• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Contoh laporan
 

Contoh laporan

on

  • 55,740 views

 

Statistics

Views

Total Views
55,740
Views on SlideShare
55,687
Embed Views
53

Actions

Likes
4
Downloads
697
Comments
3

4 Embeds 53

http://blogkata.com 42
http://file2hd.com 5
http://www.blogkata.com 5
http://madbrosports.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

13 of 3 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • mohon download ya..thanx,,;)
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • salam,sy share cth laporan ni yer...tq
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • assalam..nk share cth laporan blh...:)
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Contoh laporan Contoh laporan Document Transcript

    • PENGISIAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL (LNS 5033) SESI 2009/2010 LAPORAN TITIPAN KASIH KE ARAH INTEGRASI 1 MALAYSIA TARIKH: 18-20 DISEMBER 2009 TEMPAT: TAMAN TANGGA BATU JAYA, TANJONG KLING, MELAKA DISEDIAKAN OLEH :- KUMPULAN D PENSYARAH :- EN. SAMRI BIN SAINUDDIN 1.0 PENGENALAN Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengadakan kursus Perpaduan dan Integrasi Nasional (LNS 5033) sebagai subjek wajib kepada pelajar
    • program Pengajian Am, Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) sesi 2009/2010. Sehubungan dengan itu kumpulan kami telah mengadakan perbincangan pada 04 November 2009 dan telah sebulat suara bercadang untuk menganjurkan program ”Titipan Kasih Ke Arah Integrasi 1 Malaysia” sebagai pengisisan tugasan ini. 2.0 LATAR BELAKANG Titipan Kasih Ke Arah Integrasi 1 Malaysia merupakan satu program yang telah dilaksanakan bagi merapatkan silaturrahim antara pelajar-pelajar UPSI dan masyarakat setempat di Taman Tangga Batu Jaya, Tanjong Kling, Melaka. Program ini bertujuan untuk menyahut seruan dan menyokong hasrat kerajaan dalam mengintegrasikan bangsa Malaysia ke arah 1 Malaysia. Selain itu, program ini juga diharap dapat melahirkan bakal pendidik yang lebih berinovasi, berdisiplin, berakhlak tinggi dan bergerak maju dalam bidang sosial untuk membina masyarakat yang sihat, cergas dan berbudaya ke arah perpaduan dan pembangunan negara. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Melatih bakal guru untuk mengaplikasikan pendidikan dalam bilik darjah kepada aktiviti luar bilik darjah; 3.2 Memberi gambaran awal kepada bakal guru berkenaan kegiatan Kokurikulum melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang Program; 3.3 Meningkatkan pemahaman guru dalam memahami konsep integrasi melalui aktiviti ” turun padang ”; 3.4 Merapatkan silaturrahim pelajar-pelajar UPSI dengan masyarakat setempat; 3.5 Memberi pendedahan kepada peserta untuk lebih mengenali budaya dan adat resam masyarakat luar bandar; dan
    • 3.6 Menyokong hasrat kerajaan untuk melahirkan bakal pendidik yang dinamik dan berdaya saing ke arah memartabatkan bidang pendidikan negara. 4.0 ATURCARA PROGRAM 4.1 Tarikh : 18- 20 Disember 2009 (Jumaat- Ahad) 4.2 Lokasi : Taman Tangga Batu Jaya, Tanjong Kling, Melaka 4.3 Tetamu Kehormat : i. Majlis Sambutan:- En. Samri bin Sainuddin Pensyarah Perpaduan dan Integrasi Nasional : ii. Majlis Perasmian Penutup:- YB. Datuk Hj. Ab. Rahaman bin Hj. Ab. Karim Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka kawasan Pantai Kundor. 4.4 Laporan : (Sila lihat LAMPIRAN A) bergambar 4.5 Intinerari : (Sila lihat LAMPIRAN B) 5.0 PENGISIAN TITIPAN KASIH 18 Disember 2009 (Jumaat) 5.1 Majlis sambutan dan taklimat penyerahan keluarga angkat Para peserta telah disambut oleh penduduk Taman Tangga Batu Jaya dengan pukulan kompang dan bunga manggar. Selepas itu sesi taklimat dan penyerahan keluarga angkat diuruskan oleh pengerusi taman. 5.2 Sembahyang jemaah dan ceramah agama Semua peserta muslim telah mengikuti sembahyang maghrib dan isya’ secara berjemaah dan diikuti sesi ceramah agama ’Titipan Kasih Ke Arah 1 Malaysia’
    • sempena sambutan Awal Muharam yang ditaja oleh Bahagian Rumahku Syurgaku (RKSK) Negeri Melaka/ Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Madrasah Ubudiah, Taman Tangga Batu Jaya. 19 Disember 2009 (Sabtu) 5.3 Senam aerobik pemimpin bersama masyarakat Aktiviti ini mendapat kerjasama daripada JAPERUN Pantai Kundor, Cawangan Wanita UMNO Tangga Batu dan Persatuan Penduduk Taman Tangga Batu Jaya. Pn. Nillah binti Aji, Ketua Wanita UMNO, telah mengetuai aktiviti senam aerobik bersama para peserta dan penduduk Taman Tangga Batu Jaya. 5.4 Aktiviti mesra bersama masyarakat Selepas selesai aktiviti senam aerobik para peserta telah mengadakan aktiviti gotong-royong memasak bubur lambuk dan bihun untuk diagihkan kepada penduduk setempat. Selain itu, kami juga mengadakan aktiviti permainan congkak dan aktiviti mewarna sebagai pengisian program ini. 5.5 Program Mawadah Program ini adalah kerjasama dan tajaan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Melaka Tengah (AADK). Program berbentuk ceramah, pameran, pendaftaran Rakan Anti Dadah (RADA) dan urine test ini melibatkan penyertaan dari pemimpin masyarakat dalam DUN dan penduduk setempat termasuk pelajar UPSI. 5.6 Majlis Perkahwinan Adat Melaka Program ini juga diselitkan dengan majlis perkahwinan adat Melaka. Kami telah diundang untuk menghadiri majlis perkahwinan pasangan pengantin En. Azizan bin Abdullah dan Pn. Noraidah binti Ahmad di kawasan tersebut. Melalui program ini,
    • para peserta dapat mengenali dengan lebih dekat budaya dan adat resam masyarakat setempat. 5.7 Program motivasi pelajar Kumpulan kami telah mengadakan aktiviti motivasi dan latihan dalam kumpulan (LDK) untuk pelajar-pelajar bagi memberi kesedaran tentang kepentingan ilmu dan cabaran-cabaran dalam menghadapi dunia pendidikan secara global. 20 Disember 2009 (Ahad) 5.8 Majlis penyerahan sumbangan pelajar UPSI Kumpulan kami telah mengadakan kutipan amal barangan terpakai dan sumbangan ini telah diserahkan kepada YB. Datuk Hj. Ab. Rahaman untuk diagihkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Manakala 10 fakir miskin terpilih akan menerima sumbangan berupa barangan dapur. 5.9 Majlis penutupan program Majlis penutupan ini akan disempurnakan oleh YB. Datuk Hj. Ab. Rahaman. Semua peserta akan memberi cenderahati kenangan kepada keluarga angkat masing- masing. 6.0 IMPAK BAGI TITIPAN KASIH • Peserta dan keluarga angkat dapat menjalinkan hubungan kekeluargaan yang rapat dan berterusan;
    • • Mendapat maklumat dengan terperinci berhubung kajian yang dijalankan; dan • Membantu menyebarkan maklumat dan ilmu pengetahuan melalui pelbagai program yang telah dianjurkan. 7.0 SENARAI LAMPIRAN Berikut adalah senarai dokumen lampiran berkaitan Titipan Kasih Ke Arah Integrasi 1 Malaysia untuk tujuan rekod dan rujukan: LAMPIRAN A: Laporan Bergambar Titipan Kasih LAMPIRAN B: Aturcara Program Titipan Kasih LAMPIRAN A LAPORAN BERGAMBAR TITIPAN KASIH KE ARAH INTEGRASI 1 MALAYSIA
    • A. 18 Disember 2009 (Jumaat) Majlis sambutan dan penyerahan anak angkat bersama-sama dengan keluarga angkat dan Pensyarah Perpaduan dan Integrasi Nasional En. Samri Sainuddin. Majlis sembahyang maghrib & isya’ berjemaah dan ceramah agama ‘Titipan Kasih Ke Arah 1 Malaysia’ sempena Awal Muharam LAMPIRAN B
    • ATURCARA PROGRAM TITIPAN KASIH KE ARAH INTEGRASI 1 MALAYSIA 18 Dis 09 – Jumaat (Hari pertama) 7.00 pg : Bertolak dari UPSI, Tanjong Malim, Perak 10.30 pg : Tiba di Balai Raya Taman Tangga Batu Jaya, Tanjong Kling, Melaka : Majlis sambutan pelajar UPSI : Taklimat dan penyerahan keluarga angkat : Bersurai 3.00 ptg : Aktiviti kajian dalam kumpulan 7.00 mlm : Berkumpul di Madrasah Ubudiah, Taman Tangga Batu Jaya : Sembahyang maghrib berjemaah : Sembahyang isya' berjemaah : Ceramah agama ‘Titipan Kasih Ke Arah 1 Malaysia’ sempena Awal Muharam 10.00 mlm : Majlis malam berinai perkahwinan adat Melaka 12.00 mlm : Bersurai 19 Dis 09 – Sabtu (Hari kedua) 7.00 pg : Senam aerobik pemimpin bersama masyarakat Tangga Batu : Gotong-royong memasak bubur lambuk dan bihun : Aktiviti mewarna dan permainan congkak : Program MAWADAH dan pameran 12.00 tghari : Majlis resepsi perkahwinan adat Melaka 5.00 ptg : Aktiviti riadah 8.00 mlm : Aktiviti motivasi pelajar-pelajar 10.00 mlm : Bersurai 20 Dis 09 – Ahad (Hari ketiga) 8.00 pg : Aktiviti sukaneka 10.00 pg : Berkumpul di Balai Raya Taman Tangga Batu Jaya : Majlis penyerahan sumbangan amal : Majlis penutupan program Titipan Kasih Ke Arah Integrasi 1 Malaysia dan sesi bergambar : Jamuan makan tengah hari 12.00 tghari : Bersurai