Pendidikan berbilang budaya
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Pendidikan berbilang budaya

on

  • 1,133 views

 

Statistics

Views

Total Views
1,133
Views on SlideShare
1,133
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
30
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Pendidikan berbilang budaya Pendidikan berbilang budaya Document Transcript

  • Sosiologi Dalam Pendidikan II PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama. Penduduk Malaysia terdiri daripada tiga kumpulan utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India dan bumiputera Sabah dan Sarawak. Di Malaysia mempunyai ciri-ciri kepelbagaian kaum yang kompleks. Hal ini adalah kerana setiap kaum mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sifat masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai budaya merupakan suatu hakikat yang wujud dalam masyarakat moden pada hari ini. Malaysia mempunyai ciri-ciri kepelbagaian kaum yang kompleks, oleh itu keadaan ini amat memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali, saling menghormati dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam dan dipupuk dalam diri setiap individu sejak dari kecil lagi. Oleh itu, usaha untuk menerap sifat kemajmukan ini amat diperlukan bagi mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan antara kaum. Prinsip pendidikan berbilang budaya sewajarnya diterapkan dalam sistem pendidikan negara kerana sekolah merupakan ruang fizikal yang paling sesuai untuk menerapkan kefahaman dan ilmu pengetahuan kepada generasi muda. Hal ini kerana, pendidikan dilihat sebagai saluran yang amat pentingnya untuk menyampaikan ciri-ciri masyarakat dan kebudayaan ke dalam minda generasi muda. Hal ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 16
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititikberatkan melalui pembelajaran disekolah. Dengan ini, guru-guru di sekolah boleh menerapkan nilai-nilai kebudayaan melalui subjek pendidikan Sivik, Sejarah dan Pendidikan Moral. Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), subjek yang dapat ditawarkan ialah Hubungan Etnik dan Kenegaraan. Pendidikan berbilang budaya dapat dilihat amat bersesuaian diterapkan dalam mata pelajaran Hubungan Etnik. Hal ini adalah kerana mata pelajaran Hubungan Etnik mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain untuk mencapai matlamat dan tujuan Dasar Integrasi Nasional. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya, pelajar tidak akan mengenali dan memahami jati diri masyarakat. 17
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II DEFINISI Pendidikan pelbagai budaya menjadi agenda penting dalam sistem pendidikan kebangsaan kerana melalui sistem pendidikan ini, kesinambungan warisan dapat disalurkan kepada pelajar. Dengan ini, pelajar-pelajar dari setiap kaum dapat memahami kebudayaan masing-masing antara satu sama lain. Adalah ditegaskan bahawa kepelbagaian budaya amat penting untuk didedahkan kepada pelajar. Hal ini adalah kerana mereka bukan sahaja perlu mengetahui budaya bangsa lain tetapi juga perlu menghargai asal-usul kebudayaan tempatan, jati diri dan identiti negara mereka. Dengan usaha untuk mencapai objektif ini iaitu pembelajaran pelbagai budaya, sistem pendidikan perlulah member peluang kepada setiap individu untuk belajar menghargai dan berkongsi nilai-nilai budaya kemasyarakatan termasuklah bahasa kebangsaan di samping mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Oleh itu, aspek dasar perlu diberikan perhatian yang sewajarnya dalam mencapai hasrat pendidikan pelbagai budaya. Melalui definisi yang diberikan, kita dapat memahami takrif tentang pendidikan berbilang budaya. Menurut Kamus Dewan ( 2007 ), budaya didefinisikan sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Secara lengkapnya, budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh satu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, adat resam, nilai, kepercayaan dan sikap. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pendidikan adalah pengajaran dan prosesnya melibatkan semua perkara atau perihal yang berkaitan mendidik atau mengajar. Secara keseluruhannya, pendidikan berbilang budaya ialah satu pendekatan untuk menyamaratakan peluang pendidikan sambil mengenal dengan lebih 18
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II dekat lagi tentang kepelbagaian budaya dan implikasinya kepada guru dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. KEPERLUAN PENDIDIKAN BERBILANG BUDAYA Pendidikan berbilang budaya penting dalam sistem pendidikan di negara kita. Hal ini kerana wujudnya guru dan murid yang berbilang kaum dalam sekolah dan kelas. Guru perlu prihatin dengan budaya pelajarnya agar memudahkan beliau berinteraksi serta memahami tingkahlaku pelajarnya. Contohnya, Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah tetapi pada sesetengah pelajar bahasa ini mungkin bahasa yang tidak digunakan di rumah dan merupakan bahasa kedua. Maka guru perlu tahu perkara ini agar dia memahami mengapa pelajar tersebut begitu sukar untuk menggunakan Bahasa Melayu. Guru juga perlu tahu bahawa pelajar yang berada dalam kelas adalah dari pelbagai tahap sosioekonomi. Hal ini juga akan mempengaruhi tingkahlaku mereka. Seseorang pelajar yang datang dari latar belakang keluarga yang miskin mungkin mempunyai tingkahlaku yang berlainan dari seorang pelajar yang keluarganya mewah. Bukan sahaja tingkahlaku yang berlainan tetapi juga sikap, gaya pembelajaran, tahap pembelajaran serta agama. Semua ini perlu diketahui oleh guru agar dia lebih memahami pelajarnya dan tidak bersikap pilih kasih berdasarkan kaum dan kebolehan pelajar tersebut. 19
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II Guru yang prihatin tentang wujudnya pelajar yang berbilang kaum dan budaya dalam kelasnya akan cuba memberi peluang kepada pelajar yang lemah serta ketinggalan supaya dapat meningkatkan tahap pembelajaran mereka dari semasa ke semasa. Ini boleh dilakukan dengan mencadangkan kepada pihak sekolah agar kurangkan membuat kumpulan di dalam sesebuah kelas berdasarkan kaum, kepandaian dan latar belakang. Perlu juga diberi peluang dan memudahkan pelajar berbincang dan bermesra di antara satu sama lain. Pihak ibu bapa juga perlu diberi penerangan tentang adanya kanak-kanak yang berbilang kaum dalam sekolah dan kelas agar ibu bapa tahu dan memahami bahawa anak mereka akan bergaul dan belajar bersama-sama kanak-kanak dari kaum lain. Maka ibu bapa perlu memahami semua budaya dan bahasa yang dituturkan di sekolah. Apabila ibu bapa peka dengan keadaan ini maka mereka tidak merasa terasing walaupun anak-anak mereka bersekolah di sekolah yang pelajarnya berbilang kaum. Pendidikan berbilang budaya adalah satu proses yang menyatupadukan budaya dan sosial kelompok-kelompok yang berbeza-beza kepada satu unit yang mempunyai identiti yang umum lagi tersendiri. Dalam konteks Malaysia pendidikan berbilang budaya dilakukan melalui integrasi, iaitu satu proses yang cuba menyatupadukan masyarakat majmuk atau pelbagai kaum (Melayu, Cina dan India) dan mewujudkan pembentukan kebudayaan kebangsaan atau nasional yang tersendiri di kalangan mereka. Dalam proses mengintegrasikan berbilang kaum, ini tidak menunjukkan kepentingan atau kedudukan kebudayaan asal sesuatu kaum yang tinggal bertahun-tahun lamanya di bumi ini. Dalam sistem pendidikan perkara ini telah di bahas dan disebut dalam Laporan Razak, Laporan Rahman Taib, 20
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. KEPENTINGAN BUDAYA SEKOLAH Budaya sekolah banyak memberi pengaruh dan impak kepada warga sekolah terutamanya dari segi pencapaian, emosi dan juga tingkah laku. Kemajuan dan pencapaian sekolah dapat ditingkatkan melalui penglibatan, kerjasama dan juga kepercayaan. Kepentingan budaya sekolah dijelaskan dan diperkukuhkan lagi oleh The Southwest educational Laboratory (SEDL) iaitu membantu usaha menambah baik sekolah bagi pelajar yang berisiko, menyediakan fokus dan tujuan sekolah yang jelas kerana budaya menjadi gam yang mengikat ahli bersama bagi menjayakan misi sekolah, budaya juga boleh menjadi penghalang kepada kejayaan sekolah dan budaya boleh mewujudkan penindasan dan diskriminasi kepada sub kumpulan dalam sekolah, sekolah yang menginginkan kemajuan perlu memberi fokus kepada nilai-nilai, kepercayaankepercayaan dan norma-norma serta persekitaran dan juga perlu menitikberatkan perubahan yang fundamental. Kepentingan tentang budaya di sekolah juga telah dipersetujui dan diperkukuhkan lagi bahawa budaya sekolah yang sihat mempunyai hubungan yang kuat dengan pencapaian akademik dan motivasi, produktiviti dan kepuasan guru. Selain itu kepentingan budaya sekolah juga terbukti melalui kajian demi kajian yang menunjukkan sekiranya budaya sekolah tidak menyokong pembaharuan yang diperkenalkan, pembaharuan itu akan gagal. 21
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II BUDAYA SEKOLAH MENGHALANG KEPADA SESUATU PERUBAHAN Namun di sebalik kepentingannya, budaya sekolah juga boleh menjadi penghalang kepada perubahan yang ingin dilakukan jika perubahan tersebut tidak selari dengan budaya yang telah sedia wujud. Budaya sekolah akan memberikan kesan terutamanya kepada tingkah laku dan pencapaian pelajar di sekolah rendah dan menengah, budaya sekolah tidak turun dari langit tetapi ia dibentuk dan dimanipulasikan oleh orang dalam sekolah, budaya adalah unik, justeru tidak mungkin sesebuah sekolah mempunyai budaya yang sama dengan budaya yang lain, menyediakan fokus dan tujuan yang jelas, budaya menjadikan ikatan antara warga sekolah demi memenuhi misi sekolah. FAKTOR PENGHALANG PEMBENTUKAN BUDAYA SEKOLAH Selain itu, terdapat juga beberapa perkara yang menjadi penghalang kepada pembentukan budaya yang baru di sekolah di antaranya ialah sesuatu budaya yang telah wujud memang sukar untuk diubah, disiplin penghalang besar kepada kejayaan sekolah, bekerja dengan orang yang terpaksa dan birokrasi pendidikan menghalang pendidikan awam berkembang serta terdapat guru yang menyatakan bahawa mereka telah melakukan yang terbaik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu juga, terdapat beberapa andaian yang selalu dilakukan oleh warga pendidik yang menjadi penghalang kepada pembentukan baru budaya di sekolah iaitu sistem sekolah dipandu oleh matlamat yang sama, kuasa dalam sistem sekolah terletak di pihak atasan (mereka menafikan perkongsian kuasa), alternatif ataupun modifikasi kepada penyelesaian masalah tidak dicari, untuk setiap masalah hanya ada satu penyelesaian dan mempercayai bahawa masyarakat tidak banyak membantu sistem sekolah dan menafikan peranan ibu bapa di 22
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II sekolah. Semua andaian-andaian ini telah mempengaruhi tindakan warga sekolah dan menjadikan sekolah mundur. KEPENTINGAN PENDIDIKAN BERBILANG BUDAYA Menambahkan Pengetahuan Tentang Budaya Lain Pengetahuan tentang kepercayaan, budaya, adat resam dan sistem nilai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia perlulah diteliti dan dikaji bagi menambahkan kefahaman dan ilmu pengetahuan guru berkaitan dengan amalan dan budaya murid-muridnya di dalam bilik darjah. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pengetahuan awal guru penting dalam menyusun aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam subjek Pendidikan Sivik yang menceritakan tentang kebudayaan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Di dalam kandungan sukatan pelajaran pendidikan Sivik mengandungi adab-adab dalam setiap budaya di Malaysia. Dengan ini, guru lebih mudah membimbing dan mengajar murid-muridnya tentang adab-adab tersebut dan dapat menjalankan pelbagai aktiviti kumpulan yang melibatkan pelbagai kaum dalam satu kumpulan. Hasilnya, perkongsian dan pertukaran ilmu tentang budaya masing-masing akan berlaku dan secara tidak langsungnya aktiviti ini dapat mengurangkan jurang perbezaan antara murid. Dengan ini, penjelasan dan penerangan guru amat penting bagi mencari persamaan di dalam perbezaan yang terdapat dalam setiap kaum. Ciri-ciri persamaan dalam setiap budaya memang mampu membentuk hubungan yang harmonis sesama sendiri setelah murid-murid dewasa kelak. 23
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II Mengeratkan Hubungan Antara Kaum Kebudayaan boleh menjadi satu alat perpaduan yang mampu merapatkan hubungan antara kaum. Pengalaman sesuatu amalan budaya itu sudah pasti akan menimbulkan rasa akrab dan kesatuan yang mendalam dalam setiap jiwa manusia seperti makanan tradisi, pakaian tradisi, budaya dan perayaan tradisi semuanya dapat memberikan satu perasaan kekitaan yang mendalam dalam jiwa individu tertentu. Sebagai contoh, guru memberi tugasan berkumpulan kepada pelajar dan membentuk lima kumpulan dan setiap kumpulan mestilah terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui aktiviti seperti ini, interaksi antara pelajar dengan pelajar yang lain akan berlaku. Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan menjadi lebih erat dan mereka mampu bertolak ansur dan bekerjasama antara satu sama lain bagi mencapai tugasan yang diberikan oleh guru mereka. Jelaslah bahawa kebudayaan yang disampaikan mampu mengeratkan hubungan antara satu sama lain terutama dalam negara yang berbilang kaum ini. Jelaslah di sini bahawa peranan sekolah amat penting dalam memupuk semangat perpaduan antara kaum Dapat Merealisasikan Gagasan 1 Malaysia Gagasan 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak. 1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan 24
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam jiwa rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat tidak kira tua ataupun muda. Melalui inilah ilmu pendidikan berbilang budaya disampaikan kepada pelajar dan mereka dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Secara tidak langsungnya, budaya perpaduan akan berlaku apabila berinteraksi dengan kawan yang lain. PENGARUH BUDAYA TERHADAP GAYA PEMBELAJARAN Istilah Pembelajaran Pembelajaran menunjukkan perubahan tingkah laku. Dengan kata lain, hasil pembelajaran setiap kali mesti merupakan perubahan tingkah laku yang dapat dilihat. pembelajaran merupakan proses di mana individu dapat mengubah sikap dan tingkah laku mereka untuk berkembang secara berterusan dan tekal serta mampu menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperolehi untuk kemajuan diri. Istilah Gaya pembelajaran Gaya bermaksud sikap, kesukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri-ciri seseorang. Gaya pembelajaran merujuk kepada proses seseorang itu belajar atau menyimpan maklumat. Gaya pembelajaran sebagai kecenderungan seseorang individu menumpukan perhatian, memproses maklumat dan mengekalkan maklumat-maklumat yang diterima. 25
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II i. Gaya Pembelajaran Visual Pelajar belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam buku, pada papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan. Pelajar visual selalunya menulis nota syarahan dan arahan lisan jika mereka ingin mengingati sesuatu. ii. Gaya Pembelajaran Auditori Pelajar belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga arahan lisan. Mereka boleh mengingati penerangan melalui membaca kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru. Pelajar dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar pelajar lain dan berbincang dengan guru. iii. Gaya Pembelajaran Kinestetik Pelajar belajar dengan lebih baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati sesuatu dengan baik melalui aktiviti hands-on. 26
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II CIRI-CIRI BUDAYA SEKOLAH YANG POSITIF Budaya sekolah terdiri daripada nilai-nilai, kepercayaan, pengetahuan dan tradisi, cara berfikir dan tingkah laku yang semuanya berbeza daripada institusi-institusi sosial yang lain. Budaya sekolah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai cara hidup di sekolah yang sebenarnya dihasilkan oleh pelajar dan sebahagiannya dihasilkan oleh guru. Menurutnya lagi, terdapat dua jenis budaya iaitu budaya formal dan budaya informal. Budaya formal ini mementingkan pencapaian akademik dan kaedah untuk mencapai matlamat tersebut. Manakala budaya informal sekolah pula ialah apa sahaja selain untuk mencapai kepentingan budaya formal sekolah seperti budaya bertutur, berpakaian, berbahasa dan sebagainya. Budaya sekolah adalah satu cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan sekolah di luar dam di dalam bilik darjah yang mencerminkan nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warganya, ada yang telah diwakili turun-temurun, ada yang telah dibentuk oleh warga sekolah itu sendiri. Jelaslah bahawa tidak terdapat satu definisi yang tepat dalam mendefinisikan budaya sekolah. Persekitaran Sekolah Yang Kondusif i. Organisasi bilik darjah Susunan meja dan kerusi yang teratur, papan kenyataan yang berfungsi dan dapat menarik minat dan perhatian pelajar dan sudut-sudut seperti sudut pembacaan yang menarik di dalam bilik darjah. ii. Landskap sekolah 27
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II Pembangunan landskap sekolah boleh mengindahkan dan meneduhkan kawasan sekolah dengan kombinasi pokok-pokok dan elemen-elemen lain seperti air, struktur dan batuan. Persekitaran Sekolah Yang Selamat Program Sekolah Selamat merupakan salah satu kaedah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendedahkan tatacara kepada murid, ibu bapa, guru dan individu yang mempunyai hubungan dengan sekolah, mengenai keselamatan murid dan aspek fizikal dan bangunan, aktiviti murid, bencana alam, sosial dan persekitaran atau lokasi. i. Kepimpinan yang berkesan Pengetua sekolah sebagai pemimpin perlulah mengamalkan ketelusan, mudah dihubungi, menggunakan piawai disiplin yang adil, pengharapan yang tinggi terhadap tingkah laku para pelajar dan kakitangan. ii. Menyediakan prasarana dan kawasan yang selamat Tempat berkumpul yang selamat dan terkawal bagi pelajar-pelajar yang sampai awal pagi sebelum permulaan kelas dan pelajar-pelajar yang menunggu kenderaan untuk pulang di sebelah petang selepas sesi persekolahan perlu disediakan oleh pihak sekolah. Selain itu, pihak sekolah juga perlu membersihkan kawasan yang semak-samun, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh para pelajar agar lebih terbuka dan selamat diguna. iii. Mempunyai mutu disiplin yang tinggi Disiplin dalam bilik darjah penting bagi memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa. Oleh itu, disiplin dalam bilik darjah 28
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II yang konstruktif akan dapat mempengaruhi para pelajar berasa lebih bertanggungjawab terhadap setiap tingkah laku mereka. iv. Hubungan dengan keluarga dan masyarakat adalah rapat Sekolah juga perlulah mewujudkan hubungan yang baik, rapat dan telus dengan masyarakat atau komuniti sekolah. Ini adalah termasuk pihak ibu bapa, pelajar, masyarakat sekitar sekolah, pihak polis, pertubuhan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan FAKTOR–FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEWUJUDAN BUDAYA SEKOLAH Budaya sekolah selalunya kekal untuk satu tempoh yang tertentu.Budaya sekolah biasanya wujud melalui lima faktor: Faktor pertama adalah mempengaruhi kewujudan budaya sekolah ialah sekolah sebagai sebuah institusi formal, sekolah mewujudkan objektif dan peringkat tingkah laku tertentu di kalangan pelajar mengikut rangkaian peraturan dan undang-undang. Faktor kedua ialah sekolah merupakan sebuah organisasi berdasarkan waktu . Sekolah bermula dan tamat pada waktu yang telah ditetapkan . Oleh sebab itu pelajar yang datang lewat akan dikenakan tindakan disiplin atau didenda. Faktor ketiga ialah sekolah juga merupakan institusi yang digred mengikut umur pelajar.Pelajar diasingkan mengikut umur dan sesetengahnya mengikut kebolehan dan keupayaan.Pelajar yang lebih umur tidak dibenarkan mengulang kelas. Di negara kita , seseorang pelajar hanya dibenarkan mengulang sekali sahaja dalam tempoh sembilan tahun persekolahan. 29
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II Faktor keempat ialah upacara dan keramaian yang diadakan di sekolah seperti perhimpunan sekolah , upacara menaikkan bendera dan menyanyi lagu kebangsaan , lagu negeri dan lagu sekolah memberi pelbagai makna atau simbol kepada pelajar. Upacara lain ialah seperti hari ucapan dan penyampaian hadiah, hari sukan tahunan, pameran tahunan, lumba jalan kaki, pesta dan persembahan pentas. Semua upacara dan perayaan ini mengembangkan budaya sekolah yang membawa kepada stabiliti sekolah sebagai sebuah sistem sosial . Perkara lain yang telah menjadi simbol atau lambang budaya sekolah ialah seperti pakaian seragam sekolah, lencana, tali leher, warna sekolah dan sebagainya. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BUDAYA SEKOLAH Faktor Kepimpinan Sekolah Budaya sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh sikap pemimpinnya. Pemimpin yang akan menentukan matlamat dan hala tuju sekolah tersebut. Pemimpin yang bersemangat tinggi , sedar tanggungjawab beliau kepada staf, murid, ibubapa dan masyarakat , sedar tanggungjawab kepada bangsa dan masyarakat sudah tentu akan memainkan peranan untuk membentuk budaya kerja yang cekap dan seterusnya budaya sekolah yang cemerlang. Pemimpin sekolah perlu memastikan keperluan semua guru dan aspek kesediaan di ambil perhatian. Usaha untuk membentuk budaya sekolah gaya kepimpinan juga perlu berubah dari autokratik kepada distributif. Pemimpin yang mengamalkan perkongsian kepimpinan akan melihat keupayaan, kebolehan subordinatnya sebagai satu aset untuk membentuk budaya kerja profesional dan prestasi tinggi. Kejayaan dan kegagalan sesebuah sekolah di Malaysia banyak bergantung kepada pihak sekolah iaitu 30
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II guru besar, guru-guru tetapi kepimpinan guru besar adalah dikenalpasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah. Sekolah yang diklasifikasikan sebagai berjaya mempunyai pemimpin sekolah yang kompeten dan sebaliknya sekolah yang tidak berjaya, tidak mempunyai pemimpin sedemikian. Lima set amalan yang membentuk teras asas amalan kepimpinan yang berjaya iaitu menetapkan hala tuju, membangunkan keupayaan manusia, mereka bentuk semula organisasi, mengurus program pembelajaran, dan perilaku kepimpinan. Pertama, menetapkan hala tuju organisasi di mana pemimpin yang menetapkan hala tuju yang jelas akan memberikan impak kepimpinan yang besar. Terdapat banyak masalah yang timbul sekiranya pemimpin sekolah tidak menjalankan peranannya dan menyerahkan tanggungjawab beliau di sekolah kepada pekerja-pekerja di bawahnya. Fenomena ini akan membentuk satu budaya kerja yang tidak cekap dan selaras. Kerjasama antara staf sukar dibentuk kerana setiap orang mempunyai pelbagai pendapat. Pelbagai masalah akan timbul sekiranya ketua dalam organisasi tersebut tidak memainkan peranan beliau. Faktor Kepimpinan Guru Individu yang pertama perlu berubah dalam pembentukan sesebuah budaya ialah guru. Kesediaan guru untuk berubah mencari, belajar dan menguasai ilmu baru akan meningkatkan keupayaan, kebolehan, kredibiliti guru untuk merubah budaya pembelajaran murid secara keseluruhannya. Kebiasaannya, pelajar menjadikan guru sebagai “role model ” mereka kerana mereka menganggap guru sebagai golongan yang berpendidikan dan berfikiran jauh ke hadapan. Kepimpinan guru dapat mempengaruhi pelajar ke arah situasi pembelajaran yang menggalakkan serta membentuk cara budaya pelajar yang sesuai. Tambahan pula, pengaruh guru terhadap pelajar sangat besar 31
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II sehinggakan kadangkala kepercayaan yang diberikan oleh pelajar kepada mereka tinggi berbanding daripada ibu bapa sendiri. Guru adalah pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan. Guru melakukan perubahan ke atas sekolah dan bilik darjah. Selain itu, guru juga memainkan peranan sebagai pemimpin, inventor, pengajar, pengurus dan fasilitator kepada pelajar. Melalui peranan-peranan tersebut, secara tidak langsung guru dapat menggabungkan elemen budaya seperti nilai, norma, bahasa, kepercayaan, simbol, pengetahuan dan lainlain. Apabila sifat budaya yang diterapkan oleh guru menjadi ikutan pelajar, maka amalan ini akan membina budaya sekolah. Faktor Disiplin Sekolah Budaya sekolah amat berkait rapat dengan disiplin sekolah. Jika budaya sekolah baik, maka wujudlah disiplin yang baik dengan kecacatan sifar dalam semua aktiviti pendidikan, iaitu tiada masalah pembelajaran dan pengajaran, tiada konflik, tiada pelanggaran disiplin, tiada masalah keceriaan sekolah dan sebagainya. Terdapat banyak masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar. Salah laku yang ditunjukkan oleh pelajar banyak ragam seperti datang lambat ke sekolah, ponteng kelas, mencalarkan kereta guru, tidak memakai lencana sekolah dan tidak menghormati guru. Semuanya melibatkan masalah disiplin yang kecil dan masih boleh diperbaiki di mana boleh dikatakan pelajar ini adalah pelajar nakal. Tetapi berlainan pula dengan kes memukul guru, mengugut bunuh, merokok, menghisap dadah atau ganja, merompak dan banyak lagi yang belum didedahkan. Kebiasaannya, apabila pelajar terlibat dengan masalah disiplin akan menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar apatah lagi memikirkan masa depan. 32
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II Masalah kemerosotan akhlak dan disiplin pelajar sering ditimbulkan. Masalah ini sekaligus membawa gambaran negatif kepada sistem pelajaran kita. Punca utama masalah ini ialah penekanan konsep pelajaran yang keterlaluan kepada isi pelajaran, lulus periksa, pengkhususan yang terhad dan menumpukan kepada perkembangan intelek dan kemahiran semata-mata. Persoalan pembinaan sikap, akhlak dan disiplin diabaikan. Jadi, pelaksanaan disiplin atau peraturan sekolah adalah penting untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang selesa dan harmonis. Sekolah mempunyai suasana disiplin yang teratur tanpa perlu membina peraturan ketat, tenang tanpa penindasan yang secara amnya adalah selesa untuk suasana proses pembelajaran. Proses penyerapan disiplin yang dilaksanakan perlu mengambil kira empat perkara iaitu matlamat, corak, kaedah dan kesan. Matlamat akhir yang ditekankan ialah mewujudkan pelajar seimbang yang serasi dengan masyarakat dan bukan yang mengenetepikan segala nilai dan norma yang dianuti. KEPERCAYAAN GURU TERHADAP BUDAYA SEKOLAH Kepercayaan dalam sesebuah organisasi dilihat sebagai aspek kritikal yang menyumbang kepada keberkesanan organisasi. Hal ini adalah disebabkan tanpa wujud elemen kepercayaan, matlamat organisasi tidak dapat direalisasikan kerana tiadanya elemen kepercayaan antara pemimpin dengan pengikut. Di samping itu, tanpa adanya elemen kepercayaan, gejala konflik akan lebih mudah menular kerana tiadanya sikap saling percaya mempercayai dalam sesebuah organisasi. Dalam jangka masa panjang, tiadanya elemen kepercayaan menjadikan keberkesanan organisasi sukar untuk dicapai. 33
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II Secara teori, kajian kepercayaan tidaklah sehebat kajian teori pengurusan lain seperti learning organization, total quality management yang didapati lebih menjurus kepada pengurusan yang berkualiti. Sungguhpun demikian, dalam setiap teori pengurusan dan kepemimpinan, kewujudan elemen kepercayaan dirasakan perlu dalam memastikan semua teori pengurusan yang digunakan mencapai matlamatnya malah dengan adanya aspek kepercayaan, proses komunikasi dan interaksi antara pemimpin dengan staf dirasakan akan lebih berkesan tanpa adanya perasaan syak wasangka, Dalam erti kata lain, apabila wujudnya proses kepemimpinan, maka kehadiran peranan kepercayaan tidak harus dinafikan. Kajian kepercayaan dalam konteks pengurusan pendidikan di Malaysia didapati amat kurang diminati oleh penyelidik pendidikan. Akibatnya, kita hanya mempunyai sedikit maklumat tentang hubungan kepercayaan yang berlaku di sesebuah sekolah sedangkan elemen kepercayaan dianggap sebagai asas kepada kerjasama, bantuan dan tolong-menolong antara pihak guru dengan pengetua, guru dengan pelajar, guru dengan guru yang lain dan guru dengan ibu bapa. Dalam usaha untuk mencapai keputusan dan pencapaian akademik yang cemerlang, pembinaan budaya sekolah dan iklim yang saling percaya-mempercayai dianggap sebahagian daripada petunjuk kepada hasrat merealisasikan visi untuk penghasilan budaya kerja cemerlang. Selain itu, untuk mengubah budaya sekolah, dua pendekatan atau strategi yang digunakan iaitu mengubah pada tahap individu yang ada di dalam sekolah iaitu guru, staf, pelajar, pekerja swasta, pengawal keselamatan dan pengusaha kantin dan disamping itu, merubah pada tahap kumpulan seperti bidang mata pelajaran, panitia, unit-unit di bawah 34
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II Hal Ehwal Murid dan kokurikulum agar membolehkan individu dalam kumpulan berfungsi secara kolaborasi sama ada di antara kumpulan atau dalam kumpulan. Budaya sekolah dapat dilihat pada tiga peringkat iaitu tahap transisi apabila nilai yang ujud berasaskan kepada kepercayaan, kod etika dan perpektif moral, tahap rasional apabila sesuatu nilai dilahirkan mengikut justifikasi bersama, tertanam di dalam institusi serta seragam dan tahap subrasional apabila nilai yang tertanam di dalam individu diterjemahkan sebagai satu karakter atau sikap seseorang. Budaya sekolah diwujudkan oleh ahli yang terlibat dalam organisasi sesebuah sekolah iaitu pengetua, guru, pelajar dan kakitangan lain. Setiap ahli perlu memahami budaya sekolah formal dan tidak formal di sekolah tersebut kerana hal ini dapat menolong mereka memahami dan seterusnya dapat menyesuaikan diri dengan budaya sekolah tersebut agar tidak berlaku konflik di antara satu sama lain dalam sekolah. Budaya sekolah mempengaruhi cara guru berfikir dan bekerja. Guru perlu memahami budaya sekolah agar dapat bekerjasama dengan pengetua, guru lain dan pelajar untuk mencapai matlamat dan visi sekolah. Setiap pembaharuan yang mahu dilaksanakan perlulah dipertimbangkan terlebih dahulu agar ia dapat diterima dengan baik oleh warga sekolah. Hal ini penting kerana setiap pembaharuan yang akan dilaksanakan mempengaruhi dan melibatkan warga lain dalam sekolah tersebut. Suatu pembaharuan boleh dilaksanakan sekiranya mendapat persetujuan semua warga dalam sekolah tersebut. Setiap perubahan yang dilakukan haruslah boleh diterima oleh budaya sedia ada di sekolah tersebut. Seorang guru perlulah peka dan memahami budaya yang berlaku di dalam sekolah tersebut. Guru perlu berfikir 35
  • Sosiologi Dalam Pendidikan II secara kritis dan kreatif tentang unsur-unsur yang mempengaruhi budaya sekolah dan mengenalpasti amalan yang tidak produktif dan budaya negatif, seterusnya sentiasa peka dengan budaya pelajar dan guru di sekolah tersebut. Budaya sekolah dibentuk oleh warga sekolah terutamanya pelajar yang merupakan ahli terpenting dalam pembentukan budaya sekolah. KESIMPULAN Pendidikan berbilang budaya memang dapat mewujudkan suasana yang harmonis, aman dan damai. Ilmu pendidikan ini amat penting untuk diterapkan kepada semua lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua kerana perpaduan antara kaum yang berbeza dapatlah memajukan negara dan seterusnya dapat menaikkan imej negara. Hal ini adalah selaras dengan Wawasan 2020 yang ingin mencapai negara yang maju dan seterusnya mencapai perpaduan rakyat Malaysia. 36