• Like
Action Research
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Action Research

  • 3,621 views
Uploaded on

 

More in: Business , Technology
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
3,621
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
215
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN Buku: Action Research For Educational Change. Oleh: John Elliott.
  • 2. DEFINISI KAJIAN TINDAKAN Kajian terhadap situasi sosial dengan pandangan untuk meningkatkan kualiti tindakan di dalamnya. - M/S 69. Elliott (1981) mengatakan bahawa, “kajian tindakan ialah rangka untuk penilaian kendiri di sekolah dan pendekatan dalam kajian tindakan yang mementingkan refleksi dan inkuiri yang bertujuan untuk membaiki atau mengubah amalan kendiri dalam sesuatu situasi sosial”. Carr dan Kemmis (1986) juga menyatakan bahawa kajian tindakan ialah satu bentuk refleksi kendiri melalui aktiviti inkuiri untuk membaiki dan memahami amalan dan situasi sosial.
  • 3. KEPENTINGAN KAJIAN TINDAKAN
    • Dasar kajian tindakan adalah untuk meningkatkan kemahiran disamping menghasilkan pengetahuan kepada guru itu sendiri. (M/S 49)
    • Kajian tindakan adalah satu langkah alternatif untuk menghuraikan etika refleksi (prosedur yang sistematik dan teratur) yang telah digariskan. (M/S 51)
    • Kajian tindakan mengetengahkan langkah penyelesaian masalah kepada masalah-masalah yang timbul daripada teori atau isu-isu daripada guru. (M/S 53)
    • Mengintegrasikan pengajaran dan perkembangan guru, pengembangan kurikulum dan penilaian, kajian dan refleksi falsafah, dan penyelidikan kepada konsep yang seragam dalam satu amalan pendidikan reflektif. (M/S 54)
    • Usaha guru melalui kajian tindakan adalah untuk memperbaiki kualiti pendidikan pelajar berasaskan pengalaman tentang cara kurikulum distrukturkan berbentuk pedagogi. (M/S 55)
  • 4. SETTING KAJIAN
    • Dilakukan dalam bilik darjah (M/S 84)
    • Pengkaji menerangkan kajian tindakan boleh dilakukan apabila pengkaji ingin meningkatkan kualiti atau sesuatu perubahan.
    • Kajian tindakan juga boleh dilakukan dalam situasi sosial.
    • John Elliott – kajian tindakan tidak hanya sekadar di buat dalam bilik darjah tetapi boleh juga dilakukan untuk meningkatkan pengurusan sekolah.
  • 5. SAMPEL KAJIAN
    • Pelajar sekolah.
    • Pihak pengurusan sekolah.
  • 6. PERNYATAAN MASALAH (METODOLOGI) M/S 72 – 77
    • 1) Mengenalpasti dan menjelaskan idea umum
    • Idea umum pada dasarnya adalah satu pernyataan yang mengaitkan idea dengan tindakan. Kriteria penting dalam memilih ‘idea umum’ adalah ia harus sesuai dengan bidang pengkaji dan adakah sesuatu itu mahu diubah atau diperbaiki. Idea umum mungkin perlu disemak semula sepanjang proses kajian tindakan berlansung. Menurut Kemmis (1983), asas kajian tindakan ini adalah suatu proses spiral (menaik), ia melibatkan mengenal pasti masalah, membuat tindakan dan melihat hasil kajian.
  • 7.
    • 2) Pencarian fakta/tinjauan (reconnaissance)
    • Mengenal pasti masalah kajian/ fakta melalui situasi iaitu pertama, menggambarkan/ menghuraikan fakta-fakta berdasarkan situasi, kita perlu menjelaskan sejelas mungkin sifat dari situasi yang ingin diubah atau diperbaiki. Misalnya, apakah masalah 'murid yang membuang waktu dalam kelas'. Semua fakta diatas membantu untuk menjelaskan permasalahan. 
    • Pengumpulan maklumat ini boleh memberikan asas untuk mengkelaskan fakta yang relevan, misalnya menghasilkan kategori untuk mengelaskan pelbagai jenis kategori membuang waktu. Kedua, menerangkan/menjelaskan fakta-fakta berdasarkan situasi. Setelah dikumpul dan menggambarkan fakta-fakta yang relevan yang diperlukan untuk dijelaskan, bagaimanakah ia muncul? Apa kemungkinan yang relevan, atau faktor kritis mengenai keadaan yang digambarkan? Fakta-fakta ini dihuraikan melalui:
    • 'Brainstorming' - jelas menghasilkan hipotesis.
    • Hipotesis percubaan
  • 8.
    • 3) Membina rancangan umum (Membina dan merancang pelan tindakan).
    • Elliot (1991) dan Kemmis & mctaggart (1988): Rancangan umum tindakan harus mengandungi:
      • Pernyataan idea umum yang diutarakan telah disemak semula.
      • Pernyataan mengenai faktor-faktor yang akan berubah atau meningkatkan sesuatu yang berkaitan dengan keadaan/situasi, dan tindakan yang akan dilakukan ke arah itu, misalnya 'saya akan mengubah cara saya memperkenalkan maklumat faktual kepada murid penerangan jelas mengenai apa yang perlul mereka lakukan’.
      • Pernyataan perundingan dengan (rakan sekerja, penyelia), atau dengan orang lain sebelum melaksanakan tindakan yang dicadangkan.
      • Pernyataan mengenai sumber yang perlu disediakan untuk melakukan tindakan yang dicadangkan, misalnya bahan, bilik, peralatan, dll
      • Pernyataan daripada kerangka etika yang akan menetapkan akses dan maklumat keluaran (menyatakan idea-idea tentang pengumpulan data).
  • 9.
    • 4) Membangunkan langkah-langkah tindakan seterusnya
    • pengkaji memutuskan dengan tepat mana daripada tindakan yang telah digariskan yang perlu diambil selaras dengan pelan umum dan bagaimana proses-proses itu berlaku serta kesannya akan dipantau. Penting untuk mengingati berikut:
    • Individu perlu menggunakan teknik-teknik pemantauan yang memberikan bukti semasa tindakan sedang dilaksanakan.
    • Individu perlu menggunakan teknik-teknik yang mana menyediakan bukti yang tidak disengajakan serta kesan yang disengajakan.
    • individu perlu menggunakan pelbagai teknik yang akan membolehkan orang untuk melihat apa yang berlaku daripada pelbagai sudut atau sudut pandang.
  • 10.
    • 5) Pelaksanaan tindakan
    • Dalam membuat sesuatu kajian, ia mungkin mengambil sedikit masa untuk memastikannya berjaya. Apa yang dirancang perlu dijalankan untuk melihat keberkesanannya dan memastikan segala yang dirancang itu dilaksanakan. Di sini akan berlaku perubahan tingkah laku peserta. Sebagai seorang pengkaji, pemantauan perlu dilakukan pada awal tinjauan lagi, ia juga perlu memilih pelbagai teknik pemantauan untuk menghuraikannya.
  • 11. PENGUMPULAN/ PENGANALISISAN DATA (METODOLOGI)
    • 1)Diari
    • Diari yang baika adalah diari yang digunakan secara berterusan. Seorang guru seharusnya mempunyai diari. Melalui catatan diari ini, guru dapat membandingkan pengalaman sedia ada dengan apa yang di catatkan dalam diari tersebut. Diari harus mengandungi catatan peribadi berdasarkan pemerhatian, perasaan, reaksi, tafsiran, hipotesis, pantulan dan penjelasan. Ia juga harus mengandungi tarikh dan masa yang tepat.
  • 12.
    • 2)Profil
    • Profil menyediakan pandangan satu situasi atau seseorang dari semasa ke semasa. Dalam situasi pengajaran individu (kelas), pengkaji boleh menghasilkan profil pengajaran, atau prestasi pelajar tertentu.
    • 3)Analisis dokumen
    • Dokumen boleh memberikan maklumat yang relevan dengan isu-isu dan masalah yang sedang dikaji. misalnya, dalam konteks kajian tindakan kelas, dokumen yang relevan meliputi:
      • Silibus dan skim kerja
      • Laporan 'Kurikulum' pihak sekolah dan jawatankuasa kerja.
      • Pemeriksaan kertas dan ujian.
      • Minit mesyuarat jabatan
      • kertas kerja dan lembaran tugas
      • bahagian dalam buku
      • Contoh karya tulis kanak-kanak.
  • 13.
    • 4)Bukti gambar/fotografi
    • Melalui foto gambar, ia boleh menerangkan sesuatu situasi. Contohnya, pelajar sedang melakukan tugasan kelas, apa yang berlaku di belakang guru, kerangka fizikal dalam kelas, pola organisasi sosial di dalam kelas seperti susunan kedudukan antara pelajar dengan guru, postur dan kedudukan guru ketika mengajar.
    • Selain itu, gambar ini boleh diambil dengan bantuan seorang pemerhati, namun guru sendiri sudah mencukupi untuk mengumpulkan bukti. Bukti-bukti ini boleh dibawa dalam perbincangan dengan ahli lain dari pasukan kajian tindakan lain atau dengan peserta lain yang sedang melakukan kajian tindakan.
  • 14.
    • 5)Kaset/perakam video dan transkrip
    • Dalam konteks kajian tindakan kelas, penggunaan kaset atau perakam video boleh digunakan untuk merakamkan sesi pengajaran. Namun pun begitu, berkemungkinan ia boleh mengganggu sesi tersebut. Penggunaan kamera juga boleh digunakan tetapi ia mempunyai batas kerana tidak dapat memuatkan hal-hal tertentu yang relevan dan penting. Seseorang guru mungkin akan mendapat lebih banyak pengetahuan dan kemudian boleh mengalihkannya dalam bentuk transkrip.
  • 15.
    • 6)Menggunakan pemerhati luar
    • Guru juga boleh menggunakan khidmat pemerhati luar semasa mengajar atau sewaktu menjalankan kajian tindakan tetapi mereka perlu diberikan penerangan yang lengkap terlebih dahulu bagaimana untuk menyusun maklumat. Pemerhati luar boleh mengambil gambar, membuat rakaman video ketika guru sedang melakukan pengamatan atau menemu bual dengan menggunakan pita perakam atau perakam video. Pemerhati luar boleh terdiri daripada ahli pengkaji lain, rakan sekerja atau pelawat luar (konsultan).
  • 16.
    • 7)Temu bual
    • Temu bual merupakan cara terbaik untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Temu bual terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
    • 1. Temu bual berstruktur
    • Soalan-soalan yang dikemukan adalah soalan yang telah dirangka terlebih dahulu. Pengkaji akan menyoal mengikut soalan-soalan yang telah dirancang itu.
    • 2. Temu bual tidak berstruktur
    • Temu bual boleh jadi di mana-mana sahaja, soalan yang diberikan adalah on the spot .
    • 3. Temu bual semi-struktur
    • Meliputi temu bual berstruktur dan tidak berstruktur. Soalan-soalan sudah dirangka awal tetapi semasa menemu bual responden, pengkaji terfikirkan soalan lain untuk disoal.
  • 17.
    • 8)Ulasan berterusan
    • Dalam satu tempoh masa, peserta diam untuk mematuhi apa yang sedang berlaku. Ini akan member peluang kepada pengkaji untuk melakukan ulasan berterusan. Sepanjang tempoh ulasan dijalankan, pengkaji tidak dibenarkan mengganggu dalam tugasan yang diberikan kepada murid-murid yang terlibat. Cari posisi duduk yang terbaik, jangan duduk dihadapan murid. Jangan membuatkan murid berasa mereka diawasi. Cuba untuk menulis secar ringkas dan kukuh mengenai apa yang dikatakan dan dilakukan. Perhatikan nada, gerakan dan lain-lain.
    • 9)Gambaran pembelajaran
    • Dalam situasi kelas, pemerhati akan membuat gambaran pembelajaran dan menjadi perunding luaran. Pemerhati boleh jadi adalah dari ahli kimpulan kajian tindakan. Setiap ahli akan mengambil bahagian masing-masing untuk membuat gambaran mengenai subjek. Kedua-dua kumpulan kajian tindakan boleh berkumpul dan membincangkan hasil dapatan mereka bersama.
  • 18.
    • 10)Senarai semak, soal selidik dan inventori
    • Senarai semak ialah satu rangkaian jawapan kepada soalan. Senarai semak yang sesuai digunakan harus bersifat terbuka dan kurang berstruktur.
    • Soal selidik pula adalah satu set soalan yang diberikan kepada orang lain dan meminta mereka menjawabnya. Dalam soal selidik tersebut terdapat beberapa soalan dan pilihan jawapan atau pertanyaan.
    • Manakala inventori ialah senarai pernyataan tentang situasi yang mungkin bersetuju atau tidak. Antara kategori yang terdapat di dalamnya ialah seperti : sangat setuju - setuju - tidak yakin - tidak setuju - sangat tidak bersetuju.
  • 19.
    • 11)Kitaran
    • Kitaran tidak tertumpu kepada teknik pemantauan, ia adalah lebih kepada kaedah umum untuk mendapatkan bukti yang boleh dibandingkan dan dirujuk. Prinsip asas kitaran ialah pengumpulan data daripada pemerhatian suatu situasi dari pelbagai sudut atau perspektif dan kemudiannya akan membandingbezakannya. Kitaran merupakan bukti awal yang sangat baik untuk pengeluaran memo analitik.
    •  
    • 12)Memo analitik
    • Memo analitik mengandungi pemikiran atau pandangan sistematik seseorang mengenai bukti-bukti(dapatan kajian) yang telah dikumpul dan dihasilkan secara berkala dalam tempoh pemantauan atau pemerhatian. Memo ini mencatatkan perkara-perkara seperti:
      • Cara baru dalam penyiasatan konseptualisasi situasi.
      • Hipotesis
      • Kutipan data dari pelbagai jenis bukti yang dikumpulkan untuk dimasukkan dalam rangka.
      • Pernyataan tentang masalah atau isu yang wujud dalam suatu tindakan.