Pengajaran Mikro
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
10,421
On Slideshare
10,421
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
547
Comments
3
Likes
6

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1.0 PENGENALAN1.1 RasionalPengajaran mikro diaplikasikan sepenuhnya dalam menghasilkan guru permulaan yang berkesan.Memandangkan betapa penting dan berfaedahnya pendekatan pengajaran mikro dalam konteksPraktikum, Bahagian Pendidikan Guru telah menekankan agar diaplikasikan teknik pengajaranmikro ini dalam kurikulum dimaktab/institut perguruan di Malaysia.1.2 Tujuan Menghasilkan pelajar meminati profesyen perguruan, dan merangsang keinginan untuk membaiki diri sendiri. Membolehkan guru pelatih menguasai kemahiran mengajar dengan cepat dan menyeronokkan. Membentuk pelajar membaiki kelemahan praktikum dengan cepat dan berkesan melalui proses yang boleh memberikan maklumbalas segera dan meyakinkan serta latihan ulangan pembetulan selanjutnya. Agar pelajar dapat menghasilkan pengajaran yang lebih menarik dan berkesan. Mengurangkan ketegangan yang dialami oleh guru pelatih apabila menghadapi kelas sebenar semasa praktikum nanti.1.3 PendahuluanGuru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan muridmelakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran seperti set induksi, penerangan,penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat,sikap(‘gesture’) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangandan sebagainya akan menentukan keberkesan guru.Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehanmurid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah.Pengajaran mikro membolehkan guru pelatih melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa,dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiranyang diperlukan dalam pengajaran mereka. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihanperguruan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran.2.0 Pengajaran Mikro 14
  • 2. Mengikut Micheel J. Wallace – Pengajaran mikro adalah penemuan pengajaran yangdimudahkan. Pengertian itu membawa makna iaitu satu situasi pengajaran yang telahdikurangkan skopnya, iaitu tugas guru dipermudahkan, mata pelajaran dipendekkan dan bilanganmurid dikecilkan.2.1 Pengajaran Mikro diaplikasikanTidak banyak penulis tentang pengajaran mikro mengusulkannya sebagai ganti Praktikum disekolah, malah kebanyakan daripada mereka berpendapat, pengajaran mikro sebagai tambahankepada teknik-teknik latihan perguruan yang ada,alasan yang diberikan adalah kerana,1. Membolehkan pelajar menumpukan perhatian kepada tugasan mengajar tanpa gangguan masalah pengurusan bilik darjah, yang biasa terdapat dalam praktikum disekolah.2. Pelajar dapat menumpukan perhatian kepada satu kemahiran mengajar pada satu masa.3. Membolehkan pelajar meneliti pengajarannya dengan cara yang sistematik, dan mendapat maklumbalas dengan segera dan kemudiannya membuat perubahan untuk membaikinya di mana yang difikirkan perlu.4. Dengan menekankan penganalisaan pengajaran kepada kemahiran-kemahiran komponennya, pengajaran mikro meletakkan asas bagi pendekatan saintifik yang sebenarnya dalam latihan perguruan.5. Pendekatan pengajaran mikro adalah mudahubah dan boleh digunakan dalam berbagai situasi seperti persediaan untuk praktikum di sekolah, langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum, dan kajian keatas proses pengajaran dan pembelajaran.2.2 Bagaimana Mengendalikan Pengajaran MikroPengajaran mikro sebagai sampingan praktikum di sekolah, langkah persediaan sebelum praktikum,langkah diagnosis semasa atau selepas praktikum atau langkah peneguhan pengajaran mata pelajarandi sekolah. Perinsip asas pengendalian pengajaran mikro ialah;1. Pelajar mengajar satu pelajaran yang pendek antara 5 hingga 10 minit sahaja.2. Mengajar pelajaran itu kepada satu kumpulan murid atau rakannya antara 4 hingga 6 orang sahaja. 14
  • 3. 3. Apabila pelajaran itu tamat, murid atau rakannya keluar, dan ia membincangkan pengajarannya itu dengan penyelianya.4. Selepas membuat perubahan di mana yang diperlukan ke atas pendekatannya yang lalu, ia mengajar pelajaran itu kepada satu set murid atau rakannya yang lain.2.3 Perkara yang penting dalam pengajaran mikro1. Pelajar yang telah menguasai kemahiran pengajaran tidak perlu ulang latihan pengajarannya.2. Pelajar yang belum menguasai kemahiran pengajarannya perlu mengulangi pengajarn mikronya.3. Jika penggunaan perakam video panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu digunakan.4. Pengajaran mikro boleh dibuat di maktab/intitut dengan murid-murid sekolah dibawa ke maktab/ institut, atau dijalankan di sekolah dengan pelajar dan penyelianya pergi ke sekolah.5. Maklumbalas yang segera dan tepat membolehkan pelajar mengubah perlakuannya.6. Perkembangan kemahiran pengajaran mikro tidak boleh dibuat berasingan dengan isi pelajaran.7. Perakam vedeo mempunyai kelebihan, mengandungi unsur komunikasi lisan dan bukan lisan.8. Walaupun panduan penilaian dan penaksiran tidak perlu jika penggunaan perakam video, tetapi ia boleh digunakan bersama kerana ia dapat menambahkan keberkesanan latihan dari segi panduan pemerhatian dan maklumbalas yang bertulis.2.4 Kemahiran Pengajaran MikroPengajaran mikro tidak memberi semua kemahiran yang diperlukan oleh pelajar dalam profesyenperguruannya. Ia berkaitan hanya dengan kemahiran-kemahiran yang digunakan oleh guru dalamperhubungan persemukaan di bilik darjah. Dengan itu, kemahiran pengajaran mikro adalahperlakuan bilik darjah yang tertentu, boleh dilihat, ditakrifkan, ditunjukkan perkaitan denganpembelajaran murid.Pengajaran mikro adalah melatih diri sendiri, pelajar dilatih pengajarannya dari segi kemahiranmengajar yang boleh diukur, dinyatakan, dilihat dan dikawal, membantu pelajar bersiap sedia untukmembuat latihan pengajaran mikro dengan berkesan.Kemahiran-kemahiran berikut adalah komunikasi dua hala guru-murid dalam bidang pengajaran danpengajaran seperti kemahiran: – 14
  • 4.  Set induksi Tunjuk cara Variasi rangsangan Peneguhan Penyoalan Mengilustrasi dengan menggunakan contoh Penerangan Aprisiasi Penggunaan Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran Penutup2.5 KEMAHIRAN SET INDUKSIKemahiran ini ada kaitan dengan cara guru memperkenal atau memulakan sesuatu pelajaran atausatu unit tertentu sesuatu pelajaran. Pada setiap epesod pengajaran, guru hendaklah menegaskankepada muridnya tugasan yang akan dibuat. Guru perlu mengekalkan dan menarik perhatianmuridnya serta menggerakkan mereka untuk membuat aktiviti, berfikir dan belajar. Memandumuridnya kearah manakah tujuannya, membina perkaitan yang jelas dengan pengalaman lalu/sediaada. 1. Menarik perhatianGuru boleh menggunakan suara, gerakgeri dan pandangan mata untuk menarik perhatian muridkearah pelajaran yang diajar. Ia juga boleh menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantumengajar dan pelbagai intraksi yang lain. 2. Menimbulkan pergerakanGuru boleh menggerakkan muridnya dengan menunjukkan kemesraan dan menunjukkan semangatserta kesungguhan perkara yang diajarnya. Guru boleh juga menggerakkan muridnya denganmerangsang naluri ingin tahu atau menarik minat murid dengan bercerita atau memulakanaktiviti. 3. Struktur 14
  • 5. Guru menentukan hal bagi tugasan yang diberikan kepada muridnya, seperti – Tengah hari ini kitaakan melihat beberapa keping gambar dan kemudian kita akan bincangkannya. Selepasperbincangan itu kamu akan menulis ceritanya. Guru menolong muridnya dengan mencandangkanbeberapa cara menulis cerita itu. 4. Membuat perkaitanGuru boleh membuat perbandingan dan perbezaan, seperti membandingkan papan tanda berlampuyang terdapat di Semenanjung Malaysia dengan yang terdapat di Sabah atau Sarawak. Gurumerujuk kepada situasi semasa untuk menarik perhatian.Set induksi yang berkesan ialah,1. Set induksi hendaklah bermakna kepada murid dari segi umur, kebolehan dan minat.2. Set induksi hendaklah berkait dengan isi pelajaran dan objektif pelajaran.3. Pelajaran baru hendaklah dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, belajar daripada yang telah diketahui kepada yang akan diketuhui.2.6 KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGANKemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedahdan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar denganberkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya.1. PergerakanPergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di antarabarisan-barisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepadapelajaran. Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggutumpuan murid kepada pelajaran.2. Gerakgeri semulajadi guru (gesture)Penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yangdituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yangtidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatuakan menghalang tumpuan kepada pelajaran. 14
  • 6. 3. Mengubah nada pertuturanMengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadappelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan,sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosanterhadap pelajaran.4. Penglibatan murid secara lisanSoalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapatmenggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasaseronok kepada murid.5. Penggunaan PancainderaGuru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar ataumodel, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesanpenyampaian maklumat kepada muridnya.5. Aktiviti FizikalGuru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkanmurid semasa mereka belajar.Variasi Rangsangan yang berkesan ialah:-1. Matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran.2. Guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran.3. Guru hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar.4. Guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid.2.7 KEMAHIRAN PENEGUHANMelibatkan satu teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yangpositif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana 14
  • 7. memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar,atau menulis ‘syabas’ dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan. Peneguhanseperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membinasikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas.Bidang utama dalam peneguhan ialah;-1. Peneguhan lisanGuru boleh menggalakkan murid belajar dengan menggunakan perkataan seperti ‘baik’, ‘ia’,‘betul’, ‘itu jawapan yang tepat’, ‘bijak’, ‘pandai’, ‘ bagus’, ‘kerja kamu sempurna’, ‘itu adalahcadangan yang baik’, dan lain-lain peneguahn yang positif.2. Peneguhan gerakgeriGuru boleh memberi peneguhan dengan menunjukkan perasaan pada mukanya seperti senyuman,ketawa yang menyukakan, atau menggunakan gerakgeri tubuh badan sebagai isyarat persetujuan,seperti menganggukkkan kepala, mengangkat tangan, angkat bahu, menepuk tangan dan sebagainya.3. Peneguhan dampinganGuru boleh menunjukkan minat atas prestasi muridnya dengan mendekatinya, berdiri di sebelahnyadan duduk di sisi muridnya.4. Peneguhan sentuhanGuru boleh menunjukkan persetujuan dengan menepuk bahu atau belakang muridnya (sama jantina).5. Peneguhan aktivitiGuru melakukan aktiviti yang boleh menyukakan muridnya kerana murid menghasilkan kerja yangbaik.6. Peneguhan ganjaranGuru menulis kata pujian atau memberi markah yang tinggi dalam buku kerja murid kerana telahmenghasilkan kerja yang baik. Bagi murid sekolah kebangsaan guru boleh memberi hadiah sepertipensil, gula-gula dan sebagainya untuk menggalakkan murid maju dalam pelajaranya.Peneguhan yang berkesan ialah:- 14
  • 8. 1. Kemesraan dan semangatKemesraan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru terhadap perlakuan danpencapaian murid adalah aspek penting dalam kemahiran peneguhan. 2. Mempelbagaikan penggunaan peneguhan Guru hendaklah mempelbagaikan peneguhan, peneguhan perkataan atau gerak-geri yang selaludiulang akan hilang maknanya. 3. Peneguhan positif Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belumselesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti ‘itu salah’ atau ‘jawapan kamutidak tepat’. 4. Kefahaman murid tentang peneguhan Peneguhan yang berkesan, murid hendaklah mengetahui perkaitan antara peneguhan denganperlakuan dan pencapaian mereka. Guru hendaklah memikirkan faktor umur, jantina dankumpulan sosial murid.2.8 KEMAHIRAN PENYOALANKemahiran penyoalan ialah kemahiran yang sangat kompleks berbanding dengan kemahiran yanglain. Kemahiran ini tidak diberi penilaian dan tempat yang sewajarnya oleh guru semasa iamengajar. Ada bukti yang menunjukkkan kemahiran ini tidak digunakan dengan sepenuhnya dansoalan-soalan yang ditanya adalah dari jenis soalan aras rendah yang tidak memerlukan poemikiranyang kritis dan membina aras kognatif aras tinggi. Penggunaan kemahiran penyoalan dapatmeningkat tahap pencapaian murid dan dapat mewujudkan suasana pembelajaran sosial yangberkesan.Penyoalan yang mudah atau asas • Pembentukan soalan - Guru hendaklah membuat soalan bentuk pendek, padat dan menggunakan perkataan yang mudah difahami oleh murid. • Fokus - Guru hendaklah menyoal soalan yang umum supaya dapat melibatkan ramai murid , hendaklah difokuskan kepada satu tugasan sahaja, sementara maklumat yang diperlukan mula mendapat idea, guru bolehlah menyoal soalan yang lebih khusus. 14
  • 9. • Arah – Guru mengemukan soalan kepada semua murid dalam kelas, selepas berhenti sejenak, tujukan soalan itu kepada murid tertentu dengan memanggil nama murid itu, atau menunjuk dengan tangan atau menganggukkkan kepala kearah murid yang hendak disoal. • Penyebaran - Guru hendaklah menyebarkan soalannya secara rawak supaya dapat menyoal semua kumpulan dalam kelasnya. • Pemberitahuan - Guru hendaklah membuat tanda dalam soalannya yang boleh menunjujkkan skop atau jenis jawapan yang ia perlukan. Tanda itu mungkin juga boleh membawa kepada jawapan kepada soalan itu.Penyoalan yang kompleksPERTAMA ♣ Mempelbagaikan peringkat soalan • Guru menyoal soalan yang berbeza aras kesukarannya, dan meminta aras pemikiran yang berbeza. ♣ Ingat semula • Penyoalan yang memerlukan murid mengingat semula maklumat-maklumat yang mereka telah pelajari, kemudian guru bolehlah menyoal soalan yang lebih kompleks. ♣ Kefahaman • Soalan yang menguji kefahaman murid mengenai sesuatu perkara. ♣ Aplikasi • Soalan yang memberi peluang kepada murid agar dapat menggunakan pengetahuan yang lalu. ♣ Analisis • Guru menyoal murid yang membolehkan murid memeriksa bukti-bukti dan kemudian membuat rumusan yang membolehkan mereka mengurus dan melahirkan pemikiran mereka. ♣ Sintisis • Guru melibatkan seorang murid atau beberapa orang murid dalam aktiviti kreatif mengenai sesuatu situasi atau kejadian yang memerlukan penyatuan beberapa idea. ♣ Penilaian • Guru menyoal murid soalan yang memerlukan mereka membuat anggapan mengenai idea-idea atau nilai-nilai, dan kemudiannya memberi sebab-sebab untuk menyokong anggapan itu. 14
  • 10. KEDUA ♣ Penyungkilan • Guru menyoal murid soalan yang membolehkan murid memikirkan jawapan yang lebih baik daripada jawapan yang sebelumnya. ♣ Soalan penjelasan • Guru meminta jawapan yang lebih jelas dan padat. ♣ Soalan Penyokongan • Guru bertanyakan sebab mengapa jawapan tertentu itu diberikan oleh muridnya. ♣ Soalan Persetujuan • Guru menanya muridnya adakah mereka setuju atau tidak dengan jawapan yang telah diberikan sebentar tadi. ♣ Soalan Contoh • Guru mengarahkan muridnya memberi contoh-contoh yang menunjukkan maksud jawapan yang lalu.Kemahiran penyoalan dalan Pengajaran mikro1. Sebagai peraturan am, soalan dikemukakan kepada seluruh kelas dengan peruntukan masa diberi kepada murid untuk berfikir.2. Guru hendaklah sesuaikan soalan dengan umur dan kebolehan yang berbeza dalam kumpulan kelas itu.3. Guru perlu merancang soalan utama sebelum pengajaran itu dimulakan.4. Guru hendaklah berhati-hati mengemukakan soalan dan teliti jawapan murid.2.9 KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOHKemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak. Guru memintacontoh daripada murid dan menyemak idea dan konsep itu telah difahami atau tidak. Contohyang baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang biasa kepada murid. Dengan mengaitkan contohdan idea atau konsep, guru telah mengajar daripada perkara yang diketahui kepada perkara yangakan diketahui. Dengan menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarikperhatian dan menimbulkan minat terhadap pelajarannya.Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh 14
  • 11. Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini, iaitu pendekatan induktif :contoh diikuti dengan peraturan, dan pendekatan deduktif: peraturan diikuti dengan contoh, soalandigunakan untuk mendapatkan contoh; 1) Contoh mudah • Guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan dengan jelas dan boleh dikaitkan dengan pengetahuan yang lalu. 2) Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep • Menggunakan contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan. 3) Contoh ingin tahu • Menggunakan contoh yang boleh membangkitkan naluri ingin tahu dan minat murid. 4) Media yang sesuai • Menggunakan media yang sesuai dengan kebolehan , umur dan pelajaran yang diajar. 5) Pendekatan • Memilih pendekatan yang sesuai dengan peringkat umur dan kebolehan murid dan pelajaran yang diajar. 6) Penglibatan murid • Murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab atau menyoal, atau bukan lisan, seperti menulis di papan hitam atau menunjukcara dengan menggunakan contoh atau model3.0 KEMAHIRAN PENERANGANPenerangan ialah satu proses memberi kefahaman kepada orang lain, dan kemahirannya ialahmenentukan yang penerangan itu difahami. Kemahiran memberi penerangan dengan tepat dan 14
  • 12. berkesan salah satu kemahiran yang mesti ada pada guru. Oleh itu ada banyak peringkat danbentuk kefahaman, juga banyak peringkat penerangan,a. Pentarifan - menjelaskan sesuatu isub. Penerangan - menerangkan proses, struktur dan langkah-langkah.c. Sebab - pemberian alasanPenerangan berstruktur(a) Penggunaan keutamaan - guru nyatakan dengan jelas, tepat dan padat fakta utama yangterlibat.(b) Penggunaan contoh - perkara yang dititik beratkan ialah mudah, berkait, penggunaan mediayang sesuai dan menimbulkan minat.(c) Penyimpulan - guru menyatakan perkara utama dalam penerangannya. Dr. G.A. Brown,‘Penerangan ringkas sangat penting untuk penerangan yang berkesan’.Penerangan Penyampaian(a) Penggunaan penyampaian yang jelas - guru menerangkan sesuatu aspek pada satu masa,dan memfokuskan semula dengan menggunakan ringkasan atau ilastrasi. Ia hendaklahmenggunakan bahasa yang sesuai dan berhenti sejenak sebelum sesuatu aspek penting diterangkan.(b) Penggunaan penekanan variasi rangsangan - guru hendaklah menggunakan peringkat, nadadan intonasi suara yang boleh menyampaikan kepentingan yang berkaitan dengan sesuatu. Gerakgeri dan pergerakan hendaklah digunakan dengan sewajarnya.(c) Penggunaan penekanan – petunjuk dan perkaitan dan keutamaan - menggunakan perkataanatau rangkai kata yang boleh membawa kepada sesuatu yang penting dalam penerangannya -contoh:Petunjuk - ‘Tiga bidang utama………….’Perkaitan - ‘Ini membawa kepada……………’Keutamaan - ‘Dengan ini……………….’ 14
  • 13. (d) Jauhkan kekaburan - ini ada kaitan dengan penerangan yang jelas. Elakkan menggunakanperkataan ‘…….. dan lain-lain, ……. dan sebagainya…….. dan yang sama sepertinya’.(e) Sekuens - guru boleh menggunakn pendekatan induktif atau deduktif, pelbagai rangsangan dankaitan untuk menunjukkkan penerangan ke arah yang betul.(f) Maklumat balas - penerangan guru janganlah panjang lebar, beri peluang murid menjelaskankefahaman, sikap dan minat dan memberi peluang mendapat maklum balas. Guru hendaklahmengawal penyampaian, kelancaran, bahasa dan bilangan contoh yang digunakan.3.1 KEMAHIRAN PENUTUPKaitkan penutup dengan minat, pengalaman dan reaksi murid;-1. Menegaskan semula perkara-perkara penting.2. Penilaian, peneguhan pembelajaran murid (Melibatkan kognetif).3. Kaitan pelajaran dengan kehidupan sosial.4. Cadangan aktiviti i. Menegaskan semula Menegaskan perkara utama, fakta penting, ingat semula dan kajI Semula ( boleh melibatkan murid ) (a) Menegaskan semula melalui ringkasan - teguran akhir, ringkasan perkara penting dan mengaitkan semula aktiviti yang telah dijalankan. (b) Menegaskan semula sebagai satu aspek kemahiran variasi Rangsangan - Guru merumus isi pelajaran hasil maklumat murid.ii. Penilaian • Penilaian dalam aktiviti mengesan pencapaian objektif pembelajaran, adakah murid telah memahami isi pelajaran hari ini, rumusan kognetif.1.Kaitan kehidupan social • Mengaitkan isi pelajaran dengan kehidupan seharian murid. 14
  • 14. 2. Cadangan aktiviti(a) Kaitkan dengan kognitif - Membuat latihan,membuat projek baru dan menjalankan kajian.(b) Perkaitan sosial - Menimbulkan perasaan kejayaan dengan peneguhan dan menyatakanperingkat kejayaan murid, menggalakkan murid mencuba kejayaan yang lebih tinggi.(c) Galakan motivasi - Kemesraan dan semangat untuk mengekalkan minat.Penutup yang berkesan ialah;-1. Penutup hendaklah bermakna dari segi umur, kebolehan dan minat murid.2. Penutup hendaklah berkait dengan isi dan objektif pelajaran.3. Membina perkaitan perkara yang diketahui dan perkara yang dialami.4. Mengaitkan aspek penting sesuatu topik yang dibicarakan.5. Mengukur pembelajaran murid.6. Mencadangkan aktiviti berkaitan.RUJUKANhttp://eprints.utm.my/10460http://www.slideshare.net/artventure/pengajaran-mikroPengenalanPedagogiPengarang: Esah Sulaiman 14