SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
Pemain Catur
(Zaharah Nawawi)
Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk, Ur dan
Um. Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar
Muhammad Yahya as-Suli, iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di
dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut mengajak Um adik bongsunya
berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang paling mudah untuk dibentuk
berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai
tonggak keluar. Um semakin berminat untuk bermain catur setelah mendengar kisah
kehebatan pemain catur ternama di dunia. Kempen Uj berhasil.
Uj mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan
alasan bahawa dia hilang fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang
sakit. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk berlawan catur secara terbuka. Perlawanan
berlangsung dengan sengit. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Uj
hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik kemudian buah caturnya telah
berubah. Um segera mengalih semula buah catur tersebut. Uj tidak berpuas hati lalu menjerit
dan menghentak meja. Uj menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku kalah. Um ke bilik
air mencuci muka untuk menenangkan diri. Sekembalinya ke meja apabila duduk, kakinya
terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit
berasa amat hiba sehingga diserang angin ahmar.
Keadaan semakin haru-biru, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab
meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara Um dengan Uj. Ibu meminta mereka
bertenang namun, diabaikan. Keluarga tersebut mula berpecah kepada dua, iaitu ada yang
menyokong Uj dan ada yang menyokong Um.
Sinopsis
Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya
perpecahan.
Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara
Uj dengan Um. Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah
pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka. Ibu mereka yang
sedang sakit juga telah diabaikan.
1. Persoalan sikap bangga yang menguasai diri.
Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebab mereka bertelagah.
Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik.
2. Persoalan keharmonian dalam keluarga harus diutamakan.
Ibu yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anak-anaknya yang boleh menyebabkan
keharmonian terganggu.
3. Pengkhianatan sesama ahli keluarga.
Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan semata-mata untuk menentukan
kehebatan mereka dalam permainan catur.
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat
garapan plot iaitu:
(i) Permulaan
Persoalan
Plot
Tema
Cerita dimulakan dengan apabila Um mengajak Uj berlawan catur bagi menentukan
siapa yang lebih hebat.
(ii) Perkembangan
Uj berusaha menanam semangat dalam permainan catur kepada adiknya agar
mengulangi sejarah kecemerlangan keluarga mereka sebagai pemain catur terhebat.
Cerita diteruskan lagi dengan Uj dan Um mula berlawan catur. Perlawanan berlangsung
dengan sengit untuk mencari kemenangan.
(iii) Konflik
Uk berbisik kepada Uj kononnya Um sedang membaca buku catur besar dan tebal yang
dibelinya dari luar negara untuk mengalah Uj dan mendapatkan kehormatan keluarga.
(iv) Klimaks
Pengkhianatan berlaku apabila kaki Um terkena asid yang diletakkan di bawah meja
catur.
(v) Peleraian
Ibu mereka diserang angin ahmar dan keluarga mereka berpecah kepada dua. Satu
pihak menyokong Um dan satu pihak lagi menyokong Uj.
Watak Utama
Uj
 Abang sulung yang menjadi ketua keluarga.
 Mempunyai lima orang adik dan pandai bermaina catur.
 Beliau juga adalah penyadang anugerah IGM dalam pertandingan catur.
Watak dan Perwatakan
 Pemarah – cepat panas baran apabila berhadapan dengan cabaran terutama ketika
bermain catur.
 Berbangga akan keturunan - Mendedahkan keturunannya yang hebat iaitu al-Hakam
juara catur terbaik dunia pada kurun ke-17 kepada Um.
 Bersemangat tinggi - sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang
disertai, serta mahu menaikan nama keluarganya setaraf dengan pemain catur ternama
dunia.
 Pilih kasih - hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai bermain catur sahaja
untuk mewarisi penguasaan keluarganya.
Watak Sampingan
1. Um
 Adik bongsu kepada Uj.
 Masih muda dan berpotensi dalam permainan catur.
 Mempunyai semangat juang yang tinggi - sanggup membaca buku dari luar negara
untuk mendalami permainan catur.
 Berani – sanggup menyahut cabaran abangnya walaupun sudah mengetahui akan
kehebatan Uj dalam permainan catur.
 Mengambil berat – Um sentiasa berfikir tentang kesihatan ibunya sedang sakit darah
tinggi.
 Mementingkan diri sendiri – Um tetap bertelingkah dengan Uj walaupun, telah dilarang
oleh ibunya sehinggakan ibunya mengalami angin ahmar.
1. Pemerian
Pengarang menceritakan tentang watak Uj yang telah berjaya memperoleh gelaran IGM
dalam permaian catur.
Teknik Penulisan
2. Dialog
Perbualan di antara Uj dengan Um ketika hendak memulakan perlawanan catur sehingga
menceritakan akan kehebatan keluarga mereka.
3. Imbas Kembali
Mengimbas kembali akan moyang mereka iaitu keturunan al-Hakam yang amat terkenal
dalam permainan catur pada kurun ke 17.
4. Suspens
Pembaca tertanya-tanya akan keputusan perlawanan catur antara Uj dengan Um yang tidak
berkesudahan.
Latar masa
 Berlaku selama tiga hari tiga malam semasa pertandingan berlangsung antara Uj
dengan Um.
Latar tempat
 Rumah keluarga Uj
 Biliik air
Latar masyarakat
 Masyarakat yang mahir dalam permainan catur contohnya keluarga Uj.
 Masyarakat yang bangga dengan keturunan contohnya Uj yang seringkali menceritakan
kehebatan keluarganya bermain catur kepada Um.
Latar
 Masyarakat yang kaya raya contohnya Uj dan adik beradiknya menugaskan dua orang
doktor untuk merawat ibu mereka yang sakit
1. Bahasa asing contohnya bahasa Indonesia (ruwet), bahasa Arab (kudrat)
2. Metafora contohnya cahaya kepintaran
3. Simile contohnya … Abang Uj seperti David the Gnome…
4. Sinkope contohnya … kota saya tadi di kanan, ni kenapa di kiri pula? …
5. Peribahasa contohnya … batu api ….
1. Nilai keberanian contohnya Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding
catur.
2. Nilai kegigihan contohnya Um berusaha bersungguh-sungguh menelaah buku tentang
permainan catur.
3. Nilai kasih sayang contohnya Uj menyayangi adiknya Um.
1. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup
2. Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar semua cabaran yang
ditempuh dapat diatasi dengan baik.
3. Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia dan
harmoni.
Gaya bahasa
Nilai
Pengajaran
1. Nyatakan tema cerpen Pemain Catur karya Zaharah Nawawi.
2. Berikan tiga perwatakan Uj dalam cerpen Pemain Catur karya Zaharah Nawawi.
1. Tema cerpen Pemain Catur karya Zaharah Nawawi ialah keruntuhan moral dalam
institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan. Sikap tidak mahu
mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara Uj dengan Um.
Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah pergaduhan itu juga
telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka. Ibu mereka yang sedang sakit
juga telah diabaikan.
2. Tiga perwatakan Uj dalam cerpen Pemain Catur ialah Uj berbangga dengan keturunan
contohnya dia bangga mendedahkan keturunannya yang hebat iaitu al-Hakam juara catur
terbaik dunia pada kurun ke-17 kepada Um. Dia juga bersemangat tinggi contohnya dia
sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai, serta mahu
menaikkan nama keluarganya setaraf dengan pemain catur ternama dunia. Dia juga
seorang yang pilih kasih contoh dia hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai
bermain catur sahaja untuk mewarisi dominasi keluarganya dalam permainan catur.
Jawapan
Latihan

More Related Content

More from Mis Sem

Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia
Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di MalaysiaLaporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia
Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di MalaysiaMis Sem
 
4 cerpen mellisa1
4 cerpen mellisa14 cerpen mellisa1
4 cerpen mellisa1Mis Sem
 
2 cerpen israk
2 cerpen israk2 cerpen israk
2 cerpen israkMis Sem
 
Cerpen ibu-dan-ceper
Cerpen ibu-dan-ceperCerpen ibu-dan-ceper
Cerpen ibu-dan-ceperMis Sem
 
Fakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap Sabah
Fakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap SabahFakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap Sabah
Fakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap SabahMis Sem
 
Kemahiran belajar
Kemahiran belajarKemahiran belajar
Kemahiran belajarMis Sem
 
Dasar Wanita Negara
Dasar Wanita NegaraDasar Wanita Negara
Dasar Wanita NegaraMis Sem
 
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui TeladanD. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui TeladanMis Sem
 
Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Mis Sem
 
Dasar Teknologi Hijau
Dasar Teknologi HijauDasar Teknologi Hijau
Dasar Teknologi HijauMis Sem
 
Dasar Alam Sekitar
Dasar Alam Sekitar Dasar Alam Sekitar
Dasar Alam Sekitar Mis Sem
 
Dasar Sosial Negara
Dasar Sosial NegaraDasar Sosial Negara
Dasar Sosial NegaraMis Sem
 
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan MakananDasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan MakananMis Sem
 
Sogoshosha Malaysia
Sogoshosha MalaysiaSogoshosha Malaysia
Sogoshosha MalaysiaMis Sem
 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Mis Sem
 
Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Pembangunan NasionalDasar Pembangunan Nasional
Dasar Pembangunan NasionalMis Sem
 
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi BaruDasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi BaruMis Sem
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negaraMis Sem
 

More from Mis Sem (20)

Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia
Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di MalaysiaLaporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia
Laporan Perintis Mahkamah-Mahkamah Atasan dan Rendah di Malaysia
 
4 cerpen mellisa1
4 cerpen mellisa14 cerpen mellisa1
4 cerpen mellisa1
 
2 cerpen israk
2 cerpen israk2 cerpen israk
2 cerpen israk
 
Cerpen ibu-dan-ceper
Cerpen ibu-dan-ceperCerpen ibu-dan-ceper
Cerpen ibu-dan-ceper
 
Fakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap Sabah
Fakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap SabahFakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap Sabah
Fakta Sebenar Isu Tuntutan Sulu Terhadap Sabah
 
Kemahiran belajar
Kemahiran belajarKemahiran belajar
Kemahiran belajar
 
Dasar Wanita Negara
Dasar Wanita NegaraDasar Wanita Negara
Dasar Wanita Negara
 
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui TeladanD. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
D. Penswastaan & D. Kepimpinan Melalui Teladan
 
Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan
 
Dasar Teknologi Hijau
Dasar Teknologi HijauDasar Teknologi Hijau
Dasar Teknologi Hijau
 
Dasar Alam Sekitar
Dasar Alam Sekitar Dasar Alam Sekitar
Dasar Alam Sekitar
 
Dasar Sosial Negara
Dasar Sosial NegaraDasar Sosial Negara
Dasar Sosial Negara
 
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan MakananDasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
Dasar Agromakanan & Dasar Jaminan Bekalan Makanan
 
Sogoshosha Malaysia
Sogoshosha MalaysiaSogoshosha Malaysia
Sogoshosha Malaysia
 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
 
Mbe
MbeMbe
Mbe
 
Mbe
MbeMbe
Mbe
 
Dasar Pembangunan Nasional
Dasar Pembangunan NasionalDasar Pembangunan Nasional
Dasar Pembangunan Nasional
 
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi BaruDasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 

3 cerpen pemain-catur

  • 1. Pemain Catur (Zaharah Nawawi) Enam beradik daripada keturunan ternama dalam permainan catur iaitu Uj, Ul, Us, Uk, Ur dan Um. Mereka terkenal kerana berketurunan al-Hakam iaitu rakan sepermainan Abu Bakar Muhammad Yahya as-Suli, iaitu salah seorang daripada dua pemain shatrani yang disegani di dunia. Uj merupakan anak sulung dalam keluarga tersebut mengajak Um adik bongsunya berlawan permainan catur. Bagi Uj, Um ialah adik yang paling mudah untuk dibentuk berbanding adik-beradiknya yang lain. Dia berharap Um dapat menggantikannya sebagai tonggak keluar. Um semakin berminat untuk bermain catur setelah mendengar kisah kehebatan pemain catur ternama di dunia. Kempen Uj berhasil. Uj mengajak Um berlawan catur untuk menguji pengetahuan. Um menolak dengan alasan bahawa dia hilang fokus ketika bermain kerana memikirkan soal ibunya yang sedang sakit. Um terpaksa menerima cabaran Uj untuk berlawan catur secara terbuka. Perlawanan berlangsung dengan sengit. Ahli keluarga yang lain tidak menyenangi perlawanan tersebut. Uj hampir kalah. Um berkalih untuk minum. Beberapa detik kemudian buah caturnya telah berubah. Um segera mengalih semula buah catur tersebut. Uj tidak berpuas hati lalu menjerit dan menghentak meja. Uj menuduh Um penipu dan memaksa Um mengaku kalah. Um ke bilik air mencuci muka untuk menenangkan diri. Sekembalinya ke meja apabila duduk, kakinya terkuis sebotol asid di bawah meja. Um berasa amat sakit. Ibunya yang ketika itu sedang sakit berasa amat hiba sehingga diserang angin ahmar. Keadaan semakin haru-biru, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab meletakkan botol asid itu. Berlaku tuduh menuduh antara Um dengan Uj. Ibu meminta mereka bertenang namun, diabaikan. Keluarga tersebut mula berpecah kepada dua, iaitu ada yang menyokong Uj dan ada yang menyokong Um. Sinopsis
  • 2. Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan. Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara Uj dengan Um. Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka. Ibu mereka yang sedang sakit juga telah diabaikan. 1. Persoalan sikap bangga yang menguasai diri. Sikap Uj dan Um yang tidak mahu mengalah dan mahu menang menyebab mereka bertelagah. Sedangkan hubungan mereka adalah sedarah iaitu adik-beradik. 2. Persoalan keharmonian dalam keluarga harus diutamakan. Ibu yang sedang sakit amat risau tentang pergaduhan anak-anaknya yang boleh menyebabkan keharmonian terganggu. 3. Pengkhianatan sesama ahli keluarga. Ahli keluarga terutama Uj dan Um bertindak di luar batasan semata-mata untuk menentukan kehebatan mereka dalam permainan catur. Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat empat peringkat garapan plot iaitu: (i) Permulaan Persoalan Plot Tema
  • 3. Cerita dimulakan dengan apabila Um mengajak Uj berlawan catur bagi menentukan siapa yang lebih hebat. (ii) Perkembangan Uj berusaha menanam semangat dalam permainan catur kepada adiknya agar mengulangi sejarah kecemerlangan keluarga mereka sebagai pemain catur terhebat. Cerita diteruskan lagi dengan Uj dan Um mula berlawan catur. Perlawanan berlangsung dengan sengit untuk mencari kemenangan. (iii) Konflik Uk berbisik kepada Uj kononnya Um sedang membaca buku catur besar dan tebal yang dibelinya dari luar negara untuk mengalah Uj dan mendapatkan kehormatan keluarga. (iv) Klimaks Pengkhianatan berlaku apabila kaki Um terkena asid yang diletakkan di bawah meja catur. (v) Peleraian Ibu mereka diserang angin ahmar dan keluarga mereka berpecah kepada dua. Satu pihak menyokong Um dan satu pihak lagi menyokong Uj. Watak Utama Uj  Abang sulung yang menjadi ketua keluarga.  Mempunyai lima orang adik dan pandai bermaina catur.  Beliau juga adalah penyadang anugerah IGM dalam pertandingan catur. Watak dan Perwatakan
  • 4.  Pemarah – cepat panas baran apabila berhadapan dengan cabaran terutama ketika bermain catur.  Berbangga akan keturunan - Mendedahkan keturunannya yang hebat iaitu al-Hakam juara catur terbaik dunia pada kurun ke-17 kepada Um.  Bersemangat tinggi - sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai, serta mahu menaikan nama keluarganya setaraf dengan pemain catur ternama dunia.  Pilih kasih - hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai bermain catur sahaja untuk mewarisi penguasaan keluarganya. Watak Sampingan 1. Um  Adik bongsu kepada Uj.  Masih muda dan berpotensi dalam permainan catur.  Mempunyai semangat juang yang tinggi - sanggup membaca buku dari luar negara untuk mendalami permainan catur.  Berani – sanggup menyahut cabaran abangnya walaupun sudah mengetahui akan kehebatan Uj dalam permainan catur.  Mengambil berat – Um sentiasa berfikir tentang kesihatan ibunya sedang sakit darah tinggi.  Mementingkan diri sendiri – Um tetap bertelingkah dengan Uj walaupun, telah dilarang oleh ibunya sehinggakan ibunya mengalami angin ahmar. 1. Pemerian Pengarang menceritakan tentang watak Uj yang telah berjaya memperoleh gelaran IGM dalam permaian catur. Teknik Penulisan
  • 5. 2. Dialog Perbualan di antara Uj dengan Um ketika hendak memulakan perlawanan catur sehingga menceritakan akan kehebatan keluarga mereka. 3. Imbas Kembali Mengimbas kembali akan moyang mereka iaitu keturunan al-Hakam yang amat terkenal dalam permainan catur pada kurun ke 17. 4. Suspens Pembaca tertanya-tanya akan keputusan perlawanan catur antara Uj dengan Um yang tidak berkesudahan. Latar masa  Berlaku selama tiga hari tiga malam semasa pertandingan berlangsung antara Uj dengan Um. Latar tempat  Rumah keluarga Uj  Biliik air Latar masyarakat  Masyarakat yang mahir dalam permainan catur contohnya keluarga Uj.  Masyarakat yang bangga dengan keturunan contohnya Uj yang seringkali menceritakan kehebatan keluarganya bermain catur kepada Um. Latar
  • 6.  Masyarakat yang kaya raya contohnya Uj dan adik beradiknya menugaskan dua orang doktor untuk merawat ibu mereka yang sakit 1. Bahasa asing contohnya bahasa Indonesia (ruwet), bahasa Arab (kudrat) 2. Metafora contohnya cahaya kepintaran 3. Simile contohnya … Abang Uj seperti David the Gnome… 4. Sinkope contohnya … kota saya tadi di kanan, ni kenapa di kiri pula? … 5. Peribahasa contohnya … batu api …. 1. Nilai keberanian contohnya Um menyahut cabaran abangnya Uj untuk bertanding catur. 2. Nilai kegigihan contohnya Um berusaha bersungguh-sungguh menelaah buku tentang permainan catur. 3. Nilai kasih sayang contohnya Uj menyayangi adiknya Um. 1. Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya dalam hidup 2. Semangat keberanian perlulah dimiliki oleh setiap individu agar semua cabaran yang ditempuh dapat diatasi dengan baik. 3. Kita hendaklah saling menyayangi antara adik-beradik kita agar kehidupan bahagia dan harmoni. Gaya bahasa Nilai Pengajaran
  • 7. 1. Nyatakan tema cerpen Pemain Catur karya Zaharah Nawawi. 2. Berikan tiga perwatakan Uj dalam cerpen Pemain Catur karya Zaharah Nawawi. 1. Tema cerpen Pemain Catur karya Zaharah Nawawi ialah keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan yang menyebabkan berlakunya perpecahan. Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur menyebabkan berlakunya pergaduhan antara Uj dengan Um. Mereka sanggup bertelingkah hanya kerana permainan catur. Malah pergaduhan itu juga telah menyebabkan perpecahan dalam keluarga mereka. Ibu mereka yang sedang sakit juga telah diabaikan. 2. Tiga perwatakan Uj dalam cerpen Pemain Catur ialah Uj berbangga dengan keturunan contohnya dia bangga mendedahkan keturunannya yang hebat iaitu al-Hakam juara catur terbaik dunia pada kurun ke-17 kepada Um. Dia juga bersemangat tinggi contohnya dia sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai, serta mahu menaikkan nama keluarganya setaraf dengan pemain catur ternama dunia. Dia juga seorang yang pilih kasih contoh dia hanya mengagungkan adik-beradiknya yang pandai bermain catur sahaja untuk mewarisi dominasi keluarganya dalam permainan catur. Jawapan Latihan