Your SlideShare is downloading. ×
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
interprestasi bahasa melayu
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

interprestasi bahasa melayu

4,523

Published on

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
4,523
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
149
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. BAHAGIAN A1.0 PENGENALANPendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yangseimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani,emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) danFalsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai matapelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasarasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senaraikemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hinggaTahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar danbertutur), kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Tatabahasa pula meliputi aspekmorfologi dan sintaksis bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran memberikan gambaranmenyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat,objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa,Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah pula mengandungiperincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. HuraianSukatan Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.Huraian Sukatan Pelajaran disediakan bagi setiap tahun mengandungi objektif khususpembelajaran sebagai rujukan guru untuk menentukan tahap pencapaian penguasaan murid.Selain itu, Huraian Sukatan Pelajaran ini juga mengandungi Organisasi Kandungan yangmerangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pelajaran, Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum.Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu mengandungi tiga lajur iaitu lajur hasilpembelajaran dan kemahiran, lajur huraian hasil pembelajaran dan lajur cadangan aktiviti. Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidakseharusnya terikat kepada cadangan - cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada diantara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru bolehmengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian Sukatan 1
  • 2. Pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikutpenggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah. Kertas kerja ini berkaitan dengan menginterpretasikan Sukatan Pelajaran BahasaMelayu Sekolah Rendah 2003 dan Huraian Sukatan Pelajaran bagi setiap peringkat umur disekolah rendah berfokuskan peribahasa yang terkandung di dalam Sistem Bahasa.2.0 BAHAGIAN YANG DIINTERPRETASIKAN BERDASARKAN SUKATANPELAJARANDi bawah Organisasi Kandungan, Sistem Bahasa berfokus kepada lima eleman dalampengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu tatabahasa, ejaan, sebutandan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Bahagian yang dipilih untuk diinterpretasikan ialahperibahasa. Peribahasa merupakan fokus terakhir dalam Sukatan Pelajaran KurikulumBersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah (2003) yang dikeluarkan oleh PusatPerkembangan Kurikulum. Ia merangkumi jenis-jenis peribahasa iaitu simpulan bahasa,perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan. Pemilihanperibahasa, kata-kata hikmat, dan bahasa kiasan hendaklah mengutamakan falsafah,keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia.3.0 INTERPRETASI OBJEKTIF SUKATAN PELAJARAN BERFOKUSPERIBAHASAObjektif Bahasa Melayu Sekolah Rendah :i. mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.ii. bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi.iii. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara.iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis.v. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan. 2
  • 3. vi. memperkembangkan kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis.vii. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul.viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.ix. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu.x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara. Menurut Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Bahasa Melayu Sekolah Rendah(2003), objektif yang kelapan ialah menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosakata, tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, danmenulis. Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif yang kelapan dalam SukatanPelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (2003). Peribahasa dilihat melaluiKemahiran Mendengar dan Bertutur. Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan muridmendengar dengan teliti, memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasipengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Kemahiran Bertutur pula merupakankeupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat,perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secarasopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yangsesuai. Maka, secara tersiratnya, peribahasa itu terkandung dalam objektif yang kesembilaniaitu menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsurilmu.4.0 INTEPRESTASI OBJEKTIF HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BERFOKUSPERIBAHASAInterpretasi Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah BahasaMelayu berfokus Peribahasa ini melibatkan huraian sukatan tahun satu hingga tahun enam. 3
  • 4. Interpretasi terhadap objektif huraian sukatan dilakukan dengan melihat aspek Peribahasasecara tersurat dan tersirat.4.1 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun SatuObjektif Bahasa Melayu Tahun Satu:i. mendengar serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.ii. bertutur menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara terancang.iii. mengemukakan idea berdasarkan sesuatu topik perbincangan.iv. membaca teks prosa dan puisi dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.v. membaca dan memahami teks serta merujuk pelbagai sumber.vi. menghasilkan karangan dengan menggunakan di antara 20-40 perkataan Terdapat enam objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Satu.Berdasarkan keenam-enam objektif tersebut, peribahasa tidak terdapat dalam sebarangobjektif. Walaupun terdapat Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Menulis dalam objektifpertama dan kedua iaitu dua kemahiran yang digunakan ketika proses pengajaran danpembelajaran, namun peribahasa masih belum diajar pada tahun satu dalam Sukatan Matapelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.4.2 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun DuaObjektif Bahasa Melayu Tahun Dua:i. mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila.iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara.iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu.v. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik.vi. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 60 perkataan.vii. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan sebutan yang betul. 4
  • 5. viii. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian. Terdapat lapan objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Dua(2003). Interpretasi terhadap objektif huraian sukatan ini mendapati peribahasa bermuladiajar pada tahun dua. Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran danpembelajaran yang ketujuh iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosakata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang ke tujuh inidicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yangdidengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.1 iaitu melaporkan sesuatu perkara denganmenggunakan bahasa yang sesuai dan tepat. Huraian Hasil Pembelajarannya adalah mengikutaras iaitu aras 1, memberitahu isi-isi penting sesuatu perkara dengan menggunakan perkataandan frasa yang jelas. Aras 2, menyatakan sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yangbetul. Aras 3, menyatakan kesimpulan awal tentang sesuatu perkara dengan menggunakankata, frasa, dan ayat yang tepat. Selain itu, hasil pembelajaran yang berkaitan denganPeribahasa ialah 4.0 iaitu Berbincang tentang tajuk-tajuk yang relevan secara bertatasusiladalam 4.1 iaitu mengemukakan idea, pandangan, dan pendapat tentang sesuatu perkara secaraterperinci, tepat, dan tersusun. Huraian Hasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1,melahirkan perasaan berdasarkan topik yang ditentukan. Aras 2, mendengar pendapat denganteliti untuk memahami tajuk perbualan dan memberikan pendapat tentang tajuk yangdibincangkan secara bertatasusila.4.3 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun TigaObjektif Bahasa Melayu Tahun Tiga :i. mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila.iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara.iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu.v. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian.vi. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai yang kemas dan cantik.vii. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 70 perkataan.viii. mengklasifikasikan pelbagai ayat dalam teks. 5
  • 6. ix. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan sebutan yang betul.x. mengamalkan nilai murni, sikap positif, dan semangat patriotisme. Terdapat sepuluh objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu TahunTiga (2003). Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran danpembelajaran yang kesembilan iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa,kosa kata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang kesembilanini dicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yangdidengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.1 iaitu bercerita dengan menggunakan kata,frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Huraian Hasil Pembelajarannyaadalah mengikut aras iaitu aras 1, menceritakan cerita yang didengar dengan menggunakansebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya, Aras 2 adalah mengenal pasti isi pentingdaripada cerita yang didengar atau ditonton dan menyampaikan cerita berdasarkan isipenting. Aras 3, bercerita dengan menggunakan sebutan, intonasi yang betul dan gayapenyampaian yang sesuai. Selain itu, hasil pembelajaran yang berkaitan dengan peribahasaialah 3.0 iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan pengucapan yang mudah,betul, menarik dan berkesan dalam 3.2 iaitu menghuraikan maklumat dengan alasan yangmeyakinkan. Huraian Hasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1 iaitu memberitahumaklumat tentang sesuatu perkara dan mengemukakan contoh yang sesuai. Aras 2 ialahmenyatakan idea tentang sesuatu topik dengan memberikan sebab serta Aras 3 ialahmengemukakan pendapat yang jelas tentang sesuatu topik dengan menyatakan sebab.4.4 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun EmpatObjektif Bahasa Melayu Tahun Empat :i. mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila.iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara.iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu.v. menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan menggunakan proses penulisan yang sesuai. 6
  • 7. vi. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai dengan kemas dan cantik.vii. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 80 perkataan.viii. menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa dan sebutan yang betul.ix. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian.x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme. Terdapat sepuluh objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu TahunEmpat (2003). Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran danpembelajaran yang kelapan iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosakata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang kelapan inidicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yangdidengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.2 iaitu melaporkan sesuatu perkara denganbahasa yang sesuai dan tepat. Huraian Hasil Pembelajarannya adalah mengikut aras iaitu aras1 ialah menyampaikan sesuatu berita secara ringkas dengan bahasa yang betul, Aras 2 ialahmenyampaikan maklumat penting tentang sesuatu perkara dan Aras 3 ialah mengemukakancadangan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan sesuatu perkara dengan ayat yang jelas.Selain itu, hasil pembelajaran yang berkaitan dengan peribahasa ialah 3.0 iaitumenyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan pengucapan yang mudah, betul, menarikdan berkesan dalam 3.3 iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yangterancang. Huraian Hasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1, mempersembahkan ideatentang sesuatu persoalan dengan diksi, ayat, dan gaya yang sesuai. Aras 2, mengemukakanidea tentang sesuatu tema dengan wacana yang sesuai. Aras 3, membentangkan pendapattentang sesuatu persoalan dengan bahasa yang bertatasusila.4.5 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun LimaObjektif Bahasa Melayu Tahun Lima :i. mendengar dan memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila dalam pelbagai situasi. 7
  • 8. iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan.iv. membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu.v. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan harian.vi. menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan dengan menggunakan proses penulisan yang sesuai.vii. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai yang cantik dan kemas.viii. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 100 perkataan.ix. menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, sistem ejaan, dan sebutan yang betul.x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme, dan kewarganegaraan. Terdapat sepuluh objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu TahunLima (2003). Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran danpembelajaran yang kesembilan iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa,kosa kata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang kesembilanini dicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yangdidengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.2 iaitu melaporkan sesuatu perkara denganbahasa yang sesuai dan tepat. Huraian Hasil Pembelajarannya adalah mengikut aras iaitu aras1, mengemukakan data yang diperoleh tentang sesuatu perkara. Aras 2, membentangkan hasilrumusan berdasarkan sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang betul. Aras 3,membentangkan penemuan dan dapatan secara jelas dan terperinci. Selain itu, hasilpembelajaran yang berkaitan dengan Peribahasa ialah 3.0 iaitu menyampaikan maklumatkepada pihak lain dengan pengucapan yang mudah, betul, menarik dan berkesan dalam 3.3iaitu menyampaikan maklumat kepada pihak lain dalam aktiviti yang terancang. HuraianHasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1, mengemukakan hujah yang bernas tentangsesuatu topik dengan intonasi dan sebutan yang betul. Aras 2, menyampaikan pengucapanumum tentang sesuatu tajuk dengan menggunakan diksi, ayat, sebutan, intonasi, dan gayayang sesuai. Aras 3, melahirkan perasaan dengan menggunakan bahasa puitis berdasarkansesuatu tema.4.6 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam 8
  • 9. Objektif Bahasa Melayu Tahun Enam :i. mendengar dengan teliti serta memahami pengucapan dalam konteks perbualan harian dan situasi formal.ii. bertutur dengan petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila.iii. berbincang dan berkongsi pendapat tentang sesuatu perkara.iv. membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berunsur ilmu.v. menghasilkan pelbagai jenis penulisan dengan menggunakan proses penulisan yang sesuai.vi. menulis teks dengan menggunakan tulisan berangkai yang kemas dan cantik.vii. menghasilkan karangan dengan menggunakan tidak kurang daripada 80 perkataan.viii menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosa kata, system ejaan dan sebutan yang betul.ix. mengamalkan budaya membaca dalam kehidupan seharian.x. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif dan semangat patriotisme. Terdapat sepuluh objektif dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu TahunEnam (2003). Secara tersuratnya, peribahasa terdapat dalam objektif pengajaran danpembelajaran yang kelapan iaitu menggunakan bahasa baku yang meliputi tatabahasa, kosakata, sistem ejaan dan sebutan yang betul. Secara tersuratnya, objektif yang kelapan inidicapai pada Hasil Pembelajaran 2.0 iaitu bercerita dan melaporkan sesuatu perkara yangdidengar, ditonton, dibaca atau dialami dalam 2.2 iaitu melaporkan sesuatu perkara denganbahasa yang sesuai dan tepat. Huraian Hasil Pembelajarannya adalah mengikut aras iaitu aras1, menyampaikan hasil pemerhatian yang dilakukan dengan menggunakan laras bahasa yangsesuai . Aras 2, mempersembahkan hasil kerja dengan jelas, isi yang padat dan laras bahasayang sesuai. Aras 3, membentangkan tindakan susulan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan.Selain itu, hasil pembelajaran yang berkaitan dengan peribahasa ialah 3.0 iaitumenyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan pengucapan yang mudah, betul, menarikdan berkesan dalam 3.3 iaitu menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan. 9
  • 10. Huraian Hasil Pembelajaran mengikut aras ialah aras 1, menghubungkaitkan sebab dan akibatdengan member ikan alasan yang rasional. Aras 2, mengembangkan idea berdasarkan dapatandengan mengemukakan bukti yang sahih. Aras 3, mengulas fakta tentang sesuatu topikdengan mengemukakan bukti yang wajar .5.0 KEWAJARAN PENERAPAN PERIBAHASA DALAM PROSESPENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPeribahasa merupakan bahagian dalam Sistem Bahasa. Peribahasa juga merupakan ungkapanyang disampaikan sebagai satu bentuk peradaban dalam pertuturan. Pada peringkat sekolahrendah, dua cabang peribahasa hendaklah diperkenalkan, iaitu simpulan bahasa danperumpamaan. Pemilihan simpulan bahasa dan perumpamaan yang hendak disampaikanharuslah disesuaikan dengan kebolehan murid. Peribahasa wajar diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran keranaperibahasa dilihat sebagai wadah untuk menterjemahkan nilai-nilai murni yang menunjangipemikiran dan menjadi landasan kepada perbuatan dan kelakuan bangsa Melayu secaraumum. Kesejagatan nilai-nilai ini juga akan menjadi bahan bukti bahawa orang Melayumampu mencipta keindahan dalam susunan kata-kata untuk menyelitkan idea yang saratuntuk mendidik anggota masyarakat sejak dari kecil lagi (Hishamudin, Mohamad Azmi &Phat, 2007). Hampir setiap bangsa memiliki peribahasa mereka sendiri, begitu juga dengan orangMelayu. Menurut Hishamudin, Mohd Azmi dan Phat (2007) menyatakan bahawa peribahasayang tersebar luas dalam masyarakat Melayu sebenarnya merakamkan tanggapan tentangkeindahan akal budi, bahasa dan nilai yang dikongsi bersama. Nilai-nilai yang diungkapkandalam genre peribahasa, sarat dengan nasihat, makna dan tanda-tanda yang perlu kepadapentakrifan secara teliti dan bijaksana. Peribahasa merupakan satu susunan bahasa yangmenarik dan indah, yang digunakan sebagai teladan, bandingan dan pengajaran keranaperibahasa membawa pengertian yang cukup mendalam. Peribahasa digunakan denganmeluas oleh orang Melayu lama dalam kehidupan sehari-hari dan terus kekal hingga ke hariini kerana sifatnya yang unit. Oleh itu, peribahasa wajar diterapkan dalam pengajaran danpembelajaran sebagai landasan untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam masyarakat secaratidak langsung dapat membentuk generasi milenium yang mempunyai pemikiran dan akalbudi yang murni. 10
  • 11. BAHAGIAN B6.0 PERIBAHASA6.1 Maksud Dan KonsepMenurut Za’ba (2002), peribahasa ialah segala cakap yang pendek yang telah melekat dimulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab sedap dan bijak perkataannya. Ishak(1990) pula menyatakan peribahasa adalah cabang dalam Bahasa Melayu dan merupakanikatan bahasa atau puisi Melayu kuno yang bernilai sastera. Menurut Keris Mas (1988), 11
  • 12. peribahasa adalah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan pemikiran danpemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar padaperasaan dan fikiran. Abdullah (1989) menyatakan bahawa peribahasa itu sama tuanya dengan bahasasesuatu bangsa dan peribahasa mula-mula digunakan apabila bangsa manusia mulai mengenalperadaban, ketika organisasi kehidupan perlu diatur, batas antara yang baik dan yang burukperlu diadakan, untuk menjadi pembimbing tatatertib pergaulan dan perhubungan hidupsesama manusia. Muhammad Ariff (1990) mentakrifkan peribahasa sebagai rangkaian katayang lahir daripada amatan para bijaksana (intelek) terhadap perihidup manusia, yang tetapdan tidak berubah susunannya, yang lekat di mulut (dapat disebut bila-bila masa sahaja) danyang luas maknanya lagi benar tujuannya. Awang (1992) menyatakan peribahasa dalam sesuatu bahasa mempunyai perananistimewa, bukan sahaja memperkaya khazanah bangsa, bahkan lebih penting daripada itumemancarkan pendangan hidup, nilai, sikap, cara berfikir dan kepekaan akal budi masyarakatpengguna bahasa itu. Menurut S.Nathesan (1998), peribahasa mencerminkan pemikirankognitif masyarakat Melayu tradisional. Menurut Kamus Dewan edisi kelima (2005), ayatatau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertiantertentu.6.2 Jenis-Jenis Peribahasa6.2.1 Simpulan BahasaMenurut Za’ba (2002), simpulan bahasa merupakan ungkapan yang telah mantap danmempunyai maksud khusus. Ia mempunyai maksud yang berbeza daripada makna perkataandalam ungkapan. Contoh: panjang tangan = suka mencuri periuk nasi = punca pencarian 12
  • 13. Terdapat dua jenis simpulan bahasa dalam bahasa melayu ialatu simpulan bahasayang mempunyai dua makna dan simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai maksudyang sama. Contohnya; a) Simpulan bahasa yang mempunyai dua makna Contoh: ada angin - mempunyai kemahuan atau keinginan untuk mendapatkan sesuatu sikap atau perasaan seseorang yang suka meninggi diri. b) Simpulan bahasa yang berlainan tetapi mempunyai maksud yang sama Contoh: Seseorang yang tidak mempunyai sebarang perasaan malu – muka talam, muka tebal, muka tembok Terdapat lima ciri-ciri yang terdapat dalam simpulan bahasa iaitu terbentuk daripadapenggunaan kata nama am, kata kerja, kata adjektif, kata nama khas dan nilai kepercayaan.Menurut Za’ba (2002), simpulan bahasa terhasil berdasarkan 4 perkara iaitu: 1. Perbandingan atau kiasan dengan cerita yang masyhur Contoh: Abu Jahal, Mat Jenin, Lebai Malang 2. Benda atau kejadian yang berlaku di sekeliling Contoh: mandi kerbau, mata duitan 3. Kepercayaan orang ramai Contoh: harimau berantai, buruk siku6.2.2 PepatahMenurut Md. Said (1991), pepatah ialah perkataan Melayu yang tajam dan berterus-terangmaknanya dan tidak berlapis-lapis. Ia diguna sejak turun-temurun dan lazim digelar‘bagaimana kata Melayu sepatah’. Menurut Amir hamzah (1993) pula, pepatah ialahungkapan yang biasa daripada pusaka adat resam dan makna yang ingin disampaikan tidakberubah. Pepatah juga mempunyai ciri-ciri tertentu seperti Terdiri daripada patah-patahperkataan dan terdapat pepatah yang tidak mengandungi pengajaran. Contoh pepatah: 13
  • 14. a) Adat istiadat - biar mati anak, jangan mati adat b) Peraturan masyarakat - bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat b) Undang-undang - ditelan mati emak, diluah mati bapak6.2.3 PerbilanganMenurut Za’ba (2002), perbilangan merupakan susunan kalimah yang bertujuan menjadipegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan. Perbilanganmempunyai ciri-ciri tertentu seperti disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi, setiaprangkai terdiri daripada dua baris atau lebih, disebut satu demi satu seolah-olah orang sedangmembuat perbilangan, ditutur bait demi bait, susunan kata yang berkerat-kerat dan berkaitrapat dengan adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat. Perbilangan jugaberfungsi sebagai unsur teladan dan pedoman hidupmasyarakat yang mengamalkan adat.Contoh perbilangan: a) Adat istiadat - biar mati anak, jangan mati adat b) Undang-undang - ditelan mati mak, diluah mata bapak c) Peraturan masyarakat - bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat6.2.4 PerumpamaanZa’ba (2002) menyatakan bahawa perumpamaan ialah menyebut sesuatu maksud denganmengumpamakan dengan sesuatu yang lain. Ia tergolong dalam peribahasa berlapis iaitumempunyai maksud tersurat dan tersirat. Terdapat dua bentuk perumpamaan iaitu pertama,menyatakan perbandingan secara terang-terangan yang didahului oleh kata perbandinganseperti bak, bagai, ibarat, macam, umpama. Contoh, bagai burung dalam sangkar dan sepertikatak bawah tempurung. Kedua, tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan dantidak didahului dengan kata perbandingan. Contoh, genggam bara api biar sampai jadiarang dan diberi betis hendak peha. 14
  • 15. Menghurai perumpamaan perlu memenuhi syarat agar ia tidak menjadi peribahasajenis lain. Perumpamaan haruslah luas dan menyeluruh, tiada pengkhasan sesuatu danmaksud huraian hendaklah tepat. Contoh: bagai tikus jatuh ke beras Tersurat - tikus yang jatuh ke longgok beras Tersirat - Apabila sampai ke sesuatu tempat, diam sahaja, tidak berbunyi atau tidak pergi ke tempat lain kerana sudah terjumpa sesuatu yang memang kesukaannya.6.2.5 BidalanMenurut Kamus Dewan edisi keempat (2005), bidalan adalah kata-kata yang senang disebutdan mengandungi nasihat dan ajaran orang tua-tua. Pada kebiasaannya, bidalanmenggunakan kata biar, jangan dan ingat pada awal peribahasa. Contoh, biar lambat asalkanselamat, jangan membawa resmi jagung, makin berisi makin tegak dan ingat sebelum kena,jimat sebelum habis. Selain itu, bidalan bermaksud ungkapan yang menjadi penduan nilaisosial, mengandungi teladan dan nasihat.6.2.6 Kata-kata HikmatMenurut Za’ba (2002), kata-kata hikmat bermaksud perkataan yang bijak, pendek, sedap,benar dan berisi. Ia dipetik daripada buku, sastera atau percakapan orang bijak-bijak. Kata-kata hikmat juga dikenali sebagai lidah pendeta. Lidah pendeta juga adalah kata-katapujangga yang mengandungi pengajaran atau falsafah hidup. Contoh: lidah manusia lebih tajam daripada mata pisau hidup bahasa hiduplah bangsa6.2.7 Kiasan 15
  • 16. Seterusnya adalah kiasan atau bunga bahasa yang secara ringkasnya merupakan ungkapanyang menghuraikan sesuatu perkara dengan mengiaskan dengan perkara lain. Tujuannyaadalah menjelaskan dan menegaskan lagi sesuatu maksud yang cuba disampaikan. Malah,menurut Nik Safiah dan Norliza (2003) dalam Dahlia et al. (2004) kiasan juga bertujuanmemaniskan kata ketika menyebut perkara yang tidak diingini oleh pendengar atau pembaca.Kiasan biasanya menggunakan isyarat perbandingan dan tanpa isyarat perbandingan,contonhya; a) Isyarat perbandingan: Mukanya terserlah seperti bulan purnama Hatinya hancur bagai kaca terhempas ke batu b) Tanpa isyarat perbandingan: ayam tambatan mandi kerbau orang rumah Menurut Za’ba (1965) dalam Za’ba (2002), kiasan terpecah kepada beberapabahagian kecil iaitu kiasan sandar, contohnya, tidur ayam, kiasan terus, contohnya kutuembun, kiasan berangkap. Contohnya, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula,kiasan berbunga, kiasan pemanis, kiasan melompat, tamsil, ibarat, kias ibarat dan tamsilibarat.BAHAGIAN C7.0 APLIKASI DAN STRATEGI DALAM PROSES PENGAJARAN DANPEMBELAJARANDalam Huraian Sukatan Bahasa Melayu, strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P)merupakan elemen yang penting dalam menentukan hasil pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Strategi ialah kaedah yang digunakan oleh guru untuk memudahkan muridmemahami isi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan. Antara strategi yang bolehdigunakan di dalam kelas adalah seperti pendekatan berpusatkan murid, kepelbagaian teknik,penggabungjalinan dan lain-lain. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P),peribahasa boleh disampaikan dengan menggunakan pelbagai strategi. 16
  • 17. 7.1 Pendekatan berpusatkan muridPendekatan berpusatkan murid merupakan salah satu strategi dalam sistem pengajaran danpembelajaran yang boleh digunakan untuk mengajar peribahasa. Tujuan utama pendekatanini digunakan adalah untuk membolehkan murid berinteraksi dan menguasai kemahiranbelajar melalui pengalaman sendiri serta secara tidak langsung ia dapat membina keyakinandiri kepada murid untuk berbahasa. Pendekatan berpusatkan murid adalah selari dengankonsep pembelajaran masteri. Pembelajaran masteri adalah berkonsep mengikut keupayaanseseorang murid iaitu berdasarkan kebolehan murid dalam menguasai sesuatu topik yangtelah diajar. Melalui strategi pendekatan berpusatkan murid, sesuatu pengajaran mengenaiperibahasa di dalam kelas dapat disampaikan dengan berkesan. Contohnya, murid menelitiperibahasa dalam nota edaran yang diberi oleh guru. Pada masa yang sama, guru bolehmembuat penilaian terhadap murid semasa melakukan aktiviti. Proses pengayaan bolehdilakukan terhadap murid yang berjaya melaksanakan tugasan yang diberi manakala prosespemulihan akan dilakukan terhadap murid yang tidak berjaya melakukan tugasan yangdiberikan oleh guru.7.2 Pendekatan pelbagai teknikSelain itu, untuk melahirkan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran dalam kelas,pendekatan pelbagai teknik boleh digunakan. Perkara ini amat penting untuk merangsang danmenggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, berkomunikasi dan berinteraksi.Merujuk peribahasa, pendekatan strategi pelbagai teknik boleh disampaikan melaluipembelajaran kooperatif dan sumbang saran. Pembelajaran kooperatif meliputi perbincanganiaitu murid dapat berbincang sesama mereka mengenai lembaran kerja yang diedarkansetelah dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh guru. Lembaran kerja tersebut memintamurid-murid untuk memadankan simpulan bahasa dan mecari maknanya. Seterusnya murid-murid dikehendaki membina satu ayat daripada setiap padanan simpulan bahasa yag telahdiperolehi. Kertas mahjong digunakan bagi membentangkan ayat-ayat yang telah dibina olehsetiap kumpulan tersebut.7.3 Kepelbagaian sumber bahanKepelbagaian sumber bahan juga mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran dalamkelas boleh difahami oleh murid. Antara sumber bahan yang digunakan dalam pengajarandan pembelajaran peribahasa ialah kamus peribahasa. Contohnya, aktiviti yang berkaitan 17
  • 18. dengan pengajaran peribahasa dalam kelas ialah guru menyenaraikan beberapa perkataan,kemudian murid akan menyemak perkataan tersebut dengan menggunakan kamus yang telahdisediakan. Dengan strategi ini, pengajaran berkaitan dengan peribahasa boleh disampaikansecara berkesan kepada murid. Maka, murid dapat memperoleh berbagai-bagai jenismaklumat secara umumnya dan secara khusus yang berkaitan dengan peribahasa.7.4 Bacaan LuasMembaca luas memberikan peluang kepada murid untuk menimba ilmu pengetahuan danmembentuk sahsiah yang baik bagi meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terusmembaca. Bacaan luas telah dijalankan dengan menggunakan bahan ilmiah dan sasteraseperti kamus peribahasa.7.5 Strategi penggabungjalinanSeterusnya, strategi penggabungjalinan merupakan salah satu proses yang penting dalampengajaran dan pembelajaran. Dalam strategi pengajaran peribahasa, dua kemahirandigabungkan secara serentak iaitu kemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiranmenulis. Selain itu, aspek tatabahasa juga digabungjalinkan dalam pengajaran peribahasa.Strategi ini sesuai dan berkesan untuk digunakan mengajar peribahasa terhadap murid didalam kelas.7.6 Strategi penyerapanPenyerapan ialah proses menyerapkan unsur-unsur tertentu seperti dalam bidang ilmu, nilaimurni, dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.Penyerapan unsur-unsur ini dihuraikan dalam pengajaran dan pembelajaran peribahasaseperti isi pelajaran yang diajarkan telah diterapkan pelbagai bidang ilmu iaitu PendidikanMoral dalam Tema Kemasyarakatan. Kemudian, diserapkan juga kemahiran Bernilai Tambahseperti kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir diserapkan secara terancang dengankemahiran mendengar dan bertutur serta kemahiran menulis dalam pengajaran danpembelajaran. Oleh itu, peribahasa wajar diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaransebagai landasan untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam masyarakat. 18
  • 19. 8.0 LAMPIRAN 19
  • 20. 9.0 RUJUKANAbdullah Hussain. (1989). Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in Shaari. (2009). Semantik dan Paradigma Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.Alias Mohammad Yatim. (1998). Mengenali Bahasa Melayu. Kedah: Penerbitan Sarlis.Amir Hamzah Shamsudin. (1993). Cerita Peribahasa (pepatah). Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan Sdn. Bhd.Awang Sariyan (1992). Tikaman Bahasa, Mohd Adnan Mohd Ariffin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Dahlia Janan, Husna Faredza Mohamed Redzwan, Khairul Azam Bahari, Mohd Ra’in Shaari dan Zulkifli Osman (2004). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. 20
  • 21. Hishamudin Isam, Mohd Azmi Ab. Rahman dan Phat Awang Deng (2007). Bahasa dan Pemikiran Melayu/ Indonesia Menyongsong 2025: Menterjemah Nilai Murni Dalam Peribahasa Melayu Melangkau Era Milenium. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu (2003). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.Ishak Ramly (1990). Perkembangan Peribahasa Dalam Bahasa Melayu: Jurnal Dewan Bahasa Januari 1990. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Keris Mas (1988). Perbincangan Gaya Belajar Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Md. Said Hj Suleiman, (1991). Siri Koleksi Warisan: Perian Basa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Md. Said Haji Suleiman (1993). Jalan Basa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Mohd Yusuf Mustafa (1965). Mestika Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Muhammad Ariff Ahmad (1990). Perlunya Pembakuan Peribahasa, Bahasa Jiwa Bangsa. Diperoleh pada 11 Ogos, 2009 daripada http://www.scribd.com.doc/12904129/ Perlunya-Pembakuan-PeribahasaPeribahasa. Diperoleh pada 11 Ogos, 2009 daripada http://ms.wiktionary.org/wiki/ WiktionaryS.Nathesan (1998). Simpulan Bahasa: Satu Tinjauan Dari Sudut Makna, Jurnal Dewan Bahasa November 1998. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu (2003). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.Zainal Abidin Ahmad (2002). Ilmu Pengarang Melayu: Edisi Ejaan Rumi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 21

×