Koleksi Contoh Karangan 2

41,457
-1

Published on

Published in: Education
2 Comments
46 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
41,457
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
2
Likes
46
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Koleksi Contoh Karangan 2

  1. 1. KEPERIHALAN/ GAMBARAN MELAWAT KE MENARA KUALA LUMPUR Pada cuti persekolahan yang lalu, saya dan keluarga telah melawat ke Menara KualaLumpur. Menara Kuala Lumpur terletak di atas puncak Bukit Nanas. Menara Kuala Lumpur telah direka bentuk oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Menaraini memperlihatkan kesenian yang bercirikan warisan Islam. Projek pembinaan menara inimerupakan usaha sama Telekom Malaysia dan Wayss & Freytag AG dari German. Menara Kuala Lumpur adalah menara telekomunikasi yang keempat tertinggi di dunia.Tinggi menara ini ialah 421 meter dan kos pembinaannya menelan belanja hampir RM 300 juta. Menara ini telah dirasmikan oleh Perdana Mentri Malaysia keempat iaitu Tun DoktorMahathir Bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Majlis perasmiannya dijalankan secara gilang-gemilang. Ia disertakan dengan pertunjukan bunga api dan pancara cahaya laser. Menara Kuala Lumpur dibahagikan kepada empat bahagian iaitu tapak menara, pelantaruntuk pelancong, terowong menara dan kepala enam tingkat. Menara Kuala Lumpur ini merupakan mercu tanda kebanggan rakyat Malaysia. Menaraini juga membekalkan perkhidmatan telekominikasi yang canggih.
  2. 2. CATATAN CATATAN KE PULAU PANGKORSabtu 28 Ogos 2010Aku dan kawan-kawan bertemu di Stesen Bas Ipoh. Selaku ketua perkhemahan, akumemastikan semua peralatan dan barang-barang keperluan untuk berkhemah dibawa.Kemudian, kami mengambil bas menuju ke Lumut. Perjalanan menuju ke Lumut mengambilmasa selama dua jam. Sampai di Lumut, kami menuju ke jeti. Kelihatan ramai orang di jeti.Masing-masing menunggu feri untuk menuju ke Pulau Pangkor. Tiba di Pulau Pangkor, kami menaiki bas pelancong menuju ke Teluk Nipah. Di Teluk Nipahkami memilih tempat yang baik untuk mendirikan khemah. Aku dan Rasyid ditugaskanmemasak makanan sementara Kam Choon, Ravi dan Ridzuan mendirikan khemah. Setelahsemuanya selesai, kami ke pantai untuk mandi-manda. Kelihatan ramai orang di pantai. Adayang datang bersama-sama keluarga dan kawan-kawan. Terdapat juga pelancong asing di situ.Aku dan kawan-kawan berasa gembira kerana akhirnya rancangan kami untuk berkhemah diPulau Pangkor tercapai. Pada waktu malam, kami membuat unggun api setelah selesai makan malam. Angin yangbertiup sungguh nyaman. Tiba-tiba angin yang bertiup bertukar menjadi kencang. Aku dankawan-kawan menjadi kelam kabut. Khemah yang kami dirikan hampir-hampir diterbangkan.Aku, Kam choon dan Ravi memegang khemah, sementara itu Rasyid dan Ridzuan membetulkankhemah dan tali-tali yang telah tercabut. Hujan yang turun mencurah-curah menyebabkanbadan kami menggigil. Malahan khemah kami turut basah dimasuki air hujan. Pada malam itukami berjaga sehingga pukul 3 pagi. Kami akhirnya tertidur di dalam khemah yang basah itudalam kesejukan.
  3. 3. Ahad, 29 Ogos 2010Pagi- pagi lagi kami telah bangun. Kami mengemaskan kawasan perkhemahan dan bersediauntuk pulang. Selepas mengambil sarapan di gerai yang berhampiran, kami menaiki baspelancongan menuju ke jeti Pulau Pangkor. Kami sempat singgah ke kedai untuk membelimakanan laut yang banyak dijual di situ. Selepas itu kami menaiki feri menuju ke jeti Lumut.Kami kemudiannya menaiki bas menuju ke Ipoh. Walaupun terasa penat dan letih, kami berasagembira.
  4. 4. LAPORAN LAPORAN LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS Pada 14 September 2010 seramai 35 orang ahli Persatuan Bahasa Melayu SekolahKebangsaan Idris, Tapah telah membuat lawatan ke Cameron Highlands. Kami bertolak darisekolah tepat pada pukul 8.00 pagi bersama-sama dengan tiga orang guru pengiring. Tempat pertama yang kami lawati ialah apabila tiba di Cameron Highlands ialah kebunsayur. Di sini terdapat pelbagai jenis sayur-sayuran ditanam. Antaranya ialah asparagus, kubisbunga, lobak merah dan sawi. Tanam-tanam di sini subur sekali. Kemudian, kami melawat ke kebun bunga pula. Bunga ros yang ditanam di sinimempunyai kuntum yang besar dan cantik. Guru-guru kami tidak melepaskan peluang untukmembeli beberapa jambak bunga ros. Apabila kami tiba di lading the, kami lihat pekerja-pekerja sedang memetik daun the.Daun the yang dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang dibawa di belakang mereka. Penyeliayang berada di situ sempat memberi penerangan kepada kami tentang cara-cara the diproses. Sebelum pulang, kami menghabiskan masa dengan berkelah di air terjun. Di situ, kamimandi-manda dan menikmati bekalan yang kami bawa. Kami tiba di Tapah pada pukul 5.00petang. Lawatan ini memberi manfaat yang besar kepada kami. Pada bulan hadapan, kamibercadang untuk melawat ke tempat lain pula.Laporan disediakan oleh, 1OKTOBER 2010Hashimah(HASHIMAH BINTI HASHIM)Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,Sekolah Kebangsaan Idris, Tapah.
  5. 5. KEPERIHALAN/ GAMBARAN BERKELAH DI AIR TERJUN Pada hari Sabtu yang lalu, saya, Muthu dan Ah Lim telah berkelah di air terjun cemarahyang terletak kira-kira 10 km dari tempat tinggal kami. Sejak awal pagi lagi, kami telahberbasikal menuju ke kawasan air terjun tersebut. Kami turut membawa bekalan makanan danpakaian. Kami tiba di kawasan air terjun tersebut kira-kira pukul 8.00 pagi. Kedinginan pagi masihterasa. Kabus tebal masih menyelubungi kawasan air terjun itu. Keheningan pagi benar-benarmemberi ketenangan kepada kami. Kami menyandarkan basikal di bawah pokok dan berehatseketika sambil menghirup udara segar. Sambil berehat, kami memerhatikn beberapa orang pengunjung sedang mandi-manda.Kami meletakkan bekalan dan pakaian di bawah sepohon pokok yang rending. Saya, Muthudann Ah Lim kemudiannya menukar pakaian untuk mandi-manda. Air terjun yang jernih dandingin benar-benar menyegarkan badan. Kami mandi-manda sambil bergelak-ketawa. Kerana terlalu seronok mandi, kami tidak sedar matahari telah tinggi. Perut kami punsudah berkeroncong. Tanpa membuang masa, kami pun naik lalu menjamu selera. Sayamengajak kawan-kawan merasai bekalan air hasil air tangan ibu. Muthu dan Ah Lim memujikeenakan masakan emak saya seperti karipap, lontong, rendang ayam dan nasi himpit. Sayahanya tersenyum bangga. Kami duduk berbual-bual di bawah pokok sambil ekor mata memerhatikan gelagatorang berenang dan bersuka ria di dalam air. Sungguh lucu apabila melihat gelagat sesetengahpengujung di situ. Pada pukul 4 petang, kami pun berangkat pulang. Walaupun fizikal kami berasa letih,mental kami cukup segar. Kami berpeluang menikmati alam semulajadi di air terjun sambilmenenangkan fikiran dari kesibukan kota.
  6. 6. SYARAHANFAEDAH MELANCONG Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, tuan-tuan, puan-puan danhadirin sekalian. Saya berbesar hati kerana diberi peluang menyertai pertandingan syarahan ini. Melancong memberi banyak faedah. Biasanya kita melancong bersama keluarga atausecara bersendirian. Tempat yang biasa dilawati ialah tempat yang menarik hati dari segikeindahan, pemandangan, dan sejarah. Kita dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman dengan melancong. Jika kita ke luarnegara, kita dapat mengetahui kebudayaan dan adat resam negara itu. Di samping itu, kita juga boleh menarik pelancong-pelancong luar negara datang kenegara kita. Pelancongan juga dapat meningkatkan taraf ekonomi sesebuah negara hasildaripada kemasukan wang pelancongan asing. Oleh itu saya berharap perusahaan pelancongan mendapat perhatian daripada rakyatdan juga kerajaan. Dengan ini, secara tidak langsung negara kita dapat diperkenalkan di matadunia. Sekian, terima kasih.
  7. 7. CATATAN CATATAN KE KUALA LUMPUR28 Februari 2010 Aku selamat tiba di Hentian Pudu Raya. Pak Long telah menjemputku. Kemudian, Pak Longmembawa aku pulang ke rumahnya. Malangnya kereta kami terperangkap dalam kesesakanlalu lintas.1 Mac 2010 Pertama kali aku menaiki komuter. Aku berasa sungguh gementar berbaur seronok. PakLong membawa aku melawat Pasar Budaya. Aku terpegun melihat keindahan kraf tangan yangdipamer dan dijual di situ. Aku tertarik kepada sebuah gambar pemandangan, lalu membelinyadengan harga RM50.00.2 Mac 2010 Aku melawat Muzium Negara. Banyak artifak yang bersejarah dipamerkan untuk tantapanpengunjung. Selepas itu aku melawat Menara Kuala Lumpur. Dari puncak menara aku dapatmelihat panorama Bandar Raya Kuala Lumpur.3 Mac 2010 Aku bangun awal. Selepas bersarapan pagi, Pak Long menghantar aku ke stesen kereta apiKuala Lumpur. Aku bertolak pulang ke Kota Bharu pada pukul 7.40 pagi.
  8. 8. DIALOG / PERBUALANPenyu Bertelur(Pak cik Yusuf dan keluarganya sedang duduk dalam gelap. Hanya pelita ayan yang suramcahayanya dipasang pada ketika itu.)Azman : Ayah, mengapa kita mesti duduk dalam gelap ini?Ayah : Kalau cerah nanti, penyu tidak mahu naik ke pantai. Tak dapatlah kita melihat penyu bertelur.Ina : Mengapa penyu tidak mahu naik? Penyu takutkan cahayakah, ayah?Ayah : Penyu tidak takut akan cahaya. Cumajika keadaan persekitarannya cerah penyu akan tahu bahawa tempat itu ada orang. Jadi ia rasa dirinya tidak selamat.Adik : Biasanya, pada bulan berapa penyu ini bertelur, emak?Emak : Setahu emak, penyu bertelur pada bulan Mei hingga Ogos pada setiap tahun.Ina : Kenapa di pantai Rantau Abang sahaja penyu bertelur?Ayah : Sebenarnya di pantai-pantai lain pun ada penyu bertelur. Cuma penyu belimbing yang banyak bertelur di Rantau Abang.Adik : Ayah, cuba lihat itu. Penyu sudah naik ke pantai.Azman : Ayah, kenapa semasa bertelur air mata penyu meleleh. Ia menangiskah, ayah?Ina : Kenapa penyu itu menangis?Emak : Agaknya penyu itu menangis mengenangkan nasib telur-telurnya.(Mereka sekeluarga duduk sambil memerhatikan penyu itu bertelur)Ayah : Sudah dapat melihat bagaimana penyu bertelur?
  9. 9. Ina : Sudah, ayah. Saya rasa ini pengalaman baru dalam hidup saya.Azman : Man pun begitu.
  10. 10. BERITA LABUAN PULAU TERCANTIK DI DUNIALABUAN, Ahad – Kerajaan akan membangunkan Pulau Labuan sebagai satu daripada destinasipelancongan utama di dunua. Pelbagai usaha akan dilakukan untuk memperindahkan landskappulau itu. Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, “Semua rakyattermasuk kakitangan kerajaan, swasta dan pertubuhan sukarela perlu berganding bahu agarkebersihan dan keindahan Labuan dapat dipertingkatkan”. Kerajaan juga sedang berusaha mengadakan publisiti dan promosi mengenaipulau berkenaan. Di samping itu, projek pembinaan lapangan terbang yang baru banyakmemberi manfaat kepada penduduk setempat dan para pelancong. Pelbagai kemudahanberiadah seperti tempat berjoging, menungang kuda dan aktiviti berbasikal mengelilingi pulautelah diwujudkan sebagai pusat tarikan pelancong berjalan lancar. Sejumlah besar peruntukan telah disediakan bagi memastikan usaha menjadikan Labuansebagai pusat tarikan pelancong berjalan dengan lancar.

×