Pantun Bahagian Kedua

21,145 views

Published on

Pantun bahagian kedua: bentuk dan jenis www.saujana.sg

Published in: Education
1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
21,145
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1,205
Actions
Shares
0
Downloads
370
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pantun Bahagian Kedua

  1. 1. PANTUN BAHAGIAN KEDUA MOHAMED NAIM DAIPI www.saujana.sg
  2. 2. Dalam bahagian pertama, kita telah mempelajari cirri-ciri pantun. Bahagian kedua pula akan menyentuh bentuk dan jenis pantun. Pantun yang mengandungi pembayang dan maksud mempunyai beberapa bentuk, iaitu:  Pantun dua baris (pameo / karmina)  Pantun empat baris (kuatren)  Pantun enam baris (talibun)  Pantun lapan baris Bentuk pantun boleh terdiri lebih daripada lapan baris tetapi jumlah baris bagi pembayang dan maksudnya hendaklah sama banyak.
  3. 3. Terdapat 10 jenis pantun, iaitu:  Pantun adat dan resam manusia  Pantun agama dan kepercayaan  Pantun budi  Pantun jenaka  Pantun perpisahan  Pantun pahlawan  Pantun nasihat  Pantun peribahasa  Pantun percintaan  Pantun teka-teki
  4. 4. 1 PANTUN ADAT DAN RESAM MANUSIA Baik-baik mengail tenggiri Jangan kena jambatan larangan Baik-baik merendah diri Jangan muka disapu arang. Anak CIna menjual madat Dari Makasar langsung ke Deli Hidup di dunia biar beradat Bahasa tidak terjual beli.
  5. 5. 2 PANTUN AGAMA DAN KEPERCAYAAN Banyaklah hari antara hari, Tidak semulia hari Jumaat; Banyak nabi antara nabi, Tidak semulia Nabi Muhammad. Hari ini hari Khamis, Hari esok hari Jumaat; Barang siapa tersenyum manis, Itulah tanda umat Muhammad.
  6. 6. 3 PANTUN BUDI Anak beruk di tepi pantai, Pandai melompat pandai menari; Biar buruk kain dipakai, Asal hidup pandai berbudi. Puas saya bertanam ubi, Nanas juga dipandang orang; Puas sudah kutabur budi, Emas juga dipandang orang.
  7. 7. 4 PANTUN JENAKA Buah salak di rumah Tuk Imam, Sirih sekapur pergi menjala; Anjing menyalak harimau demam, Kucing di dapur pening kepala. Lenggang lenggang kangkung, Kangkung di atas kotak; Nasib abang sungguh beruntung, Dapat isteri rambutnya botak.
  8. 8. 5 PANTUN PERPISAHAN Hari ini menanam jagung, Hari esok menanam serai; Hari ini kita berkampung, Hari esok kita bercerai. Asap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati tak mahu bercerai, Kehendak Allah siapa tahu.
  9. 9. 6 PANTUN PAHLAWAN Apa guna kepuk di ladang, Kalau tidak berisi padi; Apa guna berambut panjang, Kalau tidak berani mati. Kalau tuan pergi ke pasar, Belikan saya ikan bilis; Kalau tuan bercakap besar, Mari kita beradu keris.
  10. 10. 7 PANTUN NASIHAT Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendaklah dicari, Mana yang dapat jangan di lupa. Dayung perahu tuju haluan, Bawa rokok bersama rempah; Kalau ilmu tidak diamalkan, Ibarat pokok tidak berbuah.
  11. 11. 8 PANTUN PERIBAHASA Anak merpati disambar helang, Terbang ke titi di dalam huma; Harimau mati meninggalkan belang. Manusia mati meninggalkan nama. Ke tanjung menjual bayam, Dayung terlepas sampan terapung; Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung.
  12. 12. 9 PANTUN PERCINTAAN Dari mana punai melayang, Dari paya turun ke padi; Dari mana datangnya sayang, Dari mata turun ke hati. Buah selasih di atas bangku, Ditanam orang dipangkal serai; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan berderai.
  13. 13. 10 PANTUN TEKA-TEKI Kalau ada tombak Kencana, Gunung Daik boleh didaki; Kalau tuan bijak laksana, Apa binatang keris di kaki? Kalau tuan bawa keladi, Bawa juga si pucuk rebung; Kalau tuan bijak bestari, Apa binatang tanduk di hidung?

×