Bab1 pengenalan ilmu ketamadunan

  • 19,448 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
19,448
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2

Actions

Shares
Downloads
735
Comments
6
Likes
9

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide
  • mny2011

Transcript

  • 1. 1.1: Pengenalan 1.2: Pengertian Tamadun Dalam Pelbagai Bahasa 1.3: Tamadun Menurut Sarjana Barat dan Sarjana Islam 1.4: Ciri-ciri Asas Tamadun 1.5: Faktor-faktor yang Mendorong Kelahiran Dan Perkembangan Tamadun.  
  • 2.
    • Perkataan “ tamadun ” sering digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan ( material) sesebuah masyarakat.
    • Perkataan ini diperkenalkan oleh penulis Kristian ( Jurji Zaidan ) yang menulis tentang sejarah Islam dan sastera Arab.
  • 3.
    • Bahasa Latin : Civitas, civilis, civis dan civilitas = Civilization . Bererti warganegara, undang- undang dan sistem pemerintahan Rom.
    • Bahasa Greek : Kei yang bererti kediaman (rumah) dan sesuatu yang. datang kepada kita. Keimelion bererti khazanah atau harta yang. disimpan.
  • 4.
    • Bahasa Inggeris :
    • Civilize bererti memperbaiki tingkahlaku, menjinakkan dan menyelaraskan mengikut keperluan masyarakat.
    • Ia juga bererti keluar dari kehidupan barbarian (primitif) kpd. kehidupan yang baik yakni mempunyai kehalusan akal budi dan kesopanan.
  • 5.
    • Bahasa Tamil : Nakarikam, nakar ialah kota dan ikam pula ialah pembentukan bandar.
    • Bahasa Cina : Wen Ming, Ming bererti cerah atau bercahaya. Juga merujuk kpd. unsur-unsur material dan spiritual yang. muncul drpd. pencapaian sejarah perkembangan manusia.
    • Kedua-dua Bahasa Tamil dan Cina menyentuh tentang tingkahlaku yang baik.
  • 6.
    • Bahasa Arab :
    • Tamadun berasal dari perkataan Arab “ maddana, yamuddunu, madinatan”
    • Madani (sifat nama)- erti sifat pembangunan, atau perbandaran serta keadaan budi bahasa yang terpuji. Ini bererti pembangunan sifat kekotaan dan insaniah di dalam diri.
    • Lawan kepada sifat tersebut ialah “ Badw ” yang bererti kehidupan badwi. Nama Kota Madinah kepada suatu tempat yang dahulunya dinamakan Yathrib.
    • Perkataan-perkataan lain yang biasa digunakan dalam bahasa Arab ialah thaqafah, madaniyat, umran dan hadharah .
  • 7.
    • Thaqafah (Bahasa Arab) bermaksud kebudayaan.
    • Kart Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization , iaitu ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan.
    • Arnold Toynbee menerusi bukunya, A Study of History menjelaskan bahawa tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota.
  • 8.
    • Madaniyat (Bahasa Arab) bermaksud kota-kota.
    • Profesor Madya Dr. Lutfi Ibrahim menyatakan bahawa madaniyat ialah kemajuan yang dicapai oleh satu-satu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk di tahap yang lebih tinggi iaitu pencapaian dari segi kebendaan seperti alat teknologi dalam pertanian, pengeluaran, pengangkutan dan sebagainya, seni bina dll. Ia merupakan hubungan dengan alam sekitarnya yang bersifat kebendaan dan bersumberkan wahyu.
  • 9.
    • Abu Nasir al-Farabi ( abad 11M ) memperkenalkan istilah al-madaniyat dalam kitabnya , Al-Siasah Al-Madaniyat bermaksud kota, kehidupan yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak.
    • Muhammad Farid Wajdi dalam kitabnya Al-Madaniyat wa al-Islam ( abad 20M ).
    • Syeikh Muhammad Abduh di dalam risalahnya Al-Islam wa al-Nas wa al-‘Ilmu wa al-Madaniyat dan Tafsir al-Mannar .
    •  
  • 10.
    • Umran (Bahasa Arab) bermaksud bangunan atau perbandaran. Istilah ini telah digunakan oleh Ibnu Khaldun di dalam kitabnya, al-Muqaddimah ( abad 14M – 19M ).
  • 11.
    • Hadharah (Bahasa Arab) bermaksud kebudayaan.
    • Menurut Ibnu Khaldun hadharah ialah sekumpulan manusia yang tinggal kekal di sesuatu tempat atau kota atau wilayah dan tanah pertanian. Istilah ini telah digunakan oleh Kurdi Ali dalam kitabnya, Al-Islam wa al-Hadharah al-Arabiah.
    • M.A.J Beg dalam bukunya The Image of Islamic Civilization, menjelaskan bahawa hadharah dan umran mempunyai pengertian yang sama. Istilah umran lebih popular digunakan dalam abad 14M manakala hadharah dalam abad 20M.
    • Dr. Lutfi Ibrahim , hadharah ialah merupakan pencapaian dalam hal kerohanian seperti pemikiran dan sebagainya yang berasaskan akidah, syarak dan akhlak. Ini merupakan hubungan manusia dengan manusia yang bersumberkan wahyu.
  • 12.
    • Kamus Dewan mendifenisikan tamadun sebagai keadaan kemajuan kebendaan atau pemikiran, budaya,sosial, politik, peradaban dll (Teauku Iskandar : 1994).
    • Keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi - peradaban.
    • Negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf perkembangan pemikiran (sosial & budaya) yang tinggi.
    • Budaya hidup atau cara hidup orang-orang (negara, kawasan atau sesuatu zaman) tertentu.
    • Keadaan pemikiran (budaya & sosial) yang halus.
  • 13.
    • Beberapa perkataan yang biasa digunakan dalam bahasa inggeris ialah Culture, Reneissance, Urbanization, dan Civilazation. Adakah semua perkataan itu menyamai makna perkataan tamadun dalam bahasa Arab?
    • Umumnya memang terdapat perbezaan antara perkataan tersebut yang mencakupi makna dan skop perbahasan mengenainya walaupun ada ciri dan perkaitan di antara satu sama lain. Culture , Urbanization dan Renaissance mempunyai makna yang sempit dan Civilization dianggap mencakupi ketiga-tiga makna tersebut.
  • 14.
    • Lihat pula zaman Nabi Nuh as. Tentu anda tahu kemajuan yang telah dicapai pada masa itu. Ceritakan dengan rakan-rakan anda. Bagaimana pula pencapaian dunia masa kini? Buat suatu kesimpulan tentang ketamadunan manusia.
  • 15.  
  • 16.
    • 1.3.1- Tamadun Menurut Sarjana Barat
    •  
    • a) Arnold Toynbee
    •  
    • Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota.
    • Tamadun ialah satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral. (Mustafa Haji Daud: Tamadun Islam)
    • Tamadun ialah suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan dan seni.
  • 17.
    • A.S. Hornby dan E.C. Parnwell
    •  
    • Menyatakan dalam bukunya “The Progressive English Dictionary” tamadun bermaksud “meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.
  • 18.
    • J. R. Strayer
    •  
    • Menerangkan dalam bukunya “ The Mainstream of civilization” menjelaskan perkataan tamadun amat rapat hubungan dengan perbandaran. Beliau mengatakan tamadun itu lahir di bandar. (Mustafa Haji Daud: Pengantar Tamadun Islam)
  • 19.
    • J.K. Fiebleman
    •  
    • Tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan.
  • 20.
    • E.B. Taylor:
    • Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.
  • 21.
    • Oswarld Spengler
    • Tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan, kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan.
    • g) Will Durat :
    • Tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.
  • 22.
    • a) Ibnu Khaldun
    • menerangkan tamadun ialah sekumpulan
    • manusia yang mendiami sebidang tanah yang
    • mempunyai perbekalan ekonomi yang
    • mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang
    • terjamin yang membolehkan mereka
    • mencapai kemajuan dalam berbagai bidang.
  • 23.
    • Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi
    •  
    • mengatakan tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.
  • 24.
    • Muhammad Rasyid Redha
    • Agama adalah asas tamadun, Ini kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebanyakan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya.
  • 25.
    • Sayyid Qutb :
    • Tamadun Islam ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat.
  • 26.
    • Said Hawa
    • Tamadun terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah.
    • Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu.
    • Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral.
  • 27.
    • Umar Audah al-Khatib
    • Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan.
  • 28.
    • Muhammad al-Bahiy
    • Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.
  • 29.
    • 1. Wujud penempatan masyarakat manusia di kawasan tertentu (Kota, bandar, kepolisan…)
    • 2. Peningkatan kualiti kehidupan dan jangka hayat.
    • 3. Wujud sistem organisasi dan institusi sosial dlm bidang politik, pentadbiran, ekonomi dan pendidikan yang sempurna.
    • 4. Muncul satu bahasa atau beberapa bahasa serumpun dengan satu sistem tulisan tersendiri untuk berkomunikasi.
  • 30.
    • 5. Wujud sistem perundangan dan sistem nilai/moral yang berkuatkuasa.
    • 6. Peningkatan daya reka cipta dlm bidang teknologi & pembinaan.
    • 7. Perkembangan daya kreativiti dalam bidang falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai estetika yang tersendiri
  • 31.
    • 1. Kedudukan yang strategik memungkinkan penggunaan sumber semulajadi demi kelangsungan kehidupan.
    • 2. Rangsangan keagamaan dan kerohanian.
    • 3. Penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji.
    • 4. Kesengsaraan hidup: Tamadun Jepun
    • 5. Keterbukaan dan toleransi terhadap sumbangan tamadun yang lain.
  • 32.
    • Perkataan kebudayaan adalah sama dengan maksud tamadun .
    • Pendapat lain mengatakan kebudayaan ada sedikit perbezaan
    • dengan tamadun dan berdasarkan pengertian-pengertian yang
    • dinyatakan
    • Konsep ketamadunan meliputi pencapaian tatasusila dan moral
    • yang tinggi serta kemajuan petempatan dan kemudahan yang
    • sempurna.
    • Dalam sejarah Islam, tiga istilah digunakan iaitu madaniyyah,
    • ‘ umran dan hadharah yang. menggambarkan pencapaian umat
    • Islam dalam pemurnian aqidah, perlaksanaan syariah,
    • kecemerlangan dan ketinggian akhlaq di samping keterampilan
    • dalam keilmuan dunia dan agama dan kemajuan kebendaan
    • berteraskan agama.
  • 33.
    • Aktiviti 1
    • Nyata maksud “tamadun” dan huraikan ciri-ciri Asas
    • Tamadun.
    • Perkataan “Tamadun” bermaksud;
    • Bahasa Latin : ___________________________________
    • Bahasa Greek : __________________________________
    • Bahasa Inggeris :_________________________________
    • Bahasa Tamil :___________________________________
    • Bahasa Cina :____________________________________
  • 34.
    • Ciri-ciri Asas Tamadun
    •  
    • ___________________________________________________________________________________________________________________________________________
    • ___________________________________________________________________________________________________________________________________________
    • ___________________________________________________________________________________________________________________________________________
    • ___________________________________________________________________________________________________________________________________________
    • ___________________________________________________________________________________________________________________________________________
    • ___________________________________________________________________________________________________________________________________________
    •  
  • 35.
    • Aktiviti 2
    • Apakah perbezaan di antara konsep tamadun
    • mengikut kacamata Islam dengan perspektif
    • Barat.
    • Perbezaan di antara konsep Tamadun Islam
    • dengan Tamadun Barat.
    ISLAM BARAT 1 2 3 4 5
  • 36.
    • Tamadun berasal dari perkataan Arab, madana
    • yaudunu madinatan dan lahir sifat kata
    • tamadunan. Tamadun dalam Bahasa Melayu
    • ialah keadaan kemajuan kebendaan atau
    • pemikiran, budaya, sosial , politik, peradaban
    • dan lain-lain.
    • Dalam bahasa Inggeris pula perkataan yang biasa
    • digunakan ialah Culture , Renaissance , Urbanization ,
    • dan Civilization .
  • 37.
      • Sejarah ketamadunan manusia bermula
      • seawal kewujudan Adam dan sentiasa ada
      • peningkatan dari satu tahap ke satu tahap
      • dan tidak akan terhenti.
    • Ramai tokoh yang memperkatakan tentang tamadun Islam sama ada atau penulis Barat mengikut kacamata dan kecenderungan masing-masing.
  • 38.
      • Tamadun dapatlah dikatakan sebagai suatu perubahan
      • atau pembangunan atau kemajuan yang berlaku dalam
      • setiap bidang kehidupan masyarakat samada berbentuk
      • fizikal, peraturan, pentadbiran atau sebagainya dan juga
      • pembangunan spiritual.
      • Tamadun mementingkan kedua dua aspek kehidupan
      • namun pembangunan akhlak dan spiritual adalah
      • diutamakan.
  • 39.
    • SEKIAN
    • TERIMA KASIH