katadan seterusnya kepada huruf. Dengan ini murid-murid dapat mengaitkan huruf-hurufyang tiada makna (abstrak) dengan cerita / ayat yang bermakna. Jadi, murid-muridmempelajari sesuatu yang bermakna dan menarikPendekatan KomunikatifPendekatan komunikasi menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. Yangdipentingkan dalam pembelajaran bahasa ialah tujuan dan bagaimana bahasadigunakan dalam situasi dan konteks tertentu. Untuk melaksanakan komunikasi dalamkemahiran membaca, guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkansituasi di mana pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap dan tidak hanya tertumpukepada penguasaan struktur bahasa sahaja. Pelajar perlu berinteraksi dalam bentukkerja kumpulan atau secara berpasangan, dalam melakukan pelbagai aktiviti bagimewujudkan hubungan interpersonal yang positif.Antara aktiviti bacaan menggunakan pendekatan komunikatif ialah bercerita, teaterpembaca, laporan/ulasan buku dan choral speaking.Prinsip pendekatan komunikatif:(a) murid mengetahui tujuan aktiviti yang dilakukannya;(b) pengajaran bahasa dibuat dalam konteks wacana;(c) pengajaran bahasa mengikuti proses komunikasi sebenar;(d) mempelbagaikan aktiviti komunikasi.Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)Pendekatan pengalaman bahasa memberi penekanan kepada pengalaman ataupengetahuan sedia ada murid-murid dalam membaca. Murid-murid akan mudahmemahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya sekiranya
  • 95. murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yangsama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan.Dalam sesuatu proses membaca, terdapat tiga peringkat pemahaman, iaitu lateral,interpretasi & inferens, dan penilaian makna. Bagi setiap peringkat, murid-murid perlumempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan merekamenguasai peringkat-peringkat tersebut. Sebagai contoh, pada peringkat lateral, murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai ilmu kebahasaan (istilah,tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan bahasa dan sebagainya) untuk mengecamtulisan yang dibacanya.Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras, susukayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. Padaperingkat interpretasi & inferens, pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangatdiperlukan untuk mentafsir makna (mesej) yang ingin disampaikan oleh penulis. Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatubidang yang diketahuinya. Sebagai contoh, jika murid-murid mempunyai pengalamanatau pengetahuan tentang pelancongan akan memudahkan mereka memahami teksyang membincangkan soal pelancongan. Kesimpulannya, pendekatan ini memanfaatkanpengalaman murid dalam pembelajaran kemahiran bacaan.Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut;(a) Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain;(b) Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka;(c) Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid menguasai konsep;(d) Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca; dan(e) Guru perlu mempelbagaikan bentuk / laras bahan bacaan dalam pengajaran pembelajaran membaca. Apakah kaedah pengajaran membaca yang pernah anda gunakan dalam pengajaran pembelajaran membaca? Mungkin ada pernah mencuba pelbagai kaedah. Mari kita belajar kaedah-kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran bacaan.
  • 96. Pelbagai kaedah telah diperkenal oleh pakar-pakar dalam bidang pengajaran kemahiranmembaca. Setiap kaedah mempunyai kekuatan dan kekurangan tertentu. Antarakaedah pengajaran membaca ialah:Kaedah Pandang Sebut KAEDAH PANDANG SEBUT Menyebut Mencerakinkan Membina dan Membaca ayat Perkataan perkataan dan membaca ayat l kata a t i h a n Menggunakan bahan bantu belajarKaedah ini dinamakan kaedah seluruh perkataan kerana pelajaran dimulakan denganmemperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Kaedah ini dinamakanjuga kaedah pandang dan sebut kerana aktiviti utamanya ialah memandang danmenyebut. Menurut Juriah Long et.al. (1994) perkataan diperkenal kepada murid-muriddengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-muridmenyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambarobjek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan padabahan yang ditunjukkan.Pengajaran bacaan tidaklah dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atauabjad satu persatu tetapi murid-murid terus diperkenal kepada seluruh perkataan yangdisertai gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenalilambang lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuksesuatu perkataan. Untuk boleh membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlumengenali banyak lambang.
  • 97. Kaedah Abjad KAEDAH ABJADMenyebut nama Menyebut suku Mengeja suku Membaca ayathuruf abjad a – z; kata V dan KV kata, perkataan lhuruf besar dan dan frasa akecil t i h a n Menggunakan bahan bantu belajarKaedah abjad ialah kaedah yang berfokus pada penghafalan abjad, pembentukan sukukata dan aktiviti mengeja. Usaha menghafal abjad dan membentuk suku kata itubertujuan untuk membolehkan murid mengeja perkataan, maka kaedah ini dinamakanjuga kaedah mengeja. Dalam kaedah ini, nama-nama huruf perlu dikenal pasti dahulumelalui latihan menyebut dan menghafal dari huruf ‘a’ hingga ‘z’ mengikut susunan.Seterusnya diikuti dengan mengeja suku kata dan perkataan, huruf-huruf yangterkandung dalam suku kata dan perkataan (Juriah Long et.al, 1994). Menurut AbdulAziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelumhuruf kecil diajarkan. Manakala menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985)pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak.Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada namadan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u dengan nama semua huruf yang terdapat dalamsistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkanitu. Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal sertabunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutanDaripada suku kata itu dibentuk perkataan. Latih tubi mengeja perkataan diadakan.Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku katadiikuti dengan penyebutan suku kata itu.
  • 98. Kaedah Fonik KAEDAH FONETIK Membunyi Membatan Membaca kan huruf g suku kata frasa dan l dan dan ayat a asosiasi perkataan t dengan i benda h a Menggunakan bahan bantu belajar nKaedah fonik ialah kaedah yang menekankan penguasaan murid terhadap hubunganantara huruf dengan bunyinya. Kaedah fonik hanya mensyaratkan murid mengingatbentuk huruf dan bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini bermula denganmemperkenalkan huruf vokal kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan,pembentukan suku kata, dan pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu ataudua pelajaran sahaja. Murid akan dapat membaca beberapa perkataan dengan cepatserta faham apa-apa yang dibaca. Setiap kaedah bacaan terdapat kelebihan dan kekurangannya. Anda perlu cuba mengaplikasikan pelbagai kaedah mengikut kesesuaian murid anda . Selamat mencuba dan berjaya!
  • 99. Tajuk 8 TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA (a) Survey, Question, Read, Review, Recite(SQ3R); Read, Review,Recite (3R); Know,What,Learn,How,(KWLH); dan lain-lain (b) Teknik Bercerita (c) Teater PembacaSinopsisTajuk ini akan menjelaskan teknik pengajaran kemahiran membaca. Teknik yang akandijelaskan ialah teknik SQ3R, KWLH, RADAR, tatacerita dan teater pembaca. Teknikyang mantap amat penting dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajarankemahiran membaca bahasa Melayu. Teknik yang dipilih perlu sesuai dengankebolehan murid, justeru dapat meningkatkan minat murid terhadap pelajaran.Keberkesanan pengajaran bergantung kepada pengolahan teknik yang dapatmerangsang dan menggalakkan murid berinteraksi serta berfikir kritis dan kreatif.Hasil Pembelajaran 1.1 Menghuraikan tentang kemahiran bahasa: teknik pengajaran kemahiran- kemahiran bahasa.
  • 100. Kerangka konsep (a) Lingkaran Soalan, TEKNIK PENGAJARAN (b) Tatacerita KEMAHIRAN MEMBACA (c) Bimbingan (a) Survey, Question, Read, Menjangka, Teater Review, Recite(SQ3R); Read, Pembaca Review,Recite (3R); (b) Know,What,Learn,How, (c) (KWLH); dan lain-lain  Bimbingan Menjangka,  Teater Pembaca Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca BAHASA MELAYU Aplikasi Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca SQ3R, KWLH , Lingkaran Soalan,Tatacerita , Bimbingan Menjangka dan Teater PembacaSurvey, Question, Read, Review, Recite (SQ3R)1. SQ3RSQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoalkesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasanyang perlu diselesaikan. SQ3R adalah singkatan bagi; S (survey) - Tinjau Q (question) - Soal/tanya R (read) - Baca R (recite) - Imbas kembali atau nyatakan secara lisan R (review) - Baca semulaSurvey (tinjau) ialah langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhantentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca. Ini dilakukan dengan menelititajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar atau ilustrasi, lakaran grafik, membacaperenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagian-bahagian buku atau teks.Di sini juga pelajar sebenarnya menggunakan teknik membaca pantas iaitu skimmingdan scanning.
  • 101. Question (soal atau tanya) ialah langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satusiri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengankeperluan tugasannya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembacatentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan menjadi garis panduansemasa membaca kelak. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalantersebut.Read (baca) ialah peringkat pelajar sebenarnya membaca bahan atau teks tersebutsecara aktif serta mencuba mendapat segala jawapan kepada soalan-soalan yang telahdisenaraikannya sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akanmenyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dankeinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoalpendapat atau maklumat yang terdapat yang ditemuinya.Recite (imbas kembali) ialah peringkat yang ketiga. Setelah selesai membaca, pelajarcuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telahdiperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya.Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang disenaraikan sebelumnya tanpamerujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.Review (baca semula) merupakan peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepadasoalan yang dibuatnya di langkah ketiga. Pelajar juga memastikan tiada fakta pentingyang tertingga.Knowledge, What, Learn, How (KWLH)KWLH adalah singkatan bagi yang berikut:K (know) - Apa yang telah diketahui (sebelum membaca)W (want) - Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)L (learned) - Apa yang telah diketahui (selepas membaca)H (how) - Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan - yang berkaitan (untuk membaca seterusnya)Melalui Teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telahdiketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukanpembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh daripembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh(sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).
  • 102. Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia adadengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya,dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumattambahan. Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borangmenggunakan teknik KWLH.Read, Analogize, Discuss, Apply, Review/Researsh (RADAR)RADAR adalah singkatan bagi yang berikut:R (Read) - MembacaA (Analogize) - MenganalogiD(Discuss) - BerbincangA( Apply) - MengaplikasiR(Review/Research) - Menyemak/ MenyelidikTeknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajarmenghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru. Lima langkahRADAR ialah:R – Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain.A – Pelajar menerangkan bagaimana konsep , barang, idea, tempat berhubungkait dan mempunyai persamaan.D – Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea atau tempat.A – Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan.R – Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan.RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya denganpengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untukmembandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuansedia ada pada diri mereka sendiri.
  • 103. Teater PembacaTeknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip ceritadengan menggunakan sebutan, nada dan intonasi yang betul bagi menggambarkansesuatu cerita yang dipersembahkan. Namun seorang pelajar akan membaca ceritadengan lancar dan nada serta intonasi yang betul. Juga melakukan gerak aksi yangsesuai dengan isi atau suasana cerita. Penggunaan suara, sebutan, gerak badan danmimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar-penonton memahami danmenghayati cerita tersebut.Langkah pelaksanaan(a) Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan;(b) Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon;(c) Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog;(d) Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai;(e) Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan;(f) Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan;(g) Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca; dan(h) Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.TEKNIK BERCERITATeknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untukmembina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarikminat dan perhatian pelajar. Melalui teknik bercerita latihan pemahaman, perluasanperbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Selain itu, penguasaankemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapatditingkatkan.Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:(a) Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita;(b) Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal
  • 104. supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan;Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah:(a) Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid;(b) Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan;(c) Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa;(d) Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting;(e) Lakukan latihan;(f) BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan penceritaan; dan(g) Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan bahasa yang hendak disampaikan. Terdapat beberapa teknik lain dalam meningkatkan kemahiran membaca, cuba layari internet untuk mengetahui teknik-teknik bacaan tersebut.
  • 105. Tajuk 9 Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran Membaca  Objektif  Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti  Membina dan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Tajuk 10 Penilaian Kemahiran Membaca  Mengenal Pasti Idea Keseluruhan  Mengesan Idea Utama dan Idea Sokongan  Membuat Ramalan/Kesimpulan  Pembinaan Instrumen Penilaian. Penialaian ialah suatu kaedah bagaimana seseorang guru boleh mengenalpastikekuatan dan kelemahan pengajarannya . Dalam konteks pengajaran kemahiranmembaca,penilaian akan menjadi landasan terhadap kaedah,pendekatan dan teknikpengajaran yang digunakan. Dalam hal ini, perbincangan meliputi persoalan tentangtujuan, aspek dan pentadbiran dalam penilaian, bentuk-bentuk penilaian, dan criteriasoalan-soalan kefahaman.Tujuan ,Aspek dan pentadbiran penilaianPenilaian ialah satu aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitusuatu kaedah bagaimana kemajuan atau kelemahan sesuatu kemahiran yang diajarkanitu dikenal pasti. Dalam konteks kemahiran membaca, penilaian bertujuan untuk mengujisejauh mana pembaca memahami bahan yang dibaca. Diperingkat rendah, penilaianjuga dibuat untuk intonasi dan sebutan dalam bacaan. Dalam hal ini terdapat beberapabentuk penilaian dan instrument yang boleh diguna pakai dalam pengujian kemahiranmembaca.Bentuk PenilaianBentuk penilaian adalah seperti berikut :a)Penilaian kendiriPenilaian kendiri ialah bentuk penilaian yang dilakukan oleh pelajar atau pembaca itusendiri,berdasarkan senarai semak yang diberikan oleh guru.b) Penilaian rakan sebayaPenilaian rakan sebaya dinamakan juga penilaian berpasangan. Dalam penilaianini,pelajar secara berpasangan akan menyemak dan menilai bacaan sesame sendiri.
  • 106. c) PemerhatianPemerhatian dibuat untuk melihat sikap,kefahaman dan intonasi dalam bacaan. Dalamkaedah ini guru atau penilai perlu menyediakan senarai semak yang mengandungcriteria atau perkara-perkara yang akan diperhatikan.d)PengujianPengujian boleh dibuat untuk menilai tahap kefahaman pelajar terhadap bahan bacaan.Pengujian boleh dibuat dalam bentuk memadankan perkataan dan ayat, ujian bacaan,penyoalan terbuka, menyusun semula petikan,ujian kloz dan ujian aneka pilihan.Instrumen UjianInstrumen ujian kemahiran membaca boleh terdiri daripada petikan atau bahan yangakan dibaca dan difahamkan oleh pelajar. Pada masa yang sama dokumen sepertisenarai semak dan skala kadar juga digunakan sebagai instrument ujian, terutama yangmelibatkan aspek afektif dan perlakuan dalam kemahiran membaca sepertiintonasi,nada, tekanan suara dan sebagainya. Tujuan utama instrument adalah untukmendapatkan ukuran atau data berkaitan dengan apa yang diuji.a)Senarai semakDalam ujian berbentuk pemerhatian, senarai semak yang mengandung perkara dancriteria pemarkahan perlu disediakan. Senarai semak yang mengandung criteria tertentujuga akan menjadi panduan kepada guru atau penilai untuk menilai dan menentukantahap kefahaman seseorang pembaca.b) Skala KadarSkala kadar ialah dokumen yang mengandung kriteria yang menunjukkan tahappencapaian dalam kemahiran membaca. Skala kadar kebiasaannya menetapkanmarkah atau pencapaian tertentu berdasarkan kriteria bacaan dan kefahaman yangditetapkan.
  • 107. Tajuk 11 Kemahiran Menulis  Matlamat dan Peringkat  Tujuan Penulisan  Jenis Penulisan KaranganMatlamat Menulis.Kemahiran menulis diajar kepada pelajar agar mereka dapat merakamkan apa sahajaperkara yang didengar, dilihat atau dialami dalam bentuk grafik iaitu tulisan. Dalammasa yang sama, pelajar juga dapat menggunakan kemahiran berfikir dengan sebaikmungkin. Kombinasi yang melibatkan minda, mata, telinga dan jari ini akanmenghasilkan kemahiran menulis yang sistematik.Matlamat mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untukmelahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasiatau tajuk tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu. Kemahiran inijuga dapat melatih para pelajar melahirkan idea dan mengembangkan idea merekasendiri. Kemahiran menulis juga melatih murid-murid mengembangkan karangan dalambentuk pemerengganan yang betul.Kemahiran menulis ini turut melatih para pelajar untuk menggunakan bentukpenggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.Kemahiran ini juga, melatih pelajar menggunakan format karangan yang betul. Selainitu, pelajar boleh menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenarsehari-hari. Kemahiran ini juga menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaandi masa akan datang.Selain itu, kemahiran ini menyuburkan minat pelajar. Disamping itu, pelajar berpeluanguntuk meluaskan kosa kata mereka apabila mereka berinteraksi dengan orang lain.Selain itu, Kemahiran menulis memberikan kepuasan jiwa kepada semua penulis keranamampu melahirkan perasaan mereka menerusi tulisan.Peringkat Menulis.Terdapat tiga peringkat dalam kemahiran menulis, iaitu:a)Peringkat pramenulis.
  • 108. Pada peringkat ini pelajar diberikan persediaan secara mekanikal untukmembolehkannya menggunakan alat tulis, dan dapat menulis dengan selesa dan tepat.Dalam peringkat ini guru akan memberikan aktiviti-aktiviti pergerakkan tangan dan mata,supaya pelajar boleh mengkoordinasikan kedua-dua anggota ini untuk tujuan menulis.Antara latihan-latihan yang boleh dilaku untuk membentuk kemahiran ini ialah:i.Latihan membentuk garis lurus dan lengkok berdasarkan garisan putus-putus.ii.Latihan mewarna mengikut arah yang ditentukan.iii.Latihan membentuk bulatan di udara: dari kiri ke kanan, dan sebaliknya.iv.Latihan membentuk garisan lurus.b)Peringkat mekanisSetelah pelajar boleh menggunakan alat tulis, peringkat seterusnya ialah peringkattulisan mekanis. Pada peringkat ini pelajar-pelajar dilatih membentuk lambing-lambangyang ada kaitannya dengan bentuk-bentuk huruf. Akhirnya, pelajar akan dapatmenuliskan huruf-huruf untuk membentuk perkataan, dan seterusnya ayat. Secaraumumnya, latihan-latihan yang boleh digunakan pada peringkat ini ialah:i.Latihan membentuk bulatan dan garis lurus secara terkawal.ii.Latihan menulis huruf di atas kertas bergaris.iii.Latihan membentuk huruf dengan cara yang betul, secara bebas.c.Peringkat pelahiranPada peringkat ini pelajar sepatutnya telah menguasai kemahiran membentuk huruf danmengeja. Peringkat pelahiran ialah pelajar dilatih untuk melahirkan sesuatu untuk ditulis.Latihan dimulakan secara terkawal, tetapi pada akhir peringkat ini pelajar sepatutnyatelah tahu memberikan reaksi bertulis terhadap bahan-bahan rangsangan yangdiberikan. Antara latihan-latihan yang boleh diguna pakai dalam peringkat ini ialah: i. Mengisi silang kata ii. Mengisi tempat kosong dalam ayat iii. Melengkapkan ayat iv. Melengkapkan petikan atau cerita v. Menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan gambar. vi. Menulis jawapan kefahaman.
  • 109. Jenis Penulisan.Dari segi jenisnya, terdapat pelbagai jenis penulisan yang boleh diekspoitasi untuktujuan pengajaran & pembelajaran kemahiran ini. Penjenisan ini dibuat berdasarkanbentuk dan cara penulisan itu dibuat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajarankemahiran menulis, penentuan dan pemilihan jenis-jenis penulisan ini perlu disesuaikandengan tahap pencapaian pelajar itu sendiri. Antara jenis penulisan yang bolehdigunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah penulisan terkawal, separaterkawal, penulisan berpandu, separa berpandu, penulisan bebas dan penulisan kreatif.Jenis penulisan tersebut dijelaskan seperti berikut:a)Penulisan terkawalPenulisan terkawal ialah penulisan yang dikawal sepenuh oleh guru, sama ada dalamaspek format, pilihan kata dan tatabahasa. Dalam penulisan terkawal, pelajardidedahkan dengan bentuk penulisan yang baik dengan cara meniru atau menulissemula petikan, ayat-ayat atau karangan yang dianggap baik. Penulisan terkawal ialahtahap pertama kea rah penulisan bebas, kerana latihan-latihan penulisan terkawal akanmembantu pelajar menguasai bentuk bahasa yang tepat, pengolahan isi, dan gayapenulisan yang baik. Bentuk-bentuk penulisan terkawal ialah: i. Menulis semula cerita yang dibaca atau didengar ii. Menulis surat iii. Menuliskan isi perbincangan/dialog yang didengar.b) Penulisan Separa Terkawal.Penulisan separa terkawal ialah jenis penulisan yang tidak dikawal sepenuhnya olehguru. Pelajar diberi peluang menggunakan daya pemikiran sendiri untuk memilihperkataan yang sesuai dengan tajuk yang diberi. Latihan-latihan seperti menyalinsemula petikan yang diberikan dan pelajar dibenarkan menukarkan beberapa perkataanyang sesuai dalam petikan tersebut. Bentuk-bentuk penulisan separa terkawal adalah: i. Mengisi tempat kosong ii. Menuliskan cerita daripada gambar iii. Membuat ayat daripada perkataan iv. Menjawab soalan berdasarkan tajuk.c) Penulisan Berpandu.Penulisan berpandu ialah jenis penulisan yang bahan asasnya dikawal oleh guru, tetapipelajar diberi kebebasan menyambung, melengkap atau menukarkan perkataan-
  • 110. perkataan yang terdapat dalam bahan yang dikawal itu. Penulisan jenis ini akanmemotivasi pelajar untuk terus menulis. Aktiviti-aktiviti atau latihan yang digunakandalam penulisan jenis ini ialah: i. Menukarkan dialog kepada bentuk naratif ii. Menukarkan bentuk puisi kepada prosa.d)Penulisan Separa Berpandu.Penulisan separa berpandu ialah jenis penulisan yang memberikan kebebasan kepadapelajar untuk menulis berdasarkan sedikit panduan daripada guru. Penulisan jenis inimerupakan suatu kaedah untuk membiasakan pelajar terhadap struktur penulisan danpemerengganan. Dalam penulisan jenis ini pelajar akan diberikan asas atau klu yangmenjurus kapada tajuk atau perkara yang akan ditulis. Aktiviti penulisan yang bolehdikaitkan dengan penulisan separa berpandu ialah: i. Menyudahkan cerita ii. Menulis karangan yang isinya disediakan guru.e)Penulisan BebasPenulisan bebas dijalankan setelah pelajar menguasai aspek mekanikal, dantatabahasa yang baik, Penulisan jenis ini dijalankan setelah pelajar diminta memberikantumpuan kepada apa yang akan ditulis. Tegasnya pelajar sepatutnya bolehmengeksploitasi kemahiran sedia ada untuk menghasilkan suatu tulisan yang baik danbermakna.Dalam penulisan jenis ini,penglibatan guru adalah di peringkat minimum.Guru hanya akan campurtangan jika terdapat kesalahan-kesalahan dalam penulisansahaja. Secara umumnya terdapat beberapa bentuk penulisan yang boleh dilakaukandalam penulisan bebas; iaitu:  Penulisan naratif  Penulisan deskriptif  Penulisan imaginatif  Penulisan argumentativef) Penulisan KreatifPenulisan kreatif adalah salah satu bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisanbebas. Dalam penulisan ini,pelajar bukan sahaja telah mahir dalam pengolahan idea,tetapi juga telah boleh mengeksploitasi pengalaman atau imaginasi untuk dijadikanbahan tulisan. Penulisan kreatif mempunyai keistimewaan dan kelebihan berbandingdengan bentuk penulisan bebas yang lain kerana jenis penulisan ini bukan hanyamemfokuskan terhadap isi yang akan ditulis.tetapi memerlukan kemahiran estetika
  • 111. untuk mengolah dan mempersembahkan isi tersebut dengan cara yang berkesan danmenarik. Bentuk-bentuk penulisan yang terdapat dalam penulisan kreatif ialah :  Cerpen  Puisi  Drama  Novel
  • 112. Tajuk 12 Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis  Proses  LEA (Pengalaman Bahasa)Menulis ialah sesuatu kegiatan penghasilan simbol-simbol grafik yang disusun aturmenjadi perkataan-perkataan, yang seterusnya membentuk ayat-ayat yang bermakna.Dalam konteks yang lebih luas, penulisan bermaksud penghasilan wacana-wacana yangbermakna dan bermaklumat. Oleh itu, kemahiran menulis secara mekanis, iaitukemahiran membentuk dan menyusun symbol-simbol tulisan tidak selesai padaperingkat itu sahaja. Sebaliknya kemahiran ini akan diteruskan dengan aktivitimengarang, yang memerlukan penggembelengan aspek psikologi dan kognitif. Oleh itukemahiran mengarang ini boleh di capai melalui beberapa pendekatan iaitu:1.Pendekatan Proses.Pendekatan proses menekankan proses dalam penghasilan sesebuah karangan, bukankepada hasil penulisan tersebut. Dalam pendekatan ini penulisan akan dimulai denganproses menulis draf, menyemak dan membincangkannya. Dalam pendekatan ini juga,penulisan akan dilihat dari aspek format yang betul, struktur penulisan yang sesuai, danpenggunaan tatabahasa yang tepat, sebagai suatu penulisan yang baik. Sehubungandengan itu, pendekatan ini memerlukan penulis menguasai kemahiran bahasa yangbaik, di samping mempunyai pengetahuan tentang format atau model penulisanpenulisan yang baik.2.Pendekatan Pengalaman Bahasa (LEA)Pendekatan pengalaman berbahasa (LEA) berasaskan prinsip bahawa kemahiranberbahasa tidak boleh dipecah-pecahkan dalam bentuk yang berasingan, sepertikemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Sehubungan dengan itupendekatan ini menekankan konsep dan penggunaan struktur bahasa yang bermakna,yang boleh dituturkan dan dituliskan. Pendekatan ini juga mengeksploitasi pengalamanbahasa yang bermakna dalam kalangan pelajar untuk dijadikan bahan perbincangandalam proses penulisan karangan.
  • 113. Kemahiran Mengarang.  Mencari isi-menggunakan Bahan Rangsangan Tajuk 13  Mengaitkan isi dengan Tajuk, kohesi, koheren, dan pemerengganan  Kemahiran kosa kata, gaya persembahan, mengedit dan mengembangkan idea- peta mindaObjektif MengarangObjektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam SukatanPelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada sesuatu tahap tertentu. Namunbegitu, objektif mengarang pada umumnya adalah untuk:  Melatih murid-murid melahirkan idea  Melatih murid-murid menghujah danmengembangkan idea  Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betul  Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.  Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul  Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar seharianMencari isi menggunakan bahan rangsanganPenggunaan bahan rangsangan dalam penulisan juga boleh disamakan dengankemahiran penulisan berpandu. Bahan rangsangan dapat membantu muriduntuk menulis karangan. Pada tahap ini berkemungkinan murid telah bolehmenulis ayat-ayat mudah. Guru boleh memberikan kad-kad gambar bersiriataupun gambar tunggal untuk membantu murid menulis ayat mudahberdasarkan gambar-gambar yang ditunjukkan.Mengaitkan isi dengan tajuk, kohensi, koheren dan pemerenggananTerdapat empat aspek utama yang perlu dititik beratkan dan diambil perhatianiaitu tajuk,kohensi ,koheren dan pemerengganan. Keempat-empat ini salingberkait antara satu sama lain. Ia merupakan tunjang utama dalam menghasilkansesebuah karangan yang baik.Dalam sesebuah penulisan, perenggan pertama merupakan pengenalan kepadatajuk. Isi yang ditulis dalam perenggan pertama menjurus kepada isi karanganyang hendak disampaikan dan dapat menarik minat untuk pembaca membacaisi-isi yang seterusnya. Setiap isi dipisahkan dalam satu perenggan yangberasingan supaya pembaca dapat memahami apa yang hendak disampaikanoleh penulis.
  • 114. Setiap perenggan isi mempunyai kohensi dan koheren nya yang tersendiri.Kohensi bermaksud tautan, manakala koheren pula bermaksud rentetan. Kedua-dua aspek ini boleh dilihat di dalam isi karangan tersebut. Bagi sebuahkarangan yang baik setiap isi dalam sesuatu perenggan yang diasingkantersebut mestilah mempunyai kohensi serta koheran antara isi-isi tersebut.Susunan isi-isi dalam sesebuah karangan juga hendaklah mengikut keutamaandan kepentingannya.Kemahiran kosa kata, Gaya persembahan, mengedit dan mengembangkanidea- peta mindaPeta Minda dan Penyoalan ialah teknik yang boleh digunakan untukmempertingkat kemahiran menulis. Kedua-dua teknik ini boleh dipasangkandengan pendekatan proses, iaitu suatu pendekatan yang berdasarkan prosespenulisan itu sendiri.Teknik peta Minda digunakan untuk memandu pelajar kea rah penghasilan isiyang bernas dan tersusun dalam penulisan. Dalam teknik ini. Guru akanmenyenaraikan isi-isi serta huraian yang dihasilkan melalui perbincangandengan pelajar dalam bentuk Peta Minda di papan tulis. Penggunaan Peta Mindaini akan memudahkan pelajar melihat kesinambungan isi-isi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan sesuatu tajuk.Contoh Peta Minda
  • 115. Tajuk 14 Prosedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu Mengajar  Ejaan  Imlak  KaranganSebelum sesuatu bahan pengajaran dibina, seseorang guru perlu mengambil kiraprinsip-prinsippemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran. Secara umumnya prinsip-prinsip yangdimaksudkan itu ialah :  Ketepatan maklumat kandungan  Ketepatan bahasa dan gaya  Sesuai dengan umur,tahap dan keupayaan pelajar  Sesuai dengan masyarakat, agama dan budaya  Sesuai dengan objektif pengajaran  Sesuai dengan masa pengajaran  Mudah diguna dan dikendalikanDalam pengajaran kemahiran menulis, bahan-bahan rangsangan sepertigambar,petikan,rakaman audio (ceramah, ucapan, perbahasan, dan sebagainya),rakaman video,dan filem sangat sesuai dijadikan bahan pengajaran.EjaanImlak  Aktiviti menulis semula sesuatu petikan yang dibaca atau diperdengarkan  Murid perlu kuasai kemahiran membentuk huruf, mengeja, menggunakan tanda bacaan dan perbendaharaan kata  Petikan perlu sesuai dari segi panjang petikan, bahasa, kandungan, dan kosa kata  Pastikan tempat hentian bacaan  Petikan perlu dibaca dengan jelasCara-cara pengajaran Imlak  Berikan petikan teks dan minta murid baca  Guru memilih bahagian dalam teks untuk diimlakkan  Guru menyebut perkataan secara lisan atau rakaman dan murid menulis  Aspek yang dinilai seperti ketepatan ejaan, penggunaan perkataan,
  • 116. bentuk huruf dan tanda baca  Dilaksanakan selepas aktiviti lisan atau membacaKarangan
  • 117. Penilaian Pengajaran Kemahiran Menulis Tajuk 15  Mengenalpasti idea keseluruhan  Mengesan idea utama dan idea sokongan  Membuat ramalan/kesimpulanMenurut Kamarudin Husin (1997), aspek-aspek yang boleh dinilai dalam kemahiranmenulis adalah seperti berikut:  Penggunaan bahasa-aspek tatabahasa  Aspek mekanikal- pemerengganan, tanda baca, dan sebagainya  Ketepatan dan kesinambungan isi – kesesuaian dan huraian isi  Gaya penulisan-penggunaan ungkapan/kosa kata menarik  Kemahiran mengolah- menarik dan sesuai dengan pembaca sasaran.Aspek-aspek yang dinyatakan di atas boleh dilihat melalui aktiviti-aktiviti sepertimencatat nota,mengembangkan maklumat, mengisi borang. Menulis surat,menuliskarangan (pelbagai bentuk) dan menulis laporan.

×