R1001 / UNIT 5/ 1
                   PENGURUSAN DAN JATI DIRI


            UNIT 5               PENGURUSAN DAN JATI DIRI
...
R1001 / UNIT 5/ 2
                     PENGURUSAN DAN JATI DIRI



                                INPUT




5.1 K ONSEP P...
R1001 / UNIT 5/ 3
                     PENGURUSAN DAN JATI DIRI
5.2 PENGURUSAN KENDIRI


Pengurusan kendiri bolehlah dikat...
R1001 / UNIT 5/ 4
                   PENGURUSAN DAN JATI DIRI
   •   sejauh manakah politeknik penting dalam perkembangan ...
R1001 / UNIT 5/ 5
                   PENGURUSAN DAN JATI DIRI
   •   adakah anda mematuhi jadual yang telah anda susunkan
...
R1001 / UNIT 5/ 6
                  PENGURUSAN DAN JATI DIRI
Setelah itu analisislah jadual dan aktiviti yang telah anda l...
R1001 / UNIT 5/ 7
                   PENGURUSAN DAN JATI DIRI
     4. Gangguan yang menyebabkan perancangan gagal.


Setel...
R1001 / UNIT 5/ 8
                  PENGURUSAN DAN JATI DIRI
     seelok-eloknya dengan sabun sebelum menjamah makanan. Pa...
R1001 / UNIT 5/ 9
                 PENGURUSAN DAN JATI DIRI
     keperluan yang berbeza, oleh itu anda haruslah menentukan...
R1001 / UNIT 5/ 10
                   PENGURUSAN DAN JATI DIRI
Penyelesaian masalah


Sebagai manusia kita sering dibebani...
R1001 / UNIT 5/ 11
                   PENGURUSAN DAN JATI DIRI


Proses membuat keputusan
Terdapat enam langkah yang penti...
R1001 / UNIT 5/ 12
                    PENGURUSAN DAN JATI DIRI
1.     Mengenalpasti Keperluan, Situasi & Masalah

Ia meru...
R1001 / UNIT 5/ 13
                     PENGURUSAN DAN JATI DIRI
dalam membincangkan setiap idea dan juga pertimbangkan al...
R1001 / UNIT 5/ 14
                     PENGURUSAN DAN JATI DIRI
     c)     Bantuan: Bagaimanakah anda boleh mendapat ban...
R1001 / UNIT 5/ 15
                  PENGURUSAN DAN JATI DIRI


5.3 KOMUNIKASI YANG BERKESAN


Pada zaman serba moden ini,...
R1001 / UNIT 5/ 16
                 PENGURUSAN DAN JATI DIRI
komunikasi boleh terjadi dalam bentuk percakapan atau gerak g...
R1001 / UNIT 5/ 17
                PENGURUSAN DAN JATI DIRI
Selain dari itu, komunikasi juga boleh dibahagikan kepada bebe...
R1001 / UNIT 5/ 18
                PENGURUSAN DAN JATI DIRI
     i.      adanya perantaraan media di antara sumber dan pen...
R1001 / UNIT 5/ 19
             PENGURUSAN DAN JATI DIRI
tersebut seperti Model lasswell (1948) dan model Shannon dan Weav...
R1001 / UNIT 5/ 20
               PENGURUSAN DAN JATI DIRI
     iv.     Komunikasi Mendatar iaitu komunikasi yang berlaku ...
R1001 / UNIT 5/ 21
               PENGURUSAN DAN JATI DIRI
komunikasi yang menjalankan fungsi
memberitahu. Fungsi memberit...
R1001 / UNIT 5/ 22
              PENGURUSAN DAN JATI DIRI
mempengaruhi kita membeli barang-barang yang diiklankan. Untuk
m...
R1001 / UNIT 5/ 23
     PENGURUSAN DAN JATI DIRI
b)   Emosi penyampai atau penerima. Penumpuan akan
     terjejas jika emo...
R1001 / UNIT 5/ 24
                  PENGURUSAN DAN JATI DIRI




                    AKTIVITI 1a




      •   UJI KEFAHA...
R1001 / UNIT 5/ 25
                   PENGURUSAN DAN JATI DIRI




                  MAKLUMBALAS 1a




Jawapan


5.1   Ko...
R1001 / UNIT 5/ 26
            PENGURUSAN DAN JATI DIRI


 ii.   Dapatkan maklumat dan analisis sebab terjadinya masalah
 ...
R1001 / UNIT 5/ 27
            PENGURUSAN DAN JATI DIRI
             Kekurangan : masa perjalanan keretapi terhad
      f)...
R1001 / UNIT 5/ 28
                    PENGURUSAN DAN JATI DIRI




5.4    Sila anda isikan jadual akitiviti anda
Masa    ...
R1001 / UNIT 5/ 29
                    PENGURUSAN DAN JATI DIRI




                                 INPUT




5.4 Kemahir...
R1001 / UNIT 5/ 30
                PENGURUSAN DAN JATI DIRI


Pada    kebiasaanya     sebelum     anda    menganjurkan    ...
R1001 / UNIT 5/ 31
              PENGURUSAN DAN JATI DIRI
       yang dapat menyalurkan pelajar supaya menjadi manusia yan...
R1001 / UNIT 5/ 32
             PENGURUSAN DAN JATI DIRI
      AJK Pengangkutan       - menguruskan kenderaan atau bas ke ...
R1001 / UNIT 5/ 33
              PENGURUSAN DAN JATI DIRI
       2. Jabatan Perhilitan
       3. Jabatan Perhutanan


    ...
R1001 / UNIT 5/ 34
                PENGURUSAN DAN JATI DIRI


viii.   Pengangkutan
        Nyatakan cara pergerakan anda :...
R1001 / UNIT 5/ 35
              PENGURUSAN DAN JATI DIRI


xi.    Perbelanjaan
       Nyatakan anggaran perbelanjaan yang...
R1001 / UNIT 5/ 36
              PENGURUSAN DAN JATI DIRI


Perkara-perkara yang perlu diperbincangkan semasa mesyarat ada...
R1001 / UNIT 5/ 37
               PENGURUSAN DAN JATI DIRI
d)       Senarai ubatan yang perlu dibawa
e)       Jumlah bayar...
R1001 / UNIT 5/ 38
              PENGURUSAN DAN JATI DIRI
4.      Keperluan berehat. Badan manusia tidak boleh berkerja te...
R1001 / UNIT 5/ 39
              PENGURUSAN DAN JATI DIRI
     iii. Khemah ringkas – poncho dan hammock




           a) ...
R1001 / UNIT 5/ 40
                          PENGURUSAN DAN JATI DIRI
       Selain itu bekas untuk memasak lain juga perl...
R1001 / UNIT 5/ 41
                PENGURUSAN DAN JATI DIRI
8.        Bahan kimia. Belerang kuning adalah sesuai untuk men...
R1001 / UNIT 5/ 42
              PENGURUSAN DAN JATI DIRI
13.     Alat jahitan. Ia digunakan untuk menjahit pakaian, pek a...
R1001 / UNIT 5/ 43
                 PENGURUSAN DAN JATI DIRI
20.      Bekalan makanan.Terdapat sekurang-kurangnya tiga car...
R1001 / UNIT 5/ 44
                PENGURUSAN DAN JATI DIRI
2.   Jika memasang khemah ketika angin kuat, tentukan supaya b...
R1001 / UNIT 5/ 45
               PENGURUSAN DAN JATI DIRI
    iv.    Boleh mendapat sinaran cahaya matahari di waktu pagi...
R1001 / UNIT 5/ 46
                     PENGURUSAN DAN JATI DIRI
          ii.    Elakkan mendirikan khemah dikawasan lala...
R1001 / UNIT 5/ 47
                      PENGURUSAN DAN JATI DIRI
   ii.       Berpusat di air
             a.   berkayak
...
R1001 / UNIT 5/ 48
                    PENGURUSAN DAN JATI DIRI

                                      persembahan
 9.00 m...
R1001 / UNIT 5/ 49
                        PENGURUSAN DAN JATI DIRI




                           AKTIVITI 1b




       ...
R1001 / UNIT 5/ 50
                          PENGURUSAN DAN JATI DIRI


                            MAKLUMBALAS 1b




Jaw...
R1001 / UNIT 5/ 51
                  PENGURUSAN DAN JATI DIRI




                         PENILAIAN KENDIRI




Anda tela...
R1001 / UNIT 5/ 52
                     PENGURUSAN DAN JATI DIRI




                          MAKLUMBALAS
               ...
R1001 / UNIT 5/ 53
             PENGURUSAN DAN JATI DIRI
ix.    berlaku jujur kepada diri sendiri
x.     kemaskan diri and...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

R1001 Unit 5

5,811

Published on

R1001 - Polibriged

Published in: Education
0 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
5,811
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
239
Comments
0
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

R1001 Unit 5

  1. 1. R1001 / UNIT 5/ 1 PENGURUSAN DAN JATI DIRI UNIT 5 PENGURUSAN DAN JATI DIRI OBJEKTIF Objektif am : • Mengetahui pengurusan diri dan jati diri • Memahami kaedah-kaedah komunikasi berkesan • Aplikasi kemahiran perkhemahan jati diri Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- Ø menyatakan jenis-jenis komunikasi Ø mengenal kaedah-kaedah komunikasi dan kepentingannya Ø mengetahui tatacara perkhemahan dan cara memasang khemah
  2. 2. R1001 / UNIT 5/ 2 PENGURUSAN DAN JATI DIRI INPUT 5.1 K ONSEP PENGURUSAN DIRI Pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan perancangan, penyusunan, pengarahan dan juga kawalan. Di peringkat perancangan, perkara- perkara yang dikaji adalah mengenai penetapan matlamat dan objektif serta pembentukan strategi dan dasar. Di peringkat penyusunan, ia melibatkan aktiviti menstruktur hierarki pengurusan dan fungsi, penyelarasan peraturan dan tatacara bekerja. Di peringkat pengarahan, ia merangkumi aspek kepimpinan dan motivasi bagi memastikan kecekapan dan kelancaran organisasi. Di peringkat kawalan, ia memerlukan pengawasan perlaksanaan ketiga-tiga proses di atas iaitu perancangan, penyusunan dan pengarahan. Manakala konsep kendiri adalah semua persepsi anda terhadap diri anda sendiri, dari segi kebolehan, kesukaan, personaliti, kemahiran dan lain-lain lagi tentang anda. Apabila maklumat yang anda terima bertentangan dengan konsep kendiri anda, anda mungkin menjadi cemas dan bimbang atau tidak dapat menerima maklumat tersebut. Sekiranya anda mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi, anda merupakan pelajar yang berminat dan bermotivasi untuk belajar serta mempunyai matlamat kerjaya untuk masa hadapan. Anda juga perlu melihat diri anda sebagai orang yang berkebolehan dan mahukan kepuasan dalam membuat keputusan kerjaya.
  3. 3. R1001 / UNIT 5/ 3 PENGURUSAN DAN JATI DIRI 5.2 PENGURUSAN KENDIRI Pengurusan kendiri bolehlah dikatakan sebagai satu proses di mana anda menganggap diri anda sendiri sebagai sebuah organisasi yang harus anda rancang, arahkan dan kawal dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan. Pengurusan masa Tidak dinafikan bahawa alam persekolahan adalah alam yang amat menyeronokkan. Jadi tidaklah menghairankan apabila ramai di antara mereka yang telah berjaya di peringkat tinggi atau telah bekerja, ingin belajar lagi. Namun demikian, keseronokan belajar semasa usia muda dan semasa usia yang telah meningkat agak berlainan sekali. Cabaran dan saingan di alam pembelajaran amatlah menyukarkan. Ada diantara rakan anda merasakan diri mereka tidak boleh menyaingi anda yang lebih pandai daripada mereka, ada yang sukar untuk memahami apa yang diajar oleh pensyarah, suka berkhayal dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran. Keadaan ini akan wujud sikap 'rendah diri' dalam diri rakan anda terhadap masalah yang rakan anda timbulkan. Bagi mengelakkan sikap rendah diri ini terjadi pada anda, anda sepatutnya bertanyakan pada diri anda: • mengapa saya ke politeknik? • apa yang aku mahu dapat di politeknik? • pentingkah aku ke politeknik? • adakah aku seronok di politeknik? • apa yang ada di politeknik yang menyeronokkan aku?
  4. 4. R1001 / UNIT 5/ 4 PENGURUSAN DAN JATI DIRI • sejauh manakah politeknik penting dalam perkembangan sahsiah aku? • adakah aku ke politeknik untuk lulus peperiksaan semata-mata? • adakah aku ke politeknik kerana terpaksa? • adakah politeknik membosankan aku? • adakah politeknik membebankan aku dengan aktiviti ko-kurikulum? Setelah anda menjawab soalan di atas, adakah cukup hanya sekadar dimulut sahaja atau anda perlu memikirkan sesuatu untuk mengatasinya. Oleh itu, untuk mencapai sesuatu kejayaan, anda sebagai pelajar seharusnya tahu bagaimana cara menguruskan disiplin masa di samping mempunyai strategi pembelajaran yang berkesan. Setiap manusia diperuntukkan dengan 24 jam sehari untuk menguruskan kehidupan hariannya. Anda juga tidak terkecuali dalam urusan untuk menguruskan masa 24 jam sehari ini dalam kehidupan seharian anda sebagai seorang pelajar. Malahan proses pembelajaran memerlukan disiplin kerja dan pengurusan masa dengan baik dan teratur. Tidak mungkin seseorang itu dapat lulus dengan cemerlang tanpa sesuatu perancangan yang baik. Antara yang perlu anda fikirkan adalah: • adakah anda mempunyai jadual waktu harian dan mingguan • berapakah peruntukkan masa anda untuk belajar dalam waktu harian atau mingguan • bilakah masanya untuk anda bersukan atau beriadah • bagaimana dengan aktiviti bersama keluarga anda
  5. 5. R1001 / UNIT 5/ 5 PENGURUSAN DAN JATI DIRI • adakah anda mematuhi jadual yang telah anda susunkan Contoh jadual pengurusan masa seorang pelajar: Masa Aktiviti 6.00 pagi Bangun, mandi, bersiap untuk solat/bersenam, bersiap untuk ke politeknik 7.30 pagi Aktiviti pelajaran di politeknik. -Kuliah, sarapan, bengkel, perpustakaan, makan tengahari 4.30 petang Berehat, mandi dan solat. Membuat kerja rumah atau mengkaji semula pelajaran hari ini 5.30 petang Aktiviti riadah / sukan bersama rakan-rakan anda 6.30 petang Berehat di rumah, mengemas,berkebun, riadah lain-lain di rumah seperti menonton televisyen,mandi,solat dan makan malam 8.30 malam Solat, menonton televisyen program tertentu, belajar, membuat tugasan, ulangkaji pelajaran 11.30 malam Tidur. Semua aktiviti hendaklah direkodkan bermula dari bangun tidur pagi hinggalah sampai waktu tidur di sebelah malam. Catatkan aktiviti setiap 30 minit hingga 1 jam. Segala perkara mustahak hendaklah diambil perhatian. Masa yang memberi faedah dan tidak bermanfaat hendaklah direkodkan. Buat latihan ini selama beberapa hari. Anda juga membuat perancangan ini untuk seminggu.
  6. 6. R1001 / UNIT 5/ 6 PENGURUSAN DAN JATI DIRI Setelah itu analisislah jadual dan aktiviti yang telah anda lakukan. Anda perlu jumlahkan semua masa yang telah anda gunakan dalam masa seminggu tersebut. Kenal pasti gangguan masa yang disebabkan oleh kecuaian atau kelalaian anda atau gangguan di luar pengawalan,dugaan dan jangkaan. Contoh carta aktiviti dalam masa seminggu yang telah direkodkan : Aktiviti Masa digunakan Baki dari 168 jam Tidur 50 jam 118 jam Mandi 3 jam 115 jam Berpakaian 3 jam 112 jam Menonton televisyen 3 jam 109 jam Bersama rakan/hobi/riadah 24 jam 85 jam Membaca majalah/akhbar 10 jam 75 jam Perjalanan 47 jam 28 jam Belajar 10 jam 18 jam Solat 5 jam 13 jam Membeli belah Ulangkaji matapelajaran Dari jumlah masa yang telah digunakan, semaklah dengan menggunakan penyataan berikut : 1. Adakah taburan keseluruhan masa adalah sesuai dengan matlamat dan keperluan anda ? 2. Masa untuk kerja utama adalah dirancang dengan teliti 3. Banyakkah masa yang terbuang, bila dan bagaimana ia berlaku
  7. 7. R1001 / UNIT 5/ 7 PENGURUSAN DAN JATI DIRI 4. Gangguan yang menyebabkan perancangan gagal. Setelah itu lakukan pindaan jadual untuk minggu berikutnya agar matlamat anda dapat dicapai dari masa ke semasa. Pengurusan diri Dalam mengharungi kehidupan yang mencabar di zaman serba moden ini, selain dari kita merancang pengurusan masa yang berkesan, pengurusan diri kita juga tidak harus diabaikan. Dahulu semasa zaman kanak-kanak, makan, minum, pakaian dan kebersihan diuruskan oleh ibu bapa kita. Tetapi apabila sudah dewasa, semua itu sepatutnya ditanggung oleh diri kita sendiri. Adalah tidak wajar untuk kita bergantung kepada ibubapa dan penjaga kita untuk menguruskan semua hal yang membabitkan pengurusan diri kita. Pengurusan diri yang terancang adalah penting bagi menjamin agar kita sentiasa dalam keadaan sihat, bersih, kemas, bertenaga dan sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi kehidupan harian. 1. Kebersihan diri. Jagalah kebersihan diri seperti memotong kuku dan jangan biarkan ianya panjang dan kotor. Jangan biarkan rambut anda kotor dan tidak terurus kerana rambut yang kotor mudah dihinggapi kutu. Bersihkan badan anda sekurang-kurangnya dua kali sehari. Cucilah tangan
  8. 8. R1001 / UNIT 5/ 8 PENGURUSAN DAN JATI DIRI seelok-eloknya dengan sabun sebelum menjamah makanan. Pakailah pakaian yang bersih dan kemas. 2. Senaman. Senaman adalah aktiviti yang berkait rapat dengan pencapaian kesihatan fizikal yang lebih baik, bertenaga. Ini juga satu keadah yang berkesan untuk mengelakkan dari mudah dihinggapi penyakit terutamanya serangan sakit jantung dan emosi. Senaman yang teratur juga membolehkan kita memperolehi tidur yang lebih lena, penumpuan yang lebih baik dan perasaan kegembiraan serta emosi yang stabil. Luangkan masa anda untuk bersenam sekurang-kurangnya 20-30 minit sehari. Anda tidak perlu untuk melakukan senaman yang begitu memenatkan, memandai jika anda melakukan aktiviti berjalan cepat selama 20 minit sehari. 3. Pengambilan makanan seimbang. Salah satu cara yang berkesan untuk penjagaan kesihatan diri ialah dengan mengambil makanan yang seimbang. Pengambilan makanan yang seimbang boleh menghindar kita dari pelbagai penyakit seperti diabetis, sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya. Setiap makanan yang kita sediakan mestilah mempunyai zat-zat seperti karbohidrat, protien, lemak, vitamin dan juga garam galian. Setiap kita mempunyai
  9. 9. R1001 / UNIT 5/ 9 PENGURUSAN DAN JATI DIRI keperluan yang berbeza, oleh itu anda haruslah menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda tidak makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan anda dari masa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa. Lebihkan pengambilan buah-buahan dan sayuran kerana kedua-duanya kaya dengan vitamin, galian dan serat. Bijirin, roti, sayuran berkacang, pis, jenis-jenis kekacang, buah-buahan adalah antara makanan yang banyak mengandungi serat yang penting untuk kesihatan yang baik. Kekurangan serat dalam diet boleh menyebabkan sembelit, kanser perut serta gangguan usus lain. Lebihkan pengambilan ikan dari daging kerana ikan mengandungi protein, beberapa zat yang perlu, vitamin dan bahan galian. Keistimewaan ikan adalah ia tidak mengandungi lemak tepu yang menjadi salah satu punca utama serangan jantung. Air juga penting dalam pengambilan diet anda. Minumlah sekurang-kurangnya enam gelas air sehari. Sebaiknya minumlah air kosong dan bukannya minuman ringan atau yang berperisa. Pengambilan makanan yang seimbang dapat membekalkan kita dengan tenaga yang mencukupi bagi melakukan pergerakan badan, aktiviti harian dan memelihara suhu badan. Ia juga dapat membaiki tisu-tisu yang rosak dan membantu pertumbuhan tisu- tisu yang baru serta mempertahankan badan daripada serangan penyakit. 4. Kebersihan tempat tinggal. Anda juga hendaklah menjaga kebersihan persekitaran rumah. Sapulah rumah anda setiap hari. Jangan biarkan rumah anda bersepah-sepah dan pastikan setiap kawasan rumah sentiasa bersih seperti dapur, tempat tidur, tandas, stor dan bilik mandi.
  10. 10. R1001 / UNIT 5/ 10 PENGURUSAN DAN JATI DIRI Penyelesaian masalah Sebagai manusia kita sering dibebani dengan persoalan-persoalan kehidupan seperti kerja, perbelanjaan, rakan-rakan, aktiviti sosial, pelajaran, soal cinta dan sebagainya yang perlu ditangani. Anda sebagai pengurus diri anda tidak dapat lari daripada bertanggungjawab terhadap segala keputusan yang telah anda buat, sama ada keputusan itu menghasilkan satu keputusan yang baik ataupun sebaliknya. Kadangkala membuat keputusan ini memang mudah, hanya sekelip mata sahaja. Kadangkala ia menyebabkan anda tidak dapat tidur memikirkannya apakah perkara sebaiknya yang perlu dilakukan bagi mengatasi masalah yang timbul. Lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan soal wang ringgit atau soal perasaan. Dalam proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah, anda hendaklah membuat keputusan yang rasional. Penentuan masalah, analisa masalah dan pemilihan alternatif yang paliing sesuai hendaklah dibuat dengan teliti dan berpandukan kepada faktor-faktor pengalaman, kepakaran, pertimbangan dan keyakinan anda. Keputusan yang dibuat secara rasional memerlukan analisis maklumat dan ramalan tentang implikasi dan kesan daripada pemilihan alternatif. Keputusan yang anda ambil sebenarnya adalah terbatas dan mungkin boleh dipertikaikan oleh pihak lain kerana : i. terdapatnya perbezaan dari segi pengalaman anda dan orang lain ii. perbezaan dari segi kemahiran iii. maklumat yang anda perolehi tidak mencukupi iv. pengetahuan anda yang terbatas v. dipengaruhi perasaan diri dan emosi.
  11. 11. R1001 / UNIT 5/ 11 PENGURUSAN DAN JATI DIRI Proses membuat keputusan Terdapat enam langkah yang penting dalam proses membuat keputusan yang efektif seperti dalam rajah di bawah : Kenalpasti keperluan, situasi dan masalah Dapatkan maklumat dan analisis sebab terjadinya masalah Membentuk alternatif jawapan yang mungkin Pemilihan alternatif Perlaksanaan alternatif Penilaian dan maklumbalas
  12. 12. R1001 / UNIT 5/ 12 PENGURUSAN DAN JATI DIRI 1. Mengenalpasti Keperluan, Situasi & Masalah Ia merupakan langkah pertama yang perlu anda lakukan dalam membuat sesuatu keputusan. Keperluan ini selalunya dalam bentuk masalah atau peluang. Dalam memilih sesuatu masalah dan peluang, anda bolehlah menggunakan kriteria berikut: a) Kawalan- Sejauh manakah anda boleh mengawal masalah tersebut dan penyelesaiannya? b) Kepentingan- Darjah kepentingan masalah tersebut. c) Kerumitan- Bagaimanakah rumitnya untuk mencari penyelesaian. d) Masa- Jangka masa yang akan didapati daripada menyelesaikan masalah tersebut. e) Sumber- Sumber-sumber yang diperlukan. Mengenalpasti masalah yang betul adalah penting kerana mengenalpastikan masalah yang salah akan mempengaruhi proses membuat keputusan yang selanjutnya. 2. Diagnosis & Analisis Data Dalam menganalisis sesuatu masalah, anda boleh mengumpulkan semua data dan mempamerkan maklumat yang berkaitan supaya membantu dalam membuat keputusan. 3. Pembentukan Alternatif Anda boleh mengembang atau satukan alternatif atau menciptakan alternatif baru. Adalah dicadangkan supaya berwaspada dengan alternatif yang tersedia. Juga dicadangkan supaya pertimbangan dibuat tentang batasan dan peluang
  13. 13. R1001 / UNIT 5/ 13 PENGURUSAN DAN JATI DIRI dalam membincangkan setiap idea dan juga pertimbangkan alternatif lama kepada masalah yang sama. 4. Pemilihan Alternatif Dalam pemilihan sesuatu alternatif, anda perlu pertimbangkan kriteria berikut: a) Kawalan: Adakah pelaksanaan alternatif ini dalam kawalan anda/kita? b) Kesesuaian: Adakah alternatif ini menyelesaikan masalah tersebut? c) Keperluan Sumber: Mampukah anda melaksanakannya (manusia, wang, peralatan, dsb)? d) Faedah: Adakah ia berfaedah? e) Masa: Berapa lama sebelum anda dapat lihat hasilnya? f) Kebolehterimaan: Adakah ahli dalam organisasi akan menerimanya? 5. Perlaksanaan Alternatif Pelaksanaan alternatif yang terpilih memerlukan perancangan yang terperinci. Ini boleh dilakukan dengan memikirkan strategi pelaksanaan. Soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk membentuk strategi pelaksanaan: a) Kebolehterimaan: Bagaimanakah anda boleh mendapatkan penerimaan dari orang lain? Apakah faedah yang boleh anda tonjolkan dari alternatif ini? Bagaimana boleh anda tunjukkan faedah tersebut? b) Jangkaan: Apakah tentangan yang boleh anda jangka kepada alternatif ini? Bagaimanakah patut anda mengatasinya?
  14. 14. R1001 / UNIT 5/ 14 PENGURUSAN DAN JATI DIRI c) Bantuan: Bagaimanakah anda boleh mendapat bantuan dari orang atau kumpulan lain? d) Lokasi: Di manakah patut anda laksanakan alternatif ini? e) Masa: Bagaimanakah boleh anda mengambil kesempatan hari, masa dan tarikh tertentu untuk melaksanakan alternatif ini? f) Berhati-hati: Bagaimanakah boleh anda uji keberkesanan alternatif ini? 6. Penilaian & Maklum Balas Semasa pelaksanaan, anda patut memastikan bahawa alternatif yang dipilih itu merupakan alternatif yang paling berkesan. Untuk mengukur keberkesanan alternatif tersebut, anda haruslah fikirkan: a) Ukuran: Maklumat apakah yang perlu dikumpulkan? b) Alat Analisis: Alat apakah yang akan digunakan untuk menganalisis dan mempamerkan maklumat? c) Ujian: Apakah ujian atau ‘trial run’ yang akan anda awasi untuk melihat keberkesanan alternatif itu? Bagaimanakah akan anda menilai keputusannya? d) Keputusan: Apakah kriteria yang akan anda gunakan? Bilakah anda menjalankan penilaian terakhir? Apakah bukti alternatif anda berkesan?
  15. 15. R1001 / UNIT 5/ 15 PENGURUSAN DAN JATI DIRI 5.3 KOMUNIKASI YANG BERKESAN Pada zaman serba moden ini, keperluan komunikasi bukan sahaja terhad kepada perlakuan yang berbentuk isyarat, pertuturan dan penulisan malah ia juga melibatkan, percetakan dan elektronik. Biarpun begitu komunikasi antara manusia masih merupakan unsur yang penting dalam kehidupan manusia. Kita perlu berkomunikasi untuk melahirkan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain. Manusia tidak dapat hidup keseorangan tanpa berkomunikasi dengan orang lain. Tanpa kebolehan untuk menyampaikan pendapat dan perasaan kita kepada orang lain, kita mungkin merasakan kekurangan dalam hidup kita. Komunikasi merupakan seni memindahkan maklumat, idea dan sikap daripada seseorang kepada seseorang. Komunikasi juga melibatkan pengirim, penerima, media, mesej, maklum balas dan kawalan. 5.3.1 Definisi Komunikasi ialah terjemahan daripada istilah Inggeris iaitu communication. Yang berasal daripada istilah Latin iaitu "Communcare" yang bermaksud "to make comman" atau mewujudkan persamaan. Berasaskan pengertian asas komunikasi yang sedemikian pengkaji-pengkaji komunikasi telah memberikan takrifan mereka berdasarkan maksud dan tujuan penyelidikan yang mereka lakukan. Dengan itu, takrifan mereka terhadap komunikasi juga dipengaruhi bidang-bidang mereka. Komunikasi yang ingin dibincangkan dalam unit ini merupakan satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Di dalam konteks bilik darjah
  16. 16. R1001 / UNIT 5/ 16 PENGURUSAN DAN JATI DIRI komunikasi boleh terjadi dalam bentuk percakapan atau gerak geri diantara pensyarah dan pelajar atau sebaliknya Komunikasi berkesan berlaku apabila maklumat atau mesej yang hendak disampaikan oleh penyampai dapat diterima dan difahami dengan jelas oleh penerima. Jika maksud penyampai disalah tafsir oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua individu tersebut. Komunikasi berkesan amat penting bagi menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. 5.3.2 Jenis-jenis komunikasi Komunikasi secara umumnya terdiri dari dua jenis iaitu i. Komunikasi Verbal iaitu komunikasi lisan yang berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak. Contohnya, pensyarah menyampaikan pengajaran kepada pelajar- pelajar dengan cara syarahan. ii. Komunikasi Non-Verbal iaitu semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan; Contohnya, bunyi, gerakan badan atau mimik muka. Pensyarah mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan pelajar.
  17. 17. R1001 / UNIT 5/ 17 PENGURUSAN DAN JATI DIRI Selain dari itu, komunikasi juga boleh dibahagikan kepada beberapa jenis . a) Komunikasi Antara Individu Komunikasi ini berlaku apabila dua individu berkomunikasi secara bersemuka iaitu muka mereka bertentang antara satu sama lain. Komunikasi jenis ini adalah komunikasi dua hala iaitu dua individu yang terlibat dalam proses komunikasi itu saling menyampai dan menerima maklumat. b) Komunikasi Awam Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada jumlah orang ramai. Komunikasi awam berlaku secara formal dan mempunyai struktur yang tertentu. Bolehlah kita rumuskan bahawa komunikasi awam adalah i. Komunikasi bersemuka tetapi melibatkan bilangan sasaran yang ramai. ii. Tempat berkomunikasi berlaku ialah di tempat awam iii. Interaksi antara sumber dari penerima maklumat adalah rendah c) Komunikasi Massa Dalam komunikasi massa, maklumat disampaikan melalui perantaraan media. Di antara media yang sering menjadi perantaraan ialah media massa seperti radio, televisyen, akhbar, majalah atau buku. Komunikasi massa boleh dicirikan oleh :-
  18. 18. R1001 / UNIT 5/ 18 PENGURUSAN DAN JATI DIRI i. adanya perantaraan media di antara sumber dan penerima maklumat ii. komunikasi massa terdiri daripada individu-individu yang berbagai-bagai jenis dan ragam iii. jarak di antara sumber dengan penerima adalah berjauhan iv. sumber tidak mengenali siapakah individu-individu yang menerima maklumat v. komunikasi berlaku secara formal vi. penyediaan maklumat dilakukan oleh berbagai-bagai individu d) Komunikasi Tanpa Lisan Komunikasi tanpa lisan boleh juga berlaku secara sendirian. Lazimnya, komunikasi berlaku sebagai pelengkap kepada ketiga-tiga jenis komunikasi yang telah dibincangkan tadi. Maklumat yang diterima daripada komunikasi adalah melalui isyarat tanpa lisan. Antara isyarat tanpa lisan adalah nada suara, air muka, gerak badan, hubungan mata, atau gerak tangan. Komunikasi jenis ini bolehlah digunakan sebagai:- i. Pelangkap kepada komunikasi lisan atau tulisan ii. Isyarat tanpa lisan menggambarkan emosi individu dan lazimnya menunjukkan perasaan yang sebenar. iii. Komunikasi lisan akan lebih berkesan sekiranya diiringi oleh komunikasi tanpa lisan 5.3.3 Kaedah komunikasi Kaedah atau model kommunikasi mula diperkenalkan pada akhir tahun 1940-an. Kaedah-kaedah komunikasi yang dibentuk pada tahun-tahun
  19. 19. R1001 / UNIT 5/ 19 PENGURUSAN DAN JATI DIRI tersebut seperti Model lasswell (1948) dan model Shannon dan Weaver (1949), menekankan kaedah komunikasi sehala daripada sumber kepada penerima. Mereka mengandaikan bahawa penerima adalah pasif dan menerima sahaja apa yang disampaikan oleh sumber. Kemudian pada tahun 1950-an kebanyakan daripada andaian awal model komunikasi telah dipinda. Model Sgood, model Schramm (1954) dan model Newcomb (19530, tidak lagi menganggap komunikasi sebagai proses sehala. Sebaliknya mereka beranggapan bahawa komunikasi adalah proses dua hala. Pada masa sekarang secara umumnya komunikasi boleh berlaku dalam beberapa kaedah iaitu: i. Komunikasi Sehala iaitu maklumat yang disampaikan tidak memerlukan reaksi dari penerima seperti semasa pengucapan awam, menonton televisyen dan mendengar ceramah. ii. Komunikasi Dua Hala iaitu maklumat yang disampaikan memerlukan reaksi dari penerima seperti majlis dailog, pidato, debat. Pembelajaran di dalam bilik Kuliah juga merupakan komunikasi dua hala sekiranya pelajar diberi peluang untuk bersoal jawab denga pensyarah. iii. Komunikasi Menegak iaitu komunikasi yang berlaku dari pihak atasan kepada pihak bawahan atau sebaliknya seperti bapa kepada anaknya dan majikan kepada pekerjanya
  20. 20. R1001 / UNIT 5/ 20 PENGURUSAN DAN JATI DIRI iv. Komunikasi Mendatar iaitu komunikasi yang berlaku di antara rakan sekelas atau rakan sekerja. v. Rantaian Komunikasi iaitu kaedah menyalurkan maklumat agar maklumat dapat disampaikan kepada semua pihak dengan berkesan. Ia biasanya berlaku di dalam sesebuah organisasi yang besar yang mana rantaian komunikasi yang berkesan diperlukan agar maklumat yang diberikan akan dapat diterima oleh pekerja dengan sejelas-jelasnya. Penerimaan maklumat yang tidak jelas boleh menyebabkan penafsiran yang salah dan akhirnya kesilapan akan berlaku. Kekaburan maklumat akan berlaku sekiranya rantaian komunikasi yang diamlkan oleh organisai adalah tidak tersusun. 5.3.4 Kepentingan komunikasi Pada zaman serba moden ini, keperluan komunikasi bukan sahaja terhad kepada memenuhi keperluan hidup asas seperti bercakap dengan jiran tetangga, rakan-rakan ataupun sesama ahli keluarga. Komunikasi sekarang telah berperanan sebagai fungsi memberitahu, mendidik, membujuk dan menghibur. a) Fungsi Memberitahu Fungsi ini bolehlah dikatakan antara fungsi komunikasi yang terawal yang digunakan oleh manusia. Tujuan adalah untuk memberitahu orang lain tentang sesuatu perkara yang dirasakan oleh penyampai perlu diketahui oleh orang lain. Dalam kehidupan kita setiap hari, banyak contoh
  21. 21. R1001 / UNIT 5/ 21 PENGURUSAN DAN JATI DIRI komunikasi yang menjalankan fungsi memberitahu. Fungsi memberitahu ini menumpukan perhatiannya kepada penyampai atau sumber maklumat. Tujuan penyampai adalah untuk memberitahu. Untuk memastikan bahawa komunikasinya berjaya, komunikator yang menjalankan fungsi ini seringkali akan mengunakan strategi menyebarkan maklumat sebanyak mungkin atau menyampaikan maklumat dengan lebih kerap. b) Fungsi Mendidik Fungsi mendidik ini bukanlah untuk mempengaruhi sikap atau tingkahlaku orang lain. Tetapi tugas mereka adalah "sekadar memberi maklumat" agar dapat menambahkan pengetahuan seseorang itu tentang sesuatu perkara atau bidang. Fungsi mendidik ini mementingkan kedua-dua pihak, penyampai dan penerima maklumat untuk memastikan fungsi tersebut tercapai. Kejayaan fungsi ini bergantung pada sejauh mana seseorang itu merasai bahawa pengetahuannya bertambah hasil daripada pendedahnya terhadap maklumat yang diterima. Mungkin juga fungsi mendidik ini tidak berjaya sekiranya maklumat yang ingin disampaikan itu telah pun diketahui oleh pihak penerima. c) Fungsi Membujuk Fungsi membujuk ini pula mendapat perhatian pengkaji komunikasi selepas Perang Dunia Pertama iaitu apabila pihak tentera Jerman telah menggunakan komunikasi dalam usaha propagandanya. Iklan juga menggunakan fungsi membujuk. Tujuan utama iklan adalah untuk
  22. 22. R1001 / UNIT 5/ 22 PENGURUSAN DAN JATI DIRI mempengaruhi kita membeli barang-barang yang diiklankan. Untuk mendapatkan kesan tersebut, penggunaan komunikasi tidak terhad kepada menyebarkan maklumat tetapi mestilah mendapat menembusi perasaan dan emosi individu atau kumpulan yang disasarkan maklumat itu. Adakalanya fakta maklumat yang disampaikan kepada kita tidak tepat dan sengaja diputar belitkan. d) Fungsi Menghibur Wayang gambar, rancangan hiburan yang disiarkan melalui radio televisyen, drama, komik dan sebagainya adalah antara contoh cara berkomunikasi untuk menghibur. Oleh kerana fungsi hiburan ini amat digemari ramai, maka telah ada usaha untuk menerapkan unsur pendidikan, penerangan dan unsur perpaduan untuk mendidik orang ramai tentang pentingnya kita bertolak ansur sesama kita untuk mewujudkan rakyat Malaysia yang bersatu padu. 5.3.5 Halangan komunikasi Biarpun zaman semakin maju dan terciptanya pelbagai alat-alat canggih untuk membantu komunikasi agar ia berlaku dengan berkesan, tetapi masih terdapat juga halangan-halangan yang memyebabkan komunikasi yang berkesan sukar dilaksanakan. a) Kebisingan. Suasana kelas bising menyebabkan pelajar sukar mendengar pelajaran yang disampaikan.
  23. 23. R1001 / UNIT 5/ 23 PENGURUSAN DAN JATI DIRI b) Emosi penyampai atau penerima. Penumpuan akan terjejas jika emosi penyampai / penerima kurang stabil. c) Pemikiran tertutup Umpamanya, pelajar yang kurang berminat terhadap sesuatu subjek mungkin enggan mendengar penjelasan pensyarah atau pensyarah yang kurang senang dengan sebilangan pelajar dalam sesuatu kelas, mungkin akan mengurangkan komunikasi terbuka. d) Kurang tumpuan. Pelajar-pelajar kurang memberi tumpuan terhadap pengajaran pensyarah. e) Prasangka Terhadap Penyampai. Biasanya berlaku pada pensyarah baru dimana pelajar-pelajar menganggap pensyarah tersebut kurang berpengalaman. f) Perkataan yang mempunyai banyak makna. g) Tiada perluang untuk mendapatkan penjelasan h) Perbezaan latar belakang dan pengalaman i) Maklumat tidak mencukupi j) Penyampaian yang kurang menarik k) Memikirkan sesuatu yang lain l) Persekitaran yang tidak sesuai seperti panas atau sejuk
  24. 24. R1001 / UNIT 5/ 24 PENGURUSAN DAN JATI DIRI AKTIVITI 1a • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA Jawab soalan-soalan yang berikut: 5.1 Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi Verbal. 5.2 Senaraikan langkah-langkah proses membuat keputusan. 5.3 Anda dilantik menjadi ajk pengangkutan bagi XPDC ke Taman Negara Pahang. Apakah kaedah yang ingin anda gunakan untuk sampai ke tempat tersebut sekiranya kenderaan politeknik tidak boleh digunakan. 5.4 Cuba anda membuat jadual pengurusan masa untuk satu hari. 5.5 Setiap keputusan perlu direkodkan setiap ____________________hingga_______________.
  25. 25. R1001 / UNIT 5/ 25 PENGURUSAN DAN JATI DIRI MAKLUMBALAS 1a Jawapan 5.1 Komunikasi Verbal ialah komunikasi lisan yang berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak. Contohnya, pensyarah menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar dengan cara syarahan. 5.2 Langkah-langkah membuat keputusan ialah i. Kenal pasti keperluan, situasi dan masalah ii. Dapatkan maklumat dan analisis sebab terjadinya masalah iii. Membentuk alternatif jawapan yang mungkin iv. Pemilihan alternatif v. Perlaksanaan alternatif vi. Penilaian dan maklumbalas 5.3 Contoh jawapan bagi membuat keputusan ke Taman Negara sekiranya anda dari Kuala Lumpur ialah i. Kenal pasti keperluan, situasi dan masalah Masalah : Kenderaan Politeknik tidak dapat digunakan Situasi : Rombongan seramai 30 orang pelajar Keperluan : Kenderaan untuk ke pergerakan Taman Negara. Perjalanan melalui Kuala Lumpur – Jerantut – Kuala Tembeling – Kuala Tahan.
  26. 26. R1001 / UNIT 5/ 26 PENGURUSAN DAN JATI DIRI ii. Dapatkan maklumat dan analisis sebab terjadinya masalah Sebab masalah : kenderaan politeknik digunakan untuk program yang lebih mustahak iii. Membentuk alternatif dan menilai alternatif a) Menyewa bas persiaran ke Kuala Tembeling. Menaiki bot ke Kuala Tahan. Kelebihan : mudah untuk menyewa bas Kekurangan : mahal b) Menyewa bas persiaran ke Kuala Tembeling. Menaiki kenderaan pacuan empat roda ke Kuala Tahan Kelebihan : mudah untuk menyewa bas Kekurangan : mahal c) Menaiki bas pengangkutan awam dari Kuala Lumpur ke Jerantut. Menaiki van ke Kuala Tembeling. Menaiki bot ke Kuala Tahan. Kelebihan : murah Kekurangan : masa perjalanan tertentu. Kesukaran untuk sampai pagi di Kuala Tembeling untuk menaiki bot di awal pagi. d) Menaiki bas pengangkutan awam dari Kuala Lumpur ke Jerantut. Menaiki pacuan empat roda ke Kuala Tahan. Kelebihan : murah dan menarik Kekurangan : memerlukan banyak kenderaan pacuan empat roda e) Menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Jerantut. Menaiki van ke Kuala Tembeling. Menaiki bot ke Kuala Tahan. Kelebihan : murah, menarik dengan pelbagai suasana pergerakan
  27. 27. R1001 / UNIT 5/ 27 PENGURUSAN DAN JATI DIRI Kekurangan : masa perjalanan keretapi terhad f) Menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Jerantut. Menaiki pacuan empat roda ke Kuala Tahan. Kelebihan : murah, menarik dengan pelbagai suasana pergerakan Kekurangan : masa perjalanan keretapi terhad Bagi setiap alternatif anda bolehlah senaraikan kebaikan, kelemahan sama ada dari segi pergerakan, masa dan perbelanjaan. Faktor kepuasan peserta juga boleh diambil kira dalam membuat penilaian iv. Pemilihan alternatif Setelah disenaraikan semua alternatif, anda perlulah membuat pilihan alternatif yang hendak dipilih sama ada secara mutlak sebagai jawatankuasa pengangkutan atau dibincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa induk. Katakan pemilihan yang dibuat adalah: Menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Jerantut. Menaiki van ke Kuala Tembeling. Menaiki bot ke Kuala Tahan. v. Perlaksanaan alternatif Memaklumkan kepada peserta mengenai pemilihan yang dilakukan dan persiapan yang perlu. Akan menempah tiket keretapi, van dan bot vi. Penilaian dan maklumbalas Mendapatkan maklumbalas dan reaksi dari peserta. Menempah tiket keretapi,van dan bot.
  28. 28. R1001 / UNIT 5/ 28 PENGURUSAN DAN JATI DIRI 5.4 Sila anda isikan jadual akitiviti anda Masa Aktiviti 5.5 30 minit hingga 1 jam.
  29. 29. R1001 / UNIT 5/ 29 PENGURUSAN DAN JATI DIRI INPUT 5.4 Kemahiran asas perkhemahan Perkhemahan adalah aktiviti asas bagi kebanyakkan kegiatan luar. Pada zaman dahulu, berkhemah merupakan cara hidup bagi kaum-kaum Dayak Merah di Amerika Syarikat. Tetapi kini aktiviti perkhemahan telah menjadi kegiatan riadah dan sukan yang diminati ramai terutama golongan muda diserata dunia. Perkhemahan merupakan cara hidup sementara seseorang di persekitaran luar rumah yang memerlukan seseorang melakukan aktiviti kehidupan harian dengan menggunakan peralatan dan bekalan makanan yang terhad. 5.4.1 Tatacara berkhemah Menjadi ahli atau peserta dalam sesuatu aktiviti adalah lebih mudah berbanding dengan menjadi jawatankuasa atau pengelola sesuatu aktviti. Sebagai pengelola anda haruslah mempunyai perancangan yang tepat, sesuai dan sempurna agar dapat memastikan aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
  30. 30. R1001 / UNIT 5/ 30 PENGURUSAN DAN JATI DIRI Pada kebiasaanya sebelum anda menganjurkan sesuatu aktiviti perkhemahan atau sebagainya anda perlulah membuat kertas kerja dan mesyuarat bersama-sama dengan rakan-rakan anda untuk menentukan pembahagian kerja yang perlu dilaksanakan. Kertas kerja yang anda buat haruslah mengandungi aspek-aspek berikut : i. Tajuk aktiviti Contoh-contoh tajuk aktiviti : XPDC SANTUARI BURUNG , KUALA GULA KUALA KURAU PERAK 21 HINGGA 23 FEBRUARI 2003 XPDC MENDAKI GUNUNG TAHAN 20 MEI HINGGA 28 MEI 2003 ii. Pendahuluan Anda hendaklah menceritakan serba sedikit mengenai aktiviti anda. Contohnya : Pada zaman seba mencabar ini, banyak kegiatan yang kurang sihat seperti penyalahgunaan dadah, membuang masa di pusat-pusat hiburan, gejala-gelaja sosial seperti bohsia kian menular dalam dekat ini. Di atas kesedaran inilah maka PASUKAN POLIBRIGED POLITEKNIK telah berusaha untuk mengadakan pelbagai aktiviti
  31. 31. R1001 / UNIT 5/ 31 PENGURUSAN DAN JATI DIRI yang dapat menyalurkan pelajar supaya menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Sehubungan dengan itu maka Pasukan Polibriged bercadang untuk mengadakan XPDC MENDAKI GUNUNG TAHAN yang bertempat dihutan simpan Pahang yang mencapai ketinggian 7174 kaki dari paras laut. iii. Objektif aktiviti Anda juga harus memberikan dua atau tiga objektif mengapa anda hendak menjalankan aktiviti tersebut. Contohnya : m) Memperkenalkan politeknik dengan lebih dekat kepada masyarakat n) Memberi pendedahan, pengalaman serta kemahiran untuk peserta mengurus diri dengan berkesan dan cekap o) Menguji daya ketahanan mental, fizikal dan rohani setiap peserta p) Mengubah haluan minda peserta dari belenggu peperiksaan yang membebankan ke alam flora dan fauna iv. Jawatankuasa aktiviti Antara jawatan kuasa yang perlu di isi adalah : Penaung – biasanya terdiri dari Pengarah Politeknik sendiri Penasihat – biasanya terdiri dari penasihat kelab/persatuan Pengerusi – Anda atau rakan anda yang berkebolehan memimpin Setiausaha – untuk menguruskan surat menyurat Bendahari – untuk menguruskan hal kewangan aktiviti
  32. 32. R1001 / UNIT 5/ 32 PENGURUSAN DAN JATI DIRI AJK Pengangkutan - menguruskan kenderaan atau bas ke tempat aktiviti AJK Makanan - menguruskan keperluan makanan peserta AJK Perubatan - menyediakan keperluan perubatan untuk sepanjang aktiviti AJK Logistik - menyediakan keperluan-keperluan lain yang diperlukan Lain-lain AJK -Jika perlu seperti promosi dan iklan, tajaan, dan aktiviti v. Peserta Nyatakan sasaran peserta dan bilangannya Contoh : Penyertaan bagi XPDC ini adalah terbuka kepada semua pelajar Politeknik tempat anda. Sasaran peserta adalah seramai : Pelajar : 30 orang Pensyarah/ kakitangan : 4 orang Jumlah 34 orang vi. Keselamatan Nyatakan bagaimana anda menjaga keselamatan peserta. Anda juga harus menghubungi pihak polis berhampiran mengenai aktiviti anda dikawasan mereka. Sertakan senarai nama. Alamat dan telefon kecemasan peserta kepada pihak terbabit. Selain dari pihak polis, pihak lain yang bertanggungjawab terhadap kawasan yang anda adakan aktivit juga perlu dihubungi seperti: 1. Ketua kampung/mukim
  33. 33. R1001 / UNIT 5/ 33 PENGURUSAN DAN JATI DIRI 2. Jabatan Perhilitan 3. Jabatan Perhutanan Contoh bagi XPDC Gunung Tahan melalui laluan Merapoh: Keselamatan peserta disepanjang aktiviti adalah ditanggung oleh peserta sendiri. Pihak kelab akan mengeluarkan borang akuan lepas tanggungan kepada setiap peserta. Pihak kelab juga akan menghubungi dan meminta kerjasama daripada beberapa pihak untuk langkah-langkah keselamatan. Antara pihak yang akan dihubungi adalah : a. Balai Polis Daerah berkaitan b. Jabatan Perhilitan Daerah Merapoh dan Taman Negara Pahang. Semua peserta juga akan dilindungi oleh Skim Ansuran Berkelompok Takaful. vii. Jangkamasa aktiviti Nyatakan tempoh masa anda mengadakan aktiviti : Contohnya : XPDC ini mengambil masa selama 3 hari dua malam iaitu dari 16 Mei 2003 hingga 18 Mei 2003.
  34. 34. R1001 / UNIT 5/ 34 PENGURUSAN DAN JATI DIRI viii. Pengangkutan Nyatakan cara pergerakan anda : Contohnya aktiviti Taman Negara Pahang : Cara pergerakan yang akan dilakukan sepanjang aktiviti ini adalah seperti berikut : Ipoh - Kuala Lumpur - Bas Politeknik Kuala Lumpur – Jerantut - Keretapi Jerantut – K. Tembeling - Van K. Tembeling – K. Tahan - Bot Aktiviti di K. Tahan - Bot / Rakit ix. Peralatan dan Makanan Nyatakan semua peralatan dan jumlahnya yang perlu dibawa oleh peserta dan Kelab. Tulis senarai tersebut dilampiran berasingan. Contoh : Senarai keperluan peralatan dan makanan adalah seperti di lampiran 1 x. Aktiviti Nyatakan rancangan aktiviti yang hendak dijalankan di lampiran berasingan. Contoh : Perancangan aktiviti adalah seperti di lampiran 2
  35. 35. R1001 / UNIT 5/ 35 PENGURUSAN DAN JATI DIRI xi. Perbelanjaan Nyatakan anggaran perbelanjaan yang diperlukan di lampiran berasingan. Perbelanjan harus meliputi : a) Bekalan makanan b) Pengangkutan c) Perubatan d) Peralatan yang perlu dibeli/sewa e) Sewa tapak perkhemahan f) Insuran g) Cenderahati pihak tertentu – jika berkaitan h) Permit masuk – jika berkaitan seperti ke Taman Negara i) Upah jurulatih/penunjuk jalan –jika berkaitan j) Urusan pentadbiran seperti surat menyurat/telefon k) Dan sebagainya yang diraasakan perlu. Contoh : Anggaran perbelanjaan adalah seperti di lampiran 3 xii. Penutup Nyatakan hasrat anda pada bahagian ini. Apabila kertas kerja telah sempurna dan jawatan kuasa telah dilantik. Anda perlu merancang beberapa siri mesyuarat sebelum aktiviti dijalankan. Ini untuk memastikan rakan anda yang telah dilantik menjalankan tugasnya. Sebarang kegagalan di mana-mana jawatankuasa akan menyebabkan aktiviti anda menjadi cacat atau terpaksa dibatalkan.
  36. 36. R1001 / UNIT 5/ 36 PENGURUSAN DAN JATI DIRI Perkara-perkara yang perlu diperbincangkan semasa mesyarat adalah : a) Mengenai tempahan bas / pengangkutan. Surat permohonan bas perlu disertakan b) Tempahan tempat aktiviti c) Surat-surat tempahan tempat, kenderaan, keselamatan, kebenaran berkhemah dari tuan punya kawasan d) Surat lepas tanggungan e) Senarai makanan / cara penyediaan makanan sama ada memasak atau tempahan f) Jumlah kewangan yang diperlukan g) Jumlah peserta h) Jumlah bayaran yang perlu bagi setiap peserta i) Jumlah bantuan kewangan yang disediakan oleh pihak Politeknik. Surat permohonan dan kertas kerja perlu disertakan untuk memohon peruntukkan kewangan pihak politeknik. j) Iklan yang telah ditampal. Biasanya iklan perlu mendapat tanda tangan penasihat atau kebenaran pihak tertentu. k) Senarai peralatan yang ada dan yang perlu disediakan l) Cara mendapatkan peralatan yang diperlukan m) Aktiviti yang hendak dijalankan dan senarai peralatan yang diperlukan untuk aktiviti. Anda juga perlu mengadakan perjumpaan dengan semua peserta sebelum aktiviti dijalankan. Pada perjumpaan tersebut anda boleh memberikan taklimat mengenai perkara-perkara berikut : a) Senarai keperluan yang perlu dibawa b) Senarai makanan yang perlu dibawa c) Pembahagian kumpulan juga boleh dibuat sebelum bertolak.
  37. 37. R1001 / UNIT 5/ 37 PENGURUSAN DAN JATI DIRI d) Senarai ubatan yang perlu dibawa e) Jumlah bayaran f) Peraturan-peraturan perkhemahan/perjalanan dan sebagainya untuk memudahkan kawalan peserta g) Berbincang mengenai masalah-masalah yang mungkin timbul. Berikut adalah keperluan dan pengurusan badan yang perlu anda ketahui sebelum melakukan aktiviti perkhemahan 1. Kecergasan fizikal. Ini adalah merujuk kepada kesihatan yang normal. Anda perlukan latihan fizikal seperti berlari anak, bersenam, berenang, bersukan akan memudahkan anda menjalankan aktiviti kegiatan luar. 2. Keperluan air. 60 peratus dari badan manusia adalah air dan 83 peratus daripada darah manusia adalah air. Secara kasar kuantiti air yang diperlukan oleh badan ialah 2.5 liter ( 10 gelas air ). Jumlah ini akan meningkat apabila anda membuat kerja berat atau berada di tempat panas. Elakkan meminum air dengan terlalu banyak ketika badan anda terlalu panas kerana ini boleh membahayakan. Minumlah air dengan kadar yang sedikit dahulu atau berehatlah sebentar sebelum meminum air dengan kadar yang banyak. Jika didapati peluh keluar terlalu banyak, minumlah air yang dicampur dengan sedikit garam ( 1 gram untuk 1 liter air ). 3. Keperluan makanan. Jangan mulakan aktiviti fizikal dengan perut kosong. Makanlah sedikit sebelum sesuatu aktiviti fizikal. Mengabaikan keperluan makanan akan mengakibatkan seseorang pengsan atau terlalu letih semasa aktiviti fizikal dijalankan.
  38. 38. R1001 / UNIT 5/ 38 PENGURUSAN DAN JATI DIRI 4. Keperluan berehat. Badan manusia tidak boleh berkerja terus- menerus apa lagi dalam kegiatan luar. Berehatlah pada setiap kesempatan yang ada. Elakkan lewat tidur hingga larut malam. Sewaktu dalam perjalanan sehari, rehat beberapa kali. Masa yang sesuai untuk berehat adalah selama 10 minit. 5. Keperluan perlindungan. Pakaian yang sesuai merupakan perlindungan yang terbaik. Gunakan pakaian dan peralatan seperti khemah dan beg tidur yang mempunyai penebat yang baik jika berkhemah di cuaca sejuk. Hindarkan diri dari angin dan hujan. Jangan tidur dengan pakaian basah. Peluh hendaklah dilap segera dari badan jika berehat di kawasan sejuk. Alas tempat tidur supaya udara sejuk dari bumi dapat disekat. Kebersihan dan kesihatan diri hendaklah dijaga. 6. Keperluan psikologi. Keperluan ini berbentuk kerohanian dan kejiwaan. Dedahkan peserta dengan aktiviti yang menyeronokkan. Perkara yang dapat membantu keseronokan adalah pemandangan alam semulajadi, gunung-ganang air terjun dan pelbagai panorama lagi. Lakukan kegiatan yang sesuai seperti mengambil gambar, mengkaji atau penghayatan alam. Pastikan kemampuan peserta apabila melakukan aktiviti yang mencabar. Bagi meredakan tekanan mental setelah penat, aktiviti bercorak hiburan juga boleh membantu. Semangat setiakawan dan tolong menolong juga boleh membantu menaikkan semangat seseorang. 5.4.2 Peralatan perkhemahan 1. Khemah . i. Khemah berangka (frame tent) – berat , lasak , besar ii. Khemah rabung – bentuk A atau iglu , dome
  39. 39. R1001 / UNIT 5/ 39 PENGURUSAN DAN JATI DIRI iii. Khemah ringkas – poncho dan hammock a) Khemah rabung b) Khemah berangka Rajah 1: Bentuk khemah 2. Beg galas / pek ( pack). Susunan barang di dalam pek adalah bergantung kepada aktiviti yang hendak di jalankan. Untuk aktiviti di kawasan yang rata, barang ringan seperti beg tidur hendaklah dimuatkan dibawah sekali dan bahan berat seperti bahan makanan di sebelah atas. Bagi kawasan lereng curam seperti mendaki, barang berat hendaklah diletak ditengah-tengah pek, sementara barang ringan di bahagian yang bertentangan dengan belakang pengguna. Ini bertujuan mengimbangkan badan dan menjimatkan tenaga. Semua barang hendaklah diisi dalam pek. Jangan biarkan ada barang yang tergantung atau terbuai-buai. Ini akan mengganggu semasa kita bergerak. Tentukan muatan sebelah kiri dan kanan sama berat. 3. Beg tidur. Beg tidur sesuai sekiranya kita berekreasi di kawasan yang tinggi atau sejuk. 4. Perkakas memasak. Perkakas memasak biasanya adalah alatan kumpulan. Dapur yang biasa digunakan adalah : i. Dapur gas untuk berkhemah ii. Dapur minyak atau daput spirit iii. Dapur api menggunakan “solid fuel” dan kayu api.
  40. 40. R1001 / UNIT 5/ 40 PENGURUSAN DAN JATI DIRI Selain itu bekas untuk memasak lain juga perlu dibawa seperti kuali, periuk, mess tin, bekas air, sudu dan garpu dan sebagainya. a) Dapur gas b) Dapur minyak c) Dapur solid feul Rajah 2 : Jenis dapur 5. Lampu suluh. Setiap individu hendaklah membawa bersama lampu suluh untuk kegunaan bergerak, aktiviti atau kecemasan. 6. Lampu malam. Lampu malam yang biasa digunakan adalah jenis harikan atau lampu gas. 7. Alat perubatan. Alat perubatan yang perlu dijadikan sebagai alat individu. Berikut adalah panduan perubatan untuk aktiviti sekitar tujuh hari: i. Satu tiub ubat sapu antibiotik. ii. 10 – 20 pil pereda kesakitan seperti Panadol, aspirin. iii. 10 – 15 pil anti cirit-birit. iv. 10 biji pil multivitamin ( sebiji sehari ) v. 10 biji pil vitamin C 500 mg. ( sebiji sehari ) vi. 20 – 30 pil pelali air ( sebiji untuk satu liter air ) vii. Satu botol losyen perawat calar kulit atau gigitan serangga. viii. Dua hingga tiga pil anti malaria ( seminggu sekali).
  41. 41. R1001 / UNIT 5/ 41 PENGURUSAN DAN JATI DIRI 8. Bahan kimia. Belerang kuning adalah sesuai untuk mencegah ular, serangga dan binatang yang merayap. Ia ditabur sekitar kawasan khemah. Terdapat juga jenis yang disapu pada kulit seperti Tabard dan krim pelindung kulit. 9. Alat ikhtiar hidup. Alat ini adalah penting untuk mereka yang mengadakan aktiviti yang jauh terpencil dan memakan masa yang lama.Alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bekas khas dengan padat, kuat dan tidak boleh dimasuki air. Alat yang dicadangkan ialah : i. Bahan masakan segera untuk keperluan 24 jam ii. Garam halus 100 gram iii. Mata pancing (tiga bentuk bersaiz kecil) iv. Tali pancing (2 utas x 3 meter) v. Mancis api (satu kotak ) vi. Aluminium foil (saiz surat khabar) vii. Seutas tali untuk buat jerat (3 meter) viii. Sebatang lilin ix. Sedikit ubat-ubatan jika perlu. 10. Alat Isyarat. Selain lampu, alat isyarat lain yang boleh digunakan ialah wisel. Wisel hendaklah dipasang tali supaya tidak mudah hilang. 11. Alat kegunaan am. Pisau, parang, pembuka tin, penyodok hendaklah dibawa mengikut keperluan kumpulan. 12. Mancis api. Setiap individu hendaklah menbawa mancis atau pemetik api walaupun ia tidak merokok. Ia hendaklah dibungkus di dalam kampit plastik agar tidak basah apabila terkena hujan.
  42. 42. R1001 / UNIT 5/ 42 PENGURUSAN DAN JATI DIRI 13. Alat jahitan. Ia digunakan untuk menjahit pakaian, pek atau kasut yang koyak. 14. Kampit plastik. Ia digunakan untuk menyimpan makanan, melindungi alatan daripada basah, membuang sampah, membungkus pakaian basah atau kotor apabila pulang, membuat pelampung. 15. Alat tulis. Segala kejadian/peristiwa/maklumat penting hendaklah dicatatkan. Buku yang baik haruslah mempunyai nombor telefon kecemasan ahli, alamat ahli dan sebagainya untuk dihubungi jika berlaku kecemasan. Alat tulis hendaklah di simpan dengan baik dalam kampit plastik agar tidak basah dan rosak. 16. Jam tangan. Tentukan ianya kalis air dan lasak. Jam tangan adalah penting untuk mengetahui waktu dengan tepat. Ia juga boleh digunakan untuk menganggar jarak perjalanan. 17. Tali rafia. Tali ini diperlukan untuk membuat ampaian, mengikat barang dan membuat tali sempadan kawasan khemah. Tali rafia agak sesuai kerana ianya ringan dan murah. 18. Alatan peribadi. Berus gigi, ubat gigi, sabun, sikat, pakaian secukupnya. Seluar pendek adalah tidak sesuai untuk aktiviti yang memerlukan berkhemah di dalam hutan. 19. Alatan khusus. Ia bergantung kepada bentuk aktiviti yang hendak dijalankan. Contohnya Kompas dan peta untuk aktiviti pandu arah , kelengkapan abseiling untuk aktiviti mendaki, peralatan menyelam untuk aktiviti scuba dan sebagainya.
  43. 43. R1001 / UNIT 5/ 43 PENGURUSAN DAN JATI DIRI 20. Bekalan makanan.Terdapat sekurang-kurangnya tiga cara untuk menentukan kuantiti bahan makanan yang hendak dibawa. i. Cara menu. Menu lengkap hendaklah difikirkan dari hari pertama hingga hari terakhir kegiatan. ii. Cara had berat. Cara ini memerlukan kepakaran. Ia menggunakan kaedah berat dalam menentukan jumlah makanan seseorang. Seseorang dihadkan sekitar 900 gram bahan makanan sehari dengan nilai kalorinya sebanyak 3 500. iii. Cara anggaran kasar. Cara ini paling mudah dan mudah pula berlaku kesilapan makanan tidak mencukupi Sebagai panduan kasar, berikut ialah sukatan yang mencukupi untuk sekali makan / minum bagi satu orang : Beras - 150 gram atau setengah tin susu saiz kecil. Gula - 20 – 40 gram atau 1 – 2 sudu besar. Kopi / Teh - Satu sudu kecil ( satu uncang boleh digunakan dua kali ) Sardin - setengah tin kecil Mi segera - 1 kampit. Biskut - 4 – 6 keping. Roti - 2 – 4 keping. Quaker oats - 3 – 4 sudu. 5.4.3 Cara-cara memasang khemah 1. Khemah hendaklah didirikan di atas tapak yang sesuai dan selamat.
  44. 44. R1001 / UNIT 5/ 44 PENGURUSAN DAN JATI DIRI 2. Jika memasang khemah ketika angin kuat, tentukan supaya bahagian belakang khemah yang menghadap angin. Sekiranya sebaliknya. Angin akan memasuki khemah dan ini menyukarkan keadaan. Rajah 3 : Cara memasang khemah semasa angin bertiup 3. Gunakan kayu yang panjang mengantikan paku/pancang khemah jika mendirikan khemah di pasir, tanah lembut atau kawasan berangin. 4. Kedudukan pancang hendaklah bersudut tepat dengan tali khemah. 5. Bersihkan tapak khemah daripada sampah dan objek yang mengganggu seperti kayu dan batu. 6. Apabila hujan, kendorkan tali khemah sedikit. Ini untuk memanjangkan hayat khemah. Pastikan lapisan luar khemah tidak bersentuh dengan lapiran dinding dalam khemah. Ini untuk mengelakkan air dari meresap ke dalam khemah. 7. Jarak antara khemah jangan terlalu dekat sehingga menyukarkan pergerakan. Jangan pula terlalu jauh sehingga menyukarkan perhubungan. 8. Kawasan tapak perkhemahan hendaklah dicari dua hingga tiga jam sebelum hari gelap terutamanya di kawasan pergunungan 9. Ciri-ciri pemilihan tapak perkhemahan adalah seperti berikut : i. Tanah yang rata. ii. Ada perlindungan dari bukit atau pokok supaya tidak terdedah dari ancaman angin. iii. Dekat dengan punca air
  45. 45. R1001 / UNIT 5/ 45 PENGURUSAN DAN JATI DIRI iv. Boleh mendapat sinaran cahaya matahari di waktu pagi v. Mempunyai hubungan yang baik dengan denai supaya mudah untuk bergerak diwaktu kecemasan. 10. Langkah-langkah untuk memasang khemah adalah seperti berikut: i. Tutup semua pintu khemah sekiranya khemah mempuyai zip. ii. Bentangkan khemah di atas tapak yang telah dipilih. iii. Pancangkah disetiap penjuru khemah dengan pancang yang disediakan atau kayu pancang. Pastikan lantai khemah (groungsheet) dalam keadaan tegang. iv. Pasangkan tetulang khemah sekiranya khemah mempunyai tetulang yang disediakan. v. Angkat atap khemah setelah tetulang dipasang. vi. Pasangkan atap lapisan kedua (flysheet). Pancangkan dengan kemas agar atap lapisan kedua tidak menyentuh atap khemah lapisan pertama. Atap khemah lapisan pertama biasanya diperbuat dari kain telap air manakala flysheet biasanya diperbuat dari plastik agar ia kalis air. Rajah 5 : Kedudukan flysheet dan atap pertama khemah 11. Larangan untuk tujuan keselamatan : i. Jangan berkhemah terlalu dekat dengan sungai atau anak sungai.
  46. 46. R1001 / UNIT 5/ 46 PENGURUSAN DAN JATI DIRI ii. Elakkan mendirikan khemah dikawasan lalang, semak samun dan belukar. Kawasan tersebut biasanya banyak serangga dan binatang merayap. iii. Elakkan berkhemah di atas tanah lembap. iv. Elakkan berkhemah di tebing yang tinggi dan curam. v. Jangan mendirikan khemah dibawah dahan mati vi. Jangan mendirikan khemah di atas denai binatang. vii. Jangan terlalu dekat dengan curam bukit untuk mengelakkan tanah runtuh. 5.4.4 Aktiviti perkhemahan Aktiviti perkhemahan biasanya merujuk kepada aktiviti rekreasi yang meliputi aktiviti-aktiviti seperti mengembara, berkhemah, mendaki gunung, kayak dan sebagainya. Aktiviti perkhemahan biasanya bersifat aktif dan mempunyai cabaran dan risiko tertentu dan memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Aktiviti perkhemahan boleh dibahagi kepada tiga kategori iaitu i. Berpusat di darat a. berkhemah b. mendaki gunung c. mengembara d. memburu e. meneroka gua f. berbasikal g. absailing h. flying fox
  47. 47. R1001 / UNIT 5/ 47 PENGURUSAN DAN JATI DIRI ii. Berpusat di air a. berkayak b. scuba diving c. luncur layar d. berakit iii. Berpusat di udara a. payung terjun b. wind glider Selain dari aktiviti di atas kita juga menjalankan aktiviti lawatan seperti lawatan keperkampungan orang asli, tempat-tempat bersejarah, santuari burung, aktiviti berkumpulan, permainan, persembahan malam budaya dan sebagainya. Menyusun aktiviti perkhemahan tiga hari dua malam Masa Hari Pertama Hari Kedua Hari Ketiga 5.30 pagi - Selamat Pagi Selamat Pagi Persiapan solat Persiapan solat Persiapan sarapan Persiapan sarapan 7.00 pagi Senaman pagi Senaman pagi 7.45 pagi Sarapan Sarapan 8.00 pagi Perjumpaan Aktiviti 7 Aktiviti 11 Bertolak ke lokasi 10.00 pagi Perjalanan Rehat Rehat 10.30 pagi Perjalanan Aktiviti 8 Berkemas 12.00 tghi Sampai Rehat / masak Rehat / masak Diri Khemah Makan tengahari Makan tengahari Solat Solat 2.00 ptg Aktiviti 1 Aktiviti 9 Berkemas dan selamat tinggal 4.30 ptg Rehat /Solat Rehat / Solat 5.00 ptg Aktiviti 2 Aktiviti 10 6.30 ptg Rehat / masak Rehat / masak Makan malam Makan malam Solat Solat 8.00 mlm Aktiviti 3 Persiapan
  48. 48. R1001 / UNIT 5/ 48 PENGURUSAN DAN JATI DIRI persembahan 9.00 mlm Aktiviti 4 Persembahan 10.00 mlm Aktiviti 5 persembahan 11.00 mlm Aktivtiti 6 pesembahan 12.00 mlm Selamat malam Selamat malam Secara umumnya terdapat sebanyak 11 aktiviti yang perlu di rancangkan. Tetapi anda tak perlu risau kerana ada masanya aktivtiti terpaksa dijadikan satu contohnya sekiranya anda ingin membuat aktiviti jungle trekking pada hari kedua, kemungkinan ia mengambil masa dari jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Jadi aktiviti 7 dan 8 akan menjadi satu aktiviti sahaja. Aktiviti yang sesuai dijalankan di waktu siang antaranya adalah a) Jungle trekking. b) River crossing. c) Flying fox. d) Orentering. e) Lawatan-lawatan f) Sukan dan permainan g) Merempuh halangan Aktiviti yang sesuai dijalankan diwaktu malam pula adalah : a) Kuliah moral/ maghrib b) Permainan-permainan kim c) Sesi mengenal diri d) Malam kebudayaan e) Jejak spora – melihat keindahan tumbuhan bercahaya diwaktu malam f) Latihan dalam kumpulan (LDK)
  49. 49. R1001 / UNIT 5/ 49 PENGURUSAN DAN JATI DIRI AKTIVITI 1b • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA Jawab soalan-soalan berikut: 4.6 Senaraikan jenis-jenis khemah. 4.7 Pilih ciri-ciri tapak perkhemahan yang baik i. tanah rata ii. berhampiran sumber air iii. di bawah pokok besar iv. mempunyai laluan atau denai-denai berdekatan A .i,ii,iii B. i,ii,iv C. ii,iii,iv D. i,iii,iv 4.8 Aktiviti perkhemahan boleh dibahagikan kepada tiga kategori. Senaraikan ketiga-tiga kategori itu.
  50. 50. R1001 / UNIT 5/ 50 PENGURUSAN DAN JATI DIRI MAKLUMBALAS 1b Jawapan: 4.6 i. Khemah berangka ii. Khemah rabung iii. Khemah ringkas 4.7 Jawapan B 4.8 i. berpusat di darat ii. berpusat di air iii. berpusat di udara
  51. 51. R1001 / UNIT 5/ 51 PENGURUSAN DAN JATI DIRI PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan . Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya !!! 1. Anda adalah pengerusi sebuah kelab di politeknik di tempat anda. Satu perkhemahan akan diadakan disatu hutan lipur. Senaraikan satu jawatan kuasa bersama tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh jawatan kuasa tersebut. 2. Dalam aktiviti kumpulan semasa perkhemahan anda dikehendaki memberi ceramah kepada kumpulan anda yang bertajuk ‘Bagaimana untuk meninggikan keberkesanan dan kemesraan dalam berkomunikasi’. Apakah isi-isi yang perlu anda kemukakan pada syarahan tersebut
  52. 52. R1001 / UNIT 5/ 52 PENGURUSAN DAN JATI DIRI MAKLUMBALAS Adakah anda telah mencuba dahulu ??? Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda . JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI 1. Pengerusi – Anda atau rakan anda yang berkebolehan memimpin Setiausaha – untuk menguruskan surat menyurat Bendahari – untuk menguruskan hal kewangan aktiviti AJ Pengangkutan -menguruskan kenderaan atau bas ke tempat aktiviti AJK AJK Makanan m -menguruskan keperluan makanan peserta AJK Perubatan -menyediakan keperluan perubatan untuk sepanjang aktiviti AJK Logistik -Menyediakan keperluan-keperluan yang diperlukan AJK Adio dan Video -Menyediakan peralatan pandang dengar jika ada sesi ceramah. 2. i. cuba fahami orang lain ii. beri peluang kepada orang lain menceritakan sesuatu (masalah) iv. belajar untuk bercakap bahasa mereka v. jadikan mereka berasa diutamakan vi. jadikan orang lain mesra dengan anda vii. sentiasa bersedia menerima/membantu orang lain viii. tingkatkan kemahiran mendengar
  53. 53. R1001 / UNIT 5/ 53 PENGURUSAN DAN JATI DIRI ix. berlaku jujur kepada diri sendiri x. kemaskan diri anda agar menarik dipandang xi. katakan sesuatu dengan hormat xii. tahu bila harus berhenti menanya

×