Sosiologi Dalam Pendidikan II
PENGENALAN
Menjelaskan pengertian penduduk luar bandar dengan mengenal pasti ciri-cirinya da...
Sosiologi Dalam Pendidikan II
1. Kekurangan Bilangan Penduduk
Hal ini disebabkan oleh lokasi dan keadaan semulajadi kawasa...
Sosiologi Dalam Pendidikan II
memandangkan pekerjaan di kawasan luar bandar tidak memerlukan pendidikan
yang tinggi.
5. Ma...
Sosiologi Dalam Pendidikan II
pendudukan di kawasan tersebut. Kegiatan ko-kurikulum dan aktiviti yang bukan
bersifat akade...
Sosiologi Dalam Pendidikan II
b) Guru Luar bandar
Ramai guru di Malaysia lebih berminat untuk mengajar di sekolah-sekolah ...
Sosiologi Dalam Pendidikan II
pencapaian anak dalam bidang pendidikan. Ibu bapa pelajar hanya memberi
tumpuan terhadap car...
Sosiologi Dalam Pendidikan II
berkesan seperti komputer, LCD dan kemudahan makmal.

Hal ini amat

menyukarkan guru untuk m...
Sosiologi Dalam Pendidikan II
KAEDAH MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR
Terdapat pelbagai kaedah untuk memperkasakan dan...
Sosiologi Dalam Pendidikan II
Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran, Latihan Penggunaan
Perisian Khusus da...
Sosiologi Dalam Pendidikan II
prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard
negara lain.
f) P...
Sosiologi Dalam Pendidikan II
b) Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM )
KWAPM diwujidkan berikutan pelaksanaan Dasa...
Sosiologi Dalam Pendidikan II
f) Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
KPM menyediakan elaun bulanan pelajar kurang upaya seb...
Sosiologi Dalam Pendidikan II
KESIMPULAN
Kualiti pendidikan sekolah luar bandar berada pada tahap yang rendah. Hal ini
dis...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Pendidikan luar bandar

1,582

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,582
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
85
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pendidikan luar bandar

  1. 1. Sosiologi Dalam Pendidikan II PENGENALAN Menjelaskan pengertian penduduk luar bandar dengan mengenal pasti ciri-cirinya dan juga ciri-ciri sekolah yang terdapat di luar bandar. Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tinggal di kawasan luar bandar dan menghadiri sekolah di luar bandar berada dalam keadaan kurang "beruntung" dan kurang berpeluang untuk memajukan diri mereka. DEFINISI LUAR BANDAR Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa mendefinisikan kawasan luar bandar sebagai: “Kawasan yang mempunyai penduduk kurang daripada 10,000 orang dengan mempunyai ciri-ciri kawasan pertanian dan sumber alam semula jadi di mana penduduknya tinggal sama ada secara berkelompok, sejajar atau bertaburan”. CIRI-CIRI PENDUDUK LUAR BANDAR Sekiranya kita ingin mengetahui tentang pendidikan luar bandar, kita perlu mengetahui terlebih dahulu siapakah yang tinggal di luar bandar dan apakah ciri-ciri yang menentukan kawasan itu sebagai luar bandar. Mengikut definisi pembanci, penduduk luar bandar adalah mereka yang tinggal di kawasan yang populasi kurang daripada 25,000 orang penduduk. Pada umumnya kawasan di luar bandar mengalami pengurangan bilangan penduduk, lebih miskin, dan menawarkan peluang tipis untuk memajukan seseorang itu dalam pelajaran dan pekerjaan berbanding dengan mereka yang tinggal di bandar. 38
  2. 2. Sosiologi Dalam Pendidikan II 1. Kekurangan Bilangan Penduduk Hal ini disebabkan oleh lokasi dan keadaan semulajadi kawasan luar bandar. Kawasan yang bergantung pada pertanian mengalami kemerosotan penduduk disebabkan ramai berhijrah ke bandar. Golongan yang berhijrah ke bandar majoritinya golongan yang muda dan berupaya untuk bekerja dan ini telah menyebabkan kawasan luar bandar lebih didiami oleh mereka yang berumur berbanding dengan penduduk di kawasan bandar. 2. Didiami Oleh Mereka Yang Bekerja Di Sektor Buruh Dan Kurang Memegang Jawatan Pengurus Yang Berkemahiran Tinggi Maka, secara tidak langsung kebanyakan penduduk di luar bandar mempunyai pendapatan rendah, kurang kemudahan berbanding dengan pekerja yang bekerja di luar bandar. Selain daripada itu, peratus yang tidak bekerja juga lebih tinggi di luar bandar berbanding dengan bandar. 3. Mementingkan Hubungan Kekeluargaan Golongan ini sanggup tinggal di luar bandar asalkan mereka dapat bekerja dan dekat dengan sanak saudara yang berada di kampung. 4. Peluang Ekonomi Tahap pendidikan yang rendah di kawasan luar bandar ada kaitan dengan struktur ekonomi yang terdapat di kawasan tersebut. Mereka yang tinggal di luar bandar jarang melihat perkaitan di antara pendidikan dan peluang ekonomi. Di luar bandar terdapat kekurangan peluang pekerjaan dan sekiranya ada pekerjaan, jarang sekali yang memerlukan kelulusan akademik yang tinggi. Tidak hairanlah sekiranya remaja di luar bandar tidak melihat kepentingan pendidikan 39
  3. 3. Sosiologi Dalam Pendidikan II memandangkan pekerjaan di kawasan luar bandar tidak memerlukan pendidikan yang tinggi. 5. Masyarakat Yang Seragam Dari Aspek Kaum Dan Sosioekonomi Mereka mempunyai nilai-nilai tradisi seperti disiplin, kuat bekerja, dan mementingkan kekeluarga. Masyarakat luar bandar dilihat sebagai sebuah masyarakat yang lebih selamat dan lebih dekat berdamping dengan alam sekitar. DEFINISI PENDIDIKAN LUAR BANDAR Sekolah luar bandar bermaksud sekolah terletak di kawasan luar bandar seperti di kawasan kampung. Luar bandar bermaksud tempat yang lebih mundur dari segi teknologi, infrastruktur, tahap kehidupan dan sebagainya. Ini bermaksud sekolah luar bandar kurang sempurna berbanding dengan sekolah di bandar. Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna pelajar di sekolah luar bandar lemah dari segi akademik. Persekitaran di luar bandar lebih sesuai untuk belajar. Malah, pembangunan luar bandar harus dititikberatkan agar pembelajaran di luar bandar tidak ketinggalan zaman. Infrastruktur sekolah sepatutnya diperbaiki dan dilengkapkan dengan komputer. CIRI-CIRI SEKOLAH LUAR BANDAR a) Sekolah Luar Bandar Sekolah luar bandar secara puratanya mempunyai bilangan pelajar yang kurang berbanding dengan sekolah di bandar. Contoh, Sekolah Kebangsaan Subang di daerah Padawan, Kuching, Sarawak mempunyai 90 orang pelajar. Selain daripada itu, sekolah luar bandar juga mempunyai hubungan ahli masyarakat yang rapat dalam sekolah dan sekolah juga merupakan tempat untuk kegiatan sosiol 40
  4. 4. Sosiologi Dalam Pendidikan II pendudukan di kawasan tersebut. Kegiatan ko-kurikulum dan aktiviti yang bukan bersifat akademik dipandang lebih penting berbanding dengan akademik dan lebih ramai pelajar yang bergiat dalam aktiviti ko-kurikulum berbanding pelajar di bandar. Sekolah luar bandar mencerminkan kegiatan ekonomi dan sosial masyarakat setempat dan sekolah juga lebih terpengaruh dengan budaya dan ekonomi masyarakat setempat. Disamping itu juga, sekolah luar bandar mempunya guru yang terlatih di institusi pendidikan di luar daripada kawasan luar bandar. Kebanyakan guru yang mengajar di luar bandar merupakan guru yang muda dan kurang berpengalaman berbanding dengan guru di bandar dan mereka juga kurang menerima kemudahan. Kebanyakan guru yang lepasan institusi perguruan dan universiti akan di hantar ke sekolah-sekolah di luar bandar. Selain itu, kemungkinan besar mengajar lebih banyak mata pelajaran dan masa mengajar berbanding dengan guru di bandar. Ini berlaku disebabkan kekurangan guru-guru di sekolah luar bandar maka guru terpaksa mengajar lebih daripada satu matapelajaran atau terpaksa mengajar mata pelajaran di luar bidang mereka. Selain daripada mengalami perasaan tersisih, kebanyakkan guru di Malaysia lebih gemar mengajar di sekolah bandar berbanding di luar bandar. Kedudukan sekolah di luar bandar yang jauh daripada bandar dan kemudahan awam menyulitkan lagi kehidupan guru-guru. Contohnya, ada guru yang terpaksa manaiki bot, kereta api dan berbasikal disebabkan kemudahan pengangkutan yang tidak disediakan. 41
  5. 5. Sosiologi Dalam Pendidikan II b) Guru Luar bandar Ramai guru di Malaysia lebih berminat untuk mengajar di sekolah-sekolah bandar berbanding di luar bandar. Begitu juga dengan guru-guru di Pakistan, hanya 31% daripada guru-guru terlatih yang sanggup bekerja di luar bandar. Kebanyakan guru hanya berminat mengajar di sekolah-sekolah yang mempunya tahap ekonominya yang tinggi. Kemungkinan guru bertukar dari sekolah yang tahap ekonomi tinggi ke tahap ekonomi rendah adalah empat kali ganda lebih tinggi. Kekerapan pertukaran guru sekolah luar bandar adalah lebih tinggi daripada guru di bandar. Kekerapan ini telah membuat pihak kerajaan menghadapi masalah bagi penempatan guru. c) Kemiskinan Luar Bandar Mengikut definisi di Amerika, sebuah keluarga digolongkan sebagai miskin sekiranya pendapatan tahunannya sebelum di cukai adalah di bawah paras kemiskinan. Paras kemiskinan bergantung kepada bilangan ahli keluarga dan umur mereka. Di Malaysia, sebuah keluarga dikategorikan sebagai miskin apabila pendapatan sebulan adalah kurang daripada RM500.00. FAKTOR-FAKTOR KEMUNDURAN SEKOLAH LUAR BANDAR Terdapat beberapa faktor yang menjadikan sekolah luar bandar menjadi semakin mundur antaranya; a) Faktor Kemiskinan Keadaan keluarga yang miskin telah membataskan usaha pihak sekolah untuk melibatkan ibu bapa dalam mencari kaedah yang berkesan ke arah meningkatkan 42
  6. 6. Sosiologi Dalam Pendidikan II pencapaian anak dalam bidang pendidikan. Ibu bapa pelajar hanya memberi tumpuan terhadap cara untuk mencari rezeki demi meneruskan kelangsungan hidup mereka sekeluarga. Bagi mereka, pelajaran anak-anak menjadi keutamaan dan tanggungjawab pihak sekolah sahaja. Sesetengah ibu bapa yang berpendapatan tinggi kurang memberi kerjasama kepada pihak sekolah dari segi kesepaduan idea kerana mengganggap anak mereka sudah pandai dan memerlukan hanya sedikit sahaja usaha guru untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran mereka. b) Kurang Perhatian Terhadap Pendidikan Terdapat segelintir ibu bapa yang kurang memberikan perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka disebabkan kesibukan untuk menguruskan ehidupan seharian. Ada antara ibu bapa yang tidak mengambil inisiatif untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama kerana menggganggap akan mengganggu pembelajaran anak-anak di sekolah kebangsaan. Sepatutnya, mereka hendaklah menitikberatkan pendidikan agama juga kerana akan membina pelajar yang berpengetahuan agama dan berakhlak mulia. c) Tiada Motivasi Untuk Belajar Kebanyakan pelajar di luar bandar tidak mempunyai minat untuk belajar kerana apabila di sekolah mereka akan lebih terikat dengan peraturan dan waktu pembelajaran yang agak padat sehingga tidak memberi kebebasan kepada mereka. Mereka tidak bebas untuk mengikut ibu bapa mereka bekerja di kampung dan menjalankan aktiviti yang menjadi kegemaran mereka. Selain itu, kebanyakan sekolah luar bandar mengalami masalah kekurangan peralatan pembelajaran yang 43
  7. 7. Sosiologi Dalam Pendidikan II berkesan seperti komputer, LCD dan kemudahan makmal. Hal ini amat menyukarkan guru untuk menyampai pembelajaran dengan lebih berkesan dan semestinya pendidikan di luar bandar tidak akan mencapai kemajuan yang sepatutnya. d) Kesukaran Mengubah Persepsi Pelajar-pelajar sekolah luar bandar sukar untuk diubah persepsi mereka terhadap pelajaran selepas peperiksaan. Pihak sekolah mengalami kesukaran untuk menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan tahap kebolehan dan pencapaian mereka kerana kebanyakan mereka tidak berminat untuk datang ke sekolah. Justeru itu, penguasaan ilmu pengetahuan dan tahap pemikiran mereka masih berada pada takuk yang lama serta tiada perubahan. e) Kesukaran Saluran Teknologi Pihak sekolah menghadapi masalah dalam penyaluran teknologi kepada pelajarpelajar kerana ada segelintir ibu bapa yang beranggapan bahawa teknologi hanya sesuai untuk pelajar-pelajar di sekolah bandar yang rata-rata ibu bapanya berpendapatan tinggi dan tergolong dalam golongan atasan. Ini telah membantutkan usaha pihak sekolah dalam melibatkan ibu bapa ke arah pendidikan cemerlang anak-anak. Kebanyakan kemudahan teknologi di luar bandar juga masih kurang dibekalkan. Hal ini juga menyukarkan pelajar-pelajar untuk mempelajari teknologi dengan lebih mahir lagi. 44
  8. 8. Sosiologi Dalam Pendidikan II KAEDAH MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR Terdapat pelbagai kaedah untuk memperkasakan dan memajukan pendidikan luar Bandar antaranya:a) Mengadakan Lebih Banyak Pilihan Pendidikan Kepada Ibu Bapa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran, mata pelajaran dan bidang pengkhususan. Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) akan diteruskan. Selain itu, pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) di sekolahsekolah akan diperluaskan. Peruntukan belanja mengurus juga akan ditingkatkan bagi sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan. b) Peranan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) KPM juga akan meningkatkan keupayaan dan minat pelajar untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) akan dikaji semula agar lebih meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Budaya cintakan ilmu pengetahuan akan dipupuk dengan menggalakkan tabiat membaca. Penerbitan dan penterjemahan pelbagai jenis bacaan sama ada dalam bentuk bercetak atau bukan bercetak akan dipergiatkan. c) Melengkapkan Infrastruktur Bagi menjayakan Program Pembestarian Sekolah, infrastruktur yang mencukupi akan disediakan seperti komputer, televisyen dan cakera video digital (DVD). Bagi memastikan program ini dapat beroperasi dengan lancar, program latihan dan bimbingan akan diadakan iaitu Latihan Asas Penggunaan Komputer, Latihan 45
  9. 9. Sosiologi Dalam Pendidikan II Penggunaan Komputer untuk pengajaran dan pembelajaran, Latihan Penggunaan Perisian Khusus dan Latihan Penggunaan Televisyen Pendidikan (TVP) dalam P&P. Beberapa pendekatan P&P baru akan diperkenalkan supaya dapat menarik minat para pelajar seperti program F1 Technology Challenge dan Robotik. d) Kemahiran Dan Ketrampilan Kemahiran berkomunikasi merentas kurikulum dan kokurikulum dengan memperbanyakkan aktiviti literasi dan secara langsung akan dipergiatkan. Mata pelajaran MPV kan diperluaskan ke sekolah-sekolah bagi memastikan pelajar menguasai kemahiran ICT. Bagi membina penampilan diri yang positif, aktiviti bina diri seperti kerja berpasukan dan pembinaan karakter akan diperbanyakkan. Ceramah, seminar, motivasi, dan bengkel berunsur pembangunan insan akan ditingkatkan bagi memupuk nilai-nilai murni, budi bahasa, dan adab dalam kalangan pelajar. Selain itu, penglibatan pelajar dalam kerja-kerja amal juga akan diperbanyakkan dari semasa ke semasa. Program Amalan Kebersihan Sekolah turut dimuatkan dalam RMK-9. e) Sistem Pentaksiran Dan Penilaian KPM akan memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik. Perkara yang dilakukan adalah mengubah penekanan peperiksaan awam daripada berasaskan kandungan kepada kemahiran atau daripada bersifat ujian kepada kebolehan am. Bilangan mata pelajaran dalam peperiksaan awam juga akan dikurangkan. Sistem penggal akan dikaji semula dan digantikan dengan sistem semester bagi menjadikan suasana persekolahan tidak berorientasikan peperiksaan. Bagi memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian, standard 46
  10. 10. Sosiologi Dalam Pendidikan II prestasi kebangsaan bakal diperkenalkan untuk dibandingkan dengan standard negara lain. f) Peningkatan Program Strategi utama untuk meningkatkan penduduk luar bandar adalah membuat peralihan kepada ekonomi moden di mana aktiviti-aktiviti ekonomi yang bernilai tinggi, produktif, dan menguntungkan akan dibangunkan. Syarikat-syarikat swasta yang besar akan digalakkan untuk membantu masyarakat khususnya penduduk di kawasan luar bandar untuk memodenkan dan meningkatkan lagi kehidupan mereka. AKTIVITI-AKTIVITI MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN LUAR BANDAR Memperkasakan pendidikan luar bandar merupakan misi dan visi Kementerian Pendidikan Malaysia. KPM memperuntukkan lebih daripada RM1.0 bilion setiap tahun bagi membantu pelajar dari keluarga miskin dan golongan kurang upaya. Antara aktivitiaktiviti kementerian adalah seperti berikut: a) Rancangan Makanan Tambahan ( RMT ) dan Program Susu Sekolah ( PSS ) RMT telah dilaksanakan mulai tahun 1979 sebagai langkah untuk menyediakan bantauan makanan berkhasiat kepada murid-murid miskin. Mulai tahun 2003, murid-murid ini juga menerima susu segar melalui PSS. Kriteria pemilihan murid yang layak menerima RMT dan PSS adalah daripada keluarga berpendapatan kurang RM400 atau perkapita RM80 dan kebawah. 47
  11. 11. Sosiologi Dalam Pendidikan II b) Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin ( KWAPM ) KWAPM diwujidkan berikutan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib pada tahun 2003. Program ini bertujuan membantu murid miskin membayar yuran dan membeli pakaian seragam agar tidak tercicir daripada sistem persekolahan akibat kemiskinan. c) Bantuan Makanan Asrama Pada tahun 2005, sebanyak 260,000 pelajar sekolah rendah dan menengah diberi kemudahan makanan asrama. Syarat kelayakan adalah pendapatan isi rumah RM1,000 dan ke bawah. d) Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid KPM menyediakan bantuan perjalanan dan pengangkutan untuk kemudahan pelajar. Bagi SBP, bantuan diberikan kepada pelajar dalam bentuk tambang pergi dan balik dari rumah ke sekolah dan sebaliknya. Sekolah yang mempunyai asrama harian menggunakan peruntukan ini untuk program lawatan dan sebagai tambang ke sekolahagama atau ke masjid. Bagi sekolah-sekolah lain, bantuan ini digunakan untuk menyokong program lawatan sambil belajar. e) Jaket Keselamatan KPM menyediakan jaket keselamatan kepada pelajar yang menggunakan pengangkutan air untuk ke sekolah. Pada tahun 2005, KPM telah membekalkan 37,000 unit jaket keselamatan bernlai lebih daripada RM 1.4 juta ke sekolahsekolah. 48
  12. 12. Sosiologi Dalam Pendidikan II f) Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya KPM menyediakan elaun bulanan pelajar kurang upaya sebanyak RM25 sebulan. Pada tahun 2005, seramai 20,355 pelajar telah menerima bantuan ini. g) Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT ) SPBT disediakan kepada pelajar daripada keluarga yang berpendapatan isi rumah RM 2,000 dan ke bawah, bagi sekolah kebangsaan serta RM 1,000 dan ke bawah bagi sekolah jenis kebangsan dan sekolah menengah. Mulai tahun 2005, telah diperluas kepada anak-anak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. h) Skim Baucar Tuisyen ( SBT ) KPM menyediakan SBT kepada murid sekolah rendah yang lemah dalam pelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Sejak dilancarkan pada tahun 2004, seramai 450,000 murid telah menerima bantuan SBT setahun. i) Biasiswa Kecil Persekutuan( BKP ) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti ( BKPU ) KPM menganugerahkan BKP dan BPKU kepada pelajar sekolah menengah yang menunjukkan prestasi akademik, kokurikulum dan sukan yang cemerlang. Setiap tahun dianggarkan 200,000 pelajar dianugerahkan BKP dan 30,000 pelajar dianugerahkan BKPU. j) Asrama Harian KPM menyediakan asrama harian bagi mengurangkan risiko keciciran di kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Sehingga kini, terdapat 1,371 buah asrama harian yang menempatkan lebih 220,000 pelajar. 49
  13. 13. Sosiologi Dalam Pendidikan II KESIMPULAN Kualiti pendidikan sekolah luar bandar berada pada tahap yang rendah. Hal ini disebabkan banyak faktor-faktor yang menjadikan sekolah luar bandar itu dalam keadaan yang mundur dan ketinggalan. Berdasarkan keterangan di atas membuktikan bahawa langkah-langkah telah diambil oleh pihak berwajib bagi memperkasakan pendidikan luar bandar. Di samping itu Kesedaran perlu wujud di kalangan para pelajar luar bandar agar tidak berlaku keciciran dalam pendidikan. 50

×