Assignment edu 2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Assignment edu 2

on

  • 2,231 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,231
Views on SlideShare
2,231
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
129
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Assignment edu 2 Assignment edu 2 Document Transcript

    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 1 Pendahuluan : Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyatpelbagai bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia bolehdibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina danIndia. Selain daripada tiga kumpulan besar ini, terdapat juga kaum-kaum lain diMalaysia antaranya kaum Bumiputera dan golongan Peranakan. Berdasarkan statistik, jelas ditunjukkan bahawaMalaysia mempunyai ciri-cirikepelbagaian kaum yang kompleks dengan setiap kaum mempunyaikebudayaannya yang tersendiri. Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan pulawujudnya budaya universal yang dikongsi oleh setiap kaum bagi melambangkankeperibadian Malaysia. Sifat masyarakat Malaysia yang multikultural merupakansuatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehinggamemerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali danmenyesuaikan diri antara satu sama lain. Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalammasyarakat perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil demimengekalkan keharmonian dan saling menghormati antara kaum yang akhirnyamembolehkan keamanan negara mampu dikekalkan sepanjang masa. Oleh hal yangdemikian, prinsip tersebut sewajarnya diterapkan dalam sistem pendidikan negarakerana sekolah merupakan ruang fizikal yang paling sesuai untuk diterapkankefahaman mengenai asal usul, sejarah dan hala tuju negara kepada generasimuda. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakatperlu dititikberatkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yangberbilang kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaianbudaya, pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini demikian keranabudaya merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajaridaripada nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi akan datang.
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 2 Sebagai sebuah masyarakat yang majmuk,kepelbagaian telah wujud merangkumi semua aspek iaitu aspek agama, adat resam, ekonomi, politik dan budaya.Kepelbagaian kaum ini mewujudkan perbezaan antara individu. Henson dan Eller (1999), dalam bukunya Educational Psychology for Effective Teaching, pulamenerangkan perbezaan individu merujuk kepada ciri-ciri atau sifat-sifat manusia yangmempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya sepertioptimistik, sentiasa berani mencuba) atau membataskan keupayaan seseorang untuk belajar dalam persekitaran sekolah (contohnya seperti takut melakukan kesilapan, takut bertanya). Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff(1986), perbezaan individu ini merupakan perbezaanciri-ciri fizikal, ciri-ciri kecerdasan mental, social, emosi danmoral.Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, dapat dirumuskan bahawa aspek- aspek perbezaanindividu adalah seperti berikut : Jantina, Fizikal, Kognisi, Personaliti, Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Kesihatan dan Sosial, Bangsa/Bahasa Sekolah merupakan satu institusi pendidikan formal yang menempatkansemua kaum untuk mendapat pendidikan berperanan besar untuk menyatukan perbezaan individu kearah memaksimumkan tahap pencapaian. Oleh itu benarlah sekolah merupakan tempat wujudnya perpaduan jika peranan guru, sekolah dan sistem pendidikan berjalan dengan lancar dan sistematik.
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 3 Definisi Menurut Kamus Dewan Edisi ke 3, 1996, muka surat 180 menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi ( cara berfikir dan berkelakuan ). Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilihat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja. Malahan ia juga merangkumi skop yang lebih luas. Mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang- undang, adat resam dan lain-lain kebolehan dan kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat, Kepelbagaian sosio-budaya dalam sistem masyarakat majmuk akan memberi kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan secara umumnya dan kepada suasana ketika mengendalikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah khasnya. Gabungan yang mantap antara guru, murid dan sekolah memainkan peranan penting untuk jayakan falsafah pendidikan negara.
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 4 Latar belakang kajian : Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Terhadap Guru : Malaysia menggunakan suatu kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru dalam menyampaikan kurikulum ini kepada anak didik. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang murid-murid sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosio ekonomi yang berbeza-beza. Semua guru yang mengajar di dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap professional. Guru tidak harus membezakan bangsa murid, tidak mengelompok murid mengikut kaum mereka sahaja..Murid dari kaum dan jantina berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Guru digalakkan untuk mengajar tanpa membezakan kelas dan pencapaian murid. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan hendaklah tidak ada pinggiran ditunjukkan. Guru memberi hukuman berbentuk deraan tidak seharusnya dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan antara guru dan murid menjadi renggang dan hilang minat untuk meneruskan pembelajaran. Guru bertanggungjawab membentuk komuniti pembelajaran yang mesra murid berasaskan latar belakang dari harus bijak dalam mengendalikan kelas rofes murid dimana akan wujud pergaulan bebas, tidak berkelompok, berinteraksi tanpa
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 5 sekatan budaya dan masyarakat. Dengan cara ini suasana pembelajaran lebih menyeronokkan. Guru perlu menghormati dan bersikap adil kepada semua murid. Pelbagai sosio- budaya. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan oleh guru untuk menyekat aktiviti-aktiviti yang tidak diingini seperti pergaduhan antara kaum, pembentukan kumpulan berdasarkan etnik dan meniupkan api perkauman dikalangan murid. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan oleh murid-murid. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya. Isu-isu sensitive dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. Guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan semua kepercayaan, nilai dan agama yang dianuti murid. Demi memastikan objektif tercapai, perancangan guru yang rapi meletakkan keutamaan terhadap tugasan. Ini bermaksud, keutamaan diberi kepada keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi. Selain itu, guru juga harus mempunyai kemahiran mengurus dan mentadbir. Kemahiran mengaplikasi peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang diamanahkan disamping memiliki wawasan yang jelas. Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Terhadap Murid :
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 6 Murid adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah, mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perludibersihkan melalui pendidikan terbaik yang melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Panduan mengurus tingkah laku dengan menyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhi sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran.. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis terhadap bangsa lain. Setiap murid mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran memacu pembangunan negara Murid digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi sesama rakan. Dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, murid mesti diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 7 betul. Penggunaan laras bahasa yang tepat mesti diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kearah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Murid digalakkanberinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid harus diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas mereka. Ahli jawatankuasa keceriaan kelas perlu diujudkan disamping jawatan ketua dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murud dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka. Murid perlu diberi motivasi secara berhemah dan berhikmah. Guru perlu menggunakan komunikasi berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain kerap memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Murid perlu membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama rakan dan guru. Implikasi Kepelbagaian Sosio Budaya Terhadap Sekolah dan Sistem Pendidikan :
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 8 Kepelbagaian sosio budaya telah mewujudkan sekolah yang terdiridaripada pelbagai bangsa seperti Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu daripada usaha Kementerian Pelajaran untuk memupuk perpaduandalam kalangan murid tanpa mengira kaum. Pada masa kini terdapat pelbagai pilihan jenis sekolah dalam sistem pendidikan negara. Pada peringkat sekolah rendah terdapat SK, SJKC, SJKT. Pada peringkat menengah pula terdapat SMK Harian, Sekolah Model Khas, Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Agama. Diperingkat sekolah rendah, terdapat tiga jenis sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan yang bahasa pengantar utamanya ialah Bahasa Kebangsaan, SJKC yang bahasa pengantarnya Bahasa Cina manakala SJKT menggunakan bahasa pengantarnya bahasa Tamil. Diperingkat sekolah menengah pula terdapat Sekolah Berasrama penuh (SBP) yang memberi peluang murid cemerlang khususnya dari kawasan luar Bandar mendapat pendidikan yang terbaik supaya mereka terus berjaya dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Setiap SBP mempunyai bidang keistemewaan masing-masing seperti permainan ragbi di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Pancaragam di Sekolah Menengah Tun Fatimah dan pidato di Kolej Islam Kelang. Sekolah Menengah Teknik memberi peluang belajar kepada murid yang cenderung dalam bidang teknikal dan vokasional. Matlamatnya adalah untuk
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 9 menyediakan tenaga kerja mahir dan separuh mahir yang mencukupi. Sekolah Teknik menawarkan bidang bidang vokasional seperti ekonomi rumah tangga, pertanian, ketukangan elektrik, mekanikal dan awam manakala bidang teknik termasuklah kejuruteraan elektrik, mekanikal dan awam. SMT yang cemerlang termasuklah SMT Dato Undang Hj Md Sharip ( ekonomi rumah tangga), SMT Chenor (pertanian), SMT Sri Manjung (ketukangan elektrik), SMT Muazam Shah (ketukangan awam), SMT Shah Alam (ketukangan makanikal) dan SMT Cheras (kejuruteraan). Sekolah- sekolah yang terletak di bndar, kebanyakannya disertai oleh pelbagai latar belakang sosiobudaya : kelas social dan etnik. Sekolah-sekolah luar Bandar dan pedalaman biasanya merangkumi satu atau dua kaum etnik yang mempunyai taraf sisioekonomi rendah. Sekolah-sekolah luar Bandar sering menghadapi masalah kekuranngan guru, pertukaran guru yang kerap dan prestasi pencapaian yang rendah, Justeru, budaya sekolah yang dipengaruhi aspek sosiobudaya setempat yang terbatas. Berjaya atau tidak sesebuah intitusi atau sekolah bergantung kepada gaya kepemimpinan pengurus sekolah. Pengurus yang baik dapat mewujudkan iklim sekolah yang mesra, memotivasikan dan kerjasama sebagai sebuah pasukan. Kerencaman sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat sekolah. Peranan dan Tanggungjawab Guru Dalam Membentuk Bilik Darjah Yang Mesra Budaya:
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 10 Peranan guru adalah memastikan semangat perpaduan dan intergrasi nasional dapat dimantapkan di kalangan pelajar-pelajar dan murid-murid pada semua peringkat pendidikan.Pihak sekolah dan institusipendidikan perlu berusaha membangunkan persekitaran sosial yang menggalakkankomunikasi dan interaksi antara pelajar-pelajar dan murid-murid daripada kaum, latarbelakang, budaya yang berbeza bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yangdapat dibanggakan. Tugas seorang guru tidak hanya mengajar di dalam bilik darjah sahaja tetapi ianya juga perlu menerapkan dan memupuk nilai-nilai perpaduan di dalam diri setiap murid kerana perpaduan bermula di sekolah dan pada peringkat pra sekolah lagi ianya perlu disemai.Langkah dan pengurusan yang betul perlu diambil oleh setiap guru ketika berada di dalam bilik darjah kerana bilik darjah merupakan tempat permainan kedua pelajar selepas di rumah.Oleh konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal dan mesra budaya harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) “ The effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 11 lingustik dan kebudayaan yang berbeza. Kriteria-kriteria fizikal umum untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya perlu dinilai dari segi : 1. Aspek Fizikal - Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai - Mengikut keperluan aktiviti. - Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik. - Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut. - Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut. - Melukis mural diswekitar kelas. - Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api. Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung dan seterusnya dapat menerap nilai perpaduan.. Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya.Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa:
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 12 “ The physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture” 2. Sudut-sudut Pembelajaran Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya.Di samping itu, terdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen danmultimedia.Kriteria-kriteria fizikal yang spesifik juga akan mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. · Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini.Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid.Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik.Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 13 “Keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge”. Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut- sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum- kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak yang terdiri dari pelbagai nas, keturunan dan etnik. Implikasi Positif Kepada Pelajar : a. Menggalakkan interaksi antara murid secara meluas di dalam bilik darjah Interaksi dalam bilik darjah merupakan satu aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh guru untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Melalui interaksi, murid-murid dapat bergaul antara satu sama lain tidak kira berbeza agama, bangsa, budaya, mahupun jantina. Interaksi adalah salah satu medium perantaraan bagi setiap individu untuk bergaul mesra. Murid-murid tidak semestinya hanya berinteraksi untuk tujuan pembelajaran, malah mereka perlu berinteraksi untuk keperluan sosialisasi mereka sendiri. Secara tidak langsung, interaksi antara murid akan berlaku secara meluas di dalam sesebuah kelas. Justeru, interaksi antara murid ini memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang dalam kalangan murid. Tuntasnya, kurikulum tersirat dapat menggalakkan persekitaran yang mesra budaya dalam sesebuah bilik darjah.
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 14 b. Membangunkan pencapaian murid bagi mengurangkan tingkah laku negatif Menurut Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 193,guru adalah model bagi pelajarnya. Kelakuan, tutur kata dan budi bicara akan mempengaruhi sikap dan tabiat pelajar, kerana Bandura berpendapat, pelajar juga akan belajar melalui proses peniruan. Maka jelaslah bahawa, tingkah laku negatif murid sudah pasti dapat dikurangkan jika seseorang guru mampu menjadi teladan yang terbaik kepada anak muridnya. Justeru, seseorang guru perlu memastikan setiap yang dilakukannya adalah perkara yang mendatangkan tingkah laku positif terhadap murid. c. Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan Bilik darjah yang telah diterapkan dengan amalan mesra budaya dapat memastikan semua ahli kelas sentiasa berada dalam keadaan bersedia setiap kali p&p dijalankan. Perhatian dan fokus murid merangsang mereka untuk memberi kerjasama kepada guru dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Menurut Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 70, ransangan yang berkesan akan wujud apabila guru dapat menarik minat murid untuk melihat, memberi tumpuan, mendengar, mencatat, menyoal, menjawab dan bertindak balas terhadap aktiviti yang dikelola guru. Hal ini sudah pasti banyak membantu guru terhadap p&p yang dilaksanakan, objektif p&p akan mudah tercapai malah murid akan merasakan aktiviti yang dilalui sangat menyeronokkan. Oleh itu, jelaslah bahawa persekitaran yang mesra budaya di dalam sesebuah bilik darjah itu, sangat membantu bagi memastikan sesuatu p&p yang dijalankan guru berlaku dalam keadaan ceria dan menggalakkan penggunaan bahasa standard menyeronokkan. d. Murid dapat belajar dalam keadaan ceria dan menyeronokkan Salah satu strategi kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan budaya di Negara ini adalah dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 15 perantaraan di sekolah. Di dalam bilik darjah, semua murid diwajibkan menggunakan bahasa Melayu ketika berinteraksi semasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) dilaksanakan. Hal ini sudah pasti dapat mengelakkan penggunaan unsur-unsur dialek mengikut kaum semasa mereka berinteraksi. Pengunaan laras bahasa yang tepat yang diamalkan dalam situasi yang sesuai serta aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa yang disertai murid mampu meningkatkan tahap penguasaan bahasa murid terhadap bahasa standard. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Justeru, murid dapat mempraktikkan serta mengamalkan bahasa standard secara tepat dengan adanya bantuan daripada guru. e. Pembentukkan kendiri murid dapat dilaksanakan Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 193 ada menyatakan, „Ibn Maskawaih berpendapat akhlak itu dapat dibentuk dan dibina dalam diri manusia. Institusi pendidikan seperti sekolah dapat dijadikan saluran penting pembinaan dan pengukuhan akhlak.” Pernyataan ini jelas membuktikan bahawa pembentukkan kendiri murid dapat disemai oleh seorang guru di sekolah. Melalui tindakan yang berhemah serta dibaluti perasaan kasih sayang, seseorang guru dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan potensi diri murid ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Guru yang sentiasa membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya, mampu menarik perhatian murid untuk sentiasa melakukan perubahan positif terhadap diri mereka. Tindakan seseorang guru yang tidak mepertikaikan kepercayaan dan amalan agama yang dianuti oleh mana-mana murid berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama dapat dikembangkan sekali gus proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 16 f. Mendisiplinkan murid Sesebuah bilik darjah biasanya mempunyai organisasi yang tertentu. Di sini, seseorang guru sebenarnya telah mengaplikasikan „empowerment” .Ahmad Rafaai Ayudin di dalam bukunya Siri Pendidikan, Pedagogi : Pengetahuan Didaktik Untuk Guru pada halaman 194, menyatakan “empowerment” ialah menurunkan kuasa pendisiplin dan pengurus bilik darjah kepada pelajar dengan memberi mereka tanggungjawab untuk memastikan kebersihan, menyediakan jadual tugasan, mengganti sebarang bentuk bahan-bahan bagi papan kenyataan bilik darjah dan sebagainya. Berdasarkan pernyataan ini, jelas membuktikan bilik darjah yang mesra budaya mampu menjadikan seseorang murid lebih berdisiplin, amanah serta bertanggungjawab terhadap tugas yang dipegangnya. Guru dapat membimbing murid untuk menjadi lebih berdisiplin dengan mengamalkan peneguhan positif terhadap hasil tugas murid. Implikasi Negatif Kepada Pelajar, Sekolah dan Sistem Pendidikan : 1. Kegagalanguru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-muridmenjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatusesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadihambar dan membosankan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-muridbegitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belahpihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Olehkerana itu, apabila berhadapan dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatifdan inovatif, tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapisesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of ParallelUniverses", 1994). 2. Guru-guru yang kurang meminati kerjaya ini juga mungkin mempunyai prejudis perkauman yang kuat. Pihak Kementerian Pendidikan dan kerjaan juga harus mengadakan satu mekanisme penyingkiran sejak awal dengan memindahkan mereka ke badan-badan kerajaan yang lain untuk memelihara dan meningkatkan
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 17 profesionalisme peguruan daripada dirosakkan oleh individu bernama guru yang sememangnya tidak berminat dan tidak layak menjadi guru walaupun mereka memiliki pencapaian yang baik dalam penilaian dan peperiksaan. 3. Masalah disiplin bukan sahaja berpunca daripada sikap murid malah turut berpunca daripada kaedah pengajaran dan bahan yang tidak sesuai. Bahan pengajaran yang terlalu bersifat lama dan formal akan menimbulkan kebosanan dalam kalangan pelajar. Hal yang demikian kerana bahan tersebut tidak dapat menarik perhatian pelajar dan terlaku sukar untuk diikuti serta difahami oleh pelajar. Contohnya dapat dilihat apabila guru hanya menggunakan kaedah pengajaran seperti membaca, menulis, dan berkomunikasi sehala semata-mata. Keadaan yang bosan akan mendorong pelajar untuk memberontak. Selain itu contoh di dalam pengajaran guru hanya berfokuskan kepada satu kaum sahaja, sedangkan di dalam kelas tersebut terdapat berbagai kaum. Akibatnya murid akan cenderung untuk ponteng sekolah, ponteng kelas, menganggu pelajar lain, membuat bising, dan sebagainya. 4. Disamping itu juga, suasana sosioemosi yang kurang sihat juga turut mendorong dan menyebabkan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah. Guru yang bersifat autokratik dan dominan akan menyebabkan murid sentiasa berada dalam keadaan emosi yang tidak selesa dan tertekan. Contohnya seperti perasaan bimbang, takut, dan gemuruh yang melampau. Keadaan ini akan mewujudkan suasana atau situasi emosi pelajar yang tidak menentu dan tertekan. Ekoran daripada itu, emosi yang tertekan akan menjejaskan keupayan pelajar untuk menerima input pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. 5. Masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah berpunca daripada keadaan fizikal bilik darjah atau kelas yang selesa dan teratur. Keadaan fizikal bilik darjah yang terlalu panas dan terlalu sesak boleh mendorong timbulnya masalah disiplin. Selain itu, pengcahayaan yang tidak cukup seperti bilik yang gelap, dan cahaya yang tidak mengcukupi turut menyebabkan berlakunya masalah disiplin. Berdasarkan situasi dan kedaan ini, pelajar mudah mengantuk dan sukar memberi tumpuan kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang guru berikan. Sekiranya mereka tidak selesa
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 18 dengan kerusi dan meja yang kurang sesuai, maka kesempatan untuk menimbulkan masalah disiplin akan diwujudkan. Cadangan 1 : Tiada diskriminasi terhadap murid Guru seharusnya mengajar tanpa membezakan bangsa murid yangberkenaan. Contohnya, guru hanya menumpu murid kaum Melayu danmeminggirkan murid kaum India di dalam kelas. Guru harus mengajar tanpamengelompokkan murid mengikut kaum tertentu dalam satu kumpulan sahaja.Sebaliknya, setiap murid dari kaum yang berlainan dan jantina yang berbezaditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk merekaberinteraksi terbuka luas. Selain itu, perpaduan dapat diwujudkan apabila merekamelakukan aktiviti pembelajaran secara bersama. Cadangan 2 : Motivasi yang bervariasi Motivasi menurut menurut Kamaruddin Haji Hussin dan Siti Hajar Abd Aziz di dalam buku Pedagogi Untuk Asas Pendidikan pada halaman 106, bertujuan merangsangkan minat murid kea rah bahan, isi pelajaran, dan pengajaran guru. Oleh yang demikian, guru perlu berusaha kuat untuk mempelbagaikan elemen-elemen motivasi. Bagi memastikan murid mengekalkan perhatian mereka sepanjang p&p, beberapa komponen penting motivasi telah digariskan oleh Ahmad Rafaai Ayudin iaitu daya penampilan guru, pergerakan guru dan intonasi suara, alihan arah deria serta melibatkan murid. Kesemua komponen ini perlu ada dalam diri guru kerana murid sentiasa memerhatikan tindakan semasa p&p. Komponen seperti alihan arah deria dan melibatkan murid juga perlu dikuasai guru agar murid tidak hilang fokus dan lebih aktif semasa p&p berlangsung sekali gus termotivasi. Cadangan 3 : Pemilihan sumber, bahan bantu mengajar (BBM), serta penggunaan contoh.
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 19 Pemilihan sumber yang dimaksudkan ialah penggunaan alat abntu mengajar (ABM). ABM berfungsi untuk menambahkan kelancaran perhubungan antara guru dengan murid, murid dengan guru, dan murid dengan murid. ABM mampu memudahkan murid membentuk konsep dengan betul dan menerima pejaran dengan cepat. Dalam konteks kesesuaiannya, seseorang guru perlu memastikan sesuatu ABM yang dipilih sesuai dengan tajuk serta sasaran murid yang bakal diajari. Bagi bilik darjah yang dihuni oleh berbilang kaum, seseorang guru perlu memastikan ABM serta BBM yang digunakan sesuai untuk semua kaum dan budaya yakni tidak menimbulkan resis kepada mana-mana murid. Hal ini sangat penting agar murid tidak berasa ditindas kerana ini mungkin dapat mendatngkan implikasi negatif kepada individu murid. Begitu juga dengan penggunaan contoh-contoh untuk pemahaman murid. Guru digalakkan menggunakan contoh yang kokrit, praktis dan berkesan. Contoh-contoh yang boleh mendatangkan isu perkauman dalam sesebuah bilik darjah perlu dielakkan penggunaannya agar murid tidak mendapat tanggapan salah terhadap budaya lain. Cadangan 4 : Menghargai pendapat dan idea murid Menurut Ziv, (1976) semasa di dalam kelas, guru haruslah sentiasa menghargai idea kanak-kanak sebagai suatu idea yang bernilai. Ini adalah kerana kebanyakan guru kerap mengenepikan idea yang diberikan oleh kanak-kanak. Kanak-kanak biasanya dianggap tidak berkeupayaan untuk menghasilkan idea-idea yang bernilai. Guru-guru haruslah memainkan peranan sebagai penggalak kreativiti dengan menghargai idea- idea kanak-kanak dan menawarkan ganjaran bagi idea-idea kreatif. Guru juga harus menghormati idea kanak-kanak walaupun ianya luar biasa dan aneh. Dengan itu, kanak-kanak akan lebih terdorong untuk menyampaikan idea-idea mereka, lebih-lebih lagi sekiranya idea yang disampaikan dahulu diterima dengan baik dan dihormati, tidak kira aneh dan berbeza sekalipun. Ini adalah penting bagi keberkesanan pembelajaran terutamanya apabila kanak-kanak menyatakan sesuatu yang susah dinilai oleh ibu bapa dan guru-guru. Cadangan 5 : Guru sebagai penyelesaian masalah murid
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 20 Selain itu, guru juga berperanan sebagai penyelesai masalah. Peranan guru dalam proses penyelesaian masalah, menurut Goffin dan Tull (1985), ialah mencabar pelajar untuk menggerakkan proses pemikiran mereka sendiri. Guru seharusnya menyediakan soalan-soalan yang memperteguh pengetahuan dan pengalaman pelajar itu sendiri, sambil terus berperanan sebagai sumber dan fasilitator di bilik darjah. Satu objektif penting bagi guru ialah membina kemungkinan-kemungkinan penyelesaian dalam bilik darjah mereka. Guru haruslah mempunyai kemahiran untuk mengubah aktiviti-aktiviti harian menjadi kemungkinan kepada penyelesaian masalah, dengan menggalakkan pelajar untuk merancang, meramalkan kesudahan yang mungkin timbul, membuat keputusan dan memerhatikan hasil daripada keputusan-keputusan ini. Dilihat dari segi peribadi seorang guru mempunyai banyak peranan. Guru secara keseluruhannya bertindak sebagai petugas sosial iaitu seseorang yang harus membantu kepentingan masyarakat. Dalam kegiatan masyarakat guru sentiasa merupakan petugas yang dapat dipercayai oleh masyarakat. Selain itu, guru juga seorang yang ilmuan, iaitu sentiasa terus-menerus menuntut ilmu pengetahuan. Seorang guru juga berperanan sebagai pencari teladan iaitu yang sentiasa mencarikan teladan yang baik untuk pelajar bukan untuk seluruh masyarakat. Guru menjadi ukuran bagi norma-norma tingkah laku. Pencari keamanan juga antara peranan guru terhadap pelajar bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Guru sentiasa mencarikan jalan penyelesaian bagi setiap pelajar sekiranya mereka menghadapi masalah. Guru menjadi tempat berlindung bagi pelajar-pelajar untuk memperolehi rasa aman dan puas di dalamnya (Charles, 1974) dalam bakar, 2004. Cadangan 6 : Guru sebagai pengawal di bilik darjah Menurut Ting dan Sidek, (2007) guru juga berperanan sebagai seorang pengawal, guru seharusnya mengawal peraturan bilik darjah. Peraturan yang telah ditetapkan seperti pembahagian tugas, ikut arahan guru, tidak boleh masuk keluar kelas tanpa kebenaran dan sebagainya hendaklah jelas dan ringkas serta mudah untuk diikuti. Guru perlulah bersikap tegas dan adil semasa melaksanakan peraturan. Pematuhan kepada peraturan ini menjadikan perjalanan bilik darjah menjadi lebih terkawal. Guru juga
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 21 seharusnya mengawal murid bermasalah peribadi, masalah disiplin yang wujud dalam bilik darjah adalah pelbagai disebabkan oleh faktor murid kemungkinan adalah disebabkan oleh gaya pembelajaran guru bersifat autokratik menyebabkan wujudnya perasaan marah, benci, kecewa dan bosan. Maka masalah ini dapat dibendung sekiranya gaya pengajaran guru dipelbagaikan untuk membantu murid yang menghadapi masalah peribadi. Selain itu, guru juga haruslah mengawal aktiviti kumpulan. Guru harus mengawal dari segi tingkahlaku, adab dan sopan santun supaya tidak melanggar susila mana-mana murid terutama yang berlainan bangsa dan agama. Di samping itu, hubungan mesra wujud di antara murid dan guru membolehkan guru membimbing dan menggerakkan murid-murid di dalam kelas. Pedagogi Relevan Budaya dan Kepelbagaian : Pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada murid. Penekanan diberikan kepada pengintegrasian pengetahuan, kemahiran asas serta nilai murni bagi perkembangan menyeluruh dari kepelbagaian kebolehan dan budaya murid. Konsep kebudayaan dalam sosiologi, dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme, sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik kanak- kanak mengikut kehendak masyarakat mereka dan guru bertanggungjawab memenuhi keperluan murid tanpa prejudis. Konsep modal budaya merujuk kepada inidividu yang mewarisi dan memperolehi keupayaan bahasa dan budaya dari keluarga dan masyarakatnya.Pierre Bourdieu
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 22 (1930) dalam kajiannya menyatakan pencapaian persekolahan seseorang individu adalah berkaitan rapat dengan latar belakang kebudayaan ibu bapanya dan tahap pendidikan ibu bapa mempengaruhi pencapaian persekolahan anak-anak mereka daripada kedudukan kerjaya mereka dalam masyarakat. Dalam strategi generatif, guru akan menggalakkan murid menjanakan idea-idea kritis dan kreatif. Strategi ini membantu murid-murid menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif dengan menggunakan idea-idea yang asli dan unik. Contoh-contoh aktiviti sumbangsaran yang boleh digunakan oleh guru ialah seperti pemetaan minda, pemikiran lateral dan kreatif. Dalam pendekatan pemerhatian, murid-murid diajar mengikuti perbuatan guru atau memodelkan perlakuan sesuatu kemahiran. Contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam kaedah pemerhatian ialah tunjuk cara. Untuk strategi yang seterusnya, guru boleh menggunakan kaedah kontekstual yang mengaitkan bahan pengajaran dan pembelajaran kepada situasi dunia yang sebenarnya. Kaedah ini memotivasikan murid- murid untuk membuatkaitan antara ilmu pengetahuan dengan pengaplikasiannya kepada kehidupan mereka sebagai ahli keluarga dan rakyat. Pembelajaran kontekstual penting kerana ia mengaitkan pembelajaran kepada realiti kehidupan. Jenis pembelajaran lain yang boleh dikaitkan kepada pembelajaran kontekstual ialah pembelajaran ‟eksperential‟, pengalaman hidup sebenar, pembelajaran aktiviti dan pembelajaran berpusatkan murid. Pembelajaran ini mementingkan penyelesaian masalah. Ia memberikan pengakuan bahawa situasi pengajaran dan pembelajaran boleh berlaku juga di dalam rumah dan masyarakat. Ia
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 23 mengajar murid untuk memantau dan mengarah pembelajaran sendiri supaya mereka lebih berdikari. Cadangan dan Penambahbaikan oleh Kerajaan: Kementerian Pendidikan Malaysia juga harus mengumpul maklumat dan pendapat rakyat dan masyarakat dan mengumumkan rancangan alternatif mereka selepas itu dengan butir-butir pelaksanaanya dan memberikan masa yang seseuai untuk membolehkan pelbagai lapisan rakyat membicangkannya. Dengan ini rakyat akan memahami pelaksaan rancangan alternatif dengan lebihjelas dan tidak akan terkeliru. Pendidikan masih lagi menjadi objektif utama manakala sistem pentaksiran menjadi sampingannya. Kementerian Pendidikan Malaysia juga perlu mengadakan satu jadual masa bagi melaksanakan rancangan alternatif yang membolehkan masyarakat membuat persediaan yang cukup ketika melaksanakan rancangan baru, khususnya latihan guru dan peruntukan kursus ke seluruhnegara. Reformasi ini harus dilaksanakan secara beransur-ansur dengan Guru Besar diberikan kuasa autonomi untuk melaksanakan disekolah masing-masing. Guru juga harus lebih profesional dan bijak untuk melaksanakan apa yang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program dan kursus tertentu seperti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) perlu dikaji semula untuk mengelakkan pelatih memilih kerjaya ini kerana terpaksa sebab sukar mendapat pekerjaan lain di luar sana.Sikap tidak minat menjadi guru ini memaksa mereka menjadi guru yang hipokrit dan ini semestinya akan menggagalkan visi dan misi kerajaan dan lebih buruk lagi akan memberi kesan negatif kepada pelajar dan kualiti pendidikan untuk jangka masa yang panjang.
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 24 Berdasarkan prinsip keadilan sosial, maklumat sistem pendidikan nasional ialah untuk mencapai satu masyarakat yang lebih adil, bukan memburukkan ketidaksamaan antara masyarakat. Pengagihan sumber pendidikan harus lebih teliti peluang pendidian kanak-kanak menengah dan rendah termasuklah pengagihan sumber dalaman sekolah seperti cara penyusunan bilik darjah dan pengagihan guru-guru. Keadaan ini memungkinkan wujudnya semangat belajar tanpa mengira kaum dan kebolehan pelajar. Sistem Pendidikan Nasional harus di desertasikan. Kerajaan perlu meletakkan kuasa pendidikan, menyelaras sistem birokrasi yang rigid di samping mengurangkan simpton ketidakadilan dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran tidak harus mempolitikkan dasar tersebut dan menghormati pendapat profesional pendidikan. Pendidikan dan peperiksaan bukan sahaja masalah antara pelajar dan guru ataupun prestasi guru besar dan sekolah, tetapi juga masalah budaya sesuatu masyarakat. Satu pakatan reformasi pendidikan terdiri daripada ahli pakar akademik, pendidik, ibu bapa dan ahli masyarakat duduk semeja membincangkan masalah pendidikan negara dan memantau rancangan pelaksanaan atau pemansuhan sesuatu peperiksaan dalam sistem pendidikan negara hari ini dengan mengkaji dan mengambil kira sistem pendidikan negara sebelum ini. Kementerian Pelajaran dan pelbagai lapisan masyarakat khususnya pertubuhan pendidikan harus mengusulkan konsep pendidikan yang betul. Ini adalah kerana ibu bapa ialah golongan yang paling berpengaruh dalam menjayakan atau mengagalkan sesuatu reformasi pendidikan yang dilaksanakan. Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep ”Sekolahku Syurgaku” dan ”Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi” dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 25 menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar. Kesimpulan : Kesimpulannya, terdapat kepelbagaian sosio-budaya dalam masyarakatmajmuk di Negara kita. Kepelbagaian ini jika tidak ditangani dengan baik akanmenimbulkan pelbagai masalah seperti pencapaian murid, jurang sosial dalammasyarakat, masalah menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat yang berbeza,bersikap prasangka sesama ahli masyarakat. Melalui pemerhatian yang dibuatmurid-murid lebih suka bergaul dalam kelompok yang sama dengan mereka sahajatanpa mempunyai perasaan untuk mengenali yang lain dengan lebih mendalam. Halini akan mewujudkan sikap mementingkan diri sendiri dalam kalangan muridtersebut. Pendedahan awal mengenai kesedaran kepelbagaian sosio-budaya iniharus diberikan kepada para pendidik supaya mereka dapat memahami sertamengenali perbezaan budaya antara sesuatu kaum dalam kalangan murid. Secaralangsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam kalangan warga sekolah.Cara ini juga dapat merapatkan jurang antara murid yang mempunyai tarafsosioekonomi yang berbeza terutamanya bagi kaum India yang setengah daripadamereka terdiri daripada golongan bawahan dan jauh beza dari kaum lain.Seterusnya kesedaran ini membantu guru untuk membentuk masyarakat yangtoleran ke arah memacu pembangunan negara. REFLEKSI
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 26 Alhamdulillah, segala puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah perkenan-Nya, dapat saya melaksana dan menyelesaikan tugasan kerja khusus pendek matapelajaran EDU3106. Tugasan kerja kusus ini bermula dari 17.2.2013 dan perlu dihantar pada 16.03.2013. Tugasan ini dijalankan secara individu di mana pensyarah kami iaitu Encik Suffian Effendi b Mohd Zari telah pun mengagihkan tugasan sehari sebelum tugasan dimulakan. Di akhir kerja khusus ini saya telah dapat menerangkan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia. Disamping itu sebagai seorang guru saya telah dapat menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya agar perpaduan dapat diwujudkan. Sebagai guru yang merupakan agen perubahan saya telah dapat menerapkan nilai perpaduan dan kesefahaman antara kaum dapat diterapkan, apatah lagi di dalam kelas saya terdapat dua orang murid Cina, seorang murid beragama Budha dan selebihnya adalah murid berbangsa Melayu. Hasil daripada perlaksanaan tugasan ini terdapat banyak nilai-nilai murni yang dapat diterapkan dalam diri saya amnya dan murid saya khususnya. Antaranya ialah sikap tolong-menolong dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Rakan-rakan banyak membantu dalam mencari sumber maklumat dan dalam menyiapkan ugasan ini. Selain itu sentiasa menepati masa dan berdisiplin juga adalah nilai yang terdapat dalam penghasilan tugasan ini. Akhir sekali saya ingin mngucapkan terima kasih atas jasa baik pensyarah saya iaitu Encik Suffian Effendi b Mohd Zari kerana banyak membantu dalam menghasilkan tugasan ini dan saya berharap agar hasil yang ada di dalam tugasan ini dapat digunakan pada masa akan datang. Sekian. Bibliografi :
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 27 BUKU RUJUKAN : 1. Siti Sumaiza binti Che Ali Mohamed (2008), Persepsi Bakal Guru Tentang Kemahiran Komunikasi Berkesan Dalam Kalangan Pelajaran Akhir Aliran Sains Fakulti Pendidikan UTM, Tesis Ijazah Sarjana Muda yang tidak diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia. 2. Syed Ismail bin Syed Mustapa, Ahmad Subki bin Miskon (2010), Budaya dan Pembelajaran, Selangor, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. 3. Zaharah Hussin (2009), Mendidik Generasi Berakhlak Mulia : Fokus Peranan Guru Pendidikan Islam, Universiti Malaysia 4. Asmah Hj.Omar, (1988). Bahasa dan Alam Pemikiran Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 5. Kamus Dewan Bahasa. (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Ismail Hussein. (1966). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Noriati A. Rashid LAMAN WEB :
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 28 1. http.//semanggol.com. (diakses pada 18 Februari, 2013) 2. http://kayrolls.blogspot.com.masalah-dusiplin-dalam-kalangan-pelajar.html (diakses pada 4 Mac, 2013) 3. http.//www.prihatin.net (diakses pada 10 Mac, 2013) 4. http://www.jpnin.gov.my/361 (diakses pada 14 Mac, 2013) Lampiran
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 29
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 30
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 31
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 32
    • CHE HAMDAN B HAMID (BUDAYA DAN PEMBELAJARAN) EDU3106 33