Daftar Homonim P6

2,467 views
2,397 views

Published on

Siri Pemaknaan Kata - Daftar Homonim untuk P6

Published in: Education, Technology
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,467
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
88
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Daftar Homonim P6

  1. 1. www.saujana.sg daftar kata homonim P6 Nama : ________________________________________ Darjah : _______________________________________ Sekolah : ______________________________________
  2. 2. 1. ACU Perompak itu mengacukan pistolnya ke arah pengawal bank itu. Acuan kuih yang dipegang ibu itu berbentuk bintang. 2. ADA Ayah saya ada sebidang tanah di Indonesia. Walaupun kurang berada, hidupnya makmur dan bahagia. 3. ADU Dia mengadukan kenakalan adiknya kepada ayahnya. Badang pun beradu dengan panglima dari Benua Keling itu. 4. AGUNG P. Ramlee dikenali sebagai seniman agung. Mesyuarat agung persatuan itu akan berlangsung pada hari Ahad ini. 5. AKU Aku tidak berani berkata dusta kepada kedua- dua ibu bapa saya. Penjahat itu tidak mengaku akan kesalahannya 6. ALAH Dia mengalah tetapi tidak semestinya dia bersalah. Pesakit itu alah akan ubat antibiotik itu 7. ALAM Dia mendapat banyak pengalaman sewaktu mendaki gunung Everest. Semua selok-belok alam ini belum diketahui manusia. 8. ALAMAT Dia menulis alamat rumah kawannya di sampul surat itu. Bunyi ayam berkokok alamat hari hendak siang. 9. ALAS Dia memberikan alasan yang menasabah akan kelewatannya pagi tadi. Ibu mengalas meja itu dengan kain batik dari Kelantan 10. ALIR Air sungai itu mengalir dengan deras. Air matanya mengalir ketika dimarahi cikgu. 11. AM Saya hendak bermandi-manda di Pantai Changi pada hari kelepasan am ini. Membaca buku itu dapat menambahkan pengetahuan am kita. 12. AMBANG Budak itu duduk di ambang pintu rumahnya. Sebelum melangkah ke ambang perkahwinan, abang saya mengikuti kursus. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  3. 3. 13. AMPU Kayu yang mengampu pondok itu sudah patah. Sesiapa yang pandai mengampu akan dber hadiah. 14. ANCAM Penculik itu mengancam akan membunuh mangsanya. Kejadian tanah runtuh boleh mengancam nyawa manusia. 15. ANGGUR Pemuda itu terus menganggur sejak berhenti dari sekolah. Anggur yang dibeli oleh ibu saya itu sangat manis. 16. ANTARA Dia menunggu saya antara pukul dua hingga pukul empat petang. Antara yang cedera dalam kejadian itu ialah abang saya. 17. ASLI Barang-barang yang tidak asli tidak dijual di kedai antik itu. Dia mengirim karangan aslinya kepada editor akhbar itu. 18. BADAN Badan itu dianggotai oleh belia-belia di kampung itu. Badan pemuda itu calar-balar kerana bergelut dengan harimau itu. 19. BAHASA Bahasa yang diucapkan oleh budak itu sopan. Budak yang tidak berbahasa itu ditegur oleh pengetua. 20. BALAS Jika kamu menderhaka kepada ibu kamu, kamu akan mendapat balasan. Saya hendak membalas surat yang dikirim oleh abang saya itu. 21. BANGKIT Biskut yang bangkit itu sangat harum. Abang saya baru bangkit dari tidurnya. 22. BARANG Barang yang lepas jangan selalu dikenang. Semua barang itu telah saya simpan ke dalam stor. 23. BEKAS Bekas yang berisi minyak wangi itu cantik dan berwarna-warni. Profesor Tarmimi ialah bekas pelajar Sekolah Rendah Griffiths. 24. BEKU Air yang disimpan ke dalam peti sejuk itu telah beku. Fikirannya beku jikalau dia terlalu penat. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  4. 4. 25. BELAH Pemuda yang tampan itu sedang membelah kayu api. Budak kecil itu duduk di sebelah datuk saya. 26. BELAS Dia berasa belas setelah melihat kehidupan pengemis itu. Kawan baik saya itu tinggal di tunggal tiga belas. 27. BIAR Wanita itu dihukum kerana membiarkan bayinya di kolong flat itu. Berilah aku peluang biar aku membaiki kesalahanku itu. 28. BIASA Keadaan huru-hara di negeri itu telah pulih seperti biasa. Saya biasa tidur di atas gunung yang tinggi itu. 29. BILANG Adik hendak membilang duit di dalam tabung itu. Saya akan bilang ibu jika anda berbuat nakal lagi. 30. BISA Dia pengsan kerana patukan ular itu sangat bisa. Darlina bisa bertutur bahasa Jerman dan Perancis. 31. BOLOT Dia telah membolot hadiah pertama dalam peraduan mengarang itu. Pemuda itu membolot kepalanya dengan tuala. 32. BUNGA Dia hanya mengeluarkan bunga wang simpanannya itu. Bunga itu layu kerana cahaya matahari tersangat panas. 33. BURUK Mukanya yang buruk itu menakutkan kanak- kanak. Perangainya yang buruk itu telah memalukan keluarganya. 34. BUSUK Mayat yang telah berbau busuk itu tela diusung ke bilik mayat. Menteri yang mengambil rasuah itu meninggal dunia dengan nama yang busuk. 35. BUTA Orang buta itu berjalan dengan menggunakan tongkat putih. Pada pagi buta itu, nelayan tua itu sudah berada di pantai. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  5. 5. 36. CABANG Cabang pokok itu patah lalu menghempap kereta itu. Perpustakaan dan cabang-cabangnya akan mengadakan rumah terbuka. 37. CABUT Budak-budak nakal itu cabut apabila pengetua sekolah datang. Pekebun itu hendak mencabut ubi kayu itu. 38. CELAH Dia dimarahi ayah kerana suka mencelah percakapan beliau. Dia memasukkan kertas di celah dinding itu. 39. CERAH Masa depan anda akan cerah jika anda rajin belajar. Kakaknya keluar rumah ketika langit kelihatan cerah. 40. CERUT Asap cerut yang dihisap oleh datuk saya itu berbau busuk. Dia mati akibat tali yang mencerut lehernya. 41. CUCUK Setelah bersara, ayah dan ibunya bercucuk tanam. Singsih itu mencucuk badan pesakitnya dengan peniti. 42. CUIT Dia terbahak-bahak kerana pelawak itu pandai mencuit hatinya. Abu mencuit bahu saya lalu memberi salam. 43. DAPAT Dia mendapat hadiah pertama dala peraduan itu. Dia dapat membuktikan kebenarannya. 44. DARAT Abang hendak melamar pekerjaan sebagai tentera darat. Helikoter itu mendarat secara cemas kerana kehabisan minyak. 45. DAYA Jika saya berdaya, saya akan membantunya. Walaupun dia pernah memperdaya saya, saya tetap berkawan dengannya. 46. DINGIN Projek itu gagal kerana mendapat sambutan dingin. Dia berbaju tebal kerana Bilik komputer itu sangat dingin. 47. EDAR Pengedar dadah yang terkenal itu telah mati di tali gantung. Setelah hujan reda, awan mendung pun beredar. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  6. 6. 48. ELOK Eloklah anda meminta izin daripada ayah anda dahulu. Buah epal itu masih elok lagi, jangan dibuang. 49. ERTI Perkataan yang kamu sebut itu, tidak mempunyai erti. Segala penat lelah awak tidak akan bererti jika kamu tidak mengambil peperiksaan. 50. FAEDAH Dia mendermakan semua faedah wang simpanannya kepada pertubuhan itu. Awak pasti mendapat faedah jika awak membaca buku itu. 51. GANTUNG Kejayaan seseorang dalam peperiksaan bergantung kepada ketekunannya. Pengedar dadah itu telah digantung sehingga mati. 52. GELORA Pada musim ribut, air laut bergelora. Hatinya bergelora setelah berita sedih itu didengarinya. 53. GIAT Budak nakal itu menggiat adik saya sehingga adik saya menangis. Abang saya bergiat di Kelab Masyarakat Tampines West. 54. GONDOL Kamariah menggondol beberapa hadiah dalam pertandingan itu. Luncai menangis ketika melihat kepala sultan yang gondol itu. 55. GUGUR Panglima perang itu gugur ketika bertempur dengan musuh. Pekebun itu menyapu daun-daun pokok yang gugur itu. 56. HABIS Dia belum menghabiskan tugasan yang diberi oleh gurunya. Habis membaca, dia menonton siri kartun di televisyen. 57. HAL Hal itu telah diadukan kepada pengetua dan ibu bapanya. Mesyuarat itu akan membincangkan beberapa hal penting. 58. HALUAN Nakhoda muda itu berdiri di haluan bahteranya. Pencuri itu lari lintang-pukang tanpa haluan. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  7. 7. 59. HAMPIR Budak kecil itu hampir dilanggar kereta biru itu. Rumah barunya hampir dengan Kompleks Sukan. 60. HANGAT Pesta Muzik di Pulau Sentosa mendapat sambutan hangat. Saya membawanya bertemu dengan doktor kerana suhu badannya hangat. 61. HANYUT Sampan itu hanyut dibawa oleh arus sungai itu. Harta bendanya hanyut setelah dia kaki judi. 62. HAPUS Dosanya akan hapus sekiranya dia bertaubat. Parut di mukanya itu tidak akan hapus. 63. HARAM Orang asing itu ditangkap kerana masuk ke negara kita secara haram. Binatang itu haram dimakan oleh orang-orang Islam. 64. HARAP Saya berharap akan menemuinya ketika berada di negeri itu. Orang-orang tua itu mengharapkan belas ihsan orang ramai. 65. HARGA Buku yang tebal itu berharga seratus dolar. Ikutilah nasihatnya kerana nashatnya itu amat berharga. 66. HARUM Namanya harum setelah memenangi hadiah menulis novel itu. Bunga yang harum itu dipetik oleh ibu saya. 67. HARUS Pesalah itu harus dihukum dengan seberat- berat hukuman. Mandi tiga kali sehari adalah harus hukumnya di sisi agama Islam . 68. HEBOH Kejadian yang aneh itu heboh diperkata orang. Majlis itu menjadi heboh apabila tuan rumahnya ditangkap oleh polis. 69. HELAH Pesalah itu mencari helah untuk melepaskan dirinya. Pelajar itu memberi berbagai-bagai helah kerana kelewatanya itu. 70. HEMPAS Petani-petani itu bernyanyi ketika menghempas padi. Ketika marah, dia telah menghempas daun pintu. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  8. 8. 71. HENTI Enjin kereta itu berhenti tiba-tiba ketika kami melalui tanah perkuburan itu. Dia berhenti kerja kerana tidak tahan dengan keletah majikannya. 72. HIDU Kakak saya sedang menghidu bunga ros itu. Pihak polis dapat menghidu gerakan kumpulan haram itu. 73. HIDUP Beliau hidup bahagia kerana beliau berharta, sihat dan mesra dengan keluarganya. Televisyen itu terus hidup, sedangkan dia terus dilamun mimpi. 74. HILANG Perasaan marahnya belum hilang lagi walaupun telah dipujuk oleh ibunya. Rantai dan cincin emasnya hilang ketika dia menginap di hotel itu. 75. HIMPIT Lori yang besar itu terus menghimpit ke tepi jalan lalu berhenti. Kehidupan keluarganya terhimpit setelah kematian ayahnya. 76. HITUNG Dia hendak menghitung wang di dalam celengan itu. Hang Tuah hendak membuat perhitungan dengan Hang Jebat. 77. HULU Dia ke hulu kampung itu dengan menaiki sampan. Hulu keris itu dibuat daripada gading. 78. HULUR Lelayang itu melayang ke angkasa setelah dia menghulur benangnya. Dia menghulur dua dolar kepada pengemis itu. 79. IBARAT Jadikanlah ibarat jika pengajarannya itu memanfaatkan anda. Hidupnya terumbang-ambing ibarat sampah dilamun ombak. 80. IKAT Kami mengikat tangan pencuri itu dengan tali. Sebelum keluar rumah, beliau mengikat serbannya. 81. IKUT Kakak saya suka mengikut ibu ke pasar. Semua pelajar dikehendaki mengikut peraturan sekolah. 82. INGAT Dia tidak teringat hendak memulangkan buku itu. Walaupun telah tua, ingatannya masih kuat. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  9. 9. 83. JABAT Setelah berjabat tangan, mereka berpeluk- pelukan. Bapa saya menjabat jawatan pengurus di syarikat itu. 84. JADI Jika saya besar, saya hendak menjadi inspektor polis. Setelah lukisannya jadi, dia pun bermain bola. 85. JAGA Polis itu sedang menjaga bank itu. Setiap orang hendaklah menjaga kesihatan dirinya. 86. JALAN Setiap pagi, dia berjalan ke sekolah. Jalan ke kampung itu lekak-lekuk. 87. JALIN Kami menjalin persahabatan melalui internet. Jalinan cerita itu amat menyeronokkan pembacanya. 88. JAMU Wanita Indonesia itu pernah menjual jamu. Dia mengundang saya ke rumahnya kerana hendak menjamu saya. 89. JANGKA Saya menjangka bahawa dia akan datang pada pukul dua nanti. Jangka masa yang diberikan kepada saya amat singkat. 90. JANJI Jika sudah sampai janjinya, dia akan pulang ke rahmatullah juga. Dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh. 91. JATUH Orang itu muflis kerana harga saham yang dimilikinya jatuh. Budak yang jatuh di tengah padang itu, adik saya. 92. JAUH Rumahnya tidak berapa jauh dari sekolah. Walaupun adik beradik, adiknya jauh lebih pandai daripada abangnya. 93. JEBAK Pemburu itu menembak harimau yang masuk ke dalam jebaknya. Janganlah sekali-kali kamu terjebak dengan pengaruh penagih-penagih itu. 94. JEJAK Wanita tua itu ternampak jejak harimau di tepi pantai Pulau Ubin. Saya hendak mengikut jejak abang saya menjadi seorang peguam. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  10. 10. 95. JELANG Dia jarang menjelang jirannya kerana terlalu sibuk. Menjelang tengah malam, barulah kami masuk ke kamar tidur. 96. JELAS Fuad telah menjelaskan hutangnya kepada Gani. Jika tidak faham, cikgu akan menjelaskannya sekali lagi. 97. JUNJUNG Peniaga India itu sedang menjunjung bakul besar yang berisi kacang goreng. ‘Junjunglah bahasa kita agar tidak lenyap ditelan zaman,” kata bahasawan itu. 98. KACAU Pak cik saya sedang mengacau dodol.. Budak yang mengacau adik saya tadi telah dimarahi bapanya. 99. KAKU Mayat yang terbujur kaku itu sedang dikawal oleh polis. Lukisan itu tidak laku kerana kaku dan warna kurang menarik. 100. KALAH Pasukan Abadi kalah dalampertandingan itu. Di segi pendidikan, wanita Melayu tidak kalah dengan Wanita bangsa Asia. 101. KANAN Di sebelah kanan jalan raya itu ditanam dengan pokok mangga. Guru kanan sekolah itu akan bersara pada bulan hadapan. 102. KARAM Bahtera yang karam dua ratus tahun dahulu telah ditimbulkan. Kampung itu karam oleh air hujan dan air sungai itu. 103. KARANG Dia memasukkan batu karang itu ke dalam akuarium. Penulis itu hendak mengarang sebuah novel sejarah. 104. KASAR Dia ke kedai runcit itu kerana hendak membeli garam kasar. Kami tidak berkawan dengannya kerana perbuatannya amat kasar. 105. KAWAT Askar-askar itu sedang berkawat di tengah panas itu. “Jangan pegang kawat yang hidup itu!” kata Cikgu. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  11. 11. 106. KAYA Walaupun kaya, perangainya tidak angkuh. Buah-buahan itu kaya dengan vitamin C. 107. KECIL Walaupun rumahnya kecil, dia berasa selesa. Mesyuarat itu membincangkan perkara-perkara yang kecil sahaja. 108. KECUT Jika awak kecut janganlah bercampur dengan kami. Limau kasturi di atas meja itu sedah kecut. 109. KEJAM Pemuda yang kejam terhadap binatang itu ditahan polis. Dikejamkan matanya apabila angin yang menerbangkan debu-debu itu bertiup ke arahnya. 110. KEJUT Dia terkejut setelah mendengar berita yang menggemparkan itu. Dia terkejut dari tidurnya pada jam tiga pagi. 111. KELAM Apabila hari mulai kelam, ayam-ayam pun masuk ke dalam reban. Orang tua itu menyuruh saya membaca surat itu kerana matanya telah mulai kelam. 112. KELAR Kelar di pipinya akibat dicekau oleh anita itu. Rotan yang panjang itu telah dikelar oleh ayah. 113. KELAS Cikgu masuk ke dalam kelas lalu memanggil ketua murid. Dia membayar tambang tiket kelas dua ketika menaiki keretapi itu. 114. KELUAR Sejak keluar dari penjara, kami tidak pernah melihatnya. Buku mengenai ilmu falak itu akan keluar pada bulan hadapan. 115. KEMAS Gadis yang datang ke rumah Aznah itu berpakaian kemas. Ikatan tali itu sungguh kemas hingga skar hendak dihuraikan. 116. KEMBALI Setelah majlis syarahan itu selesai, dia segera kembali ke rumahnya. Setelah berpisah selama lima tahun, kami bertemu kembali di Pawagam Lido. 117. KEMBANG Kemajuan Singapura akan terus berkembang jika rakyatnya terus rajin. Kembang itu layu kerana tidak disiram air. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  12. 12. 118. KENAN Sultan Syahrul Haikal berkenan setelah mendengar nyanyian gadis itu. Mereka percaya akan kecacatan budak itu akibat ibunya terkenan semasa hamil. 119. KENDUR Ayah menarik dawai ampaian itu kerana telah terlalu kendur. Kulit wanita tua itu kendur kerana usianya semakin meningkat. Peraturan itu telah dikendurkan kerana orang ramai telah sedar. 120. KEPALA Kepala jejaka itu cedera akibat sampah maut yang dicampak dari flat itu. Kepala samseng yang ganas itu telah mati tertembak. Nasihat baik orang tua itu akhirnya masuk ke dalam kepalanya. 121. KERAS Batu yang keras itu boleh lekuk kerana titisan air. Kejayaannya dalam bidang komputer itu berkat kerja kerasnya. Akibat pemeriksaan imigresen yang terlalu keras itu, ramai penduduk Singapura tidak mahu ke Malaysia lagi. 122. KERING Akibat musim kemarau yang berpanjangan, kolam air itu kering. Dia mengesat peluh di wajahnya dengan kain yang kering itu. Wangnya kering kerana harga semua sahamnya jatuh serta-merta. 123. KESAN Jejak langkah kumpulan penjahat itu telah dikesan oleh pihak polis. Hukuman itu tidak meninggalkan kesan kepada penagih-penangih dadah itu. Saya terkesan akan kata-katanya yang celopah itu. 124. KESAT Peluh dan keringat di wajahnya dikesat dengan sehelai sapu tangan. Kata-kata yang kesat boleh menyinggung perasaan seseorang. Dia sedang mengecat tembok yang kesat itu. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  13. 13. 125. KETAT Seluar yang dipakai oleh pemuda itu sangat ketat. Peraturan sekolahnya semakin ketat kerana para pelajar semakin tidak berdisiplin. pameran barang-barang perhiasan purba itu dikawal dengan ketat. 126. KILAT Kilat yang memancar dengan terang itu menandakan hujan akan turun. But askar muda itu sangat berkilat. Keputusan kilat pilihan raya itu akan disiarkan secara langsung. 127. KIRA Sekiranya dia datang, sambutlah dia dengan mesra. Wang simpanannya itu dikira dengan teliti. Saya kira, dia akan membalas dendam kerana kematian abang kandungnya itu. 128. KORBAN Daging korban itu dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin. Dalam pertempuran itu, leftenan Adnan telah terkorban. Saya sanggup berkorban nyawa, demi bangsa dan nusa. 129. KOSONG Dalam sejuta ada enam angka kosong. Dia berasa kekosongan setelah kematian isterinya. Beliau menjadi pengurus setelah jawatan itu dikosongkan oleh abangnya. 130. KOTOR Kakak saya memungut pakaian kotor itu kerana hendak dicucinya. Alangkah aibnya saya setelah mendengar kata- kata awak yang kotor itu. Nama baik keluarganya dikotori dengan perbuatannya yang serakah itu. 131. KUAT Badang yang kuat itu hendak menentang panglima dari Benua Keling. Walaupun sudah tua, tubuhnya masih kuat lagi. Perabot-perabot antik di rumahnya itu masih kuat lagi. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  14. 14. 132. KURANG Setelah dihitungnya, wangnya masih kurang lagi untuk membeli buku tebal itu. Negara-negara yang kurang maju dibantu oleh Bank Dunia. Walaupun serba kekurangan, dia tidak pernah berputus asa. 133. KUSUT Fikirannya kusut kerana tidak dapat menyelesaikan masalah itu. Dia hendak menyikat rambutnya yang kusut itu. 134. LAGI Selagi dia tidak mahu memohon maaf, saya tidak akan menyapanya. Dia lagi yang didenda oleh pengetua. Kalau demikian, mati lagi baik daripada hidup. 135. LAHIR Kakak hendak melahirkan anak sulungnya di Hospital Kandang Kerbau. Dia melahirkan rasa marahnya di hadapan Datuk Penghulu. Pada lahirnya dia bengis tetapi sebenarnya dia berhati mulia. 136. LAIN Dia tidak mahu membaca buku lain. Walaupun berlainan bangsa dan agama, kami hidup harmoni. Semua murid turut berdarmawisata melainkan Ruslan. 137. LAKU Ibunya terkejut kerana kelakuannya telah berubah. Keluarganya menyingkirkan Ali setelah dia melakukan perbuatan terkutuk itu. Setelah semua jualannya laku dia pun pulang ke rumah. 138. LALU Ketika cikgu lalu di hadapan kami, kami berdiam diri. Pada minggu lalu, kami menonton drama pentas yang bertajuk `Salina’. Kami ttidak berkawan dengannya kerana dia terlalu sombong. 139. LAMBAT Dia lambat ke sekolah kerana sakit perut. Dia berjalan lambat kerana kakinya sakit. Bunga ini lambat kembangnya tetapi cepat layu. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  15. 15. 140. LAMPAU Pada zaman lampau, orang Melayu lebih bergotong-royong. Perbuatannya yang melampaui batas itu telah memalukan keluarganya. 141. LANCAR Bacaannya lancar dan jelas. Amerika telah melancarkan sebuah kapal angkasa ke marikh. Negara Iraq telah melancarkan peperangan ke atas Kuwait. 142. LANGGAR Dua buah kereta berlanggar di jalan itu. Dia dihukum kerana melanggar undang- undang. Cina dijangka akan melanggar Taiwan. 143. LANGKAH Dia bergerak dua langkah ke belakang. Langkah pemuda itu menyelamatkan budak itu sangat dialu-alukan. 144. LANGSUNG Perlawanan bola sepak itu akan ditayangkan secara langsung. Mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan. Perjumpaan Hari Raya akan berlangsung di Dewan Serbaguna Kelab Masyarakat itu. 145. LANJUT Walaupun usinya sudah lanjut, beliau masih bekerja. Cikgu menjelaskan perkara itu dengan lanjut agar murid-muridnya tidak keliru. Abang saya hendak melanjutkan pelajarannya ke Universiti Nasional Singapura. 146. LAPANG Jika anda mempunyai waktu lapang, datanglah ke rumah saya. Walaupun biliknya tidak selapang bilik ayahnya, dia berasa selesa. Dia hendak melanjutkan pelajaranya dalam lapangan ekonomi. 147. LARUT Gula larut dengan cepat dalam minuman itu. Ayah pulang ke rumah larut malam kerana mencari rezeki. 148. LAWAN Dalam perlawanan itu, Mike Tyson kalah dengan kiraan mata. Perbuatan kamu itu berlawanan dengan ajaran Islam dan Budaya Melayu. Janganlah kamu melawan ibu bapa kamu. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  16. 16. 149. LEBIH Ilmu lebih berharga daripada segunung harta. Wang lebih daripada pembelian itu telah dimasukkan ke dalam bank. Sudah lima tahun lebih, kami tidak menemuinya lagi . 150. LEGAR Helikopter itu berlegar di angkasa sebelum melepaskan tembakan. Cerita itu berlegar tentang dunia remaja. Mereka melegari Kaabah sebelum pulang ke hotel. 151. LEPAS Burung di dalam sangkar itu telah terlepas. Pada hari Ahad lepas, saya dan Tini menonton wayang. Selepas menghabiskan tugasan, dia menonton televisyen. 152. LEWAT Ketika aku lewat di hadapan rumahnya, Pak Abu sedang menyiram pokok. Kalau dia lewat lagi, guru disiplin akan mendendanya. Kalau tindakannya melewati batas, saya akan membuat aduan kepada polis. 153. LIAR Di dalam hutan itu terdapat beberapa ekor binatang liar. Saya tidak gentar dengan tuduhan liar yang dilemparkannya kepada saya. Pemuda-pemuda itu berkeliaran di Pusat Membeli-belah itu. 154. LICIN Semua wang dan hartanya licin kerana sifatnya yang suka berjudi. Projek itu berjalan dengan licin walaupun kekurangan biaya. Kulit muka seniwati filem itu putih dan licin 155. LINDUNG Penjahat berlindung di rumah bapanya. Apabila hujan turun lebat, kami berlindung di bawah pokok itu. Undang-undang dicipta untuk melindungi keselamatan orang ramai. 156. LINTAS Ali membantu orang buta itu melintas jalan. Apabila kejadian itu terlintas di kepalanya, dia berduka. Setiap pagi, dia akan melintas di hadapan rumah saya. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  17. 17. 157. LONGGAR Sepatu yang dibelinya longgar sedikit. Semenjak pertengkaran itu, persahabatannya longgar sedikit. Pemerintah telah melonggarkan sedikit peraturan itu. 158. LUANG Kalau ada peluang, saya hendak menyertai peraduan itu. Setiap waktu terluang, mereka akan bertemu dan berbual-bual. Sahlan meluangkan masanya untuk bertemu dengan neneknya sekali seminggu. 159. LUAS Bilik yang luas itu menjadi sempit kerana terlalu banyak perabot. Dia mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang komputer. Bahasa Melayu semakin luas penggunaannya. 160. LUCUT Dia segera melucutkan pakaiannya lalu terjun ke dalam laut. Polis segera melucutkan senjata penjahat yang baru ditangkapnya itu. Pengurus telah melucutkan jawatan kerani itu kerana tidak amanah. 161. LULUS Syakir lulus dengan markah cemerlang. Nenek terkial-kial memasukkan benang ke jarum itu sehingga lulus. 162. LULUS Azman lulus peperiksaannya dengan markah yang cemerlang, Permintaannya untuk bercuti selama sebulan telah diluluskan oleh majikannya. Walaupun penjara itu dikawal rapi, banduan itu dapat meluluskan dirinya. 163. MADU Minuman itu dicampur dengan madu. Wanita yang bersanggul itu madu kepada Puan Rohani. 164. MAIN Para pemain yang kurang disiplin akan digugurkan. Walaupun kecil, dia sukan mempermainkan saya. Mainan yang baru dibelinya itu berharga dua ratuis dolar. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  18. 18. 165. MAJU Dia maju ke tengah gelanggang lalu menghunuskan kerisnya. Negara yang maju hendaklah membantu negara yang mundur. Dia memajukan cadangannya secara bertulis. 166. MASAK Buah yang dipetiknya itu belum masak lagi. Walaupun usianya masih muda, fikirannya sudah masak. Ibu masuk ke dapur kerana hendak memasak gulai. 167. MATI Jam itu mati kerana kehabisan bateri. Pemuda itu mati kerana dipanah petir. 168. NAIK Dia menaiki tangga hingga ke rumahnya di tingkat dua puluh dua. Setelah telur yang dipukulnya naik, dia pun memasukkannya ke dalam acuan. Walaupun harga emas naik, masih ramai orang membelinya. 169. PARAS Putera raja itu terpegun melihat paras tuan puteri yang jelita itu. Dalamnya kolam itu separas dada saya. 170. PEDAS Saya tidak berkecil hati walaupun kekatanya pedas. Rojak yang dibuat oleh kakak saya itu sangat pedas. 171. PULANG Datuk saya telah berpulang ketika usianya lapan puluh tahun. Ayah saya pulang ke rumah pada pukul enam petang. 172. PUSAT Pusat bayi itu dibubuh ubat kerana luka. Pusat tahanan kanak-kanak akan dibina di Tampines. 173. SAPU Kakak saya menyapu rumah dua kali sehari. Buyung menyapu ubat salap itu dahinya. 174. SEDANG Walaupun tidak sedang, dia memakai baju itu. Pencuri itu sedang memecah-masuk ke rumah orang kaya itu. 175. SEDAR Setelah sedar dari tidurnya, dia segera ke bilik air. Walaupun telah dipenjara beberapa kali, pemuda itu belum sedar lagi. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  19. 19. 176. SEGAR Badan pemuda itu bertambah segar setelah mandi di air terjun itu. Ikan-ikan yang dijual di pasar itu segar belaka. 177. SERANG Ayah saya pernah menjadi serang di kapal perang itu. Askar-askar kita menyerang musuh yang berhimpun di sempadan. 178. SERI Keputusan perlawanan bola sepak malam itu seri. Wajahnya berseri setelah keputusan peperiksaan diumumkan. 179. TAJAM Bapa mengasah pisau itu sehingga tajam. Walaupun sudah tua, fikirannya masih tajam. 180. TIMBANG Gula itu telah ditimbang oleh pekedai itu. Permohonan abang saya hendak bekerja di pejabat itu sedang ditimbang. 181. TIMBUL Kapal yang karang itu telah ditimbulkan. Bengkak yang timbul di bahagian matanya akibat memakan ubat itu. Pergaduhan kerap timbul apabila tiada tolak ansur. 182. TINGGAL Akibat berkecil hati, kampung halaman sanggup ditinggalkannya. Duit simpanan orang tua itu hanya tinggal seribu dua sahaja. Bangsa yang tidak mahu mengubah nasibnya akan tertinggal ke belakang. 183. TINGGI Bangunan yang tinggi itu runtuh akibat gempa bumi. Walaupun harga emas tinggi, ramai orang masih membelinya. Kami tidak berkawan dengannya kerana cakapnya sentiasa tinggi. 184. TIPIS Buku yang tipis itu mengandungi pengajaran dan pengetahuan yang tinggi. Harapan pasukan Singapura memasuki pertandingan bola sepak Sedunia amat tipis. 185. TOLAK Penjaja cacat itu menolak kereta sorongnya ke pusat makanan. Pendapatnya yang dangkal itu telah ditolak oleh jawatankuasa. Mereka bertolak ke Malaysia pada malam ini. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  20. 20. 186. TUA Orang tua di kampung itu berusia seratus tiga puluh tahun. Jangan kamu petik buah itu kerana belum cukup tua. Ketua kampung itu dilantik kerana sikapnya yang adil dan bertimbang rasa. 187. TUBUH Tubuh pemuda itu cedera kerana tertikam benda tajam itu. Pertubuhan itu akan menganjurkan seminar bahasa. 188. TUJU Dia dan kawannya menuju ke kaki bukit itu. Semua anggota bersetuju dengan perlantikannya sebagai pengerusi. 189. TUKAR Abang saya tidak suka bertukar kerja. Kakak saya menukar pakaian di kamarnya. 190. TUMBANG Pokok itu tumbang dalam kejadian ribut itu. Rasuah dan kurang cekap telah menumbangkan pemerintah. Petinju itu tumbang dalam pusiangan kelima. 191. TUMPAH Minuman yang ditatangnya tumpah. Wanita itu menumpahkan kasih sayangnya kepada anak-anaknya. 192. TUMPANG Dia menumpang di rumah kakaknya. Penumpang itu terjatuh dari bas. Saya menumpang gembira kerana kejayaannya. 193. TUMPUL Ayah saya sedang mengasah pisau yang tumpul itu. Otaknya tumpul kerana kurang membaca, 194. TUNAI Wang tunai di sakunya dicopet orang. Abang hendak menunaikan umrah pada minggu hadapan. 195. TUNDUK Dia menundukkan kepala ketika dimarahi ayahnya. Dia tunduk akan perintah ketuanya. 196. TUNGGU Dia menunggu adiknya pulang dari tadika. Mereka percaya akan rumah yang berpenunggu itu. 197. TUNTUT Penuntut lelaki itu dikenakan tindakan displin kerana amat nakal. Dia menuntut hutangnnya. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009
  21. 21. 198. TURUN Setelah mendengar siren, mereka segera turun. Harga saham turun akibat pergaduhan itu. 199. TURUT Semua nasihat ibunya telah diturutinya. Menurut Ali, “Hutangnya telah langsai.” Dia hendak menurut ibunya ke pasar. 200. TUTUP Kedai itu ditutup kerana cuti hari Buruh. Penyertaan peraduan itu akan ditutup pada hari esok. Dia sanggup mati kerana hendak menutup rahsia negaranya. DAFTAR HOMONIM P6 / MND / 2009

×