• Save
Masjid Nurul Iman Rawang Sejarah & Perkembangan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Masjid Nurul Iman Rawang Sejarah & Perkembangan

on

  • 3,160 views

bermula 1969 sehingga 2010

bermula 1969 sehingga 2010

Statistics

Views

Total Views
3,160
Views on SlideShare
2,942
Embed Views
218

Actions

Likes
1
Downloads
0
Comments
1

3 Embeds 218

http://www.mnir.org 197
http://mnir.org 20
http://www.slideshare.net 1

Accessibility

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • susur keluar yg dibina sangat tidak mengambil kira sensitivity org islam sekeliling..jika dibuka mmg mengundang bahaya..solution utk dibuka jln dibuka..ertinya menutup pintu utama ke masjid...org ramai kena guna pintu belakg masjid sbg main entrance...perancangan jln langsung tidak mengambil kira kedudukan masjid....padahal tesco yg berhampiran dibina jln yg sangat proper utk ke sana....
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Masjid Nurul Iman Rawang Sejarah & Perkembangan Masjid Nurul Iman Rawang Sejarah & Perkembangan Presentation Transcript

  • KRONOLOGI
    1969 - 2010
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    1969
    • RANCANGAN UNTUK MEMBINA MASJID BARU
    DI BANDAR RAWANG BAGI MENAMPUNG
    PERTAMBAHAN BILANGAN JEMAAH.
    • MASJID SEDIADA YANG TERLETAK DI
    KAMPUNG MELAYU, RAWANG TIDAK LAGI
    SESUAI UNTUK MENAMPUNG BILANGAN
    PENDUDUK ISLAM YANG SEMAKIN BERTAMBAH.
    • TAPAK MASJID BARU TELAH DIKENAL PASTI.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    1970
    • MASJID BARU MULA DIBINA DITEPI JALAN
    UTAMA (BT. 18, JLN IPOH) DIPINGGIR KG.
    KENANGA, RAWANG.
    • MASJID SIAP DIBINA DAN MULA DIGUNAKAN
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    5 MAC 1971
    MASJID KG. KENANGAN DINAIK TARAF SEBAGAI MASJID JAMEK DAN DIKENALI SEBAGAI MASJID JAMEK NURUL IMAN RAWANG (MNIR) DAN DIRASMIKAN OLEH DYMM SULTAN SELANGOR DARUL EHSAN PADA 5 MAC 1971.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    1995
    PERJANJIAN PENSWASTAAN TELAH DITANDATANGANI DIANTARA SAP HOLDINGS BERHAD (SAP) DAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR BAGI CADANGAN PROJEK KEMAJUAN SEMULA SEBAHAGIAN BANDAR RAWANG SECARA PENSWASTAAN DI MUKIM RAWANG, GOMBAK, SELANGOR DARUL EHSAN.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    1997
    SAP TELAH MENGEMUKAKAN PELAN SUSUNATUR PUSAT BANDAR RAWANG KEPADA JABATAN PERANCANG BANDAR DAN DESA (JPBD) DAN PEJABAT DAERAH & TANAH GOMBAK (PTG GOMBAK) UNTUK MEMBINA SIMPANG JALAN BERLAMPU ISYARAT, KORIDOR RAWANG BYPASS (132 KAKI) MENGIKUT ARAHAN JABATAN KERJARAYA (JKR) SEPERTI PELAN YANG TELAH DILULUSKAN (BIL:JPBD/B11/60/96/PD) BERTARIKH PADA 18 JUN 1997 OLEH JPBD DAN DITANDATANGANI OLEH PTG GOMBAK PADA 26 MEI 1997.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    APR. 1999
    MAJLIS MESYUARAT KERAJAAN NEGERI (MMKN) TELAH MELULUSKAN PERJANJIAN USAHSAMA ANTARA MAHUMAS SDN BHD (MAHUMAS) DAN SAP HOLDINGS BERHAD (SAP) UNTUK MENJALANKAN PROJEK TERSEBUT TERUTAMANYA PEMBINAAN RAWANG BYPASS UNTUK MENGATASI MASALAH KESESAKAN LALULINTAS DI BANDAR RAWANG.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    APR. 1999
    MAHUMAS TELAH DIARAH OLEH PIHAK KERAJAAN NEGERI SELANGOR UNTUK MEMINDAH DAN MEMBAYAR GANTIRUGI KEPADA PENDUDUK SETINGGAN DAN PENGHUNI (TOL) YANG BERADA DISEPANJANG KORIDOR RAWANG BYPASS TERUTAMANYA PENDUDUK SETINGGAN YANG TINGGAL DIBELAKANG MASJID NURUL IMAN RAWANG.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    30 NOV. 2000
    MENGIKUT KELULUSAN ALIGNMENT KORIDOR JALAN JKR YANG TERKINI, MAHUMAS TELAH MENGUPAH PAKAR RUNDING UNTUK MENGKAJI DAN MEREKABENTUK JAMBATAN JENIS RC DAN JAMBATAN PINTAS SERTA PEMINDAHAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN SEDIADA DAN SEBAGAINYA UNTUK MEMASTIKAN PEMBINAAN DAPAT DILAKUKAN DENGAN BAIK DAN SEMPURNA.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    30 NOV. 2000
    PELAN SUSUNATUR MENGENAI ALIRAN TRAFIK TERUS TANPA SIMPANG BERLAMPU ISYARAT DISEPANJANG RAWANG BYPASS ADALAH LEBIH SESUAI. OLEH ITU PINDAAN TELAH DIBUAT KE ATAS ALIGNMENT KORIDOR JKR DIMANA SATU JAMBATAN DICADANG DIBINA DIHADAPAN MASJID NURUL IMAN SEPERTI PELAN SUSUNATUR YANG TELAH DILULUKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG (MPS) DAN JABATAN KERAJAAN YANG BERKENAAN SEPERTI SURAT RUJUKAN BIL(14)DLM MPS3/3-120/22.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    16 OKT. 2001
    MAHUMAS MEMOHON KEBENARAN MNIR UNTUK MEMBINA JALAN PINTAS DI ATAS TANAH MASJID.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    1 NOV. 2001
    PENTADBIR MNIR MENJAWAB SURAT MAHUMAS TANPA MEMBERI SEBARANG KEIZINAN UNTUK MENGGUNAKAN TANAH MASJID BAGI MEMBINA JAMBATAN DAN LALUAN SUSUR TERSEBUT.
    PENTADBIR MNIR MEMAKLUMKAN, DALAM PERKARA INI MAHUMAS PERLU MERUJUK KEPADA JAIS.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    1 NOV. 2001
    MAHUMAS TERUS MEMBINA JAMBATAN DAN LALUAN SUSUR TERSEBUT TANPA ADA SEBARANG KEBENARAN DARIPADA PIHAK JAIS ATAU MAIS. (INI MERUPAKAN SATU PENCEROBOHAN TANAH MASJID)
    LALUAN TERSEBUT TELAH SIAP DIBINA PADA TAHUN 2005 TETAPI TIDAK DAPAT DIBUKA SEHINGGA HARI INI.
  • JAMBATAN & LALUAN SUSUR
    DIBINA DI ATAS TANAH MASJID
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    2002
    SEBATANG ANAK SUNGAI YANG MERENTASI TANAH MASJID TELAH DIPERBESARKAN OLEH PIHAK JPS TANPA ADA SEBARANG DOKUMENTASI DAN PERSETUJUAN ANTARA PIHAK MASJID, JAIS DAN JPS.
    MENURUT AJK MASJID KETIKA ITU, PEMBESARAN SUNGAI TERSEBUT DILAKUKAN KERANA BANJIR YANG MELANDA MASJID DISEBABKAN OLEH PEMBINAAN KORIDOR RAWANG BYPASS DIHADAPAN MASJID. (INI JUGA MERUPAKAN SATU PENCEROBOHAN TANAH MASJID)
  • ANAK SUNGAI YANG DIPERBESARKAN
    JUGA BERADA DI KAWASAN TANAH
    MILIK MASJID
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    18 MEI 2002
    PELAN PERWARTAAN TANAH MASJID YANG DILULUSKAN TELAH DIKELUARKAN OLEH PIHAK PDT GOMBAK PADA 18 MEI 2002.
    DALAM PELAN PERWARTAAN TERSEBUT TIDAK ADA LANGSUNG MENYATAKAN KEDUDUKAN JAMBATAN DAN RAWANG BYPASS SERTA ANAK SUNGAI YANG TELAH DIPERBESARKAN ITU.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    2004
    JAMBATAN DENGAN SATU SPAN MELINTASI PERPARITAN DI HADAPAN MASJID TELAH SIAP DIBINA MENGIKUT REKAAN DAN ALIGNMENT JKR UNTUK LALUAN KENDERAAN DARI ARAH SERENDAH KE SELAYANG DENGAN MENGGUNAKAN RAWANG BYPASS DAN DENGAN INI DAPAT MENGELAKKAN KESESAKAN LALULINTAS DI BANDAR RAWANG.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    25 MEI 2009
    KEDUDUKAN JAMBATAN DAN LALUAN SUSUR TERSEBUT ADALAH DIHADAPAN PINTU UTAMA MASJID DAN PASTINYA AKAN MENGUNDANG KECELAKAAN JALANRAYA KERANA IANYA AMAT BERBAHAYA DAN MENGHALANG LALUAN UNTUK UMAT ISLAM MASUK KE MASJID.
    (TANAH MASJID TELAH DICEROBOH TANPA ADA SEBARANG DOKUMENTASI PERUNDANGAN.)
  • LALUAN SUSUR YANG MENGHALANG
    MASUK KE MASJID
  • LALUAN SUSUR YANG MENGHALANG
    MASUK KE MASJID
    KENDERAAN DARI ARAH
    PEKAN RAWANG (JLN LAMA) &
    LBRAYA PLUS TIDAK BOLEH MASUK
    KE MASJID MELALUI PINTU
    UTAMA YANG TERHALANG
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    MEI 2009
    PADA 25 MEI 2009, PENTADBIR MNIR TELAH MENGHANTAR SURAT KEPADA MAHUMAS UNTUK MENGETAHUI PERKARA SEBENAR DAN KELULUSAN PEMBINAAN LALUAN SUSUR TERSEBUT.
    PADA 29 MEI 2009, MAHUMAS MEMBALAS SURAT TERSEBUT TANPA MENGEMUKAKAN SEBARANG BUKTI KELULUSAN DAN KEBENARAN UNTUK MENDUDUKI TANAH MASJID TERSEBUT.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    JUN & JUL 2009
    MNIR TERUS MENGHUBUNGI PIHAK MAHUMAS UNTUK MENDAPATKAN PENJELASAN LANJUT MENGENAI PERKARA INI, TETAPI PIHAK PEMAJU ENGGAN MEMBERI KERJASAMA.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    13 OGOS 2009
    MNIR TELAH MENGHANTAR SATU SURAT MOHON AGAR PEMBINAAN LALUAN SUSUR DI HADAPAN MASJID DIHENTIKAN SERTA MERTA. PEMAJU DIMINTA MEMBERI PENJELASAN SUPAYA TIDAK TIMBUL SEBARANG PERMASALAHAN.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    25 OGOS 2009
    MAHUMAS MENJAWAB SURAT BERTARIKH 13 OGOS 2009 DAN MEMINTA DIADAKAN PERJUMPAAN.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    28 OGOS 2009
    PERJUMPAAN & PERBINCANGAN DI ADAKAN.
    MAHUMAS TELAH BERSETUJU RAWANG BYPASS KE SELAYANG HANYA AKAN DIBUKA KEPADA UMUM SETELAH LAPURAN AUDIT KESELAMATAN JALANRAYA DILAKSANAKAN.
    MINIT MESYUARAT DISERTAKAN.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    1 SEP 2009
    RAWANG BYPASS TELAH DISIAPKAN OLEH MAHUMAS.
    MNIR TELAH MEMINTA JKR UNTUK MENGKAJI SEMULA LALUAN TERSEBUT DARI ASPEK KESELAMATAN.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    1 SEP 2009
    MAHUMAS TELAH MEMBERI PERSETUJUAN RASMI DI ATAS BUTIRAN YANG DIPERBINCANGKAN DALAM PERTEMUAN PADA 28 OGOS 2009:
    BERSETUJU UNTUK MENGGANTIKAN TANAH YANG DIGUNAPAKAI UNTUK MEMBINA JAMBATAN SUSUR TERSEBUT. MAHUMAS AKAN BERBINCANG DENGAN JURUKUR BERLESEN DAN MENDAPAT PELAN BARU.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    1 SEP 2009
    MAHUMAS AKAN MENGHUBUNGI PDTG. DICADANGKAN MNIR JUGA BERJUMPA DENGAN PDTG.
    MNIR AKAN MENGATUR PERJUMPAAN DENGAN PIHAK JKR, JAIS & MAIS.
    ISU PENTING. (MAHUMAS BERCADANG UNTUK MEMBUKA LALUAN SUSUR TERSEBUT PADA 8 SEP 2009
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    2 SEP 2009
    MNIR MEMBALAS SURAT MAHUMAS DAN MENYATAKAN TIDAK BERSETUJU UNTUK LALUAN SUSUR TERSEBUT DIBUKA SELAGI PERKARA-PERKARA YANG BERBANGKIT BELUM DAPAT DISELESAIKAN.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    8SEP 2009
    MESYUARAT KHAS & LAWATAN TAPAK BERSAMA:
    YB. GAN PEI NEI, ADUN RAWANG
    JKR GOMBAK
    EN. MD SABRI MD TAIB, AHLI MAJLIS, MPS
    MAHUMAS SDN BHD
    AJK, MASJID NURUL IMAN RAWANG
    RUMUSAN MESYUARAT TELAH DIBUAT MELALUI
    SURAT MNIR KEPADA JKR GOMBAK BERTARIKH 8
    SEP 2009. (MINIT MESYUARAT DILAMPIRKAN)
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    28SEP 2009
    MESYUARAT KHAS TELAH DIPANGGIL OLEH PEJABAT DAERAH/TANAH GOMBAK. TURUT DIHADIR.
    PDTG (EN. SAMSUL, ADO)
    JAIS (EN. AHMAD FITRI BIN AHMAD, PEN. PENGARAH)
    JKR GOMBAK
    JPS SELAYANG
    MAHUMAS SDN BHD
    AJK MASJID NURUL IMAN RAWANG
    RUMUSAN MESYUARAT TELAH DIBUAT MELALUI SURAT MNIR
    KEPADA JKR GOMBAK BERTARIKH 8 SEP 2009.
    (MINIT MESYUARAT DILAMPIRKAN)
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    28SEP 2009
    MESYUARAT TERSEBUT TIDAK MEMBINCANGKAN KEDUDUKAN SEBENAR TAPAK TANAH MASJID YANG TELAH DICEROBOH MALAHAN IANYA LEBIH KEPADA ARAHAN EN. SAMSUL, PEN. PEGAWAI TANAH DAERAH GOMBAK SUPAYA PIHAK JAIS MEMBATALKAN PERWARTAAN TAPAK TANAH MASJID YANG TELAH DILULUSKAN PADA 18 MEI 2002.
    PERWARTAAN BARU AKAN DIBUAT SEPERTI BERIKUT:
    PENGGEZETAN LALUAN SUSUR SEBAGAI REZAB JALAN
    PENGGEZETAN SUNGAI SEBAGAI REZAB SUNGAI
    PENGGEZETAN SEMULA TANAH MASJID ATAS TAPAK TANAH YANG MASIH TINGGAL.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    3 JAN 2010
    MNIR MEMBANTAH CADANGAN MESYUARAT PADA 28 DIS 2009 DENGAN MENGHANTAR SURAT KEPADA SEMUA YANG HADIR DALAM PERJUMPAAN TERSEBUT.
    MNIR AMAT TIDAK BERSETUJU JIKA TAPAK TANAH MASJID DIWARTAKAN SEMULA DAN TIADA GANTIRUGI SERTA PAMPASAN SETIMPAL DIBAYAR ATAS KELALAIAN PIHAK-PIHAK TERTENTU DALAM ISU PENCEROBOHAN INI.
    KEPUTUSAN CADANGAN PADA MESYUARAT 28 DIS 2009 DIANGGAP AMAT BERAT SEBELAH. (SURAT DILAMPIRKAN) MNIR MEMOHON AGAR DIBERI SATU SALINAN MINIT MESYUARAT PADA TARIKH TERSEBUT.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    JAN 2010
    MAHUMAS GAGAL DAN TIADA USAHA UNTUK BERTEMU SEMULA DENGAN AJK MASJID SEPERTI YANG TELAH DIPERSETUJUI SEBELUM INI.
    MNIR BERUSAHA UNTUK MEMBUAT PERJUMPAAN DENGAN PIHAK JAIS DAN YB. DATO’ DR. HASAN ALI, EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR YANG BERTANGGUNG JAWAB DALAM HAL INI.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    28 JAN 2010
    AJK MNIR TELAH BERTEMU DENGAN EN. AHMAD FITRI B. AHMAD, PEN. PENGARAH, PEMBANGUNAN, JAIS.
    MNIR MERUJUK KEPADA KERATAN AKHBAR NST BERTARIKH 12 JAN. 2010 (SELASA) YANG MENYATAKAN BAHAWA PIHAK JAIS DAN MAIS TELAH BERBINCANG DENGAN PIHAK MAHUMAS DAN BERSETUJU DENGAN PAMPASAN YANG TELAH DITAWARKAN DALAM ISU TANAH TERSEBUT.
    EN. FITRI MEMAKLUMKAN PIHAK JAIS TIDAK PERNAH MEMBERI SEBARANG PERSETUJUAN UNTUK MEMBENARKAN TANAH MASJID DIAMBIL UNTUK TUJUAN PEMBANGUNAN. BELIAU JUGA TIDAK TAHU MENAHU TENTANG LAPURAN AKHBAR TERSEBUT. BELIAU AKAN MEMBAWA PERKARA INI KE ATAS UNTUK DIBINCANGKAN DALAM MESYUARAT BERSAMA PENGARAH.
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    1 FEB. 2010
    PERJUMPAAN DENGAN YB. DATO’ DR. HASAN ALI, EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR. TURUT HADIR:
    YB. GAN PEI NEI, ADUN RAWANG
    EN. HISHAM, PEJ DAERAH/TANAH GOMBAK
    EN. AHMAD FITRI, PEN. PENGRAH JAIS
    JKR GOMBAK
    JPS
    SAP HOLDINGS BHD
    WAKIL PEJEBAT ADUN RAWANG
    AJK MASJID NURUL IMAN RAWANG
    MAHUMAS SDN BHD
  • MASJID NURUL IMAN RAWANG
    SEJARAH & PERKEMBANGAN
    1 FEB. 2010
    YB. DATO’ DR. HASAN ALI DIBERI PENJELASAN TENTANG APA YANG BERLAKU DI KAWASAN MASJID NURUL IMAN RAWANG.
    KEPUTUSAN MESYUARAT:
    YB. DATO’ DR. HASAN ALI MENGARAHKAN PIHAK PEJABAT TANAH UNTUK MEMBUAT PERSEDIAAN LAPURAN YANG AKAN DIBENTANGKAN DALAM MESYUARAT MTES. AGENSI KERAJAAN YANG LAIN DIMINTA MEMBANTU MENGUMPUL SEGALA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN. TEMPOH MASA YANG DITETAPKAN ADALAH 2 MINGGU DARI SEKARANG. SEMUA YANG BERKENAAN BOLEH HADIR DALAM MESYUARAT TERSEBUT.
  • TerimaKasih
    Disediakanoleh:
    PentadbirMasjidNurulImanRawang
    18 Rabiulawal 1431 / 5 Mac 2010