Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr

2,213
-1

Published on

0 Comments
11 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,213
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
11
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr

  1. 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGMMODUL BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH BMM3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa Jan 2012
  2. 2. MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.Cetakan Jan 2012Institut Pendidikan Guru MalaysiaKementerian Pelajaran Malaysia
  3. 3. Falsafah Pendidikan KebangsaanPendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang danharmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usahaini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraandiri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dankemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan GuruGuru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dansaintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjungwarisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Nov 2009 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. i
  4. 4. KANDUNGAN MUKA SURATFalsafah Pendidikan Kebangsaan iFalsafah Pendidikan Guru iKandungan iiKata Alu-aluan iiiPanduan Pelajar ivPengenalan vAgihan Tajuk viTajuk Pembelajaran 1Tajuk 1. Pengertian dan Konsep1.1 Sinopsis1.2 Hasil Pembelajaran1.3 Kerangka Konsep1.4 KandunganTajuk 2. Taksonomi dan Domain Krathwohl 82.1 Sinopsis2.2 Hasil Pembelajaran2.3 Kerangka Konsep2.4 KandunganTajuk 3. Jadual Spesifikasi Ujian 143.1 Sinopsis3.2 Hasil Pembelajaran3.3 Kerangka Konsep3.4 Kandungan ii
  5. 5. Tajuk 4. Pembinaan Ujian 204.1 Sinopsis4.2 Hasil Pembelajaran4.3 Kerangka Konsep4.4 KandunganTajuk 5. Jenis Penilaian Bahasa 285.1 Sinopsis5.2 Hasil Pembelajaran5.3 Kerangka Konsep5.4 KandunganTajuk 6. Kaedah Penilaian Bahasa 335.1 Sinopsis5.2 Hasil Pembelajaran5.3 Kerangka Konsep5.4 Kandungan 40Tajuk 7. Kaedah Penilaian Bahasa7.1 Sinopsis7.2 Hasil Pembelajaran7.3 Kerangka Konsep7.4 KandunganTajuk 8. Kaedah Penilaian Bahasa 468.1 Sinopsis8.2 Hasil Pembelajaran8.3 Kerangka Konsep8.4 KandunganRujukan 50Panel Penulis Modul 51
  6. 6. Panel Pemurni Modul 52Ikon Modul 53Struktur Pelaksanaan (Akan ditulis kemudian)
  7. 7. PANDUAN PELAJARPENGENALANModul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskanpembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkinkembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahunmeninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arahkendiri ini. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada anda untukmenguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda.PEMBELAJARAN ARAH KENDIRIPembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentangpembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan araspencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini denganmudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagaipeluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.SASARAN KURSUSPelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan InstitutPendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah ProgramPensiswazahan Guru (PPG).JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jampembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalahseperti dalam Jadual 1: vi
  8. 8. Agihan Jam pembelajaranAktiviti-aktiviti Pembelajaran Mengikut Kredit Kursus 3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit Tanpa Ada Tanpa Ada Tanpa Ada Amali Amali Amali Amali Amali Amali (3+0) (2+1) (2+0) (1+1) (1+0) (0+1) (1+2) (0+2) (0+3)Membaca modulpembelajaran danmenyiapkan latihan / 70 60 70 62 70 65tugasan terarah / amaliMenghadiri kelas interaksi 10 10 5 5 5 5bersemuka (5 kali)Latihan Amali* - 10 - 8 - 5Perbincangan Atas Talian 7½ 7½ 5½ 5½ 5½ 5½Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15Ulangkaji 10 10 10 10 5 5Amali/Peperiksaan 2½ 2½ 2½ 2½ 2½ 2½Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.SUSUNAN TAJUK MODULModul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajukbergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingatsemula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentangapa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebihmembantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda ataumenyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda bolehberbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapatmasalah berhubung dengan modul ini.IKONAnda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agarpada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. vii
  9. 9. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRANAnda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaanbertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan jugaperbincanganTip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. viii
  10. 10. Pengenalan  Kursus Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM 3103) merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Dalam modul ini para pelajar akan diperkenalkan dengan 8 tajuk daripada 12 tajuk seperti yang terdapat dalam Pro Forma kursus. Tajuk 1 hingga 8 telah dimodulkan. Bagi Tajuk 8 ( Penilaian Melalui Projek ) telah dimodulkan manakala tajuk Penilaian Melalui Kertas Kerja akan dibincangkan semasa interaksi bersemuka.Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yangmeliputi:-  Pengertian dn Konsep  Taksonomi dan Domain  Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU )  Pembinaan Ujian  Jenis Penilaian Bahasa  Kaedah Penilaian BahasaSepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan danaktiviti bagi setiap tajuk dan pada akhirnya pula para pelajar akanmelaksanakan 2 latihan utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaiandalam proses pelengkap modul akses kendiri ini. v
  11. 11. AGIHAN TAJUK Panduan kepada penggunaKandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan limabelas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajukuntuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul. Bil. Tajuk/Topik Modul Jum. (jam) Jam 1 Pengertian dan Konsep 2 2  Pentaksiran  Pengujian  Penilaian  Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian 2 Taksonomi dan Domain 2 2  Taksonomi Bloom  Domain Krathwohl 3 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 2 2  Definisi  Kepentingan  Langkah Pembinaan 4 Pembinaan Ujian 2 2  Soalan Objektif  Soalan Subjektif 5 Jenis Penilaian Bahasa 2 2  Ujian Formatif, Sumatif  Ujian Kefasihan, Kemajuan  Ujian Bakat, Pencapaian 6 2 2 Kaedah Penilaian Bahasa  Penilaian Melalui Portfolio  Penilaian Melalui Pemerhatian vi
  12. 12. Bil. Tajuk/Topik Modul Jum. (jam) Jam 7 Kaedah Penilaian Bahasa 2 2  Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran  Penilaian Melalui Soal Jawab 8 Kaedah Penilaian Bahasa 1 2  Penilaian Melalui Projek  Penilaian Melalui Kertas Kerja vi
  13. 13. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 1: PENGERTIAN DAN KONSEP Tahukah anda, penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar1.1 SinopsisTopik ini membincangkan konsep-konsep penting dalam penilaian danpentaksiran bahasa Melayu iaitu pentaksiran, pengujian, penilaian. Di akhir topik,para pelajar akan menjalankan beberapa aktiviti serta menjawab beberapasoalan untuk menguji pemahaman anda. Rujukan lanjut melalui sumber internet,perbincangan dalam talian serta aktiviti kolaboratif bersama pensyarah andaboleh juga dilakukan. 1
  14. 14. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH1.2 Hasil pembelajaran 1.2.1. Konsep pentaksiran 1.2.2. Konsep pengujian 1.2.3. Konsep penilaian 1.2.4. Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian1.3 Kerangka Konsep Pengertian dan Konsep Perkaitan antara Pentaksiran, Pentaksiran Pengujian Penilaian Pengujian dan Penilaian1.4 PentaksiranPentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuatpenghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal sepertipertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pulamelibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula 2
  15. 15. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHmelibatkan operasi, dapatan dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiranialah:- i. Instrumen ii. Kumpulan yang ditaksir iii. Respon iv. Kumpulan yang menaksir v. Skor1.5 Pengujian  Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.  Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.  Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas sesuatu pengajaran  Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pre- test.  Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atautercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatukemahiran bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahamanmembaca atau ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perludiingat bahawa ujian mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujianmenggunakannya dan menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujianperlulah digunakan sesuai dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, 3
  16. 16. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHjika guru menguji tahap kefahaman murid Tahun 4 dengan menggunakan bahanbacaan yang layak untuk Tingkatan 1, sudah semestinya keputusan pelajar initidak menggalakkan.1.6 PenilaianPenilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv)menyatakan “penilaian” sebagai the process of delineating, obtaining, andproviding useful information for judging decision alternatives.Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian adalah suatuproses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuatpertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif. Iaadalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku danmembuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumattentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dankeberkesanan sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan datakuantitatif dan penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atauselepas satu sesi pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatupembelajaran spesifik atau kepada keseluruhan kurkulum. 4
  17. 17. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHKepentingan Penilaian Ujian Di Bilik DarjahPenilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:  mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.  menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.  membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman- teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.  menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.  membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat meningkatkan pengajaran mereka; dan  membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya. 5
  18. 18. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH1.7 Perkaitan antara Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianRajah 1. PENILAIAN PENTAKSIRAN PENGUJIANBerdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyaiperkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu prosespengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produkP&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan. 6
  19. 19. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 1.8 AktivitiArahan:Anda dikehendaki mengumpul satu set bahan ujian bulanan, semester dan akhirtahun. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, sila jawab soalan-soalan dibawah;a. Sila nyatakan tujuan-tujuan pengujian, pengukuran, dan penilaian dilakukan.b. Sila buat catatan dan rumusan tentang perbezaan antara konsep- konsep pengujian, penilaian, dan pengukuran ini dalam bentuk grafik.c. Sejauh manakah kertas ujian bulanan, semester dan akhir tahun yang dibina menepati ciri-ciri pentaksiran yang berkesan? 7
  20. 20. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 2: TAKSONOMI DAN DOMAIN KRATHWOHL2.1 SinopsisSebagaimana yang anda tahu,Taksonomi Bloom merujuk pada taksonomi yangdibuat untuk tujuan pendidikan. Taksonomi ini pertama kali disusun olehBenjamin S. Bloom pada tahun 1956 dan seterusnya Domain Krathwohl. Dalamhal ini, tujuan pendidikan dibahagi kepada beberapa domain (ranah, kawasan)dan setiap domain tersebut diperincikan berdasarkan hierarkinya. Dalampanduan pembelajaran ini, dua aspek ini akan dibincangkan serta aktiviti yangberkaitan boleh dijalankan bersama pensyarah anda untuk memudahkanpemahaman anda. Selamat berjaya !2.2 Hasil Pembelajaran 2.2.1. Menghuraikan konsep pentaksiran, pengujian, dan penilaian. 2.2.2. Menjelaskan taksonomi Bloom, taksonomi Solo, dan domain Krathwohl. 2.2.3. Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu; 2.2.4. Menilai dan memilih jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan sistem bahasa Melayu dan melaksanakan pemarkahan ujian Bahasa Melayu. 8
  21. 21. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH2.3 Kerangka Konsep Taksonomi dan Domain Taksonomi Domain Bloom Krathwohl2.4 Taksonomi BloomTujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir.2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri.3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan mengoperasi mesin. 9
  22. 22. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHDomain KognitifBloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiridari dua tahap iaitu: i. Pengetahuan ii. Kemampuan dan Keterampilan IntelektualPengetahuan (Knowledge)Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi,fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.Pemahaman (Comprehension)Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan,jadual , diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.Aplikasi (Application)Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkangagasan, prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalampersekitaran sebenar.Analisis (Analysis)Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yangdiperoleh dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalambahagian yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampumengenali serta membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senarioyang rumit. 10
  23. 23. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHSintesis (Synthesis)Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur ataupola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenalidata atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentukpenyelesaian yang diharapkan..Penilaian (Evaluation)Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian,gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yangsesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya. Domain Psikomotor1. Persepsi2. Persediaan (Set)3. Respons Terpimpin4. Mekanisme (Mechanism)5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)6. Penyesuaian (Adaptation)7. Penciptaan (Origination) 11
  24. 24. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH2.5 Domain David Krathwohl Domain Afektif  Penerimaan (Receiving/Attending)  Tanggapan (Responding)  Penghargaan (Valuing)  Pengorganisasian (Organization)  Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai (Characterization by a Value or Value Complex) 12
  25. 25. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 2.6 AktivitiArahan:Anda dikehendaki membuat rujukan dan memahami Taksonomi Bloom danDomain Krathwolh. Setelah itu, anda dikehendaki menyiapkan tugasan yangdiberikan.1. Analisis soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun di sekolah anda dari segi: a. Aras kesukaran/ kognitif Taksonomi Bloom. b. Sila nyatakan bilangan soalan yang dianalisis mengikut aras Bloom. c. Sila huraikan sejauh manakah penggunaan Domain Krathwohl dalam soalan peperiksaan Bahasa Melayu bagi peperiksaan akhir tahun untuk setiap kelas di sekolah anda. Lawatilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat lanjut:- 1. http://www.nwlink.com/~Donclark/hrd/bloom.html 2. http://classweb.gmu.edu/ndabbagh/Resources/Resources2/krath stax.htm 3. http://pkukmweb.ukm.my/~upak/pdffile/2008E/aqilah.pdf 13
  26. 26. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 3: JADUAL SPESIFIKASI UJIAN3.1 SinopsisJadual Spesifikasi Ujian atau JSU merupakan aspek penting dalam penyediaansesuatu ujian. Guru-guru di sekolah seringkali membina soalan-soalan ujiansecara spontan dan tidak terancang. Ujian yang tidak mempunyai perancanganyang rapi biasanya tidak mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yangtinggi. Cara yang baik untuk merancang sesuatu ujian adalah denganmenyediakan JSU yang merupakan rancangan persediaan item/ soalan. JSUdikenali juga sebagai Test Blue Print dan Test Specification. JSU merupakanmatrik dua paksi iaitu paksi “Kandungan” (menegak) dan paksi “ArasKemahiran” (melintang).3.2 Hasil pembelajaran 3.2.1. Memahami aspek-aspek dalam penyediaan JSU 3.2.2. Penggunaan JSU dalam pembinaan item ujian 14
  27. 27. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH3.3 Kerangka konsep JADUAL SPESIFIKASI UJIAN LANGKAH KEPENTINGAN JSU DEFINISI PEMBINAAN JSU3.4 Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU) Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran. Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan. Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar. Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran. Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.3.5 Kepentingan JSU Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran. Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran yang diuji. 15
  28. 28. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Memberikan panduan untuk membentuk format ujian.Bil Bentuk Soalan Objektif Aras Kognitif Kemahiran Bidang/Topik/Topik Kecil Jam Jumlah 1 2 3 4 5 6 Item1.1 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu 5 4  Asal usul BM, BM sebelum dan selepas merdeka 2 21.2 Linguistik BM 15 12  Pengenalan linguistik Definisi, Sejarah, Linguistik Diskriptif 1 5 4 1 11.3 Fonologi 20 16  Definisi, alat artikulasi, cara penghasilan 3 2 1 1  Fonem segmental 2 2 1 1 1  Fonem suprasegmental 1 1 Jumlah 40 32 Jadual 1: Contoh JSU  Contoh di atas boleh disesuaikan dengan keperluan dan spesifikasi di sekolah. 16
  29. 29. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH3.6 Langkah-langkah Membina JSULangkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diujiLangkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itua. soalan objektif (30 soalan)b. 1 markah bagi 1 itemc. jumlah soalan bagi setiap topik dikira: = Jumlah masa X Jumlah soalan Jumlah Masa keseluruhanLangkah III: Tentukan model aras kesukaran itemBiasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan BloomTiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotorDomain Kognitif6. Penilaian Sukar5. Sintesis4. Analisis3. Penggunaan2. Kefahaman1. Pengetahuan MudahLangkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji? Ujian objektif Ujian struktur Ujian esei, dan lain-lain. 17
  30. 30. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHLangkah V: Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei dll) Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar) PemarkahanLangkah VI Nyatakan mata pelajaran Nyatakan tingkatan Susunan nombor soalan mengikut tajukRumusanDalam penilaian, JPU berperanan penting. Orang-orang yang berkaitan denganujian seperti calon, guru yang mengajar dan ibu bapa berhak dalam erti katasebenarnya menolak sesuatu ujian itu jika diragukan kesahannya. Justeru, datayang tercetus daripada ujian yang sedemikian tidak layak digunakan bagi tujuanpemilihan, pengkelasan atau bimbingan. 18
  31. 31. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 3.7 AktivitiArahan:Anda dikehendaki menyediakan kertas 1 Peperiksaan Semester yang telahditetapkan. Kertas 1 mengandungi 20 soalan objektif. Tetapkan bilangan item, peruntukan masa dan peratusan item mengikut aras kognitif berdasarkan topik dalam sukatan pelajaran. Sediakan satu JSU berdasarkan format ditetapkan.Layarilah laman web berikut untuk mendapatkan maklumat tambahan; 1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf 2. http://www.geocities.com/kheru2006/iv.htm 19
  32. 32. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 4 : PEMBINAAN UJIAN 4.1 SinopsisAnda telah membincangkan konsep penilaian dan kepentingannya dalampendidikan serta P&P di dalam bilik darjah. Dengan itu, dalam proses menilaiini, guru sewajarnya dapat menentukan dengan jelas kedudukan ujian sebagaialat penilaian dalam pendidikan. Ujian bermaksud bahan-bahan yang tertulisyang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran bahasa. Dalamtopik ini anda, kita akan membincangkan bagaimana untuk membina bahan-bahan ujian untuk para pelajar kita dan pada akhir topik ini, anda bolehlahmenjawab soalan-soalan dalam aktiviti yang diberi serta berbincang denganpensyarah anda. Hasil tugasan anda perlu dimasukkan dalam folio pembelajarananda. 4.2 Hasil Pembelajaran 4.2.1. Memahami serta menghuraikan konsep-konsep ujian. 4.2.2. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan objektif. 4.2.3. Memahami serta menghuraikan proses pembinaan soalan subjektif. 4.2.4. Mengaplikasikan kemahiran pembinaan soalan . 20
  33. 33. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 4.3 Kerangka Konsep Pembinaan Ujian Objektif Subjektif4.4 PendahuluanSelaku guru bahasa kita seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentinganujian dalam penilaian pendidikan bahasa untuk mendapatkan maklumat tentangpencapaian pembelajaran pelajar-pelajar, kelemahan dan kekuatan pelajar-pelajar dalam pembelajaran mereka. Ini berguna bagi guru untukmemperbaiki dan meningkatkan kualiti P&P.4.5. Jenis-jenis UjianBerikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif.4.5.1. Ujian Objektif Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satujawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah itemjawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz. 21
  34. 34. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHItem Respons Bebas i. Jenis soalan: contoh: a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas) b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut) ii. Item Melengkapkan Penyataan contoh: a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun. b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan) Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau palingtepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item ituialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.Item Salah - Betul Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungipenyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atausalah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS)pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan. 22
  35. 35. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHItem Padanan Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulanobjek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya denganmemadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/perkara di sebelah kanan.Kata Bilangan Contoh1. Kata Adjektif Sifatan A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.2. Kata Adjektif B. Budak baik selalu dipuji. Pancaindera3. Kata Adjektif Bentuk C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup.4. Kata Adjektif Perasaan D. Dia amat rindu akan emaknya.Item Aneka PilihanItem aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap keranadiberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yangberikut. a. Item aneka pilihan berbentuk soalan b. Jenis jawapan terbaik c. Analogi 23
  36. 36. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHItem Jenis CantumanTeknik Kloz Teknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi mengujikefahaman bacaan boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah .Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaanujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dansepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian klozpelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan olehguru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar dimintamelihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian,berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akanmencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang palingsesuai menurut makna keseluruhan teks.4.5.2. Soalan SubjektifSoalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-  Item Jenis Struktur  Item Jenis Esei  Pembinaan Ujian 24
  37. 37. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHPrinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalampembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity) a. Kesahan Isi b. Kesahan Ramalan c. Kesahan Serentak d. Kesahan Gagasanii. Kebolehpercayaan Ujian Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatandan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yangdiuji.RumusanDalam proses pembinaan item ujian beberapa perkara yang berhubungandengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialahobjektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji danseterusnya aras ujian itu sendiri. 25
  38. 38. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 4.7 AktivitiArahan :Anda dikehendaki membaca dan memahami aspek-aspek pembinaan ujian dansila sediakan carta pengurusan grafik bagi perkara-perkara yang berikut:a. Senaraikan dan huraikan garis panduan membina item objektif dan esei.b. Sila bina 24 item objektif aneka pilihan untuk menguji kemahiran tatabahasa bagi pelajar anda. Item yang anda bina mestilah merangkumi 4 soalan untuk setiap aras iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.Tunjukkan soalan-soalan yang dibina itu kepada guru panitia Bahasa Melayu dan bincangkan bersamanya tentang kelebihan dan kelemahan pembinaan item objektif tersebut berdasarkan garis panduan membina item ujian objektif. Aplikasikan atau ujikan item tersebut kepada pelajar anda. Kemudian buat laporan menyeluruh tentang pencapaian pelajar anda dan kaitkan keputusan itu dengan item yang telah dibina dari segi kelebihan atau kelemahannya. 26
  39. 39. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHLayari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut;1. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/article123.pdf2. http://www.usm.my/education/publication/JPP23-9_PEMBINAAN%20DAN%20PENGESAHAN%20UJIAN%20MEMBACA.pdf 27
  40. 40. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA5.1 SinopsisTajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan mendalami jenispenilaian bahasa yang boleh digunakan oleh guru dalam menjalankan prosesp&p Bahasa Melayu. Jenis penilaian tersebut merangkumi ujianFormatif,Sumatif, Ujian Kefasihan, Kemajuan, Ujian Bakat, Pencapaian.5.2 Hasil Pembelajaran5.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan jenis penilaian bahasa.5.2.2 Menganalisis dan membanding-beza jenis penilaian.5.2.3 Menerangkan dan menganalisis ujian kefasihan, kemajuan dan ujian bakat, pencapaian.5.3 Kerangka Konsep Jenis Penilaian bahasa Ujian Formatif Ujian Kefasihan Ujian Bakat Ujian Sumatif Ujian Kemajuan Ujian Pencapaian 28
  41. 41. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH5.4 Ujian Formatif dan Sumatif Terdapat beberapa jenis ujian, iaitu ujian formatif, ujian sumatif,ujiankefasihan,ujian kemajuan, ujian bakat dan ujian pencapaian. Perbezaan antaraujian formatif dan sumatif pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangkamasa P&P atau objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak diuji.5.5 Ujian FormatifUjian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk mengujisesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar. Biasanya skoppengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.Tujuanutama guru menjalankan ujian formatif untuk memperbaiki lagi mutu prosespengajaran dan pembelajaran. Ujian Formatif dapat mengesan kelemahan danpembelajaran murid secara serta-merta. Biasanya ujian ini dijalankan dalambentuk pemerhatian atau pun dalam satu siri ujian yang pendek.5.6 Ujian SumatifUjian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh padaakhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalamkalangan murid. Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk UjianSumatif diasaskan dan dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahirandan aspek bahasa. 29
  42. 42. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH5.7 Perbezaan Antara Ujian Formatif dan Ujian SumatifUjian Formatif Perbezaan Ujian Sumatif 1. Maklum balas kepada pelajar 1. Pensijilan atau dan guru: kemajuan dan Fungsi penggredan kelemahan. 2. Pada akhir 2. Sepanjang pengajaran Masa unit/kursus 3. Kognitif, psikomotor dan afektif Penekanan 3.Kognitif 4. Beraneka jenis 4. Terhad kepada tugasan Sifat 5. Senang – sukar 5. Berubah-ubah Kesukaran 6. Peperiksaan akhir 6. Dibentuk khas Alat tahun 7. Rujukan kriteria Jenis ujian 7.Rujukan norma5.8 Ujian Bakat, Ujian Pencapaian, Ujian Kefasihan dan Ujian Kemajuan Manakala ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing. Ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid- murid telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari. Ujian Kefasihan pula bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan. Ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka. 30 Seterusnya anda dikehendaki membuat bacaan tambahan dan mengakses internet untuk mendapatkan maklumat tambahan.
  43. 43. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHNOTA TAMBAHANUjian BakatUjian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungiunsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. Melaluiujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasaseperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktursesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dansebagainya. Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pastimurid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatubahasa dengan cepat.Ujian PencapaianUjian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnyasesuatu unit pembelajaran.Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasaidalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua setujian yang berlainan. Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos.Ujian KefasihanUjian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yangdipelajarinya. Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkanseseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai denganpengetahuan dan kebolehan mereka. 31
  44. 44. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH AKTIVITIArahan1. Anda dikehendaki mendapatkan seberapa banyak maklumat yang berkaitandengan tajuk di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.2. Kemudian buat banding beza antara kaedah-kaedah penilaian bahasa yangtelah dihuraikan di atas menggunakan borang pengurusan grafik. Sila ambil satu contoh kaedah penilaian bahasa di atas untuk menilai satukemahiran bahasa. Nyatakan kesesuaian dan keberkesanan kaedah tersebutuntuk menguji kemahiran bahasa yang telah anda pilih itu. 32
  45. 45. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA6.1 SinopsisPenilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengancara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini carapenilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multipleways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasipenilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agarkualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.6.2 Hasil Pembelajaran6.2.1 Menghuraikan kaedah penilaian melalui portfolio.6.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui pemerhatian.6.2.3. Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui pemerhatian penilaian melalui portfolio. 33
  46. 46. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH6.3 Kerangka Konsep Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Penilaian Melalui Portfolio Pemerhatian6.4 Penilaian Melalui PorfolioPortfolio ialah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mengumpul danmerekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujuibersama. Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan kontekspembelajaran yang berbeza. Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain buktipembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yangmenyeluruh.Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan,pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secarakolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiransecara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awalhingga ke akhir. 34
  47. 47. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH6.4.1 Tujuan PortfolioTujuan portfolio ialah untuk :  Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.  Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.  Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.6.4.2 Kegunaan Portfolio  menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).  menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.  digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.  menilai secara sumatif pembelajaran.  menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar6.4.3 Ciri-ciri Portfolio(a) Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat,halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.(b) Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedahkonkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketikamelakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan. 35
  48. 48. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH(c) Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan,komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatutugasan pembelajaran.(d) Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung danmembuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.(e) Kriteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama denganpelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secaraaktif.6.4.4 Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.  Portfolio Kerja Harian  Portfolio Hasil Terbaik  Portfolio Dokumen6.4.5 Bagaimana Menilai Portfolio?  Berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan dan berfokuskan kepada perkembangan pelajar dalam aspek kemahiran- kemahiran, pengetahuan dan kefahaman.  Menggunakan peta perkembangan pembelajaran pelajar yang memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh dari awal hingga akhir. Sebagai contoh mari kita lihat peta perkembangan pembelajaran pelajar yang mempunyai lima tahap perkembangan, seperti di bawah ini. E 5 Berdikari mengeja perkataan-perkataan J 4 Mencantum suku kata dengan bimbingan guru A 3 Membentuk suku kata A 2 Menyebut bunyi huruf N 1 Permulaan mengenal huruf 36
  49. 49. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH Menggunakan inferens dengan rekod menimbang pelbagai bukti seperti hasil pemerhatian, jurnal dan rekod anekdot sebelum membuat anggaran seimbang (on-balance) tentang tahap pencapaian pelajar. Membuat laporan samada secara huraian atau grafik untuk memberi matlamat yang lebih lengkap dari markah mentah ujian yang hanya membandingkan seorang pelajar dengan pelajar lain sahaja.6.4.6 Aspek-aspek yang perlu dalam sesebuah Portfolio Sesebuah portfolio mengandungi:  Senarai semak yang disediakan oleh guru  Nota-nota yang disediakan oleh guru  Catatan jurnal  Buku log  Refleksi kendiri murid  Gambar dan foto6.4.7 Kebaikan Penilaian Portfolio  Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran  Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid  Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid  Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.6.5 Penilaian Melalui Pemerhatian.Penilaian melalui kaedah ini dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktuyang ditentukan bagi membantu guru mendapat maklum balas tentangkeberkesanan P&P. Aspek yang diperhatikan menyeluruh meliputi aspekkognitif,afektif dan psikomotor yang melibatkan juga faktor-faktor bahan danpersekitaran. 37
  50. 50. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH6.5.1 Jenis Pemerhatian Berdasarkan tujuan dan aspek yang hendak dinilai:  Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran dan tanggapan.  Memerhati apa yang telah dirancang secara ‘open ended’.  Memerhati untuk jangka pendek dan uangk panjang.6.5.2 Strategi Pemerhatian  Berterusan mengikut keperluan yang dirancang.  Kaedah pemerhatian boleh dilakukan secara global dan analitikal berdasarkan objektif yang ditentukan oleh guru.  Guru boleh menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik yang merangkumi aspek kognitif, afektif,psikomotor, bahan dan persekitaran.  Menjalankan tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian yang dijalankan.6.5.3 Pelaksanaan Proses PemerhatianBeberapa perkara perlu diambil kira dalam melaksanakan proses pemerhatian.Antaranya ialah:  Kualiti Pemerhatian  Bentuk Perancangan  Jenis-jenis Pemerhatian6.5.4 Fungsi Pemerhatian  Melihat perkembangan individu atau kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran.  Dilakukan oleh pelajar untuk melihat tahap pencapaian sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran.  Dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti projek. 38
  51. 51. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH6.6 Rumusan. Anda perlu ingat bahawa pemerhatian memang mudah dilaksanakantetapi untuk menjamin kesahihan dapatannya agak sukar. Penilaian cara inibiasanya dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti daya pengamatan penilai,pengetahuan serta pengalaman sebenar penilai tentang bidang yang berkenaan,dan sikap bias serta prasangka penilai. AKTIVITI1. Anda dikehendaki mendapatkan maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.2. Anda juga dikehendaki membuat penilaian murid dalam kelas anda berdasarkan penilaian portfolio. Sediakan laporan ringkas tentang kelebihan dan kelemahan kaedah penilaian tersebut. 39
  52. 52. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 7: KAEDAH PENILAIAN BAHASA7.1 Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan.7.2 Hasil Pembelajaran7.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui kontrak pembelajaran.7.2.2 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui soal jawab. 40
  53. 53. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH7.3 Kerangka Konsep Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Penilaian Melalui Soal Kontrak Pembelajaran Jawab7.4 Penilaian Melalui Kontrak Pembelajaran Penilaian melalui Kontrak Pembelajaran dikenali juga sebagai Perjanjian Pembelajaran merupakan suatu persetujuan atau kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajarnya (individu/kumpulan) berhubung dengan sesuatu tugasan secara bertulis. Kontrak ini biasanya ditandatangani apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan kriteria atau syarat-syarat yang telah disenaraikan. Biasanya terdapat kompromi berkenaan kriteria yang ditentukan. Kriteria ditetapkan oleh guru agar tahap pencapaian yang diharapkan tidak terjejas.7.4.1 Cara Pelaksanaan  Pelajar menyatakan gred yang diharapkan dan sistem pengredan untuk keseluruhan proses pelaksanaan tugasan.  Guru menentukan sistem pengredan untuk kaedah penilaian keseluruhan proses pelaksanaan tugasan. 41
  54. 54. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH  Gred akhir dibincang dan dipersetujui antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria yang ditentukan.  Penilaian dibuat oleh pelajar dan rakan sebaya. Guru hanya memantau penilaian tersebut untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan.7.4.2 Fungsi Kontrak Pembelajaran Kontrak pembelajaran penting dalam pembelajaran tugasan yangberasaskan tahap keupayaan kendiri untuk membolehkan : a. pelajar mengenal pasti dan merekod, b. menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri, c. mengenal pasti kaedah-kaedah yang akan diambil untuk mencapai matlamat tersebut.7.4.3 Bagaimanakah kontrak pembelajaran digunakan? Penilaian objektif tugasan Hasil Pembelajaran Penilaian Format / Bentuk7.4.4 Format Kontrak PembelajaranKeperluan Kontrak Pembelajaran boleh dibuat dalam bentuk tertentu mengikutkeperluan tugasan dan pihak yang terlibat. Sesetengah tugasan memerlukankontrak yang amat formal, yang prosedurnya dinyatakan dengan jelas. 42
  55. 55. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHSebaliknya sesetengah kontrak pembelajaran juga boleh dibuat secara tidakformal tetapi terancang dan jelas. Contoh Format Kontrak Pembelajaran Individu KONTRAK PEMBELAJARANMata Pelajaran : ............................................................Nama : ........................................................................Tahun/Tingkatan :...........................................................Tugasan : .....................................................................Objektif : 1.................................................................. 2.................................................................. 3..................................................................Perkembangan Apa yang ingin Bagaimana Tempoh masa Bagaimana CatatanPeringkat dicapai pada akan pelaksanaan penilaian peringkat peringkat ini dilaksanakan peringkat ini ini dibuat pada peringkat iniTandatangan murid Tandatangan rakan sebaya Tandatangan guru.............................. .................................... ...............................Nama: Nama: Nama: 43
  56. 56. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH7.5 Penilaian Melalui Soal JawabTeknik soal jawab merupakan teknik yang paling lama dan paling populardigunakan dalam bidang pendidikan. Penggunaan teknik ini dalam P&P, BahasaMelayu akan dapat melahirkan interaksi antara guru dan pelajar secaraberkesan. Di samping itu, ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep, kesanggupan memberi penyataan dan melahirkan perasaan,penglibatan dan percaya diri dalam kalangan pelajar.7.5.1 Cara PelaksanaanTeknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yangberkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balasyang sewajarnya. Biasanya, soalan-soalan yang dikemukakan memerlukanpelajar berfikir, di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Kejayaanpenggunaan teknik ini dalam P&P bergantung kepada kebolehan guru untukmenguasai teknik menyoal. 44
  57. 57. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH AKTIVITI1. Pilih satu bahan pengajaran grafik untuk sesi pengajaran Bahasa Melayu kelas KBSR, anda mahu menguji dan menilai murid melalui kaedah soal jawab, sediakan soalan-soalan yang sesuai untuk menguji pemahaman murid tentang grafik. Sediakan rumusan tentang pencapaian murid anda dan keberkesanan kaedah tersebut.2. Bagaimana anda menjalankan Penilaian Kontrak Pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Huraikan dengan contoh-contoh yang tepat dan cara pelaksanaannya. 45
  58. 58. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TAJUK 8: KAEDAH PENILAIAN BAHASA8.1 Sinopsis Penilaian di sekolah akan mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar. Untuk ini cara penilaian perlu mengambil kira keperluan individu, kepelbagaian cara ( multiple ways of delivery) supaya pelbagai kecerdasan pelajar diambil kira. Implikasi penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran juga perlu ditekankan agar kualiti pendidikan dapat dipertingkatkan. Modul ini membincangkan tajuk penilaian melalui projek sahaja. Tajuk penilaian melalui kertas kerja akan disampaikan ketika interaksi bersemuka.8.2 Hasil Pembelajaran8.2.1 Menghuraikan dan menjelaskan kaedah penilaian melalui projek8.2.2 Menganalisis dan mengaplikasi kaedah penilaian melalui projek8.3 Kerangka Konsep Kaedah Penilaian Bahasa Penilaian Melalui Penilaian Melalui Projek Kertas Kerja 46
  59. 59. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH8.4 Penilaian Melalui Projek Projek ialah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data persediaan satu laporan yang betul. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah kepada tahap hasil disediakan. Penilaian cara ini berupa aktiviti-aktiviti yang memerlukan pelajar mengaplikasi atau membuat tunjuk cara pengetahuan dan kemahiran dalam situasi sebenar. (Wiggins, 1989).  Apakah tujuan pembelajaran Projek ini? Sebagai satu aktiviti pembelajaran projek membawa tujuan berikut:  Menggalakkan pelajar bekerjasama dan memikul tanggungjawab.  Memberi kebebasan pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.  Memberi peluang pelajar menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah. 47
  60. 60. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH8.5 Ciri-ciri Penilaian Projek  Projek mempunyai pelbagai reka bentuk ( lisan, visual, kinestetik ).  Jangka masa yang panjang  Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.  Pelajar boleh membina penyelesaian alternatif. Tidak ada satu jawapan yang benar.  Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif sama ada ketika menyediakan projek atau dalam kumpulan.  Tugasan boleh dilaksanakan secara kumpulan atau individu.  Merupakan peluang menilai pelajar dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.  Pelajar menunjukkan kebolehan mengkaji/membentukkan sesuatu.  Pelajar melaksana dan menghasilkan sesuatu.  Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.8.6 Jenis-jenis penilaian Projek  Latihan dan soalan ‘open-ended’ untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.  Extended tasks assignment seperti menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.  Portfolio-koleksi tugasan berdasarkan prestasi.  Tugasan prestasi – drama, lakonan, persembahan, poster atau model.8.7 Langkah-langkah untuk menjalankan Projek.Langkah 1 : Penentuan tajuk dan skop Projek.Langkah 2 : Penilaian awal projek.Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.Langkah 4 : Pemprosesan Maklumat.Langkah 5 : Penilaian hasil projek. 48
  61. 61. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH AKTIVITIArahan:1. Anda dikehendaki membaca dan memahami tajuk di atas, kemudian sila lengkapkan pengetahuan anda dalam borang pengurusan grafik yang sesuai.2. Anda memberi tugasan membuat satu projek tentang galakan membaca dalam kalangan murid-murid di sekolah anda. Murid-murid secara berkumpulan akan menghasilkan pelbagai bahan dan produk, anda dikehendaki menyediakan senarai semak yang lengkap untuk menilai keberkesanan produk atau bahan yang dihasilkan oleh murid.Tahniah !Anda telah berjaya menamatkan Modul Pentaksiran Bahasa Melayu SekolahRendah dengan jayanya. Pastikan anda membuat latihan yang diberikan untukmembolehkan anda menguasai modul ini.Arahan:-  Soalan 1 hendaklah dibincangkan bersama pensyarah / tutor anda.  Soalan 2 hendaklah dijawab secara bertaip dan diserahkan kepada pensyarah/tutor anda.----------------------------------------MODUL TAMAT--------------------------------------------- 49
  62. 62. BMM 3103PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH 50
  63. 63. BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAHRUJUKANAbdul Aziz Talib (1989), Pengajaran dan Pengujian Bahasa, Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.Abd. Aziz Abd. Talib (2000), Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.Azman Wan Chik (1987), Isu-Isu dalam Pengukuran dan Penilaian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Azman Wan Chik (1994), Pengujian Bahasa: Kes Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Anuar Amat dan Zuariah Yusoff (1992) Pembinaan Item Ujian dalam Penilaian Pendidikan Bahasa Melayu , Kuala Lumpur : Institut Bahasa.Bahagian Pendidikan Guru. Menilai dan Mentaksir, Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan.Ee Ah Meng (2003). Ilmu Pendidikan: Pengetahuan dan Keterampilan Ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti.Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2008), Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman.Raminah Hj. Sabran (1991), Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada Peringkat Sekolah Rendah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Tan Hui Leng (1996). Penilaian dalam Proses Pendidikan : Asas Pendidikan 3, Shah Alam: Fajar Bakti. 50
  64. 64. PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKANPN.HASNAH BT AWANG Kelulusan:Pensyarah M.Ed. ( Bahasa Melayu ) UPSIIPG Kampus Ipoh, B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg Bahasa31150 Hulu Kinta, Pertama) UPMPerak Darul Ridzuan. Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPIP Pengalaman: Pensyarah Bahasa Melayu Guru Bahasa MelayuEN. NORDIN BIN SHAARI Kelulusan:Pensyarah M.Ed. (Psikologi Pendidikan) USMIPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Sarjana Muda Pengajian Melayu ( Bahasa21030 Kuala Terengganu, Melayu / Sosio-Budaya Melayu) UMTerengganu Pengalaman: Pensyarah Bahasa Melayu Guru Bahasa Melayu 51
  65. 65. PANEL PEMURNIAN PANDUAN PEMBELAJARAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH) NAMA KELAYAKANPN.HASNAH BT AWANG Kelulusan:Pensyarah M.Ed. ( Bahasa Melayu ) UPSIIPG Kampus Ipoh, B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg Bahasa31150 Hulu Kinta, Pertama) UPMPerak Darul Ridzuan. Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPIP Pengalaman: Pensyarah Bahasa Melayu Guru Bahasa MelayuHJ. NIK HARUN AMINARRASHED Kelulusan:BIN NIK MAHMOOD M.Ed. (Pentadbiran Pendidikan) UPMPensyarah B.Ed ( Pengajaran Bahasa Melayu Sbg BahasaIPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Pertama) UPM21030 Kuala Terengganu,Terengganu Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu ) MPKB Pengalaman: Pensyarah Bahasa Melayu Guru Bahasa Melayu 52
  66. 66. LAMPIRAN AIKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat 53

×