Pantun Jenaka

122,866 views
122,656 views

Published on

20 rangkap pantun klasik yang berkisar dengan tema jenaka. Rujuk http://www.saujana.sg/Wiyata/KongsiSlaid/PANTUN/tabid/2326/Default.aspx

Published in: Education
0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
122,866
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
20
Actions
Shares
0
Downloads
377
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pantun Jenaka

  1. 1. Pantun Klasik enaka J www.saujana.sg MOHAMED NAIM DAIPI
  2. 2. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (1) A pi terang banyak kelekatu, Masuk ke kamar bersesak-sesak; Alangkah geli rasa hatiku, Melihat nenek bergincu berbedak.
  3. 3. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (2) O rang Rengat menanam betik, Betik disiram air berlinang; Hilang semangat penghulu itik, Melihat ayam lumba berenang.
  4. 4. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (3) G emuruh tabuh bukan kepalang, Diasah lembing berkilat-kilat; Gementar tubuh harimau belang, Nampak kambing pandai bersilat.
  5. 5. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (4) B uah salak di rumah Tok Imam, Sirih sekapur pergi menjala; Anjing menyalak harimau demam, Kucing di dapur pening kepala.
  6. 6. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (5) B iduk buluh bermuat tulang, Anak Siam pulang berbaris; Duduk mengeluh panglima helang, Melihat ayam bercengkang keris.
  7. 7. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (6) B uah jering dari Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Dengar tupai membaca kitab.
  8. 8. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (7) C edok air di dalam perigi, Tali timbanya panjang sehasta; Jikalau kucing tak bergigi, Alamat tikus bangun berdansa.
  9. 9. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (8) P okok pinang batangnya condong, Dipukul ribut berhari-hari; Kucing berenang tikus berdayung, Ikan di laut berdiam diri.
  10. 10. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (9) T a nam pinang di atas kubur, Tanam bayam jauh ke tepi; Walaupun musang sedang tidur, Mengira ayam di dalam mimpi.
  11. 11. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (10) o rang menganyam sambil duduk, Kalau sudah bawa ke balai; Melihat ayam memakai tanduk, Datang musang minta berdamai.
  12. 12. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (11) G adis Pak Yahya menulis surat, Isterinya pula duduk bersisir; Buaya bingkas melompat ke darat, Melihat kambing terjun ke air.
  13. 13. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (12) J emur bijan dengan kulitnya, Jemur di atas pohon lembayung; Hari hujan sangat lebatnya, Lamun si Pandir mengepit payung.
  14. 14. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (13) E lok rupanya pohon belimbing, Tumbuh dekat limau lungga; Elok berbini orang sumbing, Walau marah ketawa juga.
  15. 15. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (14) A nak dara Datuk Petinggi, Buat gulai ikan tilan; Datuk tua tak ada gigi, Apabila makan terus ditelan.
  16. 16. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (15) P ohon manggis di tepi rawa, Tempat datuk duduk berbaring; Sedang menangis nenek tertawa, Melihat datuk bermain gasing.
  17. 17. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (6) A nak cina menggali cacing, Lepas menggali bermain gasing; Jika penjual sendiri tak kenal dacing, Alamat penjual kepala pusing.
  18. 18. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (17) B apa gergasi menebar jala, Pegang tali melintuk-liuk; Masakan pengerusi tak garu kepala. Melihat ahli semua mengantuk.
  19. 19. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (18) S ingapura dilanggar todak, Kapal karam di Tanjung Peringin; Orang tua beristerikan budak, Macam beruk mendapat cermin.
  20. 20. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (19) D itiup angin bunga semalu, Kuncup daun bila berlaga; Bercakap Melayu kononnya malu, Belacan setongkol dibedal juga.
  21. 21. www.saujana.sg PANTUN JENAKA (20) L ebuh raya kota bersegi, Tempat temasya dara teruna; Hodohnya ketawa orang tak bergigi, Ibarat kota tiada kubunya.

×