Minit mesyuarat pai 2012

4,189 views

Published on

SK TONGKALLOH SEMPORNA SABAH

Published in: Education
3 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
4,189
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
151
Comments
3
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Minit mesyuarat pai 2012

  1. 1. SEKOLAH KEBANGSAAN TONGKALLOHPETI SURAT 367,91309 SEMPORNA, SABAHTEL : 089-786 206 XBA 3337Ruj.Tuan :Ruj.Kami : SKTS/XBA3337/PPI/ ( 01 )Tarikh : 04hb Januari 2013MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAMSIRI I / 2013Tarikh : 23hb. Februari 2012Hari : KhamisMasa : 10.20 pagiTempat : Bilik GuruAgenda Mesyuarat:-1.1. Ucapan Pengerusi.1.2. Pembubaran AJK Panitia Pendidikan Islam Sesi 20111.3. Pembentukan AJK Panitia Pendidikan Islam Sesi 20121.4. Membincangkan Aktiviti/Program panitia bagi tahun 20121.5. Hal-Hal Lain.Kehadiran :1. En. Mohd Salleh b. Haji Osman - Penolong Kanan kurikulum2. Ustaz Mohd Khoudrey b. Abd. Hamid - GPI3. Ustazah Nor Hafizah bt.Hassan - JQAF4. Ustaz Mohammad Firdaus b. Mad Isa - JQAFTidak Hadir :1. Ustazah Sorhani bt. Abdullah (cuti bersalin)
  2. 2. 1.1 - Ucapan Pengerusi ( Penolong Kanan Kurikulum – En Mohd Salleh bin Haji Osman )- Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan kata-kata aluan kepadasemua sidang yang hadir. Beliau memaklumkan bahawa mesyuarat kali ini adalah menjuruskepada pembentukan AJK baru serta perancangan aktiviti dan program bagi tahun 2012. Di akhirucapan, beliau menyeru semua sidang yang hadir memberi idea dan pandangan yang bernasuntuk dikongsi bersama sepanjang mesyuarat ini dijalankan.1.2.1. - Pembubaran AJK Panitia Pendidikan Islam Sesi 20111.2.2. Pengerusi dengan rasminya membubarkan AJK Panitia Pendidikan Islam sesi 2011.1.3.1 - Pembentukan AJK Panitia Pendidikan Islam Sesi 20121.3.2. Pengerusi memaklumkan kepada sidang tentang pembentukan AJK Panitia PendidikanIslam yang baru bagi sesi 2012.1.3.3. Setelah perbincangan dilakukan, sidang bersetuju melantik Ustazah Sorhani bt Abdullahsebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam berdasarkan ketetapan Mesyuarat Pengurusan Sekolah2012. Bagi sesi 2012 Ustaz Mohammed Khudrey abd Hamid dilantik sebagai Setiausaha, UstazMohammad Firdaus b. Mad Isa sebagai Timbalan Setiausaha panitia manakala UstazahNorhafizah bt Hasan dilantik sebagai Bendahari Panitia.3.4.1 Berikut merupakan senarai AJK yang telah dipersetujui bersama.PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SESI 2012Pengerusi : Abdul Hasad bin Madisa (Guru Besar)Naib Pengerusi : Mohd Salleh bin Haji Osman (GPK 1)Ketua Panitia : Ustazah Sorhani bt AbdullahSetiausaha : Ustaz Mohammed Khudrey abd HamidTim. Setiausaha: Ustaz Mohammad Firdaus b. Mad IsaBendahari : Ustazah Norhafizah bt Hasan3.5 - Membincangkan Aktiviti/Program bagi tahun 20123.5.1 Pengerusi menyeru kepada sidang supaya dapat memberi cadangan yang bernas untukdikongsi bersama dalam membincangkan aktiviti atau program anjuran Panitia Pendidikan Islamuntuk dilaksanakan pada tahun ini.3.5.2 Ustazah Norhafizah bt Hasan mencadangkan supaya aktiviti-aktiviti lebih difokuskankepada murid dan warga sekolah agar penerapan mengenai pengetahuan agama dapatdikembangkan di peringkat sekolah.3.5.3 Menurut Pengerusi, semua program/aktiviti yang terdapat dalam takwim panitia mahupuntakwim sekolah perlu dilaksanakan terlebih dahulu bagi melihat sejauh mana keberkesananperjalanan panitia ini. Walau bagaimanapun, memandangkan program/aktiviti ini turut melibatkan
  3. 3. semua kakitangan yang lain, maka ianya perlu dicadang dan dipanjangkan terlebih dahulu kepadatuan Guru Besar atau kepada Penolong Kanan Kurikulum.Tindakan : Ketua Panitia3.5.4 Ustaz Mohammad Firdaus b. Mad Isa memberi pandangan bahawa selain program/aktivitiyang terdapat dalam takwim panitia juga perlu memandang dan mencadangkan aktiviti tambahanyang bersesuaian dari semasa ke semasa.3.5.6 Pengerusi mencadangkan supaya aktiviti menghasilkan BBM (bahan bantu mengajar)dijalankan bersama-sama di kalangan ahli panitia. Ini dapat membantu ke arah P&P yang lebihberkesan sekaligus dapat menjimatkan kos berbanding BBM yang dibeli terus dari kedai.3.5.7 Sidang bersetuju supaya bacaan doa selepas rehat dijadikan sebagai aktiviti harian iaitusebelum murid-murid masuk ke kelas setiap kali selesai waktu rehat.3.5.8 Ustaz Mohammed Khudrey abd Hamid menyatakan keperluan PA Sistem sekolah yangkemaskini agar aktiviti bacaan doa dapat dijalankan seperti sebelum ini.Tindakan : Makluman3.5.9 Ustaz Mohammed Khudrey abd Hamid juga mencadangkan supaya Minggu PendidikanIslam dilaksanakan seperti yang tercatat pada Takwim Tahunan Sekolah. Beliau mencadangkansupaya subjek-subjek teras yang lain turut dilibatkan dalam minggu ini. Beliau juga menyatakanpendapat bahawa sidang tidak perlu merancang terlalu banyak aktivti, biarpun aktivti yangdirancang itu sedikit, tetapi yang penting pengisiannya mantap dan memberi manfaat kepadagolongan sasar.Tindakan : Ahli Panitia3.6 - Hal-hal Lain3.6.1 Pengerusi mengharapkan agar semua aktiviti yang dibincangkan pada mesyuarat ini dapatdilaksanakan dan dicapai mengikut objektif yang disasarkan. Menurut beliau, bajet jugamemainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesebuah aktiviti. Tanpa bajet yangmencukupi, segala aktiviti yang dirancang agak sukar untuk dilaksanakan dengan jayanya.Tindakan : Makluman
  4. 4. Penutup- Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada sidang yang hadir. Harapan beliauagar guru-guru dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas yang diamanahkansupaya segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.*** Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi.Sekian,terima kasih.“TERUS MENABUR BAKTI ”Pencatat Minit, Disemak oleh,……………………………………..…………. .....…………………….………………..( MOHAMMED KHUDREY ABD HAMID ) ( EN. MOHD SALLEH BIN OSMAN )Setiausaha Panitia PAI, Penolong Kanan Kurikulum,SK Tongkalloh, SK Tongkalloh,Semporna, SABAH Semporna, SABAH.Disahkan oleh,…………………………………………...( EN. ABDUL HASAD BIN MADISA )Guru Besar,SK Tongkalloh,Semporna, SABAHs.k -Fail

×