P bs bm

1,576 views
1,466 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,576
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
27
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

P bs bm

  1. 1. 1 1.0 Pengenalan Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian , iaitu keterangan tentang kata kerja dalam lirik lagu melayu tahun Sembilan puluhan serta definisi konsep-konsep penting yang di gunakan dalam kajian ini. 1.1 Latar Belakang Tatabahasa merupakan aturan bahasa yang dijelmakan dalam bentuk rumus-rumus bahasa. Tatabahasa menjadi komponen yang amat penting dalam pengajaran bahasa kerana ia menjadi panduan kepada pelajar dan pengguna bahasa untuk membina kata dan ayat dengan betul. Terdapat tiga komponen bahasa yang utama, iaitu morfologi, sintaksis dan semantik. Bidang morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Bidang sintaksis ialah satu bidang ilmu linguistik yang menkaji pembinaan ayat. Menurut Tatabahasa Dewan (2011), bidang sintaksis merupakan bidang ilmu bahasa yang menkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Seterusnya, bidang semantic ialah bidang kajian yang menkaji makna atau erti dalam bahasa.
  2. 2. 2 Dalam kajian kami, kami telah memfokuskan kepada bidang mofologi iaitu kajian berkaitan dengan kata kerja. Kata kerja ialah kata yang merujuk kepada perbuatan atau sesuatu yang dilakukan. Dalam Tatabahasa Dewan (2008), kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Pendefinisian kata kerja ini ditinjau dari sudut kehadiran kata kerja tersebut dalam predikat ayat. Oleh itu, kajian ini adalah memfokuskan kepada penggunaan kata kerja dalam lirik lagu melayu tahun sembilan puluhan. 1.2 Definisi konsep Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2008 ) golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja. Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata kerja tak transitif tak berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif dapat pula dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang wujud dalam ayat pasif. 2.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk : i.) Mengenalpasti golongan kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu. ii.) Mengenalpasti bentuk kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu. iii.) Menyenaraikan ciri-ciri kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu. iv.) Menyenaraikan fungsi kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu.
  3. 3. 3 3.0 KEPENTINGAN KAJIAN Hasil kajian ini adalah untuk : (a) Menambah bahan kajian bagi memudahkan pelajar prauniversiti melengkapkan esei ilmiah. (b) Menyedarkan pelajar tentang kebijaksanaan dan kreativiti orang melayu dalam menggunakan kata kerja dalam lirik lagu. (c) Menjadi panduan kepada pelajar prauniversiti dalam memahami aspek kata kerja. (d) Menjadi panduan dalam pengajaran khususnya dalam matapelajaran Bahasa Melayu. 4.0 Batasan Kajian Kajian ini berfokus kepada penggunaan kata kerja yang menkaji jenis-jenis, bentuk, fungsi dan ciri-ciri kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu Melayu tahun sembilan puluhan. Kajian ini tidak menggambarkan penggunaan kata kerja keseluruhan lagu melayu. Batasan kajian lagu ini hanya pada tahun 1990 hingga tahun 1999. 5.0 Skop kajian Kajian ini hanyalah berfokus kepada penggunaan kata kerja dalam lirik lagu melayu tahun sembilan puluhan. Sebanyak 33 buah lagu yang akan di kaji bagi mendapatkan data tentang kata kerja.
  4. 4. 4 6.0 Kaedah Kajian Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik mendapatkan data sebagai bahan kajian. 6.1 Mendapatkan data Kaedah kualitatif yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kepustakaan. Kaedah ini akan memanfaatkan institusi, seperti perpustakaan, bilik sumber, akrib, laman sesawang, dan pelbagai tempat lain yang mengandungi bahan bertulis atau bukan bertulis untuk memperoleh maklumat. 6.2 Mengumpul data Kajian ini bermula dengan pengumpulan maklumat melalui kajian kepustakaan, iaitu bermula dengan proses membaca bahan bertulis seperti buku, tulisan ilmiah, dan bahan bertulis yang lain yang terdapat di perpustakaan. Pembacaan ini merupakan cara untuk memperoleh idea asas tentang kajian yang bakal dijalankan dan maklumat tentang kata kerja. Seterusnya, kajian pustaka secara maya dengan menggunakan laman sesawang yang berkaitan juga dilakukan untuk meninjau buku, tulisan ilmiah,bahan bertulis dan lirik lagu tahun Sembilan puluhan yang akan dikaji. Laman sesawang yang diakses untuk memperoleh maklumat ialah Yahoo, Google, Scholar dan laman lain yang berkaitan. Tinjauan terhadap laman sesawang juga dapat membantu pengkaji mendapatkan maklumat tentang untuk
  5. 5. 5 melakukan kajian pustaka, seperti mendapatkan maklumat awal berkaitan sesuatu buku rujukan yang terdapat di pasaran. Hal ini demikian kerana, tinjauan terhadap laman sesawang tidak terhad, yakin boleh merentasi sempadan dan masa. Maklumat yang diperoleh juga lebih luas dan terkini skopnya. Oleh itu, tinjauan laman sesawang ini akan dilakukan untuk mengetahui pekembangan dan kajian terkini berkaitan dengan kata kerja dan aspek lain yang berkaitan dengan kajian ini. Semua maklumat bertulis, khususnya maklumat tentang kata kerja yang diperoleh menerusi tinjauan terhadap bahan bertulis di perpustakaan, bilik sumber, akrib, tempat lain dan laman sesawang yang ditemuai akan dijadikan sebagai asas kepada penulisan kajian ini. 6.3 Menganalisis Data Semua maklumat yang dicari dan dikumpulkan melalui kaedah pustaka seperti yang dibincangkan diatas untuk menulis empat penggunaan kata kerja yang dikaji iaitu jenis-jenis kata kerja, fungsi, ciri-ciri dan bentuk kata kerja.
  6. 6. 6 7.0 DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu golongan kata kerja, bentuk, ciri-ciri dan fungsi kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu tahun Sembilan puluhan. 7.1. Golongan kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu. Terdapat empat golongan kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu iaitu : Golongan Kata Kerja Peratus Penggunan (%) Contoh Penggunaan kata kerja Kata Kerja aktif Kata Kerja Aktif Tak transitif Tanpa Pelengkap 19.63 % - Tiada ku temui - Untukku lafazkan Berpelengkap 46.67 % - Terjalin Semangat yang membuka rahsia dijiwa - Kesepian memberi waktu padaku Berpenerang 1.85 % - Rasakan kuasa tamparan wanita - Tiada lagi menyinta Kata kerja pasif 31.85 % - Ungkapkan katamu bernafas cinta - Tak pernah kuharapkan kau bersumpah setia
  7. 7. 7 7.2. Bentuk kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu. Terdapat tiga bentuk kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu iaitu : Bentuk Kata kerja Peratus penggunaan ( % ) Contoh penggunaan Kata Tunggal 10 % - Jalan sendiri tiada berkawan - Di antara kita bicara berbeza - Akan tiba nanti - Hingga tidur pun tidak lena Kata Terbitan 88.15 % - Ungkapkan katamu bernafas cinta - Melafazkan janji setia rasa - Tergugup jantungku tergamam membisu - Mimpi yang tidak pernah melukakan perasaan Kata Ganda separa 1.85 % - Tiada guna berkata-kata masanya sudah tiba - Ternanti-nanti jawapan - Tertanya-tanya masa depan
  8. 8. 8 7.3 Ciri-ciri kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu. CIRI CIRI KATA KERJA Kata Kerja boleh didahului oleh Kata Bantu. Kata Kerja dapat dinafikan dengan Kata Nafi. Kata Kerja tidak dapat didahului oleh Kata Penguat. Kata Kerja perbuatan dapat dijadikan perintah dalam ayat minimal.
  9. 9. 9 7.4 Fungsi kata kerja yang terdapat dalam lirik lagu. 7.4.1 Imbuhan Awalan Awalan MeN- Membentuk kata kerja aktif yang boleh digabungkan dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Awalan BeR- Membentuk kata kerja Pasif. Membentuk kata kerja aktif tak transitif,sama ada tanpa pelengkap atau berpelengkap. Menetap dan mengubah golongan kata. Awalan Di- Membentuk kata kerja pasif orang ketiga. Awalan Di-.. dapat bergabung dengan kata dasar daripada kata nama dan kata kerja. Membentuk kata kerja pasif orang ketiga daripada kata kerja transitif yang berawalan Memper-... dalam ayat aktif. Awalan DipeR- Awalan TeR- Membentuk kata kerja pasif. Awalan ter-... dapat digabungkan dengan kata dasar daripada kata nama dan kata kerja.
  10. 10. 10 7.5 Imbuhan Akhiran Akhiran -i Akhiran -kan Membentuk kata kerja transitif. Akhiran ...–i boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama,kata kerja,kata adjektif atau kata tugas. Membentuk kata kerja transitif. Akhiran ...–kan boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama,kata kerja,kata adjektif atau kata tugas.
  11. 11. 11 7.6 Imbuhan Apitan Apitan MeN-...-kan Membentuk kata kerja transitif. Apitan men-...-kan boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama,kata kerja,kata adjektif atau kata tugas. Apitan BeR-...-an Apitan ber-...-an bertugas sebagai pembentuk kata kerja tak transitif. Apitan ini dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama,kata kerja dan kata adjektif. Apitan Di-...-kan Membentuk kata kerja pasif. Awalan Di-.. pada perkataan yang berapitan Di-...-kan merupakan penanda pasif diri ketiga. Apitan Di-...-i Membentuk kata kerja pasif. Apitan DipeR-...-kan Membentuk kata kerja pasif. Apitan Diper-...-kan dapat bergabung dengan kata dasar daripada kata nama dan kata kerja. Apitan MeN-...-i Membentuk kata kerja aktif transitif. Apitan Men-...-i boleh menerima kata dasar daripada golongan kata nama,kata kerja,kata adjektif dan kata tugas. Kata kerja yang menerima imbuhan men-..-i memerlukan satu objek sahaja ataupun dua objek.

×