"Ibu" - Bukan Sembarang Insan

3,757 views
3,503 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
8 Likes
Statistics
Notes
• Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,757
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
947
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
8
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

"Ibu" - Bukan Sembarang Insan

1. 1. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Ibu… Bukan Sembarangan Insan (Sempena Hari Ibu : 11 Mei 2008)
2. 2. Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Pada hari Ahad Minggu Kedua Bulan Mei setiap tahun , Hari Ibu disambut oleh masyarakat seluruh dunia. Tidak terkecuali di negara bertuah ini. Persoalannya, di manakah anda menyambut Hari Ibu? Apakah hadiah teristimewa buat ibu yang melahirkan dan membesarkan anda? Apakah hadiah paling romantis telah anda sediakan buat isteri yang melahirkan anak-anak anda? Pengenalan
3. 3. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera IBU Ibu MAMA UMMI BONDA ??? “ Syurga di bawah tapak kaki ibu” “ Tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia” “ An angel could not ask for a higher mission; for in doing this work she is doing service for God" "A mother is God's deputy on earth.“ “ The distinctive duties of woman are more sacred, more holy, than those of man" Pepatah Spanish "An ounce of mother is worth a pound of clergy" Patah Pujangga
4. 4. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Orang kata aku lahir dari perut ibu.. Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu Bila lapar, yang suapkan aku..ibu Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma! Bila bangun tidur, aku cari.. ibu Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu Bila nak bermanja.. aku dekati ibu Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu Bila nakal, yang memarahi aku …ibu Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu   Kisahnya Masa Kecil..
5. 5. Bila Remaja. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Aku selalu teringatkan ..Ibu Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu!” Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu Yang selalu berleter kat aku.. Ibu Yang selalu puji aku.. Ibu Yang selalu nasihat aku.. Ibu Bila nak kahwin.. Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
6. 6. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Aku ada pasangan hidup sendiri Bila seronok… aku cari pasanganku Bila sedih… aku cari Ibu Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku Bila berduka, aku peluk erat Ibuku Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu Selalu ….. aku ingat pasanganku Selalu… Ibu ingat kat aku Bila..bila… aku akan talipon pasanganku Entah bila.. …aku nak talipon Ibu Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku   KINI..
7. 7. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Hingga saat ini… Ibu tak pernah merungut padaku Ibu tak pernah mintak padaku Ibu…. Kaulah Ratu Hatiku…..
8. 8. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah. Renungkan
9. 9. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu (dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu." Ingatan
10. 10. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera BIL HUTANG ANAK DAN IBU Kirakan RM3.00 Tolong sapu sampah RM17.00 JUMLAH RM3.00 Tolong siram bunga: RM2.00 Tolong kemas bilik RM1.00 Tolong buang sampah RM4.00 Tolong jaga adik RM4.00 Tolong pergi kedai Kos upah membantu Ibu Percuma Upah menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu PERCUMA JUMLAH Percuma Upah kerunsingan kerana bimbangkanmu Percuma Upah air mata yang menitis keranamu Percuma Upah berjaga malam kerana menjagamu Percuma Upah melahirkanmu Percuma Upah mengandungkan 9 bulan Kos upah menjaga anak
11. 11. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera SEORANG BUDAK DENGAN SEPOHON EPAL Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok, memetik dan memakan epal sepuas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki itu begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut. Teladan
12. 12. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain denganmu" jawab budak remaja itu.
13. 13. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
14. 14. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan buat keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu.
15. 15. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
16. 16. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu.
17. 17. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera “ Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batangku ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
18. 18. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
19. 19. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
20. 20. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera

Sebenarnya, pokok epal itu adalah seperti ibu-bapa kita.

Ketika masih kanak-kanak, kita suka bermain dengan mereka.

Ketika meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup.

Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan.

Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Pengajaran
21. 21. JMIS

Ziarahlah ibu bila ada kesempatan. Sebelum kamu terpaksa menziarah pusaranya...

Kirimkan ibu walaupun lima puluh ringgit. Namun wang bukan impiannya, hanya ingatan jadi taruhan.

Andai ibumu telah pergi.. kamu juga SANGAT beruntung kerana anak yang soleh selalu berpeluang mengirimkan doa untuk ibunya!

Hubungilah ibu hari ini, jangan tangguhkan ke hari esok, kerana esok belum tentu

Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Sambutan Bagaimana Hari Ibu boleh dirayakan? Mungkin ramai daripada kita yang telah melakukannya, namun berikut beberapa cara untuk merayakannya ?
22. 22. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Walau siapa pun ibu anda, walau bagaimanapun dia, apapun pandangan anda terhadap ibu anda, dialah satu-satunya, tiada dua atau tiga. Walaupun kita diberi peluang memberikan segala-galanya untuk ibu, kita pasti masih tidak dapat membalas jasanya. Untuk itu, sambutlah Hari Ibu bersama ibu anda. sekerap mungkin.. selagi ada hayatnya…..
23. 23. JMIS Bahagian Perkhidmatan Psikologi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Jaringan Minda Insan Sejahtera Pimpinlah tangan IBU semasa IBU masih boleh berjalan bersama-sama, Renunglah mata IBU semasa IBU masih lagi boleh melihat, Berbuallah dengan IBU semasa IBU masih lagi boleh mendengar, Berilah ucap sayang kepada IBU semasa IBU masih lagi boleh memahaminya.. Buat Semua Ibu…” SELAMAT HARI IBU ” SELAMAT MEMBACA DAN JUMPA LAGI!!!!