KONSTRUK                                  KETERANGANIntelektual    Individu yang berminat kepada aktiviti-aktiviti yang me...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Konstruk inventori tret personaliti

529

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
529
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Konstruk inventori tret personaliti

  1. 1. KONSTRUK KETERANGANIntelektual Individu yang berminat kepada aktiviti-aktiviti yang memberikan cabaran dari segi intelektual. Mementingkan aktiviti yang berbentuk kognitif dan ilmiah.Kreatif Individu yang berkebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan idea baharu dan asli.Kepelbagaian Individu yang dapat menghayati pelbagai situasi bagi mendapatkan pengalaman baharu ke arah perubahan yang berterusan.Struktur Individu yang suka kepada kekemasan, kebersihan serta perkara- perkara yang berstruktur, berulang-ulang dan terperinci. Individu mempunyai pendirian dan keputusan yang tetap.Analitikal Individu yang sangat sensitif kepada persekitaran, suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan. Sukar mempercayai sesuatu tanpa fakta dan sangat berhati-hati dalam membuat keputusan.Menolong Individu yang berkeinginan untuk menunjukkan atau meluahkan simpati, kasih sayang dan juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada orang lain.Ekstrovert Individu yang suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai.Kritik Diri Individu beranggapan bahawa orang lain adalah lebih baik daripada dirinya.Autonomi Individu yang lebih sukakan kebebasan dalam tindakan dan dapat mengawal serta menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.Agresif Individu yang terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi.Pencapaian Individu yang bermotivasi, mahukan status yang tinggi dan suka kepada persaingan.Resilien Individu yang cekal dan bermotivasi untuk menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas.Mengawal Individu yang suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin.Wawasan Individu yang boleh menjangkau, melihat, membayangkan masa hadapan dengan jelas dan pandangannya terperinci. Individu sentiasa bertenaga dan sangat efektif dalam sesuatu kerja. Melihat perkara besar yang tidak dilihat oleh orang lain.Kejujuran Individu yang ikhlas dalam melaksanakan sesuatu perkara.

×