Your SlideShare is downloading. ×
penilaian untuk pembelajaran
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Introducing the official SlideShare app

Stunning, full-screen experience for iPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

penilaian untuk pembelajaran

39,340
views

Published on

Bahan ceramah ini mencakupi pentingnya penilaian dalam proses pembelajaran, penjenisan penilaian dan pentingnya kajian mengenai penilaian dan pengujian.

Bahan ceramah ini mencakupi pentingnya penilaian dalam proses pembelajaran, penjenisan penilaian dan pentingnya kajian mengenai penilaian dan pengujian.

Published in: Education, Technology

11 Comments
11 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
39,340
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
2,675
Comments
11
Likes
11
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1.  
  • 2. MATLAMAT BENGKEL
    • Pentingnya penilaian
    • Penjenisan Penilaian
    • Penilaian untuk Pembelajaran
    • Pentingnya Kajian tentang Penilaian
    Pada akhir bengkel, peserta dapat memahami tentang:
  • 3.  
  • 4.  
  • 5.  
  • 6. Seperti kelopak (ranggi) yang saling melengkapi, penerapan pedagogi boleh memenuhi suasana, persediaan dan keupayaan murid untuk belajar. Begitu juga dengan penilaian yang bermakna, telus dan tekal, dapat meregangkan kemajuan murid, meningkatkan pembelajaran dan sebagainya.
  • 7.
    • Penggunaan pelbagai strategi
    • sesuai dengan peringkat keupayaan dan kecerdasan pelajar yang berbeza-beza
    • Dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada murid
    PENGGUNAAN PEDAGOGI
  • 8.
    • Dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada pelajar
    • Pengalaman belajar yang mencabar pemikiran
    • Dapat mencerna maklumat
    • Dapat mengembangkan sifat mandiri
    PENGALAMAN PEMBELAJARAN
  • 9.
    • dapat menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dan bersifat produktif
    • Suasana pembelajaran yang tidak mengancam
    • Murid lebih bermotivasi dan aktif untuk menyertai kegiatan
    KEADAAN PERSEKITARAN
  • 10.
    • sesuai dapat memberikan maklum balas yang tekal dan konstruktif bagi memperbaiki pembelajaran dan pengajaran
    • Selaras dengan kemahiran murid
    PENILAIAN PEMBELAJARAN
  • 11.
    • hendaklah relevan, autentik dan
    • kontekstual
    • berdasarkan keupayaan dan
    • kecerdasan pelajar yang berbeza-
    • beza
    KANDUNGAN PEMBELAJARAN
  • 12.
      • Pendidikan bukanlah semata-mata ’mengajar’.
      • Pendidikan adalah usaha untuk membantu para pelajar menolong dirinya.
  • 13.
    • Pembelajaran perlu dirancang, dikembangkan agar dapat menumbuhkan daya cipta seperti melahirkan hal-hal yang baru, kemampuan berfikir, dan membangunkan konstruksi pemikiran yang positif.
  • 14.
    • Murid-murid mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza-beza. Potensi seseorang murid dapat ditingkatkan berdasarkan persediaannya menerima pelajaran.
  • 15.
    • Guru perlu merancang agar pengajaran/pembelajaran dapat dinikmati berdasarkan kemampuan mereka. Oleh itu, pembelajaran pembezaan merupakan cadangan yang dapat membantu hal tersebut.
  • 16. Guru juga digalakkan menjalankan kajian tindakan – mengumpulkan maklumat tentang pengajaran / pembelajaranya, mencuba teknik atau kaedah bagi meningkatkan pencapaian pelajar.
  • 17. Penilaian penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran PENILAIAN
    • Memberikan maklumat tentang keberkesanan pembelajaran dan pengajaran
    • Murid dapat menngetahui tahap keupayaannya dan merancang kegiatan susulan
  • 18. Apakah matlamat penilaian? PENILAIAN
    • Mencerminkan matlamat sukatan
    • Berupaya menggunakan BM baku secara berkesan dalam pelbagai konteks, tujuan dan khalayak
    • Mencerminkan keupayaan murid berfikir secara kreatif dan kritis
    • Berupaya memperoleh dan menyampaikan maklumat, idea dan perasaan
  • 19. Pentingnya penilaian kepada murid PENILAIAN
    • Untuk memantau kelakonan dan keperluan murid yang berterusan
    • Untuk mempertingkat kelakonannya
    • Untuk memberikan maklum balas yang kualitatif
    • Untuk melakarkan kegiatan susulan
  • 20. Objektif penilaian kepada murid PENILAIAN
    • Mengetahui pencapaian objektif pembelajaran
    • Mengukur kemajuan peribadi
    • Mengenal pasti keupayaan
    • Merangsang pencapaian yang lebih tinggi
  • 21. Objektif penilaian kepada guru PENILAIAN
    • Mengetahui pencapaian objektif pembelajaran
    • Mengetahui keberkesanan pengajaran bagi membuat penyesuaian
    • Memantau kemajuan murid bagi tujuan laporan dan tindakan susulan
    • Menganjurkan program pemulihan, pengukuhan dan pengayaan.
  • 22. PRINSIP PENILAIAN PENILAIAN YANG BAIK
    • Kesahan
    • Kebolehpercayaan
    • Keobjektifan
    • Kebolehtadbiran
    • Keberkesanan
    • Positif dan Konstruktif
  • 23. KESAHAN : Merujuk kepada tujuan dan dapat mengukur item-item yang dinilai dan bukan perkara lain. Item-item dan tujuan penilaian ini pula sejajar dengan Sukatan Pelajaran. PRINSIP PENILAIAN PENILAIAN YANG BAIK
  • 24. KEBOLEHPERCAYAAN : Merujuk kepada ketekalan dan mencerminkan keupayaan sebenar murid serta tidak mengandungi unsur-unsur diskriminasi; baik di segi jantina, budaya, bangsa dsb. PRINSIP PENILAIAN PENILAIAN YANG BAIK
  • 25. KEOBJEKTIFAN : Merujuk kepada kumpulan sasaran yang sama bagi sesuatu kertas ujian. Dan, pemarkahannya tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti jantina, kaum, paras, latar belakang sosio-ekonomi. PRINSIP PENILAIAN PENILAIAN YANG BAIK
  • 26. KEBOLEHTADBIRAN : Merujuk kepada kelancaran pentadbiran sesuatu ujian yang merangkumi faktor kos, masa, dan tenaga. PRINSIP PENILAIAN PENILAIAN YANG BAIK
  • 27. KEBERKESANAN : Merujuk kepada kebolehan penilaian yang dapat membezakan tahap pencapaian murid. PRINSIP PENILAIAN PENILAIAN YANG BAIK
  • 28. KEPOSITIFAN DAN KEKONSTRUKTIFAN : Penilaian harus dapat mengenal pasti secara sistematik kekuatan, kelemahan, cara belajar, keperluan, minat, sikap dan usaha murid. PRINSIP PENILAIAN PENILAIAN YANG BAIK
  • 29. JENIS PENILAIAN
    • Penilaian Diagnostik
    • Penilaian Formatif
    • Penilaian Sumatif
  • 30. JENIS PENILAIAN Penialian Diagnostik Selalunya dijalankan sebelum pengajaran berlangsung atau awal persekolahan bagi meninjau minat, gaya belajar, kecenderungan, keupayaan dan pengetahuan sedia ada murid. Penilaian boleh berlangsung secara lisan, tulisan mahupun pemerhatian. Maklum balas penilaian dapat membantu guru merancang pengajaran.
  • 31. JENIS PENILAIAN Penilaian Formatif Penilaian dijalankan secara berterusan, sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran dan pengajaran. Penilaian formatif menggabungjalinkan penilaian formal dan informal bagi mendapatkan maklum balas dan membuat tindakan susulan. Untuk membantu dan membina kecekapan berbahasa, MOE mencadangkan PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN (assessment for learning)
  • 32. JENIS PENILAIAN Penilaian Sumatif Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semesta atau tahun. Penilaian memberikan nilai yang dapat membezakan pencapaian antara bagi tujuan-tujuan pemilihan dan penempatan.
  • 33. KESEIMBANGAN PENILAIAN Penilaian sumatif dan formatif dapat memberikan maklumat berbentuk data, informasi, maklum balas yang menyeluruh tentang perkembangan murid. PENILAIAN SUMATIF (PENILAIAN PEMBELAJARAN) Maklum balas sekali. Peruntukan waktu spesifik. Tidak ada Penilaian Kendiri. PENILAIAN FORMATIF (PENILAIAN UTUKPEMBELAJARAN) Maklum balas berterusan. Peruntukan waktu fleksibel. Ada Penilaian Kendiri.
  • 34. KONSEP PENILAIAN
    • Penilaian untuk Pembelajaran
    • (ASSESSMENT FOR LEARNING)
    • Penilaian sebagai Pembelajaran
    • (ASSESSMENT AS LEARNING)
    • Penilaian ialah pembelajaran
    • (ASSESSMENT IS LEARNING)
  • 35. PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN Penilaian untuk Pembelajaran memfokus jurang antara pelajar dalam menentukan arah pembelajarannya dengan matlamat tertentu. Ini boleh dicapai melalui proses berkongsi kriteria dengan pelajar, soalan yang efektif dan maklum balas yang benar dan tekal. Dengan kata lain, Penilaian untuk Pembelajaran mendukung pembelajaran dan pengajaran.
  • 36. PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN Black dan William menyatakan bahawa semua kegiatan yang dikendalikan guru atau/dan murid yang dinilai dan menghasilkan maklum balas yang dapat digunakan untuk mengubah kegiatan pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan, yang lebih berpusatkan murid.
  • 37. PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
    • PELAJAR DAPAT BELAJAR DENGAN BAIK, APABILA:
    • Mereka memahami dengan jelas apa-apa yang dipelajarinya, dan apa-apa yang dimatlamatkan.
    • Mereka diberikan maklum balas mengenai bermutu tidaknya kerja mereka
    • Mereka dinasihati mengenai cara-cara peningkatan sesuatu pencapaian
    • Mereka terlibat sepenuhnya dalam memutuskan arah pembelajarannya.
  • 38. PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN
    • KATA KEKUNCI:
    • Penilaian melibatkan pelibatan yang tinggi, berdasarkan soalan bermutu, pendengar yang baik dan maklum balas yang reflektif.
    • Pelajar tahu akan apa-apa yang dipelajarinya dan kejayaan yang bakal diraihnya.
    • Pelajar diberikan maklum balas yang bermutu
    • Pelajar terlibat bagi menentukan arah pembelajarannya.
  • 39. PENILAIAN SEBAGAI PEMBELAJARAN Penilaian sebagai pembelajaran mengenai belajar bagaimana hendak belajar. Konsep ini menghubung kait antara pembelajaran/pengajaran dengan kurikulum.
    • KATA KEKUNCI:
    • Pelajar /guru mengenal pasti dan membuat refleksi mengenai pembelajarannya.
    • Pelajar / guru menetapkan matlamat pembelajaran dan pengajarannya.
    • Pelajar / guru mengamalkan penilaian kendiri dan penilaian bersama.
  • 40. PENILAIAN IALAH PEMBELAJARAN Penilaian ialah pembelajaran mengenai pengumpulan dan penganalisisan data. Konsep ini menghubung kait antara penilaian dengan kurikulum.
    • KATA KEKUNCI:
    • Guru menggunakan data bagi memantau kemajuan dan merancang pembaikan.
    • Guru menggunakan bukti-bukti daripada kegiatan harian bagi memantau kemajuan murid.
  • 41. PENILAIAN PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN PENILAIAN SEBAGAI PEMBELAJARAN PENILAIAN IALAH PEMBELAJARAN KURIKULUM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN PENILAIAN
  • 42.  
  • 43.  
  • 44. PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN hendaklah dijadikan sebahagian daripada rancangan pengajaran dan pembelajaran 1
    • Perancang perlu menyediakan peluang kepada guru/pelajar untuk berkembang berdasarkan data terkumpul dan teranalisis.
    • Perancang perlu fleksibel dan peka akan strategi bagi memastikan pelajar memahami matlamat mereka dan kriteria yang digunakan untuk menilai mereka.
    • Pelajar sedar akan maklum balas yang diterimanya
    • Pelajar sedar akan keterlibatan mereka dalam penilaian
    • Pelajar sedar akan bantuan yang diterimanya bagi perkembangan selanjutnya.
    PERANCANGAN
  • 45. PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN hendaklah memfokus pembelajaran 2
    • Proses pembelajaran perlu dititikberatkan oleh pelajar/guru ketika merancang penilaian dan kegiatan susulan setelah data dianalisis.
    • Pelajar perlu sedar akan pembelajarannya: apa dan bagaimana?
    PEMBELAJARAN
  • 46. PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN hendaklah menjadikan kelas sebagai pusat kegiatan pembelajaran PENGAMALIAN
    • Apa-apa sahaja yang dijalankan pelajar/guru di dalam kelas boleh dianggap sebagai penilaian.
    • Tugasan dan soalan-soalan ajuan boleh menunjukkan tahap pengetahuan, pemahaman dan kemahiran pelajar.
    • Apa-apa yang dinyatakan dan dilakukan pelajar dipantau dan diterjemah dalam bentuk kegiatan susulan dan peningkatannya
    • Proses penilaian adalah bahagian pentig dalam kegiatan harian dalam kelas yang melibatkan guru dan/dengan pelajar melalui refleksi, dialog dan membuat keputusan.
    3
  • 47. PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN hendaklah dapat menunjukkan keprofesionalan guru PROFESIONAL
    • Guru memerlukan pengetahuan dan kemahiran profesional untuk merancang penilaian, pemantauan pembelajaran, menganalisis bukti-bukti pembelajaran, pemberian maklum balas, dan penggalakan penilaian kendiri.
    • Guru hendaklah didukung bagi membangunkan kemahiran asas ini dan selanjutnya kemahiran-kemahiran lain.
    4
  • 48. PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN hendaklah menunjukkan kepekaan dan kekonstruktifan kerana kesan penilaian melibatkan emosi. PEKA
    • Guru hendaklah sedar akan kesan komentar, markah, dan gred ke atas keyakinan, dan kesungguhan pelajar.
    • Maklum balas hendaklah berfokuskan kerja pelajar.
    5
  • 49. PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN hendaklah dapat menggalakkan pemahaman matlamat, dan kriteria penilaian. PERANGSANGAN
    • Penilaian yang menggalakkan pembelajaran dapat menimbulkan motivasi yang menekankan peningkatan daripada kegagalan.
    • Perbandingan dengan seseorang yang lebh berjaya tidak mungkin dapat menimbulkan rangsangan, malah boleh menghilangkan minat dalam bidang yang tidak diraihnya.
    • Motivasi hendaklah dikekalkan dan ditingkatkan dengan kaedah penilaian yang memberikan perhatian kepada autonomi pelajar, menyediakan beberapa pilihan, maklum balas yang konstruktif, dan membentuk peluang ke arah pembelajaran kendiri.
    6
  • 50. PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN hendaklah menggalakkan pelajar agar memahami matlamat dan kriteria penilaian PEMAHAMAN
    • Pembelajaran yang berkesan akan tercapai sekiranya pelajar dapat memahami apa-apa yang hendak dicapainya.
    • Pemahaman dan komitmen akan muncul sekiranya pelajar turut terlibat dalam menetapkan matlamat dan kriteria penilaiannya.
    • Kriteria penilaian hendaklah mudah dan didahami pelajar, dengan contohan-contohan yang dapat menimbulkan penilaian setara (rakan sebaya) dan kendiri.
    7
  • 51. PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN hendaklah menilai secara konstruktif agar peningkatan terus wujud
    • Pelajar memerlukan maklumat dan panduan bagi pembelajaran selanjutnya.
    • Guru hendaklah mengenal pasti kekuatan pelajar dan memandu mereka untuk mencapai peningkatannya, menyediakan luang dan ruang yang dapat memperbaik kerja, dan pencapaian mereka.
    8
  • 52. PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN hendaklah mengembangkan kapasiti atau keupayaan pelajar kepada penilaian kendiri PENGEMBANGAN
    • Pelajar yang berdikari mempunyai kebolehan untuk memperoleh kemahiran baharu, pengetahuan baharu, dan pemahaman baharu.
    • Pelajar hendaklah mempunyai kebolehan untuk merefleksi kendiri, dan menyedari langkah pembelajaran selanjutnya.
    • Guru hendaklah melengkapkan pelajar dengan usaha-usaha meningkatkan kemahiran penilaian kendiri.
    9
  • 53. PENILAIAN UNTUK PEMBELAJARAN hendaklah mengenal pasti pencapaian semua pelajar PENGHARGAAN
    • Penilaian Untuk Pembelajaran hendaklah digunakan untuk meningkatkan peluang-peluang pembelajaran.
    • Ini membolehkan pelajar mencapai kejayaan dan penghargaan.
    10
  • 54. PERANCANGAN PENILAIAN Sebelum menjalankan penilaian untuk pembelajaran (formatif), perancangan perlu dibuat.
    • RANCANGAN
    • PENTADBIRAN
    • PENTAFSIRAN
    • PENGAJARAN
    HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU 2008 DARJAH 1 HINGGA 4
  • 55. PERANCANGAN PENILAIAN
    • Apakah matlamat umum / khusus yang ingin dicapai.
    • Bagaimanakah matlamat tersebut di terangkan kepada murid?
    • Kemahiran/pengetahuan apa yang hendak diukur?
    • Di peringkat proses pembelajaran yang manakah harus dijalankan penilaian?
    • Apakah jenis dan ciri-ciri tugasan yang akan dijalankan?
    • Bagaimanakah penilaian akan dijalankan?
    • Bagaiamanakah hasil penilaian diterangkan kepada murid?
    • Kegiatan susulan apakah yang boleh dijalankan?
  • 56. PERANCANGAN PENILAIAN
    • PENTADBIRAN
    • Adakah murid faham akan matlamat tugasan yang diberikan?
    • Adakah murid faham akan tahap pencapaian yang harus dicapai?
    • Di manakah penilaian tersebut akan dijalankan?
    • Berapa lamakah masa yang akan diambil?
  • 57. PERANCANGAN PENILAIAN
    • PENTAFSIRAN
    • Adakah bukti/dapatan penilaian menunjukkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran?
    • Bagaimanakah maklum balas dapat diberikan kepada murid? Lisan atau Tulisan?
  • 58. PERANCANGAN PENILAIAN
    • PENGAJARAN
    • Strategi apakah yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan pembelajaran murid?
    • Kegiatan susulan apakah yang perlu dirancang?
    • Bagaimanakah murid dapat dipandu untuk mencapai matlamat yang baharu.
  • 59. Kajian Penilaian Formatif
    • Black & Wiliam’s (1998) mengatakan bahawa Penilaian Formatif boleh meningkatkan pembelajaran
    • Penilaian Formatif boleh meningkatkan Penilaian Sumatif
    • Penilaian Formatif yang baik bergantung kepada
      • Amalan muhasabah dan maklum balas
      • Kepiawaian penilaian dan krriterianya
      • Penilaian kendiri pelajar
    KAJIAN PENILAIAN Kelvin Tan, 2009
  • 60.
    • Apakah kesan penilaian untuk pembelajaran?
      • meningkatkan pembelajaran (keputusan)
      • Keseronokan pembelajaran
    • Apakah kesan penilaian kepada pembelajaran?
      • Melemahkan pembelajaran (lantaran pelaksanaan/pengurusan yang kurang baik)
      • Membosankan pembelajaran (masih relevan?)
      • Mengubah pembelajaran (penilaian mengambil alih pembelajaran)
    PENILAIAN & PEMBELAJARAN Kelvin Tan, 2009
  • 61. Visi Guru Singapura:
    • Petunjuk
    • Prihatin
    • Pencetus
    KAJIAN PENILAIAN
  • 62. KAJIAN PENILAIAN Penilaian dapat membentuk pembelajaran dan corak pendidikan masa depan Boud (2000, 2007) Sustainable assessment can be defined as assessment that meets the needs of the present and prepares students to meet their own future learning needs .
  • 63. KAJIAN PENILAIAN
    • Kajian penilaian
    • dapat membantu peningkatan keupayaan dalam pembelajaran.
    • dapat mengubah suai kandungan dan konteks pembelajaran
    • dapat merancang keperluan masa depan
  • 64. Tamat