Your SlideShare is downloading. ×
Kaedah Kutipan Data
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Kaedah Kutipan Data

29,986

Published on

Published in: Technology, Business
8 Comments
10 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
29,986
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
1,504
Comments
8
Likes
10
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. KAEDAH PENGUMPULAN DATA KUALITATIF PENGENALAN Proses pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif memberi peluang kepada penyelidik untuk mendapat data yang berciri seperti berikut: i) memberi bermakna dan penting kepada peserta kajian, ii) data yang tidak dijangka atau diandai oleh penyelidik, iii) data yang mendalam serta dapat menjelaskan sesuatu isu yang dikaji (Mack, Woodsong, MackQueen, Guest, & Namey, 2005). Empat kaedah mengumpul data kualitatif yang akan dibincangkan ialah Pemerhatian, temubual Individu, Kumpulan Fokus serta analisa artifek. Setiap satu dari kaedah ini sesuai untuk digunakan untuk mengutip jenis-jenis data-data tertentu. Data dari kaedah-kaedah ini adalah dalam bentuk nota, rakaman audio dan video, serta trankripsi. PERMERHATIAN Pemerhatian dalam kajian kualitatif boleh dilakukan melalui tiga cara iaitu i) Pemerhatian Tidak Turut Serta ii) Pemerhatian Separa Turut Serta dan iii)Pemerhatian Turut Serta. Ketiga-tiga bentuk pemerhatian ini melibatkan pengkaji berada di persekitaran yang membenarkan peserta bertingkahlaku secara semulajadi. Perkara yang membezakan ketiga jenis pemerhatian ini ialah tahap penglibatan pengkaji dalam aktiviti yang dilakukan oleh peserta kajian. Dalam Pemerhatian Tanpa Turut Serta pengkaji hanya memerhati dan mengutip data tanpa perlu mewujudkan apa-apa interaksi dengan peserta atau persekitaranya. Sebaliknya Pemerhatian Turut Serta memerlukan penglibatan pengkaji dalam persekitaran dan aktiviti-aktiviti peserta. Terdapat juga kajian yang memerlukan pengkaji menggunakan kedua-dua kaedah bila perlu. Ini dinamakan Pemerhatian Separa Turut Serta. Pengkaji yang membuat Pemerhatian Secara Turut Serta mempelajari bagaimana rasanya berada dalam dunia dan kehidupan sebenar peserta kajian dan pada masa yang sama perlu kekal sebagai seorang luaran untuk membolehkannya membuat laporan secara objektif. Kaedah pemerhatian berasal dari kajian ethnografik yang bertujuan mempelajari perspektif populasi yang dikaji dalam konteks peserta sendiri. Penyelidik kualitif perlu membuat andaian bahawa dalam sesuatu populasi terdapat pelbagai perspektif tentang sesuatu isu. Kita berminat mengetahui pelbagai perspektif ini dan memahami jalinan yang berlaku antara perspektif- perspektif yang berbeza ini.
  • 2. Langkah-Langkah Menjalankan Pemerhatian 1. Berada dilokasi kajian Pengkaji pergi ke komuniti atau persekitaran di mana terdapat populasi yang dapat memberi jawapan kepada soalan kajian. Peserta boleh terus bertingkahlaku secara natural dalam persekitaran mereka. Sebagai persediaan kepada proses pemerhatian, pengkaji perlu mengenalpasti invidu yang dapat memberikan maklumat terbanyak kepadanya. Dalam Pemerhatian Turut Serta, pengkaji boleh membina hubungan dan seterusnya berinteraksi dengan individu-individu dalam persekitaran tersebut yang dapat membantu pengkaji memahami fenomena- fenomena yang diperhatikannya. 2. Membuat Catatan Semasa berada dalam persekitaran yang dikaji, pengkaji mencatat segala maklumat yang diperolehi dalam buku nota lapangan. Maklumat ini diperolehi melalui pemerhatian tingkahlaku, perbualan personal, dan juga peristiwa yang berlaku dalam persekitaran tersebut. Maklumat yang diperolehi dari media masa di kawasan tersebut juga boleh dijadikan sumber data. Walaupun selalunya data pemerhatian adalah dalam bentuk teks, catatan juga boleh dilakukan dalam bentuk rajah dan peta minda (untuk menggambarkan sesuatu hubungan, kronologi peristiwa, kedudukan kuasa, dll. Dalam proses ini, pengkaji perlu sentiasa berhati- hati mencatatkan pemerhatiannya secara empirikal tanpa melakukan interpretasi mengikut nilai pengkaji sendiri. Cara mengambil nota lapangan a. Catatkan Tarikh, Masa, tempat dan peristiwa. b. Tinggalkan ruang kosong pada setiap catatan supaya nota ini boleh dikembangkan. c Ambil nota secara strategik dengan mencatatkan hanya perkataan kunci. d Gunakan short hand. e. Liputi pelbagai aspek pemerhatian seperti peristiwa, perbualan, bahasa badan, mood, persekitaran secara am, interaksi sesama peserta, dan lain-lain yang relevan. 3. Mengembangkan Data Pemerhatian
  • 3. Data pemerhatian dalam bentuk nota-nota ringkas perlu dikembangkan secepat mungkin supaya dapat memberi maklumat lengkap sebelum dianalisa. Data ini perlu ditulis atau ditaip kepada data naratif yang menerangkan: a. peristiwa yang telah berlaku b. pembelajaran yang anda perolehi daripada pemerhatian tersebut. c. mengenalpasti soalan yang akan ditanya seterusnya jika data yang diperolehi belum memuaskan. Pengkaji perlu menyemak semula data naratif tersebut, memasukkan komen-komen terakhir untuk mengukuhkan data pemerhatian tersebut. Data teks dan gambarajah daripada pemerhatian boleh dimasukkan dalam komputer dan diproses untuk menghasilkan sesuatu patten atau tema yang menonjol (sila rujuk bahagaian pengurusan data). Data pemerhatian dalam pelbagai bentuk ini sentiasa dirujuk untuk menyokong satu sama lain sepanjang kajian ini. Data pemerhatian dapat membantu pengkaji memahami perspektif dan tingkahlaku peserta dari konteks budaya dan persekitaran peserta semasa dalam proses temubual dan kumpulan fokus. Dengan merujuk kepada data pemerhatian, pengkaji boleh mengukuhkan rekabentuk instrumen temubual, menjimatkan masa dan mengelakkan kesilapan-kesilapan sepanjang kajian tersebut. TEMUBUAL INDIVIDU Temubual Individu adalah kaedah yang paling berkesan membolehkan pengkaji mengutip data secara mendalam tentang sejarah, pandangan, dan pengalaman seseorang peserta terutamanya bagi topik-topik yang sensitif. Temubual mendalam boleh dilakukan kepada i) individu yang mengalami sesuatu fenomena, ii) individu yang mempunyai hubungan dengan populasi yang mengalami fenomena tersebut seperti ahli keluarga, rakan-rakan, ahli masyarakat, dan iii) pakar yang mengendalikan sesuatu tugasan profesional berkaitan fenomena tersebut seperti contohnya doktor, guru, ahli politik, dan lain-lain yang berkenaan. Samada sebagai populasi yang dikaji ataupun sebagai orang yang mempunyai hubungan profesional atau personal dengan populasi kajian, peserta yang terlibat dalam temubual individu akan mendapat faedah melalui proses ini. Ramai peserta yang berasa gembira dan mengalami carthasis ketika ditemubual kerana mereka berpeluang menyatakan perspektif mereka dan membuat pendedahan kendiri kepada seseorang yang mendengar dengan penuh minat. Penyelidik pula menerima satu penghormatan apabila diberi peluang oleh orang
  • 4. yang tidak dikenali untuk memahami sebahagian kehidupan orang tersebut (Mack, Woodsong, MackQueen, Guest, & Namey, 2005). Dalam proses menemubual, peserta adalah seseorang yang dapat memberi respon kepada soalan-soalan kajian manakala penyelidik adalah pelajar yang ingin mengetahui pandangan peserta tersebut. Penyelidik menerima semua jawapan yang diberi oleh peserta dan tidak memberi nilai samada jawapan itu betul atau salah. Proses ini melibatkan penyelidik bersemuka dengan peserta dan mendengar dengan teliti respon-respon peserta kepada soalan yang diajukan kepadanya. Jika keselamatan menjadi isu, kehadiran dua penyelidik boleh digunakan dengan memastikan peserta tidak rasa diperkecilkan. Perbualan telefon antara penyelidik dengan peserta juga dikira sebagai temubual. Langkah-langkah dalam proses temubual 1. Persediaan Menemubual: Protokol Soalan Penyelidik perlu membuat persediaan dengan mencari maklumat asas tentang tajuk kajian dan elemen-lemen dalam kajiannya seperti teori, fenomena terkini serta faktor-faktor yang mempengaruhi. Pengetahuan ini membantu penyelidik membina instrumen kajian yang disebut sebagai protokol soalan (Hill, Knox, Thompson, Williams, Hess, Ladany, 2005). Protokol soalan adalah senarai soalan-soalan yang disediakan oleh penyelidik untuk mencari jawapan kepada soalan kajiannya. Protokol soalan perlulah mengikut susunan berikut: Bil. Jenis Soalan Penerangan Contoh 1 Soalan Pengenalan Membolehkan peserta ”terangkan tentang diri anda memperkenalkan diri dari aspek: pengalaman kerja,umur, jantina,” 2 Soalan Transisi Memperkenal topik ”Apakah yang anda faham yang hendak dikaji tentang eq?” dan meminta respon “Pernahkah anda membuat peserta terhadap keputusan secara pengetahuan asas beremosi?” tentang topik tersebut. 3 Soalan Kunci Soalan Utama yang ”Pada pandangan anda menghasilkan apakah faktor-faktor jawapan kepada mempengaruhi soalan kajian kecerdasan emosi?” ”bagaimanakah anda menangani masalah masalah emosi di tempat kerja?” ”bagaimanakah anda
  • 5. menangani masalah emosi dalam hubungan dengan ahli keluarga?” 4 Soalan Penutup Memeriksa jika ”adakah anda mempunyai peserta mahu apa-apa pandangan lagi menambah maklumat ditentang EQ?” 2. Kemahiran Menemubual Pengkaji perlu menggunakan kemahiran berkomunikasi yang berkesan agar peserta berasa selesa dan terdorong untuk memberi respon yang memuaskan. Kemahiran ini termasuklah: a. Membina hubungan yang baik melalui penggunaan tingkahlaku yang sesuai dengan budaya peserta, senyum, menggunakan nada suara yang mesra, berhemah dalam berjenaka, merendah diri, bersabar dan tidak memarahi peserta. b. Memberi penerangan yang jelas kepada peserta tentang tujuan dan prosedur kajian, dan bagaimana temubual ini berbeza dari perbualan biasa. Pengkaji perlu menerangkan tentang senarai soalan yang telah disediakan dan meminta peserta menjawab secara bebas, iaitu tiada jawapan yang betul atau salah. c. Memberi keutamaan kepada perspektif peserta. Walaupun pendapat peserta berbeza dari apa yang anda harapkan, sebagai pengkaji anda perlu objektif dan mendengar serta merekod segala maklumat tanpa mengubah apa-apa makna. Bagaimanapun jika terdapat maklumat yang salah dari segi fakta, anda bertanggungjawab memberi maklumat yang betul selepas temubual tersebut. d. Menyesuaikan diri kepada pelbagai personaliti dan kedaan emosi peserta. Pengalaman dan personaliti yang berbeza menjadikan peserta mengekspresi diri mereka dengan pelbagai cara. Pengkaji kualitatif bukan sahaja perlu bersedia menerima perspektif dan gaya yang berbeza, malah perlu membina kemahiran berinteraksi dengan peserta yang berbeza. e. Menggunakan teknik penyoalan berkesan melalui: -bertanyakan satu soalan pada satu masa, -meminta penjelasan terhadap respons yang kabur, -bertanyakan soalan-soalan terbuka,
  • 6. -mengelakkan soalan terarah dan bias -menggunakan soalan-soalan penerokaan mendalam atau probing. Contoh bagi soalan penerokaan atau probing ini ialah: ”boleh perjelaskan pernyataan anda tadi?” ”apa yang anda maksudkan?” ”Kenapa anda berkata begitu?” ”Bagaimanakah ini memberi impak kepada anda?” 3. Mendokumentasikan Temubual Data temubual merupakan perbualan antara penyelidik dan peserta yang dirakam melalui pita suara, video dan juga nota. Penyelidik kini mempunyai pelbagai pilihan teknologi perakam data yang membolehkan rakaman dilakukan tanpa menganggu keselesaan peserta semasa temubual. Apapun teknologi rakaman yang digunakan, penyelidik perlu mematuhi etika dengan memastikan segala rakaman ini mendapat kebenaran dari peserta. Temubual mendalam perlu mendapat informed consent atau persetujuan bermaklumat daripada peserta yang boleh dinyatakan secara lisan yang dirakam, ataupun secara bertulis dengan menandatangi surat kebenaran. Data temubual yang telah dirakam ini ditaip kembali dalam komputer dalam bentuk transkrip untuk melalui proses seterusnya iaitu analisa. Analisis ini membolehkan pengkaji memetik ungkapan sebenar peserta dan dijadikan bukti kepada jawapan-jawapan yang dicari oleh soalan kajian. TEMUBUAL KUMPULAN FOKUS Temubual kumpulan fokus merupakan kaedah kualitatif yang berkesan untuk mempelajari budaya dan amalan sesuatu kumpulan, ataupun mendapat pelbagai pandangan dalam sesebuah kumpulan tentang sesuatu isu. Kumpulan fokus dijalankan dengan seorang atau dua fasilitator berjumpa dengan ahli kumpulan untuk membincangkan sesuatu topik kajian.Contoh penggunaan kaedah ini yang paling sering dilakukan ialah dalam kajian-kajian pasaran di mana pengkaji perlu mengetahui tentang produk dan perkhidmatan yang diperlukan oleh sesuatu populasi. Kekuatan data kumpulan fokus terletak kepada dinamika yang terhasil daripada interaksi kelompok. Selain dari menghasilkan respons yang banyak pada masa yang pendek, ahli-ahli kelompok juga teransang untuk memberikan pelbagai jawapan yang berbeza berdasarkan pengalaman dan personaliti mereka. Bagaimanapun kumpulan fokus kurang sesuai untuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan yang sensitif dan terlalu personal. Langkah-langkah Menemubual Kumpulan Fokus.
  • 7. 1. Persediaan Temubual Kumpulan Fokus Pengkaji membina soalan fokus Soalan temubual kumpulan fokus berbentuk terbuka yang memerlukan peserta memberi penerangan bukannya sekadar ”ya” dan ”tidak”. Temubual kumpulan fokus menggunakan protokol soalan yang dibina terlebih dahulu oleh pengkaji (sila rujuk bahagian temubual individu untuk mempelajari cara-cara pembinaan protokol soalan). Pengkaji Memilih Kumpulan Fokus Peserta kumpulan fokus terdiri dari mereka yang dapat memberi respons terhadap isu yang dikaji. Pengkaji boleh membina kumpulan-kumpulan yang mempunyai ciri-ciri yang sama ataupun berbeza. Contohnya dalam kajian EQ yang dijalankan di seluruh negara, pengkaji telah membina 30 kumpulan fokus yang terdiri dari kumpulan pegawai penjara, kumpulan jururawat, dan kumpulan guru (Noriah, Zuria, Siti Rahayah, 2004). Walaupun perbezaan didapati dalam respons antara kumpulan pekerjaan yang berbeza, masih terdapat pelbagai respons di kalangan ahli-ahli kumpulan homogenus. Walaupun pengkaji mencari tema keseragaman daripada sesuatu kumpulan, respons dari setiap ahli adalah unik dan diberi perhatian oleh pengkaji. Respons ini telah berjaya membina satu senarai soalseldik EQ bagi pekerja di Malaysia. Jumlah ahli yang sesuai untuk sesuatu kumpulan fokus ialah antara 8-10 orang. Pengkaji menyediakan alat rakaman Sesi perbincangan ini dirakam melalui pita video ataupun audio. Oleh itu, pengkaji perlu membiasakan diri dengan alat rakaman. Seorang fasilitator diperlukan untuk membaca soalan dan mengendalikan perbincangan, manakala seorang lagi diperlukan untuk mencatat, atau memastikann rakaman berjalan lancar. 2. Mengendalikan Temubual Kumpulan Fokus Pengkaji memperkenalkan dirinya, menyatakan tujuan perbincangan tersebut, dan menerangkan bagaimana proses temubual fokus berlaku. Pengkaji perlu menyatakan bahawa tiada jawapan yang betul atau salah dan semua ahli berpeluang menyatakan pandangan mereka tanpa perlu risau bahawa ia akan disalahgunakan. Pengkaji perlu mendapatkan kebenaran bertulis dari ahli kumpulan untuk merakam sesi dan menggunakan data untuk kajian. Semasa temubual berjalan, pengkaji perlu melakukan perkara berikut: a. menggalakkan ahli-ahli memberi respons dan berinteraksi sesama mereka b. mengaitkan satu respons dengan yang lain. Contohnya, fasilitator boleh
  • 8. berkata ”Tadi Fatimah telah memberi pendapat beliau tentang tindakan yang diambil ketika beliau sedang marah, bagaimana dengan ahli lain, ada yang sama, atau berbeza?”. c. mengelak dari memberi komen kepada peserta samada respons itu tepat atau sebaliknya, d. tidak menegur peserta kerana mempunyai pemikiran yang tidak sesuai, e. berwaspada supaya tidak bertanyakan soalan yang terlalu sensitif dan menyentuh peribadi peserta. 3. Selepas Temubual Fokus Perbincangan dengan rakan penyelidik selepas sesi kumpulan fokus adalah penting. Pengkaji perlu mengimbas kembali maklumat yang didapati dalam kelompok tersebut, serta reaksi ahli kelompok terhadap isu kajian semasa maklumat tersebut masih segar diingatan. Jika penyelidik menjalankan kajian ini bersendirian, sangat baik jika maklumat ini dijadikan memo di atas kertas atau dalam komputer. Maklumat ini sangat penting untuk a. memeriksa soalan-soalan yang tidak berkesan dan sebabnya, b. mencari penemuan yang sama atau berbeza dengan data sebelum ini, c. memeriksa topik baru dan maklumat yang lansung tidak timbul dalam kumpulan tersebut, dan d. mengenalpasti maklumat yang perlu diperiksa lebih mendalam di luar kelompok seperti melalui dokumen, pemerhatian, dll. Rakaman tersebut perlu didengar kembali, ditaip untuk menghasilkan transkrip, dan seterusnya dianalisa secara manual ataupun dengan software NVIVO. ARTIFEK Artifek adalah bahan-bahan maujud yang dapat dijadikan bukti empirikal kepada sesebuah kajian. Sesuatu artifek itu sesuai dijadikan bahan kajian apabila ia secara lansung atau tidak lansung mengandungi maklumat-maklumat berkenaan sesuatu peristiwa, proses, dan budaya. Menurut Gorad (2002), pengkaji kualitatif melihat pelbagai perkara berpotensi memberi maklumat, dan pengkaji menjadi pengaut data yang teliti. Sekecil-kecil perkara seperti brosur sekolah, nota-nota, tiket, senikata lagu, sehinggalah sebesar-besar perkara seperti bangunan, kapalterbang, dan tempat-tempat sejarah adalah artifek yang mempunyai pelbagai maklumat untuk dijadikan bahan bukti. Ahli-ahli sejarah umpamanya memainkan peranan yang amat penting dalam membantu manusia memahami pelbagai perubahan dan pembentukan peradaban melalui penelitian mereka terhadap artifek purba seperti bangunan dan peralatan kehidupan sebelum ini. Perkara yang paling penting bagi pengkaji ialah memastikan bahawa artifek yang dikaji adalah asli kerana ini memberi pengaruh yang besar ke atas kesahihan dan kebolehpercayaan kajian tersebut. Seterusnya, pengkaji mencatat nota, dan
  • 9. merakam secara audio dan visual bentuk fizikal artifek tersebut. Pengkaji kemudian menggunakan pelbagai aspek dalam artifek itu untuk menjawab persoalan kajian yang telah disediakan. Pada masa yang sama, terdapat aspek- aspek artifek tersebut yang memberikan pengetahuan baru ataupun persoalan kajian baru yang selama ini tidak difikirkan oleh pengkaji tersebut. RUMUSAN Bab ini telah membincangkan pelbagai cara yang dapat digunakan oleh pengkaji kualitif untuk mendapatkan data. Empat cara yang telah dibincangkan adalah pemerhatian, temubual individu, temubual kumpulan fokus, serta analisa artifek. Semua cara pengumpuan data ini memberi peluang kepada pengkaji mendapatkan data yang banyak serta mendalam. Pengkaji perlulah teliti dalam memilih data yang sesuai digunakan untuk memberi jawapan kepada persoalan kajiannya. Pada masa yang sama, proses kutipan data kualitatif memberi ruang untuk pengkaji menjumpai data yang tidak dijangkakan. Oleh itu, pengkaji kualitatif perlu menyediakan minda yang terbuka dalam proses pengumpulan data untuk menerima maklumat-maklumat baru ini. RUJUKAN Gorad, S. (2002). Can we overcome the methodological schism? Four models for combining qualitative and quantitative evidence. Research Papers in Education 17(4), 345-361. Hill, C. B., Knox,S. Thompson, B. J., Williams, E. N., Hess, S. A., & Ladany, N. 2005). Consensual Qualitative Research: An Update, Journal of Counseling Psychology, 52, pp. 196-206. Mack, N. Woodsong, E. MackQueen, K. M. , Guest, G. & Namey, E. (2005). Qualitative Research Methods: A Data Collectors Field Guide, Family Health International, Research triangle Park, NC: FHI. Noriah, M.I, Zuria, M. Siti Rahayah, A. (2004). Kecerdasan Emosi di kalangan pekerja di Malaysia. Laporan Penyelidikan Geran IRPA. Universiti Kebangsaan Malaysia.

×