• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
46260933 isu-dan-masalah-pengajaran-dan-pembelajaran-membaca
 

46260933 isu-dan-masalah-pengajaran-dan-pembelajaran-membaca

on

  • 2,318 views

Bahan Bacaan Pemulihan

Bahan Bacaan Pemulihan

Statistics

Views

Total Views
2,318
Views on SlideShare
2,318
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
111
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    46260933 isu-dan-masalah-pengajaran-dan-pembelajaran-membaca 46260933 isu-dan-masalah-pengajaran-dan-pembelajaran-membaca Document Transcript

    • ISU DAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MEMBACA DI SEKOLAH-SEKOLAH DAN INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA oleh HJ. ABD. RAZAK DALI, P.K.T., ED.D., M.A. , Cert. Ed. Bukit Jambul Pulau PinangMembaca merupakan satu topik yang sentiasa mendapat perhatian serius daripada semua peringkatmasyarakat di nergara ini. Sungguhpun kita prihatin terhadap pelbagai isu dan masalah yang diutarakantentang tajuk ini, namun sehingga hari ini belum nampak sebarang penyelesaian berkesan dilakukanterhadapnya. Mungkin kita tidak nampak isu dan masalah yang sebenar berkaitan dengan ilmu, pengajarandan pembelajaran membaca? salah satu masalah yang kita akui sebagai yang paling serius ialah kurangnyaminat dan tabiat membaca dan ini berlaku di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Kerajaan danpelbagai pihak telah dan sedang berusaha untuk meningkatkan tabiat dan minat membaca. Perkara inisentiasa dipandang serius oleh semua pihak kerana negara ini sedang menuju ke arah menjadi sebuahnegara membangun yang rakyatnya mesti boleh dan dapat bertanding dalam semua aspek kehidupandengan negara lain.Di sekolah rendah dan sekolah menengah membaca masih lagi menjadi perkara penting dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Kelemahan membaca dipandang sebagai penghalang kepada usaha untukmenjadikan anak-anak kita sebagai pelajar berpengetahuan dan cemerlang dan masyarakat kita sebagaimasyarakat yang berilmu dan maju. Kalau dilihat pada dasar pendidikan, kurikulum, dan silibuspengajaran membaca tidak ada cacatnya. Semua sudut tentang membaca telah diajar di sekolah-sekolah. Malangnya isu dan masalah yang sama dibangkitkan setiap tahun."Pelajar tidak suka membaca.""Pelajar tidak berminat membaca.""Pelajart tidak mahu membaca.""Pelajar malas membaca."Tetapi ramai yang tidak mahu mengakui hakikat yang sebenarnya bahawa setelah tamat pengajian SRP,SPM, STPM, Ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, dan kedoktoran pelajar-pelajar di Malaysia masih tidakTAHU membaca. Sebenarnya banyak perkara yang menyumbang kepada masalah pembacaan tetapi yangdilaung-laungkan kerap berfokus kepada masalah minat dan tabiat membaca sahaja. Kita perlu tahubahawa kebolehan dan kemahiran membaca tidak berteraskan kepada minat dan tabiat membacasahaja. Untuk menjadikan seseorang itu berminat serta mempunyai tabiat membaca yang positif kita perlupertimbangkan faktor-faktor lain yang berkaitan dengannya sama seriusnya dengan minat dan tabiatmembaca mereka.MEMECAH TRADISI PENGAJARAN MEMBACASetiap kali proses pengajaran membaca berlaku di dalam bilik darjah sama ada di sekolah rendah,menengah atau di intitusi pengajian tinggi ia perlu dipandang sebagai satu pengajaran ilmu yang baru yangdapat diterima oleh pelajar. Kita berusaha mengajar dengan gigih supaya pelajar dapat menerima apa yangdiajar itu dengan penuh kesedaran, dengan sikap yang positif, dan dapat menggunakan hasil pengalamanpembacaan itu untuk tujuan yang sebenar. Malangnya ramai guru hari ini menitikberatkan elemen-elemenproses membaca yang tidak jelas dan tidak bermakna kepada pelajar. Ada guru yang memburukkan lagiproses pengajaran membaca dengan mendekatinya pula mekanikal. Ini kerap berlaku kerana ada banyakkekangan keadaan dan halangan yang berlaku proses mengajar membaca. Ilmu membaca perludititikberatkan bukannya proses membaca.Kekangan dan halangan yang wujud itu kerap kali tidak mendapat perhatian guru kerana ramai yang tidaktahu yang ianya wujud. Proses pengajaran membaca di dalam bilik darjah adalah refleksi kepada amalanbagaimana buku harus dibaca di sekolah semasa guru mempelarainya di sekolah dahulu. Amalanpengajaran ini telah menyebabkan guru bertindak dengan mengajar secara teknikal tanpa berani membuatkeputusan bagaimana hendak mengubahsuaikannyaUntuk mengelakkan guru daripada menjadi sebagai seorang juruteknik membaca, mereka harus boleh dantahu mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan membuat keputusan sendiri berpandukan kepada apayang ada di hadapan mereka (pelajar, bahan, tujuan, kaedah dan diri mereka sendiri). Keupayaan berbuatdemikian adalah satu langkah ke arah menjadi seorang guru membaca yang profesional. Guru membaca
    • yang sebenar ialah mereka yang mendapat pendidikan dalam ilmu membaca dan ilmu pengajaran membaca(yang dimaksudkan di sini ialah semua guru dan tidak terhad kepada guru yang mengajar subjek bahasasahaja).Sebagai satu contoh ilmu membaca yang dimaksudkan ialah apabila kita membaca kita perlu tahu bahawatujuan penulis menulis teks ialah untuk berkongsi maklumat dengan pembacanya dan pembaca pula akanmembentuk semula isi teks supaya mereka dapat menerima dan memahami maklumatnya. Pada asasnyauntuk mendapatkan maklumat daripada teks pembaca harus boleh mengcam, menggunakan danmencantumkan petanda dan petunjuk yang disediakan oleh penulis dengan maklumat daripada pengalamanlalu tentang tajuk yang dibacanya, dan dengan pengetahuan tentang proses membaca. Pembaca juga harusboleh membuat inferens kepada makna yang dibuat oleh penulis.Antara faktor utama yang boleh memungkinkan proses pembacaan itu menjadi satu aktiviti yang berjayaialah pembaca harus mempunyai sikap yang positif. Kedua, pembacaan yang dilakukan itu perlulahberasaskan kepada kefahaman tentang konsep pemerosesan mental. Pemprosesan konsep ini bolehdilakukan oleh seorang pembaca yang cekap ketika dia berusaha membentuk makna; dan jika dilakukandengan mahir dia boleh memahami keseluruhan teks yang dibacanya itu dengan berkesan (prosesmetakognisyen). Ketiga, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kebolehan untuk melaksanakanpengajaran dan pembelajaran membaca yang sebenarnya.Bila kita mengajar membaca sebenarnya kita mengajar bagaimana pelajar dapat membentuk sikap terhadapisi kandungan yang ditulis oleh penulis. Guru harus dapat menumpukan perhatian pembaca kepadabagaimana penulis meluahkan pengalaman, pengetahuan dan pendapatnya ke dalam bukunya. Penulismempunyai perhubungan yang rapat dengan pembaca kerana kedua-dua mempunyai pandangan dansikapyang sama pengalaman, pemprosesan maklumat, pembinaan isi kandungan, tujuan membacakemahiran menulis dan membaca. Kesemua ini saling terikat dalam usaha membina pengalaman dankemahiran yang berkesan dan berjaya dalam pembacaan.Pelajar perlu diberi motivasi melalui pengajaran yang terancang dan tersusun. Guru memotivasikan pelajardengan memberikan tugasan yang berjaya dilaksanakan oleh pelajar secara mengintegrasikan apa yanghendak dipelajarinya itu dengan aktiviti yang sebenar. Kelemahan yang berlaku ialah semasa di sekolahrendah guru merancang pengajaran membaca berpandukan kepada pembacaan satu teks asas sepanjangtahun melalui kelas bahasa. Di situlah fokus pembelajaran membaca tanpa pelajar berpeluang meluaskankemahiran kepada bentuk bahan bacaan yang bebeza.Pelajar tidak akan dapat menguasai kemahiran membaca jika mereka mempunyai sikap negatif terhadapperoses pembelajaran dan bahan yang dibacanya itu. Sikap positif terhadap membaca banyak bergantungpada pelajar mempunyai kesedaran metakognitif tentang konsep seperti: a) "Apakah itu membaca?", dan b)tentang penyertaan mereka dalam aktiviti membaca. Untuk menimbulkan semua ini teknik utama ialahmewujudkan satu suasana keliling yang literat yang membolehkan pelajar membina konsep yang tepat danperasaan yang selesa dalam aktiviti membaca dan menulis yang bermakna. Menyeru dan menyuruh pelajarmembina sikap postif secara lisan akan menghasilkan kesan yang minima, yang pentingnya ialah penyertaandalam aktiviti membaca yang sebenar dengan panduan dan tunjuk ajar yang berkesan.Semua pelajar akan melalui proses peningkatan darjah, oleh itu fokus pengajaran juga harus turut berubahdaripada satu konsep yang mudah kepada yang lebih sukar iaitu dari keseronokan membaca cerita beralihkepada konsep tentang fungsi membaca dan pelbagai reaksi yang mereka ketemui dalam sesuatu bahanbacaan (Lihat Rajah 5).Matlamat membaca ialah untuk membolehkan palajar memahami mesej di dalam teks. Keupayaan untukmemahami kandungan di dalam teks bergantung pada pengalaman latar yang ada pada pelajar tentangtajuk yang dibaca, jenis bahan bacaan dan apa tujuan dia membacanya. Pada umumnya apabila kitamengajar membaca tumpuan kita ialah pelajar. Tujuan guru biasanya untuk membolehkan pembacamengeluarkan isi kandungan teks yang dibacanya tetapi pengajaran begini tidak menjamin pelajar tahubagaimana maklumat dapat diproses dalam situasi bacaan yang berbeza. Ini berlaku kerana guru kurangpeka dan tidak memberi tumpuan kepada kemahiran-kemahiran kognitif bagaimana maklumat dapatditerbitkan dari teks.Semua Pusat Sumber Sekolah perlu menyediakan KLINIK MEMBACA. Cara pembacaan di ajar ia itu caramembaca yang berkesan dengan mengetahui kepentingan bahagian-bahagian buku.
    • MEMBANTU PELAJAR MENGGUNAKAN STRATEGI MEMAHAMI TEKSSesuatu proses kefahaman teks bacaan yang berkesan berfokus pada cara-cara dan penaakulan yangdigunakan untuk mengeluarkan maklumat, dan bukannya pandangan pembaca terhadap isi kandunganteks. Tujuan perlakuan kefahaman ialah untuk membolehkan pembaca sedar tentang cara membaca danpenaakulan yang digunakan itu di bawah kawalannya sendiri. Kita mahu pelajar tahu bagaimana untukmenggunakan pengetahuan latar dan membuat telahan dan inferens semasa mereka membaca. Kita jugamahu pembaca boleh dan tahu memantau pembacaan mereka dan menggunakan strategi yang dapatmemecah halangan terhadap pembinaan makna semasa mereka membaca. Kita juga mahu pembacamenyusun dan menilai hasil daripada apa yang telah mereka baca.Peranan guru dalam pengajaran strategi ialah untuk mewujudkan satu suasana pengajaran yangmenegaskan bahawa dalam pembacaan teks yang bersambungan penggunaan strategi membaca yang tepatadalah langkah yang penting. Guru dapat mengukuhkan proses kefahaman membaca seseorang pelajar itudengan menunjukkan kepada mereka bagaimana strategi yang sama juga digunakan oleh penulis semasamereka menulis teks. Pengajaran dalam proses kefahaman membaca bermula dengan kefahamanmendengar pada peringkat permulaan literasi dan meningkat sedikit demi sedikit kepada proses-proses yanglebih kompleks dan jenis bahan bacacan yang lebih tinggi.PEMBACA HARI INISikap dan kesedaran keperluan membaca di kalangan ramai pelajar kita di semua peringkat pengajianadalah terlalu rendah, mudah dan cetek. Pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi, sungguhpunmereka telah berada di menara gading, hanya yang asas sahaja. Kebolehan membaca rata-rata terhadkepada bahan bukan ilmiah dan berbentuk naratif. Penguasaan dan kelancaran bahasa mereka tidakmendalam kerana ramai yang masih lagi tidak berupaya untuk berfungsi dalam bahasa akademik, bahasasains dan bahasa teknologi. Kelemahan ini bertambah apabila pembaca mempunyai pengetahuan am yangterlalu sempit dan ini menyebabkan mereka tidak berupaya untuk berinteraksi dengan penulis. Semua inidisebabkan pelajar terlalu bergantung pada nota-nota guru dan buku ulangkaji dan mereka engganmembaca buku-buku ilmiah yang boleh didapati dalam jumlah yang besar di perpustakaan di seluruhnegara.GURU HARI INITanggungjawab guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran sememangnya berat kerana guru bukansahaja bertanggungjawab memberi pengalaman kepada pelajar dalam bidang mata pelajaran yangdiajar tetapi ia juga bertujuan membentuk pelajar menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Kalau itu tidakmencukupi banyak lagi tugas dan tanggungjawab guru yang ditanggungnya di luar prosespengajaran. Tugas guru bukannya mudah kerana ada banyak perkara lain yang dianggap seseorang guruharus boleh lakukan sungguhpun guru itu tidak mendapat latihan khusus dalam bidang itu. (Lihat Rajah 6).Tanggungjawab dalam bidang pengajaran dan pembelajaran membaca bukannya terhad pada seseorangguru sahaja. Untuk setiap mata pelajaran disediakkan buku teks. Ini bererti setiap guru mata pelajaran jugaharus menjadi seorang guru bacaan. Kalau ditanya kepada guru, ramai akan mengatakan bahawa buku teksdigunakan sebagai rujukan atau untuk memberi latihan kepada pelajar. Persoalannya ialah bilakah pelajarbetul-betul berpeluang untuk diberi kemahiran membaca dalam erti kata membaca dengan penuhperhatian. Begitulah juga keadaannya di dalam kelas bahasa, membaca tidak begitu penting, yang pentingialah menjawab soalan kefahaman.Lalu kita akan bertanya - tanggungjawab siapakah untuk mengajar membaca. Latihan yang diterima olehguru dalam bidang membaca terlalu minima dan ada guru yang tidak pernah menerima sebarangpendedahan tentang pengajaran membaca dan ilmu membaca terutamanya guru matapelajaran. Kefahaman tentang ilmu membaca terlalu penting untuk diabaikan dalam proses pendidikanguru. Sekurang-kurangnya apabila seorang guru itu tamat pengajiannya dia telah pun menerimapendedahan dalam bidang ilmu membaca dan pengajaran membaca. Dengan ilmu yang ada merekaberupaya memberi penjelasan dan penerangan yang betul kepada soalan-soalan seperti ini: a. Apakah definisi membaca? b. Apakah faktor yang mempengaruhi membaca? c. Bagaimana proses membaca itu berlaku? d. Apakah erti kefahaman dalam pembacaan dan perbezaannya dengan proses membaca? e. Apakah kemahiran dan strategi yang perlu diajar bagi pelajar yang mempunyai latar belakang, kebolehan, pengetahuan, dan matlamat membaca yang berbeza?PENGAJARAN MEMBACA HARI INI
    • Di mana dan bila harus dimulakan pengajaran membaca? Perlukah pengajaran membaca itu diasingkandari pengajaran bahasa? Bagaimanakah dapat dibezakan pengajaran membaca dengan pembacaan bahanilmiah? Ini adalah antara persoalan yang perlu diberi perhatian dalam pengajaran membaca. Kita percayabahawa sistem pendidikan di sekolah rendah telah berjaya melengkapi pelajar dengan kemahiran mekanismembaca.Oleh itu di mana salahnya kita? Mungkin apabila pelajar meningkat ke sekolah menengah pengajaranmembaca masih lagi tertumpu kepada kemahiran yang dipelajari di sekolah rendah. Apabila tiba pada satutahap, sudah pasti kemahiran membaca yang lebih kompleks perlu diajar dan dipraktikkan kerana inilahcaranya untuk membolehkan pelajar membaca dengan berkesan dan berjaya. Mereka tidak akan berasatakut untuk menghadapi buku-buku ilmiah yang lebih kompleks dan padat dengan maklumat.RUMUSANKalau guru tidak tahu dan tidak mahu membaca maka lebih ramai pelajar yang tidak mahu dan tidak tahumembaca. Pelajar tidak mahu membaca kerana membaca buku teks itu selalu dianggap susah. Mereka tidakmahu membaca kerana mereka tidak kenal buku, dan mereka juga tidak mahu membaca keranapenguasaan bahasa Melayu dan Inggeris mereka lemah (Lihat Rajah 7). Pelajar lebih mementingkan bacaannota yang guru sediakan atau nota komersial. Kepada mereka, ini boleh menjamin kelulusan peperiksaanyang cemerlang dan inilah yang sangat digalakkan oleh guru, ibu dan bapa.Pelajar di Malaysia rata-rata tidak diberi tunjuk ajar tentang kemahiran membaca pada tahap yang tinggidan lebih kompleks dan berkesan untuk membaca buku-buku teks dan buku ilmiah iaitu menggunakanpetunjuk, tanda-tanda, ciri-ciri dan sifat-sifat yang disediakan di dalam buku. Buku ulang kaji dan nota gurutidak mempunyai sifat-sifat dan bahagian seperti yang terdapat dalam buku teks dan buku ilmiah. Membacabuku ulang kaji dan nota guru tidak boleh digolongkan sebagai latihan kemahiran membaca buku kerana iabukanya buku dalam erti kata sebenar. Buku teks dan buku ilmiah yang sempurna banyak memberi petujukkepada pembaca untuk membaca secara kritikal.Kita harus percaya sehingga hari ini ramai guru mempunyai pengetahuan yang samar-samar tentangmembaca kerana sebilangan besarnya tidak pernah mengikuti kursus tentang ilmu membaca danpengajaran membaca. Program pendidikan guru di peringkat diploma, sarjana muda tidak mewajibkanguru mengambil kursus-kursus dalam bidang ini. Yang dikesalkan di IPTA dan di maktab-maktabperguruan tidak ditawarkan bidang Pengkhususan Ilmu Membaca dan Pengajaran Membaca. Pelajar-pelajar program Diploma Pendidikan di maktab perguruan menerima pengetahuan asas tentang membacamelalui kursus bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Yang lebih serius ialah guru-guru yang pengkhususanmereka mata pelajaran sains, teknikal, perdagangan dan kejuruteraan tidak menerima sebarangpendedehan tentang ilmu membaca dan pengajaran membaca. Inilah situasi yang ada pada hari ini tentangIlmu Membaca.