Latihan Pemahaman

2,750
-1

Published on

Published in: Education
0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
2,750
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Latihan Pemahaman

  1. 1. PETIKAN 1 Melancong merupakan satu daripada aktiviti yang menyeronokkan danmenghiburkan hati. Semasa aktiviti ini dijalankan, kita banyak memperoleh ilmupengetahuan yang berguna. Bak kata pepatah, jauh perjalanan luas pengalaman. Pada pertengahan tahun yang lepas, saya berpeluang melawat ke negeriMelaka. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kesan-kesan peninggalan sejarahpenjajah di negeri itu. Semasa saya berada di Bandar Hilir, Melaka, saya tidak melepaskan peluanguntuk melawat Kota A Famosa. Kota ini ialah kota yang dibina oleh tentera Portugis.Kota ini pernah dijadikan kubu pertahanan tentera Portugis pada suatu masa dahulu.Walaupun kota ini telah mengalami kerosakan, bahagian pintu kota ini masih kukuh danterpelihara. Selepas makan tengah hari, saya dan kawan-kawan meneruskan programlawatan. Kami melawat ke makam pahlawan-pahlawan Melaka. Antara lokasi lawatankami makam Hang Jebat. Saya juga berkesempatan melawat ke mahkamah HangTuah dan perigi Hang Tuah. Mengikut cerita dan kepercayaan penduduk tempatan, airperigi Hang Tuah ini boleh dijadikan penawar. Air perigi ini boleh mengubati pelbagaijenis penyakit. Pada sebelah malamnya pula, saya dan kawan-kawan pergi ke Umbai untukmenikmati keenakan ikan bakar. Saya turun ke gigi pantai untuk menikmati keindahanmalam di kota penuh sejarah ini. Semasa saya berada di sini, ramai pelancong asingyang turut menikmati keindahan malam di Melaka sambil menjamu selera. Kira-kira pada pukul sebelas malam, saya dan peserta rombongan berangkatpulang. Kami berasa amat seronok kerana dapat mengikuti lawatan ini. Banyakpengalaman dan pengetahuan yang saya dan kawan-kawan telah peroleh. Melaluilawatan ini, kami dapat melihat dan mengetahui sejarah sesuatu tempat. Saya jugasedar betapa pentingnya penjaga kesan-kesan peninggalan sejarah bagi tatapangenerasi muda yang akan datang. Warisan sejarah merupakan antara aset pelaburannegara kita yang tinggi nilainya. Lokasi-lokasi bersejarah ini menjadi tarikan kepadapara pelancong dari dalam dan luar negara, di samping mampu merealisasikan kempen‘Melawat Malaysia’.Jawab soalan-soalan berikut:1.Pilih pernyataan yang benar tentang Kota A Famosa berdasarkan petikan. A. Dijadikan sebagai pelabuhan utama Melaka.
  2. 2. B. Dijadikan sebagai istana Sultan Melayu Melaka. C. Dijadikan sebagai benteng pertahanan peperangan. D. Dijadikan sebagai pusat pelancongan negeri Melaka.2. Penulis dan rakan-rakannya telah melawat ke tempat-tempat berikutkecuali…………. A. Kota A Famosa B. Perigi Hang Tuah C. Perigi Hang Jebat D. Makam Hang Tuah3. Bilakah penulis dan rakan-rakannya melawat ke Melaka Bandar Raya Bersejarah? A. Bulan Jun B. Bulan Ogos C. Bulan Oktober D. Bulan November4. Penulis dan rakan-rakannya pergi ke pecan Umbai untuk……………. A. makan malam B. minum petang C. membakar ikan D. bersarapan pagi5. Apakah maksud rangkai kata menjamu selera dalam petikan? A. Makan dengan sepuas-puasnya B. Makan sewaktu benar-benar lapar C. Makan makanan yang enak D. Makan makanan yang dihidangkanJAWAPAN PETIKAN 11. C 2. B 3. A 4. A 5.D
  3. 3. PETIKAN 2Jumaat[15 januari 2010]Kami bergegas ke Pelabuhan Redang setelah diberitahu bahawa kami tidak dapatpergi ke Pulau Buru dengan mengunakan helikopter seperti biasa.Helikopter itu rosakketika dalam perjalanan untuk megambil kami.Kami tiba Pelabuhan Redang pada waktupetang dan terpaksa menginap di rumah tumpangan kerana tidak ada bot yangsanggup menghantar kami ke Pulau Buru.Sabtu (16 Januari 2010)Kami bangun awal pagi dan terus ke jeti untuk mencari tekong bot yang beranimeredah laut yang bergelora itu. Kami menemui seorang lelaki yang dikenali sebagiPak Saleh. Pak Saleh sanggup menghantar kami ke Pulau Buru setelah ditawarkanbayaran yang lumayan. Pada pukul 2.00 petang, kami pun berangkat ke Pulau Buru. Setelah dua jamberada di dalam bot yang terumbang-ambing dilambung ombak besar itu, kawan-kawanaku terbaring lesu kerana mengalami mabuk laut. Aku tidak senasib dengan rakan-rakanku kerana aku sudah biasa dengan laut. Waktu senggang itu aku gunakan untukmemancing ikan dari atas geladak. Tiba-tiba enjin bot mati. Pak Saleh turun ke bilik enjin. Setelah diperiksa, rupa-rupanya paip minyak telah pecah. Setelah dua jam membaiki kerosakan tersebut, barulah kami dapat meneruskanperjalanan ke pulau itu. Menjelang malam, barulah kami tiba di Pulau Buru. Kawan-kawanku telah pulih daripada mabuk laut. Kami amemasang khemah agak jauh kedarat. Malam itu, kami tidur dengan nyenyak kerana keletihan.Ahad( 17 Januari 2010)Pagi itu, sebaik-baik terjaga daripada tidur, kami bergerak ke tengah Pulau Buru. Pulauitu berbatu-batan dan ini menyukarkan kami untuk bergerak. Kami menyambung kerjayang terbengkalai pada minggu lalu dengan bantuan pekerja yang tidak pulang bercuti.Menjelang akhir minggu ini, kami menjangka akan mendapat hasil daripada kerja-kerjapenggerudian itu.Jawab semua soalan di bawah.1. Mengapakah penulis dan kawan-kawannya terpaksa pergi ke Pulau Redang? A. kerana di Pulau Redang ada rmah tumpangan B. kerana helikopter tidak dapat mengangkut mereka ke Pulau Buru
  4. 4. C. kerana dari situ mereka akan menaiki bot untuk ke Pulau Redang D. kerana mereka akan bertolak ke Pulau Buru dari pelabuhan Redang2. Perkataan lumayan dalam petikan bermaksud……………… A. besar B. penuh C. luas D. banyak3. Mengapakah kawan-kawan penulis mengalami mabuk laut? A. kerana tidak tahan dilambung ombak besar B. kerana telah biasa dengan laut C. kerana lama berada di dalam bot D. kerana bot itu turun naik di muka laut4. Apakah tujuan utama mereka ke Pulau Buru? A. Untuk berkhemah di pulau tersebut B. Menyambung kerja menggali minyak C. Bagi menentukan pulau itu ada jentera penggerudi D. Melakukan penyelidikan tentang batu-batan di pulau itu5. Berikut ialah perkara yang dilalui penulis dan rakan-rakannya ketika mereka dalamperjalanan ke Pulau Buru kecuali ……….. A. kawan-kawan penulis mabuk laut B. bot yang mereka naiki mengalami kerosakan enjin C. helikopter yang mereka naiki mengalami kerosakan D. mereka sampai di Pulau Buru dalam keadaan letih dan lesuJAWAPAN PETIKAN 21. B 2. D 3. A 4. B 5. C
  5. 5. PETIKAN 3Baca syair di bawah dengan teliti dan fahaminya. Kemudian, jawab soalan-soalanberikutnya. Indah sungguh bumi tercinta, Aman tenteram makmur sekata, Dihormati disanjungi pelbagai negara, Sentiasa berusaha menghindar sengketa. Rakyat hidup berpadu sentiasa, Tiada sengketa tiada prasangka, Bebas bergerak ke mana-mana, Tanpa takut musuh durjana. Hasil mentahnya banyak sekali, Sawit, petroleum juga gas asli, Negara luar ingin membeli, Untuk diproses dijual kembali. Rakyat banyak sumbang tenaga, kereta nasional turut dicipta, Banyak ditempah di merata-rata, Anak watan pastilah bangga. Bangunan tertinggi berdiri megah, tempat npelancongan amatlah indah, Guna menghibur hati yang gundah, Namamu harum tidak disanggah. Kemajuan dicapai terus meningkat, Banyak pelancong telah terpikat, Dari jauh mahupun dekat, Itulah rahmat yang berkat. Jawab soalan di bawah. 1. Apakah tema puisi di atas? A. Pembangunan di Malaysia B. Keamanan Malaysia C. Kemakmuran dan kemajuan Malaysia
  6. 6. D. Kabanggaan 2. Apakah faktor utama yang menyebabkan negara-negara luar mengagumiMalaysia? A. Kebolehan mencipta kereta B. Hasil mentahnya yang banyak C. Keamanan yang dikecapi rakyat Malaysia D. Kebolehan membina bangunan tertinggi di dunia 3. Apakah harapan pemuisi terhadap rakyat Malaysia? A. Bergembira dan menghibur hati setiap masa B. Melancong ke tempat-tempat yang indah C. Bersyukur dan besar hati terhadap negara D. Membeli barang-barang buatan Malaysia 4. Apakah bidang-bidang yang diceburi untuk kemajuan negara? A. Bidang perindustrian, pelancongan, dan pertanian B. Bidang perindustrian dan pelancongan C. Bidang pelancongan dan ketenteramana awam D. Bidang pembuatan secara besar-besaran 5. Puisi rangkap ketiga menunjukkan ……… A. Malaysia mengimport bahan mentah dan mengeksport bahan mentah yang telah diproses. B. Malaysia mengeksport bahan mentah dan mengimport bahan mentah yang telah diproses. C. Malaysia mengimport sama ada bahan mentah ataupun bahan yang telah diproses. D. Malaysia mengeksport sama ada bahan mentah ataupun bahan yang telah diproses. JAWAPAN PETIKAN 3 1. C 2. C 3. C 4. A 5. B
  7. 7. PETIKAN 4Baca surat di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.Setiausaha,Kelab Sains,Sekolah Kebangsaan Taman Suria,80350 Johor Baharu,Johor Darul Takzim.________________________________________________________________Guru Besar,Sekolah kebangsaan Taman Suria,80350 Johor Baharu,Johor Darul Takzim. 5 SEPTEMBER 2008.Tuan,Memohon Kebenaran Untuk Mengadakan Lawatan Ke Pameran SainsDi maklumkan bahawa Kelab Sains telah bermesyuarat dan mengambilkeputusan untuk menganjurkan lawatan ke Pameran Sains yang akan diadakandi Sekolah Kebangsaan Taman Perling, Johor Baharu pada bulan November2008.2. Maklumat tentang lawatan adalah seperti berikut: Tarikh : 3 November 2008 Hari : Sabtu Waktu bertolak : 9.00 pagi Bayaran : RM3.00 Bilangan peserta : 40 orang ahli Kelab Sains Bilangan Guru : 4 orang Guru Penasihat3. Sehubungan itu, pihak kelab juga akan menulis surat memintakebenarankepada ibu bapa murid yang akan menyertai lawatan ini bagimemaklumkan tentang lawatan tersebut. Surat tersebut akan diedarkan kepadamurid-murid terbabit setelah mendapat persetujuan daripada pihak berkenaan.4. Semoga permohonan kami mendapat pertimbangan sewajarnya dansegala kerjasama daripada pihak tuan sangatlah dihargai.Sekian, terima kasih.
  8. 8. Yang benar, Aidil(AIDIL BIN SHAARI)Setiausaha,Kelab Sains,Sekolah Kebangsaan Taman Suria.Jawab soalan di bawah.1. Siapakah Aidil bin Shaari? A. Guru Penasihat Kelab Sains B. Pengerusi Kelab Sains C. Setiausaha Kelab Sains D. Bendahari Kelab Sains2. Perkataan diedarkan sama erti dengan A. disediakan B. dipecahkan C. dibahagikan D. diagihkan3. Mengapakah Aidil menulis surat tersebut? A. Untuk memaklumkan tentang Pameran Sains kepada Guru Besar. B. Untuk meminta keizinan daripada Guru Besar untuk melawat Pameran Sains. C. Untuk memohon kebenaran Guru Besar mengadakan Pameran Sains. D. Untuk menghargai jasa Guru Besar mengadakan Pameran Sains.4. Apakah tujuan surat meminta kebenaran ditulis kepada ibu bapa? A. Untuk memberitahu aktiviti murid. B. Untuk mempelawa mereka menyertai lawatan tersebut. C. Untuk murid meminta keizinan daripada ibu bapa bagi menyertai lawatan D. Untuk menghilangkan rasa cemas mereka tentang lawatan itu.5. Pada pendapat kamu, apakah kebaikan yang akan diperoleh peserta lawatanitu? A. Menimba ilmu tentang sains dan teknologi. B. Mendapat kawan-kawan baru. C. Melihat kawasan Sekolah Kebangsaan Taman Perling.
  9. 9. D. Membuat persediaan untuk mencapai kejayaan dalam mata pelajaran Sains.JAWAPAN PETIKAN 41.C 2.D 3. B 4.C 5. APETIKAN 5Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. Sekolah Kebangsaan Pendeta Za’aba (SKPZ), Seremban, telahmenubuhkan Kelab Pelancongan Murid pada bulan Oktober tahun lalu. Penubuhan kelab itu adalah untuk memberi pelbagai maklumat kepadamurid tentang bidang pelancongan, di samping memperkenalkan destinasi-destinasi menarik di seluruh negara kita. Guru Besar SKPZ, Haji Jamaludin Abu, berkata kelab itu menjadi batuasas membentuk dan memperkenalkan kepentingan industry pelancongannegara dalam ekonomi dan pelancongan. Pembabitan 500 orang murid padaperingkat awal menunjukkan kelab itu berpotensi melangkah lebih jauh. Majlis pelancaran dan perasmian kelab itu telah disempurnakan olehPengarah Pelancongan Negeri Sembilan, Encik Najib Othman. Penasihat kelab berkenaan, Cikgu Lailawati berkata, hasrta menubuhkankelab KPM tercetus sejak awal tahun lalu selepas mengambil contoh kejayaanpenubuhannya di beberapa sekolah di negeri itu. Buat permulaan, ahli kelab giat mengumpul pelbagai risalah, majalah, dankeratan akhbar mengenai industri pelancongan dengan beberapa aktiviti masihdalam perancangan. Beberapa aktiviti akan dianjurkan tidak lama lagi. Antaranya ceramahkerjaya, lawatan ke tempat menarik termasuk pusat homestay, dan MingguKelab Pelancongan dengan aktiviti pertandingan seperti melukis poster danmenulis esei.
  10. 10. 1. Kelab apakah yang baru ditubuhkan di SKPZ? A. Kelab Pelajar B. Kelab Pelancongan Murid C. Kelab Pelancongan Malaysia D. Kelab Pelancong Asing2. Rangkai kata batu asas bermaksud………….. A. penilaian B. usaha C. permulaan D. keputusan3. Berapa orangkah ahli kelab ini apada awal penubuhannya? A. 1 300 orang B. 502 orang C. 84 orang D. 500 orang4. Mengapakah kelab tersebut ditubuhkan? A. Untuk memberi maklumat tentang pelancongan di negara kita. B. Untuk menarik pelancong asing ke negara kita. C. Untuk meningkatkan pelancongan di negara kita. D. Untuk memberi peluang kepada ahli-ahli melancong pada masa cuti.5. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas. A. KPM telah ditubuhkan di beberapa buah sekolah di negeri itu. B. Perasmian KPM SKPZ telah dilaksanakan oleh Encik Najib Othman. C. Ahli-ahli Kelab itu telah melawat ke pusat “homestay”. D. Seorang guru dilantik sebagai guru penasihat kelab itu.JAWAPAN PETIKAN 51. B 2.C 3. D 4. A 5. C
  11. 11. PETIKAN 6 Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya. 8, Taman Seputih Indah, 59100 Kuala Lumpur. 4 Mei 2008. Menemui sahabatku, Heryanto di Jakarta semoga berada dalamkandungan sihat sejahtera. Saya di sini sihat-sihat sahaja.Saudara, Surat saudara telah selamat saya terima pada minggu lepas. Saya memohonmaaf atas keterlewatan membalas surat saudara. Hal ini demikian kerana saya barusahaja tamat menyertai Perkhemahan Tahunan Pasukan Pengakap di Hutan LipurLentang di negeri Pahang. Saya berbesar hati kerana saudara berminat mengetahui tentang permainangasing dalam kalangan masyarakat Melayu di negara saya. Di sini akan saya jelaskanserba sedikit tentang permainan gasing. Permainan gasing sudah dikenali sejak dahulu lagi. Permainan ini biasanyadimainkan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung. Permainan ini bukan sahajadimainkan oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak. Permainan gasing biasanya dimainkan pada waktu petang atau pada hariminggu. Pemain dibahagikan kepada dua kumpulan. Sesiapa yang dapat memangkahgasing lawan dikira sebagai pemenang. Permaianan ini juga boleh dipertandingkanberdasarkan lama pusingan gasing. Permainan gasing diadakan pada masa dahulu untuk menyatukan masyarakatsetempat selain bertanding. Di samping bergembira, masyarakat akan dapat mengenalijiran denganlebih rapat lagi. Setakat ini sahaja yang dapat saya tuliskan untuk saudara. Saya berharap agarsaudara berpuas hati dengan penjelasan saya ini. Akhir kata, sambutlah salamdaripada saya untuk keluarga saudara. Sahabatmu,
  12. 12. HaikalJawab soalan berikut.1. Bilakah permainan gasing selalunya dimainkan? A. Pada waktu pagi dan senja. B. Pada waktu petang atau hari. C. Pada musim cuti sekolah. D. Pada hari-hari cuti umum.2. Berbesar hati bermaksud…………. A. bersedia B. bongkak C. bahagia D. bangga3. Bagaimanakah pemenang permainan gasing ditentukan? A. Boleh bermain gasing dengan baik. B. Putaran gasing paling laju. C. Dia dapat memangkah gasing lawannya. D. Dia mempunyai banyak gasing.4. Pada pendapat kamu, apakah kandungan surat Haryanto kepada Haikal? A. Menceritakan pengalamannya bermain gasing. B. Menceritakan pengalamanya semasa menyertai perkhemahan tahunan pengakap. C. Meminta maklumat tentang salah satu permainan warisan. D. Melaporkan pertandingan permainan gasing yang diadakan di sekolahnya.5. Apakah tujuan permainan gasing diadakan? A. Untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat. B. Untuk mengisi masa lapang kanak-kanak. C. Untuk melatih minda dan menyihatkan badan. D. Untuk menarik minat orang-orang muda membuat gasing.
  13. 13. JAWAPAN PETIKAN 6 1. B 2. D 3. C 4. C 5. APETIKAN 7Baca surat di bawah dan jawab soalan berikut Anwaruddin bin Ahmad, No. 9, Lorong Bakawali 1, Taman Stephen, 88200 KOTA KINABALU, Sabah. 30 OKTOBER 1995 Yang diingati saudaraku Nabil, Apa khabar? Saya di sini berada dalam keadaansihat walafiat dan diharapkan saudara dan keluarga saudara lebih-lebih lagi. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana terlewat membalas surat saudaratempoh hari. Saudara tentu sedar, pada hujung tahun semua pelajar sibuk membuatpersediaan untuk menduduki ujian semester, termasuk saya. Cerita saudara tentang musim buah-buahan, mengingatkan saya beberapakenangan indah ketika berada di kampung saudara tempoh hari. Kita berbual-bual didalam pondok sambil menunggu buah durian gugur. Sebaik-baik sahaja kedengaranbuah durian gugur, masing-masing memasang jamung dan berlari-lari mencari buah itu.Biasanya ayah saudara yang lebih dahulu menjumpai buah durian itu, sementara kitamasih mencangak di bawah pokoknya. Meskipun ayah saudara sudah tua, namunpendengarannya amat tajam dan dia dapat mengecam dengan tepat pokok yang managugur buahnya. Saudara tentu masih ingat, saya terpegang badan landak lalu menjeritkerana ketakutan dan berlari ke arah ayah saudara. Kalian ketawa kerana geli hati.Suasana di dusun itu menjadi riuh-rendah. Kakak saudaralah yang paling kuat
  14. 14. ketawanya. Kepada saya peristiwa itu cukup mengesankan. Dalam surat saudara, saudara bertanya tentang Pulau Sipadan. Pulau ini terletakkira-kira empat puluh kilometer dari bandar Semporna. Kita boleh ke sana denganmenaiki feri atau bot dari Semporna atau Tawau.Pulau Sipadan merupakan salah satu pulau yang tercantik di dunia. Pantainya bersih,putih dan menganjur sepanjang 18 kilometer. Air lautnya amat jernih Tldak hairanlahjikapulau ini berjaya menarik ribuan pelancong saban tahun. Tambahan pula bentukchaletnya yang cantik tetapi sewanya pula tidaklah mahal. Pulau ini ada legendanyadan legenda itu bukanlah menjadi daya penarik kepada para pelancong itu. Parapelancong lebih gemar memancing, menyelam di dasar laut sambil melihat keindahankarangan laut. Menurut legenda itu, kononnya di bawah pulau ini terdapat sebuah guabesar dikenali dengan nama Gua Kubur Penyu. Dipercayai gua ini menjadi tempat tujupenyu jika ia hendak mati. Apabila sampai waktunya penyupenyu itu akan berenangmemasuki gua tersebut dan tidak keluar-keluar lagi. Mungkinkah legenda itu benar?Tiada siapa yang mengetahui hal yang sebenarnya meskipun para penyelam terjumpadengan timbunan kulit penyu di kawasan itu. Jika saudara ke sini, akan saya bawa saudara ke pulau ini. Pulau Sipadanmenanti saudara. Sampai di sinilah coretan saya. Sehingga kita bertemu di lembaranlain, salam mesra yang berkekalan untuk saudara sekeluarga. Terima kasih. Sahabatmu, ________________ (Anwaruddin b. Ahmad)1. Apakah maksud frasa lebih-lebih lagi dalam petikan itu? A. Anwaruddin berharap keluarga penulis sentiasa sihat. B. Penulis berharapkan kawannya serta keluarganya lebih sihat.
  15. 15. C. Penulis serta keluarganya dan keluarga Anwaruddin lebih sihat lagi. D. Semua pihak berada dalam keadaan lebih sihat walafiat.2. Maksud perkataan tajam dalam petikan di atas ialah A. baik B. cekap C. galak D. mudah3. Apakah peristiwa yang sukar dilupai oleh penulis ketika berada di dusun durian itu? A. Duduk di atas dangau sambil menunggu buah durian gugur. B. Suasana riuh ketika mencari buah durian yang gugur. C. Gelak ketawa kakak yang kuat itu. D. Penulis teraba belakang landak dan semua orang ketawa.4. Maklumat manakah yang tidak benar tentang Pulau Sipadan? A. Pantainya putih dan memanjang sejauh 18 kilometer. B. Para penyelam gemar melihat keindahan dasar laut. C. Chaletnya elok dan sewanya pula murah. D. Pelancong datang setelah mendengar legenda itu.5. Gua Kubur Penyu mendapat namanya mungkin sekali kerana A. di situ tempat tuju penyu jika ia hendak mati. B. di situ tempat penyu keluar masuk. C. di situ terjumpanya banyak kulit penyu. D. gua itu menjadi tumpuan pelbagai jenis penyu.
  16. 16. JAWAPAN PETIKAN 7 1.B 2.A 3.D 4.D 5. CPETIKAN 8Baca berita di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.KUANTAN- Pantai Batu Hitam yang terletak 14 kilometer dari bandar ini, bukan sahajaterkenal sebagai pusat pelancongan, malahan menjadi tumpuan orang ramai yanggemarkan makanan laut. Resort dan gerai-gerai yang terdapat di sini menyediakan pelbagai masakanberasaskan sumber laut, misalnya kepah, remis, siput, ketam dan ikan. Di samping itupantai ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan yang datang untuk memungut kulit-kulit siput. Kulit-kulit siput yang pelbagai warna danbentuk itu dijadikan perhiasan. Lautyang terbentang itu juga kaya dengan ikan yang menjadi punca rezeki kepadanelayan-nelayan di sekitar kawasan itu. Pantai Batu Hitam berbeza dengan pantai-pantai lain di negeri Pahang atau negeri Terengganu. Jika pantai-pantai di negeri lainberpasir, di sini pantainya dipenuhi dengan batu-batu yang agak besar dan berwarnakehitam-hitaman. Barangkali kerana inilah pantai itu mendapat namanya. Pantai ituyang melengkung dan membentuk teluk serta dilatari dengan bukit yang menghijaumenambahkan keindahan Pantai Batu Hit am. Jadi tidak hairanlah jika setiap hujungminggu pantai ini sesak dengan para pengunjung.1. Pantai Batu Hitam menjadi tumpuan ramai kerana sebab -sebab berikut kecuali A. makanan laut yang pelbagai jenis B. di pantai itu terdapat kulit siput yang cantik. C. lautnya yang kaya dengan pelbagai jenis ikann pantainya menjadi pusat pelancongan. D. pantainya menjadi pusat pelancongan2. Laut yang menghadap Pantai Batu Hitam mungkin sekali
  17. 17. A. Laut Pantai Batu Hitam. B. Laut China Selatan C. Laut Pahang D. Laut China3. Maksud frasa punca rezeki dalam petikan di atas ialah A. laut yang terbentang itu terdapat banyak ikan B. nelayan-nelayan di sekitar Pantai Batu Hitam mendapat rezeki dari laut. C. ikan merupakan sumber pendapatan semua penduduk Pantai Batu Hitam D. laut merupakan punca pendapatan kepada nelayan di kawasan Pantai Batu Hitam4. Apakah yang membezakan Pantai Batu Hitam dengan pantai-pantai lain di negeri Pantai Timur itu? A. Keadaan pantai yang berpasir hitam B. Keadaan pantainya yang berbatu-batan hitam C. Keadaan pantainya yang melengkung D. Bukit yang menjadi latar belakang pantai5. Semua perkara berikut benar tentang Pantai Batu Hitam kecuali A. pantai itu menjadi terdapat kemudahan penginapan B. terdapat banyak gerai makanan di kawasan pantai itu C. pantai itu berteluk, melengkung serta indah D. pantai itu kaya dengan dengan pelbagai jenisJAWAPAN PETIKAN 8 1. C 2. B 3. B 4. D 5. CPETIKAN 9
  18. 18. Baca iklan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. CUTI-CUTI MALAYSIAPAKEJ 1: SAFARI PAYA BAKAU LANGKAWI (2 hari/1 malam) – Bertolak dariLangkawi. Kadar terendah, RM199.• Kemudahan: penginapan, pengangkutan pergi balik dari jeti/lapangan terbang ke hotel, dan makanan.• Aktiviti: memberi helang makanan, melawat ke kilang arang, safari di sungai paya bakau, melawat kolam ikan, berenang di pantai tersembunyi, dan meneroka gua – Gua Kelawar, Gua Legenda, dan Gua Buaya.PAKEJ 2: TAMAN NEGARA ENDAU–ROMPIN (3 hari/2 malam) – Bertolak dariKahang. Kadar terendah, RM440.• Kemudahan: penginapan, makanan, dan pengangkutan.• Aktiviti: merentas hutan, berenang, memancing, berkayak, berjalan pada waktu malam, melawat ke Taman Herba.PAKEJ 3: AIR TERJUN SEKAYU – Bermula di Kuala Terengganu. Lawatan hariandengan kadar terendah, RM55 (Minimum, 3 orang).• Kemudahan: makan tengah hari, pengangkutan, dan pemandu pelancong.• Aktiviti: bersiar-siar dan melawat ke pusat penerangan, menikmati pemandangan tasik dan Sungai Terengganu, menikmati buah-buahan di dusun buah-buahan tropika Sekayu, dan merentas Air Terjun Sekayu hingga sampai di puncaknya.PAKEJ 4: SUNGAI REJANG (lawatan separuh hari). Bertolak dari Sibu. Kadarterendah, RM150.• Kemudahan: pengangkutan bot laju menyusuri Sungai Rejang.• Aktiviti: menikmati pemandangan bandar Sibu, melawat ke kilang membina kapal, kilang kayu balak, kilang papan lapis, perkampungan nelayan, dan rumah panjang. Ayuh, bercuti dan berehatlah bersama dengan keluarga! Pilihlah mana-mana
  19. 19. destinasi yang anda sukai. Bersedialah untuk dibawa arus yang hebat cabarannya. Hubungilah kami, Agensi Pelancongan As-Har di nombor telefon 03-7876 1771 untuk kemudahan anda.6. Tentang apakah iklan di atas? A program khusus untuk menjayakan kempen Cuti-cuti Malaysia B pakej pelancongan bersempena dengan kempen Cuti-cuti Malaysia C agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian D destinasi pelancongan di Malaysia7. Pakej pelancongan manakah yang sesuai sekali untuk keluarga yang tidak menggemari aktiviti lasak? A pakej 1 B pakej 2 C pakej 3 D pakej 48. Mengapakah kemudahan penginapan tidak disediakan dalam Pakej 3 dan Pakej4? A kerana kadar yang dikenakan agak rendah B kerana tempoh lawatan kurang daripada semalam C kerana pengunjungnya di kalangan penduduk setempat9. Penyataan yang berikut benar tentang iklan di atas, kecuali... A pakej tersebut disediakan oleh Agensi Pelancongan As-Har. B semua destinasi dalam pakej pelancongan itu letaknya di Semenanjung Malaysia.
  20. 20. C kadar minimum untuk setiap pakej ialah antara RM55 hingga RM440. D destinasi kunjungan pelancong ada kaitannya dengan “air”.10. Secara keseluruhannya, semua pakej pelancongan tersebut menggalakkan para pengunjung... A melawat sambil berhibur. B beriadah dan menikmati keindahan alam. C menjamu selera di samping berpesta. D menghilangkan tekanan perasaan.JAWAPAN PETIKAN 9 1. C 2. D 3. B 4. B 5. BPETIKAN 10Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. PESTA COUNTDOWNDatanglah ke Pesta Countdown di Zoo Negara dan bersama-sama menikmatikeseronokan, kemeriahan dengan pelbagai pertunjukan, permainan, pertandingan, danberpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik. Anda juga berpeluang melancongke Pulau Langkawi jika dapat menjawab soalan-soalan kuiz dengan tepat ; .Tarikh : Ahad, 19 November 1995.Masa : Mula pukul 10.30 pagi.
  21. 21. Tujuan : Menyambut kempen "Sayangi Haiwan Kita" dan Ulang Tahun ke -5 Kelab CountdownPenganjur : Kelab Countdown, Zoo Negara Malaysia, Persatuan Pencinta Alam dengan kerjasama akhbar Berita Harian dan Merpati Airlines.Tempat : Zoo Negara.Peserta : Terbuka kepada ahli-ahli Kelab Countdown dan warga kota yang berusia 9 hingga 12 tahun sahaja.Cara Penyertaan : Sila daftarkan nama anda di kaunter khas yang akan dibuka di Zoo Negara pada hari tersebut atau jika anda ahli Kelab Countdown, sila telefon Pejabat Countdown.Bayaran : Tiada bayaran masuk untuk menyertai acara -acara itu tetapi kepada Pemegang kad Countdown bayaran masuk ke Zoo Negara diberi potongan 20%.Aturcara :Pagi : - Pertandingan melukis reptilia yang terdapat di Zoo Negara. Pertunjukan singa laut.Petang : - Pertandingan kuiz. Soalan-soalan berdasarkan kehidupan haiwan-haiwan yang terdapat di zoo ini. Pertandingan makan ais krim dan minum Coke.Berhibur dengan badut.Catatan:_ Hadiah melancong ini ditaja oleh Merpati Airlines. (undian akan dijalankan jika ramaipeserta yang dapat menjawab dengan betul untuk menentukan hanya seorangpemenang yang bertuah itu)_ _ Buktikan anda warga kota dengan membawa dokumen yang perlu._ _ _ Sebelum menjawab kuiz ini anda dikehendaki mendapatkan maklumat -maklumat tentang haiwan yang terdapat di zoo melalui pemerhatian.1. Jangan lepaskan peluang istimewa ini bermaksud A Jangan lepaskan peluang ke pesta ini B. Jangan lepaskan peluang ke Zoo Negara
  22. 22. C. Jangan lepaskan peluang memenangi hadiah-hadiah D. Jangan lepaskan peluang melancong ke Pulau Langkawi2. Mengapakah pesta ini diadakan? A. Sempena pembukaan Zoo Negara dan Ulang Tahun Kelab Countdown. B. Sempena Ulang Tahun Kelab Countdown C. Sempena kempen "Sayangi Haiwan Kita" D. Sempena kempen dan merayakan ulang tahun ke-5 Kelab Countdown3. Jika kamu ingin menyertai pesta itu, bagaimanakah caranya? A. Jika anda bukan ahli kelab Countdown, bawa surat pengesahan daripada ibu bapa B. Mendaftar diri terlebih dahulu C. Menjadi ahli Kelab Countdown terlebih dahulu D. Datang pada waktu yang ditetapkan ke Zoo Negara4. Apakah dokumen yang perlu dibawa untuk membuktikan seseorang itu warga kota? A. Surat daripada ibu bapa B. Surat daripada pihak sekolah C. Kad Kelab Countdown D. Surat Beranak5. Semua pernyataan berikut benar tentang pesta itu kecuali A. pesta itu diadakan pada hari minggu 19 November 1995 B. bayaran masuk untuk semua peserta dikurangkan sebanyak 20% C. pendaftaran dibuka di kaunter khas di Zoo Negara D. hanya satu sahaja hadiah melancong ke Pulau Langkawi disediakan
  23. 23. JAWAPAN PETIKAN 101. C 2. D 3. B 4. D 5. B

×