Pemetaan rhp 1,2,3,

4,087 views
3,899 views

Published on

2 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • P&P yg interaktif
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Satu Modul P&P yang cukup menarik. Syabas mfsit.
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
4,087
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
50
Comments
2
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pemetaan rhp 1,2,3,

  1. 1. UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN KPD 6033 PENGAJARAN KEMAHIRAN BERFIKIR Tugasan Individu Ke-3 :“Modul Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu” PENSYARAH : PROFESOR. RAJENDRAN A/L NAGAPPANFAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA Disediaka oleh: Sit Meng Foong (M20092000889) Program Sarjana ( Pengurusan Pendidikan ) Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Tarikh : 23 Mac 2011
  2. 2. PEMETAAN RANCANGAN MENGAJAR Mata Pelajaran : Bahasa Melayu Tingkatan : 1 Tema : Menjaga Kebersihan Sekitar Unit Kandungan Objektif/ Kaedah Kaedah pelajaran/ Pelajaran Hasil pembelajaran Mengajar Penilaian Bahanrangsangan1.Rumusan Kandungan a) mengemukakan isi-isi penting Kemahiran Latihan bahan sampah yang terdapat dalam Carta Pai. Berfikir: pengukuhan grafik sarap di Merumus tong b) menghuraikan tentang dan Perbentangan sampah kandungan sampah sarap di mentafsir setiap hari dalam tong sampah setiap hari maklumat di Malaysia di Malaysia. Penerangan c) membuat sebuah rumusan yang lengkap tidak melebihi 120 Perbincangan patah perkataan. dua hala Soal jawab Aktiviti kumpulan2.Pelajar Cara-cara a) menyenaraikan sekurang Kemahiran Latihanditayangkan Pembuang kurangnya tiga cara Berfikir: pengukuhanvideo an sampah pembuangan sampah. Mencariberkaitan sarap. Sebab dan Perbentanganpembuangan b) menganalisis dua kebaikan dan Membuatsampah kelemahan sistem pembuangan Kesimpulan,sarap. sampah. Menjana idea c) menganalisis maklumat dan hujah serta mengemukakan Penerangan sebab dan kesimpulan dengan menggunakan carta aliran, Perbincangan senarai semak dan pengurusan dua hala grafik. Soal jawab Aktiviti kumpulan
  3. 3. Unit Kandungan Objektif/ Kaedah Kaedah pelajaran/ Pelajaran Hasil pembelajaran Mengajar Penilaian Bahanrangsangan3.Rumusan Kelebihan- a) Menyenaraikan empat kebaikan Kemahiran Latihan petikan kelebihan program kitar semula. Berfikir: pengukuhan program Menerangkan Perbentangan kitar b) Menyatakan semula secara lisan sebab-sebab semula tiga kaedah pelaksanaan program kitar semula. Peta Minda c) Mencatat lima isi penting Penerangan daripada petikan; dan membuat sebuah ringkasan yang tidak Perbincangan melebihi 80 patah perkataan. dua hala Soal jawab Aktiviti kumpulan
  4. 4. RINGKASAN KONSEP DAN ISI PENTINGRANCANGAN HARIAN MENGAJAR
  5. 5. NOTA/KANDUNGAN TOPIK YANG DIAJAR Rancangan Harian Mengajar Ke-1:Kemahiran Berfikir : Merumus dan Mentafsir Maklumat1. Definisi Merumus, meringkas atau memendekkan maklumat.2. Langkah-langkah merumus dalam Penyusunan Lisan: i) Membacam mendengar dan memahami maklumat. ii) Mengenalpastkan idea utama, idea sokongan dan butir terperinci dalam maklumat. iii) Mengenalpastikan idea-idea utama. iv) Menerangkan sama ada dalam lisan atau tulisan idea-idea utama secara ringkas. v) Membuat keputusan. Langkah-langkah merumus dalam Penyusunan Grafik: i) Idea Utama Idea Sokongan Butir TerperinciKemahiran Berfikir Mentafsir Maklumat :1. Definisi Proses memberi penerangan yang rasional tentang sesuatu objek, peristiwa, gambar rajah, graf, perkataan atau pola daripada maklumat yang dikumpulkan.2. Tujuan kemahiran ini digunakan untuk: i) Membuat Keputusan. ii) Meramal. iii) Menghubung kait. iv) Menganalisis.3. Langkah-langkah dalam penyusunan lisan: i) Mengumpulkan maklumat. ii) Menentukan pola maklumat. iii) Membuatkan keputusan yang rasional.
  6. 6. NOTA/KANDUNGAN TOPIK YANG DIAJAR Rancangan Harian Mengajar Ke-2:Kemahiran Berfikir : Mencari Sebab dan Membuat Kesimpulan1. Definisi Kemahiran mencari sebab dan membuat kesimpulan ialah keupayaan menggunakan minda untuk menganalisis dan menilai sebab-sebab bagi mencari kesimpulan yang tepat dan jitu.2. Tujuan Kemahiran memberi sebab dan membuat kesimpulan ini adalah penting kerana dengan menguasai kemahiran ini kita: i) Tidak mudah membuat keputusan atau kesimpulan tanpa menganalisis sebab munasabah atau maklumat yang diterima. ii) Dapat membuat kesimpulan atau keputusan yang terbaik kerana kita telah mengambil kira semua faktor. iii) Tidak akan mudah terpengaruh dengan kesimpulan atau keputusan, sebab atau hujah yang dikemukakan sehingga membuat keputusan yang salah. iv) Dapat menggunakannya semasa memberi hujah atau cadangan bagi meyakinkan orang lain. v) Boleh membentuk individu berfikiran kritis dan analitis. vi) Boleh membentuk individu berfikiran kritis dan analitis. vii) Boleh menyediakan hujah-hujah bagi membuat persediaan untuk perbahasan.3. Langkah-langkah Menguasai Kemahiran Menerangkan Sebab dan Membuat Kesimpulan. i) Meneliti apa yang cuba diyakinkan oleh seseorang. ii) Apakah sebab-sebab yang cuba dikemukakan? iii) Kenal pasti kata kunci. Misalnya: Oleh sebab itu, oleh yang demikian, oleh sebab, kerana, jika dan kalau. iv) Apakah kesimpulan yang cuba dikemukakan?
  7. 7. v) Apakah sebab-sebab (pros dan cons) atau yang tersirat yang tidak dikemukakan? vi) Berfikir terbuka. vii) Berwaspada terhadap maklumat atau sebab yang boleh kita tertipu (fallacious) Semasa mencari sebab dan membuat kesimpulan, kadang-kadang kita menghadapi beberapa halangan seperti yang berikut: Kesukaran mencari sebab-sebab dan kesimpulan yang benar-benar tepat. Ada sesetengah sebab tiada kata kunci. Kesukaran menilai sebab sama ada yang dikemukakan itu tepat atau tidak. Sukar untuk memberikan sebab-sebab yang tersirat yang tidak dikemukakan secara tepat.4. Penggunaan Pengurusan Grafik Sebagaimana juga kemahiran-kemahiran berfikir yang lain, kemahiran ini dapat kita kuasai dengan berkesan dengan penggunaan alat-alat yang berikut: Carta Aliran Senarai Semak Pengurusan Grafik
  8. 8. NOTA/KANDUNGAN TOPIK YANG DIAJAR Rancangan Harian MengajaranKe-3:Kemahiran Berfikir : Menerangkan Sebab1. Definisi Kemahiran Menerangkan Sebab merupakan keupayaan menggunakan minda untuk mengkaji dan menjelaskan sebab-sebab sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah.2. Tujuan Kemahiran Menerangkan Sebab dapat kita gunakan untuk: i) mencari pelbagai punca kemungkinan sebab mengapa sesuatu perkara itu berlaku. ii) memberikan seberapa banyak alasan kemungkinan sebab mengapa perkara itu berlaku. iii) memberi seberapa banyak alasan dan sah untuk mengesahkan kebenaran alasan kemungkinan sebab yang diberikan. iv) Membuat kesimpulan yang tepat berdasarkan bukti-bukti seberapa yang sah dan konkrit.3. Langkah-langkah Menguasai Kemahiran Menerangkan Sebab i) kenal pasti apakah peristiwa atau perkara yang berlaku. ii) buat tinjauan kemungkinan-kemungkinan sebab perkara itu berlaku. Tulislah kemungkinan-kemungkinan tersebut pada kertas atau papan tulis. iii) kaji setiap kemungkinan dengan menggunakan pengurasan grafik. iv) fikirkan dan nyatakan kemungkinan bukti yang dapat menjelaskan sebab kepada perkara yang berlaku. v) nyatakan bukti sebenar yang mengukuhkan kesanan kemungkinan bukti. vi) nilaikan sebab-sebab sebenar berlakunya perkara itu.4. Penggunaan Pengurusan Lisan dan Pengurusan Grafik Soalan-soalan untuk mencungkil sebab dan akibat sesuatu kejadian itu dalam membuat sesuatu keputusan. Kita juga akan terjebak untuk melakukan kesilapan sekiranya pemikiran kita tidak disusun dengan baik.
  9. 9. MODUL RANCANGANHARIAN MENGAJAR KE-1
  10. 10. RANCANGAN HARIAN MENGAJAR Ke-1 BAHASA MELAYU Tingkatan SatuMata Pelajaran : Bahasa MelayuTingkatan : 1 KeledangBilangan pelajar : 30Masa : 40 minitTema : Menjaga Kebersihan SekitarTajuk Pelajaran : Rumusan Bahan Grafik.Membuat satu rumusan tentang kandungan sampah sarap di tong sampah setiap hari di Malaysia. Panjang rumusan hendaklah tidak lebih 120 perkataan.Kemahiran : 1.3 Mendengar dan memahami maklumat tertentu seperti isiBahasa penting datema. 1.17 Menyatakan maklumat dan pendapat dengan tepat. 1.19 Menghuraikan sesuatu berpandukan bahan rangsangan seperti bahan grafik. 2.8 Membaca mengikut arahan bahan grafik yang bertulis. 3.13 Menulis penyataan daripada bahan grafik.Kemahiran : Merumus dan Mentafsir MaklumatObjektif : Pada akhir pengajaran pelajar akan dapat:- a) mengemukakan isi-isi penting yang terdapat dalam Carta Pai. b) menghuraikan tentang kandungan sampah sarap di dalam tong sampah setiap hari di Malaysia. c) membuat sebuah rumusan yang lengkap tidak melebihi 120 patah perkataan.Penyerapan : 1) Ilmu : Alam Semesta, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 2) Nilai : Cinta alam sekitar, Prihatin.Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran : i) Slaid ii) Penyusunan Grafik.CATATAN : Proses P&P dijalankan di bilik yang mempunyai kemudahan sistem komputer
  11. 11. Langkah Isi Aktiviti Bahan Kemahiran/ / Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran Sumber Strategi Masa Induksi Pengenalan: 1. Guru menayangkan klip Perisian Menjana Set Fakta Video dan gambar Persembahan idea(5minit) Sampah bahan pembuangan sampah. klip video sarap (dari 2. Guru dan pelajar berbincang internet) tentang bahan-bahan sampah sarap tersebut Slaid power point: 3. Murid menyatakan jenis gambar- bahan buangan sampah gambar yang mereka ketahui. bahan pembuanga 4. Guru memperkenalkan tajuk n sampah pelajaran “Rumus Bahan Grafik”.Langkah Penjelasan Isi 1. Guru meminta pelajar Slaid Kaedah 1 kandungan meneliti carta pai dalam Rajah Carta berpasangan(7minit) Carta Pai: Rajah BM 1 dan mencatat isi Pai dan „kandungan penting dengan Teknik perbincagan sampah sarap menggunakan ayat yang di dalam tong lengkap. sampah setiap hari‟ di 2. Pelajar diminta Malaysia. mengemukakan isi penting daripada carta pai. 3. Guru dan pelajar bersama- sama membuat rumusan tentang kandungan sampah sarap di tong sampah setiap hari di Malaysia dan mengemukakan isi tersirat:Langkah Penjelasan 1. Guru menjelaskan kemahiran Merumus 2 Kemahiran berfikir yang harus digunakan dan(7minit) Berfikir dalam mentafsir carta pai ialah mentafsir kemahiran mentafsir maklumat maklumat dan guru menerangkan cara- cara melaksanakan kemahiran ini.
  12. 12. Langkah Isi Aktiviti Bahan Kemahiran/ / Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran Sumber Strategi Masa 2. Pelajar dibahagikan kepada 4 Borang kumpulan membincang dan Penyusunan Menjana mencatat isi-isi tersirat Grafik idea berkaitan kandungan sampah sarap di tong sampah setiap hari di negara kita. 3. Ketua kumpulan mengemukakan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Guru menggunakan kaedah kumpulan dan teknik sumbang saran.Langkah Soalan 1. Guru bertanyakan murid: 3 Releksi dan Memberi(3minit) Metakognitif a. Apakah jenis kemahiran Sesi Soal pendapat berfikir yang kita gunakan Jawab tadi? b. Bolehkah kita menggunakan kemahiran ini untuk mentafsir carta aliran tentang proses pembuatan kertas?Langkah Latihan 1. Guru menerangkan bahawa Aktiviti Merumus 4 Bertulis kemahiran berfikir yang Kerja rumah dan(20 digunakan semasa merumus mentafsirminit) maklumat tadi ialah maklumat kemahiran merumus dan guru menerangkan cara-cara membuat rumusan. 2. Semua pelajar diminta Buku Penulisan membuat rumusan dalam Latihan buku latihan yang panjangnya Pelajar tidak melebihi 120 patah perkataan. 3. Guru memberi panduan cara menulis rumusan.
  13. 13. Langkah Isi Aktiviti Bahan Kemahiran//Masa Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran Sumber StrategiPenutup 1. Guru meminta dua orang Hasil Penilaian murid membaca rumusan Pembentangan(5minit) masing-masing di hadapan Kerja kelas. pelajar
  14. 14. PENDAHULUANCarta Pai menunjukkan kandungan sampah sarap setiap hari di Malaysia ISI TERSURAT ISI TERSIRATS1 Kertas merupakan kandungan T1 yang paling banyak iaitu 40%S2 Ini diikuti makanan sebanyak T2 17%S3 Manakala sisa kebun sebanyak T3 13%S4 Kandungan sampah sarap yang T4paling sedikit ialah tekstil, getah dankulit, serta plastik yangmenyumbang 2% setiap satu. PENUTUP Kesimpulannya, usaha mengitar semula barangan yang terbuang merupakan usaha terpuji dan harus mendapat perhatian setiap ahli masyarakat demi mengurangkan masalah tempat pembuangan sampah PENDAHULUANCarta Pai menunjukkan kandungan sampah sarap setiap hari di Malaysia ISI TERSURAT ISI TERSIRATS1 Kertas merupakan kandungan T1 kebanyakan sampah sarap ini dapat dikitar semula, contohnya kertas yang yang paling banyak iaitu 40% dikitar semula dapat menyelamat 17 batang pokok dari ditebang untuk membuat 1 tan kertas.S2 Ini diikuti makanan sebanyak T2 Logam dan aluminium dapat dikitar dan boleh menyelamatkan kita daripada 17% kehabisan sumber galian bijih dan besi.S3 Manakala sisa kebun sebanyak T3 Kitar semula juga dapat menjamin 13% kebersihan sumber galian bijih dan besi.S4 Kandungan sampah sarap T4 Kitar semula juga dapat mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusanyang paling sedikit ialah sampah.tekstil, getah dan kulit, sertaplastik yang menyumbang 2%setiap satu. PENUTUP Kesimpulannya, usaha mengitar semula barangan yang terbuang merupakan usaha terpuji dan harus mendapat perhatian setiap ahli masyarakat demi mengurangkan masalah tempat pembuangan sampah
  15. 15. RANCANGAN HARIAN MENGAJAR Ke-2 BAHASA MELAYU Tingkatan SatuMata Pelajaran : Bahasa MelayuTingkatan : 1 KeledangBilangan pelajar : 30 orangMasa : 70 minitTema : Menjaga Kebersihan SekitarTajuk : Cara-cara pembuangan sampahKemahiran Bahasa : 1.4 Memberikan komen dan pandangan tentang sesuatu cerita atau maklumat yang diberikan. : 3.2 Menghuraikan maklumat dengan alasan yang menyakinkan. : 4.4 Menyatakn pilihan untuk menolak atau menerima sesuatu pendapat dalam perundingan untuk mencapi kata sepakat.Kemahiran Berfikir : Mencari Sebab dan Membuat Kesimpulan, Menjana idea Menganalisis, PenilaianObjektif : Pada akhir pengajaran pelajar akan dapat:- a) menyenaraikan sekurang-kurangnya tiga cara pembuangan sampah. b) menganalisis dua kebaikan dan kelemahan sistem pembuangan sampah. c) menganalisis maklumat dan hujah serta mengemukakan sebab dan kesimpulan dengan menggunakan carta aliran, senarai semak dan pengurusan grafik.Penyerapan : 1) Ilmu : Alam Semesta, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 2) Nilai : Cinta alam sekitar, Prihatin.Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran : i) Slaid ii) Petikan iii) Carta Aliran, Senarai Semak, Penyusunan grafik.CATATAN : Proses P&P dijalankan di bilik yang mempunyai kemudahan sistem komputer
  16. 16. Langkah/ Isi Aktiviti Bahan Kemahiran/ Masa Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran Sumber Strategi Induksi “Pembuanga 1. Guru menayangkan slaid Slaid Sumbang Set n sampah”. gambar tapak pelupusan yang saran(5 minit) kawasan sampah. bergambar 2. Pelajar memerhatikan slaid lori angkut Menjana yang mengandungi gambar sampah idea berkaitan aktiviti pembuangan dan tapak sampah yang ditayangkan pelupusan oleh guru. kawasan 3. Sesi bersoal jawab sampah Langkah Perkenalka 1. Main peranan, guru meminta 1 n seorang pelajar berlakon Gambar Sumbang(15 minit) kemahiran, sebagai : Jurujual syampu iklan saran proses sedang mempengaruhi syampu berfikir pelanggan untuk membeli Menjana syampu. idea 2. Guru mengemukakan Menganalisi beberapa soalan kepada pelajar-pelajar : Menghubung i) Apakah yang sedang dilakukan kait oleh jurujual? ii) Mengapakah mereka berbuat demikian? iii) Adakah dalam kehidupan kita sehari-hari kita dipengaruhi atau cuba mempengaruhi? Berikan contoh. 3. Guru membuat rumusan dan penerangan: Dalam kehidupan seharian kita sering dipengaruhi, terpengaruhi dan mempengaruhi orang lain. 4. Guru mengemukakan beberapa soalan kepada pelajar-pelajar: a. Bagaimanakah cara jurujual iklan dan sebagainya mempengaruhi kita? b. Apakah kesan jika kita mudah percaya dengan sebab, hujah, maklumat atau kesimpulan yang diberikan?
  17. 17. Langkah/ Isi Aktiviti Bahan Kemahiran/ Masa Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran Sumber Strategi 5. Guru dapatkan jawapan 4b Perisian sebanyak mungkin dan Power catatkan dalam slaid power Point point jawapan yang ada kaitan: mengemukakan sebab, memberi hujah yang baik, kesimpulan yang tepat, maklumat terbaik dan syor yang menarik. 6. Guru memberi penerangan Menghubung kepada pelajar bahawa kait sesetengah individu atau iklan menggunakan “kata kunci” semasa menerangkan sebab, kesimpulan, syor atau hujah.Misalnya: kerana, sebab, oleh yang demikian, oleh sebab itu, maka, jika, kalau Langkah Menggunak 1. Guru meminta pelajar membaca Slaid yang Perbincang 2 an petikan yang diedarkan dan Mengandungi, an(25minit) rangsangan pelajar dibahagikan kepada 6 Petikan, sebagai kumpulan dan berbincang panduan sesama diri untuk menjawab latihan dan soalan-soalan dengan bantuan aktiviti carta aliran, senarai semak dan penyusuan grafik. 2. Pelajar menggunakan carta Senarai Menjana aliran (rujuk lampiran I) untuk Semak. idea berbincang tentang cara memproses sebab dan kesimpulan yang terdapat dalam petikan. 3. Guru meminta pelajar-pelajar Carta Mencari menggunakan borang aliran, sebab dan pengurusan grafik (rujuk membuat lampiran II) untuk mengisi kesimpulan sebab dan kesimpulan.
  18. 18. Langkah/ Isi Aktiviti Bahan Kemahiran/ Masa Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran Sumber Strategi 4. Guru mengedarkan borang Borang Menganlisi senarai semak (rujuk Penyusunan lampiranIII) dan suruh Grafik pelajar berbincang mengenai apakah sebab-sebab lain yang tidak dikemukakan sebelum ini yang boleh mempengaruhi kesimpulan yang akan dibuat. 5. Pelajar menggunakan borang Lembaran Penilaian carta aliran, untuk mengisi Kerja alat- borang tersebut seperti yang alat seperti: dilakukan dalam perkara Senarai semak, 3(rujuk lampiran IV-V).Guru Carta aliran, meminta pelajar berbincang dan borang dalam kumpulan mengenai Pengurusan soalan yang dikemukakan: Grafik. “Adakah hujah bahawa guna semula sampah sarap lebih baik daripada ditanam, dibakar dan dibuang lebih menyakinkan kamu?” 6. Ketua kumpulan Pembentan membentangkan laporan gan hasil kumpulan masing-masing kerja dan dan digalakkan berbincang Membuat secara terbuka untuk rumusan mendapat pandangan lain daripada pelajar. Langkah Soalan- 1. Guru merangsang pelajar Slaid Sesi saol 3 soalan untuk membuat renungan yang jawab(20 minit) untuk kendiri tentang cara-cara mengandungi Refleksi berfikir ketika membuat soalan- Penilaian dan latihan yang diberikan. soalan Metakogniti Soalan-soalan yang refleksi Membuat f dikemukan sebagai dan Rumusan ransangan adalah seperti metakognitif. (rujuk lampiran teknik penyoalan).
  19. 19. Langkah/ Isi Aktiviti Bahan Kemahiran/ Aktiviti Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran Sumber Strategi kerja rumah Masa Pengukuha 2. Guru memimta pelajar n dan berbincang dalam kumpulan Membuat latihan untuk membuat keputusan keputusan tambahan terbaik bagi pihak sekolah membuang bahan buangan atau sampah sarap setiap hari. 3. Wakil Kumpulan Membuat membengtangkan hasil inference perbincangan masing-masing dan dan keputusan yang telah rumusan dibuat. 4. Guru berbincang bersama murid tentang rumusan atau keputusan yang diambil.Penutup 1. Guru meminta pelajar Aktiviti Penerangan(5 minit) menulis laporan langkah- kerja guru langkah dan menggunakan rumah alat-alat yang telah dipelajari Penulisan bagi perkara 1 dan 2. pelajar 2. Guru kumpulkan hasil kerja Buku Meramal pelajar dan membuat Latihan penilaian yang sewajarnya. pelajar
  20. 20. PETIKAN RHP Ke-2: SAMPAH OH SAMPAH Puan Siti sering merungut kerana saban petang pasti banyak sampah sarapmemenuhi tong sampah dirumahnya dan perlu dibuang ke dalam tong sampah ditepi jalan, Azman anak sulungnya membuang sekurang-kurang tiga tin minumansoda setiap hari. Hayati pula dengan kotak “cornflakes” yang menjadikegemarannya setiap hari. Anak bongsunya, Adli dengan sisa makanan, manakalasuaminya, Encik Ali dengan suratkhabar lama tidak berguna lagi. Dia sendiri tentudengan botol-botol kicap, botol sos dan sebagainya. Semua sampah sarap ini perludibuang setiap petang atau malam agar tidak menjadi tarikan tikus atau kucing. Sampah sarap yang dibuang oleh pengguna seperti Puan Siti itu akandiangkut oleh pekerja-pekerja Majlis Perbandaran setiap pagi. Adakah andaterfikir ke manakah sampah sarap dan bahan buangan itu dibawa? Sesetengah Majlis Perbandaran menyediakan tempat khas untukpembakaran sampah sarap itu. Pembakaran sampah sarap ini tentu akanmengeluarkan asap yang hitam dan kotor. Asap ini bercampur dengan udara yangmenyebabkan pencemaran udara. Oleh itu, proses pernafasan makhluk di alam iniakan terganggu dengan pencemaran udara itu. Terdapat juga sampah sarap ini dilonggokkan di satu tempat sama adadibakar atau dibiarkan begitu sahaja sehingga reput. Keadaan sampah sarap yangdibiarkan begitu, akan mengeluarkan bau yang busuk dan tidak menyenangkan,terutama apabila angin bertiup. Ia juga akan menyebabkan tikus-tikus, anjing danbinatang lain mengerumuni tempat longgokan itu. Oleh kerana itu membiarkansampah sarap sedemikian rupa akan mewujudkan suasana kehidupan yang tidakselesa. Sementara itu, terdapat juga pihak-pihak tertentu yang menanam sampahsarap serta bahan buangan tersebut agar tidak berlaku pencemaran udara ataubau busuk. Sampah sarap yang telah ditanam itu akan ditimbus dengan tanahyang lain. Oleh itu kawasan tersebut akan menjadi rata dan boleh dibinabangunan, sekolah, padang dan sebagainya. Namun demikian bilangan pendudukyang semakin bertambah setiap masa adalah terlalu sukar untuk mencari tempatyang sesuai untuk penanaman sampah sarap ini.
  21. 21. Pengurusan Grafik Carta Aliran SENARAI SEMAK PENILAIAN MAKLUMAT 1. Adakah maklumat tambahan yang diperlukan untuk menentukan sama ada sebab itu tepat? 2. Jika ‘Ya’ apakah maklumat yang diperlukan? a. b. c. d. 3. Sekiranya sebab-sebab itu tepat, adakah maklumat lain yang diperlukan untuk menjadikan maklumat itu menyakinkan? ( ) YA ( ) Tidak 4. Jika ‘Ya’ apakah maklumat yang diperlukan? a. b. c. d. MAKLUMAT / HUJUH LEBIH MEYAKINKAN JIKA TIADA MAKLUMAT TAMABAHAN DIPERLUKAN
  22. 22. Pengurusan Grafik Carta Aliran Lori mengangkut sampah dari kawasan perumahan Dihantar ke tempat membakar Dihantar ke tempat pembuangan Dihantar ke tempat menanam sampah sampah sampah Dibakar Dilambak Dimasukkan ke dalam lubang yang telah digali Asap hitam Reput dan berbau busuk Ditimbus dan reput Bercampur udara Binatang berkerumun Tidak berbau, tanah bercampur sampah sarap Tidak baik untuk pernafasan Manusia tidak mahu tinggal Boleh digunakan untuk berhampiran tempat membuang padang, kawasan permainan dan sampah permulaan PILIHAN TERBAIK : C Menanam sampah lebih baik daripada membakar atau membuang di tempat pembuangan sampah. CARTA MENCARI SEBAB DAN MEMBUAT KESIMPULAN KESIMPULAN SEBAB 1 SEBAB 2 SEBAB 3
  23. 23. RANCANGAN HARIAN MENGAJAR Ke-3 BAHASA MELAYU TINGKATAN SATUMata Pelajaran : Bahasa MelayuTingkatan : 1 KeledangBilangan Pelajar : 30 orangMasa : 70 minitTema : Mesra Alam Hiduup BahagiaTajuk Pelajaran : Program Kitar Semula (Rencana)Kemahiran Bahasa: 1.3 : Mendengar dan memahami maklumat tertentu seperti isi-isi penting dan tema. 2.11 : Membaca dan memahami pelbagai bahan prosa untuk mengenal pasti dan menyusun idea dan isi-isi penting. 2.8 : Membincang dan menentukan maklumat yang tersurat dan tersirat dan juga isu-isu semasa. 3.13 : Menulis pernyataan daripada bahan grafik .Kemahiran Berfikir : Menjana idea, membanding dan membeza, merumus, soal jawab, penyelesaian masalah.Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat: a) Menyenaraikan empat kebaikan program kitar semula. b) Menyatakan semula secara lisan tiga kaedah pelaksanaan program kitar semula. c) Mencatat lima isi penting daripada petikan; dan membuat sebuah ringkasan yang tidak melebihi 80 patah perkataan.Penyerapan: Ilmu : Sains dan Alam semulajadi Aspek Bahasa : Laras Bahasa Nilai : Cintai alam sekitar, ikhlasBahan Sumber Pengajaran : 1. Petikan Esei ( Sasbadi,2010)& Pembelajaran 2. Internet 3. Slaid/Video 4. Lembaran KerjaCATATAN : Proses P&P dijalankan di bilik yang mempunyai kemudahan sistem computer
  24. 24. Langkah/ Isi Aktiviti Bahan Kemahiran/ Masa Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran Sumber Strategi Induksi Konsep 1. Guru menayangkan klip Perisian Soal jawab Set maksud kitar Video: Persembahan(4 minit) semula http://www.youtube.com/wa klip video Menghubung tch (dari kait 2. Guru mengemukakan internet) soalan-soalan berkaitan dengan isu itu. Slaid power 3. Murid menyatakan jenis point: bahan buangan sampah gambar- yang mereka ketahui. gambar 4. Guru memperkenalkan tajuk pembuanga pelajaran “Program Kitar n sampah Semula”.Langkah Penyediaan 1. Guru meminta murid Komputer Perbincangn 1 Pelajar melayari laman web: yang(6 minit) kepada, http://www.infosihat.gov.my/ berinternet Menjana “Amalan Kitar media/elearning/Health Games/ idea Semula” Kitar semula.php. 2. Pelajar diberi peluang 5 minit Konsep, “bermain” dalam “Amalan maksud kitar Kitar Semula”. Cara bermain semula sila rujuk laman web. 3. Objektif permainan menguji tahap amalan dan pengetahuan pelajar mengenai kitar semula. Langkah Mendengar & 1. Guru mengedarkan bahan Slaid Skiming‟, 2 membaca: petikan dan meminta pelajar Petikan „Scaning‟(20 minit) menumpukan perhatian kepada mendalam/ teks dengan memberikan peta minda panduan membaca. 2. Pelajar membaca petikan untuk mengedar isi dan mencatat .Pelajar memporses dan merumus isi daripada bahan yang dibaca 3. Pelajar berbincang tentang isi daripada bahan berdasarkan panduan bacaan mengikut kumpulan.
  25. 25. Langkah/ Isi Aktiviti Bahan Kemahiran/ Masa Kandungan Pengajaran dan Pembelajaran Sumber Strategi 4. Guru mengendalikan perbincangan tentang isi petikan. 5. Guru menggalakkan pelajar memberi jawapan selain yang boleh didapati daripada petikan.Langkah Hasil 1.Murid membentangkan hasil Peta minda- Perbincang 4 perbincangan perbincangan mengikut kertas an kelas,(8 minit) kumpulan kumpulan. mahjung soal 2.Guru dan murid menilai hasil jawab. kerja kumpulan serta membuat rumusan. Langkah Aktiviti 1.Guru mengedarkan kad arahan Lembaran Perbincang 5 susulan yang mengandungi tugasan kerja-kertas an(25 minit) “Program mengikut kumpulan. manila kumpulan, Kitar penyelesaia Semula”. 2.Kumpulan 1 & 2 melengkapkan n masalah. peta minda kepentingan program kitar semula dan membuat rumusan dengan menggunakan satu perenggan. 3.Kumpulan 3 & 4 berbincang tentang masalah pelaksanaan program kitar semula serta tindakan menjayakan program ini. 4. Pelajar menyelesaikan masalah yang diberi mengikut kumpulan. Penutup 1. Wakil kumpulan Mencatat/ Rumusan(7 minit) membentangkan cadangan Bacaan luas penyelesaian masalah. 2. Guru membimbing pelajar membuat ulasan tentang laporan 3. Guru meminta pelajar membuat rumusan tentang pelajaran, dengan tidak melebihi 80 patah perkataan.
  26. 26. Petikan RHP Ke-3:Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikanprogram kitar semula. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patahperkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asalpetikanDewasa ini, program kitar semula telah mula diberi perhatian oleh kerajaan keranakawasan pelupusan sampah sudah semakin terhad. Antara tujuan program kitar semulaadalah kerana kawasan pelupusan sampah yang semakin kecil sedangkan sisa bahanbuangan semakin hari semakin banyak. Keadaan seperti ini jika tidak diuruskan denganbaik akan menyebabkan pencemaran serta boleh menyebarkan wabak penyakit.Program kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah kerana bahanbuangan seperti surat khabar, botol minuman dan besi boleh dikitar semula dandiproses menjadi bahan mentah untuk kegunaan pelbagai industri. Dalam halini mengitar semula penting untuk menjimatkan kos pengurusan sampah olehpihak majlis perbandaran dan pihak swasta. Kos pengurusan sampah bukanlahmurah kerana proses ini melibatkan banyak pihak dan kenderaan yang besar. Oleh sebabitu sampah perlu diuruskan dengan baik agar dapat menjimatkan perbelanjaanmembersihkan keadaan persekitaran.Program kitar semula juga membekalkan bahan mentah untuk industri tertentu,misalannya kertas surat khabar lama penting untuk kilang kertas. Manakala besi burukboleh dijadikan bahan logam yang penting untuk industri besi dan logam. Botol minumandan bekas makanan plastik boleh dijadikan sumber industri yang berasaskan baranganplastik. Oleh sebab itu ada pihak tertentu melihat program ini sebagai sumberpendapatan kerana semua bahan berkenaan boleh dijual, justeru, bahanberkenaan tidak harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yangboleh kita peroleh jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.Kitar semula juga penting agar alam sekitar bersih dan bebas daripadapencemaran. Kebersihan alam akan menambah keceriaan di sesuatu kawasan. Orangramai boleh menikmati keindahan alam dengan sepenuhnya jika alam sekitar bersihkehidupan menjadi lebih seronok dan selesa.Sesuatu yang lebih penting melalui program kitar semula ialah dapat mendidikmasyarakat supaya mementingkan kebersihan alam sekitar. Melalui programtersebut kita mengharapkan agar semua penduduk Malaysia dapat memainkan perananmasing-masing untuk menjaga alam sekitar setiap masa. Orang ramai harus mengetahuitempat pembuangan sampah yang betul. Mereka hendaklah membuang sampah ditempat yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa tempatan. Alam sekitar yang bersihakan menjamin keselesaan hidup di mana-mana juga kita berada di negara ini.
  27. 27. A.Tuliskan bahan buangan sampah sarap yang dapat dikitar semula. Bahan Buangan Yang dapat dikitar semulaB. Berpandukan petikan yang diberi, senaraikan bahan buangan yang dapat dikitarsemula dan dijadikan bahan baru: Bahan Buangan yang Senaraikan bahan-bahan yang baru dapat dikitar semula1234
  28. 28. C. Berdasarkan petikan, bincang dan catatkan kelebihan-kelebihan program kitar semula. Kelebihan-kelebihan Program Kitar SemulaD. Berdasarkan petikan, bincang dan tuliskan cadangan-cadangan untuk menangani masalah-masalah kitar semula. Cadangan- cadangan untuk menangani masalah-masalah kitar semula
  29. 29. C. Berdasarkan petikan, bincang dan catatkan kelebihan-kelebihan program kitar semula. Kelebihan-kelebihan Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih Program Kitar Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran Semula Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga________________________________________________________________________D. Berdasarkan petikan, bincang dan tuliskan cadangan-cadangan untuk menangani masalah-masalah kitar semula. Cadangan- cadangan untuk menangani masalah-masalah kitar semula
  30. 30. E. Apakah tindakan yang anda boleh ambil bagi membantu sekolah menjayakan Program Kita Semula.Cotoh Jawapan dan nota rujukan: Masalah /halangan Amalan Kitar Semula1. Sikap :Terdapat segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini.Kebanyakan plastik, kertas dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempatsampah dan kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan menyebabkanberlakunya pencemaran udara.2. Kurang Pengetahuan: Hasil daripada kajian saya, kebanyakan penduduk kampungyang membuang bahan kitar semula ini adalah disebabkan oleh kurangnya pengetahuantentang pentingnya amalan kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebutdaripada mengitarnya semula. bagi mereka amalan kitar semula ini hanya membuangmasa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.3. Harga Terlalu Rendah: Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitarsemula dengan harga yang rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang 20 senuntuk I kilogram. Harga yang rendah menyebabkan penduduk lebih senang membakarbahan tersebut daripada menjualnya kerana harga yang rendah dan tidakmenguntungkan.4. Kurang Pusat Pengumpulan: Di kawasan Parit Sulong hanya terdapat sebuah pusatpengumpulan bahan kitar semula. Keadaan ini menyukarkan penduduk untuk menjualbarangan kitar semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat penduduk yangtinggal di kawasan hujung kampung. Tambahan pula, pusat ini hanya menerima bahankitar semula yang dihantar oleh penduduk sahaja. Mereka tidak menyediakanperkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada penduduk kampung.5. Kurang Kerjasama: Terdapat juga penduduk yang tidak memberikan kerjasamaapabila kempen kitar semula ini dijalankan oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidakmahu mengambil kisah amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untukmenjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau terlaksana.Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk menjadikanamalan kitar semula ini sebagai sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapatmenyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan sumber.
  31. 31. Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula1. Kempen :Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia, HariBumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar Malaysia pada setiap tahun.Objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagimelahirkan masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan perananuntuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan program yang dilaksanakan inidapat member keinsafan kepada rakyat supaya menjaga alam sekitar daripadamengalami kemusnahan.2. Pendidikan :Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untukmelaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa amalan kitar semulaini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar kita daripada musnah. Guru juga bolehmengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitarsemula dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingantersebut.3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan : Pihak berkuasa tempatan perlumenyediakan lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula bagi menarik pendudukuntuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini penting supaya penduduk lebih pekadengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka hati. Ini dapatmengelakkan daripada pembaziran.Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan diletakkan di lokasiyang strategik bagi memudahkan pelajar membuang bahan yang boleh dikitar semula kedalam tong yang betul.4. Gotong Royong: Penduduk kampung boleh juga bersama-sama bergotong royonguntuk membersihkan kawasan kampung. Pastikan penduduk kampung mengumpulkanbahan kitar semula ini dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja. Ketuakampung memainkan peranan yang penting supaya penduduk bekerjasama mengamalkanamalan kitar semula ini.Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan amalan kitarsemula ini dapat dijalankan dengan sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyaisikap bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada terus mengalamikemusnahan.
  32. 32. Rujukan:Abdullah Hassan, Ainon Mohd.(2003). Mendorong Kreativiti Kanak-kanak.Bentong:PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.Buku Teks Bahasa Malaysia Tingkatan Satu . (2007).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Buku Panduan Guru Bahasa Melayu Tahun 6 SJK(C). (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Mohd Nashuha Jamidin.(1999). Kemahiran Berfikir dan Belajar. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.Omardin Ashaari. (1999).Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.Rajendran, Nagappan. (2008).Teaching and acquiring higher thinking skills: Theory and practice.Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.Wilson,J. and Murdoch, K. (2006). Helping your pupils to think for themselves. United Kingdom: Routledge.

×