MENGURUS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA : Mengurus Keselamatan Diri

8,562 views
7,820 views

Published on

0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
8,562
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
135
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

MENGURUS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA : Mengurus Keselamatan Diri

  1. 1. HELAIAN PENERANGAN (Information Sheet) NAMA KURSUS TAJUK MODUL TAJUK SUB MODUL OBJEKTIF PRESTASI / Performance Objective (PO) KOD RUJUKAN MENGURUS KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA Mengurus Keselamatan Diri Mengurus keselamatan diri dengan menggunakan berbagaibagai alat perlindungan keselamatan serta mematuhi peraturanperaturan keselamatan di tempat kerja supaya keselamatan diri dapat diurus dengan baik dan selamat selari dengan kehendak NIOSH GM/SW/....../...../M01/HP(1/12) NAMA MUKA: 1 drpd 10 NO. K/P TAJUK : Keselamatan Diri Di Tempat Kerja TUJUAN : Selepas mempelajari tajuk ini, peserta boleh: a) Menyenaraikan jenis-jenis alat perlindungan keselamatan dan menerangkan kegunaannya. b) Menerangkan cara-cara mengambil langkah keselamatan diri. c) Mengenal pasti tanda-tanda (signage) keselamatan di tempat kerja. PENERANGAN : Keselamatan merupakan satu aspek yang sangat penting apabila berada dalam bengkel. Kelalaian, sikap tidak mengambil berat tentang keselamatan diri, alat dan perkakas boleh mengakibatkan kemalangan diri, kemusnahan harta benda malah kehilangan nyawa. Oleh sebab itu, semua orang perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas yang dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya kemalangan di tempat kerja.
  2. 2. KOD RUJUKAN GM/SW/....../...../M01/HP(1/12) MUKA: 2 drpd 10 1.0 PERATURAN KESELAMATAN Setiap bengkel MESTI mempunyai peraturan keselamatan sebagai panduan dan peringatan kepada pekerja. Kegagalan mematuhi peraturan keselamatan boleh mengakibatkan kehilangan jiwa, kemusnahan harta benda atau cacat anggota badan. Biasanya peraturan keselamatan akan menyatakan perkara yang DILARANG dilakukan dalam bengkel terutamanya yang melibatkan penggunaan elektrik. 2.0 ALAT PERLINDUNGAN KESELAMATAN a) Sarung Tangan Kulit Sarung tangan kulit digunakan untuk melindungi tangan dari sudut yang tajam atau mengerutu, berkarat dan habuk-habuk besi terutama semasa mencanai mata alat. Sarung tangan dapat melindungi tangan daripada sebarang kecederaan seperti luka, lebam, terbakar oleh bahan kimia dan sebagainya. Sarung tangan kulit perlu dipakai terutamanya apabila membuat kerja-kerja seperti membentuk batang keluli, memindah bata dan lain-lain. b) Sarung Tangan Getah Sarung tangan getah pula biasanya dipakai untuk melindungi tangan dari terkena asid, minyak pelarut, glu dan lain-lain kerja yang melibatkan penggunaan cecair. Ia juga boleh digunakan bagi melindungi tangan dari terkena habuk apabila menjalankan kerja-kerja membersih dengan menyembur angin (air blower). c) Kasut keselamatan Kasut keselamatan adalah sejenis kasut yang dibuat khas dimana ianya mengandungi pelapik yang teguh di bahagian penutup jari. Ia bertujuan untuk melindungi jari-jari kaki apabila terkena alat-alat atau bahanbahan berat yang terjatuh di atasnya.
  3. 3. KOD RUJUKAN GM/SW/....../...../M01/HP(1/12) MUKA: 3 drpd 10 d) Boot Keselamatan Boot mempunyai pelindung pada bahagian kaki sehingga bawah lutut. Biasanya digunakan untuk melindungi kaki dari terkena air, lumpur, minyak dan juga pelarut yang merbahaya. e) Cermin Mata Keselamatan (Goggles) Goggles hendaklah dipakai untuk melindungi mata terutama apabila:i. menggunakan pahat batu. ii. Menggunakan mesin pencanai apabila mencanai mata alat. iii. Menggunakan penyembur angin. iv. Membuat kerja mengimpal. Google untuk kerja biasa f) Google untuk kerja kimpalan Perisai (Shield/Visor) Bentuk visor menyerupi helmet tetapi mempunyai pelindung yang lebih panjang dan berkualiti di bahagian muka. Biasanya visor digunakan ketika melakukan kerja-kerja mengimpal bagi melindungi mata dari pancaran api, haba dan juga percikan api tersebut. g) Apron Apron diperbuat daripada pelbagai material samada kain atau getah. Apron daripada kain lebih sesuai digunakan dalam bengkel memasak manakala apron daripada getah pula sesuai digunakan dalam bengkel yang melibatkan kerjakerja berat. Ia dipakai bertujuan untuk melindungi badan dan pakaian dari terkena percikan minyak, bahan-bahan pengilap, peluntur dan lain-lain yang merbahaya.
  4. 4. KOD RUJUKAN GM/SW/....../...../M01/HP(1/12) MUKA: 4 drpd 10 h) Vest Keselamatan Vest keselamatan selalunya mempunyai warna-warna yang terang dan striking. Ia bertujuan untuk mudah dilihat dan biasanya digunakan oleh pekerja-pekerja yang terlibat dalam pembinaan seperti di jalanraya terutamanya pada waktu malam. Vest ini juga boleh memantulkan cahaya apabila terkena lampu kenderaan. i) Topi Keselamatan Biasa digunakan oleh pekerja binaan terutamanya ketika berada dalam kawasan tapak pembinaan. Topi ini dipakai bagi melindungi bahagian kepala dan dapat mengurangkan risiko kecederaan semasa melakukan kerja. 3.0 CIRI-CIRI PAKAIAN KESELAMATAN UNTUK SESUATU KERJA Alat perlindungan Keselamatan Menggunakan Power Tools Kimpalan Gas Kimpalan Arka Menggegas Pemasangan/Servis Aircond Kasut Pelapik Getah Pelapik Getah Pelapik Getah Pelapik Getah Pelapik Getah Sarung Tangan Getah/Kulit Kulit Kulit - Kulit Google Biasa Weld google Weld google Biasa biasa Perisai - Shield/ Visor Shield/ Visor - - Apron - Kulit Kulit Plastik/ Getah Plastik/ Getah
  5. 5. KOD RUJUKAN GM/SW/....../...../M01/HP(1/12) MUKA: 5 drpd 10 CONTOH PAKAIAN KESELAMATAN YANG LENGKAP 4.0 PAPAN TANDA KESELAMATAN DITEMPAT KERJA Dalam langkah-langkah keselamatan perlu juga diambil kira tanda-tanda khas (signage) untuk dijadikan panduan. Berikut merupakan beberapa tanda keselamatan yang perlu dipatuhi mengikut kategori. Signage berwarna biru adalah tanda mandatori iaitu mesti dipatuhi mengikut standard ISO dan BS 5378.
  6. 6. KOD RUJUKAN GM/SW/....../...../M01/HP(1/12) MUKA: 6 drpd 10
  7. 7. KOD RUJUKAN GM/SW/....../...../M01/HP(1/12) MUKA: 7 drpd 10
  8. 8. KOD RUJUKAN GM/SW/....../...../M01/HP(1/12) MUKA: 8 drpd 10 4.0 TANDA AMARAN Tanda ini biasanya berwarna kuning dan hitam seperti yang diberikan dalam gambarajah di bawah: Fame arenot alwaysvisible l GasCylinder K Flourclearof obstacles eep Chem Burn ical R of Fire isk R of Electrical Shock isk ToxisHazard Gas Hazard l s Risk of E xpolosion Riskof Danger Riskof Corrosion LaserBeam
  9. 9. KOD RUJUKAN GM/SW/....../...../M01/HP(1/12) DNE A GR E lectricshockrisk D N ER AG H V igh oltage D N ER AG LivesW ires DNE A GR D N ER AG ToxicH azard D N ER AG R adiationR isk D N ER AG Forklift TR ucks D N ER AG H flam able ighly m MUKA: 9 drpd 10 D N ER AG H VoltagesTest A igh rea D N ER AG M Your H ind ead
  10. 10. KOD RUJUKAN RUJUKAN: GM/SW/....../...../M01/HP(1/12) MUKA: 10 drpd 10

×