• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kamus Perumpamaan
 

Kamus Perumpamaan

on

  • 33,840 views

 

Statistics

Views

Total Views
33,840
Views on SlideShare
32,940
Embed Views
900

Actions

Likes
10
Downloads
0
Comments
0

15 Embeds 900

http://bmperumpamaan.blogspot.com 625
http://megazilapgsr.blogspot.com 166
http://norakilin.blogspot.com 39
http://cikguyati1963.blogspot.com 30
http://www.norakilin.blogspot.com 18
http://bmperumpamaan.blogspot.sg 4
http://bmperumpamaan.blogspot.com.br 4
https://www.google.com 3
https://twitter.com 2
http://bmperumpamaan.blogspot.de 2
http://www.google.com 2
https://www.facebook.com 2
http://bmperumpamaan.blogspot.hk 1
http://bba7205.1bestarinet.net 1
https://www.google.com.my 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Kamus Perumpamaan Kamus Perumpamaan Document Transcript

    • KAMUS Seperti cicak makan kapur… gulpp…Seperti belut pulang kelumpur. Seperti anjing dengan kucing Bagai punggur rebah.
    • Aa1. Bagai anjing dengan kucing.Maknanya : Dua orang yang suka berkelahi.Ayat : Azlinda dan Mary sering bertengkar apabila bertemu bagai anjing dengan kucing.2. Seperti anai-anai berbaris.Maknanya : Jumlah manusia yang sangat ramai dalam sesuatu majlis atau perhimpunan.Ayat : Tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan itu terlalu ramai seperti anai-anai berbaris.3. Seperti anak ayam kehilangan ibu.Maknanya : Orang yang kehilangan tempat bergantung.Ayat : Apabila ibu dan bapanya meninggal dunia dlam kemalangan jalan raya, hidup Ahmad seperti anak ayam kehilangan ibu.
    • 4. Bagai ayam berak kapurMaknanya : Kelihatan letih, lesu dan tidak bermaya.Ayat : Semenjak menghidap penyakit ganjil itu, Sulaiman kelihatan tidakbermaya. Keadaannya bagai ayam berak kapur.5. Seperti anjing berebut tulang.Maknanya : Orang yang tamak dalam perebutan harta.Ayat : Dua bersaudara itu bermusuh kerana tamak dan berebutkan hartaseperti anjing berebut tulang. Bb Bagaimana acuan begitulah kuihnya.Maknanya : Tingkah laku dan perangai seseorang anak dipengaruhi oleh tingkah laku atau perangai bapanya.Ayat : Ibu dan bapa mestilah menunjukkan perilaku yang baik kepada anak-
    • anak kerana perkara ini akan mempengaruhi mereka, seperti kata pepatah Melayu, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Bagai balak terendam.Maknanya : Orang yang terlalu gemuk dan malas untuk berjalanAyat : Anak orang kaya yang berbadan besar itu bagai badak terendam kerana asyik duduk sahaja. Seperti belangkas.Maknanya : Dua orang yang terlalu intim perhubungannya dan tidak dapat dipisahkan.Ayat : Setelah berkenalan begitu lama, Azni dan Ramli sudah menjadi seperti belangkas dan tidak dapat dipisahkan lagi. Seperti belut pulang ke lumpur.Maknanya : Orang yang pulang ke tempat asalnya selepas puas merantau.
    • Ayat : Abang Atan pulang ke kampungnya selepas tujuh tahun merantau seperti belut pulang ke lumpur. Seperti budak sapu hingus.Maknanya : Orang yang mendapat malu dalam sesuatu majlis.Ayat : Pertengkaran antara Siva dan Raj dalam majlis hari jadi itu amat memalukan seperti budak sapu hingus. Bagai bulan dipagar bintang.Maknanya : Gadis yang cantik dikelilingi oleh gadis-gadis cantik yang lain.Ayat : Puteri yang jelita itu bagai bulan dipagar bintang apabila dikelilingi dayang-dayang yang cantik.
    • Cc Bagai cacing kena air panas.7.Maknanya : Tidak tenang atau gelisah kerana susah atau malu.Ayat : Kehidupan keluarga itu bagai cacing kena air panas sejak rumah mereka diceroboh orang. Seperti cicak makan kapur.8.Maknanya : Mendapat malu dalam sesuatu majlis kerana kesalahan sendiri.Ayat : Majlis hari jadi Maria terpaksa dibatalkan kerana bekalan elektrik di rumahnya telah dipotong. Maria begitu malu seperti cicak makan kapur.9. Seperti cincin dengan permata.Maknanya : Pasangan yang amat sesuai dan sepadan.Ayat : Pasangan pengantin itu sama cantik dan sepadan seperti cincin dengan permata.
    • 10. Bagai cacing gila.Maknanya : Perempuan yang suka bertandang dan berpergian.Ayat : Puan Rukumani bagai cacing gila kerana dia suka bertandang ke rumah jirannya tanpa mengira waktu. Dd11. Bagai dakwat dengan kertas.Maknanya : Tidak pernah berpisah atau sangat padan.Ayat : Saya berasa sungguh kagum melihat hubungan ayah dan emak yang bagai dakwat dengan kertas.12. Bagai denai gajah lalu.Maknanya : Tidak boleh menyembunyikan sesuatu perkara yang besar.Ayat : Berita seorang murid sekolah itu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah sudah tidak dapat diselindungkan lagi bagai denai gajah lalu.
    • 13. Umpama duduk di atas duri.Maknanya : Keadaan yang gelisah, risau dan tidak tenteram.Ayat : Sejak guru disiplin menjalankan penyiasatan, Adnan umpama duduk di atas duri. Dia takut perbuatannya merokok di dalam tandas akan terbongkar.14. Bagai duri dalam daging.Maknanya : Sesuatu hal yang tdak menyenangkan hati.Ayat : Pengurus pasukan bola sepak itu sudah mengenal pasti pemain-pemain yang bersikap bagai duri dalam daging kerana sanggup melakukan perkara yang tidak diingini. Ee15. Bagai emak mandul baru beranak.Maknanya : Kegembiraan atau perasaan kasih sayang yang amat sangat.Ayat : Hamid terlalu gembira bagai emak mandul baru beranak apabila diumumkan sebagai pemenang pertama pertandingan melukis.
    • 16. Seperti embun di atas daun.Maknanya : Niat yang sering berubah.Ayat : Minggu lepas, Azizul berjanji dengan kawan-kawannya mahu berkelah, sekarang dia mahu melawat ke Taman Negara pula. Sikapnya itu seperti embun di atas daun.17. Seperti embun di hujung rumput.Maknanya : Sesuatu yang tidak kekal. Lama- kelamaan akan hilang juga.Ayat : Tidak sampai setahun usia perkahwinan penyanyi itu, mereka sudah bercerai. Kasih mereka tidak berkekalan seperti embun di hujung rumput. Gg18. Bagai gagak menggonggong telur.Maknanya : Perempuan hodoh berpakaian cantik.Ayat : Penampilan wanita itu agak keterlaluan bagai gagak menggonggong telur.
    • Seperti gergaji dua mata.19.Maknanya : Orang yang menjadi orang suruhan atau orang tengah kepada dua belah pihak. Akhirnya mendapat keuntungan daripada kedua-duanya.Ayat : Razali sanggup menjadi orang suruhan pihak yang tidak bertanggungjawab semata-mata untuk mendapatkan wang. Perangainya itu dianggap seperti gergaji dua mata. Bagai gelegar buluh.20.Maknanya : Orang yang suka bercakap besar.Ayat : Penduduk kampung berasa kurang senang dengan sikap pemuda itu kerana suka bercakap besar bagai gelegar buluh. Seperti gunting makan di hujung.21.Maknanya : Orang yang tajam kata-katanya, tetapi tidak terasa ketajamannya kerana bijak menyusun kata-kata.Ayat : Mak Timah berasa kecil hati mendengar kata-kata Mak Leha yang seperti gunting makan di hujung, bunyinya lembut tetapi sangat
    • menghiris perasaan. Hh Seperti halilintar membelah bumi.22.Maknanya : Keadaan bunyi yang sangat kuat.Ayat : Bunyi tembakan sebanyak dua puluh satu das itu sangat kuat seperti halilintar membelah bunyi.23. Seperti harapkan pagar, pagar makan padi.Maknanya : Mengharapkan orang menolong kita, akhirnya orang itu pula merosakkannya.Ayat : Pak Seman mengharapkan Darus menjaga dusun duriannya, tetapi Darus telah menjual semua durian itu. Nasib Pak Seman seperti harapkan pagar, pagar makan padi. Seperti harimau menyembunyikan kuku24.Maknanyamenyembunyikan kukunya. tetapi tidak menunjukkan : Orang yang berkuasa atau berani kelebihannya.Ayat : Fahmi seorang yang berpengalaman dalam bidang perniagaan tetapi dia tidak suka menunjukkan kelebihan yang ada pada dirinya seperti
    • harimau menyembunyikan kukunya. Bagai haruan makan anak25.Maknanya : Perbuatan bapa yang jahat sanggup menganiaya atau merosakkan anak sendiri.Ayat : Pihak polis telah berjaya menangkap seorang lelaki yang disyaki memperkosa anaknya sendiri bagai haruan makan anak. Ii Seperti ikan dalam belat.26.Maknanya : Keadaan sesuatu tempat yang sangat sesak.Ayat : Pada malam tahun baru, keadaan di Dataran Merdeka terlalu sesak dengan pengunjung seperti ikan dalam belat.
    • 27. Seperti ikan kena tuba.Maknanya : Penduduk di suatu tempat mendapat bencana atau kemalangan secara beramai-ramai.Ayat : Hampir semua rumah di kawasan setinggan itu musnah dijilat api. Kejadian mereka seperti ikan kena tuba.28. Bagai itik pulang petang.Maknanya : Orang yang berjalan dalam keadaan berlenggang-lenggok dan perlahan.Ayat : Murid-murid yang keletihan setelah menjalani latihan sukan berjalan pulang bagai itik pulang petang.29. Seperti itik mendapat air.Maknanya : Orang yang terlalu gembira mendapat sesuatu yang diidamkan.Ayat : Rudi begitu gembira bagai itik mendapat air apabila ayahnya memberikannya sebuah komputer riba sempena hari jadinya.
    • Kk Seperti kacang lupakan kulit.30.Maknanya : Orang yang tidak tahu mengenang budi.Ayat : Khali dianggap seperti kacang lupakan kulit kerana tidak mahu pulang ke rumah ibu bapa angkatnya selepas berjaya dalam hidup.31. Bagai kambing dihalau ke air.Maknanya : Memaksa seseorang melakukan sesuatu perkara yang tidak disukainya.Ayat : Encik Rahman sedar anak-anaknya bagai kambing dihalau ke air jika disuruh membantunya bekerja di ladang kelapa sawit.32. Bagai katak di bawah tempurung.Maknanya : Orang yang berfikiran sempit dan kurang berpengetahuan.Ayat : Walaupun Adli seorang yang mewah tetapi dia malas membaca dan
    • suka bersendirian menyebabkan hidupnya bagai katak di bawah tempurung.33. Seperti katak kena simbah air.Maknanya : Orang yang terpegun dan tidak dapat menjawab sebarang soalan.Ayat : Badrul yang sedang berkhayal hanya mendiamkan diri seperti katak kena simbah air apabila disoal oleh gurunya.34. Seperti kera dapat bunga...Maknanya : Orang yang tidak tahu menggunakan atau menghargai sesuatu barang yang diberikan kepadanya.Ayat : Penduduk di kawasan perumahan itu seperti kera dapat bunga apabila semua telefon awam yang baru seminggu dipasang sudah pun rosak.
    • Ll35. Seperti langau di belakang gajah.Maknanya : Orang yang terlalu manja dengan seseorang tentulah akan selalu berdampingan dengan orang itu.Ayat : Rita sangat manja dengan ibunya seperti langau di belakang gajah. Ke mana sahaja ibunya pergi, dia pasti akan ada bersama.36. Seperti lebah mengumpulkan madu.Maknanya : Orang yang rajin dan tekun berusaha, akhirnya akan terlaksana cita- citanya.Ayat : Ketekunan Azlina seperti lebah mengumpul madu apabila dia berjaya menjadi murid terbaik di sekolahnya.37. Umpama lebah, mulut membawa madu, buntut membawa sengat.Maknanya : Perempuan yang mempunyai rupa paras yang cantik tetapi berperangaijahat.
    • Ayat : Emak sering menasihati kakak agar tidak menjadi perempuan yang cantik tetapi berperangai jahat umpama lebah, mulut membawa madu, buntut membawa sengat.38. Seperti limau masam sebelah.Maknanya : Hukuman yang dikenakan tidak adil.Ayat : Penonton di dalam stadium tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil seperti limau masam sebelah apabila mengadili perlawanan itu. Mm39. Bagai mencincang air.Maknanya : Membuat sesuatu pekerjaan yang tidak berfaedah.Ayat : Pekerjaan yang dilakukan oleh Shafik selama ini tidak mendatangkan hasil bagai mencincang air.40. Bagai mencurah air ke daun keladi.Maknanya : Menasihati seseorang tetapi tidak memberi kesan atau kesedaran.
    • Ayat : Teguran guru disiplin kepada Tahir bagai mencurah air ke daun keladi kerana dia masih tidak mengubah sikap buruknya itu.41. Bagai menghitung bulu kambing.Maknanya : Membuat sesuatu pekerjaan yang sia-sia.Ayat : Perbuatan bermain judi untuk mendapat kekayaan adalah pekerjaan yang sia-sia bagai menghitung bulu kambing.42. Bagai panas mengandungi hujan.Maknanya : Orang yang ketawa atau gembira tetapi sebenarnya dalam kesusahan.Ayat : Senyuman Nadia bagai panas mengandungi hujan kerana semua orang tahu bahawa syarikatnya telah diisytiharkan muflis. Pp43. Seperti pungguk rindukan bulan.Maknanya : Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin dapat dimiliki.Ayat : Emak sering menasihati Zalina agar tidak berterusan seperti pungguk rindukan bulan kerana belajar di luar negara memerlukan perbelanjaan yang besar.
    • 45. Bagai punggur rebah.Maknanya : Keadaan apabila orang gemuk rebah.Ayat : Keadaan Naidu bagai punggur rebah apabila dia terjatuh kerana terpijak kulit pisang.46. Bagai pancang digoncang arus.Maknanya : Pendirian yang sering berubah-ubah.Ayat : Pasukan bola jaring sekolah itu belum membuat keputusan untuk menyertai pertandingan pada minggu hadapan kerana ahli-ahlinya belum mencapai kata sepakat bagai pancang digoncang arus. Umpama pisau di tangan kanan, mentimun47. di tangan kiri.Maknanya : Orang yang mempunyai kuasa dan harta kekayaan bebas melakukan sesuatu mengikut kehendak hatinya.
    • Ayat : Penduduk di kampung itu tidak berpuas hati dengan sikap ketua kampung yang umpama pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri. Rr48. Bagai rambut dibelah tujuh.Maknanya : Bilangan yang terlalu sedikit.Ayat : Mangsa banjir itu mendapat bantuan yang terlalu sedikit bagai rambut dibelah tujuh. Seperti rumput di tepi jalan.49.Maknanya : Keadaan kehidupan seseorang yang melarat.Ayat : Setelah dibuang kerja dan bercerai dengan isterinya, kehidupan Faizal seperti rumput di tepi jalan. Ss50. Seperti sibuta mendapat tongkat.Maknanya : Orang yang dalam kesusahan apabila mendapat kesenangan mulai lupa diri dan menjadi sombong.Ayat : Encik Zaim seperti si buta mendapat tongkat apabila dinaikkan pangkat sebagai pengurus jualan di syarikat itu.
    • Seperti sampah hanyut.51.Maknanya : Orang hina yang tidak dipedulikan lagi oleh orang lain.Ayat : Orang tua itu seperti sampah hanyut kerana tiada sesiapa yang menghiraukannya walaupun pada suatu masa dahulu dia banyak berjasa kepada masyarakat. Seperti rusa kena tambat.52.Maknanya : Tidak tetap duduknya.Ayat : Adik Imran baru sahaja pandai berjalan. Dia seperti rusa kena tambat. Seperti sayur dengan rumput.53.Maknanya : Banyak bezanya, berlainan benar.Ayat : Walaupun Amri dan Amran adik-beradik, namun perangai mereka amat berbeza seperti sayur dengan rumput. Tt Bagai tanduk bersendi gading.54.Maknanya : Dua orang atau benda yang amat bersesuaian, jika disatukan akan menjadi padanan yang cantik.Ayat : Apabila cermin besar diletakkan di tepi pintu besar rumah gedang itu, bertambah serilah lagi ruang itu bagai tanduk bersendi gading.
    • 55. Seperti tebu di mulut gajah.Maknanya : Sesuatu yang digemari dan apabila dapat atau dimiliki tidak akan dilepaskan lagi.Ayat : Adik segera menjamah ayam goreng kegemarannya yang dimasak oleh ibu seperti tebu di mulut gajah. Bagai tikus membaiki labu.56.Maknanya : Orang yang tidak mahir untuk membaiki sesuatu, jika dicuba membaikinya juga maka akan rosaklah benda itu.Ayat : Tindakan Tan membaiki komputernya yang rosak bagai tikus membaiki labu apabila komputer itu terus tidak boleh berfungsi. Bagai tikus jatuh ke beras.57.Maknanya : Orang yang memperoleh kekayaan, akan merahsiakan bagaimana kekayaan itu diperolehnya.Ayat : Azlan bagai tikus jatuh ke beras apabila dia mendapat kemewahan itu daripada permainan saham tetapi dia tidak pernah memberitahu sesiapa tentang perkara itu.
    • Uu58. Seperti udang tahi di kepala.Maknanya : Orang yang bodoh atau dibebani hutang.Ayat : Kehidupan Hadi sekeluarga seperti udang tahi di kepala kerana hidupnya dikelilingi hutang.59. Seperti ular kena palu.Maknanya : Keadaan bengkang-bengkok atau tidak lurus.Ayat : Niza berasa pening ketika melalui jalan yang bengkang-bengkok seperti ular kena palu.60. Seperti ular lidah bercabang.Maknanya : Kata-kata atau ucapan yang tidak boleh dipercayai.Ayat : Maniam tidak mempunyai ramai kawan kerana sikapnya seperti ular lidah bercabang.
    • . Bagai unta menyerah diri.Maknanya : Orang yang terlalu lurus dan bodoh selalu menjadi mangsa kawan- kawannya di dalam kelas.Ayat : Sikap Ghani yang bagai unta menyerah diri itu selalu menjadi mangsa kawan-kawannya di dalam kelasnya. Ww66. Laksana wau melawan angin.Maknanya : Kehendak orang yang lebih berkuasa tidak dapat dihalang oleh orang lemah.Ayat : Pekerja-pekerja di syarikat itu laksana wau melawan angin kerana mereka tidak dapat menghalang majikan daripada memotong gaji mereka.
    • 67. Bagai wau putus tali.Maknanya : Orang yang hanya berserah kepada nasib sahaja kerana tidak mampu berusaha.Ayat : Lokman bagai wau putus tali apabila permohonan kerjanya asyik ditolak.