SlideShare a Scribd company logo
1 of 44
Download to read offline
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DUNIA SENI VISUAL
TAHUN TIGA
2012
DRAF
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
DOKUMEN STANDARD
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
(KSSR)
DUNIA SENI VISUAL
TAHUN 3
MODUL TERAS TEMA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Cetakan Pertama 2012
© Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8,
Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
iii
K A N D U N G A N
MUKA SURAT
Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi
Pendahuluan 1
Matlamat 1
Objektif 2
Fokus mata pelajaran 3
Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran 5
Organisasi Kandungan 7
Standard Kandungan 7
Pemetaan Bidang Kegiatan Tahun 3 8
Menggambar 9
Membuat Corak dan Rekaan 17
Membentuk dan Membuat Binaan 23
Membuat Kraf Tradisional 29
iv
v
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-
cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu
cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang
adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin
satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
vi
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
1
PPEENNDDAAHHUULLUUAANN
Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahap I memberi peluang kepada murid memupuk daya imaginasi melalui seni visual
berasaskan budaya setempat dan persekitaran. Dokumen ini digubal untuk mewujudkan pembelajaran yang dapat mencetuskan
kreativiti dan keseronokan melalui aktiviti dalam bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan
dan mengenal kraf tradisional bersesuaian dengan kecenderungan mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
MMAATTLLAAMMAATT
Dunia Seni Visual bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, dan kreatif menerusi pemupukan bahasa seni visual.
Kandungan Dokumen Standard berupaya membantu perkembangan emosi murid, meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,
menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat, dan negara. Dokumen standard ini juga dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik seni dan
budaya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
2
OOBBJJEEKKTTIIFF
Setelah mengikuti Kurikulum Dunia Seni Visual Tahap I murid dapat:
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, dan menyeronokkan
3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah
3
5
FFOOKKUUSS MMAATTAA PPEELLAAJJAARRAANN
Tumpuan mata pelajaran ini merangkumi empat aspek utama iaitu:
a. pemerhatian secara aktif
b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
c. apresiasi seni visual secara mudah
d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
a. Pemerhatian secara aktif
Pemerhatian secara aktif adalah aspek perkembangan deria penglihatan, yang merangkumi pemerhatian keseluruhan, berfokus, dan terperinci
untuk menajamkan persepsi murid. Selain itu, aspek ini juga melibatkan pancaindera lain dalam membantu perkembangan emosi dan imaginasi
melalui kajian perbandingan. Faktor ini, dapat membantu pemahaman murid tentang asas seni visual dalam membuat pemerhatian terhadap
alam benda dan alam semula jadi secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Umumnya secara keseluruhan kegiatan ini akan dapat
membantu murid menyelaraskan idea, imaginasi, dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak.
b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan
bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan
serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya dengan
4
c. Apresiasi seni visual secara mudah
Apresiasi seni visual memberikan pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai
kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa-apa yang dilihat dari aspek
seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan,
dan puisi. Murid diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka.
d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
Selain diberikan pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek
yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai
kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan pelbagai situasi.
5
PPEENNTTAAKKSSIIRRAANN PPEENNGGAAJJAARRAANN DDAANN PPEEMMBBEELLAAJJAARRAANN
Penilaian dalam Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara
keseluruhan membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan afektif. Secara tidak
langsung, penilaian menitikberatkan fokus pada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu
membuat keputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang
dilaksanakan di peringkat sekolah.
Penilaian Seni Visual KSSR mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang
mempunyai akauntabiliti, dan penilaian yang adil.
Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya.
Penilaian yang fleksibel menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya
pembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya
untuk melaksanakan penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen, serta pelaksanaannya. Selain itu,
guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisis markah tersebut, serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang
berkaitan. Penilaian dalam Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Murid
dinilai dari segi pengetahuan mereka, cara mereka berfikir, dan kemampuan psikomotor mereka.
Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Seni Visual secara khususnya,iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, serta penulisan. Kaedah
pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat
kerja dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasaan kemahiran amali dan perkembangan bakat
murid. Selain itu, guru juga dapat menilai penguasaan kemahiran sosial, amalan murid, serta memerhati pelahiran emosi dan perasaan.
6
Tahap kreativiti murid juga dapat dikesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil
kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah
gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti, dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja. Kaedah lisan dan
interaksi dapat menolong guru menilai penguasaan murid terhadap aspek seni melalui aktiviti yang dijalankan. Contohnya soal jawab, kuiz,
perbincangan, sumbang saran, puisi, temu bual, bercerita, lakonan, dan nyanyian.
Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensel dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal
dengan instrumen yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk
atau tema Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan.
7
OO RR GG AA NN II SS AA SS II KK AA NN DD UU NN GG AA NN
Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan
membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat
standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni. Standard pembelajaran digubal dan
diperincikan bagi tujuan pengajaran berasaskan standard pembelajaran.
STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang
terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni.
STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI
Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan
media dan teknik dalam aktiviti seni.
STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF
Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai
sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni.
STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL
Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin
ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.
8
Aktiviti di Tahun 3 bagi kurikulum Dunia Seni Visual meliputi :
MODUL/BIDANG AKTIVITI
1. MENGGAMBAR
1. Lukisan
2. Catan
3. Kolaj
4. Montaj
2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Terancang
1. Capan
2. Lipatan dan Guntingan
Tidak Terancang
1. Renjisan dan Percikan
3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
1. Mobail
2. Boneka
3. Topeng
4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL
1. Anyaman
2. Alat Pertahanan Diri
3. Alat Perhiasan Diri
9
MENGGAMBAR
MODUL 1: LUKISAN
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan lukisan menggunakan media kering dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa seni
visual yang ada pada
lukisan
Murid dapat mengenal, memahami ,dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Bentuk - ilusi
1.1.1.2 Garisan - tebal dan nipis
1.1.1.3 Warna - primer dan sekunder
1.1.1.4 Ruang - ilusi
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan
1.1.2.2 Kepelbagaian – hal benda (subject matter )
1.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi bahasa seni
visual dan media dalam
penghasilan lukisan.
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik
dalam penghasilan lukisan.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat - tiada
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
10
1.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan lukisan.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses
dan teknik dalam penghasilan karya.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni
visual, sejarah seni dan
budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan tumpuan
pada aspek bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
11
MENGGAMBAR
MODUL 1 : CATAN
Tema: Alam Semula Jadi atau Alam Benda
Menghasilkan catan menggunakan media basah dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada pada
catan.
Murid dapat mengenal, memahami ,dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada catan.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Bentuk - ilusi
1.1.1.2 Warna - sekunder atau tertier atau gabungan kedua-dua warna
1.1.1.3 Ruang - ilusi
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan
1.1.2.2 Kepelbagaian - warna
1.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan catan.
Murid dapat memahami bahasa seni visual, media, proses dan teknik dalam penghasilan catan.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat - berus lukisan dan palet
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera
1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik - basah atas kering
12
1.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan catan.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses
dan teknik dalam penghasilan karya.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi media secara kreatif
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan tumpuan pada
aspek bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
13
MENGGAMBAR
MODUL 1: KOLAJ
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan gambar menggunakan teknik kolaj dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi
dan menggunakan
bahasa seni visual
yang ada pada kolaj.
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada kolaj.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Rupa - organik atau geometri atau gabungan rupa
1.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak
1.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau gabungan kedua-dua warna
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Kepelbagaian - bahan
1.1.2.2 Kontra - warna
1.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
kolaj.
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
menghasilkan gambar dengan teknik kolaj.
1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
1.2.1.1 Alat - gunting
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, gam, kertas warna, kertas majalah, dan bahan-bahan lain
yang sesuai.
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik - kolaj
14
1.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan kolaj.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses
dan teknik dalam penghasilan karya.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberi tumpuan pada
aspek bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
15
MENGGAMBAR
MODUL 1: MONTAJ
Tema: Objek Buatan Manusia atau Alam Semula Jadi
Menghasilkan gambar menggunakan teknik montaj dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD KANDUNGAN
1.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada montaj.
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada montaj.
1.1.1 Unsur seni
1.1.1.1 Bentuk - ilusi
1.1.1.2 Ruang - ilusi
1.1.2 Prinsip rekaan
1.1.2.1 Kepelbagaian – imej
1.1.2.2 Kesatuan - komposisi
1.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan kolaj.
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik
dalam penghasilan montaj.
1.2.1.1 Alat - gunting
1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, gam, majalah, dan surat khabar
1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya
1.2.2.1 Teknik - montaj
16
1.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan montaj.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses
dalam penghasilan karya.
1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
1.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
17
MENGGAMBAR
MODUL 1: CAPAN
Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan corak menggunakan teknik capan dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada corak teknik capan.
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik
capan.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Rupa - organik atau geometri atau gabungan rupa
2.1.1.2 Jalinan - tampak
2.1.1.3 Warna - primer dan sekunder
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Harmoni - warna dan rupa
2.1.2.2 Ritma dan pergerakan - susunan motif
2.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
corak teknik capan.
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan corak teknik capan.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat - berus lukisan, palet, tumbuh-tumbuhan, dan bahan kutipan yang sesuai
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera
18
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik - capan
2.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian
, dan teknologi dalam
dalam penghasilan corak
teknik capan.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses
dan teknik dalam penghasilan karya.
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
2.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
19
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
MODUL 2 : LIPATAN DAN GUNTINGAN
Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada corak teknik
lipatan dan guntingan.
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lipatan dan
guntingan.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Rupa - organik dan geometri
2.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Imbangan - simetri
2.1.2.2 Kontra - warna
2.1.2.3 Harmoni - rupa
2.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
corak teknik lipatan
dan guntingan.
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan corak lipatan dan guntingan.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Alat - gunting
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, kertas warna, majalah dan gam
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya
2.2.2.1 Teknik - lipatan dan guntingan
20
2.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan corak
teknik lipatan dan
guntingan.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan karya.
2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
2.4 ApresiasiSeni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
21
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
MODUL 2 : RENJISAN DAN PERCIKAN
Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan corak menggunakan teknik renjisan dan percikan dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada corak teknik
renjisan dan percikan.
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik
renjisan dan percikan.
2.1.1 Unsur seni
2.1.1.1 Jalinan - tampak
2.1.1.2 Warna - primer dan sekunder
2.1.2 Prinsip rekaan
2.1.2.1 Harmoni - warna dan jalinan
2.1.2.2 Kepelbagaian - warna
2.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
renjisan dan percikan.
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan corak teknik renjisan dan percikan.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media.
2.2.1.1 Alat - berus lukisan, palet, berus gigi, dan sikat
2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera
2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
22
2.2.2.1 Teknik - renjisan dan percikan
2.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan corak
teknik renjisan dan
percikan
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik
dalam penghasilan karya.
2.3.1 Memanipulasi bahan secara kreatif
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
2.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan
2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
23
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
MODUL 3 : MOBAIL
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan mobail dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada mobail.
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada mobail.
3.1.1 Unsur seni
3.1.1.1 Bentuk - konkrit
3.1.1.2 Ruang - nyata
3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan
3.1.2.2 Ritma dan pergerakan – susun atur pada mobail
3.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan mobail.
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan mobail.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
3.2.1.1 Alat - gunting
3.2.1.2 Bahan - gam, tali, benang, kad manila, kertas warna, dawai kasar, straw board dan bahan
lain yang sesuai.
3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
24
3.3 Ekspresi kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan mobail.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan karya.
3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
3.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap karya
sendiri dan rakan
berpandukan bahasa seni
visual, sejarah seni dan
budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
25
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
MODUL 3 : BONEKA
Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan boneka dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada boneka.
Membuat persepsi
dan menggunakan
bahasa seni visual
yang ada pada boneka.
3.1.1 Unsur seni
3.1.1.1 Bentuk - konkrit
3.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak
3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Imbangan - simetri
3.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
boneka.
Murid dapat mengetahui dan kefahaman bahasa seni visual, media,serta proses dan teknik dalam penghasilan
boneka.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
3.2.1.1 Alat - gunting
3.2.1.2 Bahan - span, gam, bahan kutipan, dan bahan lain yang sesuai
3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam proses penghasilan karya.
26
3.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan boneka.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik
dalam penghasilan karya.
3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang yang sesuai dalam penghasilan karya
3.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
3.4.1 Membuat persembahan boneka yang dihasilkan
3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
27
MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN
MODUL 3 :TOPENG
Tema: Alam Semula jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan topeng serkup dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada topeng.
Murid dapat mengenal, memahami,dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada topeng serkup.
3.1.1 Unsur seni
3.1.1.1 Bentuk - konkrit
3.1.1.2 Jalinan - tampak dan sentuh
3.1.1.3 Ruang - nyata
3.1.2 Prinsip rekaan
3.1.2.1 Imbangan - simetri
3.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
topeng.
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan
topeng serkup.
3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
3.2.1.1 Alat - gunting
3.2.1.2 Bahan - kertas yang sesuai atau kad manila, krayon, pensel warna , oil pastel, gam , dan
bahan hiasan yang sesuai
3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
28
3.3 Ekspresi kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan topeng
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik
dalam penghasilan karya.
3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
3.3.3 Mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
3.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
3.4.1 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
3.4.2 Melakonkan watak topeng yang dihasilkan
29
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
MODUL 4 : ANYAMAN
Tema : Alam Semula Jadi
Menghasilkan anyaman kelarai siku keluang dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada anyaman
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada anyaman kelarai
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Garisan - lurus
4.1.1.2 Rupa - geometri
4.1.1.3 Jalinan - tampak dan sentuh
4.1.1.4 Warna - primer atau sekunder atau gabungan kedua-dua warna
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Harmoni - kelarai
4.1.2.2 Kontra - warna
4.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
anyaman
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan anyaman kelarai dengan menggunakan bahan sebenar atau bahan gantian.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media
4.2.1.1 Alat - gunting
4.2.1.2 Bahan - mengkuang atau pandan atau kertas warna, dan gam
4.2.2 Memahami teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
30
4.2.2.1 Teknik - anyaman
4.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan anyaman.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan karya.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
4.3.3 Mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
4.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
31
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
MODUL 4 : ALAT PERTAHANAN DIRI
Tema: Objek Buatan Manusia
Menghasilkan model alat pertahanan diri dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada model alat
pertahanan diri.
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada model alat
pertahanan diri.
4.1.1 Unsur seni
4.1.1.1 Bentuk - konkrit
4.1.1.2 Warna - tertier dan neutral
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Imbangan - tidak simetri
4.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan
model alat pertahanan
diri.
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam
penghasilan karya.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media
4.2.1.1 Alat - gunting
4.2.1.2 Bahan - kad atau kertas tebal, cat poster, oil pastel, gam, dan bahan hiasan yang
sesuai
4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
32
4.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan model alat
pertahanan diri.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan karya
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
4.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
33
MENGENAL KRAF TRADISIONAL
MODUL 4 : ALAT PERHIASAN DIRI
Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia
Menghasilkan rantai leher dengan menekankan bahasa seni visual.
Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif.
Membuat apresiasi terhadap karya.
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
4.1 Persepsi Estetik
Membuat persepsi dan
menggunakan bahasa
seni visual yang ada
pada alat perhiasan diri.
Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada karya.
4.1.1 Unsur seni.
4.1.1.1 Jalinan - tampak dan sentuh
4.1.1.2 Ruang - nyata
4.1.1.3 Bentuk - konkrit
4.1.2 Prinsip rekaan
4.1.2.1 Harmoni - warna
4.1.2.3 Ritma dan pergerakan - susunan manik
4.2 Aplikasi Seni
Mengaplikasi bahasa
seni visual dan media
dalam penghasilan alat
perhiasan diri
Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam
penghasilan karya.
4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
4.2.1.1 Alat - gunting
4.2.1.2 Bahan - benang, kertas warna, kertas majalah, bahan hiasan yang sesuai dan gam
4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
34
4.3 Ekspresi Kreatif
Penzahiran idea melalui
pelbagai sumber, kajian,
dan teknologi dalam
penghasilan perhiasan
diri.
Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan
teknik dalam penghasilan karya.
4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif
4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
4.4 Apresiasi Seni
Apresiasi terhadap
karya sendiri dan rakan
berpandukan bahasa
seni visual, sejarah
seni dan budaya.
Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.
4.4.1 Mempamerkan atau memperagakan hasil karya sendiri
4.4.2 Menceritakan fungsi alat perhiasan diri yang telah dihasilkan
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Terbitan:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Aras 4-8, Blok E9
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917
http://www.moe.gov.my/bpk

More Related Content

What's hot

Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1celestie
 
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5Safiah Sulaiman
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Cikgu Hayati
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Ctie Zahari
 
Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Ctie Zahari
 
DSKP Pendidikan Muzik Tahun 5
DSKP Pendidikan Muzik  Tahun 5DSKP Pendidikan Muzik  Tahun 5
DSKP Pendidikan Muzik Tahun 5Safiah Sulaiman
 
Dskp pendidikan seni visual tahun 5
Dskp pendidikan seni visual tahun 5Dskp pendidikan seni visual tahun 5
Dskp pendidikan seni visual tahun 5sitinourcheah
 
125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psvCik Lieya
 

What's hot (10)

Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1Panduan pengajaran seni visual tahun 1
Panduan pengajaran seni visual tahun 1
 
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
DSKP Pendidikan Seni Visual Tahun 5
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
 
Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4
 
DSKP Pendidikan Muzik Tahun 5
DSKP Pendidikan Muzik  Tahun 5DSKP Pendidikan Muzik  Tahun 5
DSKP Pendidikan Muzik Tahun 5
 
Dskp pendidikan seni visual tahun 5
Dskp pendidikan seni visual tahun 5Dskp pendidikan seni visual tahun 5
Dskp pendidikan seni visual tahun 5
 
125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv125050578 assignment-psv
125050578 assignment-psv
 
Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4
 
DSKP PSV TAHUN 6
DSKP PSV TAHUN 6DSKP PSV TAHUN 6
DSKP PSV TAHUN 6
 

Similar to Dokumen standard dunia seni visual tahun 3

Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Kickstory
 
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Nor Amalina
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2JJ Antibiotic
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Saifatul Nurul Zaima
 
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Watie Razali
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Azzam Yusof
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Farah Husna Tajuddin
 
Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Kim44444
 
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+31b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3Mashitah Shaari
 
Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1linakhairi
 
Draf dskp psv tahun 4 (1)
Draf dskp psv tahun 4 (1)Draf dskp psv tahun 4 (1)
Draf dskp psv tahun 4 (1)Zaleha Md Saad
 
Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Sab Affendi
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Ctie Zahari
 
11 slot 4 draf dskp psv tahun 4
11 slot 4 draf dskp psv tahun 411 slot 4 draf dskp psv tahun 4
11 slot 4 draf dskp psv tahun 4Siti Hajar Hussin
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Ctie Zahari
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Ctie Zahari
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Ctie Zahari
 
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01NUr Lina
 
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1Noor Afifah Azizan
 

Similar to Dokumen standard dunia seni visual tahun 3 (20)

Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
Dokumen standard dunia seni visual tahun 3
 
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)Ds dunia seni visual thn 2 (2)
Ds dunia seni visual thn 2 (2)
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
Panduan pengajaran dunia seni visual thn 2
 
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3 Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
Panduanpengajaranduniasenivisualtahun3
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
Panduan pengajaran dunia seni visual tahun 3
 
Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1Ds dunia seni visual thn 1
Ds dunia seni visual thn 1
 
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+31b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
1b.panduan+pengajaran+dunia+seni+visual+tahun+3
 
Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1Dunia seni visual tahun 1
Dunia seni visual tahun 1
 
Draf dskp psv tahun 4 (1)
Draf dskp psv tahun 4 (1)Draf dskp psv tahun 4 (1)
Draf dskp psv tahun 4 (1)
 
Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4Dskp psv tahun 4
Dskp psv tahun 4
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
 
11 slot 4 draf dskp psv tahun 4
11 slot 4 draf dskp psv tahun 411 slot 4 draf dskp psv tahun 4
11 slot 4 draf dskp psv tahun 4
 
Draf dskp psv tahun empat 05 ogos 2013
Draf dskp psv tahun empat   05 ogos 2013Draf dskp psv tahun empat   05 ogos 2013
Draf dskp psv tahun empat 05 ogos 2013
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
 
Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4Draf dskp psv tahun 4
Draf dskp psv tahun 4
 
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
Panduanpengajaransenivisualtahun1 120514063309-phpapp01
 
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
Panduan Pengajaran Dunia Seni Visual Tahun 1
 

Recently uploaded

Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdfProgram Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdfrizalrulloh1992
 
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptxPPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptxRestiana8
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf2210130220024
 
Tanqihul Qoul Bab 14 - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
Tanqihul Qoul Bab 14  - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptxTanqihul Qoul Bab 14  - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
Tanqihul Qoul Bab 14 - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptxMMuminSholih
 
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptxanisakhairoza
 
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxSasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxFidelaNiam
 
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxMATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxSuarniSuarni5
 
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfMakna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfAdindaRizkiThalia
 
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas Xyova9dspensa
 
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daMenyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daWijaya Kusumah
 
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfDOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfssuserb45274
 
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahmateri pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahkrisdanarahmatullah7
 
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docxKISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docxrulimustiyawan37
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxYusufAmirudin3
 
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKcontoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKTaufik241763
 
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptxPaparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptxagunk4
 
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptxDinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptxFritzPieterMichaelNa
 
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUTeric214073
 
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smpmateri PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smpAanSutrisno
 

Recently uploaded (20)

DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptxDEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
 
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdfProgram Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
Program Roots Indonesia - Aksi Nyata.pdf
 
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptxPPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
 
Tanqihul Qoul Bab 14 - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
Tanqihul Qoul Bab 14  - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptxTanqihul Qoul Bab 14  - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
Tanqihul Qoul Bab 14 - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
 
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
 
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxSasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
 
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxMATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
 
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdfMakna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
Makna, hukum, hikmah dan keutamaan puasa.pdf
 
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
 
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daMenyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
 
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdfDOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
DOKUMEN PENJAJARAN_KSSR MATEMATIK TAHAP 1_EDISI 3.pdf
 
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahmateri pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
 
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docxKISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
 
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKcontoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
 
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptxPaparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
Paparan Model Kompetensi Kepala Sekolah.pptx
 
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptxDinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
Dinamika atmosfer dan Dampaknya terhadap kehidupan.pptx
 
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
1.-Materi-Prof.-Bambang-1.ppt PENYEBAB GAGAL GINJAL AKUT
 
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smpmateri PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
materi PPT tentang cerita inspiratif kelas 9 smp
 

Dokumen standard dunia seni visual tahun 3

  • 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA SENI VISUAL TAHUN TIGA 2012 DRAF
  • 3. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) DUNIA SENI VISUAL TAHUN 3 MODUL TERAS TEMA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
  • 4. Cetakan Pertama 2012 © Kementerian Pelajaran Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 5. iii K A N D U N G A N MUKA SURAT Rukun Negara v Falsafah Pendidikan Kebangsaan vi Pendahuluan 1 Matlamat 1 Objektif 2 Fokus mata pelajaran 3 Pentaksiran Pengajaran dan Pembelajaran 5 Organisasi Kandungan 7 Standard Kandungan 7 Pemetaan Bidang Kegiatan Tahun 3 8 Menggambar 9 Membuat Corak dan Rekaan 17 Membentuk dan Membuat Binaan 23 Membuat Kraf Tradisional 29
  • 6. iv
  • 7. v RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita- cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 8. vi Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 9. 1 PPEENNDDAAHHUULLUUAANN Dokumen Standard Dunia Seni Visual Tahap I memberi peluang kepada murid memupuk daya imaginasi melalui seni visual berasaskan budaya setempat dan persekitaran. Dokumen ini digubal untuk mewujudkan pembelajaran yang dapat mencetuskan kreativiti dan keseronokan melalui aktiviti dalam bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan mengenal kraf tradisional bersesuaian dengan kecenderungan mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. MMAATTLLAAMMAATT Dunia Seni Visual bermatlamat untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, dan kreatif menerusi pemupukan bahasa seni visual. Kandungan Dokumen Standard berupaya membantu perkembangan emosi murid, meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa, serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara. Dokumen standard ini juga dapat membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik seni dan budaya selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 10. 2 OOBBJJEEKKTTIIFF Setelah mengikuti Kurikulum Dunia Seni Visual Tahap I murid dapat: 1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan 2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif, dan menyeronokkan 3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera 4. mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya 5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual 6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat, dan selamat 7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disipilin diri, dan bertanggungjawab 8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air 9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual 10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan yang berfaedah
  • 11. 3 5 FFOOKKUUSS MMAATTAA PPEELLAAJJAARRAANN Tumpuan mata pelajaran ini merangkumi empat aspek utama iaitu: a. pemerhatian secara aktif b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan c. apresiasi seni visual secara mudah d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan a. Pemerhatian secara aktif Pemerhatian secara aktif adalah aspek perkembangan deria penglihatan, yang merangkumi pemerhatian keseluruhan, berfokus, dan terperinci untuk menajamkan persepsi murid. Selain itu, aspek ini juga melibatkan pancaindera lain dalam membantu perkembangan emosi dan imaginasi melalui kajian perbandingan. Faktor ini, dapat membantu pemahaman murid tentang asas seni visual dalam membuat pemerhatian terhadap alam benda dan alam semula jadi secara konkrit bagi mendapatkan imej mental. Umumnya secara keseluruhan kegiatan ini akan dapat membantu murid menyelaraskan idea, imaginasi, dan alam fantasinya ke arah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. b. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan Peringkat ini menggalakkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan. Proses ini akan memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Semasa berinteraksi dengan alat dan bahan, murid membuat interpretasi, dan menyelaras konsepsi visualnya dengan
  • 12. 4 c. Apresiasi seni visual secara mudah Apresiasi seni visual memberikan pengalaman kepada murid mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa-apa yang dilihat dari aspek seni melalui hasil kerja. Pernyataan tentang hasil kerja pula boleh dibuat dalam pelbagai cara seperti lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan, dan puisi. Murid diperkenalkan kepada tokoh-tokoh seni dan menghargai sumbangan mereka. d. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan Selain diberikan pengalaman membuat apresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk nilai menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam sekitar, nilai patriotisme, nilai kebersihan, dan kepekaan. Dengan ini murid akan dapat membuat pertimbangan yang sewajarnya apabila berhadapan dengan pelbagai situasi.
  • 13. 5 PPEENNTTAAKKSSIIRRAANN PPEENNGGAAJJAARRAANN DDAANN PPEEMMBBEELLAAJJAARRAANN Penilaian dalam Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid menggabungkan kefahaman mereka kepada aspek kognitif, psikomotor, dan afektif. Secara tidak langsung, penilaian menitikberatkan fokus pada perbuatan murid yang mencungkil kemahiran berfikir serta melahirkan murid yang mampu membuat keputusan. Keberkesanan program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang dilaksanakan di peringkat sekolah. Penilaian Seni Visual KSSR mempunyai empat unsur iaitu penilaian berasaskan sekolah, penilaian yang fleksibel, penilaian yang mempunyai akauntabiliti, dan penilaian yang adil. Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan dikendalikan secara berterusan dari segi pembinaan alat penilaian dan pentadbirannya. Penilaian yang fleksibel menitikberatkan penilaian yang mengambil kira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi gaya pembelajaran dan kecerdasan murid. Penilaian boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan. Guru bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaksanakan penilaian yang mempunyai akauntabiliti seperti perancangan, penentuan instrumen, serta pelaksanaannya. Selain itu, guru juga harus merekod pencapaian murid, menganalisis markah tersebut, serta membuat laporan untuk membuat tindakan susulan yang berkaitan. Penilaian dalam Seni Visual bersifat adil kerana cara, bentuk, dan kandungannya harus mengikut keadaan dan ciri murid. Murid dinilai dari segi pengetahuan mereka, cara mereka berfikir, dan kemampuan psikomotor mereka. Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Seni Visual secara khususnya,iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi, serta penulisan. Kaedah pemerhatian melibatkan pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja dikenali sebagai pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasaan kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain itu, guru juga dapat menilai penguasaan kemahiran sosial, amalan murid, serta memerhati pelahiran emosi dan perasaan.
  • 14. 6 Tahap kreativiti murid juga dapat dikesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan melihat kriteria-kriteria tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian. Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti, dan kemasan. Ini dikenali sebagai pemerhatian hasil kerja. Kaedah lisan dan interaksi dapat menolong guru menilai penguasaan murid terhadap aspek seni melalui aktiviti yang dijalankan. Contohnya soal jawab, kuiz, perbincangan, sumbang saran, puisi, temu bual, bercerita, lakonan, dan nyanyian. Kaedah penilaian secara penulisan pula berbentuk ujian pensel dan kertas. Penilaian ini boleh ditadbirkan secara formal dan tidak formal dengan instrumen yang berbentuk objektif dan subjektif. Tugasan dan portfolio yang diberikan selepas pengajaran satu atau sebilangan tajuk atau tema Seni Visual adalah satu kaedah penilaian secara penulisan.
  • 15. 7 OO RR GG AA NN II SS AA SS II KK AA NN DD UU NN GG AA NN Kurikulum Seni Visual untuk sekolah rendah mengandungi empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Organisasi kandungan dalam empat bidang tersebut disusun berasaskan kepada empat standard kandungan iaitu persepsi estetik, aplikasi seni, ekspresi kreatif, dan apresiasi seni. Standard pembelajaran digubal dan diperincikan bagi tujuan pengajaran berasaskan standard pembelajaran. STANDARD KANDUNGAN 1 : PERSEPSI ESTETIK Standard kandungan ini membolehkan murid membuat persepsi dan memahami bahasa seni visual (unsur seni dan prinsip rekaan) yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni. STANDARD KANDUNGAN 2 : APLIKASI SENI Standard kandungan ini membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman, dan bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti seni. STANDARD KANDUNGAN 3 : EKSPRESI KREATIF Standard kandungan ini mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan karya seni. STANDARD KANDUNGAN 4 : APRESIASI SENI VISUAL Standard kandungan ini membolehkan murid membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya. Murid juga boleh membuat penghayatan dan penghargaan seni warisan serta hubung kait seni visual dengan disiplin ilmu yang lain, kehidupan, dan kerjaya.
  • 16. 8 Aktiviti di Tahun 3 bagi kurikulum Dunia Seni Visual meliputi : MODUL/BIDANG AKTIVITI 1. MENGGAMBAR 1. Lukisan 2. Catan 3. Kolaj 4. Montaj 2. MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Terancang 1. Capan 2. Lipatan dan Guntingan Tidak Terancang 1. Renjisan dan Percikan 3. MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN 1. Mobail 2. Boneka 3. Topeng 4. MENGENAL KRAF TRADISIONAL 1. Anyaman 2. Alat Pertahanan Diri 3. Alat Perhiasan Diri
  • 17. 9 MENGGAMBAR MODUL 1: LUKISAN Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan lukisan menggunakan media kering dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan Murid dapat mengenal, memahami ,dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lukisan. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Bentuk - ilusi 1.1.1.2 Garisan - tebal dan nipis 1.1.1.3 Warna - primer dan sekunder 1.1.1.4 Ruang - ilusi 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan 1.1.2.2 Kepelbagaian – hal benda (subject matter ) 1.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan lukisan. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan lukisan. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat - tiada 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan pensel warna atau oil pastel 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
  • 18. 10 1.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan lukisan. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 1.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan tumpuan pada aspek bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 19. 11 MENGGAMBAR MODUL 1 : CATAN Tema: Alam Semula Jadi atau Alam Benda Menghasilkan catan menggunakan media basah dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada catan. Murid dapat mengenal, memahami ,dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada catan. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Bentuk - ilusi 1.1.1.2 Warna - sekunder atau tertier atau gabungan kedua-dua warna 1.1.1.3 Ruang - ilusi 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan 1.1.2.2 Kepelbagaian - warna 1.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan catan. Murid dapat memahami bahasa seni visual, media, proses dan teknik dalam penghasilan catan. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat - berus lukisan dan palet 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera 1.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik - basah atas kering
  • 20. 12 1.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan catan. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi media secara kreatif 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 1.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan tumpuan pada aspek bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 21. 13 MENGGAMBAR MODUL 1: KOLAJ Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan gambar menggunakan teknik kolaj dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 1.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada kolaj. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada kolaj. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Rupa - organik atau geometri atau gabungan rupa 1.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak 1.1.1.3 Warna - primer atau sekunder atau gabungan kedua-dua warna 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Kepelbagaian - bahan 1.1.2.2 Kontra - warna 1.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan kolaj. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam menghasilkan gambar dengan teknik kolaj. 1.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 1.2.1.1 Alat - gunting 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, gam, kertas warna, kertas majalah, dan bahan-bahan lain yang sesuai. 1.2.2 Mengetahui penggunaan media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik - kolaj
  • 22. 14 1.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan kolaj. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 1.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberi tumpuan pada aspek bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 23. 15 MENGGAMBAR MODUL 1: MONTAJ Tema: Objek Buatan Manusia atau Alam Semula Jadi Menghasilkan gambar menggunakan teknik montaj dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD KANDUNGAN 1.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada montaj. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada montaj. 1.1.1 Unsur seni 1.1.1.1 Bentuk - ilusi 1.1.1.2 Ruang - ilusi 1.1.2 Prinsip rekaan 1.1.2.1 Kepelbagaian – imej 1.1.2.2 Kesatuan - komposisi 1.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan kolaj. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan montaj. 1.2.1.1 Alat - gunting 1.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, gam, majalah, dan surat khabar 1.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik, dan proses dalam penghasilan karya 1.2.2.1 Teknik - montaj
  • 24. 16 1.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan montaj. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dalam penghasilan karya. 1.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 1.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 1.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 1.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 1.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 1.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 25. 17 MENGGAMBAR MODUL 1: CAPAN Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan corak menggunakan teknik capan dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik capan. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik capan. 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 Rupa - organik atau geometri atau gabungan rupa 2.1.1.2 Jalinan - tampak 2.1.1.3 Warna - primer dan sekunder 2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Harmoni - warna dan rupa 2.1.2.2 Ritma dan pergerakan - susunan motif 2.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan corak teknik capan. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik capan. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 2.2.1.1 Alat - berus lukisan, palet, tumbuh-tumbuhan, dan bahan kutipan yang sesuai 2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera
  • 26. 18 2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 2.2.2.1 Teknik - capan 2.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian , dan teknologi dalam dalam penghasilan corak teknik capan. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 2.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 27. 19 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN MODUL 2 : LIPATAN DAN GUNTINGAN Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan corak menggunakan teknik lipatan dan guntingan dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik lipatan dan guntingan. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada lipatan dan guntingan. 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 Rupa - organik dan geometri 2.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak 2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Imbangan - simetri 2.1.2.2 Kontra - warna 2.1.2.3 Harmoni - rupa 2.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan corak teknik lipatan dan guntingan. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak lipatan dan guntingan. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 2.2.1.1 Alat - gunting 2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan, kertas warna, majalah dan gam 2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta teknik dan proses dalam penghasilan karya 2.2.2.1 Teknik - lipatan dan guntingan
  • 28. 20 2.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak teknik lipatan dan guntingan. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 2.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 2.4 ApresiasiSeni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 29. 21 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN MODUL 2 : RENJISAN DAN PERCIKAN Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan corak menggunakan teknik renjisan dan percikan dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 2.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik renjisan dan percikan. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada corak teknik renjisan dan percikan. 2.1.1 Unsur seni 2.1.1.1 Jalinan - tampak 2.1.1.2 Warna - primer dan sekunder 2.1.2 Prinsip rekaan 2.1.2.1 Harmoni - warna dan jalinan 2.1.2.2 Kepelbagaian - warna 2.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan renjisan dan percikan. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik renjisan dan percikan. 2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media. 2.2.1.1 Alat - berus lukisan, palet, berus gigi, dan sikat 2.2.1.2 Bahan - kertas lukisan dan cat air atau cat poster atau cat tempera 2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
  • 30. 22 2.2.2.1 Teknik - renjisan dan percikan 2.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan corak teknik renjisan dan percikan Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 2.3.1 Memanipulasi bahan secara kreatif 2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 2.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 2.4.1 Mempamerkan hasil karya yang dihasilkan 2.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 31. 23 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN MODUL 3 : MOBAIL Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan mobail dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada mobail. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada mobail. 3.1.1 Unsur seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Ruang - nyata 3.1.2 Prinsip rekaan 3.1.2.1 Imbangan - simetri atau tidak simetri atau gabungan imbangan 3.1.2.2 Ritma dan pergerakan – susun atur pada mobail 3.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan mobail. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan mobail. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 3.2.1.1 Alat - gunting 3.2.1.2 Bahan - gam, tali, benang, kad manila, kertas warna, dawai kasar, straw board dan bahan lain yang sesuai. 3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
  • 32. 24 3.3 Ekspresi kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan mobail. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 3.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 3.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 33. 25 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN MODUL 3 : BONEKA Tema: Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan boneka dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 3.1 Persepsi Estetik Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada boneka. Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada boneka. 3.1.1 Unsur seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Jalinan - sentuh dan tampak 3.1.2 Prinsip rekaan 3.1.2.1 Imbangan - simetri 3.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan boneka. Murid dapat mengetahui dan kefahaman bahasa seni visual, media,serta proses dan teknik dalam penghasilan boneka. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 3.2.1.1 Alat - gunting 3.2.1.2 Bahan - span, gam, bahan kutipan, dan bahan lain yang sesuai 3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam proses penghasilan karya.
  • 34. 26 3.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan boneka. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 3.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang yang sesuai dalam penghasilan karya 3.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 3.4.1 Membuat persembahan boneka yang dihasilkan 3.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 35. 27 MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN MODUL 3 :TOPENG Tema: Alam Semula jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan topeng serkup dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada topeng. Murid dapat mengenal, memahami,dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada topeng serkup. 3.1.1 Unsur seni 3.1.1.1 Bentuk - konkrit 3.1.1.2 Jalinan - tampak dan sentuh 3.1.1.3 Ruang - nyata 3.1.2 Prinsip rekaan 3.1.2.1 Imbangan - simetri 3.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan topeng. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan topeng serkup. 3.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 3.2.1.1 Alat - gunting 3.2.1.2 Bahan - kertas yang sesuai atau kad manila, krayon, pensel warna , oil pastel, gam , dan bahan hiasan yang sesuai 3.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya
  • 36. 28 3.3 Ekspresi kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan topeng Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 3.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 3.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 3.3.3 Mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 3.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 3.4.1 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan 3.4.2 Melakonkan watak topeng yang dihasilkan
  • 37. 29 MENGENAL KRAF TRADISIONAL MODUL 4 : ANYAMAN Tema : Alam Semula Jadi Menghasilkan anyaman kelarai siku keluang dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada anyaman Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada anyaman kelarai 4.1.1 Unsur seni 4.1.1.1 Garisan - lurus 4.1.1.2 Rupa - geometri 4.1.1.3 Jalinan - tampak dan sentuh 4.1.1.4 Warna - primer atau sekunder atau gabungan kedua-dua warna 4.1.2 Prinsip rekaan 4.1.2.1 Harmoni - kelarai 4.1.2.2 Kontra - warna 4.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan anyaman Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan anyaman kelarai dengan menggunakan bahan sebenar atau bahan gantian. 4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media 4.2.1.1 Alat - gunting 4.2.1.2 Bahan - mengkuang atau pandan atau kertas warna, dan gam 4.2.2 Memahami teknik yang sesuai dalam penghasilan karya
  • 38. 30 4.2.2.1 Teknik - anyaman 4.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan anyaman. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 4.3.3 Mengaplikasi proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 4.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 39. 31 MENGENAL KRAF TRADISIONAL MODUL 4 : ALAT PERTAHANAN DIRI Tema: Objek Buatan Manusia Menghasilkan model alat pertahanan diri dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada model alat pertahanan diri. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada model alat pertahanan diri. 4.1.1 Unsur seni 4.1.1.1 Bentuk - konkrit 4.1.1.2 Warna - tertier dan neutral 4.1.2 Prinsip rekaan 4.1.2.1 Imbangan - tidak simetri 4.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan model alat pertahanan diri. Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis media 4.2.1.1 Alat - gunting 4.2.1.2 Bahan - kad atau kertas tebal, cat poster, oil pastel, gam, dan bahan hiasan yang sesuai 4.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
  • 40. 32 4.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan model alat pertahanan diri. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya 4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 4.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 4.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan 4.4.2 Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan
  • 41. 33 MENGENAL KRAF TRADISIONAL MODUL 4 : ALAT PERHIASAN DIRI Tema : Alam Semula Jadi atau Objek Buatan Manusia Menghasilkan rantai leher dengan menekankan bahasa seni visual. Mengaplikasikan media serta proses dan teknik secara kreatif. Membuat apresiasi terhadap karya. STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Persepsi Estetik Membuat persepsi dan menggunakan bahasa seni visual yang ada pada alat perhiasan diri. Murid dapat mengenal, memahami, dan menyatakan bahasa seni visual yang ada pada karya. 4.1.1 Unsur seni. 4.1.1.1 Jalinan - tampak dan sentuh 4.1.1.2 Ruang - nyata 4.1.1.3 Bentuk - konkrit 4.1.2 Prinsip rekaan 4.1.2.1 Harmoni - warna 4.1.2.3 Ritma dan pergerakan - susunan manik 4.2 Aplikasi Seni Mengaplikasi bahasa seni visual dan media dalam penghasilan alat perhiasan diri Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 4.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media 4.2.1.1 Alat - gunting 4.2.1.2 Bahan - benang, kertas warna, kertas majalah, bahan hiasan yang sesuai dan gam 4.2.2 Mengetahui penggunaan bahan, serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.
  • 42. 34 4.3 Ekspresi Kreatif Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam penghasilan perhiasan diri. Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya. 4.3.1 Memilih dan memanipulasi bahan secara kreatif 4.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya 4.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan karya 4.4 Apresiasi Seni Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni dan budaya. Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. 4.4.1 Mempamerkan atau memperagakan hasil karya sendiri 4.4.2 Menceritakan fungsi alat perhiasan diri yang telah dihasilkan
  • 44. Terbitan: BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Aras 4-8, Blok E9 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA Tel: 03-8884 2000 Faks: 03-8888 9917 http://www.moe.gov.my/bpk