Pbs ekonomi fazrul

22,956 views
22,587 views

Published on

2 Comments
5 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
22,956
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
7
Actions
Shares
0
Downloads
404
Comments
2
Likes
5
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pbs ekonomi fazrul

  1. 1. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4) TAJUK TENAGA BURUH DI MALAYSIA DARI TAHUN 2000 HINGGA TAHUN 2012 NAMA CALON MOHAMAD FAZRUL BIN ABDUL RAZAK NOMBOR KAD PENGENALAN 941130-01-5011 ANGKA GILIRAN SJ 0003/1037 ALAMAT SEKOLAH/ ALAMAT CALON NAMA GURU/PENILAI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUNSHI SULAIMAN KM 6 JALAN KLUANG 83000 BATU PAHAT ENCIK RAZALI BIN BACHIK TANDATANGAN GURU/PENILAI TARIKH MARKAH 30 OGOS 2013
  2. 2. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4) BORANG PERAKUAN CALON Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/ pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan. Nama Calon No. Kad Pengenalan Calon Angka Giliran Calon Nama Pusat PBS Calon Mohamad Fazrul Bin Abdul Razak 941130-01-5011 SJ 0003/ 1037 SMK Munshi Sulaiman Batu Pahat Makluman kepada calon: Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut. Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon: Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus ...Ekonomi 4........... tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran .Ekonomi........ di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah swasta) atau pemeriksa kerja kursus mata pelajaran .................................. (untuk calon persendirian individu). Tandatangan Calon Tarikh Perakuan oleh Guru/Penilai: Saya mengesahkan bahawa kerja kursus .....Ekonomi 4....... telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon. Tandatangan Guru/Pemeriksa Nama Guru/Pemeriksa Tarikh
  3. 3. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4) BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON No. Pusat/Angka Giliran: SJ0003/1037 Tarikh Aktiviti dalam Penghasilan Kerja Kursus No. Kad Pengenalan: 941130-01-5011 Ulasan Guru (diisi oleh calon) Tandatangan Guru Tandatangan calon 24/5 26/6 28/6 19/8 23/8 30/8 1/9 (Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman) Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Ekonomi Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Ekonomi Tahun 2013 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Tandatangan Guru: ..................................... Nama Guru: ................................................ Tarikh: ....................................... Cap Sekolah:
  4. 4. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA PENULISAN KERJA KURSUS (KERJA PROJEK) PENGGAL 3 TAHUN 2013 MATA PELAJARAN/KOD: EKONOMI 4 (944/4) BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON Nama Calon: Mohamad Fazrul Bin Abdul Razak Angka Giliran: SJ 0003/1037 No. Kad Pengenalan: 941130-01-5011 (Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras) Markah Markah Kriteria Penilaian Penuh Guru/Pemeriksa A. Penulisan 1. Sinopsis 2 2. Kandungan (butiran dan muka surat) 3. Penghargaan 4. Pengenalan 2 5. Objektif Kajian 2 6. Lokasi Kajian 2 7. Kaedah Kajian 5 8. Dapatan Kajian dan Perbincangan 15 9. Rumusan dan Kesimpulan 3 10. Bibliografi/Rujukan 2 11. Lampiran (jika perlu) − B. Sesi Pembentangan dan Soal Jawab 1. Pembentangan 4 2. Kreativiti Persembahan 3 3. Keterampilan 2 4. Soal jawab 8 C. Impak Keseluruhan 5 Jumlah Markah 55 Markah Penyelaras PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS Saya memperakui bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran di atas adalah benar. Tandatangan Guru/Pemeriksa: ……….……............ Nama:........................................................................ Tandatangan Penyelaras: .......................................... No. Kad Pengenalan: ............................................... No. Kad Pengenalan: ............................................... Nama:........................................................................
  5. 5. Tarikh: ...................................... Tarikh: ...................................... No. Telefon (sekolah): ............................................ No. Telefon (sekolah): ............................................ No. Telefon (bimbit): ........................................... No. Telefon (bimbit): ........................................... Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.
  6. 6. 1.0 TAJUK PROJEK Tenaga Buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. 1.1 ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tenaga buruh di Malaysia. Objektif kajian ini ialah mengenal pasti kadar perubahan guna tenaga buruh dan sumbangan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012. Bagi mendapatkan data sekunder, kajian ini telah menggunakan kaedah perpustakaan. Kaedah ini penting kerana melalui kaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian. Dalam kajian ini, penyelidik mendapati bahawa kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2000 paling tinggi berbanding tahun-tahun lain. Manakala penurunan kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2007 hingga 2009 disebabkan oleh krisis ekonomi global semasa, yang bermula daripada krisis kewangan subprime di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2007. Selain itu, penyelidik juga mendapati bahawa sektor ketiga adalah penyumbang guna tenaga yang terutama di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012. Kesimpulannya, hasil kajian ini telah pun menambah ilmu pengetahuan penyelidik dan diharap juga kajian ini diteruskan oleh penyelidik lain pada masa yang akan datang.
  7. 7. ISI KANDUNGAN Kadungan Halaman Abstrak 1 Latar Belakang Kajian 3 Penyataan Masalah 4 Objektif Kajian 5 Kaedah Kajian 6 Dapatan Kajian dan Perbincangan 7-18 Cadangan 19-22 Penutup / Rumusan 23 Rujukan 24
  8. 8. 2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Kajian ini membentangkan data berkaitan kadar perubahan peratusan guna tenaga dan sumbangan guna tenaga mengikut sektor dari tahun 2000-2012 berdasarkan data yang diperoleh daripada jabatan perangkaan Malaysia. Menurut Siaran Bulanan Perangkaan Tenaga Buruh, Malaysia, Februari 2013, maklumat dari Jabatan Perangkaan Malaysia, tenaga buruh merujuk kepada mereka yang berumur 15 hingga 64 tahun (dalam tahun genap pada hari lahir terakhir) semasa minggu rujukan, sama ada bekerja atau menganggur. Ekonomi Malaysia dibahagikan kepada 3 sektor iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga. Pembahagian sektor ini adalah berdasarkan kepada bentuk aktiviti yang terlibat. Sektor utama melibatkan aktiviti peringkat awal dalam proses pengeluaran. Sektor utama ialah pengeluaran bahan mentah yang terdiri daripada aktiviti pertanian dan hasil bumi merupakan aktiviti sektor ini. Ia terdiri daripada beberapa sektor iaitu sektor pertanian, sektor perhutanan, sektor perikanan, sektor penternakan serta sektor perlombongan dan kuari. Sektor kedua adalah sektor yang melibatkan aktiviti ekonomi yang kebanyakannya merupakan lanjutan daripada sektor pertama. Ia merupakan tahap kedua dalam proses pengeluaran iaitu aktiviti pemprosesan bahan mentah menjadi barang siap atau separuh siap. Dua aktiviti ekonomi yang tergolong dalam sektor ini ialah sektor perkilangan dan sektor pembinaan. Sektor ketiga dikenali sebagai sektor perkhidmatan yang melibatkan aktiviti yang mengeluarkan perkhidmatan. Sektor ketiga terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu perkhidmatan pengeluaran, perkhidmatan awam dan perkhidmatan lain. Dalam keadaan negara kita yang berusaha menuju ke arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020, tenaga buruh adalah begitu penting bagi kerana ia menyumbang kepada ketiga-tiga sektor ekonomi ini kepada pertumbuhan ekonomi dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Oleh itu, kadar perubahan peratusan guna tenaga dan sumbangan
  9. 9. guna tenaga mengikut sektor dari tahun 2000-2012 akan dikaji dan dibincangkan bagi mencapai objektif kajian ini. 3.0 PENYATA MASALAH Bagi memastikan segala perancangan pembangunan dapat dilaksanakan dengan baik, kadar pertumbuhan positif bagi negara-negara ini harus dikekalkan. Malaysia merupakan salah sebuah negara membangun yang pesat dan dikenali sebagai salah satu daripada negara yang mempunyai ekonomi berprestasi tinggi. Menurut Dry Sdale dan Huang (1997), pertumbuhan ekonomi Negara Asia Timur seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand adalah memberangsangkan. Kita ketahui bahawa di awal kemerdekaan, Malaysia merupakan sebuah negara pertanian dengan hasil negara bergantung kepada eksport pertanian. Bagaimana pun senario ini berubah terutama pada tahun 1980-an yang menyaksikan sektor pembuatan mengambil alih kedudukan sektor pertanian. Sumbangan guna tenaga mengikut sektorsektor merupakan satu elemen yang tidak boleh dinafikan dalam pertumbuhan ekonomi dan KDNK. Oleh itu, Malaysia memang memerlukan tenaga mahir yang ramai untuk pembangunan negara Malaysia. Namun begitu, kadar perubahan guna tenaga tidak stabil setiap tahun. Perubahan tenaga buruh bukan sahaja bergantung kepada langkah memperbaiki suasana pasaran buruh dan meningkatkan mutu sumber manusia melalui pendidikan, latihan dan latihan semula tetapi juga disebabkan pelbagai faktor lain. Oleh itu, terdapat pelbagai cadangan akan dibincangkan dalam kajian ini untuk mengatasi masalah ini. Kesimpulannya, kajian ini adalah penting bagi mengetahui faktor-faktor tentang peningkatan dan penurunan kadar perubahan guna tenaga dan sumbangannya mengikut sektor masing-masing di Malaysia. Selain itu, kita juga patut mengetahui sejarah ekonomi Malaysia dan perkara ini dapat membantu kita pada masa depan kerana remaja merupakan pemimpin kelak.
  10. 10. 4.0 OBJEKTIF KAJIAN Tujuan kajian ini merupakan meneliti jumlah tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini ialah: i. Mengenal pasti kadar perubahan peratusan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000-2012 ii. Mengenal pasti sumbangan tenaga buruh mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2000-2012
  11. 11. 5.0 KAEDAH KAJIAN Kaedah perpustakaan dilakukan bagi mendapatkan sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku-buku ilmiah. Kajian kepustakaan ini penting kerana melalui kaedah ini para penyelidik mendapat gambaran yang jelas mengenai prinsip, konsep, kaedah, pengolahan dan penganalisisan data yang bersesuaian dengan reka bentuk kajian. Kajian kepustakaan melibatkan beberapa proses yang utama, iaitu mengumpulkan data dan menganalisis,. Selepas mendapatkan data dengan menggunakan satu kaedah di atas, iaitu kajian ke pustakaan pengkaji akan mengumpul data yang dikumpulkan oleh ahli kumpulan dan menggunakan data tersebut dalam dapatan kajian. Penyelidik mencatatkan nota yang diperlukan semasa membuat penyelidikan dan mencari bahan rujukan di perpustakaan. Penyelidik juga menggunakan maklumat Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sumbangan setiap sektor daripada internet seperti Laporan Kewangan Malaysia. Penyelidik menganalisis data berdasarkan data yang dikumpulkan oleh ahli kumpulan. Penyelidik akan mengisi semua data ke dalam jadual. Jadual yang siap akan dilabelkan di bahagian dapatan kajian untuk dijadikan bukti dalam penyelidikan kajian tersebut. Rujukkan bahan baca dari perpustakaan dan laman sesawang menjadi sumber utama untuk mendapatkan data berkaitan dengan kadar perubahan peratusan guna tenaga dan sumbangan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2000-2012. Rumus untuk menghitung guna tenaga: Guna tenaga=Tenaga Buruh-Penganggur
  12. 12. 6.0 DAPATAN KAJIAN Tahun Tenaga buruh Guna tenaga Kadar perubahan guna 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 (,000) 9151.5 9572.5 9892.1 10198.8 10565.9 10846.0 11290.5 11544.5 11775.1 11967.5 12083.4 12361.3 124645.7 12923.9 (,000) 8740.7 9271.2 9532.5 9840.0 10181.1 10463.7 10892.8 11159.1 11398.0 11576.5 11640.9 11958.5 12255.5 12505.0 tenaga (%) 6.07 2.82 3.23 3.47 2.78 4.1 2.44 2.14 1.57 0.56 2.73 2.48 2.04 6.1 Kajian terhadap kadar perubahan guna tenaga buruh Di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012 Jadual 1: Tenaga buruh, guna tenaga dan kadar perubahan guna tenaga di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012 Jadual 1 telah menunjukkan data yang berkaitan dengan bilangan tenaga buruh dan guna tenaga serta kadar perubahan guna tenaga di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012.
  13. 13. Berdasarkan jadual di atas, penyelidik mendapati jumlah tenaga buruh dan jumlah guna tenaga pada tahun 2000 merupakan 9572500 orang dan 9271200 orang. Kadar perubahan guna tenaga dari tahun 1999 hingga 2000 adalah 6.07%, telah mencapai perkembangan kadar perubahan guna tenaga yang paling banyak dari tahun 2000 hingga 2012. Pada tahun 2001, bilangan tenaga buruh dan bilangan guna tenaga bertambah dari 9 572 500 orang kepada 9 892 100 orang dan dari 9 271 200 orang kepada 9 532 500 orang. Kadar perubahan guna tenaga tahun 2001 telah merosot dari 6.07% kepada 2.82%. Manakala, kadar perubahan guna tenaga 2002 telah meningkat sebanyak 0.46%, iaitu bilangan guna tenaga tahun 2002 bertambah sehingga 9 840 000 orang. Bilangan tenaga buruh telah meningkat sebanyak 306 700 orang. Seterusnya, tenaga buruh pada tahun 2003 adalah 10 565 900 orang. Guna tenaga adalah sedikit pada tahun tersebut kerana kadar perubahan guna tenaga berkembang dari 3.23% hingga 3.47%. Sebaliknya, kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2004 telah merosot sebanyak 0.69% tetapi meningkat balik kepada 4.1% pada 2005. Bilangan tenaga buruh pada tahun 2004 dan 2005 ialah 10 846 000 orang dan 11 290 500 orang. Menurut jadual di atas, kadar perubahan guna tenaga semakin merosot dari tahun 2006. Kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2006 ialah 2.44% dan ia merosot sehingga 2.14% pada tahun 2007. Bukan itu sahaja, kadar perubahan tenaga buruh terus merosot sebanyak 0.57% pada tahun 2008 dan akhirnya merosot sampai 0.56% pada tahun 2009 tetapi bertambah balik menjadi 2.73% pada tahun 2010. Bilangan tenaga buruh pada tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009 adalah sebanyak 11 544 500 orang, 11 775 100 orang, 11967500 orang dan 12083400 orang. Guna tenaga pada tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009 yang telah ditunjukkan oleh jadual 1 ialah 11159100 orang, 11398000 orang, 11 576 500 orang dan 11 640 900 orang. Walaupun kadar perubahan guna tenaga meningkat sebanyak 2.17% pada tahun 2010, kemerosotan kadar perubahan guna tenaga tetap berlaku pada tahun 2011, peratusannya jatuh sehingga 2.48% dan terus merosot sebanyak 0.44% pada tahun 2012.Pada tahun 2011, tenaga buruh dan guna tenaga ialah 124 645 700 orang dan 12
  14. 14. 255 500 orang. Manakala, tenaga buruh dan guna tenaga pada tahun 2012 ialah 12 923 900 orang dan 12 505 000 orang. Berdasarkan data kajian 5.1, kadar perubahan guna tenaga pada 2000 paling tinggi berbanding tahun-tahun lain. Menurut buku Rangka rancangan jangka panjang kedua (RRJP 2) 1991-2000 yang digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN),tumpuan mereka kepada pembangunan sumber manusia telah memajukan sumber manusia dan mewujudkan tenaga buruh yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. Bukan itu sahaja, berdasarkan kajian tentang Perindustrian dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia yang dikarang oleh Anuar Ali dari Dewan Bahasa dan Pustaka (2000), penggunaan getah asli dunia sektor perkhidmatan Malaysia memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan peluang pekerjaan baru pada tahun 2000. Sektor ini mewujudkan 34.3 peratus jumlah peluang pekerjaan baru bagi tenaga buruh di Malaysia. Seterusnya, penurunan kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2007 hingga 2009 disebabkan oleh krisis ekonomi global semasa, yang bermula daripada krisis kewangan subprime di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2007, telah membawa kesan yang jauh lebih meluas dan mendalam. Setelah hampir dua tahun sejak krisis kewangan global , namun masih belum ada tanda-tanda mengembalikan kestabilan di sektor kewangan dan pemulihan ekonomi. Pelbagai kesan telah berlaku semasa krisis ekonomi, iaitu nilai eksport negara berkurangan kerana permintaan dunia telah merosot 27.8%. penurunan mendadak harga komoditi minyak, gas, dan kelapa sawit serta pasaran saham turut menjejaskan ekonomi Malaysia. Kemelesetan ekonomi yang melanda turut memberi kesan kepada guna tenaga dalam sektor pembuatan terutamanya industri elektrik dan elektronik. Mereka terpaksa diberhentikan kerja kerana permintaan dari luar Negara terhadap industri tersebut berkurangan. Kadar pemberhentian pekerja telah meningkat berikutan kemerosotan permintaan produk dan perkhidmatan yang dihadapi oleh pihak industri. Oleh itu, krisis ekonomi global merupakan faktor yang penting untuk menjelaskan penurunan kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2007 hingga 2009.
  15. 15. Pada tahun 2010, keadaan kadar perubahan guna tenaga berubah dari merosot kepada meningkat. Berdasarkan Ucapan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua, kerajaan Malaysia telah mengambil pelbagai langkah pada tahun 2010 bagi mengatasi masalah ini. Langkah-langkah kerajaan telah berjaya menghalang masalah ini dan meningkatkan 2.17% kadar perubahan tenaga buruh pada tahun 2010. Sebagai contoh, kerajaan menyediakan 2000 peluang latihan dan penempatan pekerjaan di syarikat GLC (Government Linked Company), terutamanya dalam sektor perkhidmatan seperti penerbangan, utility, kesihatan, outsourcing dan multimedia kreatif. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sektor awam seperti mewujudkan 13000 pekerjaan untuk pegawai secara kontrak di agensi kerajaan. Kerajaan juga membuat pengisian segera 50000 jawatan kosong di peringkat profesional dan sokongan dalam perkhidmatan awam persekutuan. Oleh itu, langkah-langkah kerajaan ini telah pun berjaya meningkatkan kadar perubahan guna tenaga pada tahun 2010. Secara keseluruhannya, jumlah tenaga buruh yang terlibat dalam pembangunan negara ialah 9271200 orang pada tahun 2000 telah meningkatkan menjadi 12505000 orang pada tahun 2012. Penyelidik tidak dapat menafikan bahawa guna tenaga Malaysia semakin berkembang dari tahun ke tahun dan hal ini dapat mempercepat proses pembangunan negara kita.
  16. 16. 6.2 Kajian terhadap sumbangan guna tenaga mengikut sektor di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012 Dalam bahagian ini, data-data akan membahagikan berasaskan 3 sektor di Malaysia, iaitu sektor pertama (sektor pertanian), sektor kedua (sektor perindustrian) dan sektor ketiga (sektor perkhidmatan). 6.2.1 Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada pertumbuhan ekonomi dari tahun 2000 hingga 2012 Tahun Sektor 1 (,000) Sektor 2 (,000) Sektor 3 (,000) 2000 2001 1448.7 1448.3 3313.3 3327.5 4509.2 4756.7 2002 1447.8 3461.9 4920.5 2003 1445.4 3649.7 5086 2004 1449.5 3739.7 5274.5 2005 1444 3892.8 5556 2006 1435 3982.4 5741.8 2007 1432.8 4054 5911.2 2008 1433.7 4096.7 6046.1 2009 1433.2 3978 6229.7 2010 1432.4 4154 6372.1 2011 1429.6 4280.7 6545.2 2012 1428 4390.2 6686.8 Jadual 2: Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada pertumbuhan ekonomi dari tahun 2000 hingga 2012
  17. 17. Graf 1: Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada pertumbuhan ekonomi dari tahun 2000 hingga 2012 Berdasarkan gambar-gambar rajah di atas, jadual 2 dan graf 1 telah menunjukkan sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada pertumbuhan ekonomi dari tahun 2000 hingga 2012. Pada tahun 2000, sektor pertama telah menyumbangkan RM 1448.7 ribu kepada pertumbuhan ekonomi. Manakala, sektor kedua dan sektor ketiga menyumbang sebanyak RM 3313.3 ribu dan RM 4509.2 ribu. Sebanyak 1448.3 ribu ringgit Malaysia telah pun disumbangkan oleh sektor pertama kepada pertumbuhan ekonomi pada tahun 2002.Sebanyak RM 3327.5 ribu dan RM 4756.7 ribu juga disumbangkan oleh sektor kedua dan sektor ketiga. Pada tahun 2003, sumbangan guna tenaga sektor pertama hanya berjumlah RM 1445.4 ribu, iaitu penurunan sebanyak RM 2.4 ribu. Sebaliknya, sektor ketiga dan sektor kedua masih meningkat sehingga RM 3649.7 ribu dan RM 5086 ribu pada tahun tersebut. Walaubagaimanapun, sumbangan guna tenaga sektor pertama menaik balik sehingga RM 1449.5 ribu pada tahun 2004.Namun, ia masih menjunam dari tahun 2005 hingga 2007, iaitu RM 1444 ribu, RM 1435 ribu dan RM 1432.8 ribu. Penurunan sumbangan guna
  18. 18. tenaga sektor pertama kepada pertumbuhan ekonomi dari tahun 2005 hingga 2007 adalah sebanyak RM 11.2 ribu. Sumbangan guna tenaga yang terlibat dalam sektor kedua kepada pertumbuhan ekonomi pada tahun 2005 hingga 2007 ialah RM 3892.8 ribu, RM 3928.4 ribu dan RM 4054 ribu. Manakala, sektor ketiga masih berkembang dengan lancar pada tiga tahun berturut-turut, iaitu RM 5556 ribu, RM 5741.8, dan RM 5911.2 ribu. Seterusnya, sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada pertubuhan ekonomi walaupun mengalami perkembangan pada tahun 2008, iaitu bertambah dari RM 1432.8 ribu hingga RM 1433.7 ribu tetapi ia mengalami kemerosotan dari tahun 2009 hingga 2012, iaitu RM 1433.2 ribu, RM 1432.4 ribu, RM 1429.6 ribu dan RM 1428 ribu. Sebaliknya, perkembangan sumbangan guna tenaga sektor kedua adalah secara tidak stabil kerana sumbangannya mencapai RM 4096.7 ribu pada tahun 2008 tetapi sumbangannya jatuh sebanyak RM 118.7 ribu pada tahun 2009, kemudian sumbangannya meningkat sebanyak RM 412.2 ribu dari tahun 2010 hingga 2012. Manakala, sumbangan guna tenaga sektor ketiga kepada pertumbuhan ekonomi adalah meningkat secara lancar dari tahun 2008 hingga 2012, iaitu dari RM 6046.1 ribu hingga RM 6686.8 ribu, pertambahan sebanyak RM 640.7 ribu.
  19. 19. 6.2.2 Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) Tahun base on Sektor 1 (,000) Sektor 2 (,000) Sektor 3 2000 year 2000 68266 123969 (,000) 175648 2001 2000 67574 119728 182821 2002 2000 70081 124402 193499 2003 2000 74328 134718 201568 2004 2000 77556 152030 214528 2005 2000 78307 152625 230043 2006 2000 79731 161793 247099 2007 2000 81058 166964 272406 2008 2000 81656 169443 293072 2009 2000 79292 156113 302044 2010 2000 80186 172860 322610 2011 2005 116633 199703 384272 2012 2005 117970 212196 408926 Jadual 3: Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK
  20. 20. Graf 2: Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK Berdasarkan gambar-gambar rajah di atas, jadual 3 dan graf 2 telah menunjukkan sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK dari tahun 2000 hingga 2012. Data KDNK dari tahun 2000 hingga 2010 telah mengambil tahun 2005 sebagai tahun asasnya. Manakala tahun asas data KDNK tahun 2011 dan tahun 2012 merupakan tahun 2005. Pada tahun 2000, sektor pertama telah menyumbang RM 68 266 ribu kepada KDNK. Manakala, sektor kedua dan sektor ketiga menyumbang sebanyak RM 123 969 ribu dan RM 175 648 ribu. Sebanyak 67 574 ribu ringgit Malaysia telah pun disumbangkan oleh sektor pertama kepada KDNK pada tahun 2002.Sebanyak RM 119 728 ribu dan RM 182 821 ribu juga disumbangkan oleh sektor kedua dan sektor ketiga. Pada tahun 2003, sumbangan guna tenaga sektor pertama, sektor kedua dan sektor ketiga kepada KDNK hanya berjumlah RM 74 328 ribu, RM 134 718 ribu dan RM 201 568 ribu. Seterusnya, perkembangan sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK pada 2004 yang paling banyak ialah sektor kedua kerana sumbangannya bertambah RM 17 312 ribu berbanding sumbangan guna tenaga sektor ketiga yang bertambah sebanyak RM 12 960 ribu dan diikuti oleh sumbangan guna tenaga sektor pertama yang bertambah sebanyak RM 3 228 ribu. Sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada KDNK pada tahun 2005 hingga 2007 ialah RM 78 307 ribu, RM 79731 ribu dan RM 81058 ribu. Manakala, sektor ketiga masih berkembang dengan lancar pada tiga tahun berturut-turut, iaitu RM 230 043 ribu,
  21. 21. RM 247 099 ribu, dan RM 272 406 ribu. Sumbangan guna tenaga sektor kedua pada tahun 2005 hingga 2007 ialah RM 152 625 ribu, RM 161 793 ribu dan RM 166 964 ribu. Manakala sumbangan guna tenaga sektor ketiga pada tahun 2005 hingga 2007 merupakan RM 230 043 ribu, RM 247 099 ribu dan RM 272 406 ribu. Walaupun sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada KDNK mengalami perkembangan pada tahun 2008, iaitu bertambah dari RM 81 058 ribu hingga RM 81 656 ribu tetapi perkembangannya masih tidak stabil dan menjunam sehingga RM 79 292 ribu pada tahun 2009.Namun begitu, sumbangannya meningkat RM 894 ribu pada tahun 2010.Seterusnya, perkembangan sumbangan guna tenaga sektor ketiga adalah secara lancar kerana sumbangannya semakin meningkat dari tahun 2008 hingga 2010, iaitu RM 293 072 ribu, RM 302 044 ribu dan RM 322 610 ribu. Situasi perubahan sumbangan guna tenaga sektor kedua sama dengan sektor kedua. Walaupun sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada KDNK mengalami perkembangan pada tahun 2008, iaitu bertambah dari RM 166 964 ribu hingga RM 169 443 ribu tetapi ia mengalami kemerosotan sehingga RM 156113 ribu pada tahun 2009. Namun begitu, sumbangannya meningkat RM 16 747 ribu pada tahun 2010. Sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK pada tahun 2011 dan 2012 menggunakan tahun 2005 sebagai tahun asasnya. Sumbangan guna tenaga sektor pertama kepada KDNK pada tahun 2011 dan 2012 ialah RM 116 633 ribu dan RM 117 970. Sebaliknya, sumbangan guna tenaga sektor kedua pada tahun 2011 dan 2012 juga merupakan RM 199 703 ribu dan RM 212 196. Manakala, sumbangan guna tenaga sektor ketiga pada tahun 2011 dan 2012 ialah RM 384 272 ribu dan RM 408 926 ribu. Berdasarkan data kajian 5.2, kadar pertumbuhan KDNK pada tahun 2011 paling tinggi berbanding tahun lain. Menurut Laporan MITI 2011: MEMACU Transformasi MENJANA Pertumbuhan yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia, tahun 2011 merupakan tahun yang mencabar bagi peningkatan produktiviti, disebabkan krisis kewangan kerajaan di kawasan Euro dan gangguan rantaian bekalan disebabkan bencana alam. Namun begitu, Malaysia menunjukkan prestasi yang baik dalam meningkatkan peningkatan produktiviti. Produktiviti Malaysia
  22. 22. meningkat sebanyak 4.6 peratus atas permintaan domestik yang kuat. Paling ketara, sektor pertanian berkembang sebanyak 6.2 peratus disebabkan oleh peningkatan hasil daripada pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih tinggi dan pelaksanaan sebahagian daripada Projek Permulaan (EPP) pertanian seperti pembiakan burung walit, penanaman herba, akuakultur dan pertanian komersil berskala besar. Sementara itu, perkhidmatan meningkat sebanyak 4.9 peratus, didorong terutamanya oleh peningkatan produktiviti dalam komunikasi, perdagangan borong dan runcit dan hartanah serta perkhidmatan perniagaan. Pada tahun 2011, Program Transformasi Ekonomi (ETP) telah mengenal pasti Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) berkaitan pembuatan yang memerlukan pembangunan dan sokongan yang lebih fokus. Ia bertujuan membina subsektor tambah nilai lebih tinggi seperti lampu diod pemancar cahaya (LED), panel solar dan pengeluaran ubat generik. Peningkatan pelaburan asing dan domestik dalam bidang ini dan subsektor lain pada tahun 2011 menunjukkan keyakinan pelabur yang berterusan terhadap masa depan sektor pembuatan negara.Bukan itu sahaja, Rundingan Pusingan Doha di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mencapai kemajuan yang terhad pada tahun 2011, tetapi terdapat perkembangan dalam bidang-bidang perdagangan pelbagai hala yang lain. Secara keseluruhan, 30 negara-negara membangun terlibat dalam proses penyertaan ke dalam WTO termasuk Afghanistan, Iran, Iraq, Kazakhstan, Republik Demokratik Rakyat Laos (Lao PDR) dan Rusia. Dengan langkah-langkah pembukaan pasaran Rusia berikutan penyertaannya dalam WTO, lebih banyak peluang eksport akan diwujudkan bagi Malaysia. Isu-isu semasa ekonomi yang berlaku dalam tahun 2011, telah menyebabkan peningkatan KDNK berlaku pada tahun tersebut. Seterusnya, data kajian 5.2 telah menunjukkan sumbangan guna tenaga sektor pertama pada tahun 2001 kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) adalah paling rendah. Berdasarkan penyelidikan mengenai Sumber Daya Agraria (Tanah Pertanian) oleh Masyarakat, Hal-hal berkaitan Perundangan dan Impak Pembangunannya dan Impak Pembangunan yang dikaji oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, kedudukan sektor pertanian negara menjadi semakin mencabar dengan terbentuknya WTO di mana liberalisasi perdagangan antarabangsa menyebabkan persaingan semakin sengit. Sektor pertanian negara terancam sekiranya tidak bersedia meningkatkan daya pengeluaran untuk memperoleh daya saing yang lebih tinggi. Semenjak krisis kewangan Asia pada
  23. 23. tahun 1997, imbangan dagangan makanan telah mengalami defisit sebanyak RM4.7 bilion pada tahun 1997 berbanding dengan defisit RM2.2 bilion pada tahun 1994. Defisit imbangan dagangan ini terus meningkat dari tahun ke tahun, terutamanya pada tahun 2001 yang mencatatkan defisit RM5.7 billon. Penurunan nilai ringgit juga menyebabkan peningkatan harga import bagi input pertanian dan makanan dari setahun ke setahun. Keadaan ini telah menimbulkan penurunan sumbangan guna tenaga sektor pertama pada tahun 2001 terhadap KDNK. Secara keseluruhannya, data KDNK yang ada pada kajian 5.2 telah menunjukkan peningkatannya setiap tahun walaupun menghadapi pelbagai cabaran semasa Malaysia sedang melaksanakan Wawasan 2020.
  24. 24. 7.0 CADANGAN Bahagian ini akan membincangkan cadangan daripada penyelidik bagi meningkatkan kadar perubahan guna tenaga dan keluaran dalam negara kasar supaya matlamat Malaysia Wawasan 2020 dapat direalisasikan. Kerajaan harus mengurangkan import dari negara lain supaya KDNK dapat ditingkatkan. Kerajaan patut mengenakan kawalan-kawalan import dengan menaikkan cukai import (tarif). Kerajaan juga patut mengawal penggunaan tukaran wang asing. Kerajaan boleh mencatu penggunaan tukaran wang asing melalui bank pusat. Orang ramai dan para pengusaha haruslah menerangkan tujuan mereka membeli mata wang asing. Kerajaan lebih mengutamakan penggunaan mata wang asing untuk mengimport barang mesti dan bahan mentah sektor industri dan tidak menggalakkan penggunaannya untuk mengimport barang-barang mewah. Kerajaan juga patut menurunkan nilai mata wang bagi mengurangkan import dari Negara asing. Langkah ini menyebabkan barang import menjadi lebih mahal dan akan mengurangi import. Sebaliknya barang eksport menjadi murah di pasaran antarabangsa dan akan menambah eksport. Oleh itu, kerajaan patut merealisasikan cadangan ini bagi meningkatkan KDNK Malaysia. Seterusnya, kerajaan harus menjalankan ekonomi berasaskan pengetahuan. Ekonomi yang berdasarkan pengetahuan merupakan asas untuk mengekalkan kadar pertumbuhan ekonomi yang pantas dan meningkatkan daya saing antarabangsa untuk mencapai Wawasan 2020. Sebagai contoh, kerajaan patut meningkatkan R&D (penyelidikan dan perkembangan) dan kandungan pengetahuan dalam dalam sektor pertanian, perindustrian dan perkhidmatan. Hal ini akan menyebabkan kualiti dan kuantiti penawaran produk daripada ketiga-tiga sektor akan semakin meningkat. Sekiranya kualiti dan kuantiti meningkat, kebaikannya bukan sahaja menyebabkan harga yang menurun tetapi juga kualiti produk yang telah ditingkatkan akan menyebabkan keyakinan pelbagai terhadap produk tersebut semakin meningkat. Rakyat Malaysia akan membelanjakan wang yang lebih banyak terhadap produk tersebut kerana berbaloi berbanding produk lain. Selain itu, pelabur asing akan cuba melabur kepada syarikat tersebut kerana mempercayai bahawa syarikat tersebut mempunyai keupayaan untuk perkembangan syarikat dan akan membawa kekayaan kepada mereka. Bukan itu sahaja, negara lain akan
  25. 25. mengimport barangan buatan Malaysia kerana kosnya murah. Hal ini akan menyebabkan produk tersebut akan menjejak kaki kepada pasaran antarabangsa. Di samping itu, peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia juga akan semakin meningkat dan menambahkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Oleh itu, tindakan ini adalah rasional bagi meningkatkan KDNK Negara. Bagi meningkatkan kadar perubahan guna tenaga dan KDNK, kerajaan harus mempelbagaikan kegiatan ekonomi Malaysia. Langkah yang pertama yang perlu dilakukan adalah memodenkan kegiatan ekonomi yang sedia ada. Untuk mencapai matlamat ini, dalam kegiatan pertanian yang tradisional perlulah usaha-usaha dilakukan untuk membuat pembaharuan agar daya pengeluaran semakin meningkat. Sebagai contoh, kerajaan patut membuat R&D ( research and development ) untuk memperkenalkan input yang lebih moden seperti menyediakan benih yang tinggi daya pengeluarannya, memperkenalkan input moden yang lain dan memperkenalkan cara penanaman dan pemeliharaan tanaman yang lebih baik. Langkah yang seterusnya adalah mengembangkan kegiatan ekonomi yang baru dan dapat mempercepat transformasi kegiatan ekonomi dari yang bersifat tradisional kepada kegiatan ekonomi moden. Di dalam perkara ini, langkah yang penting adalah menggalakkan perkembangan di sektor perindustrian. Ekonomi yang semakin maju akan memerlukan berbagai jenis barang perkilangan, untuk digunakan di dalam negeri dan di eksport. Apabila suatu Negara mempunyai sumber alam yang kaya, kegiatan lain di sektor utama dan sektor perkhidmatan dapat dikembangkan. Pengeluaran hasil pertanian yang baru, mengembangkan sektor perlombongan dan mengembangkan tempat-tempat untuk pelancongan merupakan usaha lain yang perlu dikembangkan sekiranya terdapat potensi dan peluang untuk melakukan perkembangan tersebut. Melalui cadangan ini, perkembangan industri-industri tempatan terutamanya industri perkilangan dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Perkara ini bukan sahaja menambahkan pendapatan negara, tetapi juga mengurangkan kadar pengangguran dalam negara. Ini juga bertujuan untuk melindungi industri-industri tempatan dan mempelbagaikan ekonomi demi meningkatkan KDNK dan kadar perubahan guna tenaga dalam negara.
  26. 26. Bukan itu sahaja, kerajaan juga patut menyokong urus niaga berbentuk perindustrian kecil dan sederhana (IKS). Peranan IKS Satu perkara yang sering diperkatakan dalam IKS ialah ia berupaya meningkatkan peluang pekerjaan kepada orang ramai. Hal ini demikian memandangkan IKS mampu menggunakan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran mereka berbanding dengan firma-firma besar. Hal ini secara terus dapat membuka peluang pekerjaan yang banyak dalam beberapa fungsi pengeluaran dalam operasi IKS. Selain itu, peranan IKS sebagai tempat latihan dalam pelbagai kemahiran untuk pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha tidak dapat dipertikaikan lagi. Dengan jumlah modal tersebut, pengusaha IKS dapat membina latihan dan pengetahuan yang berguna mengenai selok-belok operasi perniagaan dan bergantung hidup kepada perniagaan tersebut. Bagi sejumlah modal yang kecil juga sukar bagi seseorang pengusaha mendapat faedah yang sama dalam firma besar. Peluang pekerjaan dalam IKS ini sudah tentu dapat memberi dan menyediakan latihan dan kemahiran yang berguna kepada diri mereka sendiri di samping pekerja terlibat. Latihan dan kemahiran yang dapat diperolehi dalam IKS juga tidak terhad kepada satu-satu bidang operasi. Di samping itu, IKS memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi dengan mewujudkan, mengembangkan, dan mengukuhkan lagi struktur asas pembangunan industri negara. struktur pembangunan industri di Malaysia lebih berbentuk pergantungan dan penyesuaian pengeluaran barangan untuk pasaran eksport. Keadaan pasaran tempatan yang kecil tidak menjadi satu pendorong yang kuat. IKS dapat memberi sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi negara melalui hubungjalin mereka dengan firma besar dan syarikat antarabangsa. Tambahan lagi, hubungjalin yang sesuai boleh memberi faedah penting dari segi perpindahan teknologi, peningkatan kualiti barangan, produktiviti, latihan dan kemahiran kepada pengusaha dan pekerja di samping mempercepatkan pembinaan struktur asas perindustrian negara dengan lebih baik. Oleh itu, kerajaan patut menyokong urus niaga IKS di Malaysia. Kesimpulannya, kerajaan harus mengambil langkah bagi meningkat kadar perubahan guna tenaga dan KDNK. Dalam dunia yang serba bersaing, daya pemikiran, kreativiti dan inovasi rakyat sesebuah negara itulah menjadi penentu untuk kejayaan. Dari pemikiran dan idea maka lahirlah penemuan yang boleh merubah sesuatu keadaan kepada sesuatu yang lebih baik dan sempurna. Faktor ini menjadi penentu kepada kelangsungan sesebuah
  27. 27. ekonomi dan dapat meletakkannya ke tahap yang stabil dan selamat dalam jangka panjang. Oleh itu, semua rakyat patut bekerjasama untuk menghadapi cabaran-cabaran yang akan datang dengan proses menuju Wawasan 2020.
  28. 28. 8.0 PENUTUP Berdasarkan kajian tentang kadar perubahan guna tenaga dan sumbangan guna tenaga mengikut sektor kepada KDNK, maka selanjutnya dapat ditarik kesimpulan sebagai berikut:Harapan yang lebih besar lagi cerah berada di tahun-tahun akan datang kerana ekonomi negara ini telah jauh mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan ekoran daripada langkah drastik yang dilaksanakan oleh kerajaan sehingga membawa negara kini benar-benar keluar daripada zaman sukarnya. Ini memberi peluang laluan bagi peningkatan seterusnya dalam kegiatan ekonomi di masa akan datang. Namun begitu, kerajaan harus selalu memerhati guna tenaga setiap tahun dan cuba melaksanakan matlamat, iaitu Malaysia selalu mencapai guna tenaga penuh. Bukan itu sahaja, keadaan pengangguran diharapkan adalah kurang dalam Malaysia pada masa depan. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi akan semakin meningkat dari tahun ke tahun Pemantauan kerajaan kepada ekonomi Malaysia harus selalu dijalankan walaupun kita seharusnya berkeyakinan bahawa Malaysia dapat kembali ke paras sebelum krisis di samping kadar inflasi yang rendah adalah rangsangan kepada kemajuan negara di masa depan. Kerajaan patut selalu memandang serius terhadap ekonomi Malaysia supaya Malaysia tidak mengalami kemerosotan pada suatu hari nanti. Kesimpulannya, Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Tambahan pula strategi-strategi yang diamalkan oleh kerajaan telah menghasilkan kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia. Selain itu ekonomi Malaysia menjadi bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju. Oleh itu, jika prestasi ini terus diamalkan nescaya matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 pasti akan tercapai.
  29. 29. 9.0 RUJUKAN Mohomad Shukri Seman[Guru Cemerlang], Lim Kien Kwok, Safriza Abd. Hamid. 2013. Teks STPM Ekonomi (Ekonomi Malaysia) Penggal 3 ; Bangi : Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd. Laporan Ekonomi Tahun 2000-2012, KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA, http://www.treasury.gov.my Jabatan Perangkaan Malaysia 2000-2012. Perangkaan Ekonomi Malaysia Siri Masa. Kuala Lumpur : Jabatan Percetakan Malaysia. Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia. Statistik Jenayah di Malaysia, www.rmp.gov.my/ Pelan atasi pengangguran, Mohamad Sofee Razak.JTK http://jtksm.mohr.gov.my/ Jamal,A.(2003).Ekonomi Malaysia.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

×