Kpd 3026 unit pengajaran dan rph

  • 15,599 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • Tq kerana dpt membantu saya membuat kerja.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
  • 10 q amat membantu
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
15,599
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
338
Comments
2
Likes
2

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. UNIT 1 UNIT PENGAJARAN DAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
  • 2. Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menghuraikan maksud dan fungsi unit pengajaran serta rancangan pengajaran Harian 2. Membina unit pengajaran dan rancangan pengajaran harian yang mengambil kira ciri tertentu pendekatan Konstruktivisme, Inkuiri, dan Masteri
  • 3.
    • Setiap guru perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis perancangan:
    • Perancangan jangka panjang (rancangan pengajaran 1 tahun, 1 semester dsb)
    • Perancangan jangka pendek ( rancangan pengajaran harian)
  • 4.
    • Unit Pengajaran dan Cara Menulisnya
    • Fokus - 2 jenis perancangan:
    • Perancangan jangka panjang: Unit Pengajaran (perancangan mengikut tema atau tajuk utama dalam sukatan pelajaran )
    • Perancangan jangka pendek: Rancangan Pengajaran Harian (perancangan harian)
  • 5. Unit Pengajaran terdiri daripada: 1. Tajuk dan tujuan unit 2. Pengetahuan sedia ada pelajar 3. Analisis isi kandungan pelajaran 4. Bahan bantu mengajar dan belajar 5. Kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 6. Pelan penaksiran 7. Rancangan pengajaran harian Unit Pengajaran juga boleh dibina berdasarkan tempoh masa misalnya rancangan satu semester atau minggu. Unit Pengajaran
  • 6.
    • 4 perkara yang perlu diberi pertimbangan:
    • Tajuk yang hendak diajar di bawah tema yang telah dikenalpasti. Contohnya, dalam pelajaran sains darjah 6: Tajuk Daya dan Gerakan di bawah tema Menyiasat Alam Fizikal.
    • Subtajuk di bawah tajuk Daya dan Gerakan yang akan difokuskan, contohnya; (i) Kelajuan, (ii) Daya
    • Tujuan unit iaitu sinopsis tentang perkara yang hendak dicapai unit pengajaran
    • Kepentingan tajuk tersebut kepada murid
    Komponen 1: Tajuk dan Tujuan Unit
  • 7. Contoh penulisan komponen 1 Tajuk: Daya dan Gerakan Subtajuk: (i) Kelajuan (ii) Daya Tujuan Unit: Murid dapat memahami konsep kelajuan dan daya Kepentingan Tajuk: Murid dapat menjelaskan fenomena kelajuan dan daya dalam kehidupan harian mereka. Komponen 1: Tajuk dan Tujuan Unit
  • 8.
    • 5 perkara yang perlu diberi pertimbangan:
    • Pengetahuan sedia ada murid – perkara yang telah murid pelajari dalam pengajaran lepas yang berkaitan dengan tajuk/subtajuk yang hendak diajar
    • Pelan mencungkil idea - beberapa cara mencungkil idea termasuklah POE, kartun konsep, peta konsep, soal-jawab keseluruhan kelas, advance organizer, perbincangan kumpulan, kuiz pendek, peristiwa bercanggah dan sebagainya
    • Idea atau objektif utama yang kemungkinan sukar dicapai
    • Miskonsepsi yang mungkin wujud
    • Konsep saintifik yang tepat
    Komponen 2: Pengetahuan Sedia Ada Murid
  • 9. Contoh penulisan komponen 2 Pengetahuan sedia ada: Murid telah mempelajari… Pelan mencungkil idea: Pelajaran 1: Soal-jawab berdasarkan video yang menunjukkan gerakan kereta yang berlainan Pelajaran 2: Pelajar menolak dan menarik sesama mereka diikuti soal-jawab Idea atau objektif utama yang mungkin sukar dicapai: 1. Menentukan kelajuan sesuatu objek 2. Mengawal pembolehubah jarak dan masa semasa menjalankan eksperimen Miskonsepsi yang mungkin wujud: Kelajuan ialah kepantasan pergerakan sesuatu objek. Daya merupakan sifat yang dipunyai sesuatu objek Konsep saintifik yang tepat: Kelajuan ialah kadar perubahan jarak iaitu jarak bahagi masa Daya merupakan interaksi antara sekurang-kurangnya dua objek yang melibatkan tolakan atau tarikan Komponen 2: Pengetahuan Sedia Ada Murid
  • 10.
    • 6 perkara yang perlu diberi pertimbangan:
    • Hasil pembelajaran [kognitif (pemikiran), psikomotor (kemahiran - kreativiti dan inovasi, keusahawanan, dan teknologi maklumat dan komunikasi) dan afektif (kerohanian, sikap dan nilai)]
    • Senarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teori
    • Idea utama menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan dan umur pelajar
    • Persoalan utama dengan jawapannya (bagi kaedah pembelajaran inkuiri)
    • Objek, sistem atau kejadian sebenar yang berkaitan dengan tajuk/konsep/prinsip/ hukum/teori
    • Peta konsep
    Komponen 3: Analisis Isi Kandungan Pelajaran
  • 11.
    • Contoh Penulisan Komponen 3
    • Hasil Pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid harus dapat:
    • Pelajaran 1: Kelajuan
    • Domain Kognitif: . Menguasai Isi Kandungan
    • 1. Mendefinisi konsep kelajuan
    • 2. Menyatakan hubungan kelajuan dengan jarak dan masa
    • Domain Psikomotor: Membina Kemahiran Saintifik, Berfikir, dan Strategi Berfikir
    • 1. Menjana hipotesis tentang perkaitan antara kelajuan, jarak, dan masa
    • 2. Merancang eksperimen bagi menentukan hubungan antara kelajuan, jarak dan masa
    • Domain Afektif: Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni
    • Melibatkan diri secara aktif dan dalam menjalankan eksperimen
    • Bekerjasama dalam menjalankan eksperimen
    Komponen 3: Analisis Isi Kandungan Pelajaran
  • 12. sambungan.. Pelajaran 2: Daya Domain Kognitif: Menguasai Isi Kandungan 1. Menjelaskan dengan contoh kesan daya geseran dalam kehidupan harian 2. Menyatakan kebaikan dan keburukan daya geseran dalam kehidupan Domain Psikomotor: Membina Kemahiran Saintifik, Berfikir, dan Strategi Berfikir 1. Mereka bentuk dan menjalankan eksperimen dalam kumpulan untuk menentukan kesan jenis permukaan ke atas gerakan objek   Domain Afektif: Mengamalkan Sikap Saintifik dan Nilai Murni 1. Melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan eksperimen berdasarkan prosedur yang dipersetujui dalam kumpulan 2. Menghargai masa dengan menjalankan eksperimen dengan pantas dan sentiasa menumpu kepada menjalankan tugasan tersebut Komponen 3: Analisis Isi Kandungan Pelajaran
  • 13. sambungan.. Senarai istilah/konsep/prinsip/hukum/teori Pelajaran 1: Kelajuan Pelajaran 2: Daya, daya geseran Idea utama menggunakan bahasa yang sesuai dengan kebolehan dan umur pelajar Pelajaran 1: Kelajuan ialah kadar perubahan jarak iaitu jarak bahagi masa Pelajaran 2: Daya merupakan interaksi antara sekurang-kurangnya dua objek yang melibatkan tolakan atau tarikan Persoalan utama dengan jawapannya (bagi kaedah pembelajaran inkuiri) Pelajaran 1: Apakah perkaitan antara kelajuan, jarak, dan masa? (kelajuan berkadar langsung dengan jarak dan berkadar songsang dengan masa) Pelajaran 2: Apakah kesan daya ke atas kelajuan dan arah gerakan? (Kesan daya ialah perubahan bentuk, …) Komponen 3: Analisis Isi Kandungan Pelajaran
  • 14. sambungan.. Objek, sistem atau kejadian sebenar yang berkaitan dengan tajuk/konsep/prinsip/ hukum/teori Pelajaran 1: Gerakan kereta di atas jalan raya, pelari pecut berlari dalam pertandingan Olimpik Pelajaran 2: Tin mengemek apabila diketuk, Beg bergerak apabila ditarik dan ditolak Komponen 3: Analisis Isi Kandungan Pelajaran
  • 15. Senaraikan bahan, peralatan, teknologi, dan bahan sumber yang diperlukan termasuk lembaran kerja pelajar. Bahan bantu mengajar dan belajar sebenar, misalnya nota dalam bentuk slaid Powerpoint atau lembaran kerja pelajar diletakkan sebagai lampiran Contoh Penulisan Komponen 4 Bahan Bantu Mengajar Nota Slaid Powerpoint, radas eksperimen, video gerakan kereta, kereta mainan, lembaran kerja … Komponen 4: Bahan Bantu Mengajar dan Belajar
  • 16.
    • Huraikan kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap fasa pengajaran.
    • 2 perkara yang perlu dipertimbangkan:
    • Kaedah dan Aktiviti P&P
    • Garis masa
    Komponen 5: Kaedah dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
  • 17. Huraikan kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap fasa pengajaran. Contoh Penulisan Komponen 5 Kaedah dan Aktiviti P&P Pelajaran 1: Kelajuan Komponen 5: Kaedah dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pengenalan Induksi set Aktiviti P&P Fasa 1 Mencungkil idea menggunakan teknik POE (perlu sejajar dengan komponen pelan mencungkil idea) Fasa 2 Kaedah inkuiri induktif dengan menjalankan eksperimen … Fasa 3 Perbincangan kumpulan dan menyelesaikan masalah Fasa 4 Kuiz pendek, pertandingan antara kumpulan Penutup Kesimpulan
  • 18. Pelajaran 2: Daya Komponen 5: Kaedah dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pengenalan Induksi set Aktiviti P&P Fasa 1 Mencungkil idea menggunakan teknik POE (perlu sejajar dengan komponen pelan mencungkil idea) Fasa 2 Kaedah inkuiri induktif dengan menjalankan eksperimen … Fasa 3 Perbincangan kumpulan dan menyelesaikan masalah Fasa 4 Kuiz pendek, pertandingan antara kumpulan Penutup Kesimpulan
  • 19. sambungan… Garis masa (Untuk satu unit) Boleh dibina dalam bentuk Carta Gantt untuk menunjukkan bagaimana masa diperuntukkan bagi setiap subtajuk Komponen 5: Kaedah dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pelajaran 1 Pelajaran 2 Masa 2 masa 1 masa
  • 20.
    • 3 perkara perlu dipertimbangkan:
    • a)Tugasan penaksiran dan hasil akhir tugasan bagi setiap fasa pengajaran bagi setiap pelajaran.
    • b) Alat menaksir pencapaian hasil pembelajaran(diletakkan sebagai lampiran Unit Pengajaran) seperti ujian bertulis, laporan, soalan-soalan, rubrik, dll. bagi setiap fasa pengajaran dan selepas selesai satu unit pengajaran.
    • Penaksiran Sumatif (untuk satu unit)
    Komponen 6: Pelan Penaksiran
  • 21. Contoh Penulisan Komponen 6 Pelajaran 1: Fasa 1: Mencungkil idea menggunakan teknik POE (perlu sejajar dengan komponen pelan mencungkil idea). Soal jawab lisan. Fasa 2: Rubrik menaksir kemahiran menjalankan eksperimen (lampiran 1) semasa murid menjalankan eksperimen … Fasa 3: Menjawab soalan menggunakan lembaran kerja (lampiran 2) Fasa 4: Kuiz pendek (lampiran 3), soalan lisan, refleksi pembelajaran Pelajaran 2: Fasa 1: Fasa 2: Fasa 3: Fasa 4: Penaksiran Sumatif (untuk satu unit) Ujian Topikal : 15 soalan objektif dan 2 soalan struktur JSU: Lampiran 4 Kertas Ujian: Lampiran 5 Komponen 6: Pelan Penaksiran
  • 22.
    • Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi elemen berikut:
    • Tema /Tajuk
    • Bidang pembelajaran
    • Kumpulan sasar
    • Tarikh dan masa
    • Tujuan
    • Hasil pembelajaran: kognitif, psikomotor (contohnya kemahiran saintifik), afektif (contohnya sikap saintifik dan nilai murni)
    • Konsep utama
    • Bahan, peralatan dan bahan sumber
    • Langkah berjaga-jaga
    • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
    • Penaksiran dan penilaian hasil pembelajaran
    Komponen 7: Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
  • 23. Komponen 7: Rancangan Pengajaran Harian (RPH) RPH menghimpunkan semua komponen dari 1 hingga 6 dan oleh itu perlu sejajar dengan apa yang telah dirancang dalam komponen 1 hingga 6 tersebut. Berikut merupakan contoh rancangan pengajaran harian mata pelajaran sains tahun 6 yang menggunakan integrasi model Kitar Pembelajaran 4-Fasa berasaskan Konstruktivisme, pembelajaran Inkuiri dan Masteri.
  • 24. Analisis contoh Rancangan Pengajaran Harian yang diberi dan kenal pasti ciri pendekatan Konstruktivisme, Inkuiri dan Masteri yang terdapat dalam rancangan pengajaran tersebut. Tugasan:
  • 25.
    • Soalan-soalan yang boleh memandu anda bagi menghasilkan sebuah perancangan yang baik:
    • Apa tujuan pelajaran?
    • Apakah idea utama yang hendak diajar dan kaitannya dengan pelajaran terdahulu dan yang akan datang, dengan pengalaman murid di luar bilik darjah, dan dengan kurikulum atau mata pelajaran lain?
    • Bagaimana bahan dapat dipersembahkan dengan berkesan selepas mengambil kira konteks P&P (seperti kebolehan murid, fasiliti, dan sebagainya)?
    • Bagaimana hasil pembelajaran hendak ditaksir dan dinilai?
    Perkara umum yang perlu diambil kira apabila merancang pengajaran
  • 26.
    • Mementingkan penyoalan berbanding syarahan/penerangan terus ( more questioning, less explaining)
    • Lebih banyak kepelbagaian bahan dan aktiviti ( hands-on, minds-on, hearts-on)
    • Lebih besar tanggungjawab pembelajaran diletakkan ke atas bahu murid
    • Mementingkan kefahaman idea dahulu berbanding melabel idea ( ideas first, label later), iaitu mengutamakan urutan pengajaran secara induktif berbanding deduktif
    • Anda digalakkan menumpukan kepada kejayaan pengalaman pembelajaran murid berbanding penyampaian isi kandungan iaitu sentiasa memikirkan pembelajaran murid semasa merancang.
    Perkara umum yang perlu diambil kira apabila merancang pengajaran
  • 27. Lihat Jadual 1.1 Perbandingan antara perancangan berfokus guru dengan murid Perbandingan antara perancangan berfokus guru dengan murid
  • 28. Kon pengalaman Dale seperti Rajah 1.1 juga boleh dirujuk apabila merancang pengajaran dan pembelajaran. Merancang pengajaran dan pembelajaran.
  • 29. Unit Pengajaran ialah pelan instruksi/pengajaran yang mengandungi rangka terperinci berdasarkan satu tema atau bahagian daripada sukatan pelajaran, disusun dengan teliti dan mengandungi perihalan komponen berikut: 1. Tajuk dan tujuan unit 2. Pengetahuan sedia ada pelajar 3. Analisis isi kandungan pelajaran 4. Bahan bantu mengajar dan belajar 5. Kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 6. Pelan penaksiran 7. Rancangan pengajaran harian RUMUSAN
  • 30.
    • Unit pengajaran dibina dengan tujuan memudahcara pengajaran dan pembelajaran supaya hasil pembelajaran yang dihasratkan mempunyai potensi yang baik untuk dicapai.
    • Rancangan pengajaran harian boleh dibina berasaskan beberapa pendekatan atau teori pembelajaran tertentu seperti pendekatan konstruktivisme, inkuiri dan masteri.
    • Rancangan pengajaran yang mengintegrasi ketiga-tiga pendekatan ini mampu memanfaatkan kekuatan setiap pendekatan bagi menghasilkan sebuah rancangan pengajaran yang mantap dan berkesan.
    • Semasa merancang anda digalakkan menumpukan perhatian kepada kejayaan pengalaman pembelajaran murid berbanding penyampaian isi kandungan. Ini mempastikan murid mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan yang mempunyai tiga domain iaitu kognitif, psikomotor (kemahiran) dan afektif (sikap, nilai murni, kerohanian)
    RUMUSAN
  • 31. Thank You