• Like
Kiamat kian hampir
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

Kiamat kian hampir

  • 472 views
Published

 

Published in Spiritual , Technology
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
472
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
13
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KIAMAT KIAN HAMPIR Peringatan Untuk Kita Semua 1. Penaklukan Baitulmuqaddis Daripada Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. Baginda menyebut salah satu diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Sahih Bukhari) [Cuba kita perhatikan apa dah jadi dengan Baitulmuqaddis.Israel laknatullah terang-terangan menakluki dan menceroboh tanpa memikirkan suara dunia..Memang jelas Sabdaan Rasullullah..] 2. Zina Bermaharajalela “Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai), maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” (Sahih Muslim) [ehm… gejala ini dah semakin parah.Lihatlah sekeliling,,paras gejala social menjunam serta buang anak seperti buang pampers sahaja.Perzinaan menjadi hiburan.Anak luar nikah jadi taruhan. ] 3. Mengagungkan Muzik “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka bumi.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita.” (Ibnu Majah) [Renung-renungkan industry muzik yang melata dan melalaikan tumbuh begitu hebat macam cendawan lepas hujan.Sekejap kat Stadium, sekejap kat padang, Sekejap kat Dewan .Setiap bulan ada je anugerah muzik, pikirlah sendiri ya…] 4. Bermegahan Mendirikan Masjid “Diantara kiamat makin hampir ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid.” (Riwayat Nasai) [Banyak masjid yang dibina bukan atas dasar ketakwaan tetapi hanya ingin menunjukkan kebolehan kita untuk membina.. ]
  • 2. 5. Putusnya Hubungan Silaturrahim Dalam Tetangga “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim dan sikap yang buruk dengan tetangga.” (Riwayat Ahamad & Hakim) [Lihatlah sekeliling..jiran sebelah pun tak kenal, kekadang tu berlaku sengketa sesama tetangga.Tanah sekangkang kera nak berebut…] 6. Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-rang yang baik dan ahli agama dimuka bumi maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang maaruf dan tidak mengingkari kemungkaran.” (Riwayat Ahamad) [ramai dah Ulamak besar dan Ilmuan yang dipanggil menemui Allah..Maknanya secara perlahan-perlahan Allah menarik ilmunya dari muka bumi ini..Tak sedar lagikah kita???] 7. Orang Yang Hina Dihormati “Diantara semakin dekatnya hari kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang yang mulia.” (Riwayat Thabrani) [dah ada ke belum kes ni... pikirlah sendiri.] 8. Salam Diucapkan Kepada Orang Yang dikenali Sahaja “Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang melainkan yang dikenalinya sahaja.” (Riwayat Ahmad) [Ini paling mudah kita lihat... jiran tetangga pun tak mahu bertegur sapa, apa dah jadi…?]
  • 3. 9. Wanita Berpakaian Tetapi Hakikatnya Bertelanjang “Diantara tanda-tanda kiamat semakin dekat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaan seperti telanjang.” (Riwayat Abu Hurairah r.a) [Mutakir ini pelbagai fesyen yang di tonjolkan.Ingatkan dah tutup aurat tetapi dedah sana,dedah sini…Yang pakai baju macam tak pakai baju Ketahuilah olehmu kaum inilah paling ramai menghuni neraka.Bila di Tanya.. mereka akan menjawab hati hanya Allah saja yang tau.Pakai macam ni tetapi hati beriman kepada Allah.Hukum tetap hokum. Awasilah isteri & anak kita dari terjebak..] 10. Bulan Sabit Kelihatan Besar “Diantara tanda-tanda kiamat kian hampir ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” (Riwayat Thabrani) [jom gi nengok..] 11. Banyak Dusta Dalam Menyampaikan Berita “Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengan dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” (Sahih Muslim) [ehm..cubalah buat kajian,,, dah berlaku ke belum} 12. Banyak Saksi Palsu Dan Menyimpan Kesaksian Benar “Sesungguhnya sebelum datang hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” (Riwayat Ahmad) [Dah banyak sangat berlaku kes macam ni...]
  • 4. 13. Negara Arab Menjadi Padang Rumput Dan Sungai “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab membali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” (Sahih Muslim) [Mekah dah banjir, Madinah dah hujan lebat, Dubai pun dah turun salji…renung-renungkan!] Oleh itu saudara-saudara seagama sekelian… muhasabahlah diri anda…Cuba hitung dan renung kemanakah kita selepas ini.. Cukupkah bekalan yang akan di bawa menemui Allah Rabbul Jalil..Jika jawapannya tidak.. sementara nyawa masih diberi pinjam oleh Allah, perbetulkan segalanya.Tinggalkan yang haram, syubhah serta yang melalaikan. Kembalilah kepada Islam keseluruhannya.Perjalanan hidup ini hanya sementara, dan kita tidak mampu menongkat langit pun.. Sehebat manapun yang bergelar manusia, suatu masa dan ketika akan tumbang jua mengadap Allah. “Setiap yang bernyawa pasti mati” BERSEDIAKAH ANDA……………….