tasawwuf dan ummah

2,580 views
2,491 views

Published on

Published in: Education, Spiritual
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
2,580
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
65
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

tasawwuf dan ummah

  1. 1. PENDAHULUAN perkataan tasawwuf sebenarnya muncul seiringan kemunculan islam. Kesahihan ini terbukti apabila munculnya para tokoh ahli tasawwuf yang terkenal sehingga dewasa kini, antaranya ialah Hasan al-Basri, Hatim al asamm, Abdul al-Wahid Zayd dan ramai lagi. Ilmu Tasawwuf memberi keberkesanan kepada Tazkiyah al-Nafs. Namun ada juga golongan yang mengatakan Tasawwuf adalah satu amalan yang Bid’ah. Hujah golongan yang menentang Tasawwuf mengatakan bahawa amalan ini merupakan amalan yang baru dan tidak pernah wujud di zaman Rasulullah. Hujah mereka dikuatkan lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan di dalam kitab amal al- qulub bayna al-sufiyyah wa ulama ahl-sunnah yang mengkritik bahawa nama Tasawwuf tidak pernah wujud di dalam al-Quran mahupun as-Sunnah. Namun kenyataan ini dibidas kembali oleh kitab al-Tasawwuf al-shar’i allahdi yajhaluhu kathir min Mudda’ihi’ wa Munqidih menyatakan bahawa selepas kewafatan Rasulullah penjanaan iman mulai merosot sehinggakan ada diantaranya yang murtad. Kemudian, golongan umat Islam yang berbaki pada waktu itu berasa gusar akan keadaan yang berlaku sehingga akhinya wujudlah sekumpulan ahli-ahli tasawwuf cuba untuk merangka metod yang sesuai digunakan bagi menyalakan semula keimanan ( makanan rohani ). Metod ilmu + amal = ihsan menjadi formula yang tepat untuk menjana iman secara efektif. Salah sebuah kitab yang mana turut mempertikaikan penambahan yang dilakukan oleh ahli-ahli sufi yang mana kebanyakannya adalah bercampur aduk antara Islam dan unsur-unsur luar. Tetapi menurut penulis, ianya tidak menjadi masalah selagi ia masih berpaksikan al-Quran dan al-Sunnah. Situasi ini bukan hanya diutarakan di negara-negara timur tengah tetapi ianya juga berlaku di Malaysia, seperti contoh Dr. Fatah Haron, mengecam golongan ahli sufi yang dikatakan mencampur adukkan Tasawwuf dengan kebatinan. Jika melihat jalan tengah, golongan pengkritik haruslah membezakan antara golongan ahli sufi dengan mereka yang sekadar mendakwa diri sebagai ahli sufi tetapi sebenarnya hanya membawa bid’ah. Kita dapat melihat sendiri sebenarnya isu yang paling diperdebatkan dalam Tasawwuf ialah Tasawwuf Falsafi bukanlah dari sudut Tasawwuf Akhlaki. Kerana, jika di lihat di dalam al-Quran terkandung begitu banyak perkara yang membincangkan tentang sikap zuhud, wara’ dan banyak lagi yang mana kesemua ini ada dalam Tasawwuf Akhlaqi. 1
  2. 2. TASAWWUF: sejarah dan perkembangan nya sehingga ke hari ini Che Zarrina Sa’ari Abstrak Pengkajian tentang sejarah perkembangan Tasawwuf mengikut kronologi bermula seawal Islam sehinggalah ianya berkembang ke Malaysia. Walaupun tidak dapat diberikan secara tepat akan tarikh bermulanya Tasawwuf namun, apa yang diterima umum sebenarnya Tasawwuf telah muncul sejak zaman Rasulullah lagi. Harapan penulis agar para pembaca dapat menerima segala usul yang diutarakan dalam ulasan sejarah perkembangan Tasawwuf sehingga ke hari ini. Sejarah perkembangan Tasawwuf Bermula seawal zaman Rasulullah dan para sahabat. Walaupun kebanyakan sumber mengatakan bahawa Tasawwuf dan Tarekat tidak pernah wujud pada zaman Rasulullah, namun merujuk fakta sejarah sebenarnya cara hidup kerohanian tersebut telah mula dipraktikkan oleh baginda sendiri kemudian diikuti oleh golongan para sahabat. Banyak sikap dan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah adalah menjadi amalan utama bagi golongan ahli sufi seperti zuhud, khalwah, tafakkur dan banyak lagi menjadi tapak kepada para sufi dalam membentuk doktrin Tasawwuf mereka. Kemudian disusuli oleh golongan para sahabat, mereka masih mencontohi apa yang diamalkan oleh Rasulullah. Salahh satu daripadanya ialah sifat Tawakkal, apabila Saidina Abu Bakar yang mana sanggup untuk menyerahkan seluruh hartanya untuk islam. Kemudian dia bertawakkal Kepada Allah kerana berasa sangat yakin bahawa Allah ada untuk membantunya. Gelombang kedua, bermula pada kurun ke dua hijrah. Cara hidup rohaniah ini semakin berkembang. Pada Zaman Khulafa’ al Rasyidin sangat dikenali sebagai zaman pengekalan amalan-amalan Rasulullah. Pada waktu ini keintelektualan dipandu dengan keimanan sehingga melahirkan tamadun yang begitu mantap menurut pandangan seantero dunia. Walau bagaimanapun pada peringkat ini, kaedah am untuk beribadah yang dilakukan oleh ahli ibadah masih belum diperluaskan. Kebanyakkan masih mengamalkan cara ibadat tersendiri namun memiliki matlamat yang sama iaitu ingin menyucikan jiwa dari kekotoran dunia. 2
  3. 3. Pada peringkat pertama ilmu Tasawwuf dikenali sebagai zaman Zuhud pada kurun pertama dan kurun ke dua hijrah. Ini kerana sewaktu pada zaman Rasulullah perkataan Tasawwuf masih belum lagi kedengaran, pada zaman Rasulullah golongan-golongan seperti ini disebut sebagai ahli ibadah atau zuhud. pada peringkat ini, ramai tokoh-tokoh berkaitan kesufian yang mucul. Walaupun pada ketika itu ianya tidak dikenali sebagai Tasawwuf tetapi cara dan metod yang mereka gunakan seolah-oleh itu adalah perbuatan yang dilakukan ahli sufi. Tokoh yang banyak meninggalkan kesan kepada Tasawwuf ialah Hassan al-Basri yang juga dikenali kerana kewarakan yang dimiliki serta zuhud. Serta beberapa lagi para zuhhad yang masih kedengaran nama-nama mereka sehingga ke hari ini. Perkataan zuhud, dan perasaan hubb kepada Allah adalah sangat ditekankan dalam tarbiyah tasawwuf. Rasa takut atau disebut sebagai al-Khawf juga merupakan salah satu landasan dalam pentarbiyahan jiwa manusia. perasaan takut yang dimaksudkan di sini ialah takut melakukan kemudaratan serta takut akan kemurkaan Allah s.w.t. secara umumnya para sahabat pada ketika itu kuat berpegang kepada hukum syara’ dalam masa yang sama mereka juga mengisi jiwa dengan makanan-makanan rohani. Pada perkembangan awal, kelihatan corak kehidupan seperti bersifat bersendirian. namun, perkembangan berlaku sehingga tertubuhnya beberapa kumpulan yang sepakat untuk melakukan ibadah secara berjemaah. Kemudian, selari dengan peredaran zaman, munculnya pelbagai aliran yang lebih tersusun dalam melahirkan umat yang cinta akan Allah seperti kufah dan basrah. Pada abad yang ke tiga dan ke empat, selepas kejatuhan empayar bani umayyah, pemerintahan bani Abassiyah mengambil alih tampuk pimpinan. Perkembangan Tasawwuf semakin pesan membangun. Dalam masa perkembangan Tasawwuf ini diperkenalkan 3 lagi fenomena yang menjadi tapak pengukuh kepada ilmu Tasawwuf antaranya ialah akhlak Tasawwuf, penyatuan atau Wadah dan kaum Qawn. Pada peringkat seterusnya, bermula abad ke enam sehingga abad ke tujuh, suatu perkara yang jelas dalam peringkat perkembangan Tasawwuf ialah istilah tarekat mula diperkenalkan dan digunakan oleh kumpulan ahli-ahli sufi. Seterusnya, kemudian berkembangnya penulisan kitab-kitab yang berkaitan dengan tasawwuf sehinggakan ilmu-ilmu ini tersebar hampir ke seluruh dunia sehingga ianya sampai ke alam melayu. Banyak pendapat bagaimana cara kedatangan Islam di Malaysia, dan 3
  4. 4. pendapat yang diterima sehingga ke hari ini, mula datngnya Islam ke alam melayu ialah pada 7H/13M, masyarakat samada pemerintah atau dari golongan rakyat setempat mula memeluk agama Islam. Pemelukan ini bermula dikalangan para pemerintah. Kemudian pada kurun ke 16M, penduduk di Melaka, Borneo dan Filipina turut serta memeluk Islam. Berkaitan dengan perkembangan Tasawwuf di tanah melayu, lebih kurang pada kurun ke 9H/15M, pengaruh Tasawwuf mula tersebar di Melaka apabila kitab al-Durr al-Manzum karangan maulana Abu Ishaq al-Shirazi diajarkan kepada orang ramai. kemudian berkembanglah pula ilmu tarekah hampir dikebanyakan gugusan kepulauan melayu. Dianggarkan tarikh kemasukan tarekah ke alam melayu ialah pada 10H/16M. Dapatlah disimpulkan disini bahawa kerohanian islam bermula sejak zaman Rasulullah lagi, pada ketika itu ianya dikenali sebagai Zuhhad.kemudian selepas itu, amalan pada akhir abad ke 2H/8M lahirnya istilah-istilah sufi hasil daripada perpindahan cara hidup ahli ibadah. Selari dengan itu, gelaran mula diberikan Zuhhad khas untuk para ahli ibadah pada kurun ke 2H/8M. TASAWUF: Pengajian dan kesarjanaan tasawwuf sepanjang zaman Muhammad Zainiy uthman Tasawwuf, merupakan suatu cabang ilmu Islam yang sangat tinggi dan besar manfaatnya. Ulama dan amalan yang berkaitan dengannya seringkali diserang dengan pelbagai tomahan secara melulu. Ianya diserang bukan saja dari golongan kafir namun seringkali di pandang serong oleh golongan umat islam sendiri. Ini kerana kefahaman mereka berkenaan Tasawwuf adalah tidak secara mendalam. Di kalangan umat islam, Tasawwuf, para Auliya’ dan ulama serta cabang-cabang ilmu yang berkaitan dengannya kerap kali menjadi mangsa ketegangan ilmu dan kejahilan. Kadangkala ilmu dan kejahilan ini juga menyebabkan ramai yang tergelincir ke jurang Ilhad,zindiq dan kufur dalam aqidah dan amalan. Sesungguhnya untuk mempelajari ilmu-ilmu ini kenalah dengan adanya persediaan ilmu yang mantap, supaya tidak tersalah dalam meneliti dan memahami segala apa yang diperkatakan. Persediaan ini merangkumi persediaan ilmiah akliah dan ilmiah 4
  5. 5. amaliah. Persedian ilmiah akliah disini membawa maksud ialah kita berkemampuan untuk memahami perbincangan yang kebanyakkannya rumit dan sulit bermula dengan ilmu-ilmu asas sehingga ilmu-ilmu tambahan. Apa yang penting disini ialah kesarjanaan dan kewibawaan seseorang itu sebelum dia diiktiraf sebagai telah menguasai sesuatu aliran pemikiran dan amalan Tasawwuf. Kesarjanaan tasawwuf yang dimaksudkan disini ialah seseorang yang mengamalkan amalan rohani dengan menguasai dan mendalami makna-makna ilmiah tentang Islam secara terperinci. Tarekat, menjadi ahli tarekat bukan bermaksud seseorang itu telah sampai ke peringkat tinggi bukan juga menjadi lesen bahawa segala ibadah yang dilakukan diterima oleh Allah s.w.t akan tetapi ianya adalah salah satu penjana agar iman kita bertambah kepada Allah s.w.t. Para auliya’ pernah menyebut bahawa setiap maqam dan hal akan menjadi hijab yang akan mendinding seseorang dari terus meningkat melalui suluk pada tarekat sebenar. Keilmuan atau kesrjanaan seseorang yang wajar diiktiraf ialah apabila seseorang itu sangat memperincikan ilmu, perencanaan dan pengolahan yang dilakukan olehnya keatas sumber-sumber Islam. Penghormatan yang diberikan kenalah berdasarkan kepada ketepatan tinjauan akal, perencanaan kata dan faham serta tumbuh dalam pandangan uyang dizahirkan oleh alam semesta. Segalanya kenalah merujuk semula kepada al-Quran dan as-Sunnah. Dalam beberapa senarai nama-nama Ulama’ , ada beberapa ilama’ yang memiliki pengetahuan bersesuaian dengan cerbisan ledakan ilmu dewasa kini. Merujuk kepada bidang-bidang ilmu yang berkaitan dengan tasawwwuf, ianya kembali semula melalui pentadabburan terhadap al-Quran dan as-Sunnah. Kaedah pengajian dan kesarjanaan islam adalah bersusur galurkan ketokohan para auliya’ dan ulama agug sebagai sendih untuk memperkukuh asas pengajian yang teguh pada peringkat awal sehinggalah penghasilan karya-karya yang bermutu dari ulama- ulama. 5
  6. 6. TASAWWUF: Tasawwuf dan pembangunan hakiki ummah Zakaria Stapa Abstrak Pembangunan ummah sehingga kini masih laagi terus dijana agar ianya lebih bersifat kukuh. Ianya memberi impak yang besar keatas sesebuah negara. Potensi yang dimiliki oleh diri manusia adalah berbeza-beza. Apabila potensi-potensi ini salng digabung jalin sudahh pasti akan melahirkan satu ummah yang yang bukan saja terbangun dari segi ukhwah dan pemikiran ia juga melempiaskan kepada pembangunan sesebuah negara. Di dalam tajuk kali ini, terdapat 3 benda yang menjadi persoalan iaitu, konsep pembangunan hakiki ummah menurut pandangan Islam, hakikat dan kehebatan diri manusia da hakikat dan peranan ilmu Tassawuf dalam secara yang hakiki. Konsep pembangunan Ummah menurut pandangan islam Islam mempunnyai pandanngan tersendiri berkenaan dengan pembanggunan ummah, sebelum itu penulis ingin menerangkan berkaitan dengan ummah menurut pandangan Islam. Apabila di dalam sekumpulan manusia itu mengamalkan amal ma’aruf nahi mungkar itu dimaksudkan dengan ummah. Ianya juga dipandu dengan perasaan taat kepada Allah s.w.t. bagi mereka yang tidak menepati ciri-ciri ini, mereka juga merupakan ummah tetapi dengan sedikit penambahan ummah kehilangan jati diri. Hakikat sebenar haruus diketahui dan dihayati akan kejadian manusia di muka bumi ini adalah sebagaii khalifah, memurnikan alam. Namun rama yang sengaja melarikan diri, tidak mengakui bahawa sebenarnya ada taklif yang diberikan oleh Allah s.w.t dibuktikan dengan penganugerahan akal fikiran berbanding dengan makhluk-makhluk lain. 6
  7. 7. Pembangunan Ummah : Definisi dan Kepentingan Pembangunan Ummah yang dimaksuudkan disini ialah usaha secara berterusan sepanjnag hayat untuk memupuk potensi-potensi yang ada dalam diri dan individu agar sumbur, dan dipandu dengan rukun-rukun dan syariat dalam islam itu sendiri. Dalam pandangan islam sendiri sememangnya ada menyebutkan tentang kejadian manusia ke muka bumi adalah sebagai khalifah . Allah sebenarnya sangat melarang manusia yang diberikan akal fikiran ini terhasuut oleh dorongan nafsu yang mana kebanyakannya hanya menipu dan mempermainkan. Golongan yang hanya terpedaya oleh hawa nafsu ini tentu sekali tidak akan dapat memberi sumbangan yang positif dan bernilai kepada kesejahteraan ummah. Yang ada hanya kepentingan untuk diri mereka sahaja. Hala tuju pembangunan Seperti yang kita bincangkan berkenaan dengan pembangunan ummah ianya sebenarnya merujuk kepada Tazkiyat al-Nafs iaitu pembersihan diri. Konsep ini diwarisi sejak zaman kenabian lagi untuk sekelian manusia. ianya bertujuan untuk membatalkan segala sifat-sifat mazmumah yang ada pada diri manusia. pembangunan ummah ini adalah usaha untuk mengangkat sifat-sifat manusia daripada yang buruk kepada yang baik. Ianya bertujuan untuk melahirkan ummah yang maju dan beridentiti jelas serta mantap serta memiliki akhlak mulia. Ini menjadi matlamat utama yang sering dibangkitkan dan cuba disemarakan oleh Rasulullah s.a.w sejak dulu lagi. Jika kita terokai berkenaan dengan sejarah berkaitan dengan pembangunan ummah, kita akan temui beberapa fakta yang berkaitan dengan usaha yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. di awal kebangkitan baginda di kota mekah, baginda cuba untuk memupuk dan membangunkan potensi diri manusia yang sememangnya menjadi satu tugas utama baginda s.a.w. Manusia sebenarnya memiliki hakikat dan kehebatan tersendiri. Kesemua ini dapat diijana dengan usaha membangunkan ummah dengan niat ikhlas kerana Allah serta dalaman seseorang individu tersebut yang memainkan peranan dalam proses pembangunan setiap individu ummah. Jika kita melihat dari pandangan al-Quran dalam surah al-Hijr ayat 15:28-9 ada menyebutkan bahawa manusia itu dicipta oleh 7
  8. 8. Allah s.w.t daripada 2 unsur iaitu fizikal yang berbentuk jisiim dan abstrak yang merujuk kepada sifat-sifat yang hanya terzahir daripada perlakuan. Kehebatan yang di anugerahkan kepada manusia sangat istimewa berbanding dengan makhluk- makhluk lain. Ianya ada dicatatkan di dalam al-Quran yang mana kisah berkaitan dengan Nabi Sulaiman a.s dan puteri Balqis dalam surah an-Naml 27:38-40. Daripada kisah yang diceritakan di dalam surah ini, ternyata Allah telah memberikan kelebihan kepada manusia, bukan saja dari fizikal malahan ianya juga meliputi rohani itu sendiri. Hakikat dan peranan ilmu Tasawwuf Jika kita lihat, terdapat 2 kelompok kumpulan disifatkan sebagai penulis yang terdiri daripada para aahli sufi yang cuba untuk mengambarkan sejelas mungkin berkenaan dengan pengalaman kerohanian yang mereka alami. Manakala sekumpulan lagi pula, ialaah para pengkaji ilmu tasawwuf. Kelompok pertama ini ialah golongan yang melihat tasawwuf sebagai satu daerah ilmu yang wajar dan mempunyai kedudukan yang tersendiri dalam keseluruuhan kerangka agama. Manakala sekumpulan lagi, melihat ilmu tasawwuf sebagai sesuatu yang tidak wajar dan tidak sesuai dengan keseluruhan semangat dan pembawaan agama Islam sebagai agama yang dinamik dan progresif. Walaubagaimanapun, tasawwuf sebenarnya ialah satu disiplin ilmu yang telah mula mencapai tahap kematangan dewasa kini menurut pandangan penulis. Walaupun marcapada kini, ramai golongan para orentialis yang cuba menyantuni ilmu tasawwuf dengan sumber-sumber tradisi kerohanian dari peradaban timur ataupun barat. Walaupun ianya diperbahhaskan namun kini hampir di seluruh dunia ilmu tasawwuf mula berkembang. Merujuk konteks aqidah pula, ilmu tasawwuf dianggap sebagai pelengkap dalam menyempurnakan akidah seseorang muslim. Kesimpulan yang dapat dirumuskan disimpulkan berkenaan dengan tasawwuf dalam pembangunan hakiki ummah ialah. Pembangunan ummah menurut perspektif Islam adalah ianya difokuskan kepada dalaman individu itu sendiri, selain itu pembangunan individu yang berteraskan pembangunan dalaman adalah amat sesuai dan hakikat dan peranan tasawwuf adalah selaras dengan pandangan Islam bagi membina ummah yang mantap. 8
  9. 9. TASAWWUF: Peringatan al-Ghazali terhadap kekeliruan sufi Wan Suhaimi Wan Abdullah Tasawwuf merupakan salah satu bidang dari ilmu manakala sufi pula ialah suatu kelompok manusia, ianya seringkali mendapat perhatian daripada masyarakat, samada masyarakat awam ataupun dikalangan ilmuan. Golongan ini seringkali menghadapi tentangan dan kritikan. Dan ada juga dikalangan mayarakat yang menyetujui dan menghargai segala usaha yang dilakukan oleh golongan ahli tasawwuf. Untuk memberi kefahaman yang lebih kepada masyarakat, al-Ghazali telah menghasilkan sebuah karya yang bertajuk “ kitab Dhamm al-Ghurur dan Risalah al-Kashf wa al-Tabyin Fi Ghurur al-Khalq Ajma’in. Ianya merupakan kitab yang menerangkan tentang jenis dan bentuk jalan atau jenis jalan dan landasan yang boleh membawa manusia kepada manusia ke arah kekeliruan. Ia juga bertujuan untuk memperingatkan umat islam tentang golongan yang terkeliru, samada dari para Qadi, ulama mahupun orang yang soleh. Yang mana menurut beliau, mereka ini tertipu dan terpedaya dengan dasar-dasar tertentu kerana telah dikaburi dengan sesuatu yang kelihatan baik pada zahirnya tetapi tidak pada hakikatnya. Manusia secara zahirnya tidak akan terlepas daripada Pedaya atau terkeliru sumber-sumber yang mengelirukan. Terdapat 10 golongan yang diperkatakan oleh al-Ghazali dalam kitab ini yang mana 10 golongan ini adalah berdasarkan 10 bentuk “kekeliruan”yang dirasakan oleh golongan para salik. Sepuluh golongan yang dimaksudkan di atas adalah golongan yang disifatkan sebagai golongan yang hanya meniru –niru keterampilan zahir seorang sufi tanpa memahami hakikat dan rahsia di sebalik keterampilan tersebut. Malangnya, golongan ini hanya mencontohi keterampilan zahir sahaja dan tidak menghiraukan amalan dan mujahadah lain yang diusahakan oleh para ahli sufi. Golongan ke-2 pula ialah “yang paling dungu” dilabelkan oleh al-Ghazali. Golongan ini menampilkan dengan zahir keterampilan para sufi untuk menipu masyarakat. Golongan ini menurut al-Ghazali adalah golongan yang boleh mampu untuk menipu dan menyesatkan masyarakat. Seterusnya golongan yang ke-3 ialah golongan yang mendakwa mencapai tahap ilmu tertinggi dalam kesufian walhal hanya mengetahui lafaz dan ungkapan semata- mata. Golongan ke-4 pula ialah golongan ini lebih jelas kesesatannya. Mereka melibatkan secara langsung dengan fenomena dan dakwaan penguguran taklif yang beranggapan bahawa segala hukum syara’ yang zahir adalaah tidak penting. 9
  10. 10. Seterusnya golongan yang ke-5 pula ialah mereka yang meninggalkan amalan dan mengabaikan halal atau haram serta mendakwa mereka telah mencapai maqam zuhud, tawakkal, redha dan cinta. Seterusnya golongan yang ke-6 ialah golongan yang perihatin terhadap sesetengah aspek. Seperti contoh, mereka tegas dalam pakaian dan makanan tetapi mengabaikan aspek amalan. Seterusnya aspek yang ke-7 ialah golongan yang suka bermuka-muka atau mungkin boleh bersifat munafik. Manakala golongan yang ke-8 pula ialah golongan yang serius dalam bermujahadah tetapi mereka asyik dan tenggelam di dalam proses pencarian hakekat yang sebenar. Golongan yang ke sembilan pula ialah golongan yang asyik dengan perbincangan teologikal. Dan yang terakhir ialah golongan yang orang yang merasakan telah mencapai hakikat yang sebenar kemudian berhenti dari bermujahadah. Berdasarkan 10 golongan ini, dapatlah difahami bahawa isu penyelewengan yang bertopengkan tasawwuf amat banyak sekali. Penutup Oleh yang demikian jelaslah bahawa konsep tasawwuf dan sufi mampu memberi impak positif pada yang memahami dan negetif kepada golongan yang tidak memahami. Oleh yang demikian, adalah menjadi satu kemestian kepada masyarakat untuk memahami apa yang diperkatakan dan usaha-usaha yang dilakukan oleh golongan sufi ini agar dapat diharmonikan dalam kehidupan ummah. 10

×